Isnin, 23 Julai 2012

Screen Protector Ajaib

Siapa pakai handphone tentu tau kegunaan screen protector kan?Tak kisahlah skrin besar atau kecik,plastik sekeping inilah yang akan melindungi permukaan skrin dari calar.Ada yang glossy dan matte finish.Aku suka matte sebab tak menyilaukan.Satu lagi sebab adalah screen protector dengan matte finish kurang sikit kesan cap cari tapi bila lepas jawab panggilan,nah kau!Berminyak!

Maka banyaklah masa dibuang untuk mengelap kesan cap jari dan minyak dari muka.Dulu aku beli Sony Ericsson Aino,free je screen protector.So aku tak tau berapa harganya.Bila aku beli HTC One X,aku beli screen  protector dari sebuah kiosk HTC.RM25 Cina tu tutuh harga.C***i betul!Casing silikon dia letak harga RM60.Aku bayar je sebab masa tu aku rasa berbaloi kot??Tak lama lepas tu screen protector aku ada gelembung,sikit je tapi buat aku sakit mata.Aku pergi uptown Damansara tukar protector lain.Bapak murah,RM6 je.Aku cakap kalau tiap minggu tukar pun ape ada hal.Casing aku beli lain,cap Nilkin baru RM15 jeee…..Casing silikon bagi wife aku.

Cerita pasal screen protector ni,Syarikat 3M ada mengeluarkan screen protector yang menghilangkan kesan cap jari secara semulajadi.Menarik bukan?

 

Fingerprints Magically Fade Away On 3M's New Screen Protectors-151202

Teknologi bahan yang dipatenkan digunakan sebagai material screen protector,dan tak perlu lagi mengelap kesan cap cari.Tapi mampukah 3M Natural View Fingerprint Fading Screen Protectors mampu menyahkan kesan minyak yang melekat di skrin?Korang boleh cuba beli dengan harga $23,tapi hanya boleh didapati untuk tablet sahaja.

 

