Memaparkan catatan dengan label Repekan Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Repekan Semasa. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Julai 2012

Janganlah Tamak Dalam Berniaga

Bulan puasa ni salah satu aktiviti wajib adalah mengunjungi bazar Ramadan.Kekadang tak ada apa nak beli pun,saja nak cuci mata,ahahaha!Jangan salah faham ya,kita cuci mata tengok variasi makanan,bukan kepelbagaian rupa paras gadis-gadis Malaysia ni.Hajat dihati tahun ni aku nak tunaikan terawih dengan lengkap,tapi apakan daya.Bulan puasa nilah berlaku perancangan panik iaitu menggelabah tak cukup stok punya pasal.Sedangkan sebelum puasa hari tu management cakap bulan puasa ni santai sikit.Mimpilah!Sampai hujung puasa la kena kerja lebih masa,tapi bukanlah hari-hari.

Bila terpaksa kerja lebih masa,aku berbuka dengan makanan di bazar Ramadan.Lokasi kerja aku berdekatan dengan Stadium Shah Alam yang bazarnya boleh tahan besar.Puasa tahun ni adalah yang keempat di kompeni aku sekarang dan tahun keempat jugalah aku mencari hidangan tradisi iaitu pecal.Barang siapa yang tak pernah kenal pecal,sila google macamana rupanya.Kalau tak salah,pecal ni makanan masyarakat Jawa,diperbuat dari tauge,pucuk ubi,kacang panjang,kangkung yang dicelur,potongan halus timun dan nasi himpit.Kuahnya adalah kuah kacang atau gulai lemak.

Setiap tahun jugalah gerai bazar Ramadan yang aku kunjungi untuk mendapatkan pecal ialah gerai Pecal Tanjung Karang.Tiap-tiap tahun ada,dan satu-satunya gerai pecal dari beratus-ratus tapak gerai yang ada di tapak bazar Stadium Shah Alam.Apa yang buat aku suka pecalnya adalah rasanya maintain authentic dan dibungkus dalam daun pisang.Kot-kot la makcik tu cuba modenkan rupa pecal letak dalam polistrin,tapi tak.Masih lagi kekal dengan daun pisang.Bazar ramadan ni maklum sajalah,macam-macam makanan ada,itik panggang,roti john yang orang beratur punya panjang(ape yang sedap sangat tah),air kelapa laut dan paling common tepung pelita.Dalam kepala aku cuma ada pecal dan air tebu,cukup.

Dalam banyak-banyak makanan yang dijual,ada dua jenis makanan yang aku monitor setiap kali bulan puasa iaitu ayam percik dan murtabak.Dua makanan ni memang aku kecewa tiap kali aku beli.Pertamanya dari segi rasa.Ayam percik sekarang ni bukan ayam percik yang sebenar.Ayam percik sekarang adalah ayam bakar yang dikuahkan dengan cecair yang rasanya tak menyelerakan langsung.Rupa ajelah nampak sedap.Ayam percik sebenar ada bau yang tersendiri,dari jauh boleh kenal.Ramuan perapannya diletakkan hirisan daun lengkuas.Baru la betul ayam percik.

Keduanya murtabak.Perasan tak berapa harga murtabak sekarang ni?Paling murah mungkin RM2.50 tapi biasa aku nampak RM3.Dengan saiz lebar sikit je dari Galaxy Note dan setebal IPhone,itu je yang kita dapat dengan RM3.Alasannya harga barang naik.Puiii!Inti murtabak tu aku rasa telur,bawang(paling banyak),ayam/daging(cebisan ayam/daging sebesar tahi mata)dan lain-lain,rasa-rasanya modal RM50 berapa puluh keping murtabak korang boleh buat?

Itu yang aku nak sampaikan sebenarnya.Berniaga jangan tamak nak untung berlebihan.Patut padan sudahlah.Bagi aku sendiri sebenarnya harga bukanlah faktor yang mempengaruhi keputusan untuk aku membeli.Harga murah sekalipun kalau rasa serupa selipar takde maknanya jugak.Apatah lagi yang mahal.Yang penting rasa dan harga perlu seiring.Rasa mesti mencapai tahap superb,barulah layak diterjemahkan dengan harga yang berpatutan.

Isnin, 23 Julai 2012

Cerita Terawih Ke-3

Assalamualaikum! Jumpa lagi kita dengan bulan puasa.Selain puasa yakni menahan lapar,ibadat jugak kita lebihkan sikit walaupun sepatutnya tak perlu tunggu bulan puasa ye tak?Salah satunya ibadat terawih yang tak pernah aku dengar orang buat selain dari bulan puasa.Zaman aku bebudak dulu terawih ni satu aktiviti yang sangat seronok,bukan sebab buat ibadat.Maklumlah bebudak lagi,main ajelah kerjanya.Tiap malam tak tinggal kemasjid,tapi bukan nak beribadat.Aku dengan kengkawan aku lebih suka main sorok-sorok celah kereta.Masa bulan puasa ni la parent tak marah keluar malam.Selain dari bermain,waktu makan moreh paling ditunggu.Biasanya informasi makanan moreh aku tau dari arwah abah aku.
Sebenarnya taklah sedap mana pun makanan moreh,tapi seronok makan ramai-ramai.Yang selit plastik celah songkok untuk tapau pun ada.Kelakar betul. Tapi itu tafsiran terawih masa aku belum baligh.Bila dah besar,tak mungkinlah nak buat perangai bebudak.Kampung aku tak ramai penduduk,tapi masjidnya agak besar.Kalau solat Isyak tu aku rasa ada la 5 saf.Sampai selesai witir tinggal dua saf je,itupun aku dah duduk saf paling depan.Pernah sekali hujung-hujung ramadhan,sampai solat belakang imam.Punya la tak ramai orang.Mujur solat terawih kat kampung aku buat 8 rakaat je,tak ada selang seli dengan tazkirah.Sebelum pukul 10 confirm siap.
Berbanding di bandar,solat terawih biasanya diselangi dengan tazkirah selama 15 ke 20 minit dan bacaan dalam solat terawih memang panjang-panjang.Biasanya imam jemputan dari maahad tahfiz yang muda-muda.Malam tadi terawih yang ketiga aku buat di surau berdekatan rumah aku.Kat tempat aku ni terawih selesai lebih kurang dalam jam 10.30pm.Semalam ada beberapa perkara yang membuatkan terawih ketiga aku agak 'special' sikit.Terawih semalam diimamkan pelajar tahfiz.Selepas sujud rakaat pertama solat terawih kedua,imamnya terus tahiyat akhir.Maka ramailah yang terbangun termasuklah aku sekali,then duduk tahiyat akhir.Sebab ikut imam kan,padahal baru rakaat pertama.Bagi yang tak panik,habis je imam beri salam,terus sambung rakaat kedua sendiri.Yang lain-lain(termasuk aku) ikut bagi salam maka ramailah yang solat terawih keduanya tidak sah.Tapi tak apa,lepas tazkirah ganti semula dengan dua rakaat solat terawih.Imam tahfiz teralit mengingati surah-surah panjang sampai terlupa rakaat yang keberapa.
Lepas tu rehat kejap dengar tazkirah,ustaznya datang dari maahad tahfiz apa aku dah lupa tapi kat Perak nun.Tazkirahnya pendek je tak macam surau kat Taman Pinggiran Gombak.Selesai tazkirah,solat terawih bersambung semula,tapi bila nak angkat takbir,aku nampak satu budak kecik berjalan dicelah-celah jemaah,sampai la budak tu hilang entah kemana.Tak pasal-pasal konsentrasi aku terjejas.Selesai hal budak kecik tadi sekali lagi perhatian aku terganggu dengan seorang remaja yang aku nampak mukanya macam pan asia. Muka tu memang jambulah,dengan rambut berkaratnya,pakai t-shirt dengan seluar khakis.Dari segi luaran aku takmau komen,sebab ke masjid ni yang pentingnya ibadat dengan ikhlas.Disebabkan budak pan asia tadi solat depan aku,secara tak langsung aku nampak pergerakan dalam solatnya yang awkward.Masa berdiri tak reti diam,ada ajelah benda yang dia buat.Tak batal ke solat dia ya?Siapalah aku untuk menilai ibadah orang ye tak.Walaupun gaya solatnya agak aneh,dia berjaya menamatkan solat terawih + witir,tak macam orang lain yang berpelikat,baju melayu dan songkok,baru empat rakaat dah cabut lari.
Oh ya,sebelum solat witir,sekali lagi budak kecik tadi memunculkan diri mencari ayahnya.Ish,siapalah bapak budak tu.Biarkan anak berjalan2 dicelah jemaah.Budak kecik tu terus menyelit ke saf hadapan mendapatkan ayahnya.Laaaa.....ustaz yang bagi tazkirah tadi punya anak rupanya.Aku ada pandangan mengenai ibu-bapa yang bawa anak kemasjid.Niat itu sangat baik untuk mendidik anak mengimarahkan masjid,tapi pastikan anak-anak kita betul-betul berdisiplin sebelum dibawa mengikut kita.Dalam tazkirah terawih tahun lepas aku ingat lagi,ada satu ustaz tu cakap kita jangan suruh budak-budak duduk belakang,biarkan je dimana mereka nak duduk.Kalau dikumpulkan bebudak ni alamatnya bermain ajelah kesudahannya.Bagi aku depan atau belakang,yang penting disiplin.Kalau tak berapa nak disiplin,duduk sebelah ayahnya dan ayahnya kena jaga.Anak aku nanti tak taulah,anak perempuan maknya yang jaga kat surau nanti,heee!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 6 Jun 2012

Durian Runtuh dan Saham Felda

OH MY BLOG….

