Memaparkan catatan dengan label Tech Talk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tech Talk. Papar semua catatan

Selasa, 23 Oktober 2012

LG Optimus G 4G LTE Yang Agak Best

LG.

Aku suka jenama Korea ini.Produk pertama LG yang aku beli ialah TV flat screen CRT 29” yang beratnya humang aiii…Selepas tu diikuti dengan DVD player jenama sama dan sekarang masih berkhidmat dengan jayanya dirumah mak aku sejak 2005.

Kemudian sekali lagi jenama LG jadi pilihan untuk TV dirumah aku iaitu siri LCD Scarlet.32 inci sahaja memandangkan awal tahun 2009,harganya masih lagi RM2200.Sekarang ni boleh dapat Full HD 40” dengan amaun wang yang sama.

Tapi bila LG keluarkan smartphone,aku tak berani nak cuba.Sebab biasalah,branding.Kita lebih percaya brand otai telefon macam Nokia atau Sony Ericsson.Macamanapun,sekarang boleh dikatakan agak banyak jenama smartphone yang rasanya agak baik dipasaran walaupun majoriti tau Samsung dan Apple memang king dalam bidang ni.

Last week aku baca satu entri pasal Samsung test Galaxy Note 2 dengan RAM 3GB kalau tak salah.Ada aku terbaca komen dari pembaca,kata beliau ada baiknya Samsung membangunkan OS sendiri daripada sekadar upgrade hardware.Maksud tersiratnya adalah,contohi Apple yang bangunkan iOS untuk smartphonenya.

Pendapat aku plak,tak semestinya satu jenama tu gah bebenor kalau bangunkan produk dari A sampai Z.Contohnya macam komputer,ada macam-macam jenama.Tapi OSnya cuma Microsoft,(kecuali produk Apple…Apple lagi!).Bayangkan kalau setiap jenama ada OS sendiri,tak ke pening pengguna nak beli?Pembangun-pembangun software pun sure serabut kepala nak develop software untuk memacam jenis OS.

So,ada faedahnya berbagai jenama smartphone gunakan satu jenis OS iaitu Android.Senang apa,tak macam dulu-dulu.Dah biasa pakai Nokia,pastu terkial-kial nak menaip guna phone Sony Ericsson sebab tak tau button untuk space.

OK,cukup.Kali ni aku nak highlightkan satu model smartphone keluaran LG yang agak best isi perutnya iaitu LG Optimus G LS970 atau juga dikenali dengan LG Eclipse 4G LTE.

 

LG_Optimus_G_LS970_image7718

 

Spesifikasi

 

Network 2G,3G,4G LTE 1900
Sim Micro Sim
Dimensi 131.9 x 68.9 x 8.5mm
Skrin True HD IPS LCD touchscreen
768x1280,4.7 inci (318 ppi)
Memori 32GB,2GB RAM
Kamera 13MP autofocus,flash,
1.3MP secondary
OS Android v4.0 Ice Cream Sandwich
Cip Qualcomm Snapdragon S4 1.5Ghz Quad Core
Qualcomm Snapdragon APQ8064 CPU
Adreno 320 GPU
Bateri Li-Po 2100 mAh
Berat 144.9 gram

 

Dengan cip empat teras yang menjalankan Ice Cream Sandwich dan bantuan RAM sebanyak 2GB,ianya bererti laju.Bateri sebesar 2100mAh aku rasa memadai untuk menyokong penggunaan sehari suntuk dan juga keperluan untuk skrin sebesar 4.7 inci.Kalau tak cukup jugak 2100mAh,itu jakun namanya.

Harga belum dapat dipastikan untuk pasaran Malaysia,boleh la cuba pakai kalau jemu dengan jenama Samsung,Smile with tongue out.

Rabu, 3 Oktober 2012

Bateri Lebih Besar Pada HTC One X+

 

HTC One X  - Engadget Galleries-094836HTC One X  - Engadget Galleries-094917

HTC akan melancarkan model terbarunya iaitu HTC One X+,kesinambungan dari model HTC One X dengan beberapa penambahbaikan untuk mengatasi kekurangan pada HTC One X.Dari segi luaran,HTC One X+ masih mengekalkan rupa yang sama tetapi didatangkan dengan ciri-ciri yang lebih baik untuk terus bersaing dengan model-model Android jenama lain.

Antara ciri-ciri baru pada One X+ ialah:

 

-Seberat 135 gram,lebih 5 gram dari HTC One X

-HTC SEnse UI v4+

-terdapat dalam dua kapasiti storan,32Gb dan 64Gb

(informasi dari Engadget menyatakan storan 65Gb)

-kamera hadapan 1.6MP yang berupaya merakam video 720p @30fps

-Dioperasikan oleh Android v4.1 Jelly Bean

-menggunakan chipset NVIDIA Tegra 3 AP37

-CPU Quad-core 1.7GHz

-Browser HTML5

-Tiada fungsi FM Radio berbanding One X

-Sistem GPS ditambah baik dengan sokongan GLONASS

-Bateri Li-ion lebih besar,2100mAh

-Terdapat dalam warna hitam sahaja

 

Walaubagaimanapun spesifikasi sebenar belum didapati kerana ada sedikit percanggahan dimana laman web Engadget menyatakan HTC One X+ dioperasikan oleh Android Ice Cream Sandwich.

Faktor penting dalam penambahbaikan HTC One X+ ini adalah peningkatan kapasiti bateri.Bateri HTC One X agak cepat habis umpama jet MiG 29 yang laju tetapi kehausan bahanapi.

 

Info dari GSMArena & Engadget

Khamis, 20 September 2012

HTC 8X Windows Phone 8

HTC 8X

 

HTC_Multi_Phones_nt_120918_wg

 

Aku rasa smartphone ni gorgeous.Menggunakan operating system Windows Phone 8,HTC 8X adalah lawan yang adil kepada Nokia Lumia 920.Pertama kali aku mencuba peranti dengan OS Windows masa adik aku beli Garmin Asus M10.Masa tu interface Windows Mobile 6.5.3 Professional agak boring dan kekurangan pilihan aplikasi untuk disedut.

Tapi Windows Phone ditambah baik dan menjadi semakin cantik pulak sekarang ni.Meh tengok spesifikasi smartphone yang tidak se’gah’ iPhone 5 yang baru dilancarkan tu.