*Info & Image from Gizmodo

Cerita Terawih Ke-3

Assalamualaikum! Jumpa lagi kita dengan bulan puasa.Selain puasa yakni menahan lapar,ibadat jugak kita lebihkan sikit walaupun sepatutnya tak perlu tunggu bulan puasa ye tak?Salah satunya ibadat terawih yang tak pernah aku dengar orang buat selain dari bulan puasa.Zaman aku bebudak dulu terawih ni satu aktiviti yang sangat seronok,bukan sebab buat ibadat.Maklumlah bebudak lagi,main ajelah kerjanya.Tiap malam tak tinggal kemasjid,tapi bukan nak beribadat.Aku dengan kengkawan aku lebih suka main sorok-sorok celah kereta.Masa bulan puasa ni la parent tak marah keluar malam.Selain dari bermain,waktu makan moreh paling ditunggu.Biasanya informasi makanan moreh aku tau dari arwah abah aku.
Sebenarnya taklah sedap mana pun makanan moreh,tapi seronok makan ramai-ramai.Yang selit plastik celah songkok untuk tapau pun ada.Kelakar betul. Tapi itu tafsiran terawih masa aku belum baligh.Bila dah besar,tak mungkinlah nak buat perangai bebudak.Kampung aku tak ramai penduduk,tapi masjidnya agak besar.Kalau solat Isyak tu aku rasa ada la 5 saf.Sampai selesai witir tinggal dua saf je,itupun aku dah duduk saf paling depan.Pernah sekali hujung-hujung ramadhan,sampai solat belakang imam.Punya la tak ramai orang.Mujur solat terawih kat kampung aku buat 8 rakaat je,tak ada selang seli dengan tazkirah.Sebelum pukul 10 confirm siap.
Berbanding di bandar,solat terawih biasanya diselangi dengan tazkirah selama 15 ke 20 minit dan bacaan dalam solat terawih memang panjang-panjang.Biasanya imam jemputan dari maahad tahfiz yang muda-muda.Malam tadi terawih yang ketiga aku buat di surau berdekatan rumah aku.Kat tempat aku ni terawih selesai lebih kurang dalam jam 10.30pm.Semalam ada beberapa perkara yang membuatkan terawih ketiga aku agak 'special' sikit.Terawih semalam diimamkan pelajar tahfiz.Selepas sujud rakaat pertama solat terawih kedua,imamnya terus tahiyat akhir.Maka ramailah yang terbangun termasuklah aku sekali,then duduk tahiyat akhir.Sebab ikut imam kan,padahal baru rakaat pertama.Bagi yang tak panik,habis je imam beri salam,terus sambung rakaat kedua sendiri.Yang lain-lain(termasuk aku) ikut bagi salam maka ramailah yang solat terawih keduanya tidak sah.Tapi tak apa,lepas tazkirah ganti semula dengan dua rakaat solat terawih.Imam tahfiz teralit mengingati surah-surah panjang sampai terlupa rakaat yang keberapa.
Lepas tu rehat kejap dengar tazkirah,ustaznya datang dari maahad tahfiz apa aku dah lupa tapi kat Perak nun.Tazkirahnya pendek je tak macam surau kat Taman Pinggiran Gombak.Selesai tazkirah,solat terawih bersambung semula,tapi bila nak angkat takbir,aku nampak satu budak kecik berjalan dicelah-celah jemaah,sampai la budak tu hilang entah kemana.Tak pasal-pasal konsentrasi aku terjejas.Selesai hal budak kecik tadi sekali lagi perhatian aku terganggu dengan seorang remaja yang aku nampak mukanya macam pan asia. Muka tu memang jambulah,dengan rambut berkaratnya,pakai t-shirt dengan seluar khakis.Dari segi luaran aku takmau komen,sebab ke masjid ni yang pentingnya ibadat dengan ikhlas.Disebabkan budak pan asia tadi solat depan aku,secara tak langsung aku nampak pergerakan dalam solatnya yang awkward.Masa berdiri tak reti diam,ada ajelah benda yang dia buat.Tak batal ke solat dia ya?Siapalah aku untuk menilai ibadah orang ye tak.Walaupun gaya solatnya agak aneh,dia berjaya menamatkan solat terawih + witir,tak macam orang lain yang berpelikat,baju melayu dan songkok,baru empat rakaat dah cabut lari.
Oh ya,sebelum solat witir,sekali lagi budak kecik tadi memunculkan diri mencari ayahnya.Ish,siapalah bapak budak tu.Biarkan anak berjalan2 dicelah jemaah.Budak kecik tu terus menyelit ke saf hadapan mendapatkan ayahnya.Laaaa.....ustaz yang bagi tazkirah tadi punya anak rupanya.Aku ada pandangan mengenai ibu-bapa yang bawa anak kemasjid.Niat itu sangat baik untuk mendidik anak mengimarahkan masjid,tapi pastikan anak-anak kita betul-betul berdisiplin sebelum dibawa mengikut kita.Dalam tazkirah terawih tahun lepas aku ingat lagi,ada satu ustaz tu cakap kita jangan suruh budak-budak duduk belakang,biarkan je dimana mereka nak duduk.Kalau dikumpulkan bebudak ni alamatnya bermain ajelah kesudahannya.Bagi aku depan atau belakang,yang penting disiplin.Kalau tak berapa nak disiplin,duduk sebelah ayahnya dan ayahnya kena jaga.Anak aku nanti tak taulah,anak perempuan maknya yang jaga kat surau nanti,heee!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sampai Ke Utara

