Memaparkan catatan dengan label History Channel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label History Channel. Papar semua catatan

Selasa, 28 Ogos 2012

Syiling 2 1/2 Sen Nederlandsch Indie 1857

IMAG0322

IMAG0323

 

Semalam member satu department aku ada sebut pasal syiling lama yang dia nak tunjuk kat aku.Dari penerangan dia semalam,dia cuma ingat Belanda dan tahun 1857.Hari ni dia bawa syiling tu dan inilah dia syiling bernilai 2 1/2 sen Nederlandsch Indie yang ditempa pada tahun 1857.Maknanya syiling ni dah pun berusia 155 tahun.

Adakah syiling ni bernilai tinggi?

 

Pertamanya,kita ketahui dulu apa itu Nederlandsch Indie.

Agak sukar juga untuk mendapatkan maklumatnya memandangkan kebanyakan informasi dalam Bahasa Inggeris.Nederlandsch Indie ialah Syarikat Hindia Timur Belanda yang menguasai sebahagian besar Asia Tenggara sejak 1800 hingga kedatangan Jepun pada 1942.Sebelum tahun 1800,ia dikenali dengan nama VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie).

Sejarah lama-lama sangat ni aku tak tau langsung,cuma aku biasa tengok simbol VOC pada meriam-meriam lama.VOC ni sangat besar,menguasai ekonomi Asia Tengara yang masa tu menjadi pusat perdagangan yang kaya dengan sumber alam.Itulah sikit sebanyak maklumat asal usul dari mana wujudnya syiling tadi.Maaflah kalau salah,sebab tu aku tak tulis banyak.Makin panjang aku tulis kang makin tersasar pulak terjemahannya.

Berbalik kepada syiling 2 1/2 sen tadi,nilainya pada tahun 1857 mungkin boleh seguni beras barangkali.Pada masa sekarang ia dinilai berdasarkan kondisi dan raritynya.Orang yang pakar dalam bidang numismatik bolehlah memberi anggaran nilai pasarannya sekarang.Dari pandangan mata kasar aku,keadaannya agak teruk dengan pengoksidaan berwarna kehijauan(biasanya logam tembaga)dan tempaan agak kabur.Mungkin ada cubaan untuk membersihkannya dengan cara yang salah.

Hasil tinjauan aku di beberapa laman web termasuk eBay dan Mudah,nilainya tidak seberapa,sebabnya mungkin kerana syiling ni tidak sukar didapati.Harganya berlegar sekitar RM30-RM100.

 

Sori la geng,ingatkan kita boleh dapat puluh ribu tadi.Kita kumpul modal beli metal detector,then kita scan tebing Sungai Kuala Muda.Port hang cari remis masa kecik-kecik dulu.

Rabu, 27 Jun 2012

Zaman Julius Ceasar Tak Ada Metal Detector

Apakah ini?

 

Treasure

Mumia?

 

treasure2

 

Wang emasss!!!

treasure3

 

Owhhh…bukan emas rupanya.Emas tak teroksida,kalau tak silap akulah.Masa SPM dulu subjek Kimia cukup-cukup makan je.Ceritanya macam ini,dua sahabat Mr.Reg Mead dan Mr.Richard Miles terjumpa longgokan (atau apa-apa sajalah istilah yang sesuai)syiling Celtic lama yang berjumlah dalam anggaran 30,000-50,000 keping,tertanam 3 kaki di sebuah ladang di Jersey.

Tapi penemuan tu bukan dengan mata kasar,alat pengesan logam berkuasa tinggi yang digelar deepseeker digunakan.Penemuan yang berbaloi ini hadir selepas mereka berdua terlibat dalam aktiviti mencari barang berharga yang tertanam sejak 30 tahun.Syiling tersebut disalut dengan tanah liat dan dianggarkan sekeping nilainya adalah 200 pound.Nilai keseluruhan dianggarkan 10 juta pound.

 

Berapa harga sebijik metal detector ek??

 

treasure4

Rabu, 20 Jun 2012

Memori Menembak Ikan

Di Miami-Dade Florida,seorang remaja tertembak kepalanya dengan anak panah senapang ikan dikepala,tembus sehingga kebelakang.Yasser Lopez terkena anak panah senapang ikan selepas kawannya terpetik picu dan mata panah mengenai dahinya,lebih kurang satu inci diatas mata kanan.Tiga jam diperuntukkan untuk doktor mencabut mata panah tersebut.Keadaannya dilaporkan stabil.

panah ikan

panah ikan3

panah ikan2

Kehidupan sebagai anak kampung memang banyak mendedahkan aku kepada aktiviti yang dekat dengan alam.Kebanyakannya aktiviti yang related dengan sungai.Memandangkan kampung aku dekat dengan bukit,banyak anak sungai jernih yang cetek dan berbatu,sangat sesuai untuk sebarang aktiviti seperti memancing,mengaran(kejutan elektrik) dan menembak ikan.

Kemuncak aktiviti sungai aku adalah masa habis belajar di politeknik dimana aku menganggur selama dua tahun.Ada la juga kerja kontrak dengan Felda untuk membanci pokok sawit dalam beberapa bulan.Pekerjaan itu membolehkan aku meneroka segenap ceruk ladang sehingga ke sempadan hutan di kaki bukit.Dengan gaji sehari RM15 dan waktu kerja sehingga jam 1.00pm,waktu petang diisi dengan aktiviti sungai.

Border

Sambil buat kerja banci pokok sawit,mata liar tengok kat mana-mana anak sungai yang banyak ikan.Petang boleh buat ambush.Lokasi kegemaran adalah Sungai Batu yang agak dalam sedikit untuk mandi-manda dan ada kawasan cetek untuk menembak ikan.Nama Sungai Batu bukan nama rasmi sungai tu,tapi kebanyakan orang di kampung aku memang tahu itulah sungainya kalau disebut Sungai Batu.Sungai lain pun banyak batu,tapi taktaulah kenapa namanya macam tu.Kalau tepi sungai tu ada kedai topup,korang tentu boleh agak apa nama sungainya.

Aktiviti menembak ikan menggunakan pistol ikan sesuai dijalankan ketika cuaca panas sebab air sungai cetek dan jernih.Bila air cetek,ikan lebih banyak berkumpul di lopak-lopak dasar sungai atau tebing sungai yang biasanya ada rumput-rumput atau batang kayu.Kadang-kadang tengah sungai pun ada ikan,cuma kita tak perasan.Tarik nafas dalam-dalam then perhatikan antara batu-batu sungai.Kebanyakan ikan sungai cetek macam ni warnanya camouflage.Dia bergerak baru kita nampak,terutamanya ikan yang bebudak kampung aku panggil ikan batu(batu lagiiii…)

Aktiviti menembak ni cuma sebagai aktiviti sampingan,bukan nak ikan sangat pun.Saja nak seronok-seronok.Susah sebenarnya nak tembak ikan,ikan bukannya besar macam siakap kat pasar tu.Ikan sungai cetek ni saiz dua tiga jari je.Nampak dalam air memang besar.

Kalau betul-betul nak ikan,mengaran adalah jawapannya.Sesetengah yang pandai buat alat mengaran,kitnya ringan,boleh sandang macam beg sekolah dan pakai bateri motorsikal.Pernah sekali aku dengan geng-geng kampung mengaran guna generator Yamaha bapak aku.Dua orang pikul generator,sorang pegang sauk,sorang pegang guni beras dan sorang pegang probe.Extreme betul.Don’t try that at your hometown.Betul ke ayat aku ni…

Kalau korang perasan,aku suka cerita benda-benda lama,terutamanya zaman remaja aku.Harap dapat memberi gambaran kepada sesiapa yang kehidupan remajanya tak sama macam aku.Kehidupan remaja memang macam itu,tahu nak seronok je tanpa fikirkan risiko.