 

Operating System:Windows Phone 8

Dimensi:132.3x66.2x10.1mm

Berat:130g

Paparan: S-LCD2 720x1280 piksel,4.3inci (342ppi)+Corning Gorilla Glass 2

Memori: 16Gb,1Gb RAM

Kamera: 8MP,aperture f2.0

Chipset:Qualcomm MSM8960 Snapdragon

CPU: Dualcore 1.5Ghz Krait

GPU:Adreno 225

Bateri:1800mAh

 

 

Ada beberapa blog gadget cakap,HTC 8X ni dilengkapkan dengan dedicated camera button,ada juga yang kata tak ada.Begitu juga slot memori.Dari laman web HTC,nampaknya tidak ada slot memori tambahan dan berita baiknya,ada butang kamera.Diatas kertas HTC 8X ada sedikit sahaja perbezaan berbanding Nokia Lumia 920 yang juga sedikit berat iaitu 180g.Secara amnya,kedua-dua peranti Windows Phone 8 dari dua jenama ini boleh dikatakan setaraf.

Jumaat, 14 September 2012

Perang Telefon Pintar

Perang antara jenama dan spesifikasi telefon pintar.

 

iPhone5 vs Lumia 920

 

Menurut laman web GSMArena,RBC Capital Markets menjangkakan IPhone 5 yang akan dilancarkan 21 September nanti akan mencapai angka jualan 8-10 juta unit dalam bulan ini sahaja.Tetapi adakah flagship terbaru Apple ini benar-benar satu lonjakan paradigma untuk syarikat Apple?

Pertamanya dari segi spesifikasi.Majoriti laman web membandingkan dengan beberapa jenama yang sudah pun berada dipasaran dan bakal dikeluarkan tahun ini peperti Samsung Galaxy S III,Galaxy Note 2,HTC One X,Sony Xperia S,LG Optimus GE973 dan tidak ketinggalan Nokia Lumia 920.Rata-rata pesaing Apple menggunakan cip dua dan empat teras,Android 4.0+/Windows 8 dengan ketumpatan piksel setinggi 300++.Sony Xperia S contohnya menampilkan skrin LCD dengan ppi setinggi 342.

Apakah kekuatan Apple untuk mengatasi pesaing-pesaingnya?

Jawapannya adalah sokongan peminat produk Apple.Spesifikasi dan harga yang menjadi faktor penting kejayaan sesuatu produk bukanlah kelebihan IPhone 5 dalam peperangan peranti telefon pintar tahun ini.

Bagi peminat Apple,sistem operasi iOS sangat mudah digunakan,tapi berapa ramai yang tak tahu guna Android?Secara jujurnya dalam banyak-banyak peranti telefon pintar yang dilancarkan tahun ni,aku undi model Nokia Lumia 920 dan Sony Xperia S.Berbaloi untuk wang.Anda bagaimana?

Selasa, 11 September 2012

Menuju Kesesatan Dengan Sygic GPS

Dalam bulan Syawal ni biasalah,hujung minggu masih ada yang buat rumah terbuka.Terutamanya kawan-kawan wife aku.Wife aku ni memang ramai kawan,ada yang dari zaman MRSM Terendak,zaman matrikulasi,zaman UMS..Banyak betullah.Aku pun banyak sekolah,tapi tak ramai kawan pun sedangkan sekolah menengah dua,termasuk sekolah Teknik,lepas tu Politeknik Kuantan dan yang terakhir zaman buat part time study kat Politeknik Shah Alam.Yang agak menghairankan,classmate aku masa buat Sijil Automotif Diesel dan member satu rumah sewa tak dapat ditemui dalam Facebook.Kerja ape diorang ni semua?Bukanlah wajib setiap orang ada Facebook,cuma itu je caranya nak cari balik kawan-kawan lama.Satu sebab lagi mungkin lelaki kurang berminat tentang hubungan jangka panjang dengan kengkawan lama ni.
Contohnya Hari Raya Aidilfitri bebaru ni.Tahun ni aku beraya di Gombak.Selesai solat Hari Raya dan menziarah kubur,aku sms lah sorang classmate aku masa buat part time study dulu.Kebetulan rumah keluarga dia kat Gombak.Aku pun mesej la dia:

 

"Bro,ada kat rumah tak?"(harapannya dia faham yang aku nak datang beraya kalau dia ada dirumah)

-"Sekarang kat rumah,petang kang balik Perak".

(Takde sebut 'meh la datang rumah aku" pun???)

 

Aku pun malas dah la nak reply semula.Kalau dia mengenang kengkawan lama,tentu seronok dapat jumpa semula ye tak?Mentang-mentang la ko dah keje gomen,ko lupa yang ko selalu copy paste assignment gua dulu ya?Amboihhh...kalau aku di situasi dia yang nak balik Perak tu,aku still ok je kalau kengkawan nak datang.Sekejap pun jadilah.Ini tak,selesai je paper last final exam,mind your own business.Itulah ceritanya ngape kengkawan aku tak ramai...Itu baru satu je contoh,yang lain tak payah ceritalah.
Sabtu lepas wife aku ajak ke rumah terbuka kawan dia kat Kajang.Kalau dulu aku berat hati sikit nak pergi sebab tak tau jalan.Manjang sesat je.Lepas install Sygic GPS kat Android phone aku,ada sikit keyakinan nak merayau ke tempat yang jauh.Hala pergi memang tak ada masalah,tapi bila balik entah mana punya jalan yang GPS ni tunjuk.
Dalam setting kita boleh pilih samada nak Shortest Route,Fastest Route,atau Economic Route.Biasanya aku letak setting Fastest Route sebab setting Shortest Route tak semestinya cepat,walaupun secara logiknya lagi dekat lagi cepat.Dari Kajang tadi,aku setlah jalan balik kerumah iaitu Home,yang dah aku savekan awal-awal.Bila mula bergerak aku dah hairan,navigasinya tunjukkan jalan kampung.Takpelah mungkin short cut.Lepas tu masuk ke lebuhraya.Tak lama lepas tu jalan pun agak sesak sebab menghala ke Kuala Lumpur.Aku hairan jugak dengan Sygic ni,apehal selalu sangat navigate kena redah KL.Dalam tengah jem tu tetiba arahan suara suruh aku belok kiri.Kepala hotak dia simpang apa tak ada,suruh aku belok kiri.Aku ignore dan teruskan jalan.Seterusnya aku offkan navigasi,ikut signboard je sebab makin sasau Sygic ni.Aku nak balik Kota Damansara,dia tunjuk jalan sampai Jalan Gasing!
Bangang punya GPS.Mujur aku tau sikit-sikit area tu.Bila aku reroute semula GPS,sampailah ke satu simpang yang dulunya Bulatan Rothman.Dalam map GPS pun bulatan,maknanya map Sygic ni tak up to date.Seingat aku hujung 2010 lagi dah ada kerja-kerja ubahsuai jalanraya kat situ.Oklah,map tak update,tapi yang bangangnya Sygic GPS ni,arahannya suruh aku buat U-Turn,hala ke UM semula.Apekejadahnya nak U-Turn,aku nak balik Damansara.Disebabkan aku taulah sikit jalan kat situ,aku ignore je direction dan masuk ke Jalan SS2 then keluar ke LDP.Setel.Gerak dari Kajang 6.15pm,sampai Kota Damansara pukul 8.10pm.Baik punya GPS.