Assalamualaikum…
Entah apa puncanya kebelakangan ni makin ‘renggang’ entri-entri aku dan secara automatik renggang jugalah pembaca berkunjung ke blog ni.Makin kurang info kan?nak tulis pun kekadang orang lain dah buat.Apa yang boleh aku tulis cuma peristiwa yang berlaku sekeliling aku.Ok,kali ni aku nak share cerita tentang perjalanan aku ke negeri utara hujung minggu lepas.
Aku antara segelintir warganegara Malaysia yang belum habis menjelajah ke seluruh negeri dalam Malaysia ni.Sepanjang hidup aku kehidupan aku cuma berkisar di dua negeri saja iaitu Selangor dan Pahang.Selebihnya aku jelajah dengan effort sendiri selepas memiliki kenderaan,antaranya Johor,Melaka,dan Negeri Sembilan.Sabah pun aku dah sampai lepas Myvi aku transform jadi Airbus A300.Naik kapal terbang bajetlah,Air Asia.Itulah dia,jumlah negeri yang aku pernah sampai kat dalam Malaysia ni sebelum ni.
Minggu lepas aku sekeluarga dan keluarga abang ipar aku ke utara atas urusan meminang untuk adik lelaki aku.Mula-mula aku agak keberatan memandangkan jaraknya yang maha jauh.Aku tak pernah jalan jauh sangat kecuali ke Tangkak masa adik perempuan aku bermatrikulasi kat sana.Tapi tak ada istilah keberatan sebab urusannya memang penting.Lagipun bila aku fikir positif,dapat juga jenguk negeri orang.

Journey
Hari Jumaat jam 9.30pm,aku gerak dari Kota Damansara dan singgah berehat di R&R Sungai Perak.R&R ni dipilih sebab berada di tengah-tengah perjalanan antara Kota Damansara dan Alor Star yang merangkumi jarak sejauh 427km.Sampai di R&R Sungai Perak sekitar jam 12.00am.Kalau aku balik rumah mak aku kat Pahang tu dah sampai dah.Berhenti rehat dalam setengah jam pekena Power Root Tongkat Ali dua tin sambil menunggu abang ipar aku set up sisha dia.Abang ipar aku ni kalau kemana-mana memang tak lekang dengan sisha.Orang yang berhenti rehat kat situ pun macam pelik je tengok abang ipar aku buat port bersisha.bagi diorang pelik la,aku yang dah biasa tengok ni tak rasa apa-apa pun.Lebih kurang 12.30am,perjalanan diteruskan merentas negeri Perak yang memang luas.Mujur highwaynya gred A,dengan kelajuan minimum 100kmj dan sesekali terlaju juga sampai 120kmj.Masuk Pulau Pinang,highwaynya beralun dan paling worst kat Kedah.Highway konkrit yang memang tak boleh blah langsung bila pakai sport spring+ tayar 205/40/17.
Akhirnya jam 2.30am,kami sampai ke plaza tol Alor Star(U) dan terus ke Homestay Mawar yang lebih kurang lagi lima minit perjalanan dari plaza tol tadi.Homestaynya cantiklah bagi aku,sesuai dengan harganya RM50 satu hari.
Keesokan hari lepas selesai urusan meminang dan bertunang,aktiviti berjalan diteruskan.Memandangkan masa tak banyak,kami cuma berjalan ke Pekan Rabu yang glemer sangat tu.Nak tengok juga apa yang ada kat sana,jakun sebab pertama kali sampai negeri Utara.Apa yang aku boleh katakan Alor Star ialah sebuah bandar lama mirip bandar Segamat,jalanraya taklah baik sangat,cuma kawasan parking yang sangat limited.Biasalah bandar lama memang macam itu sebab dulu-dulu pembangunan tak dirancang dengan baik.Orang dulu tak boleh predict berapa banyaknya kereta zaman sekarang ni.Walaupun banyak bangunan lama,sebenarnya cantik kalau diperhatikan betul-betul cuma tak dipulihara dengan baik.Aku suka bandar yang macam ni sebab ada nilai-nilai sejarah.

IMAG0229
Di Pekan Rabu kami cuma beli pencicah rojak jenama Mak Bee dan sebotol perencah Char Kuey Teow jenama Otaku(penggemar manga Jepun kot ownernya).Aku cuma beli sandal imitation Crocs padahal kat sini pun berlambak.Saja nak beli sesuatu dari Alor Star.

