Isnin, 9 Januari 2012

Berita Padat

Hari ni mood nak menaip pun tak berapa nak ada,so aku padatkan semua sekali apa benda yang aku nak taip dalam bentuk point aje.Sebenarnya aku tak minat nak cerita pasal politik,tapi aku letak sikit-sikit tak apelah ya?
 
1.Dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini,Hakim Datuk Muhamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar tidak bersalah atas tuduhan liwat yang dihadapinya.Kes mula dibicarakan sejak 2008.
-malaysiakini

2.Perhimpunan penyokong Anwar atau dikenali sebagai Perhimpunan 901 dicemari tiga letupan bom buatan sendiri.Lima cedera dan sekurang-kurangnya tujuh kenderaan rosak.-malaysiakini

3.Ezani Farhana dinobatkan sebagai juara Masterchef Malaysia yang pertama selepas menewaskan pesaingnya iaitu Wahidan dalam pusingan akhir Masterchef Malaysia yang berlangsung semalam.Ezani memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dan kontrak penerbitan buku masakan.

4.Datuk Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan dalam perlawanan akhir perseorangan di Kejohanan Super Series Terbuka Korea dengan tiga set.Hadiah kemenangan berjumlah RM235,875.

PS2;Mau Repair Lagi Ka?

Semalam aku belek-belek la PS2 Slim aku yang dah agak lama pencen.Aku percaya,benda-benda permainan macam ni Sony dah buat selasak mungkin untuk memastikan jangkahayatnya panjang dengan penggunaan normal.
Sebelum ni aku pakai memang tak ada masalah.Lebih dua tahun aku tinggalkan konsol PS2 ni kat rumah adik aku yang sememangnya hantu PS2.Orang lain main game jugak,tapi dia ni lain.Dia cuma kenal game Winning Eleven je.Kalau hari minggu,dia boleh main dari pagi sampai ke malam,tanpa perlu makan/mandi.Hari biasa tak la selama tu,tapi tetap main setiap hari.Akibatnya bila aku nak pakai semula PS2 ni,cuma tinggal nyawa-nyawa ikan.Masuk disc baru pun liat nak loading.
Bila aku check,rupanya disc motor dah jammed.Kalau nak diikutkan,baik beli PS3 je terus,apa barang layan PS2 lagi.Disebabkan benda ni aku beli dengan duit titik peluh aku,aku tetap nak pastikan benda ni masih berfungsi dengan baik.Bukan macam bebudak sekarang parent belikan,bila dah jemu campak je dalam tong sampah.
So,inilah dia benda-benda yang rosak.Aku pernah tanya harga repair kalau kat kedai,sekitar RM180.Rosak apa sekalipun harga tetap sama.Tapi saje je aku survey harga benda-benda ni kot-kot jauh lagi murah.


PS2 Slim ribbon cable RM3.65

PS2 Drive Motor Only antara RM16.02 - RM19.28
PS2 Lens Assembly antara RM25.15 - RM53

Power Switch PCB  antara RM12.50-RM22.50


Semua harga dari laman ebay.com.my.Lebih kurang harga repair kat kedai je ek?Benda-benda ni pun plug and play je.

Jumaat, 6 Januari 2012

Ex Tiger Wood;Marahkan Nyamuk,Rumah Dirobohkan

Meh kita dengar perbualan antara janda Tiger Wood,Elin Nordegren dengan penjual rumah di North Palm Beach.Perbualan di curi dengar oleh agen CIA yang menyamar sebagai pekerja Alam Flora:

Elin : Bang,rumah abang cantik la.Nak jual tak?
Tuan Rumah : Kamu ada duit ke?
Elin : Ada la sikit bang,simpanan hasil berniaga pisang goreng,samosa,keropok lekor,...bla..bla..bla..
Tuan Rumah : Kamu ni jangan memain,rumah ni mahal tau.Bilik air je ada lapan.
Elin : Abang jangan ingat saya takde duit bang.Walaupun saya janda,tengok la handbag saya ni,Hermes Birkin bang!
Tuan Rumah : Abang letak harga $12 juta,ada bran?(minah ni bukan ada duit pun...)
Elin : Berehhh bang!bagi nombor akaun,besok saya bank-inkan pitih.

Maka rumah pun bertukar tangan....


Memang la lapan bilik air,tapi kalau semuanya jamban cangkung buat apa!Arrggghhhh!!(Maka Elin pun terus RAAAAAGE dan disodok rumah tu sampai licin)


sumber Yahoo News

Di China,Minyak Masak Pun Palsu


Di China,selagi boleh dipalsukan,apa pun jadi.Terbaru,pengeluar minyak kacang palsu diserbu di Zhongtang.Pihak berkuasa tempatan menyiasat Yonglong Food Factory hasil penemuan lebih 4 tan minyak substandard dan dipercayai berbahaya oleh seorang wartawan Southern Metropolis Daily yang menyamar.
Kilang tersebut mencampurkan minyak soya,minyak sawit yang diragui puncanya,minyak cottonseed dan esen cottonseed untuk meniru rupa minyak kacang yang sebenar.Minyak cottonseed mentah boleh menyebabkan kemandulan kerana ianya toksik.
Minyak kacang palsu tersebut dijual kepada pengeluar makanan di Guangdong,Hunan dan Jiangxi dengan harga 92 yuan berbanding 100 yuan untuk 5 liter minyak kacang asli.Menurut seorang pakar dari Persatuan Minyak dan Bijirin China,sekurang-kurangnya 30 pengeluar minyak makan (edible oil) di daerah itu menghasilkan minyak kacang palsu.Majoritinya adalah perniagaan berdaftar.
Kita tengok gambar diatas.Jangankan HACCP,asas GMP(Good Manufacturing Practice) pun fail....

16 Tahun Hilang;Cincin Kahwin Terlekat Pada Lobak

Selepas hilang selama 16 tahun,seorang surirumah bernama Lena Paahlsson dari Sweden menemui semula cincin perkahwinannya yang terlekat pada sebatang lobak merah!



Lena kehilangan cincin perkahwinan bertatahkan tujuh berlian kecil itu di dapur rumahnya pada tahun 1995.Dipercayai cincin itu terjatuh kedalam sinki dan bercampur dengan kupasan kulit sayur-sayuran,seterusnya berakhir dengan menjadi baja kompos atau makanan ternakan mereka.
Sisa-sisa sayuran atau najis ternakan mereka digunakan untuk menyuburkan tanaman dan selepas 16 tahun,cincin tersebut ditemui semula tersarung pada sebatang lobak.

sumber nydailynews