Selasa, 19 Jun 2012

Flashback;Keseronokan Handphone Dahulukala

Beberapa entri lepas aku ada flashback tentang satu software khas untuk platform Symbian S60.Setahun dua kebelakangan ni dah sangat jarang kita dengar aplikasi untuk Symbian,atau dah pupus terus kot dek kebanjiran smartphone Android dan iOS.

Bila aku sedar yang smartphone zaman sekarang sangat susah untuk diexplore ke akar umbi,dan tak ada aplikasi yang mampu menembusi sehingga ke dalam sistem smartphone,aku terkenang akan satu aplikasi ringkas bernama Smart FileMan.Telefon pintar sekarang memerlukan prosedur khas yang agak rumit bagi seseorang amatur dan berisiko besar untuk telefon menjadi sawan.Tapi itu tidak akan berlaku pada platform Symbian S60 jika diexplore menggunakan aplikasi Smart FileMan.Walaupun ianya adalah teknologi purbakala,Smart FileMan mampu memenuhi tuntutan kehendak pengguna handphone tegar.Symbian S60 lebih ‘telus’ dan mengizinkan pengguna menjelajah kemana sahaja direktori yang pengguna mahu asalkan memahami cara pengendaliannya.

Antara perkara yang menarik aku pernah buat guna Smart FileMan ialah menyalin games,menukar fonts,mengesan fail virus dan membuat fail sulit.Tengok screenshot ni:

 

Smart-FileMan-0fm3smartfilemanfoto

Smartphone standard kilang sekarang boleh buat?Tak boleh punya…File manager yang paling advance aku install dalam HTC One X ni pun paling jauh boleh listkan folder root sahaja.Fail config,root,dan system tak boleh diakses.Pilihan yang ada untuk kita melakukan sesuatu keatas fail yang dibuka hanyalah Send,Move,Copy,Delete,dan Properties.Dalam menu Properties cuma ada informasi tentang fail,checkbox untuk Can Read,Can Write,dan Hidden tapi malangnya tetap tak boleh diubahsuai propertiesnya samada mahu check atau uncheck.

Dalam Smart FileMan,ini adalah senarai perkara yang boleh dilakukan terhadap fail-fail yang terkandung dalam handphone Symbian S60.

 

OPERATIONS SEND VIA MARK
-Copy(*) -Send via Infrared -Mark
-Cut(#) -Send via Bluetooth -Unmark
-Paste(0) -Send via email -Mark all
-Rename -Send via MMS -Unmark all
-Properties(5) -Invert selected
-New Folder SORT  
-Delete -None MISC
-Set Attribute -Name -Infrared On
-Add shortcut -Extension -Settings
-Add to pinboard -Size -About
-Open with -Data -Add to ‘Go to’
  -Type -Register Info
FIND -Descended  
-Advance find -Folder first  
-Find    

 

Best bukan?Semuanya dapat kita akses sama macam komputer dirumah.Aplikasi yang bersaiz 49kb itu rupanya satu sistem yang sangat aku harapkan wujud untuk platform moden sekarang.Bukan sahaja pembangun aplikasi mesti buat satu software sebaik Smart FileMan,pembuat-pembuat smartphone juga harus sedar bahawa terdapat segelintir pengguna yang tidak cukup jika hanya dihidangkan ‘menu biasa’ sedangkan potensi sebenar smartphone tersebut jauh lebih besar.Kepada developer Smart FileMan,terima kasih kerana menghasilkan aplikasi yang sangat baik dan percuma.

Selasa, 22 Mei 2012

Zaman Mini Kompo dan Hi-Fi

Malam semalam sebelum tidur aku layan la lagu I’m In Love nyanyian John The Whistler.Lagu ni lagu lama,so aku teringat macamana aku dengar lagu ni dari kaset yang dirakam dari member.Part yang memorable tu bukan tang kaset,tapi pemain kaset tu sendiri memang memorable sebab ianya sebuah walkman yang diubahsuai dan disambung ke speaker kereta.
Bebudak sekarang ni tak kenal kaset dah agaknya ya?
Masa zaman aku sekolah menengah,lebih kurang tahun 96-97 mini kompo Sony la jadi sumber hiburan aku.Disebabkan zaman tu aku agak berjiwa Ombak Rindu,stesyen radio feveret aku dah tentulah Radio Muzik.Siapa ingat lagi dulu-dulu tiap hari ada rancangan Pilihan Bersama.Kalau ada yang mintak lagu tengah top,memang dah standby kaset kosong untuk rakam lagu tu.Lawak siot!Sekarang lagu main bluetooth/download dari PC je.Dulu takde benda-benda canggih macam tu.Nak rakam lagu dengan baik kena cekap tekan butang REC dan STOP sebelum suara DJ dirakam sekali.Lagenda betul kaedah tu.Haha!
Selain lagu-lagu pop leleh yang memang meriah zaman tu,tak ketinggalan juga muzik underground yang mula menjadi ikutan remaja.Aku cuma ingat dua je album yang paling best masa tu tapi bukan underground,Nirvana Unplugged In New York dan jugak band local,Subculture.Tah mana band tu sekarang.
Bila aku masuk asrama,kurang sikit dah dengar radio.Kalau dengar pun sebab pinjam radio portable kecik jenama Palito member aku punya.Memang kecik betul,besar sikit dari kotak mancis je.Ada sekali tu aku balik kampung,aku tengok mini kompo Sony dah tak berbunyi.Tengah dok baraikan radio tu,abah aku tegur.Dia cakap kalau aku boleh bagi radio tu keluar bunyi,dia belikan radio besar.Come on la bah,ni anak abah ok?Pantang dicabar.Aku pun godek-godek la dan entah macamana terkeluar bunyi lagu Cindai.Lagu Cindai Siti Nurhaliza masa tu memang top,rasanya hampir setiap rumah ada kaset dia.Termasuk lah rumah aku sekali………….hehe!
Balik pada cerita radio tadi,masa abah aku cabar aku,mak aku pun dengar sekali.Mak aku pun cakap,”haaa…siapa suruh cakap nak belikan radio besar,kan dah bunyi’.Sengih je bapak aku…
Tak lama lepas tu masa abah aku jemput balik dari asrama,dia singgah kedai barang elektrik.Tapi dia tak beli apa-apa pun.Aku yang membelek hi-fi kat kedai tu teruja tengok satu model Aiwa yang graphic equalizer dia memang cun habis.Tapi dapat tengok je.Aku sendiri tak harap abah aku tunaikan janji.
Sampai je kat rumah…wow!Dah terletak elok VCD Hi-Fi Aiwa NSX-S708 2300W atas rak TV.Memang best la abah aku.Seronok la berdentum kat rumah,lawan dengan jiran.Buka la volume besar mana pun,tak ada yang marah.Dengan VCD player bina dalamnya,masa tu dah kira canggih bangat.Tapi TV pulak kecik,Toshiba CRT 14 inci yang dibeli tahun 1991.
Lepas empat lima tahun Aiwa tu memekak,akhirnya mereng jua…Abah aku dah tak mau beli yang baru.Itu yang layan walkman buruk sambung kat speaker kereta di awal entri ni tadi.Bila aku imbas balik,lain sangat dah cara kita mendengar muzik.Dulu disebabkan ada satu output je,lagu jenis apa pun satu keluarga layan,rela atau tak belakang kira.Menonton VCD cerita merapu pun jadi seronok.
Sekarang dah lain,memasing ada handphone.Semua dengar lagu dari handphone memasing je.Handphone paling bangang yang ada kat market sekarang ni pun aku rasa ada abiliti baca format mp3.Semua benda mudah zaman sekarang kan,Tapi apesal tak rasa seronok macam dulu-dulu ya?

Selasa, 21 Februari 2012

Kemerdekaan Yang Mahal Harganya

Merdeka

Sekarang awal tahun,jauh lagi hari kebangsaan.Tapi tak salah membicarakan isu kebangsaan selain dari bulan Ogos.