 

Oh My Blog bukanlah rancangan TV,cuma blog aku ni makin menurun rankingnya.Dah lebih sejuta dah sedangkan sebelum ni around 800,000 je.Itulah kesan kalau menulis blog hangat-hangat taik ayam.'

Isu apa yang panas sekarang ni ya?Felda?Hehe!Nak tau cerita kena tanya orang Felda,orang bukan Felda kalau nak cerita pun entah sumber dari mana diorang dapat.Maklumlah dunia maya ni macam-macam maklumat ada.Samada betul atau salah kita siasatlah betul-betul.

Minggu lepas aku balik kampung.Selain dari rutin menjenguk mak aku kat sana,ada beberapa urusan yang perlu aku selesaikan.Pertamanya,aku bawa mak aku ke bank untuk cashkan check tunai dari Felda untuk pihak arwah abah aku.Pemberian 15k duit ‘durian runtuh’ diberikan sebanyak tiga peringkat,5k setiap kali.Kalau nak dikaitkan dengan politik,segala benda pun kira ‘gula-gula’ ye tak?Yang pung-pang cakap lebat pun kalau dihulur duit sengih sampai ketelinga jugak.Tolak tepi cerita politik,orang bagi kita ambil saja.Kita bukan mencuri.Dapat duit tu gunakanlah sebaiknya untuk repair rumah ke,simpan untuk anak masuk U ke…

Perkara kedua,semua tau kot tentang tawaran IPO untuk peneroka sebanyak 800 unit seorang.Isu ni pun kalau tak faham dengan jelas bisa mengundang kontroversi yang agak panas juga.Ceritanya macam ini.Setiap peneroka diTAWARkan sebanyak 800 unit saham bernilai RM4.55 setiap satu dengan pembiayaan pembelian saham diuruskan oleh CIMB.Setiap peneroka Felda yang berminat perlu menandatangan surat pembelian saham tadi.Yang kelakarnya ada khabar-khabar mengatakan tanah akan tergadai kalau sain surat tu.Aku ulaskan dari skop peneroka sahaja ya,tak termasuk pembelian saham awam oleh orang luar.

Pembelian saham sebanyak 800 unit tadi ditanggung CIMB,bermakna peneroka akan berhutang dengan CIMB sebanyak RM3640.Sekiranya nilai saham meningkat kepada RM5 setiap satu,maka nilai keseluruhan saham menjadi RM4000,dan untung sebanyak RM360 selepas ditolak modal yang ditanggung CIMB.Modal kena bayar balik la,takkan CIMB nak bagi free.Itu kalau untung,saham ni sentiasa turun naik.Jual beli perlu tepat pada masanya.Matematiknya senang,beli bila saham berharga rendah,jual bila harganya naik.

Aku tak nak komen apa-apa,nak sain borang biru tu atau tak.Terpulang pada peneroka.Fikir dulu,samada faham atau tak konsep jual beli saham.Kalau rasa boleh buat untung,belilah.Beli banyak pun tak apa.

Tak nak sain borang biru pun tak apa.Tak ada sesiapa yang letak parang kat tengkok kita suruh sain.Benda tu cuma pilihan.Kita berhak memilih,perlu atau tidak,itu saja.Cerita politik sampai tergadai tanah tu aku tak taulah macamana kompleks pemikiran diorang.Kita hutang RM3640 saja,bukan RM364,000.Takkan la bank pun bengap matematik,hutang banyak tu sampai nak sita harta benda.Negara ni ada undang-undang.

Alangkan tak ada penawaran IPO FVGH pun masih ramai manusia kat Malaysia ni muflis,apa cerita?Ye dak?Kita ada akal fikiran,nilaikan baik-baik.TAWARAN dan PAKSAAN jauh sangat beza.Umpamanya tawaran ni macam kita nikah dengan perempuan la,sama-sama setuju baru jadi.Paksaan pulak aku umpamakan macam merogol,pernah dengar cerita orang rogol kambing?Haha,tinggi betul imaginasi perogol kambing tu.

Sekian sahaja repekan semasa aku.Sebarang kemusykilan atau ada pembetulan jangan segan-segan tinggalkan komen.Berkomen dan beremosi adalah seperti nikah dan rogol tadi.Kalau taknak jadi perogol kambing,tulislah komen dengan berhemah.Bukan apa,kekadang ada sesetengah orang ni tulis dulu baru fikir.Bahasa yang baik melambangkan peribadi kita.

Jumaat, 1 Jun 2012

Rooting Android:Antara Keseronokan dan Risiko

Sebelum aku memakai smartphone berOSkan Android,aku selalu nampak perkhidmatan ‘jailbreak’ untuk pengguna iOS (Apple) di kedai-kedai handphone.Masa tu aku cuma anggap jailbreak ni macam hack sesuatu dalam phone.Rupanya bukan iOS je yang boleh jailbreak,Android pun sama cuma namanya ‘rooting’.Maaflah aku ni lembab banyak jika dicompare dengan orang lain yang dahpun tau benda ni mungkin sejak zaman Froyo lagi.

Persoalannya kenapa perlu di jailbreak/rooting smartphone tu?

 

cyanogenmod-200x300

Dari pemahaman aku yang tak seberapa ni,untuk pengguna advance,smartphone dan aplikasi standard sangat membosankan.Segalanya default dan tak ada akses untuk explore sistem smartphone ke tahap akar umbi(root).

Sebagai contoh,sebuah PC/laptop.Selain menu pada desktop(My Computer,My Document,Control Panel,etc),kita boleh akses ke Local Disk C dan Local Disk D.Dalam setiap disk tu pulak ada banyak folder dan dalam folder ada fail-fail.Satu folder program akan ada beberapa fail dengan extension .dat,.exe,.dll dan sebagainya untuk melengkapkan sesebuah program.Katakan kita nak install PC game,biasanya akan ada Readme.txt dan Crack Folder dalam satu-satu game tu untuk membolehkannya beroperasi.Biasanya kandungan dalam crack folder tu perlu kita copy dan replace satu fail didalam program game tersebut yang telahpun diinstall dalam Local Disk C.Macamana nak cari fail komponen program game yang nak direplace tu?Haaa..disitulah gunanya kebebasan untuk mengakses sehingga keakar umbi supaya kita boleh modified sesuatu.Ianya dinamakan ‘superuser’ didalam topik ‘rooting’ Android tadi.

Aku boleh katakan ‘rooting’ ni mungkin menyerupai software FileMan dalam OS Symbian.Dulu aku pernah pakai Nokia N70 dan melalui software FileMan,aku boleh akses Disk C,Disk D Nokia N70 aku dan jugak boleh create folder.Bukan itu saja,nak pindahkan fail,rename,send,open with hinggalah ke tahap properties fail tu sendiri boleh diubahsuai contohnya show/hide file.Memang best sistem tu.Ini dari pemahaman akulah,sebab aku rasa tak ada reason lain yang cukup kuat untuk jailbreak/rooting smartphone.Mungkin software FileMan tadi sesuai untuk membayangkan keseronokan jailbreak/rooting smartphone korang.

Tapi rooting Android phone ni ada risikonya.Kalau kita boleh akses hingga ke akar umbi fail,tapi kurang arif mengendalikan komponen-komponen program,maka akan merenglah sistem OS smartphone korang.Bila dah rosak OSnya,automatik warranty akan void.Amacam?Ada bran nak jailbreak/rooting?

Apapun baca dulu kelebihan dan kekurangan jailbreak/rooting smartphone kat sini.Fahamkan baik-baik dan bersedia tanggung risiko.Ikutkan hati aku pun nak rooting HTC aku ni,tapi benda yang berfungsi elok buat apa nak dibega-bega.Akan datang tak taulah,hehe!Aku ulangi lagi,perkara jailbreak dan rooting ni aku sendiri tak berapa faham sangat so apa yang aku tulis ni berdasarkan pemahaman semasa aku dan pendapat aku sahaja.Kalau tak betul atau menyimpang jauh dari maksud sebenar,harap dapat diperbetulkan.Trimas!

 

*Images from droidlessons.com

Rabu, 30 Mei 2012

Swasta:Kami Pun Tak Mampu Beli Rumah

Dalam Kosmo Online semalam CUEPACS cakap 60% penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 tidak mampu memiliki rumah sendiri.Fenomena ini akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu contohnya mengurangkan faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam yang terbabit.