 

Screenshot_2012-09-10-12-59-04

Masih lagi bulatan Rothmans

 

Masa memula aku install Sygic GPS ni dulu aku bagi 3 bintang setengah sebab map tak updated.Entrinya kat sini.Tapi bila GPS pun membawa ke jalan yang sesat,maka aku boleh kategorikan software GPS ni sebagai crap.Kenapa dari 3 1/2 bintang terus dapat pangkat crap?Ni sebabnya:

 

-Peta zaman purba,tak update langsung
-Carian lokasi tak lengkap.Memasukkan alamat lengkap untuk memulakan navigasi selalunya tidak berhasil.Katanya "No Item Found'.
-Setting Fastest Route dan Shortest Route tak ada beza.Macam aku cakap tadi,Shortest tak semestinya cepat sampai.Sepatutnya ada beza laluan yang bakal dilalui,sebab tu ianya dijadikan sebagai satu pilihan.Kalau route Fastest dan Shortest tak ada beza,buat apa jadikan dia dua pilihan.
-Arahan turn by turn lambat dan tidak jelas.Dah nak terlepas simpang baru keluar arahan,terutamanya di kawasan yang padat seperti KL.Katakan ada simpang kiri dan susur ke kiri yang berdekatan,pengguna boleh keliru mana satu nak ikut bila diberi arahan 'pusing kiri'.Dynamic Lane Assist selalunya tidak dapat membantu.Semasa memandu,kita susah nak tengok skrin dan bergantung sepenuhnya pada kefahaman arahan suara.
-Alasan terakhir adalah,sesat.Apa gunanya GPS kalau menyesatkan.Dalam hal navigasi ni aku rasa Google map punya navigation jauh lebih accurate walaupun tak ada voice command.

Lepas ni akan cuba mendapatkan set GPS sebenar dari Garmin yang memang tersohor.Syarikat yang membangunkan aplikasi Sygic ni mendapatkan peta dari TomTom.Satelit apa tah TomTom ni pakai.Sejak aku install bulan Mei lepas,dah dua kali receive update.Saiz update boleh tahan besar,tapi rupanya update interface saja,map purba masih kekal.Aku harap Garmin bangunkan aplikasi GPS untuk Android.
Sesiapa yang rasa nak install Sygic GPS baik dapatkan versi 'cetak rompak' punya.Tak berbaloi dibeli.

Gua bising-bising ni sebab gua beli,bukan free punya tau?

 

Screenshot_2012-09-10-13-06-25

Pengguna lain yang sama sesat macam gua,hahaha!

Selasa, 24 Julai 2012

Apa Itu SABOT?

Cerita tentang militari lagi boleh?

Maaf kalau ianya membosankan bagi sesetengah pihak,bak kata wife aku rancangan TV yang aku tonton semuanya serius belaka.Nak buat macamana,yang serius tu lah yang menarik,padat dengan informasi.Sesekali aku layan juga Karoot Komedia takpun Maharaja Lawak yang lama-lama.
Hari ni aku nak berkongsi kefahaman aku tentang satu benda dalam dunia militari iaitu SABOT.Sabot ni tak merbahaya,tapi ia membantu menjadikan benda yang dilindunginya itu berbahaya.Pertama kali aku dengar perkataan sabot adalah ketika menonton filem Transformers 2007.Situasinya ketika sekumpulan askar Amerika diserang Scorponok di tengah padang pasir.Siapa yang suka filem tu mesti ingat,aku sendiri tonton filem tu berpuluh kali tanpa jemu.Dalam situasi tersebut,pesawat gunship AC130 Spooky menembak sasaran menggunakan peluru sabot 105mm.
Peluru sabot dilancarkan dari meriam bersaiz sama dengan saiz pelurunya.Kalau diperhatikan,rupa peluru sabot agak sedikit aneh berbanding peluru biasa,tapi kuasa pemusnahnya sangat besar.Mulanya aku fikir sabot adalah sejenis bahan peledak baru yang berkuasa menghancurkan armor,rupanya tidak.Sabot sebenarnya adalah 'sarung' yang memegang peluru penetrator yang biasanya jauh lebih kecil untuk menetapkannya pada kedudukan stabil didalam barrel meriam.Peluru atau dipanggil penetrator(penebuk) armor ialah sebatang rod panjang (LRP-Long Rod Penetrator) berdiameter 20-30mm,50-60cm panjang dan diperbuat daripada logam keras yang berketumpatan tinggi seperti tungsten atau depleted uranium(DU).LRP ini berbentuk panah untuk menumpukan tenaga kinetik pada titik pusat yang kecil untuk memaksimumkan kuasa tembusan.Siapa yang belajar fizik tentu mudah faham bagaimana konsepnya,ketumpatan didarab dengan halaju(V).Katakan LRP tersebut seberat 3.5kg x muzzle velocity 1700m/s,bayangkan berapa daya tertumpu pada hujung penetrator tersebut.Kebanyakan steel plate kereta kebal tidak mampu menahan tujahan LRP,kecuali ianya kurang berkesan keatas komposit armor moden seperti Chobham dan Kanchan.

Jadi apa tugasan sabot tadi sekiranya 'peluru' sebenar adalah LRP?
Oleh kerana LRP berdiameter kecil(20-30mm) berbanding saiz barrel (105/120mm),maka sesuatu diperlukan untuk menstabilkan kedudukan LRP ditengah-tengah barrel yang lebih besar diameternya supaya tembakan tepat dapat dilakukan.Selain itu tugasan sabot adalah untuk mengelakkan kebocoran gas ketika tembakan dilepaskan(sealing),untuk memaksimumkan kuasa dorongan oleh gas yang mengembang didalam barrel meriam.
Tetapi tugas sabot hanya sehingga LRP meninggalkan muncung meriam sahaja.Sabot dibina sebegitu rupa supaya ketika ianya meninggalkan muncung meriam,seretan aerodinamik akibat halaju tinggi akan menanggalkannya dari LRP.

