Khamis, 5 Ogos 2010

Celcom Broadband >>> TM UniFi!

Korang tengok la graf data upload/download Celcom Broadband aku ni:



Lembab giler siott!!Hangin je aku bila malam menjelang.Ni tahap coverage HSDPA tapi speed macam GPRS je.Laju lagi kat kampung aku.Pakej yang aku amik ni RM98 (data only),speed(sepatutnyalah)3.7Mb/s,usage limit 5Gb.
Tapi sepanjang aku guna dalam 5 bulan kot,maksimum speed yang aku tengok kat graf takat 300++kb/s je!Malam je jadi hampeh.Aku tak la harap sampai 3.7Mb/s,kalau takat nak tgk Youtube takde buffering tu dalam 100kb/s pun dah cukup.
Reason yang paling biasa dengar mesti heavy usage.Dah tu tak reti-reti nak upgrade?Watpe berniaga broadband kalau tak tau masalah heavy usage?Customer dah ramai,promote gila-gila,dah tentu makin ramai pengguna+resultnya internet makin berat la.
Aku dok area Shah Alam and aku rasa memang banyak user online waktu malam.Dah sebulan dua masalah ni jadi,but still tak solve lagi masalah berat ni.Yang bagusnya plak dulu kat area umah adik aku kat Bukit Lanjan Damansara ni btambah elok plak.Coverage kat tahap WCDMA,tapi upload n download stillmemuaskan ati.Dulu-dulu coverage memang teruk.Cmana pun aku memang marah,Arghhhhh!!!Patut la checkup tadi kolesterol tinggi.(Ada kaitan ke?,haha!)Mungkin ada!Bila aku marah,aku banyak melepaskan kemarahan pada makanan berlemak,muahahaha!

Alhamdulillah...

Mujur la adik-adik aku dah langgan TM UniFi.Dia amik pakej RM200 sebulan,speed 10Mb/s,termasuk  panggilan talian tetap ke talian tetap percuma,free dect phone,limit usage 90Gb(cukup la kot..),kadar rata panggilan ke talian henpon 10sen/minit,D-Link WiFi Router dan jugak satu unit(apebenda aku nak panggil menatang ni,rupa macam decorder Astro),untuk Video On Demand(VOD) dan last skali TV Channel(lebih kurang cam Astro,tapi xla banyak channel).




Kan chantekkk!


Apekebenda menatang ni tah!


Cmana pun,rating 8.5/10 bintang!8.5 bintang je aku bagi sebab mahal,hehe!

Selasa, 3 Ogos 2010

Spesies Gadang Masih Wujud

Asal aku balik nak mancing je air keruh,xle la nak casting.Ari tu aku mancing kat tasik Ulu Yam,adik aku dapat haruan,dalam sekilo lebih gak.Aku MMS gambar tu kat adik aku(pemancing tegar aka.nelayan) kat kampung.Hampeh!Kena gelak ngan dia jer!


Apehal kerek sangat mamat ni.Aku ingat nak bagi dia jeles la pasal kitorang mancing kat tasik tu.Adik aku dapat haruan tu pakai umpan tiruan merah putih Ecogear.

31 & 1hb Ogos aku balik Lepar,musim buah dah datang,hehe!Umah aku memang banyak durian,manggis,langsat,hatta pulasan pun ada.Petang-petang panjat pokok manggis,hehe!Ngan durian aku tak teruja sangat.

Bestnya banyak manggis!



Pandangan dari atas pokok manggis,nampak ujung jari ngan selipar je.hehe!Kat bawah tu adik bongsu pempuan aku ngan 2 orang anak buah yang tak pernah tengok orang panjat pokok,heee!

Sambung cite mancing....

Adik aku yang nelayan ni tunjuk la gambar hasil mancing dia yang latest:
Atokk haruan!


Tak sampai tahap atok lagi,bapak sebarau je nih!


Asik-asik muka ni je dapat sebarau,cisss sungguh!!


Lokasinya kat bawah ni..

Pandai-pandai la cari sendiri.In the middle of vast jungle of Pahang..hehe!

Kalau kena air cantik,memang macam kat atas la hasilnya.Better pakai teknik casting,tapi kena hati-hati.Adik aku yang expert ni pun dah banyak hilang rapala kat situ,banyak pokok-pokok.
Cuma kalau ada sesape yang berkenan nak mancing kat situ,amalkan la catch and release memana ikan yang juvenil.Jangan pakai teknik bangsat kalau nak ikan.Bukan ape,aku kecewa la tengok orang menuba,karan dan yang sama bangsat dengannya.Menjaring pun jangan la.Habis anak ikan.

Apa Sudah Jadi?

Sambil aku drive balik Damansara,rasa heran lak aku.Slalu kalau aku gerak dari Shah Alam kul 6pm,sure NKVE dah jem kat exit Subang.Yang lagi pelik slalunya NKVE menghala ke Shah Alam sure lagi teruk jemnya.Tgk lane sbelah kanan:

Mana pegi diorang sume???

Pastu dengar Traffic Report kat Fly.FM,ada lori tbalik kat NKVE.Laaaaa..Pasai tu ka..




Jalan dah kena block rupanya.Pekerja highway tengah clearkan jalan.Nasib baik aku hala ke Damansara.




Amboii!! Tu dia..tak dapat bgerak langsung.Sape yang sakit perot ke,nak tberanak ke,naya la,Hehe!Sama macam Ahad baru ni.Aku balik dari Johor pas antar adik aku kau Matrikulasi Tangkak.Sampai area exit Senawang,jem teruk.Cisss!!Penat la camnih.Dah la aku drive dari Pahang.Dah dekat area Kajang baru la smooth skit.Takde pape eksiden pun,jalan tutup satu lane pun takde,roadblock pun takde,jem ngalahkan time raya.Raya kang cmana la orang balik Selatan.X paham aku pasai apa bleh jem...

Apa Kejadahnya Roadtax Nih?

Petang  tadi member aku pegi la pejabat pos kat Giant Seksyen 13 nak renew roadtax.Dia pun heran tengok roadtax dia.
Camni la rupa roadtax baru dia:

Kalau koyak stiker roadtax tu nanti,kosong la date expirednya.Aku cadangkan kat dia,print date baru,letak tarikh mati 2 Ogos 2020,bleh?Hehe!

Khamis, 29 Julai 2010

Inventor

Senarai pencipta alatan yang digunakan dalam kehidupan seharian kita,benda-benda yang memudahkan urusan harian,dan juga peperangan,hehe!

Peralatan Rumah
1.Nicolas Appert ,1749-1841,Perancis: Tin makanan kedap udara
2.Edwin H.Armstrong, 1890-1954,U.S: Radio FM
3.Neil Arnott,1788-1874,United Kingdom: Tilam Air
4.Joseph Aspdin,1788-1855,England: Simen Portland
5.John Logie Baird,1888-1946,Scotland: Televisyen
6.Karl Benz,1844-1929,Germany: Kereta berkuasa petrol
7.Laszlo Biro,1899-1985,Hungary: Pen mata bola
8.