Senang betul jadi kakitangan awam.Pinjaman dengan bank komersial pun senang dapat,interest rendah,ada pulak pihak yang mengambil berat.Pada pendapat aku,penjawat awam paling senang membeli rumah.Tapi dalam masa yang sama,kelebihan sebagai penjawat awam yang mudah mendapat pinjaman jugalah yang merosakkan pengurusan kewangan mereka.Makin hari makin bertambah golongan yang diisytihar muflis.

 

2-sty-terrace-link-house-section8-superlink-kota-damansara-1010-03-iProperty.com@12329

Bila sebut tentang rumah,aku sendiri tak pasti bila aku akan mampu beli rumah.Harga rumah sekarang masyaAllah…sampai habis nyawa pun belum tentu boleh habis bayar.Siapa taknak ada rumah sendiri,tapi itulah hakikatnya.Teorinya ramai orang kerajaan tak mampu beli rumah(orang swasta tak mampu beli rumah tak ada siapa fikir).Tapi kenapa harga rumah naik menggila tiap-tiap tahun?Sebab ada permintaan yang tinggi.Tapak perumahan masih lagi semak samun sedangkan booking dah penuh.So,fakta mana yang betul ni?

Satu lagi isu yang menarik perhatian aku ialah penetapan syarat baru sewa beli kenderaan oleh BNM.Puncanya seperti yang diatas tadi,untuk mengurangkan kadar kemuflisan warga Malaysia.Masa zaman aku beli kereta dulu lebih kurang tiga tahun lepas,syaratnya agak longgar.Gaji RM1600 keatas tak perlu guarantor,boleh full loan,pinjaman sehingga 9 tahun dan kelayakan pinjaman berdasarkan gaji kasar.Masa tu interest kalau tak salah 3.97%.Kakitangan kerajaan boleh loan sampai 12 tahun pun ada.Tu dia,sempat kereta tu reput baru habis bayar.

 

Itu cerita lama,sekarang BNM minta bank-bank pembiaya menilai kelayakan pinjaman sewa beli berdasarkan gaji bersih(selepas ditolak caruman wajib KWSP,potongan cukai berjadual dan pinjaman lain).Kesan secara langsungnya adalah terhadap pengeluar kereta tempatan.Jualan merudum dan siapa-siapa bekerja sebagai jurujual kereta,kuranglah komisen yang dapat.Dulu-dulu paling malas boleh jual lima kereta,sekarang nak jual satu pun susah.

Selain pinjaman sewa beli,yang terlibat sekali dengan syarat BNM ni ialah pinjaman perumahan,kad kredit,pinjaman peribadi dan pembiayaan pembelian saham.Apapun sebagai golongan berpendapatan rendah termasuk aku sendiri,amalkan cara hidup yang sepadan dengan pendapatan.Nak buat pinjaman boleh,tapi fikir masak-masak.Pinjaman wajib dibayar,masa dapat duit pinjaman jangan sakan sangat.Fahami maksud berhutang.Rasa tak mampu nak berkomitmen ratusan ringgit sebulan selama beberapa tahun,baik jangan pinjam.

Dalam berita semalam khabarnya perkhidmatan MD Proton,Datuk Seri Syed Zainal Abidin akan berakhir 4 Julai nanti selepas beliau menyerahkan surat perletakan jawatan.Kemana hala tuju Proton selepas ni ya?

Khamis, 17 Mei 2012

Smartphone mana Yang Baik?

Antara kerja aku bila takde idea nak buat entri,aku akan membelek statcounter dan menengok-nengok ape benda yang orang search.Satu yang menarik perhatian aku adalah search berbunyi ‘one x ok ke’.Haaa….nilah yang pakcik nak cerita ni.

Sehingga ke saat entri ni ditulis,pendapat aku takhta Android 4.0 Ice Cream Sandwich yang sebelum ni dipegang HTC One X dah pun dirampas oleh Samsung Galaxy S3.Agak menyedihkan sebab tak lama HTC One x jadi king.Tapi tak apa,itu bukan ukuran sebenar dalam memakai smartphone.Sememangnya setiap benda best akan ada lagi yang jauh lebih best,dan macam tulah sampai kiamat nanti.

Sejak aku pakai HTC One X yang dibeli 1 Mei lepas,semuanya baik-baik belaka.Baik dari segi kepantasan cip 1.5 Quadcorenya,ketajaman resolusi skrin,multitasking dan bagi aku smartphone ni user friendly.Bateri 1800mAh yang dibekalkan cukup sebenarnya untuk penggunaan biasa,tapi awal-awal dulu sehari dua tiga kali charge.Asyik kena godek je.

Walaupun tak mempunyai expansion slot MicroSD,memori sebanyak 25GB setakat ni aku tak pakai pun.Tak tau nak letak apa,so soal memori ia bergantung kepada pembeli/pemakai tu sendiri.Setakat ni aku boleh kata HTC One X ni veeerrrryy nice,dengan harga RRP RM2099.Benar,akan wujud smartphone tahap alien tak lama lagi tapi harga tak pasti boleh letak separas lingkungan 2k.Galaxy S3 ‘lebih’ sedikit dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan software seperti S Voice dan Smart Stay dan dari segi hardware,ia lebih nipis dan skrinnya lebih besar (4.8 inci).Kita tunggu ajelah bila Samsung umumkan harga pasarannya nanti.Kelebihan Samsung Galaxy S3 adalah ‘ehsan’ daripada persaingan yang serius oleh One X yang diletakkan sebagai penanda aras untuk diatasi.Maka terhasillah S3 yang lebih baik sedikit.

Ok,aku rasa macam nilah.Aku listkan jenis smartphone yang aku rasa agak baik mengikut ranking yang ada dipasaran.Galaxy S3 adalah winner buat masa ni,tapi still not available on market.

 

1.HTC One X

2.Samsung Galaxy Note

3.Samsung Galaxy S2

4.iPhone 4S

5.Sony Xperia S

 

OK,ka?

Selasa, 15 Mei 2012

Majlis Akikah Dhia Fatheeya

Hari Ahad lepas 13 Mei 2012,berlangsung majlis akikah anak aku di rumah mertua.Walaupun dalam kesibukan kerja,aku pulun jugak bagi siap supaya tak perlu bekerja hari Ahad.Itupun dengarnya mak mertua aku agak bising-bising sebab pada dia aku tak perlu kerja.Masalahnya adalah jadual kerja aku padat dan sentiasa berubah.Aku sendiri tak setuju majlis akikah dijalankan waktu aku sibuk ni,tapi apakan daya.Terbaik bagi aku ialah win-win situation.Kerja aku siap,kenduri pun jalan.Beres!

Sikit sebanyak aku upload gambar yang sempat aku capture untuk tatapan kawan-kawan atau saudara mara yang tidak dapat menghadirkan diri.Maaf juga sebab jemputan lambat diberitahu,aku sendiri pun was-was dengan tarikh yang dipilih.Tak berapa nak confirm pada awalnya.

 

Acara yang penting iaitu ‘tahnik’.Tahnik bertujuan untuk menguatkan mulut bayi dengan menyuapkan kurma,madu dan air zam-zam.Tahnik dijalankan oleh orang yang mempunyai ilmu agama tinggi dan dalam kes anak aku,imam jurunikah aku dulu sudi mentahnikkan anak aku.Terima kasih Ustaz!

IMAG0046

 

Ibu Dhia Fatheeya tersenyum lebar walaupun mata mengantuk gila…

IMAG0047

 

Buaian yang direkabentuk mengikut konsep fairytale Cinderella.Aku sebut chariot ni sebagai kereta bawang,dan setelah mendapat bantahan hebat bahawa fakta aku salah,baru aku tau ianya bukan kereta bawang,sebaliknya adalah kereta labu.

 

IMAG0050

 

Semua happy-happy belaka!

IMAG0052

IMAG0053

 

Dalam majlis ni juga aku sempat berjumpa dengan suami kawan wife aku yang berpangkat kapten dalam Angkatan Tentera Malaysia.Aku rasa aku pernah buat entri pasal majlis kahwin diorang yang penuh protokol dan dihadiri kawan-kawan pengantin perempuan semasa belajar di Dublin,Ireland.

Aku pulak memang suka bercerita bab militari ni,dan kapten tu agak kagum dengan aku sebagai orang awam yang tahu agak banyak tentang dunia ketenteraan.Biasanya anak askar je suka bidang ketenteraan.Banyak sangat tahu tu jauh sekali,aku pun tau dari pembacaan dan internet.Selebihnya classified.Pokok pangkalnya minat.Military dan kejuruteraan tidak dapat dipisahkan.