Siapa yang rajin menonton Astro saluran History Channel mesti perasan kebelakangan ni kerap muncul dokumentari khas tentang penaklukan Empayar Jepun di Asia Tenggara.Yang pertama,dokumentari Rising Sun Over Malaya dan kedua 1942,Fall of Singapore.Sebenarnya kalau nak best lagi,tonton dulu dokumentari Hiroshima;The Day After.

Dalam dokumentari Hiroshima;Tha Day After,kita dipaparkan dengan penderitaan rakyat Jepun yang tak bersalah akibat letupan bom atom Little Boy.Dianggarkan seramai 90,000-166,000 mati di Hiroshima sahaja.Little Boy diledakkan beberapa meter sebelum mencecah permukaan bumi untuk impak ledakan maksimum.Tapi penderitaan rakyat Jepun bukan hanya sekadar shockwave letupan bom atom tu,kesan radiasi menghantui rakyat Jepun puluhan tahun.Di peringkat ni kita memang kesian dengan rakyat Jepun.

Perasaan berubah 360 darjah bila menonton dokumentari Rising Sun Over Malaya.Bermula 8 Disember 1941 Jepun mendarat di Kelantan,pada 31 Januari 1942 seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.Semua tau tentera Jepun pakai basikal dan berpengalaman hasil peperangan dengan tentera Chiang Kai Shek di China,thats why kenapa penaklukan Jepun berlaku dengan sangat pantas.Bila Jeneral Arthur Percival sain dokumen surrender,bermula kisah hitam yang asalnya disangkakan ‘rahmat’ untuk penduduk Malaya.

Sejak Jepun mula menduduki Tanah Melayu,perkara yang pertama diorang lakukan ialah hapuskan kaum Cina.Ramai kaum Cina baik lelaki dewasa,perempuan,kanak-kanak,diorang sapu bersih.Bebudak kecik diorang lambung,lepas tu rodok dengan bayonet.Ada yang disumbat ramai-ramai dalam rumah kedai dan ditembak dengan mesigan.Lepas tu,set ablaze kasi rentung semua.Memang kejam gila tentera Jepun ni.Kisah ni ada didokumentarikan dengan tajuk Sook Ching Massacre.

Tapi orang Melayu tak berapa dikacau sangat.Menderita tu memanglah menderita,cuma taklah dilayan macam kaum Cina.Ada sesetengahnya bekerja dengan Jepun,dapat jadi kempetai.So,masa ni kita dah nampak penjajah mula tanamkan benih-benih perkauman.Agaknya masa tu Jepun fikir orang Melayu ni senang dimanipulasi kot?Pada awalnya boleh dikatakan penduduk Malaya ni ‘suka’ Jepun datang sebab halau British dari Tanah Melayu.Tapi silap,keadaan jadi lebih teruk.Bertambah buruk bila ‘jelapang’ padi negara diberikan kepada Thailand;iaitu empat negeri utara dihadiahkan sebagai penghargaan kerana memberi laluan mudah kepada Jepun.Makin kebulur penduduk Tanah Melayu.

Bila nampak keadaan macam tak berubah,tiba-tiba Jepun menyerah kalah sebab dua ketoi bom atom meng’ground zero’kan tanahair diorang.Masa ni baru terfikir,….Jepun memang ‘berhak’ menerima hukuman bom atom sebab kekejaman diorang.Zaman tu Empayar Jepun memang kuat,tak ada apa yang boleh hentikan diorang,kecuali apa yang dah berlaku tu lah.

Apa akan jadi kat Malaysia sekarang ni agaknya kalaulah Jepun datang sini dan berperangai baik?Kebebasan beragama dikekalkan memandangkan Tanah Melayu(Jepun panggil Malai)masa tu pun dah berbilang kaum,kecuali penerapan disiplin Jepun?Adakah Tanah Melayu akan menjadi maju seperti Tokyo?Sila bermimpi.

Apapun,kita adalah apa yang kita nikmati sekarang.Semua kaum yang ada kat Malaysia ni pernah ada ‘parut’ penderitaan zaman gelap tu.Cuba jadi rakyat Malaysia yang menghormati satu sama lain,dan perbaiki hubungan antara kaum yang tak ada di negara lain.Benda yang paling berharga dalam sesebuah negara bukanlah sesuatu yang seperti tercanggih,tertinggi,terpanjang,dan macam-macam terrrr… lagi.Sebenarnya yang paling berharga ialah keamanan dan harmoni setiap kaum.Memang betul,Cina banyak dominate bisnes,tapi siapa suruh kita jadi pemalas dan lambat rebut peluang di tanahair sendiri?

 

*PRU 13 dah nak dekat.Boleh sesiapa bagitau aku parti mana yang WAJAR diundi?Fikir-fikirkan…

Isnin, 16 Januari 2012

A Pieces of Our History

Semalam aku terjumpa sebahagian dari secebis dokumen yang berkaitan dengan sejarah Tanah Melayu.Walaupun ianya adalah salinan fotostat berlamina,ia tetap satu benda bersejarah yang amat menarik perhatian aku.Dokumen tu adalah salinan kad pengenalan dua orang tokoh terkenal Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman dan P.Ramlee.

Tunku Abdul Rahman
Kad pengenalan pertama Malaysia,No.0000001



P.Ramlee



Isnin, 12 Disember 2011

Syiling Lama



Duit syiling ni milik bapa mertua aku yang merupakan seorang pesara tentera.Pak mentua aku cakap,syiling ni dia jumpa dalam tanah,aku pulak tak la tanya lebih-lebih.Aku survey kat mudah.com,harga orang nak jual dengan condition huduh karat kaw-kaw menghampiri RM20k.
Aku tak tertarik dengan nilai jualan syiling ni,cuma aku nak tau nilai sejarah dan asal-usulnya.Ada siapa-siapa tau?

Jumaat, 19 Ogos 2011

Memori 720kB Sekolah Menengah Teknik Temerloh

Korang dulu sekolah apa?MRSM?Victoria?Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil?Owwwh....sekolah menengah biasa....apa?Sekolah Tunas Bakti??Dasatt la lu orang.
Tetiba rasa nak cerita pasal sekolah lama aku plak,Sekolah Menengah Teknik Temerloh.Lepas dapat keputusan PMR,arwah bapak aku suruh aku masuk sekolah ni,mengikut jejak kakak aku.Tapi dia amik kursus Vokasional Elektronik(ELN),aku pulak dapat aliran Teknik kursus Pengajian Kejuruteraan Awam(PKA).Sessi persekolahan aku kat sana tahun 98/99(macam season EPL plak).

Lambang sekolah SMTT
Sejarah
Cerita sikit sejarah sekolah ni.*Sekolah ni agak lama,siap dibina tahun 1976 dengan kos RM3,608,421.19 dibawah Rancangan Malaysia Ke-2(RMK 2).Pada asalnya  sekolah ni ialah sekolah menengah Vokasional dan dirasmikan oleh Pemangku Sultan Pahang,Tengku Abdullah Tengku Ahmad Shah pada 16 Jun 1982.
Pada 1 Januari 1997 sekolah ini dinaiktaraf menjadi sekolah menengah teknik.Antara kejayaan yang dibanggakan untuk sekolah ni ialah membantu Negeri Pahang menjuarai Pertandingan Silat Remaja Kebangsaan 1999.Sebenarnya kelab silat di sekolah ni baru diwujudkan pada tahun 1998,iaitu Kelab Silat Cekak Harimau.Masa tu aku batch terawal join kelab silat ni,tapi aku jenis tak sabar.Dekat dua bulan belajar baru tahap bunga-bunga silat,pastu aku tarik diri.Boring beb,lambat la gua nak terer belasah budak macam Takiya Genji.

