-
-
-
Ahaa! Yang ke-56.
Buat pertama kalinya juga aku cuba menempek bendera Malaysia kat kereta buruk aku.Malang sekali double sided tapenya tak setaraf buatan 3M.Seawal pagi 4 Ogos 2013 aku letak bendera tu berhampiran spoiler,sampai jam 5.00pm dah lekang.Mujur tak tercicir dan dilenyek kereta.
Bendera dilenyek kereta lebih kurang hina macam bendera dipijak jugalah.Kali ni aku nak sebut sikit dalam blog aku ni sebab nampak gayanya nasionalisma bangsa Malaysia ni makin ke longkang.Perkara ni serius tau,sebab bendera adalah lambang negara.Lambang negara yang kita duduk.Lambang dari mana asal-usul kita.Di mana-mana tempat kat dunia ni pun orang tau apa itu bendera.Lanun yang banyak dosa merampok tu pun ada bendera.
Tak kisahlah rupa bendera kita hampir sama dengan bendera Amerika pun,pokok pangkalnya ialah mengerti apa itu lambang negara.Ok la,taknak rupa macam bendera Amerika,kita tukar bendera lambang nasik lemak.Nasik lemak lebih keMalaysiaan.Adakah segelintir pelampau politik ini akan menghormati lambang nasik lemak tadi?Aku rasa tak.
Semua orang sedar yang kebelakangan ni bendera kita makin hilang daulatnya.Makin ramai yang berani menyalahgunakan erti demokrasi dan kebebasan bersuara.Puncanya kerana kecanduan politik yang melampau kronik.Bila lebihkan emosi dalam tindakan,inilah hasilnya.Bak kata pepatah Melayu,'marahkan nyamuk,kelambu dibakar'.Ni lah dia Malaysia kita sekarang.
Kalau teguh sangat pegangan demokrasi tu,tunggulah PRU akan datang.Ini tak,cerita pasal demokrasi bukan main lantang,tapi fundamental demokrasi pun tak tau.Aku faham,ada beberapa kepincangan yang tak sepatutnya berlaku,tapi sebagai orang yang waras,apa kejadahnya menghina negara sendiri?Eiiiii!Tak fahamlah aku manusia macam ni.
Pernah nampak rakyat negara luar buat macam tu kat bendera negara diorang?
Aku nampak benda-benda kecik ni bakal meruntuhkan negara jika dibiarkan.Ditambah lagi dengan anasir komunisma yang berada pada tahap agak kronik sebenarnya.
Kenapa agaknya?
Kenapa sebilangan rakyat kita memilih untuk menjahanamkan negara?
Dah terlalu selesa sampai tak ada kerja lain nak dibuat?
Kita terlalu dimanjakan oleh kepemimpinan yang cuba memenangi hati semua pihak.Umpama kita memanjakan anak secara berlebihan.Nak mengelakkan malu sebab anak mengamuk dekat pasaraya,diikutkan juga apa kehendak dia.Memang kita manja serba-serbi.Menambah parah lagi,opposition side macam seronok pulak bila benda-benda macam ni berlaku.Tak ada teguran langsung.Tegurlah anak buah masing-masing.Politik-politik jugak,tapi jangan melampau.Nasionalisma bukan hak milik parti politik.Kuasa rakyat tu harus dibimbing,bukan diberikan sepenuhnya.Apa jadi dengan Mesir?Salah jeneral tentera?Presiden?Salah rakyat dialah.
Walaupun secara zahirnya kita tak nampak apa tindakan pihak berwajib,aku harap benda-benda ni ada dibanteras secara konsisten dari peringkat akar-umbi.Pencegahan lebih baik dari mengubati.Maybe ada yang kata tuduhan aku mempersalahkan rakyat Mesir sendiri tu terlalu membuta tuli.
Aku ulang sekali lagi pun aku akan cakap rakyat Mesir yang salah.Sebab?Lemah dan mudah diprovokasi anasir yang disemai oleh 'pencatur-pencatur' cuaca politik dunia.Malaysia pun tak lama lagi bakal jadi macam Mesir sebab dah nampak tanda-tanda terhakisnya nilai sayangkan negara sendiri.Lepas tu lagi mau kecoh-kecoh pasal isu pergolakan di Timur Tengah?
Bangkitlah dari tidur woooiii!