Beberapa topik dibincangkan dengan kapten tu termasuk isu Bersih 3.0,dan aku boleh simpulkan yang sesetengah rakyat Malaysia sebenarnya ‘dahagakan’ peperangan.Sekali terjadi perang,aku berani bertaruh takkan ada satu manusia kat Malaysia ni yang berani sebut Bersih lagi.Kita terlalu selesa dengan kehidupan kita sekarang.Nanti aku ulaskan dengan lebih spesifik,tak kena gaya boleh dapat komen maki hamun,haha!

Barang Rare Yang Boleh Dimakan

Tadi tu bodypart kereta,ni part lain pulak.Walaupun bukan aksesori Passo,benda ni kira rare jugaklah.Firt time aku tengok.

 

IMAG0057

Amacam,rare tak?

Susah nak jumpa telur ayam ada dua yolk ni.Itu jelah update untuk hari ni.Gila malas buat entri,haha!But wait,aku sedang menantikan satu kiriman yang akan aku ulaskan panjang lebar nanti.Tungguuuu!

Selasa, 1 Mei 2012

Pengganti Aino U10i;HTC One X

Hari ni kebanyakan orang cuti Hari Pekerja,aku pulak kena kerja.Tak apa,janji masyukk…Selain dari hari menghargai pekerja,setiap 1 Mei adalah ulangtahun perkahwinan aku dengan wanita yang bernama Zamzurina Muhamad Kamaruzaman.Ulang tahun pertama ni bertambah sweet dengan kehadiran orang baru dalam keluarga aku.

Ok,mukadimah dah cukup.Sebelum ni aku pernah buat entri pasal pengganti Nokia N70 aku iaitu Sony Ericsson Aino U10i.Malangnya Sony Ericsson Aino bukanlah telefon yang lasak.Tak sesuai langsung dengan cara hidup aku.Samalah macam jam Fossil Decker Silicone Chronograph aku,dah sompek cerminnya,mujur masih waterproof.

Pakai handphone yang dah separa mereng ni memang tak best langsung.Maka sejak beberapa minggu lepas aku buat sedikit research berkenaan dengan IPhone 4S dan Samsung Galaxy S II.Hasil perbandingan spesifikasi,maka pilihan aku lebih kepada Samsung Galaxy S II.Aku kuatkan azam untuk mendapatkan Galaxy S II hinggalah satu hari,azam aku tu terus hilang bila ternampak iklan DiGi dengan pakej smartphone HTC One X.Aku pun cepat-cepat buat kajian dan ternyata dari segi spesifikasi,HTC One X adalah yang terbaik buat masa ni.Hasil risikan online dengan laman web telco tempatan,pilihan aku cuma telco Celcom dan DiGi.Maxis memang dah tak boleh sebab aku baca kat FAQ,pakej tu hanya untuk current user Maxis.Kalau tak silap akulah.UMobile pulak aku risau coveragenya tak power kat rumah aku.

Lepas cashkan duit,aku terus ke kedai telekomunikasi Celcom.Pengalaman buruk aku dengan penggunaan Celcom Broadband dulu aku cuba lupakan dan menganggap Celcom bertambah baik.Kehadiran aku di kedai Celcom tu disambut bersahaja oleh petugas lelakinya.Beliu tidak bercakap banyak dan hanya fail penerangan pakej data yang ‘bercakap’ dengan aku.Agaknya dia nampak aku ni serabai macam takde duit kot.Tu yang malas nak entertain.Dari pembacaan aku,pakejnya asing-asing,data dan panggilan.Monthly commitment agak tinggi(termasuk dengan beberapa fee bulanan),tapi aku still tanya jugak.

 

kalau saya nak pakej data+HTC One X macamana?”

 

Itulah…buat masa ni stok takde………….”

Terus aku angkat bontot.Sebelum tu ada la beberapa customer nak buat pembayaran broadband.Tapi semua tak boleh sebab server down.Chaitt!

Aku tak ada pilihan lain,terus ke kedai DiGi,betul-betul sebelah kedai Celcom tadi.Kehadiran aku disambut ramah oleh seorang amoi yang tak berapa nak cun tapi penerangannya bagus.Terus aku ke topik sebenar,SAYA NAK PAKEJ SMARTPHONE HTC ONE X+ DATA.Ok,semua berjalan lancar,dan stok pun ada.Pakej data yang aku ambik ialah Smart Plan 68 (3GB) berharga RM68.Panggilan atau SMS just bayar apa yang anda pakai.Tak ada monthly fee macam Celcom.Sangat straightforward pakejnya.

Total wang ringgit yang dileburkan ialah RM1967 termasuk RM500 advance payment yang akan diserap kedalam bil bulanan sebagai rebat sepanjang kontrak 2 tahun.Yang bagusnya,area rumah aku dan tempat kerja sentiasa full signal HSDPA.Internet speed memang superb.Cayalah DiGi!

DSC01093

DSC01094

DSC01096

Secara asasnya spesifikasi HTC One X ni ialah seperti CPU berkuasa 1.5GHz Quad Core,RAM 1GB,32GB storage,skrin 4.7 inci,kamera 8 MP,OS Android 4.0.3 Ice Cream Sandwich.Untuk lebih detail sila buka laman web GSMArena.Yang kurang bestnya cuma tak dapat earphone ada lambang beatsaudio.

Ini adalah handphone Android pertama aku,dan aku rasa OS Android memang user friendly.Sekejap je dah boleh faham.Secara keseluruhan memang mantap,cuma baterinya cepat habis.Aku rasa masalah ni biasa kot untuk smartphone.Pandai-pandailah pakai.

Satu benda lagi,Celcom memang rugi sebab aku bukan beli satu unit HTC One x,dua unit sebenarnya.Satu unit lagi sebagai hadiah anniversary kahwin untuk wife aku.Dan bakal menyusul satu lagi pembeli dalam masa terdekat ni.Aku ni kalau jadi salesman HTC/telco memang banyak komisen punya.

Jumaat, 30 Mac 2012

Ingatkan Terer Sangat Drift

Pukul 8.20 tadi aku tengok filem Wrath of The Titans dengan wife aku.Filem ni memang aku tunggu sebab filem pertama dulu memang tak jemu tengok.Malangnya keseronokan menghayati dunia mitos tak terasa dalam filem kedua ni.Rasa macam 'kosong' walaupun aksi banyak.Sempat aku lelap sekejap masa Perseus meneroka jalan ke tengah Tartarus.Pendek kata filem ni kurenggggg sikit dari yang pertama.Cerita banyak pun tak guna,nanti korang tengok la sendiri kat DVD pasar malam.


Sebelum tengok wayang tadi apa-apahal pun isi perut dulu kat McD lepas tu solat Maghrib.Wife aku solat agak lama,so aku  pun tunggu dia kat dalam pusat hiburan keluarga(arcade game).Aku memang plan nak layan arked Initial-D barang seround dua.Bulan lepas aku ada main tapi tak lepas Stage 2 masa lawan dengan Suzuki Capuccino Roadster.So,tadi aku tukar tiga keping token,sekeping RM1.Kira murah sangat dah tu(aku rasa la) kalau nak dibandingkan kat tempat lain.
Aku pun main la sorang-sorang,lagipun kat situ ada dua unit je platform arked Initial-D.Stage pertama entah aku tekan apa sebab tak paham bahasa Jepun,aku kena pakai Nissan Skyline R34 dengan gear automatik.Lawan aku pakai Nissan 180SX.Tapi stage pertama memang sayur je aku titik Nissan 180SX tu.Bila masuk stage dua aku tak konfiden boleh blah pun.Aku main je macam biasa...zup-zap zup-zap layan korner tau-tau je aku dah tapau Suzuki Capuccino.
Stage ketiga lawan aku ialah Civic Si-R EG6 kaler merah.Dalam komik Initial-D,driver kereta ni Shingo Shoji memang samseng taik minyak,perasan bagus.Aku pun saspen gak nih.Pertarungan tu agak seimbang,kejap-kejap aku dapat potong dia,lepas tu dia potong aku balik.Tengah syok lawan,datang sorang mamat mana tah duduk sebelah aku.Ni la isi penting untuk intro aku yang panjang lebar merapu ni.
Bila mamat tu masuk token,secara automatik dia challenge aku.Dia pun dok setup ape tah lama kemain.Aku dah blur dengan menu bahasa Jepun yang tetiba muncul kat skrin aku.Aku sempat jeling skrin mamat tu,dia dok tukar tayar,tukar laluan perlumbaan dan dia pilih cuaca hujan.Kereta yang dia pilih EVO III dengan gear manual.Fuhhhh!!Mesti pro habis mamat ni.Dia punya setup je dah buat kaki gua gigil.Serius!Aku masih lagi dengan Nissan Skyline R34 automatik.