Tahun 1998
Ok,balik semula ke zaman masa aku mula-mula daftar sekolah ni.Dalam minggu orientasi,aku rasa nak balik kampung.Entah hapa-hapa tujuan orientasi.Sampai sekarang aku tak faham.Zaman aku dulu budak Form 5 memang pailang habis.Tapi yang hairannya,sampai aku habis sekolah takde plak aku kena buli/ragging.Takat kena pau air teh susu supper pukul 10.30 tu biasa la.
Aku ditempatkan di kelas 4 PKA 1,meja sebelah budak Kota Gelanggi,Mohd Shahizan Pauji.Ramai la member-member baru,baik lelaki dan perempuan.Ramai sangat tak dapat nak ingat semua.Budak perempuan yang paling aku ingat ialah Sharul Ain Sahari.Dia duduk sebelah aku,sangat peramah.Aku ni plak jenis datang dari kampung,mana nak bercakap sangat dengan budak perempuan.Ada je modalnya nak tegur aku.Paling biasa kiriman salam harian daripada anonymous,padahal gua tak kacak pun,haha!
Guru kelas aku Puan Zahanim Abd.Rahman,mengajar subjek Kejuruteraan Awam.Sangat penyayang kat kitorang walaupun kelas aku ni kelas Teknik paling corot.Dan macam biasa subjek peberet aku,Lukisan Teknik.Walaupun yang mengajarnya cikgu Disiplin,Cikgu Ramlan,aku tak pernah lak kena marah kalau tak bawak kertas lukisan sebab aku selalu dapat high score dalam lukisan.
Bila sampai hujung-hujung 1998(Form 4),aku jadi malas lak stadi.Jiwa aku lebih ke dunia Automotif(ni semua salah Wan Zaharizan aka. Mat Toq.Selalu racun gua enjin VTEC ngan Levin memang power),manjang lepak kelas member aku.Orang lain stadi subjek PKA,Kimia or Fizik,aku lebih senang menelaah buku Teori Automotif.Hasilnya peperiksaan hujung tahun aku dapat SAP(Saya Anak Peneroka).Sampai Cikgu Zahanim perli-perli,ada orang yang awal tahun high score lukisan,hujung tahun dapat 16 markah je.Memula aku tak ambik serius cakap-cakap dia.Ah,aku terer lukisan,takkan aku yang dapat 16 markah tu.
Rupanya memang  Cikgu Zahanim maksudkan orangnya adalah aku,patut la sambil cakap dia jeling-jeling aku,huhu!

Asrama
Siapa pernah sekolah kat sini sure kenal sangat dengan En.K*****.Actually dia seorang warden,tapi entah dari mana dapat nama tu aku pun tak tau.Dah macam warisan dari senior-senior.Apa yang buat En.K***** ni menjadi salah seorang entiti yang paling diingati di sekolah SMTT ni ialah sebab keseriusannya yang annoying.Pertamanya,kuliah subuhnya selalu melajak-lajak sampai lebih 7.00am.Siapa yang tak mandi pagi lagi memang naya la.
Nak sarapan,nak mandi pastu berkejar nak ke kelas pulak.Kedua,kuat sangat politik.Masa tu pulak zaman DSAI baru kena sacked.Serius bosan gua layan cerita politik dia ni.Ketiga,dia pernah buat perangai gila,kunci grill kat tangga hostel untuk perangkap bebudak lewat turun solat subuh.Siapa yang lambat memang tak dapat solat kat surau la.Apekah bebal aku pun tak tau,dah la lewat,langsung tak dapat solat.Kalau solat kat bilik hostel pun,libas tetap libas sebab tak jemaah.
So,kitorang ni tak mau kena libas tapak kaki,terpaksa turun menyusur grill dekat tangga belakang dari aras tiga!Tembok tangga ada lubang kat bawah,muat-muat untuk badan kitorang yang kecik lagi masa tu.Turunkan kaki  dulu,berpaut kat lantai tangga dan kaki meraba-raba cari tempat berpijak.Pelan-pelan turun macam UTK buat ambush.UTK pakai pakaian khas,kitorang dengan baju melayu + kain pelikat.Dasatt!!Memang gila la,kalau jatuh dari aras tiga tu,paling ringan pun patah kaki.Sekarang ni?dah takde sebab nak buat gila macam tu.

Tahun 1999
Masuk Form 5 aku serius sikit,kecuali Subjek Matematik Tambahan yang diajar Cikgu Sujana.Gua memang phail tengok nombor bercampur dengan huruf,rasa macam nak koyak je kertas soalan.Bila ada kerja rumah(atau kerja hostel??),biasanya aku copy dari Ridzuan Safri,ketua pengawas dan merangkap classmate aku.Tak pakai stokin takdak hal punya,dah kawtim confirm tak kantoi lepas perhimpunan.
Bila masuk Form 5,kelas berpindah ke bangunan Perdagangan,sebelah kelas Pengurusan Perniagaan (PPN).Kelas ramai awek cun beb,ada dua orang je lelaki.
Dalam Form 5,Puan Zahanim mengajar subjek PKA dan lukisan Teknik,masa ni aku dah insaf.Bab paling aku suka perspektif dan tangen.Untuk subjek teras yang penting,aku fokus ke subjek Fizik,Cikgu Sujana jugak yang mengajar.Dah Matematik tambahan tak boleh blah,at least satu subjek dia ajar dapat jugak lekat kat kepala otak aku.
Lebih kurang pertengahan 1999,awek yang peramah tu bertukar sekolah.Tak ingat plak sekolah mana,tapi ke kampung halamannya di Terengganu.So,hidup kena diteruskan,kena habiskan jugak sekolah ni,alang-alang menyeluk pekasam.Owh,lupa.Sebelum ni aku minat gila dengan subjek Sejarah,tapi malang aku dapat Cikgu yang bersikap aneh.Lupa pulak nama dia.Manjang moody,dan yang aku perasan tiap-tiap tahun pregnant kot,haha!
Cikgu Sejarah aku ni macam anti je dengan aku.Padahal aku tak pernah tinggal buku teks,tak ponteng kelas dia,kerja rumah siap,segalanya complete.Tapi dia macam tak puas hati je dengan aku.Bila ada sesi soaljawab,orang lain dia tanya satu soalan je dah boleh duduk,time aku empat lima soalan dia tanya sampai aku kantoi tak boleh jawab.Macam biasa,kena berdiri sampai habis kelas.
Terus aku benci dengan subjek Sejarah.Serius phail la Cikgu tu.Padahal bukannya gua bebal pun.Lantaklah,SPM dah dekat.Kena harung jugak sebaik mungkin.Tak la baik mana pun keputusannya,sekadar cukup untuk aku sambung belajar ke Politeknik.Pada awalnya aku rasa cam hampeh je sekolah ni,tapi bila aku masuk Politeknik,aku ada ramai kawan dari sekolah SMTT yang turut sama dapat sambung pengajian ke Politeknik Kuantan.
Selain dari tu aku belajar berdikari dan mudah beradaptasi dengan suasana baru.Jauh dengan family pun berehhh.........Pernah jugak aku buat perangai masa Form 4,tiap-tiap minggu aku balik kampung.Mujur arwah bapak aku sporting,balik hostel tak pernah aku naik bas,memang dia hantar punya.Kalau aku malas balik petang Ahad,pagi Isnin dia hantar aku.Bukan dekat beb,pukul 5 pagi gerak dari rumah aku.Gila sporting bapak gua.
Lain kali gua sambung merepek lagi amacam?

*Informasi dari laman web rasmi SMTT .Last update 17 Oktober 2000.Gila ahh!

Isnin, 28 Mac 2011

Kisah di Sebalik Dua Gambar

Image from DailyMail

Apakah dia kepingan-kepingan yang berwarna-warni ni?

Inilah dia kepingan serpihan plastik yang ditemui dalam perut bangkai seekor penyu.Penyu cenderung menelan plastik hanyut yang disangka obor-obor.Serpihan plastik tajam ini menyumbat saluran penghadaman penyu dan menyebabkannya tidak mampu makan dan seterusnya mati kelaparan.

Image from Wikipedia Gallery
Gambar tahun 1940-an yang menunjukkan longgokan bingkai kacamata.