IMAG0228
Walaupun jangkaan awal aku perjalanan ni meletihkan tapi sebenarnya tak.Hari Ahad jam 2pm,kami gerak balik dan singgah ke bandar Sungai Petani.Bandarnya simple je,tapi parking kemain susah nak dapat.Lepas tu singgah di Taman Mewah,rumah makcik abang ipar aku.Mengantuk punya pasal,aku pergi kedai beli aiskrim.Nyonya kedai tu pun kira barang yang aku beli dalam bahasa Cina.Pastu aku buat muka blur...Aiyah,wa ingat lu cina!kata nyonya tu.Auntie,kulit saya banyak gelap tau,macam cina ka?Nyonya tu pun citer,dulu ada satu lelaki gelap beli barang,nyonya tu ingat melayu,rupanya cina.Terbalik pulak dah.
Dulu sekali kat Tesco,salesgirl kad kredit dok cong ceng cakap cina kat aku suruh apply kad kredit.Gila ke ape. Pukul 5.30pm kitorang gerak dari Sg.Petani.Perjalanan agak perlahan sebab hujan dan sesak di tol Juru.Abang ipar aku call,bagitau yang stesen berhenti di Hentian Tapah.Kat situ yang popularnya seedless guava le.Bubble tea Cool Blog pun ada,yummm!Rehat dalam 45 minit jugak la rasanya sebelum sambung perjalanan.Setelah bercekang mata driving dari pukul 5.30pm,akhirnya sampai kat Greenwood jam 11.30pm.Mujur drive Myvi,seat jenis macam bench.Spring keras sikit pun tak sakit pinggang.Kalau bawak Satria aku rasa mau dah slip disc tulang belakang rasanya.

Koleksi Fighter Aircraft Pulak

Sebelum ni aku pernah tunjukkan koleksi Combat Tanks Collection(CTC) keluaran DeAgostini yang sekarang dah pun terkumpul sebanyak lapan unit.Belum ada yang tertinggal dan aku cuba untuk cukupkan 12 unit kesemuanya.Dengan izin poketlah.Dalam keterujaan aku mengumpul battle tanks,muncul satu lagi siri collectors item iaitu Fighter Aircraft Collection(FAC).
Konsepnya sama dengan CTC,dikeluarkan fortnighly(dua minggu sekali),set pertama berharga RM9.90,set kedua berharga RM19.90 dan siri ketiga pada harga standard RM29.90.Cuma tidak diberi percuma binder untuk mengumpulkan majalah yang disertakan dengan koleksi combat aircraft tadi.
CTC dikeluarkan oleh DeAgostini,FAC pula dikeluarkan oleh Amer Collection dari UK juga rasanya.Buat masa ini,koleksinya sudah masuk siri ke-4,iaitu pesawat MiG 29.Senarai pesawat yang lepas ialah:

1.Supermarine Spitfire (UK)
2.1942 Masserschmit (Nazi German)
3.P-51B Mustang (North USA)
4.Mikoyan MiG 29 ‘Fulcrum’ (Malaysia)

 

IMAG0188

Haaa!Itu yang speselnya.Nama negara dalam kurungan ialah negara pengguna pesawat tersebut.Dalam kes ni TUDM Malaysia terpilih sebagai pengendali MiG 29 walaupun ada negara lain yang lagi banyak jumlah MiGnya contohnya Poland.Sebab apa agaknya ya?Setahu aku MiG ni dahpun berstatus obsolete,tapi mungkin dek kerana kepakaran engineer tempatan mengintegrasikan sistem komputernya dengan misil-misil moden.