Maka perlawanan pun bermula...
Untuk beberapa selekoh,lebih kurang separuh course aku leading race tu dan kemudian dia  potong aku.Bila aku duduk belakang baru aku nampak kereta dia tak laju mana pun,masuk selekoh bersepah.Tak cun langsung dia punya drift dan aku still boleh catch up kat bontot dia.Ada la lebih kurang dua kali potong memotong,dia duduk depan semula.Takpe,aku tetap buat muka cool walaupun kaki aku gigil sebab adrenaline rush.Sampai dua-tiga selekoh terakhir,Skreettt!!macam tu la lebih kurang bunyi tayar Skyline aku  bila aku potong dari dalam.Hayun lagi dua selekoh terus gua nampak finish line.Gua macam tak caya beb!Mamat yang macam pro tadi terus menyelinap keluar dari pusat hiburan tu tanpa sempat memuji gua.Pastu gua nampak dia pura-pura beli popcorn sebab nak cover malu.Kah!Kah!Kah!

*Tak rugi mintak izin kalau nak challenge,ye tak?

Sama Tapi Tak Serupa Langsung

Siapa dulu yang dapat nama Adele?Heeee….

Adele21

Gundam Adele

Jumaat, 23 Mac 2012

Kisah Seminggu

Kelmarin aku beli paper Kosmo.Mak aii..ramainya gadis hilang.Kes terbaru kat Kuantan tu rupanya lari kerumah boyfriend.Cehhh!Nyusahkan orang je.Umur muda lagi,dah ada keberanian untuk tinggalkan rumah atas alasan tekanan.Tak sedar yang selama hidup 15 tahun,siapa yang tanggung makan pakai dan tempat tinggal.Ingat senang ke nak survive dalam umur muda macam tu.Nasib tak baik kena jual atau kena paksa jadi ‘ayam’?Baru la nak ingat mak bapak.
Dalam Kosmo online hari ni ada lagi kes lari ikut boyfriend.Lokasi kat Pahang juga.Memula aku ingat kes hari tu,rupanya ni kes lain.Budak tu dari Jerantut,lari ikut boyfriend pi dating kot kat Kuantan,lepas tu boyfriend dia tinggalkan dia kat depan 7-E Kuantan.Boyfriend pulak suami orang.Macam-macam hal...
Maksudnya ramai gadis hilang yang belum dijumpai kebanyakannya lari dari rumah,bukan sebab dilarikan.Ada satu kes tu kat Johor kalau tak salah,budak perempuan ni tak habis sekolah.satu hari makcik dia hadiahkan dia handphone.Makcik dia ni heran apesal dia ni kerap sangat berSMS.Rupanya dalam handphone dia berlambak nombor lelaki.Makcik dia tegur,terus merajuk lari rumah.Gila betul.

Kebelakangan ni sibuk betullah dengan kerja.Nampak gayanya melalui forecast HOD aku,kerja yang sibuk ni akan berlarutan sekurang-kurangnya sampai bulan Mei.Makin kuranglah entri nampaknya.Nak kena dapatkan jugak Streamyx asas kat rumah.Sayang dibiarkan ranking Alexa yang sedang meningkat tu.
Ha,semalam aku balik kerja lewat.Wife aku pun malas nak masak,so sampai rumah pukul 9.30 aku terus hangkut wife aku makan kat luar.Tak jauh pun,naik motor tak payah sarung helmet.Selalunya kitorang memang rajin masak,tapi bila masak pun bazir macamana tu?Makan kat luar lagilah banyak belanja.Last kitorang masak kari ayam empat ketul,dua ketul je yang habis.Lauk rendang daging sebelumnya pun jenuh nak habiskan.Kesudahannya macam selalu,masuk tong sampah.
Ok,cerita pasal makan kat luar tadi kan?Bila aku dengan wife aku duduk makan dan aku menumpukan perhatian kat nasik goreng USA.Tetiba aku ternampak sebijik Proton Wira yang agak gerek rupanya berhenti dan masuk parking.Keluarlah dari kereta tu dua orang perempuan dengan berpakaian tee lengan pendek merah dan skirt jeans pendek.Memang pendek betul.Kalau bongkok sure nampak panties punya.
Dah namanya lelaki,aku ‘stare’ la kat peha perempuan dua orang yang tergelek-gelek jalan ke meja makan sebelah aku.Aku rasa tak sampai dua second aku scan peha awek dua orang tu,wife aku dah berbunyi,’Amboi mata dia…..”.
Yang aku heran tu macamana dalam suasana agak gelap tu wife aku boleh tau kat hala anak mata aku.maybe sebab instinct seorang wife kot?Hehe!Tak pasal-pasal gua kantoisss….
Aku pun nak cover line punya pasal,aku jawab dengan selamba,”tak bleh nak elak sebab skirt dia pendek sangat!”
Dah habis makan,kat atas motor aku gurau dengan wife aku,aku cakap,”bosan betul keluar makan dengan sayang ni,nak usyar awek pun tak boleh,”.Wife aku gelak je sebab dia tau aku suka gurau macam tu.Suka tengok dia merajuk.Tapi kena tengok mood jugalah.
Aku kalau sumbat semua cerita dalam satu entri maknanya takde idea la tu,haha!


Isnin, 19 Mac 2012

Orang Gaji dan YB

Gabriela Spanic sebagai maid dalam La Usurpadora
Dulu masa belajar kat politeknik,petang-petang aku ngan member serumah aku layan telenovela La Usurpadora.Rasa macam comel gila Gabriela Spanic tu,padahal watak orang gaji je.Tak memasal gua ponteng kelas Teknologi Haba sebab taknak miss drama sabun(soap opera) ni.
Semua tau kan pasal maid dari seberang perlu dibayar gaji RM700 dengan satu job sahaja?Ini bukan aku atau kerajaan kita cakap,gomen Indon yang cakap macam tu.Pendapat aku?Banyak cengkadak punya Indon.Buta kayu pun nak gaji tujuh ratus ringgit Malaysia.Nak satu job kunun,bagi keje blowjob kang?
Aku tak pernah la pakai maid,tapi aku boleh bayangkan kalau ada maid ni makan,tempat tinggal dah ditanggung majikan.Kalau majikan baik,pakaian pun dibagi.Punca kerajaan Indon berkeras adalah disebabkan banyak kes dera orang gaji.Kes orang gaji sapu reta benda majikan ada diorang highlight?Macam la diorang hantar angel untuk jadi maid kat Malaysia ni.
Ape?
Angela Baby?
Angela Baby memang la comey tapi plastik.
Kes dera maid ni kat mana-mana pun ada,kat Arab Saudi pun banyak.Diorang ni nama je Arab,tapi yang jahat kurang sikit dari Yahudi pun ada.Nama pun manusia,so tak terkecuali lah para maid-maid ni.Terselit jugak barang sorang dua yang jahat ye tak?Aku rasa soal gaji 700 tak jadi masalah sangat asalkan multitasking dan boleh dipercayai.Masalahnya kerajaan Indon bukan boleh beri jaminan yang maid diorang betul-betul berkualiti.Nasiblah kalau dapat yang bagus.
Masa aku kerja kat kilang kosmetik di Puchong dulu,bos aku punya maid kena kerja kilang.Balik rumah buat kerja-kerja maid pulak.Gaji maid RM400 je masa tu.Salah seorang maid tu umurnya baru 17 ke 18 tah,tapi terpaksa tipu umur untuk dapatkan permit kerja.Aku tengok muka dia pun aku tau dia bebudak lagi.Tapi budak tu bijak,suka berceloteh.Tengok gaya bercakapnya takdelah nampak macam orang yang tak pernah sekolah menengah.Cita-cita dia nak jadi DJ radio,haha!Walaupun dia terpaksa buat dua kerja,tapi dia jenis yang ceria.Seronok kerja kilang agaknya.Habis je permit kerja dua tahun,dia balik Jawa.Beberapa bulan lepas tu budak tu call aku,dia dah kerja kilang elektronik kat Kedah.Itulah kali terakhir aku dengar berita pasal bekas maid ex-boss aku,lebih kurang enam tahun lepas.Sekarang ni mungkin dia berjaya menjadi DJ untuk mendodoikan suami dan anaknya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita lain..
Aku malas buat entri lain,so aku sumbat je sekali kat sini.Final Raja Lawak musim 6 dah berlangsung Jumaat lepas.Tahniah kepada kumpulan Shiro dan Zero.As expected,diorang jadi juara dan naib juara.Tapi season ni lawak kurang mantap la.Pelik jugak aku,apa tujuan dilantik chief kecik untuk guide peserta.Bila buat persembahan,still ada jugak yang tak kelakar.Takkan chief approve jugak proposal persembahan mingguan walaupun tak kelakar langsung?Atau pelawak berbakat semulajadi dah pupus kat Malaysia ni?
Walaubagaimanapun,Shiro dan Zero memang berbakat.Hidup YB!!!