Dari mana datangnya timbunan bingkai kacamata yang banyak ni?Ini adalah bingkai kacamata mangsa Holocaust ketika zaman kekuasaan Nazi di Jerman.
Di Auschwitz,Jerman terletak concentration camp dimana majoriti mangsa adalah bangsa Yahudi yang dibunuh dengan gas sianida didalam bilik yang dipanggil gas chamber.Selain mati akibat keracunan sianida,antara punca kematian adalah akibat dipaksa menjadi buruh kasar,kebuluran,mangsa eksperimen,penyakit dan juga membunuh diri akibat tertekan didalam kem tahanan.
Selepas mangsa dimasukkan didalam bilik gas,gas sianida dimasukkan dan akan kedengaran raungan dan jeritan mangsa selama 15-20 minit,walaupun dinding bilik tu adalah konkrit tebal.So,macamana diorang punya solution untuk tenggelamkan suara jeritan mangsa?
Tentera Nazi akan menghidupkan dua enjin motorsikal dan throttle dipusing penuh untuk menenggelamkan bunyi jeritan mangsa.
Katakan satu dari 10 mangsa memakai kacamata,bayangkan berapa ramai yang dah tentera Nazi bunuh.

Isnin, 21 Mac 2011

Krisis di Libya;Masalah Mereka Atau Masalah Dunia?

Dunia masih lagi bersimpati dengan kejadian tsunami di Jepun yang juga mencetuskan tragedi baru iaitu pencemaran radiasi dari janakuasa nuklear.Kebocoran radiasi bukanlah disebabkan gegaran 8.9 skala Richter dan tsunami semata-mata,tetapi adalah kerana bekalan elektrik yang terputus akibat gegaran.
Ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan sistem penyejukan gagal berfungsi.Itulah bencana berganda yang sedang dihadapi Jepun.Terkini,makanan dan bekalan air paip didapati tercemar teruk dengan radiasi dan menambahkan lagi sengsara rakyat Jepun khususnya.


Belum reda dengan masalah negara Jepun,negara Barat menumpukan perhatian kepada masalah dalaman Libya dan mula campurtangan.Konflik beberapa negara Arab sebelum ini merebak ke Libya sehingga berlaku pertempuran antara penyokong Muammar Gadaffi,dan juga rakyat yang mahukan Gadaffi berundur.
Apabila tentera yang setia dengan Gadaffi mula menyerang rakyat Libya yang memberontak,negara Barat yang memerhatikan situasi tegang ini mula mengambil langkah agresif.Berpuluh-puluh kapal perang dan kapal selam yang merapati Libya dari Laut Mediterranean melancarkan ratusan peluru berpandu Tomahawk terbaru yang ditingkat keupayaan untuk menggegarkan bumi Libya.
Itu tidak termasuk peluru berpandu StormShadow yang dilancarkan dari jet-jet Panavia Tornado milik RAF yang berulang alik 4800km dari pengkalan Marham,Norfolk ke Libya.Manakala B2 Spirit stealth bomber berulang alik sejauh 8960km dari US ke Libya.
Tentera SAS pula sudahpun memasuki Libya untuk penandaan sasaran strategik untuk serangan udara seterusnya menggambarkan serangan akan berlanjutan untuk beberapa hari lagi hingga Gadaffi berundur.Dari kekuatan ketenteraan tentera pakatan Barat,memang tidak dinafikan lagi kadar keberkesanan serangannya.

Pakatan Barat menanggung kos yang sangat besar untuk menyerang Libya.Harga sebuah peluru berpandu Tomahawk umpamanya sekitar RM1.454 juta.Sehingga semalam,mereka telahpun melancarkan 124 Tomahawk yang keseluruhannya bernilai RM180.3 juta.
Jika dikira kos-kos lain termasuk kos bahanapi untuk kapal perang,jet pejuang,pesawat pengebom dan pesawat risikan,mungkin nilainya melebihi RM250 juta.Ia cuma telahan saya yang bukanlah pakar dalam menganalisis kos peperangan.

Kenapakah mereka sanggup 'membuang' duit yang banyak menyerang Libya atas alasan melindungi rakyat Libya dari serangan tentera Gadaffi?Kita kembali kepada masalah yang sedang dihadapi Jepun sekarang ini.
Dengan jumlah wang yang sebegitu banyak,alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membantu Jepun.Alangkah baiknya juga 'kepakaran' mereka dalam teknologi dimanfaatkan untuk mengawal situasi merbahaya pencemaran radiasi di Jepun.
Kenapakah sebabnya?Kita sama-sama fikirkan....

*Image from dailymail 

Sabtu, 19 Mac 2011

Meter Kelajuan Concorde Dilelong

Machmeter ialah meter untuk mengukur kelajuan berdasarkan nisbah kelajuan berbanding kelajuan bunyi.Seperti yang korang tau,Concorde ialah pesawat penumpang supersonik yang dah pun 'bersara' sejak 2003.



Gambar diatas menunjukkan machmeter dari Jet Concorde G-Boad(210) yang menyeberangi Atlantik dari New York ke London dalam masa 2 jam 52 minit dan 59 saat pada 1996.
Angka 202 menunjukkan kelajuan yang disetkan iaitu 2 kali kelajuan bunyi dan huruf CG menunjukkan kepada pilot yang kapal terbang tersebut boleh diterbangkan dalam keadaan geseran kepada atmosfera berada pada tahap paling minimum.
CG bermaksud Centre Gravity.Meter ini diberikan kepada Peter Gravenstock,iaitu engineer British Airways sebagai hadiah bersara.Machmeter ni dianggarkan mampu mencecah harga 20000 pound.


*Images and information from dailymail

Jumaat, 18 Mac 2011

19 Mac 2011;Bulan Hampir Ke Bumi

Esok merupakan kemuncak fasa fenomena supermoon dimana jaraknya berada paling 'dekat' dengan bumi iaitu pada jarak 356,577km.Fenomena ini juga akan menyebabkan air pasang lebih tinggi dari biasa,sekitar 6 inci peningkatan aras laut.

Ringkasan fakta dihuraikan dalam gambar ni:

Image from DailyMail
Untuk pemahaman yang lebih,tonton video penerangan fenomena supermoon ni:



*Information from dailymail

Selasa, 23 November 2010

Sejarah Automobil Tanah Melayu

Korang sayang kereta tak?
Pernah fikir macamana kereta korang berfungsi?
Oklah,soalan paling mencabar....

Berapa lama dah agaknya kenderaan beroda empat mula berada di Tanah Melayu?