APFSDS

Satu soalan mungkin timbul;kenapa LRP tidak dilancarkan dari meriam berdiameter yang sepadan dengannya?Pertama,mungkin kuasa dorongan daripada peledak didalam shell bersaiz sama dengan LRP tidak cukup kuat untuk menghasilkan kuasa penembusan.Halaju yang maksimum tidak dapat dicapai melainkan penggunaan shell yang lebih besar,disamping kewujudan fin atau sayap untuk menstabilkan penerbangan LRP.Oleh sebab itu LRP+sabot lebih dikenali sebagai APFSDS(Armor Piercing Fin-stabilised Self Discarding Sabot).
Teknologi memungkinkan perkara yang nampak mustahil untuk berlaku sedangkan dahulu kala besar bermakna lebih baik.Agak sukar untuk percaya sebatang besi bersaiz 20-30mm mampu memusnahkan sebuah kereta kebal seberat 40-50 tan.Sebagai contoh,peluru meriam 120mm APFSDS jenis M829A1 dengan LRP seberat 4.6kg mampu menembusi perisai besi setebal 600mm pada jarak 1000 meter.Mana mau menyorok macam ni?

 

1221874000.4737246
Manusia dimuliakan dengan akal di dunia ini untuk meneroka apa juga potensi sekalipun diluar batas imaginasi.Serius sungguh entri ni kan?That's me.Aku tak pandai nak berpura-pura jadi pak lawak,so aku harap ada insan diluar sana yang berminat untuk membaca entri ni.Dalam seratus orang,mungkin ada satu,ye tak?Satu lagi,tulisan dalam entri ni adalah berdasarkan kefahaman aku dari sumber bacaan yang bertebaran di internet,harap maaf dan diperbetulkan kalau ada sebarang salah silap.Aku bukanlah pakar fizik atau pakar balistik,cuma minat saje....

Jumaat, 22 Jun 2012

Penyejuk CPU Paling Genius

Ini namanya genius!

 

Binaan CPU komputer biasanya terdiri dari heatsink yang dilekatkan pada CPU dan diatas heatsink akan terdapat kipas yang akan menyejukkan sirip-sirip heatsink setelah haba diserap dari CPU.Tapi apa yang dicipta oleh Sandia National Lab ini sememangnya breakthrough dalam meningkatkan kecekapan penyejukan CPU.Sandia Cooler menggabungkan fungsi heatsink dan kipas dalam satu item yang digelar spinning heatsink.Tapi mustahil bukan untuk melekatkan CPU pada heatsink yang berputar 2000rpm ini.

How do they do it?

Kaedah konvensional ialah heatsink dilekatkan pada CPU dengan lapisan thermal paste sebagai perantara.Oleh kerana namanya pun spinning heatsink,ianya tidak boleh dilekatkan pada CPU.Maka kaedahnya adalah dengan meletakkan spinning heatsink serapat mungkin pada CPU tanpa menyentuhnya dengan jarak 1/1000 inci untuk membentuk ‘air bearing’.

Sandia National Lab mengklaim(macam Indo tuduh kita klaim tarian Tortor) kipas CPU ciptaannya mampu menyejukkan 30 kali lebih efisien.Bila akan berada dipasaran tidaklah aku ketahui.

*Dulu-dulu masa aku baru belajar relaikan PC,aku lap thermal paste tu sampai bersih sebab tak tau apa benda kelabu yang melekit-lekit kat situ.

 

Spinning heatsink

 

*Sumber berita Gizmodo

Samsung Galaxy S3 Terbakar?

OMG!

Flagship terbaru keluaran Samsung iaitu Galaxy S3 yang terbukti kehebatannya dalam apa jua benchmark test didapati terbakar atas sebab-sebab yang masih disiasat.Kawasan yang terbakar adalah berhampiran dengan charging port dan pihak Samsung masih mengkaji kebarangkalian telefon pintar itu mengalami overheating.

Samsung Galaxy S3 mencatat rekod tempahan sebanyak 9 juta unit.Baru semalam aku dapat pegang Galaxy S3 kawan aku untuk merasa kehebatannya.UInya menarik dengan tambahan beberapa fungsi,kemasan yang sedap dipegang walaupun plastiknya glossy dan warna paparan Super AMOLED yang mewah untuk menyembunyikan kekurangan PenTile pixel arrangement.

 

Galaxy S3 terbakar

 

Dibawah mikroskop dengan 230x pembesaran

galaxy-s-iii-microscope-one-x

 

Saya punya win!

Selasa, 19 Jun 2012

Flashback;Keseronokan Handphone Dahulukala

Beberapa entri lepas aku ada flashback tentang satu software khas untuk platform Symbian S60.Setahun dua kebelakangan ni dah sangat jarang kita dengar aplikasi untuk Symbian,atau dah pupus terus kot dek kebanjiran smartphone Android dan iOS.

Bila aku sedar yang smartphone zaman sekarang sangat susah untuk diexplore ke akar umbi,dan tak ada aplikasi yang mampu menembusi sehingga ke dalam sistem smartphone,aku terkenang akan satu aplikasi ringkas bernama Smart FileMan.Telefon pintar sekarang memerlukan prosedur khas yang agak rumit bagi seseorang amatur dan berisiko besar untuk telefon menjadi sawan.Tapi itu tidak akan berlaku pada platform Symbian S60 jika diexplore menggunakan aplikasi Smart FileMan.Walaupun ianya adalah teknologi purbakala,Smart FileMan mampu memenuhi tuntutan kehendak pengguna handphone tegar.Symbian S60 lebih ‘telus’ dan mengizinkan pengguna menjelajah kemana sahaja direktori yang pengguna mahu asalkan memahami cara pengendaliannya.

Antara perkara yang menarik aku pernah buat guna Smart FileMan ialah menyalin games,menukar fonts,mengesan fail virus dan membuat fail sulit.Tengok screenshot ni:

 

Smart-FileMan-0fm3smartfilemanfoto

Smartphone standard kilang sekarang boleh buat?Tak boleh punya…File manager yang paling advance aku install dalam HTC One X ni pun paling jauh boleh listkan folder root sahaja.Fail config,root,dan system tak boleh diakses.Pilihan yang ada untuk kita melakukan sesuatu keatas fail yang dibuka hanyalah Send,Move,Copy,Delete,dan Properties.Dalam menu Properties cuma ada informasi tentang fail,checkbox untuk Can Read,Can Write,dan Hidden tapi malangnya tetap tak boleh diubahsuai propertiesnya samada mahu check atau uncheck.

Dalam Smart FileMan,ini adalah senarai perkara yang boleh dilakukan terhadap fail-fail yang terkandung dalam handphone Symbian S60.