Manusia Hilang Kemanusiaan

Semalam aku tengok dalam berita tentang tunjuk perasaan membantah undang-undang pasal rogol di Syria kalau tak salah.Di Syria,kes rogol diselesaikan dengan cara mengahwinkan mangsa rogol dan perogolnya.Aku rasa diorang ni tak tau beza antara rogol dan hubungan seks secara sukarela.Rogol ni bukan setakat mencemarkan maruah gadis tu,tapi juga mendatangkan trauma.Macamana mangsa rogol nak berkahwin dengan siperogol?Perkahwinan yang berlaku sekadar penyelesaian yang bersifat sementara tanpa memikirkan kesan kepada mangsa.Kalau perogol tu beriman,berkemampuan,dan berkerjaya baik boleh la juga,masalahnya wujud ke perogol beriman?Maksud aku perempuan mana nak bersuamikan syaitan bertopengkan manusia?
Itu kalau perempuan bujang dirogol oleh perogol bujang.Macamana pulak kalau perogol bujang rogol isteri orang?Dua suami lah mangsa rogol tu ya?Haha!tapi mungkin ada peruntukan hukuman lain untuk kes semacam itu.Cuma kerajaan diorang kenalah fikirkan semula hukuman untuk kes rogol.Hukuman yang dibuat oleh manusia ni memanglah tak sempurna,tapi itu melambangkan kita ni manusia yang berilmu dan bertamadun.Hukuman bukan sekadar untuk menghukum,ia juga sebagai panduan supaya kita tak terbabas.Kena tang orang lain senang je bagi hukuman kahwin,kalau anak/adik pak menteri Syria yang kena rogol macamana?
Apapun sebenarnya benda-benda ni kita sendiri yang kena berjihad menentang nafsu.Kalau nak kawal benda-benda macam tu pun tak boleh,tak ada bezalah antara kita dan haiwan.Macam cerita Budak Kelantan yang aku tengok kat Astro Citra malam tadi.Selamba je culik amoi tengah jogging.Aku tengok filem tu sekerat je,dah miss bahagian awal.Masa tu dah masuk babak dalam rumah sewa,Danny X-Factor kena minum air apa tah.Coke campur pil kuda kot.
Yang aku tak fahamnya adalah watak si Jahar tu.Nampak serabut,macam tak ada matlamat hidup.Tambah worst lagi si Jahar ni kelihatannya macam lelaki gila seks.Sukahati dia je culik orang,lepas tu bila si Danny lepaskan amoi tu dia mengamuk pulak.Tak pasal-pasal dapat penumbuk.
Part kedua si Jahar ni nampak awek tengah menalipon.Beriya betul dia ayat macam dah sebulan tak buang air.Rupanya awek tu girlfriend si Danny.Apa ke bebal watak si Danny tah,boleh pulak dia suruh girlfriend dia berkenalan dengan si Jahar hanya sebab si Jahar suka kat awek dia.Memang aku tak faham kenapa jalan ceritanya macam itu sedangkan terang-terangan watak Jahar ni memang manusia yang jahanam habis.At last,si Jahar tergolek atas jalan raya dan mati.Terus aku rasa macam lega sebab serabut kepala tengok watak gedebe si Jahar.Mujur si Jahar ni cuma watak dalam filem.Tapi memang ada manusia macam tu,kan bebaru ni ada perogol bersiri yang dah kena jatuh hukum.Banyak sangat tengok klip .3gp gamaknya.Itu yang sangap je bila nampak perempuan.
Walaupun motif cerita tu agak kabur,memerlukan subtitle dan tak nampak sangat nilai moral yang cuba ditunjukkan,sedar atau tak pelakon watak si Jahar berjaya dengan tugasnya.Cuma aku terfikir,kalau ramai lagi 'Jahar' di Syria,seronok la depa merogol.Asal jumpa yang cun je habis kena sapu.Naya betul...

Jumaat, 16 Mac 2012

Antara Dua Jenis TVC

Besok kompeni aku ada shooting untuk TVC.Tapi aku tak terlibat sebab muka aku lebih sesuai jadi duta jam Richard Mille.Patutnya dah lama kena buat tapi takpelah daripada tak buat apa-apa langsung.Dulu tak pernah buat promosi produk,then slowly panggil TV3 untuk slot apekebendatah tiap Isnin.Aku pun dah lupa,ada aku buat entri pasal tu.Bayar mahal bai…Teringat cerita member aku.Sepupu member aku ni kerja dengan ATSB,kompeni buat peralatan aviation,radar dan sewaktu dengannya.Satu hari TV3 datang nak shoot aktiviti kompeni diorang untuk Majalah 3.

Diorang pun cakap apa ada hal,shoot ajelah.Tetiba orang TV3 tu tanya,berapa ATSB nak bayar diorang.Whatt?Dah la tak dijemput,nak kena bayar pulak?Banyak cantik.Sudahnya balik macam tu je.Betoi ke tak sepupu member aku ni cerita kau tak tau la.Kang aku pulak yang kena saman.

Cerita pasal TVC tadi tu,memang patutnya kena buat sebab susah nak jual produk kalau orang tak kenal.Harga plak premium habis.Dulu aku ngan member-member aku selalu cakap,bayar la Safee Sali untuk jadi duta produk.Dia kan atlit glemer+talented.Sesuai sangat la tu.Tapi TVC yang nak dishoot besok ni taktaulah siapa pelakonnya.Adakah Aaron Aziz atau Remy Ishak?Haha!Takkan bagi mamat muka jambu kot ye tak?Lari konsep baii..Aku pantang betul kalau benda lari konsep ni.

Masa baca emel semalam aku tak faham apabenda TVC ni.Aku main teka je,TV Commercial kot.Satu-satunya TVC yang aku tau adalah kat hujung enjin jet Sukhoi Su-30MKM TUDM tu.TVC bermaksud Thrust Vectoring Control.Maknanya Sukhoi yang kita ada boleh buat manouvre yang ‘ketat’.Korang paham ke tidak aku tak tau la.Itulah jahanamnya bahasa Melayu kalau convert terus dari Bahasa Inggeris.Haha!

Korang jangan tak tau pulak,untuk yang belum tau konfigurasi Sukhoi TUDM adalah kedua yang terbaik selepas Sukhoi MKI milik Indian Air Force.Kalau confirm jadi Malaysia beli Eurofighter Typhoon,meriah sikit koleksi fighter jet kita.Tapi banyak aku baca dalam forum/blog ketenteraan,Malaysia ‘wajib’ beli pesawat AWACS.Aku nak eksplen pun panjang jugak ceritanya.Nanti ada masa korang buka blog Military of Malaysia .

Ok,cukuplah tu aku merepek pasal TVC.Aku nak cuci mesin jap.

Jumaat, 9 Mac 2012

Kereta Stiker Beras

TARGET BERAS 2009
Haritu masa adik lelaki aku ada kat rumah,wife aku banyak meluangkan masa dalam bilik je baca novel.Dia malas nak lepak depan TV pakai tudung.Tetiba wife aku buka pintu panggil aku mintak beras.

BERAS?
Aku rasa sedikit musykil,nak buat apa beras?Wife aku mintak segenggam beras,dan walaupun aku hairan aku tetap pergi ambikkan kat dapur.Aku letak kat tapak tangan dia,terus dia suap masuk mulut.Lapar sangat ke bini aku sampai beras pun terus masuk mulut je.Rupanya tebiat orang mengandung.So far takdelah dia request makanan merapu,atau teringin nak makan benda-benda yang payah nak cari.Mujurlah setakat beras je,anytime kalau sangap boleh cedok terus kat dapur.
Lagi satu hal beras jugak.Sekarang kan ada macam-macam jenama beras contohnya cap Rambutan,Faiza,Jati dan Jasmine.Ada satu jenama beras tu beras Cap Jering,kat plastiknya ada gambar awek pakai topi macam tudung saji berlatarbelakangkan sawah padi.Beras Cap Jering ni banyak aku nampak kat D’Mart Felda tiap kali bawak mak aku beli barang keperluan harian.
Dua minggu lepas aku balik kampung,dan dalam perjalanan balik kat area Kuala Krau Pahang menuju ke tol masuk ke LPT berhampiran Sanggang aku follow satu kereta Saga LMST oren.
Kat cermin belakang ada sticker besar bertulisan J.E.R……. dan yang selebihnya aku tak nampak sebab ditampal dengan sticker hitam.
Pelik jugak aku,tak pernah pulak aku jumpa jenama barang resing macam tu.J’S Racing aku tau la,tapi ejaannya J.E.R.JERMAN kot?Aku follow kereta tu pelan-pelan sebab jalan antara Jerantut-Temerloh ni biasa jugak eksiden kes potong tak lepas.Tak boleh tahan sabar punya pasal,aku potong jugak kereta tu sebab boleh tahan ‘bercinta’ juga kalu nak follow pakcik Saga LMST tu.Ngam pulak tu,line pun clear.
Sambil potong aku toleh kat kereta tadi,nampaklah seorang lelaki dalam umur lewat 30an dengan keluarganya penuh satu kereta dan bila aku jeling bawah lagi maka ternampaklah sticker besar bertulisan Beras Cap Jering!

Oooooo….patut la kat belakang tutup dengan sticker hitam.Segan ye?Haha!Nasib badan la bang kalau dah pakai kereta kompeni.