Haa,tak payah nak selak modul sekolah teknik,memang tak ada punya...Meh baca sama-sama.Aku pun baru je tau ni sebab tetiba terfikir macamana mulanya industri automobil kat Malaysia ni.
Asal-usul bertapaknya kenderaan beroda empat kat Malaysia ni bermula dari Singapura.Sejak bermulanya enjin pertama pada tahun 1886 ciptaan Gottlieb Daimler,industri automobil berkembang pesat ke merata dunia.
Benz Patent Motorenwagen,1886
Ianya bermula di Tanah Melayu pada tahun 1986 apabila Herman Katz dari Katz Brothers,pengimport di Singapura membawa masuk Benz single cylinder belt driven 5 kuasa kuda buatan tahun 1984.Pembelinya adalah Mr.B.Frost,dari Eastern Extension Telegraph Company.Tak lama selepas tu,Charles Burton Buckley membeli kereta tersebut..
Zaman dulu-dulu pun dah ada kelab kereta yang ditubuhkan pada 22 Mac 1907,iaitu Singapore Automobile Club yang dipresidenkan oleh Gabenor Sir John Anderson.Semasa tahun 1913,sudah terdapat 700 kereta berbanding 330,000 penduduk.Pada 1923,kelab kereta ni ada 415 ahli melambangkan kepesatan ekonomi pada zaman tu.
Akhir 1920-an,kereta mula mendapat sambutan dan berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu.Antara pengimport kereta masa tu ialah Eastern Auto dengan jenama Nash and Bayliss-Thomas,Lyons Motor dengan jenama Dodge,Guthrie dengan jenama Buick,Imperial Motor dengan jenama Erskine,General Motor Export Company dengan jenama Chevrolet,Oldsmobile,Oakland dan British Vauxhall,Cycle & Carriage dengan buatan Inggeris,Amerika dan Eropah dan akhir sekali Borneo Motor dengan jenama Austin dan La Salle.
Kartun dari majalah tempatan pada 1939 mengenai iklan Automobile Association of Malaya(AAM)
Sehingga tahun 1935 statistik kerajaan menunjukkan lebih 27,000 kenderaan didaftarkan,dimana 28% berada di Singapura dan 65% daripadanya adalah buatan British.
Pada 7 Disember 1941 perang melanda Tanah Melayu.Sebuah syarikat pembuat enjin dan alatganti,Wearne Brothers mengalami kerugian apabila kilangnya rosak teruk.Akhirnya pada 15 February 1942,Wearne Brothers menutup operasinya di Tanah Melayu.
Peperangan mengakibatkan ekonomi merosot dengan teruk memandangkan Tanah Melayu hanya bergantung pada komoditi getah dan timah.
Kat bawah ni adalah koleksi poster dan foto lama ketika kemuncak sejarah industri automobil di Tanah Melayu sebelum peperangan.
Cycle & Carriage Co.,pengedar pelbagai produk pada awal 1900-an.Iklan dari akhbar Malay Mail pada Jumaat 1 Jun 1906
Iklan dari Malay Mail pada 1906 menunjukkan Cycle & Carriage Co. menjual basikal dan mesin jahit Singer
Pejabat Cycle & Carriage Co. pada 1899 di High Street Kuala Lumpur
Cover majalah Motoring in Malaya terbitan Julai 1939.Majalah ni berharga 25 sen.
Iklan Brinkmann & Co yang memegang francais Mercedes Benz sebelum diambilalih oleh Cycle & Carriage
Iklan pada 1930-an.
Iklan model Ford tahun 1930-an edaran Wearne Brother's Universal Car yang mempunyai pejabat di Penang,Ipoh dan Singapura.
 Isi kandungan diolah dari currypotproductions
Gambar diambil dari currypotproductions

Jumaat, 19 November 2010

Third Reich Secret Military Project

Dalam kolum Kosmo hari ni ada cerita tentang Germany flying disc zaman sebelum WWI,tapi infonya sikit sangat.Sebelum ni ada jugak berita yang aku dengar tentang pembinaan pesawat stealth oleh pihak Germany,seawal 40 tahun mendahului pesawat stealth pertama ciptaan US.
Masa zaman peperangan,kreativiti dan tahap intellligent pencipta-pencipta dan ahli sains kat sana meningkat dengan mendadak.Walaupun perlumbaan senjata tu tujuannya untuk peperangan,tapi teknologi yang terhasil sebenarnya banyak manfaat untuk kehidupan masa sekarang ni.Itu la yang dinamakan ada hikmah disebalik sesuatu,hehe!
Sebenarnya aku nak kongsikan fakta-fakta tentang inovasi flying disc/piring terbang & pesawat stealth Jerman ni.

RFZ/Round Aircraft
Sebuah alat terbang kecil yang dibina pada 1922 oleh VRIL Society
Asalnya technician-technician Jerman nak tambahkan persenjataan kat flying disc ni dengan meletakkan Panzer tank cannon
 -Gambar diatas dipercayai projek pertama mesin penerbangan inter-dimension di Jerman yang dibina oleh Thule-Vril Society pada 1922.

-Apabila Adolf Hitler bersama-sama pegawai-pegawai atasan Nazi menjadi chancellor di Jerman dan ditambah dengan pengetahuan 11 tahun sains metafizik oleh Thule-Vril Society,kerajaan Jerman memberi sokongan untuk diorang meneruskan projek 'Round Aircraft' atau RFZ(RundFlugZeug).RFZ yang dicipta ni memanfaatkan teknologi levitator yang dibangunkan oleh WA Schumann dari Technical University of Munich.

-1934,RFZ pertama berjaya dicipta iaitu Haunebu yang projeknya dipantau oleh SS Himmlers,(cabang teknikal unit E-IV(Entwicklungsstelle 4) yakni cabang khusus yang diwujudkan untuk mengkaji dan membangunkan sumber tenaga alternatif.

-Haunebu RFZ digerakkan oleh sistem electromagnetic-gravitic pertama di dunia,iaitu Vril-Thule Triebwerks.Sistem ini adalah gabungan penukar tenaga bebas,Hans Coler Konverter,penjana Van De Graaf dan Marconi Vortex Dynamo(tangki bebola besar yang mengandungi merkuri).Gabungan tiga teknologi ni membolehkan medan elektromagnetik yang sangat kuat terhasil dan mampu memberi kesan kepada tarikan graviti.

HO-IX Ver-2 Stealth Aircraft

Pesawat stealth pertama Jerman




-Awal 1940an Jerman berjaya membina sebuah pesawat prototaip yang tidak mampu dikesan oleh radar.Pesawat HO-IX Ver-2 mampu terbang pada kelajuan hampir 1000km/j.Perkara yang amazing tentang pesawat ni ialah bahan binaan utamanya adalah kayu!

-Selain untuk meningkatkan ciri-ciri stealth,kayu dipilih kerana material duralumin memerlukan jumlah masa yang banyak untuk dihasilkan memandangkan masa kontrak yang diberikan kerajaan cuma 6 bulan.

-'Kulit' pesawat dibina dengan menggunakan plywood setebal 17mm,iaitu lapisan plywood nipis 1.5mm dan diantaranya ialah campuran habuk kayu,arang dan gam setebal 14mm sebagai penyerap gelombang radar.

-Penerbangan pertama ialah pada 2 Februari 1945 oleh juruterbang bernama Leftenan Erwin Ziller.

-Setelah berpuashati melihat kejayaan penerbangan pertama,kerajaan Jerman mengarahkan Waggonfabrik Goettha membina 40 unit pesawat HO-IX dibawah peruntukan HO-229.

-Malangnya pada 18 Februari setelah beberapa kali penerbangan,HO-IX menalami kegagalan pada salah satu enjinnya.Setelah salah satu enjinnya mati,Lt.Ziller memandu pesawat kembali ke Oranjenburg.

-Apabila hendak mendarat,gear pendaratan tak dapat dikeluarkan kerana pam hidraulik terletak pada enjin yang mati tadi.Pesawat HO-IX Ver-2 terhempas ke landasan dan mengorbankan Lt.Ziller.

 -Data teknikal HO-IX V2

Kegunaan = Fighter
Binaan fiuslaj = Steel tubing
Binaan sayap = Plywood
Kapasiti = 1 pilot
Enjin = 2X Junkers 004 Jet Turbine
Kuasa = 2000lb/ft setiap satu
Lebar sayap = 16.8 meter
Berat kering = 4844kg
Bahanapi = 1700kg
Cruise speed = 900km/j
Max. speed = 1000km/j

Rabu, 10 November 2010

Tapak Warisan UNESCO:China Danxia

Negara China banyak rupabentuk mukabumi yang cantik.Sebelum ni pun aku ada highlight satu tempat menarik di China iaitu Wulingyuan National Park yang juga tapak warisan UNESCO.
Satu lagi keindahan alam di negara China,Danxia.Danxia terkenal dengan keindahan rangkaian pergunungan dan lanskap yang terbentuk dari batuan pasir (sandstone) berwarna kemerahan.
Terdapat tujuh landskap yang paling menarik di daerah Danxia.

No.1:Danxia Mountain


Pertama sekali,minta maaf la ye.maybe ada yang perasan bentuk batu tu menyerupai *****.Terletak di Guangdong Province,juga dikenali sebagai China Red Stone Park.Actually "benda" yang macam tuuuut tu ada namanya sendiri.Namanya Yangyuan Stone,maksudnya batu jantan.Batu ni pun ada pasangannya jugak,Yinyuan Hole,maksudnya lubang betina(betul ke aku translate ni??).Gambarnya aku taknak letak la,hehe!

