Sabtu, 21 Ogos 2010

Jangan Pandang Remeh Sakit Selesema

Apa yang aku nak cite ni bukan selesema H1N1 or H5N1.Aku nak kongsikan pengalaman pasal selesema biasa.Nampak tak serius pun kalau stakat kena selesema ni.Telan panadol ngan tido banyak pun dah cukup.Bukan ape,si Pucca(http://zamorange.blogspot.com/) aku ni selesema plak.Dah la demam tak baik lagi.

Tapi jangan main-main.Selesema biasa pun bahaya kalau tak dirawat segera.Kali terakhir aku kena selesema,sangat teruk sampai dalam telinga bengkak.Aku memang alergik dengan habuk,nak plak kat tempat kerja aku,aku terdedah kat habuk.One day,aku lupa pakai face mask,tak lama pastu terus selesema.


Lepas 2-3 hari still tak elok lagi...Aku dah pelik dah,pehal xmau elok ni.Cukup seminggu pun tak elok.Telinga aku start jadi macam kurang mendengar(sbelah telinga) n rasa cam bengang.Bdenyut-denyut lak tu.Rupanya dah bengkak.

Tu pun aku tak pegi klinik lagi dengan harapan selesema tu pulih sendiri.Sampai la satu malam,lebih kurang pukul 4 pagi aku terjaga.Telinga aku rasa sakit yang......(susah nak explain),sangat sakit!Terus aku xboleh tido sampai pagi sebab tak tahan sangat.Cam nak nangis pun ada,serius!Nak pegi klinik subuh-subuh hari pun takde yang buka.lagipun aku nak pakai kad PM Care.

Aku tunggu depan klinik sampai buka,punya la tak tahan.Aku explain semua kat doktor,macam-macam ubat dia bagi.Siap kena amik gas lagi sebab doktor dengar pernafasan aku ada bunyi-bunyi asma sikit.

Mujur la dapat sembuh cepat lepas pegi klinik.Aku browse internet cari info pasal selesema.Rupa-rupanya,virus selesema ni boleh naik ke otak.Dah sampai otak tu paham-paham jela.The consequences could be fatal!So,jangan la main-main kalau kena selesema.

Aku rasa la virus selesema skarang dah mutated jadi lebih kebal kat ubat.Dulu-dulu mungkin dengan berehat je dah cukup.Kalau tak salah aku,selesema ni memang tak ada ubat yang khusus(dan kalau statement ni silap tolong betulkan).Bos-bos jangan potong gaji plak kalau staff amik cuti bila kena  selesema.
Selesema zaman skarang sangat bahaya.

Guiness World Record:Full Scale Gundam

Dah lama tak beli model kit Gundam(Gandamu),huhu!Sejak keblakangan ni,bajet ketat lak nak tambah collection baru.Dah mula berabuk collection aku ni,almari kaca tak beli jugak lagi.
Cmana aku bleh terjebak ngan Gundam ni sebab aku terbeli robot Keroro.Pastu rasa cam best plak.Slow-slow aku beli kit Gundam HG.Xle plak nak upload collection aku yang seciput tu sebab online ngan Vaio E Series adik aku.Takde plak fail gambar collection aku.(saje test best ke tak laptop baru nih).
Minggu depan baru aku dapat upload.Skang nak highlight kat Gundam full scale(1/1).Biasa yang dijual tu skalanya 1/100 atau 1/60.

Besau ni kalau full size:




Kemain bagaknya.Tak dapat imagine??Ni ada lagi:


Aku dok imagine,bestnya la rakyat Jepun ni..Mainan macam ni kalau kat Malaysia,nak plak orang tua cam aku ni yang main,sure kena gelak.
Gundam ni berdiri kat Shiokaze Park,Odaiba Island,Tokyo dan setinggi 18 meter.Ni adalah sebahagian dari projek Green Tokyo Gundam Project.Projek mendapatkan dana bagi menghijaukan Tokyo untuk menghadapi penganjuran sukan Olimpik dan Paralimpik 2016.
Didirikan pada Jun 2009 dan dibuka kepada orang awam pada 11 Julai 2009.Gundam full scale ni berjaya menarik lebih 4 juta pengunjung.Pada September 2009,Gundam ni ditanggalkan dan didirikan semula di Shizuoka pada Julai 2010.Korang boleh imagine cmana budaya ngan teknologi blend together dan membentuk masyarakat diorang.Resultnya,super cool!

Rabu, 18 Ogos 2010

Russian Military 'Toys'

Aku sangat minat dengan benda-benda yang berkaitan dengan military,so hari ni saje je aku nak listkan 'mainan' tentera Russia.