 

OPERATIONS SEND VIA MARK
-Copy(*) -Send via Infrared -Mark
-Cut(#) -Send via Bluetooth -Unmark
-Paste(0) -Send via email -Mark all
-Rename -Send via MMS -Unmark all
-Properties(5) -Invert selected
-New Folder SORT  
-Delete -None MISC
-Set Attribute -Name -Infrared On
-Add shortcut -Extension -Settings
-Add to pinboard -Size -About
-Open with -Data -Add to ‘Go to’
  -Type -Register Info
FIND -Descended  
-Advance find -Folder first  
-Find    

 

Best bukan?Semuanya dapat kita akses sama macam komputer dirumah.Aplikasi yang bersaiz 49kb itu rupanya satu sistem yang sangat aku harapkan wujud untuk platform moden sekarang.Bukan sahaja pembangun aplikasi mesti buat satu software sebaik Smart FileMan,pembuat-pembuat smartphone juga harus sedar bahawa terdapat segelintir pengguna yang tidak cukup jika hanya dihidangkan ‘menu biasa’ sedangkan potensi sebenar smartphone tersebut jauh lebih besar.Kepada developer Smart FileMan,terima kasih kerana menghasilkan aplikasi yang sangat baik dan percuma.

Jumaat, 8 Jun 2012

OK Ke Sygic GPS Android?

GPS

 

Kimi mo Suzuran aaaa??

Walaupun Takiya Genji kelihatan power dalam Crows Zero dan juga hebat dalam mengepalai kumpulan GPS,aku tak percaya badan kering beliau mampu menahan tumbukan bertalu-talu.Tanpa GPS,Suzuran tetap huru-hara,tapi tanpa Global Positioning System pasti anda sesat ketika mencari dimana letaknya rumah kenduri rakan sekolah anda.

Tak semua orang perlukan GPS,umpamanya seorang pekerja di department aku.Membesar di KL sejak zaman 80-an membolehkannya sampai kemana saja ceruk Kuala Lumpur tanpa sesat.Lainlah aku yang tak tahu apa-apa pasal jalan kat KL,ditambah lagi dengan kemalasan aku meneroka jalanrayanya.Pernah aku naik STAR dari Bukit Jalil untuk ke stesen bas Pudu,aku turun di Pudu dan kesudahannya sebijik bas pun aku  tak nampak.Yang ada cuma warga asing yang bersukaria macam kat negara sendiri.Aku terpaksa tahan teksi untuk ke stesen bas Pudu selepas melilau tak tentu arah,dan mujur abang teksi tu cas RM2.20 je.Rupanya kalau nak ke stesen bas Pudu,kena turun kat Plaza Rakyat.Damn…

Itu sesat dengan pengangkutan awam,lepas berkereta banyak kali juga aku mengalami sesat terutamanya bila nak ke rumah kenduri kengkawan wife aku.Maka aku menyedari betapa sangat perlunya GPS dalam kehidupan di bandar.Sebelum ni aku pernah cuba GPS yang didatangkan sekali dengan handphone Garmin Asus M10 adik aku.Sistemnya sangat bagus,mudah digunakan,peta terkini dan tak perlu beli activation code.

Masa tu pulak aku baru beli Sony Ericsson Aino U10i yang juga dibekalkan software GPS Wisepilot,malangnya ia cuma trial version.Kalau nak beli activation key harganya lebih kurang RM250.

2825-3-sygic-singapore-malaysia-gps

Dua hari lepas aku download Sygic dari Play Store.Itu pun trial jugak(siapa nak bagi free),dan dari pembacaan aku sebelum tu Sygic boleh dikatakan terbaik untuk platform Android.Aku cuba sejak semalam dan bagi aku mapnya agak kurang lengkap.Aku fikir mungkin sebab trial kot.Maka aku beli activation key untuk mempermanentkan fungsi GPS Sygic ni dengan harga $29.99.Ada beberapa blog yang bagi link Sygic cracked version tapi entahlah.Aku beli je lagi senang,tak perlu risau apa-apa.

Secara overall,Sygic GPS untuk Android ni aku rasa boleh la untuk fungsi asas.Aku ambik Garmin sebagai benchmark.Icon tak berapa cantik,aku set 3D kot-kot boleh nampak bangunan 3D tapi tak jadi apa-apa pun,flat jerr….Lagi,sistem carian lokasinya bagi aku tak berapa nak senang pakai.Contohnya ada beberapa lokasi yang aku terpaksa key in kordinat dulu baru sistem boleh search dengan tepat.Kalau setakat keyword,memang merapu dia punya list.Aku cuba setkan Universiti Malaysia Terengganu sebagai favourites,tapi bila masukkan city Kuala Terengganu,POI yang berhampiran dengan Kuala Terengganu tak ada Universiti Malaysia Terengganu.Guaner tuh?

Tapi untuk lokasi bandar terutamanya Selangor ni tak ada masalah.Aku boleh bagi 3.5/5 bintang je sebab tak best macam Garmin.Sebab tu harganya murah kot.

 

*Image from ipai-ans.blogspot

Jumaat, 1 Jun 2012

Rooting Android:Antara Keseronokan dan Risiko

Sebelum aku memakai smartphone berOSkan Android,aku selalu nampak perkhidmatan ‘jailbreak’ untuk pengguna iOS (Apple) di kedai-kedai handphone.Masa tu aku cuma anggap jailbreak ni macam hack sesuatu dalam phone.Rupanya bukan iOS je yang boleh jailbreak,Android pun sama cuma namanya ‘rooting’.Maaflah aku ni lembab banyak jika dicompare dengan orang lain yang dahpun tau benda ni mungkin sejak zaman Froyo lagi.

Persoalannya kenapa perlu di jailbreak/rooting smartphone tu?

 

cyanogenmod-200x300

Dari pemahaman aku yang tak seberapa ni,untuk pengguna advance,smartphone dan aplikasi standard sangat membosankan.Segalanya default dan tak ada akses untuk explore sistem smartphone ke tahap akar umbi(root).

Sebagai contoh,sebuah PC/laptop.Selain menu pada desktop(My Computer,My Document,Control Panel,etc),kita boleh akses ke Local Disk C dan Local Disk D.Dalam setiap disk tu pulak ada banyak folder dan dalam folder ada fail-fail.Satu folder program akan ada beberapa fail dengan extension .dat,.exe,.dll dan sebagainya untuk melengkapkan sesebuah program.Katakan kita nak install PC game,biasanya akan ada Readme.txt dan Crack Folder dalam satu-satu game tu untuk membolehkannya beroperasi.Biasanya kandungan dalam crack folder tu perlu kita copy dan replace satu fail didalam program game tersebut yang telahpun diinstall dalam Local Disk C.Macamana nak cari fail komponen program game yang nak direplace tu?Haaa..disitulah gunanya kebebasan untuk mengakses sehingga keakar umbi supaya kita boleh modified sesuatu.Ianya dinamakan ‘superuser’ didalam topik ‘rooting’ Android tadi.