No.2:Wuyi Mountain


Terletak di utara Fujian Province,gabungan Huangshan Mountain dan kecantikan Hangzhou Wast Lake.Berkeluasan 70 kilometer persegi dan dikelilingi oleh 9.5 kilometer anak sungai Jiuqu(Nine Zigzag).

No.3:Dajin Lake


Tasik Dajin meliputi kawasan seluas 461.8 kilometer.Terdapat empat kawasan didalam Danxia yang cantik kat sini,anak sungai Shanxing,tasik Jinhu,gua Dragon King dan Eight Immortal Cliff.

No.4:Longhu Mountain


Teletak di Yingtan,Jiangxi Province dan berkeluasan 80 kilometer persegi.Kawasan dimana paling banyak kepelbagaian bentuk mukabumi akibat luluhawa yang membentuk formasi batuan yang sangat cantik.

No.5:Langshan Mountain


Terletak di tengah-tengah pergunungan Yuecheng dimana wilayah Hunan dan Guangxi bertemu,disinilah Pergunungan Langshan.Pergunungan ni jugak adalah punca aliran sungai Zhijiang .

No.6:Zhangye Danxia Landform


No.7:Chisui Danxia Landform


Usia kawasan ni dianggarkan bermula ketika zaman Jurassic dan Cretaceous,kira-kira 100 juta tahun dulu.Merangkumi kawasan seluas 1000 kilometer persegi,terdiri dari lembah-lembah,landskap yang unik,dan air-air terjun.Ia adalah kawasan berkelembapan tinggi dan diliputi tumbuhan yang agak padat.

Rabu, 3 November 2010

Hillary Clinton & Air Force One

Setiausaha Negara Amerika Syarikat,Hillary Clinton yang baru singgah ke Malaysia dalam siri lawatannya,menarik perhatian aku.Bukan soal hubungan diplomatik atau politik yang buat aku tertarik.Aku lebih berminat dengan Air Force One yang membawa beliau seperti yang aku nampak pagi tadi dan menuju ke Papua New Guinea.
Walaupun ada pihak yang mengatakan beliau nak jumpa Anwar Ibrahim,tapi aku tak pasti la jumpa ke tak.Sebab tak ada dalam jadual lawatan beliau.Mengikut artikel malaysiakini,pembantu Anwar menjangkakan pertemuan tersebut.
Korang baca la sendiri,aku tak minat politik...Hehe!

AIR FORCE ONE


VC-25A SAM 28000 Air Force One terbang melintasi Mount Rushmore
Image from whitehousemuseum.org
Air Force One bukan hanya sebuah pesawat pembawa rasmi Mr.President of United States,ia adalah simbol
negara Amerika.Media juga memanggil jet jumbo ni dengan nama Flying White House.

1.Ramai yang belum tau,sebenarnya istilah 'Air Force One" ialah nama panggilan radio trafik udara untuk setiap pesawat US Air Force yang membawa Mr.President.

2.Asalnya adalah model Boeing 747-200B yang dipasang empat enjin jet General Electric CF6-80C2B1 dengan kuasa tujahan(thrust) 57,600 paun bagi setiap unit.

3.Kelajuan maksimum ialah 1014-1126km/j dan ketinggian maksimum(ceiling max. flight) 45,100 kaki.

4.Setiap pesawat membawa 202,940 liter bahanapi dan seberat 337 tan dengan muatan penuh.Dengan setangki penuh bahanapi,pesawat ni mampu terbang hampir separuh dunia.

5.Terdapat tiga tingkat didalam Air Force One,mempunyai keluasan 4000 kaki persegi dan lebih menyerupai hotel atau pejabat eksekutif.

6.Tingkat terbawah digunakan sebagai ruang kargo,tingkat tengah adalah bahagian penumpang manakala bahagian atas sekali diperuntukkan kepada alatan telekomunikasi.

7.Mr.President mempunyai biliknya yang tersendiri,dilengkapi katil,bilik mandi,bilik senaman dan ruang pejabat.Hampir semua perabot dibuat tangan oleh tukang kayu yang berpengalaman.

8.Air Force One boleh membawa 70 penumpang dengan selesa dan 26 kru penerbangan.

9.Kru penerbangan menyiapkan makanan di dua galley yang lengkap untuk menjamu lebih kurang 100 penumpang dan di bahagian bawah pesawat terdapat freezer yang besar dan mampu menyimpan 2000 jenis makanan.

10.Terdapat juga onboard medical facility yang dilengkapi farmasi,kelengkapan emergency room,dan juga meja pembedahan boleh lipat.Juga terdapat doktor yang mengiringi kemana sahaja presiden pergi.

11.Kapal terbang ni dilengkapi tangga retractable dan juga baggage-loader dan tak perlu bergantung pada fasiliti landasan terbang.

12.Peralatan elektronik yang ada seperti 85 telefon,radio dua hala,mesin faks,19 buah TV,dan talian komputer.

13.Pendawaian elektronik didalam kapal terbang ni dua kali ganda daripada Boeing 747 biasa iaitu sepanjang 383 kilometer!Semuanya dilindungi dengan heavy shielding untuk melindungi peralatan elektronik dari gangguan denyutan elektromagnetik.

14.Kemampuan yang lain ialah abiliti untuk pengisian bahanapi secara in-flight.Ketika penerbangan biasanya Air Force One akan diiringi dua pesawat tempur tentera udara.

15.Flare juga dilengkapkan untuk mengalihkan sasaran heat seeking missile.Ia juga mempunyai ECM(Electronic Counter Measure) untuk jamming radar pihak musuh sekiranya berlaku kecemasan.

Dari segi avionik dan pertahanan lain...classified.Mana boleh diorang nak bagitau semua,heeee!

Rabu, 6 Oktober 2010

Beruntungnya Budak-budak Zaman Sekarang

Dah hampir 23 tahun keluarga aku menetap di sebuah Felda di Jerantut,Pahang.Sepanjang tempoh itu juga,berbagai rintangan dan ranjau yang keluarga aku harungi sehinggalah berada pada tahap yang agak selesa.
Sebelum ini mak ayah aku bekerja sebagai petani sawah di Sekinchan,Selangor.Keputusan drastik ayah aku memohon untuk menyertai program Felda mengubah keseluruhan perjalanan hidup keluarga aku.Ayah aku pernah bagitau aku,seseorang yang dia tak kenal langsung yang beritahu dia tentang tawaran Felda.Ayah aku pergi pejabat Felda kat Jalan Semarak,KL dan memohon untuk menjadi peneroka Felda.
Aku dapat rasa yang sangat kuat azam dan tekad ayah aku untuk memperbaiki taraf hidup.Bayangkan sebelum ni kami tinggal berhampiran pekan Sekinchan,lengkap dengan fasiliti asas api,air dan telefon.Sedangkan tempat yang kami akan berpindah entah macamana rupanya nanti.Kalau aku sendiri yang berada pada kedudukan ayah aku,aku sendiri tak berani ambil risiko macam tu.
Masa aku berumur 5 tahun lebih,kalau aku tak silap,kami pun berpindah ke lokasi si sebuah pedalaman Pahang.Walaupun aku masih kecik,tapi semuanya aku ingat dengan jelas.Kami sekeluarga naik sebuah lori yang penuh dengan barang-barang rumah.Barangnya tak banyak tapi lorinya kecik je.
Mak,ayah,kakak,aku,dan sorang adik lelaki aku duduk kat belakang.Atuk aku pun ikut teman sekali.Aku tak fikir apa-apa pun pasal tempat yang bakal jadi kampung halaman aku.Maklumlah budak-budak lagi.Makin jauh perjalanan dalam negeri Pahang,makin tebal hutan-hutannya.Jalan rata makin kurang dan diganti jalan tanah merah.Yang aku ingat,lori bergoyang-goyang bila lalu lopak.Waktu pun dah melepasi maghrib(aku agak-agak je),dalam hutan plak tu.Rupanya kami melalui jalan balak.