Selasa, 6 Mac 2012

Kawan dan Kuasa Wang Ringgit

Sekejap tadi,sorang member sekerja aku meninggalkan syarikat ni dengan notis 24jam.Sebelum tu admin kompeni aku call bagitau yang member aku ni dah tender notis,tapi tak de pulak dibagitau yang notis 24jam.

Lepas bersalam-salaman dengan member aku tu,dia pun balik.Member aku ni tak adalah amazing sangat,cuma aku boleh katakan dia ni seorang yang mysterious,baik dari segi sikap dia,latar belakang keluarga dia dan cara dia bercerita yang kadang-kadang buat aku marah tapi dalam masa yang sama kelakar pun ada.Pasal apa aku katakan dia ni misteri,kejap lagi aku rungkaikan persoalan tu,hehe!

Member aku tu berasal dari Malaysia Timur dan dah agak lama bekerja di Semenanjung.Awal-awal aku kenal dia lepas bertukar kerja ke tempat baru,memang dia sangat friendly dan sedia bantu aku kalau aku susah.Di tempat baru sangat penting untuk kita cepat berkawan dan ada teman supaya tak rasa terasing.Kebetulan pulak department aku bekerja bebudaknya kerek semacam.Memang tak pernah aku jumpa rakan sekerja macam tu kat tempat lain.Skang dah kamcing dah.So,si member tadi pernah cakap kat aku,kalau takde duit bagitahulah dia.Dia boleh tolong punya.Member ni deparment lain,aku deparment ‘belakang’.Kira kerja kasar lah.Aku namakan member aku ni sebagai MJ.

Tapi entah macamana lepas beberapa minggu,MJ pulak yang pinjam duit aku.Aik?Apehal dia pulak yang kering.Kata nak tolong aku.Tapi,mujurlah dia cepat-cepat bayar.Tak lama lepas tu,dengarnya wife dia dapat kerja di sebuah syarikat petroleum terkemuka kat negara ni.Korang mesti tau punya.Terus hidupnya berubah 360 darjah.Kata MJ,wife dia dapat jawatan besar kat situ.Aku tak dapat verify sampai sekarang kesahihan cerita dia,senang cerita aku anggap dia ni gebang je lebih.

Tak lama lepas tu MJ cakap parent dia belikan dia FD2 Type R.Huih!Makin kuat gebang dia tapi takpe,aku layan jerrr…Ha,sebelum tu dia pernah cerita yang keluarga dia ada bisnes kat Malaysia Timur sana,dan Type R tu bukanlah kereta pertama dia.Dia memang ada sebijik Wira SE(memang wujud sebab selalu bawa),dan sebijik Toyota Wish(yang ni aku tak pernah nampak).Punca parent dia belikan FD2 Type R tu sebab nak suruh dia balik Malaysia Timur jaga perniagaan keluarga.Dalam keluarga MJ cuma dia sorang anak lelaki.Anak mak lah lebih kurang.Khabarnya tiap-tiap bulan mak dia kirim duit.Puas aku tuba dia suruh bawa Type R tu ke kilang tapi dia tak mau.Gambar pun haram tak ada sebagai bukti.Yang ada dalam PC syarikat cuma koleksi gambar FD2 yang didownload dari website Mudah.my sebab ada watermark Mudah.Kantoisss!

Dalam hati aku cakap dia ni memang kuat kencing betullah.Apa faedah dia dapat aku pun tak tau.Setakat MJ bekerja tiga tahun kat sini,dah dua bijik motor baru dia beli.Sebelum wife dia dapat kerja best,dia bawak Honda C70 GBO(Honda Petak)je.Memula aku kerja dulu aku ingat motor buruk tu pak guard yang punya.

Selain ‘gebangan’ tentang harta dan duit ringgit,MJ ni juga boleh dikatakan gebang juga dalam hal pelajaran.Mengeja sesuatu dalam bahasa Melayu pun fail,boleh terima akal ke kalau dia cakap dia ada Diploma?For sure lah aku gelak guling-guling.Tapi satu perkara yang amazingnya,teman rapat dia adalah engineer di kilang aku.Rapat macam adik-beradik.Selain tu dia ni juga dikenali oleh ramai HOD yang berada jauh di HQ.HQ kompeni aku terletak kat Menara TM,kilang kat Glenmarie.Manager-manager sampailah ke lawyer kompeni pun ngam dengan MJ ni.Part mana yang ngam aku pun musykil sampai sekarang sebab dia ni kalau menyembang banyak merapu je.Macamana tah manager-manager tu boleh blah dengar dia punya sembang.Asal jumpa manager-manager ni,mesti tak lupa tanya pasal si MJ ni kalau kebetulan dia tak ada.

Kitorang kat department lain ni sampai tahap boring dengar dia punya’kencing’,pernah sampai tak layan dia langsung.Mengumpat tu jangan ceritalah,tak terkira dosa kitorang ni dengan dia.Tapi satu hari ada kejadian diwaktu petang yang berlaku kat salah seorang member satu department aku,dimana kejadian tu mengubah persepsi kitorang tentang watak utama dalam cerita aku ni iaitu si MJ tadi.

Satu pagi,member satu department aku ni datang jumpa aku.Dia cakap ada cerita best.Dia pun ceritalah hal yang berlaku waktu petang tu.Member aku ni nampak si MJ membebel sorang sorang,dia mengadu kat member aku pasal orang tak percaya apa yang dia cerita.Si MJ cuba membuktikan ‘kebenaran’ kata-katanya dengan menunjukkan kad perniagaan bengkelnya.(tadi aku tak cerita yang dia ni ada bengkel) .Sambil si MJ bersusah payah nak keluarkan bussiness card dari dompetnya yang sendat,member aku ni ternampak kepingan not RM50 yang agak tebal,dalam anggaran 2K katanya.Gila apa hujung-hujung bulan operator kilang ada cash 2K dalam dompet?Member aku pun terus buat kesimpulan yang MJ ni bukanlah gebang semata-mata,sememangnya dia ada duit.Bukan omongan kosong.

Aku bagi member aku habiskan cerita dia,lepas tu aku cakap yang cerita hang tak cukup hebat lagi.Mai dengaq ceghita aku pulak.Lebih kurang macam tulah aku cakap,ikut slang Utara.Kadang-kadang aku keluarkan slang Kelantan.Slang Uganda je aku tak pass lagi.

Sehari sebelum member aku cerita kisah wang tunai 2k dalam dompet tu,aku ada melepak kat meja bulat dengan si MJ ni sambil mengepam Surya.Si MJ ni letak pouch bag dia atas meja.Nampak sarat betul,berat semacam je.Tapi selalunya kalau aku intai ada sampah je,selain dari Dunhill sekotak,Surya sekotak.Datang sorang lagi kawan,dia pi gatai keluarkan bungkusan dari pouch bag si MJ.Rupanya dalam tu ada sebungkus wang tunai berbalut kertas berjumlah 40K!Mak aiiii!!!Duit tunai puluh riban bawak merata je.Siot betul.Member aku yang dok cerita ternampak 2K tu cakap kat aku,”aku ingat cegita aku dah cukup mengujakan,ghupanya hang punya ceghita lagi dahsyat”.Tau takpa.

Bermula saat tu,kitorang terus insaf takmau mengumpat lagi dah.Si MJ ni nak cuti EL ke,MC ke lantak dialah.Duit berkepuk,apa dia heran gaji operator RM1500.Aku pun pernah cakap kat MJ tu,kalau duit hang banyak kat tempat lain,orang tua hang pun ada bisnes,buat apa kerja jadi kuli.Tetiba hari ni dia submit notis 24 jam.Baru la gentleman!Tak la macam orang lain yang dok komplen cara orang lain kerja,komplen kompeni,dok pung pang sana sini tapi sampai la ni dok ada jugak.Resign la cari kompeni lain,ada bran?Chaitt!

Oklah MJ,kalau hang terbaca cerita aku ni aku mintak maap banyak-banyak,tadi pun hang dah peluk aku.Aku pun terharu jugak,wuuuuu!Apa pun kerja yang hang buat,buatlah elok-elok jangan bagi orang marah.Gud luck!