Aku boleh katakan ‘rooting’ ni mungkin menyerupai software FileMan dalam OS Symbian.Dulu aku pernah pakai Nokia N70 dan melalui software FileMan,aku boleh akses Disk C,Disk D Nokia N70 aku dan jugak boleh create folder.Bukan itu saja,nak pindahkan fail,rename,send,open with hinggalah ke tahap properties fail tu sendiri boleh diubahsuai contohnya show/hide file.Memang best sistem tu.Ini dari pemahaman akulah,sebab aku rasa tak ada reason lain yang cukup kuat untuk jailbreak/rooting smartphone.Mungkin software FileMan tadi sesuai untuk membayangkan keseronokan jailbreak/rooting smartphone korang.

Tapi rooting Android phone ni ada risikonya.Kalau kita boleh akses hingga ke akar umbi fail,tapi kurang arif mengendalikan komponen-komponen program,maka akan merenglah sistem OS smartphone korang.Bila dah rosak OSnya,automatik warranty akan void.Amacam?Ada bran nak jailbreak/rooting?

Apapun baca dulu kelebihan dan kekurangan jailbreak/rooting smartphone kat sini.Fahamkan baik-baik dan bersedia tanggung risiko.Ikutkan hati aku pun nak rooting HTC aku ni,tapi benda yang berfungsi elok buat apa nak dibega-bega.Akan datang tak taulah,hehe!Aku ulangi lagi,perkara jailbreak dan rooting ni aku sendiri tak berapa faham sangat so apa yang aku tulis ni berdasarkan pemahaman semasa aku dan pendapat aku sahaja.Kalau tak betul atau menyimpang jauh dari maksud sebenar,harap dapat diperbetulkan.Trimas!

 

*Images from droidlessons.com

Rabu, 30 Mei 2012

Galaxy Makhluk Asing SIII dengan DiGI

DiGi - Samsung GALAXY SIII-125636

Nampak tak?

DiGi dah pun menawarkan pakej telefon genius Samsung Galaxy SIII di laman webnya untuk pra-tempahan.Harga retail adalah RM2199,dengan satu sahaja pilihan warna (Marble White) dan internal memory 16Gb.Boleh tambah lagi sebab ada slot MicroSD.Mengikut maklumat dari mobile88.com,lingkungan harga Galaxy SIII ialah antara RM2199-RM2279 untuk varian 16,32,dan 64Gb.

Untuk individu yang sebahagian besar hidupnya berada di kawasan bandar,pakej DiGi memang terbaik.Tak ada fee yang mengarut-ngarut.Bil pertama pakej Smart Plan 68 HTC One X aku menunjukkan angka macam ni:

 

Previous Overdue

-RM568.00

Current Bill

RM40.04

Total Outstanding

-RM527.96

 

Tanda (-) memang ada.

Khamis, 17 Mei 2012

Smartphone mana Yang Baik?

Antara kerja aku bila takde idea nak buat entri,aku akan membelek statcounter dan menengok-nengok ape benda yang orang search.Satu yang menarik perhatian aku adalah search berbunyi ‘one x ok ke’.Haaa….nilah yang pakcik nak cerita ni.

Sehingga ke saat entri ni ditulis,pendapat aku takhta Android 4.0 Ice Cream Sandwich yang sebelum ni dipegang HTC One X dah pun dirampas oleh Samsung Galaxy S3.Agak menyedihkan sebab tak lama HTC One x jadi king.Tapi tak apa,itu bukan ukuran sebenar dalam memakai smartphone.Sememangnya setiap benda best akan ada lagi yang jauh lebih best,dan macam tulah sampai kiamat nanti.

Sejak aku pakai HTC One X yang dibeli 1 Mei lepas,semuanya baik-baik belaka.Baik dari segi kepantasan cip 1.5 Quadcorenya,ketajaman resolusi skrin,multitasking dan bagi aku smartphone ni user friendly.Bateri 1800mAh yang dibekalkan cukup sebenarnya untuk penggunaan biasa,tapi awal-awal dulu sehari dua tiga kali charge.Asyik kena godek je.

Walaupun tak mempunyai expansion slot MicroSD,memori sebanyak 25GB setakat ni aku tak pakai pun.Tak tau nak letak apa,so soal memori ia bergantung kepada pembeli/pemakai tu sendiri.Setakat ni aku boleh kata HTC One X ni veeerrrryy nice,dengan harga RRP RM2099.Benar,akan wujud smartphone tahap alien tak lama lagi tapi harga tak pasti boleh letak separas lingkungan 2k.Galaxy S3 ‘lebih’ sedikit dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan software seperti S Voice dan Smart Stay dan dari segi hardware,ia lebih nipis dan skrinnya lebih besar (4.8 inci).Kita tunggu ajelah bila Samsung umumkan harga pasarannya nanti.Kelebihan Samsung Galaxy S3 adalah ‘ehsan’ daripada persaingan yang serius oleh One X yang diletakkan sebagai penanda aras untuk diatasi.Maka terhasillah S3 yang lebih baik sedikit.

Ok,aku rasa macam nilah.Aku listkan jenis smartphone yang aku rasa agak baik mengikut ranking yang ada dipasaran.Galaxy S3 adalah winner buat masa ni,tapi still not available on market.

 

1.HTC One X

2.Samsung Galaxy Note

3.Samsung Galaxy S2

4.iPhone 4S

5.Sony Xperia S

 

OK,ka?

Selasa, 1 Mei 2012

Pengganti Aino U10i;HTC One X

Hari ni kebanyakan orang cuti Hari Pekerja,aku pulak kena kerja.Tak apa,janji masyukk…Selain dari hari menghargai pekerja,setiap 1 Mei adalah ulangtahun perkahwinan aku dengan wanita yang bernama Zamzurina Muhamad Kamaruzaman.Ulang tahun pertama ni bertambah sweet dengan kehadiran orang baru dalam keluarga aku.

Ok,mukadimah dah cukup.Sebelum ni aku pernah buat entri pasal pengganti Nokia N70 aku iaitu Sony Ericsson Aino U10i.Malangnya Sony Ericsson Aino bukanlah telefon yang lasak.Tak sesuai langsung dengan cara hidup aku.Samalah macam jam Fossil Decker Silicone Chronograph aku,dah sompek cerminnya,mujur masih waterproof.