Inilah jalan utama ke kampung aku semasa tahun akhir 1980-an.Sanggupkah korang
meninggalkan keselesaan hidup di bandar untuk mencuba nasib disini.Gambar seorang guru
menolak motosikal untuk ke bandar.
*Gambar dari galeri Facebook SKLU8
Bila sampai kat rumah yang dah ditetapkan Felda.........mak aiii!Budak-budak Felda je yang mengerti.Rumah papan kecik yang dikelilingi rumput ekor kucing dan bersebelahan beberapa unit rumah.Bekalan air pun tak ada,apatah lagi elektrik.Kami sekeluarga mandi air dari anak sungai berdekatan rumah,waktu malam diterangi lampu minyak tanah.Bunyi-bunyi menyeramkam toksah cakap la.Dalam hutan tebal,aku rasa harimau pun berkeliaran je bawah rumah agaknya. Masa tu mak aku memasak guna dapur kayu.Kawasan belakang rumah yang banyak anak-anak kayu,mak aku tebang(iye,mak aku yang tebang),dipotong kecik-kecik dan aku adik beradik susun tepi rumah untuk dikeringkan.Bila musim hujan,kami beramai-ramai kutip cendawan.Walaupun kehidupan masa tu aku masih belum faham erti susah,yang aku ingat masa tu aku enjoy life kanak-kanak aku.Sarapan pisang rebus dan bubur nasi dah biasa bagi aku.
Setahun dua aku tinggal kat tempat baru,aku dah lupa keindahan sawah,kemanisan mempelam,keterujaan melihat mesin menuai padi dan makan malam diluar bersama keluarga aku.Yang ada disekeliling aku cuma jalan tanah merah,kesejukan air sungai,bauan kayu yang dibelah dan jelaga lampu minyak tanah dalam lubang hidung.Hiburan yang ada cuma TV Samsung hitam putih yang dikuasakan oleh bateri kereta.Masa kat rumah nenek aku,dah ada TV warna dan wajah yang aku paling ingat ialah Ezzah Aziz Fawzy di TV3 yang baru wujud tahun 1985.Zaman tu lesen TV kena bayar.Tak semua keluarga ada TV.
Masa berlalu dan kehidupan semakin baik bila jalan raya mula diturap,generator ayah aku berganti elektrik TNB dan bekalan air dari JBA Pahang mula disalurkan.Talian telefon mula dipasang kat rumah aku pada tahun 2000.Masa tu orang bandar dah mula gilakan telefon bimbit Nokia 3310,kampung aku baru nak dapat telefon.Ketinggalannya kitorang masa tu tuan-tuan...
Rumah asal Felda yang sempit pun dah ditambah baik memandangkan ahli keluarga yang semakin ramai.Mujurlah ayah aku ada bakat sebagai tukang kayu.Selain buat rumah sendiri,banyak rumah orang kampung yang ayah aku buatkan.Dek kerana kesibukan menyiapkan rumah orang,rumah kami sendiri tak berapa nak siap.Ayah aku meninggal dunia pada tahun 2005 kerana stroke ketika aku baru setahun belajar berdikari di bandar.
Dengan sijil Politeknik yang aku ada,aku merantau ke Puchong,berbekalkan dengan motorsikal Yamaha SS110 pemberian ayah aku.



Motor pemberian ayah aku.Sekarang dah tersadai kat Damansara
  Duduk menumpang di rumah flat bapa saudara kawan aku,aku tidur dalam stor.Kawan-kawan aku berhimpit tidur kat ruang tamu.Takpe la,ada jugak tempat berteduh.
Mula-mula aku bekerja di sebuah gudang simpanan skru.Bukan skru kecik-kecik,saiz skru jambatan pun ada.Kerja penat,dengan gaji RM650,kerja aku angkat guni-guni skru dan susun kat rak.Petang je mesti menung,aku belajar kat Politeknik,takkan kerja sama-sama dengan Bangladesh.Bukan aku nak menghina kerja tu atau nak kata sijil Politeknik ni bagus,cuma aku rasa aku bleh dapatkan yang jauh lebih baik.
Selepas tahun baru 2005,aku dapat kerja yang selesa di sebuah syarikat kosmetik Clara International.Gaji tak la best mana pun,RM750 je.Tapi banyak benda yang aku dapat belajar.
Dalam masa setahun lapan bulan,aku dah merasa jadi kelindan,operator packaging sampai la ke assistant production.dalam tempoh tu jugak gaji aku dah mencapai RM950.Masa tu la aku beli harta pertama aku,TV LG Flat CRT 29 inci.Masa tu TV LCD mahal gila.TV tu aku pakai beberapa bulan je sebelum aku hantar ke kampung.Kesian mak aku tengok TV 14 inci,kecik sangat.Sakit mata nak tengok Hindustan.
Bulan Ogos 2006,aku dapat tawaran sebagai Supervisor dari Ex-Manager aku dulu semasa bekerja di Clara International.Masa tu dia dah jadi Manager di syarikat BioHerbs Laboratories,anak syarikat Putri Binari dari Indonesia.Tawaran gaji sebanyak RM1200 dah aku rasa agak lumayan masa tu.Lepas setahun lebih aku kerja kat situ,aku sambung buat Diploma atas galakan dari Miss Pucca(http:/zamorange.blogspot.com),yang sekarang menjadi tunang aku.
Atas kepercayaan manager dan CEO,tak jadi masalah untuk aku bawa adik-adik aku bekerja sekali dengan Putri Binari.Memandangkan masa tu syarikat Putri Binari agak kurang stabil,aku terpaksa mencari pekerjaan lain kerana tanggungan yuran kuliah yang agak tinggi.
Perancangan aku sebenarnya aku akan bertukar kerja bila habis study,tapi rezeki aku lebih awal.Aku mendapat tawaran dari sebuah syarikat bioteknologi yang dinaungi oleh anak syarikat Khazanah Nasional Berhad.Tinggallah dua orang adik aku masih bekerja di Putri Binari.Bagi aku perjalanan mereka tak sesukar sepertimana aku dulu.Diorang tak perlu merayau mencari kerja,rumah disediakan dan lengkap.Pernah syarikat memberikan kami tinggal di sebuah kondominium di Damansara Perdana.
Dengan bertukarnya aku ke syarikat baru,alhamdulillah ada perubahan positif pada taraf kehidupan aku.Selepas aku dilanggar kereta Waja dari belakang,aku dah trauma nak bawa motorsikal.Sebulan lepas tu aku terus beli kereta baru.Selain lebih selamat,mudah aku nak menjenguk mak aku kat kampung.Kalau naik motor SS aku dulu,sakit pinggang nak sampai kampung.

Ni lah yang aku maksudkan dengan budak-budak sekarang beruntung.Kecik-kecik dah kenal komputer,DVD,PS2,TV LCD,laptop dsb.Ni gambar adik bongsu aku masa tadika.Dah boleh ON PC,cari folder dan Shut Down.Kira ok la,walaupun sekadar nak main game Flash je,hehe!
Berbanding dengan zaman aku,nak main Brick Game pun pinjam kawan-kawan punya.Paling hebat pun dapat menumpang main Famicom jiran.

Pengajian aku dah tamat,syarikat aku pun sedang membangun dan adik-adik aku dah jadi Production Executive dan Supervisor di Putri Binari.Sebagai anak sulung lelaki,aku gembira melihat mereka mempunyai pekerjaan dan kehidupan yang memadai dengan tahap pelajaran mereka.Tapi bagi aku,setinggi manapun pengorbanan kami,masih belum mampu mengatasi pengorbanan ayah aku,dan ketabahan mak aku mengharung kehidupan susah.