 

IMAG0232

IMAG0233

IMAG0234

Dalam laman web Fighter Aircraft Collection,sepatutnya siri ke-4 ialah model pesawat Harrier 'Jump Jet'.Tapi dapat MiG pun cun juga,versi TUDM plak tu.Siri lengkapnya kalau tak salah aku berjumlah 52 unit (fuuuuuu...........)Aku skip-skip aje kot memana pesawat lama yang buruk sangat rupanya.Aku tunggu pesawat A10 Thunderbolt,Sukhoi Flanker,Raptor,Eurofighter Typhoon dan beberapa pesawat era 70-80an yang aku rasa mantap dan relevan.Gundam MG boleh hold dulu.Gua nak main koleksi militer plak.Sebelum anak aku pandai merangkak,kena cepat-cepat sambar almari kaca pameran.Kang ada Gundam aku yang tak ada kepala pulak nanti.

 

RM29.90 darab 52 unit = perang dengan bini,huhuhu!

Ahad, 8 Julai 2012

Kebenaran Disebalik Menjadi Usahawan MLM

Semalam aku dapat emel dari seseorang yang bertanyakan tentang produk pembelajaran online yang aku jual.Barang tu dah lama dalam simpanan aku,sejak sebelum aku bertunang lagi.Konon-kononnya nak buat duit dulu then baru kawin.Malangnya sekeping pun tak terjual. Macam tulah bisnes multi level ni.Modus operandinya senang,cari partner/downline untuk mengembangkan bisnes.Bisnes apapun semuanya berasaskan beberapa perkara yang sama.Ada produk,dan ada permintaan.Maka terjadilah urusniaga.Contohnya orang jual pisang goreng,produknya pisang goreng dan ada penggemar pisang goreng.Masalah dengan berniaga pisang goreng ni pulak lambat benor nak kaya.Sampai mati berniaga pun jangan harap dapat beli Ferrari.Tapi wujud segelintir manusia yang genius(kaki pembelit?),yang mencipta kaedah perniagaan canggih dan cepat buat duit.Cukup dengan satu produk,orang paling atas akan jadi jutawan sekelip mata. Katakan produk yang macam aku jual tu dijual terus kepada pengguna dengan kaedah perniagaan konvensional,hasilnya tetap sama macam goreng pisang tadilah.Lambat kaya beb!So,macamana nak cepat kaya?Jual secara pukal.Daripada orang beli sekeping,baik cipta kaedah untuk orang beli 10 keping sekaligus. Caranya mudah,cipta satu pakej yang membuatkan orang membeli secara pukal dengan menamakannya pakej usahawan.Orang macam aku ni yang bersemangat nak jadi usahawan pun terus beli dengan modal yang besar,(nama je usahawan,sebenarnya akulah pelanggan yang membeli secara pukal).Tanggungjawab aku pulak,jual barang aku kepada pelanggan,samada sekeping untuk satu pelanggan atau ulang semula MO yang sama dengan mengajak orang jadi usahawan macam aku. Makin kebawah makin susah sebenarnya nak yakinkan orang.Sebab tu mana ada perniagaan multi level ni bertahan lama sebab orang hilang kepercayaan.Berlainan kalau berniaga kaedah konvensional,memang lambat kaya tapi kepercayaan yang diberi pelanggan tu menjamin kelangsungan perniagaan kita.Sampai sekarang pun macam-macam produk yang dijual dengan kaedah sebegitu rupa,filter air made in China dengan modal puluh-puluh ringgit seunit diorang tutuh harga sampai dua tiga ribu. Memang le cepat kaya tapi ape konsep berniaga macam tu.Jadi usahawan konon,padahal kita la sebenarnya pelanggan yang membeli secara BORONG.Harap-harap ramai orang sedar tentang perkara ni sebelum terjebak.Duit yang kita usahakan kerja siang malam tu,belanjakanlah dengan bijak.Jangan tamak nak cepat kaya apatah lagi dengan kaedah menipu,urusniaga yang tidak jelas. Setakat nak jadi pelanggan tak apa,tapi tak payahlah jadi usahawan.Kita hanya jadi tool untuk mempercepatkan orang diatas kumpul duit berkepuk-kepuk.Zaman sekarang ni ramai tak ambil berat dari mana punca rezeki,bagi anak bini makan.Ingat,seronok didunia ni sekejap je..
Published with Blogger-droid v2.0.6