Selasa, 28 Februari 2012

Istilah Cantik Itu Luas Maksudnya


T-Ara Intercew pictures (5)
gambar hiasan Kumpulan T-Ara
Aku tuliskan entri ni sebagai respon kepada ‘luahan rasa’ (Smile with tongue out) isteri aku dalam entrinya tentang perempuan cantik. Disebabkan beliau sedang menjalani fasa-fasa akhir pregnancy,emosi pun tak stabil,maka banyak soalan merapu yang ditanyakan kepada aku.Mujurlah mood dia pun tak merapu,sangat bagus walaupun kelihatan terbeban dengan saiz perut yang makin besar.Aku selalu pesan kat dia,walaupun sarat mengandung,jaga penampilan.Jangan nampak serabai,muka kena berseri.Bukan apa,kekadang aku tengok perempuan mengandung muka pucat lesi je,rambut pun kusut.Tapi wife aku bertudung.
Bila berdua menonton tv,kekadang isteri aku suka tanya pandangan aku tentang perempuan lain.Thats good kerana aku tau dia tanya macam tu sebab sangat sayangkan aku.Tapi aku ni memang jenis suka bergurau,aku jawab aku suka tengok perempuan cantik sebab dah jemu tengok muka dia hari-hari(saja nak melawak).
Then dia tanya lagi,kalau dia ditakdirkan  dah ‘tak ada’ lepas lahirkan baby nanti,adakah aku akan kahwin lain? (soalan macam ni paling aku menyampah,rasa nak start motor lepak kedai mamak lagi bagus).Maka aku jawab aku akan kahwin lain sebab our baby memerlukan ibu,ibu yang cantik.Pun dalam nada bergurau sebab aku memang suka bagi wife aku merajuk,hehe!
Wife aku tanya lagi,kenapa nak yang cantik?
Aku jawab lagi,nak yang cantik sebab nak tengok hari-hari supaya tak jemu.Aku pun usik dia,bagitahu yang dia dah gemok,dah takde shape.haha!Tapi wife aku pun faham,aku memang suka bergurau macam tu.Semua lelaki suka perempuan cantik,cuma bezanya cantik itu subjektif dan berbeza dimata setiap individu.
Cantik juga berbeza di setiap pelusuk dunia ni.Di Hawaii lain,Papua New Guinea lain dan di Burundi pastinya lain.Orang kita tak boleh blah tengok perempuan kulit hitam merelip,tapi ramai juga perempuan kulit hitam berjaya ketahap supermodel macam Alek Wek.Googlekan nama dia ni,memang hitam betul.Sebab apa dia boleh jadi supermodel,walaupun gelap,kulitnya bersih.
Terlalu banyak kriteria untuk melabelkan seseorang perempuan itu cantik.Paling biasa dari rupa paras.Tapi rupa paras cantik pun kalau kedekut nak senyum tak guna juga.Atau rupa cantik tapi tak ada budi bahasa.Paling fail kalau rupa paras cantik,kaki berlumut.Duhhhh………..
Aku ni agak ‘gemar’ memerhatikan kaki (buku lali dan kebawah sajalah ya) perempuan.Sebabnya dari situ kita akan tau perempuan tu seorang yang pembersih atau tak.Tapi ini cuma kaedah aku,orang lain aku tak tahulah.Yelah kan,muka je cun kalau tak jaga kebersihan masalah juga.
Tapi nak usya kaki orang pun jangan la beriya sangat.Cover-cover sikit.Kang tak memasal kena hempuk dengan high heel

*Menurut jangkaan doktor,27 Mac ni my baby girl akan keluar.Terharu sebab aku akan jadi bapak…wuuuu….

Rabu, 15 Februari 2012

Malu Nak Cakap Kerja Apa

Bila berkenalan dengan seseorang yang baru,mesti akan keluar soalan macam ni:

“Kamu kerja apa ya?”

 

Soalan tu biasa dipilih si penanya sebagai modal untuk memulakan perbualan.Tak salah bertanyakan kerja seseorang,cuma respon orang yang bertanya selepas soalan tu dijawab akan menentukan perbualan tu akan ke peringkat seterusnya atau tak.

Sesetengah orang mungkin rasa segan dengan kerjayanya apatah lagi kalau berada di majlis yang dipenuhi orang berkerjaya hebat.Aku bagi satu contoh,beberapa bulan lepas aku menghadiri majlis perkahwinan seorang kapten tentera dengan seorang doktor.Wife aku adalah bekas classmate doktor tersebut dan meja kami disekalikan dengan bekas-bekas pelajar kedoktoran di Dublin,Ireland.Pendek kata meja aku tu penuh dengan doktor lah.Semua muka baik-baik,kecuali aku yang kelihatan paling ganas.Kerjaya diorang memang gempak,dari luaran nampak seperti seorang lelaki berbudi bahasa.Malangnya nak hulurkan tangan bersalam pun berat.Maybe sebab tangan aku banyak kontaminasi agaknya.Bukan semua orang terpelajar macam tu,cuma sesetengah saja.

Berbalik kepada soalan yang diatas tadi,keadaan sedikit berbeza kalau orang yang ditanya hanya bekerja biasa-biasa sahaja.

 

”Kamu kerja apa ya?”

 

“Kerja kilang je….”

“Oooooo………”(dengan air muka tak ada perasaan)

  (Itu je?baik tak payah tanya)

___(end of conversation)___

 

Sekiranya yang bertanya itu orang yang berkerjaya hebat,jawapan sebegitu kebiasaannya tidak akan mengundang sebarang informasi menarik.Maklumlah kerja kilang je,apa yang menariknya ye tak?Tapi kalau niat orang itu betul-betul nak berbual,kerjaya apa pun yang disebut pasti perbualan tu berlegar kepada berbagai-bagai topik lain.

Langkah terbaik untuk jaga hati orang yang kita belum kenal adalah gantikan soalan tu dengan soalan,”kerja di mana?” kalau nak tanya jugak soalan berkaitan kerja.Aku pernah pesan kat wife aku,kalau jumpa orang baru,jangan tanya orang tu kerja apa.Kekadang serba salah orang nak jawab.Dunia sekeliling kita ni ada berbagai jenis pekerjaan.Kalau kita tak cuba mengenali kerja-kerja di pelbagai lapisan,kita tak faham kepentingan pekerjaan taraf-taraf rendah ni.Bayangkan kalau tak ada orang yang sudi kerja angkut sampah,nak ke korang dispose sampah sendiri?Imagine tandas korang banjir dengan najis korang sendiri sebab tak ada orang yang nak kerja sedut tangki septik?

Walaupun kerjaya orang tu menyapu daun di tepi jalan,rezekinya mungkin jauh lebih “halal” dari kita yang pakai smart,naik kereta besar tapi kat ofis sibuk dengan laman sosial sampai habis kerja…

Sabtu, 11 Februari 2012

Chopstick dan Toll Free Line

Dalam sebulan boleh dikatakan dua ke tiga kali aku dan wife aku makan di Jombali.Jombali ni lebih kurang macam kopitiam la kot.Kebelakangan ni kami suka kesana sebab nak makan ABC.Cuaca pun dah panas lain macam sekarang ni.Kalau empat lima tahun lepas,36 Celcius tu dah panas melampau.Sekarang ni dah jadi suhu harian,dah lali dah.Haritu aku check cuaca guna software AccuWeather dalam handphone aku,suhu kat Jerantut 42 Celcius!

Berbalik ke ABC tadi.Selain ABC,ada la hidangan sampingan dipesan.Bila makanan dah nak habis tiba-tiba wife aku tanya kenapa orang cina susah payah makan mi guna chopstik,guna sudu/garpu kan senang.Punca wife aku tanya macam tu sebab dia terkial-kial cuba sepit hirisan timun dalam pinggan aku.Aku pun demokan kat dia macamana nak guna chopstik.Senang aje,cuma aku tak tau sejak bila aku tau makan guna chopstik.Mungkin masa aku kerja Clara International dulu.Banyak kenal makcik-makcik chinese,so sikit sebanyak terikut gaya diorang makan.

 

chopstick

Selalu aku tengok diorang ni suka makan mi segera,padahal gaji bukan sikit.Diorang memang tak hirup kuah mi segera tu,tak macam orang kita.Kalau boleh kuah megi tu tuang kat nasik buat macam sup.Bila sepit mi guna chopstik,kuah megi takkan dikaut sekali.Betul-betul mi sahaja yang masuk mulut.Lama-lama aku faham kenapa makcik-makcik chinese ni balun megi je tiap hari.Tiap hujung tahun diorang suka melancong ke oversea.Salah sorangnya aku panggil Auntie Koh yang rajin jenguk cucu dia kat Hong Kong.

Pernah sekali aku sakit tekak yang lama sebab infection,Auntie Koh rebuskan aloe vera untuk aku minum.Dua tiga hari amalkan memang baik terus.Baik korang try kalau sakit tekak,cuma nak tahan pahitnya tu yang perlu kekuatan mental sikit,hehe!

Entri ni memang khas untuk aku merepek benda-benda yang dah lama aku nak cakap,tapi asyik terlupa je,salah satunya yang ini.Dalam perjalanan semalam aku ternampak satu lori lojistik TA-Q-BIN.Pastu aku nampak nombor hotline 1 300 88 TAQBIN.Baru aku teringat satu benda yang aku musykil sejak sekian lama.Yang nombor TAQBIN tu satu contoh je.Banyak lagi nombor lain yang aku rasa nak sepak je pasal apa diorang tulis macam tu.Aku yang slowpoke ni memang tak boleh faham macamana nak dail contohnya nombor macam ni,1 300 88 SAGE(untuk syarikat Sage UBS).Kadang-kadang ada kurungan kat belakang untuk tunjukkan apa benda nombor disebalik SAGE tu.Tapi ada juga yang tak ada.Kan senang tulis je nombor sebenar,orang nak dail pun mudah…Ape daa!