Thermonuclear InterContinental Ballistic Missile(ICBM) RT2UTTH Topol M

Panjang:22.7m
Diameter:1.9m
Berat:47,200kg
Jarak maksimum:11,000km
Warhead:Single 550 kiloton warhead
NATO Reporting Name:SS-27 Sickle B


Yankee Class(Notch:Project 667AT) Submarine

Panjang:141.5m
Berat:11,500kg(submerged)
Kelajuan:Surface=13knot(24km/j)
              Submerged=27knot(50km/j)


Gorshkov Class Frigate (Project 22350)

Panjang:132m
Kelajuan:26knot
Berat:4500tan
Persenjataan:-1 x Arsenal 130mm
                    -2 x Kashtan CIWS
                    -8 x Oniks 3M55 anti-ship missile
                    -RPK-9 Medvedka-VE anti-submarine missile


Sukhoi PAK-FA T-50 (5th Generation Fighter Aircraft)

Crew:1
Panjang:19.8m
Lebar:14m
Max takeoff weight:37000kg
Max Speed:2600km/j(Mach 2.45)


Kamov Ka-50(Black Shark)

Crew:1
Panjang:13.5m
Max takeoff weight:10,800kg
Powerplant:2 x Klimov TV3-117VK turboshaft,1660Kw
Max Speed:390km/j
Persenjataan:-460 round 30mm Shipunov 2A42
                    -12 9K121 Vikhr anti -tank missile
                    -Vympel R73 air-to-air missile
                    -80 x 80mm S-8 Rocket
                    -20 x 122mm S-13 Rocket
                    -Kh-25 air-to-ground missile
                    -2 x 500kg bomb


T-90 Main Battle Tank(MBT)

Crew:3
Panjang:9.53m
Lebar:3.78m
Berat:46.5 tan
Persenjataan utama:-2A46M 125mm smoothbore gun + ATGM
                              -7.62mm coaxial machine gun
                              -12.7mm anti-aircraft machine gun
Enjin:V84-MS V12 four stroke multifuel diesel,1250hp made by Uralvagonzavod
Armor:-1st Tier:Composite amour
           -2nd Tier:Kontakt-5 ERA(explosive reactive armour)
           -3rd Tier:Shtora-1

Apa yang tersenarai ni sebahagian kecik je dalam inventori Russia Army.Tak larat aku nak listkan semua.Maybe bukan yang terbaik di dunia,tapi aku peduli apa,janji aku suka,haha!

Matlamat dan Prinsip Berblogging

Salam...

Dah dua-tiga hari jugak takde entri baru pasal takde idea.Ada draft yang tak siap lagi,sebab belum cukup maklumat.Semampunya aku nak maklumat dari blog aku ni dapat digunakan dan sekurang-kurangnya hampir tepat.At least aku akan baca entri baru 2-3 kali sebelum aku post mana tau ada ayat yang berterabur or spelling yang salah,sebab aku tak suka baca blog yang salah ejaan,hehe!Pastu jenis blog yang loading page kemain berat.Laju je tangan aku klik 'x'.

Apa yang aku nak tulis pun aku pertimbangkan jugak.Maybe aku boleh tulis 3-4 entri sekali tapi bergantung pada topik.Aku sukakan topik-topik ilmiah,ada maklumat,dan boleh bagi manfaat kat orang lain yang baca artikel aku.Disebabkan aku ni suka macam-macam topik,tu yang blog aku ni ada macam-macam kategori.Ikut sedap tekak aku je nak tulis ape.Pendek kata aku takde ketetapan.

Ada orang wat blog pasal hiburan,movie,gossip,pancing dsb,tapi tak kisah la asalkan berinformasi.Tapi yang paling tak boleh blah bila jumpa blog pasal awek melayu b***l la,awek cun la,.Haha!Ape daaa!!Cmana pun,tu blog diorang,sukahati diorang la nak letak ape yek?

Setiap hari bila ada masa aku wat blogwalking yang aku rasa x efektif pun.Saje jenjalan kat blog orang.Kalau aku rasa menarik,tinggal komen dan aku follow je.

Stakat ni ada la yang ziarah balik,tapi tak follow pun.Takpe la,bukan taste diorang ye tak?Takkan nak wat syarat wajib follow plak.Itu pun ada gak aku dengar ada yang letak syarat mcm tu kalau nak join contest.Ape ke desperate sangat...Aku berpegang prinsip biar entri berkualiti,slowly akan meningkat jumlah pembaca.

Kadang-kadang artikel copy paste dah banyak kali jumpa pun still hangat dapat komen lagi.Ada jugak yang olah semula,so mcm tu aku tak kisah sangat la.Ada effort la jugak.Yang penting ada entri baru.Mcm aku ni tak kisah la kot,jarang update pun ok lagi.Bulan puasa lak tu,masa tak banyak nak menaip.Ada idea untuk entri baru pun kadang-kadang banyak halangan.Info tak lengkap,gambar blur...Aku pakai kamera henpon je,2MP lak tu.Ada rezeki terus sambar DSLR jela.Aku pun minat jugak dunia fotografi ni.

Emmm...cukup la tu,tak bleh membebel lama-lama.Kang bos aku perasan plak kat mana aku menyorok time keje,hee!Takat ni jela bebelan aku smentara waktu rehat keje ni...selamat berpuasa untuk diri aku dan jugak korang.Kalau ada terkasar bahasa,aku mintak maaf la ye?