Pakai handphone yang dah separa mereng ni memang tak best langsung.Maka sejak beberapa minggu lepas aku buat sedikit research berkenaan dengan IPhone 4S dan Samsung Galaxy S II.Hasil perbandingan spesifikasi,maka pilihan aku lebih kepada Samsung Galaxy S II.Aku kuatkan azam untuk mendapatkan Galaxy S II hinggalah satu hari,azam aku tu terus hilang bila ternampak iklan DiGi dengan pakej smartphone HTC One X.Aku pun cepat-cepat buat kajian dan ternyata dari segi spesifikasi,HTC One X adalah yang terbaik buat masa ni.Hasil risikan online dengan laman web telco tempatan,pilihan aku cuma telco Celcom dan DiGi.Maxis memang dah tak boleh sebab aku baca kat FAQ,pakej tu hanya untuk current user Maxis.Kalau tak silap akulah.UMobile pulak aku risau coveragenya tak power kat rumah aku.

Lepas cashkan duit,aku terus ke kedai telekomunikasi Celcom.Pengalaman buruk aku dengan penggunaan Celcom Broadband dulu aku cuba lupakan dan menganggap Celcom bertambah baik.Kehadiran aku di kedai Celcom tu disambut bersahaja oleh petugas lelakinya.Beliu tidak bercakap banyak dan hanya fail penerangan pakej data yang ‘bercakap’ dengan aku.Agaknya dia nampak aku ni serabai macam takde duit kot.Tu yang malas nak entertain.Dari pembacaan aku,pakejnya asing-asing,data dan panggilan.Monthly commitment agak tinggi(termasuk dengan beberapa fee bulanan),tapi aku still tanya jugak.

 

kalau saya nak pakej data+HTC One X macamana?”

 

Itulah…buat masa ni stok takde………….”

Terus aku angkat bontot.Sebelum tu ada la beberapa customer nak buat pembayaran broadband.Tapi semua tak boleh sebab server down.Chaitt!

Aku tak ada pilihan lain,terus ke kedai DiGi,betul-betul sebelah kedai Celcom tadi.Kehadiran aku disambut ramah oleh seorang amoi yang tak berapa nak cun tapi penerangannya bagus.Terus aku ke topik sebenar,SAYA NAK PAKEJ SMARTPHONE HTC ONE X+ DATA.Ok,semua berjalan lancar,dan stok pun ada.Pakej data yang aku ambik ialah Smart Plan 68 (3GB) berharga RM68.Panggilan atau SMS just bayar apa yang anda pakai.Tak ada monthly fee macam Celcom.Sangat straightforward pakejnya.

Total wang ringgit yang dileburkan ialah RM1967 termasuk RM500 advance payment yang akan diserap kedalam bil bulanan sebagai rebat sepanjang kontrak 2 tahun.Yang bagusnya,area rumah aku dan tempat kerja sentiasa full signal HSDPA.Internet speed memang superb.Cayalah DiGi!

DSC01093

DSC01094

DSC01096

Secara asasnya spesifikasi HTC One X ni ialah seperti CPU berkuasa 1.5GHz Quad Core,RAM 1GB,32GB storage,skrin 4.7 inci,kamera 8 MP,OS Android 4.0.3 Ice Cream Sandwich.Untuk lebih detail sila buka laman web GSMArena.Yang kurang bestnya cuma tak dapat earphone ada lambang beatsaudio.

Ini adalah handphone Android pertama aku,dan aku rasa OS Android memang user friendly.Sekejap je dah boleh faham.Secara keseluruhan memang mantap,cuma baterinya cepat habis.Aku rasa masalah ni biasa kot untuk smartphone.Pandai-pandailah pakai.

Satu benda lagi,Celcom memang rugi sebab aku bukan beli satu unit HTC One x,dua unit sebenarnya.Satu unit lagi sebagai hadiah anniversary kahwin untuk wife aku.Dan bakal menyusul satu lagi pembeli dalam masa terdekat ni.Aku ni kalau jadi salesman HTC/telco memang banyak komisen punya.

Isnin, 2 April 2012

Konsol Baru PlayStation PS4?

Dari laman web Kotaku,khabarnya Sony akan mengeluarkan konsol permainan PlayStation terbaru iaitu PS4 pada 2013 nanti.

Platform terbaru dari Sony tersebut bernama Orbis dan berikut adalah beberapa rumor tentang spesifikasi Orbis:

-CPU AMD x64

-GPU AMD Southern Island yang mampu memaparkan resolusi setinggi 4096x2160

-Mampu memainkan 3D games pada resolusi 1080p

-Tidak ada ciri-ciri backwards compatibility seperti PS3

-Penambahan sistem anti-used games,iaitu tidak boleh main game secondhand.Kalau nak main,kena online then beli ‘hak untuk bermain’.Licence key mungkin?

 

Banyak sangat kekangan dalam bermain games bermakna tidak fun langsung.Pendapat aku,konsol ni tak best!

 

PS4-Release-Date

*Gambar kat atas ni bukan gambar PS4.

Jumaat, 30 Mac 2012

James Cameron Journey To The Deepest Point

Assalamualaikum!

 

Amboihhh…lama benor tak update nih.Sepatutnya Rabu lepas dapat la post satu entri,tapi sibuk betul.Bebaru ni kan pengarah Avatar,James Cameron dengan kolaborasi National Geographic menjelajah ke titik paling dalam di dunia.Dimana?Tempat tu terletak di Challenger Deep,Mariana Trench.Challenger Deep adalah sedalam 10,898 meter.Pada kedalaman itu,tekanan adalah setinggi 1099 kali tekanan permukaan atau lebih kurang 111MPa(16,155psi).Sebagai gambaran,tekanan tayar kereta lebih kurang 220psi.

Selaman pertama ke titik kedalaman maksimum Challenger Deep dilakukan pada 23 Januari 1960.Pada 26 Mac 2012,James Cameron seorang diri memandu Deepsea Challenger selama  2jam 36 minit pada kedalaman 10,898.4 meter.Perancangan awal ialah selaman itu akan dilakukan selama enam jam,tetapi ada kebocoran hidraulik.

Deepsea Challenger(DCV1) ialah sebuah deep-diving submersible sepanjang 7.3 meter dan seberat 11 tan yang dibina secara rahsia di Sydney Australia oleh Acheron Project Pty Ltd dengan sokongan National Geographic dan Rolex.Ruang pemandu berbentuk sfera dengan diameter 1.1meter, dibina menggunakan logam setebal 64mm untuk menahan tekanan 114MPa(16,500psi) dan diuji di ruang tekanan yang terletak di Pennsylvania State University.DCV1 dilengkapi peralatan pensampelan saintifik,kamera 3-D dan utility boom.