20/08/2010 Update=

Akhirnya berjaya jugak aku menginstall CommentLuv  by http://intensedebate.com/ kat blog aku ni,hehe!walaupun tak banyak 'commentator',sekurang-kurangnya diorang akan rasa lebih bermakna kalau diorang komen kat memana entri.Yang tak bestnya,komen lama terpaksa di'hilang'kan(walaupun aku rasa boleh retrieve balik).Ok la,arini takde mud la aku nak menaip panjang-panjang.Esok lusa plak,buat dua-tiga entri.

Isnin, 16 Ogos 2010

Japanese Deadly Sword:Nihonto


The most amazing weapon(for me lah),nihonto!Berbeza dengan ninjato,nihonto dikenali dengan lengkungan semulajadi yang terhasil semasa proses pembajaan(quenching).Manakala ninjato lurus dan sedikit pendek.

Jom sama-sama kita mengenali proses pembuatan nihonto dan memahami kenapa senjata ni sangat dikagumi di seluruh dunia.Mula-mula kita kenali dulu komponen asas nihonto ni.





TAMAHAGANE
Untuk membuat sebilah nihonto yang berkualiti tinggi,sejenis logam istimewa digunakan oleh blacksmith Jepun iaitu Tamahagane.Logam yang berasal dari black sand(nama pasir),dibakar bersama arang kayu didalam relau tanah liat yang dipanggil Tatara selama 72 jam.
Besi Tamahagane sangat jarang dihasilkan.Dalam setahun,kira-kira 3 kali sahaja besi ini dihasilkan.Harganya adalah 50 kali ganda dari stainless steel biasa!Setelah terhasil besi tamahagane,pakar akan memilih dan menghantar bahagian-bahagian tertentu logam yang sesuai kepada penempa pedang untuk ditempa menjadi pedang nihonto.


    Raw Tamahagane steel

SELECTION PROCESS
Ketulan-ketulan tamahagane tadi akan dibakar dan diketuk sehingga leper.Sekali lagi penempa pedang akan memilih kepingan tamahagane yang berkualiti.Besi tamahagane yang kurang karbon (hocho-tetsu),akan digunakan sebagai teras pedang,dan tamahagane yang berkarbon tinggi(nabe-gane) sebagai salutan atau kulit struktur pedang.

HAMMERING
Tamahagane dibakar sehingga merah dan dibentuk empat segi tepat.Apabila lembut,ia akan dileperkan memanjang dan dilipat dua.Proses ini diulangi berkali-kali sehingga terbentuk ribuan lapisan logam.Selain menguatkan struktur bijian logam,proses ini akan menyingkirkan kotoran atau bendasing didalam tamahagane dan menulenkan kandungan logamnya.Part ni je dah semak kepala,hehe!

Seterusnya,nabe-gane yang dilipat-lipat tadi akan dibentuk seperti huruf 'U'.Tamahagane yang kurang karbon(hocho-tetsu) akan dipanaskan dan diletakkan diantara kepingan 'U" nabe-gane tadi.So,nabe-gane yang berkarbon tinggi(keras dan mudah patah) akan menyalut hocho-tetsu yang berkarbon rendah(lembut dan liat).Gabungan kedua-dua jenis logam ni akan memberi kekuatan struktur pedang,kekerasan dan ketajaman mata pedang dan juga tidak mudah patah.

SUNOBE
Next process,bentuk asas pedang mula dibentuk dan dipanggil sunobe.Skill penempa pedang yang membezakan dan memberikan identiti pada setiap nihonto.Setelah pedang mula terbentuk,pedang akan melalui proses pengerasan.

Sunobe akan disalut dengan bancuhan tanah liat dan arang yang ditumbuk halus.Proses salutan juga memerlukan ketelitian kerana ketebalan salutan akan menentukan pembentukan martensite pada permukaan sunobe.Di bahagian tepi dan belakang pedang,salutannya lebih tebal,manakala bahagian mata lebih nipis.

QUENCHING
Tujuan salutan ini adalah sebagai insulator,mengawal penyejukan sunobe ketika proses quenching.Sunobe dibakar sehingga warnanya seperti 'matahari terbit',dan direndam kedalam air dengan bahagian mata menghala keatas.Secara automatik sunobe akan membengkok dengan semulajadi kerana kelajuan penyejukan logam yang berbeza di setiap lapisan yang bersalut tanah liat tadi.



Garisan putih beralun (hamon) adalah terhasil dari proses pengerasan


POLISHING
Bila dah siap,nihonto akan dihantar ke pakar menggilap.Daripada awal proses sampailah ke proses menggilap,setiap orang ada kepakaran masing-masing.Penggilap akan menjalankan kerja-kerja finishing sehingga nihonto siap.Keseluruhan proses memakan masa mingguan dan kadangkala berbulan-bulan bergantung pada kemasan yang dihasilkan.



Disebabkan banyak proses dan proses penghasilan nihonto dianggap 'sacred art',harga nihonto asli sangat mahal,sehingga mampu mencecah puluhan ribu ringgit.Tetapi banyak juga yang dihasilkan dikilang dimana harganya lebih murah sekitar ratusan - ribuan ringgit sahaja.

Video pembuatan nihonto