Deepsea-Challenger-being--003

James-Cameron-with-the-De-012

DCV1

Cameron-TrenchGrap_2177512b

Images from Google

Rabu, 11 Januari 2012

Tak Cukup HD?

Definisi tinggi yang ada belum cukup tinggi.
Daily Mail hari ni mendedahkan TV terbaru keluaran gergasi elektronik Korea,LG.TV skrin rata 3D bersaiz 84 inci ini beresolusi 3840x2160 piksel (8.3 juta piksel)berbanding HD Ready yang hanya 1200x1800 piksel (2.16 juta piksel).Malangnya buat masa ini belum ada sumber media yang menyediakan input setinggi itu untuk membolehkan pengguna menjamu mata dengan paparan Ultra HD.

Dunia digital sentiasa berkembang.Persaingan sengit menyebabkan pengeluar barangan elektronik akan berlumba-lumba untuk mengatasi antara satu sama lain dan seterusnya menghasilkan produk yang semakin canggih.

Selasa, 20 Disember 2011

Quad-bike Enjin Ferrari



Quad bike diatas dihasikan oleh Lazareth menggunakan enjin V8 Ferrari dan kotak gear 6 kelajuan BMW M3.Dengan kuasa sebanyak 250hp dan berat sekitar 650kg,hukum fizik menetapkan bahawa rim yang selayaknya dipakai adalah bersaiz 18" dan disarung tayar full slick untuk mengelakkan dari quad bike ni spinning buat donat dari pagi sampai malam.Kelajuan maksimum melebihi 240km/j(ceh,tak laju mana pun..),dan pecutan 0-100km/j tidak dinyatakan berapa saat.
Gua saspek lebih kurang 2.8 saat sebab Ariel Atom,sebuah sport car kecik berenjinkan Honda K20A 245bhp dan berat 612kg mencatatkan pecutan sebegitu.Bezanya cuma sekor quad bike,sekor lagi kereta.
Macam gua cakap tadi,tak laju mana pun 240km/j bukan gua nak kecikkan keupayaan Lazareth Wazuma ni.Masalahnya siapa yang berani duduk atas seat kecik tu dengan pegang handle sambil merempuh angin selaju 240km/j?Kena meniarap macam mat rempit ke?
Kalau penunggangnya mampu melekat atas quadbike ni sampai top speed,memang superb lah!Nasib baik menatang ni lawa,tak jalan pun nampak cun.Harga 1Malaysianya cuma RM824,670.00...

Rabu, 2 November 2011

Australian Electric Sprinter;Varley EVR450

Pernah dengar jenama kereta Varley?Aku pun tak pernah dengar,dari Australia pulak tu.Mat-mat kereta Australia biasanya pakai jenama Holden selain dari kereta Jepang.
Sekarang makin rancak pulak pengeluar kereta mengeluarkan kereta sport elektrik,termasuklah sebuah syarikat dari Australia ni.Varley Electric Vehicles anak syarikat Varley Group,sebuah syarikat yang dahpun berusia 125 tahun.


Rekaan tipikal kereta sukan,tapi check this:pecutan 0-100km/j dalam masa 3.8 saat dan pecutan maksimum 200kmj dengan limitasi elektronik.Digerakkan dengan dua motor elektrik Ultramotive yang dikuasakan oleh bateri Li-Ion,motor elektrik ni menghasilkan kuasa total sebanyak 300kW dan daya kilas 1044Nm.
Jarak perjalanan sejauh 150km dan pilihan extended-range battery pack membawa kereta sejauh 300km.Kereta ni akan mula dijual tahun depan pada harga AU$200,000.

*Sumber CarAdvice

Selasa, 1 November 2011

Panasonic Lumix LX3

Apakah kamera ini?

Ni kamera kompak Panasonic Lumix LX3 yang sempat aku godek-godek sebelum adik aku ke China.Siri LX tak sama macam siri GF yang boleh ditukar-tukar lens.Beza harga pun sangat jauh.Aku pernah tengok kamera digital kompak swappable lens jenama Olympus dengan tag harga RM22xx.Mahal gila.Yang ni murah sikit,around 1k je.
Aku ni tak tau sangat nak cerita bab gadget terutamanya kamera ni.Cuma boleh share apa yang aku dapat bila uji kamera ni.Memula tengok spec dulu,tapi banyak sangat kalau nak ditaip,so baca jelah kat sini .





Mengikut keterangan dalam laman web Panasonic,katanya "Conversion lens compatibility:Yes".Tak taulah macamana nak tukar,terlebih godek kang tercabut pulak lensnya.Tapi dalam aksesori memang ada pilihan untuk tambah wide angle lens.Itu saja.
Ok,dari segi luaran nampak kemas dan hensem jugak kamera ni.Nampak macam tak ada flash light bukan?Sebenarnya ada,cuma tersembunyi dengan cantik.Posisi butang untuk keluarkan lampu flash betul-betul dekat dengan jari telunjuk kiri bila kamera dipegang.Juga disediakan hot-shoe untuk external flash.
Ada dua warna pilihan,satu lagi silver.Sebelum amik gambar,kena tune dulu,tapi kalau nak mudah,pusing je dial kat atas.Pilih la memana intelligent setup yang ada.Nak cuba-cuba eksperimen memacam setup pun senang,tapi kena study sikit lah,tak boleh semberono jugak.
Apa-apa kamera pun,aku paling suka main gambar makro.Tapi dengan kamera ni bagi aku,macro zoomnya tak cukup close up.Entah apa setting yang tak kena agaknya tu.Untuk high speed subject,kamera ni ada pilihan shutter speed  sampai 1/2000sec.Asalkan cahaya cukup,gambar mesti cantik.Satu lagi,kamera ni dilengkapi lampu assist AF(Auto Focus).Lampu merah ni bagi aku annoying,biasa aku offkan je,hehe!
Lain-lain lebih kurang sama dengan kamera digital yang terdapat dipasaran,prinsipnya senang digunakan.Just snap!snap!,tak payah serabut kepala.Sebagai asas ke peringkat fotografi yang lebih tinggi,boleh la belajar dengan kamera macam ni dulu.Apa itu aperture,shutter speed,exposure,ISO,dan sebagainya.Banyak lagilah pelajaran mengambil gambar cantik ni.Belajarlah dari orang yang pakar dalam bidang ni.
Gambar yang cantik tak semestinya datang dari kamera SLR mahal.Kamera apa pun dipakai,yang penting teknik kena ada.Aku tak pakar bab kamera ni,sembang lebat aku pandai la,haha!