Benda yang aku nak tulis ni sebenarnya aku dah ulas tahun 2014 dulu, boleh refer posting lama aku pasal Kepentingan Line Roller Bearing . Mesin yang aku ulas tu pun mesin lama dan MURAH. Tak sangka dah hampir separuh tahun 2022 ni aku boleh jumpa benda bodoh ni lagi.
Dalam keghairahan aku menambah koleksi joran, salah satu kategori yang aku nak simpan juga ialah set ultralight. Set ultralight ni boleh tahan gila juga orang main pam ikan besar. Modus operandinya mudah; gunakan set yang seringan mungkin untuk memancing ikan bersaiz sederhana besar. Set yang biasa orang pakai ialah kekuatan tali utama antara 1 - 6lb, reel bersaiz 500 - 1000 dan rod ultralight yang kebiasaannya ialah single piece solid rod. Itu orang lain punya set up.
cantik tapi sayangnya ada major flaw |
Set up aku tak ada la ikut orang sangat, reel saiz 800 iaitu Seahawk Lite Pro SW, rod solid butt joint dari Eupro UL Madness dan juga mainline 8lb Asuka Bravo X8 + leader Asuka Ghost Vanish 100% fluorocarbon 15lb. So far nampak set up ni dah cukup seimbang walaupun aku tak pernah guna langsung sejak dibeli sekitar pertengahan bulan April 2022. Set utralight ni semuanya aku beli dari Shopee,pusat membeli belah masakini.
Sebelum ke point sebenar posting ni, mari berkenalan dulu dengan reel comel yang nampak fancy sangat.
Berat : 163g, Drag : 2.75kg, Bearing : 7 + 1, Ratio : 4.8 : 1, oversized main shaft dan sealed drag knob. Selebihnya ialah feature kosmetik yang aku akui nampak cun betul dalam gambar.
Malam tadi aku saja la kayuh-kayuh sikit sambil berangan layan ikan. Sesekali aku tarik line keluar dari spool just nak rasa drag dia macamana. Kemudian aku perasan satu benda yang aku cukup tak puas hati.
Line roller tak berpusing!
Cepat-cepat aku cari kotak dia dan check diagram. Tak puas hati dengan diagram aku buka assembly line roller pulak. Sah! memang tak ada bearing!
Aku roger adik aku kat kampung dan dia check Seahawk Lite Pro 800 dia. Confirm ada bearing. Seahawk Lite Pro (tanpa SW) dikeluarkan ke pasaran lebih awal pada harga RM139. Manakala Lite Pro SW yang aku pakai ni dijual pada harga RM200. Tak murah beb untuk reel bersaiz 800 dari jenama tempatan.
Sekarang ni aku nak penjelasan Seahawk, kenapa part yang kritikal ni tiada bearing? Takkan pembuat peralatan pancing tak tahu menganalisa movement,load dan tension pada reel diorang? Dengan harga RM200 nampaknya reel Lite Pro SW ni cuma semata-mata kosmetik tanpa memfokuskan performance.
Team Seahawk baca apa aku tulis ni. Bahagian line roller adalah bahagian yang menerima beban terbanyak ketika pertarungan dengan ikan berlaku. Bila line roller tak bergerak akibat tegangan tali utama, tali akan bergesel dan seterusnya memotong line roller tadi dalam jangkamasa panjang. Ini perkara asas yang korang confirm tau tapi diabaikan.Mungkin korang rasa pengguna tak perasan sebab reel ni kecik je.
No. Aku beli dengan harga RM200 kot. Tak ada alasan untuk korang buang line roller bearing ni.
Diatas kertas, reel ni dilengkapi 7 bearing dan hasil semakan diagramnya, dua bearing diletakkan pada tombol handle. Selebihnya aku malas nak tengok dah dimana diorang letak.Bearing yang banyak tanpa diletakkan pada tempat yang betul hanya menambahkan kos tidak tentu hala.
Kalau justifikasi diorang kapasiti reel yang kecil beban pada line roller bearing tidak signifikan, kenapa versi awal Lite Pro boleh diletakkan bearing dan dijual dengan harga jauh murah? Aku sangat sensitif dengan line roller bearing ni sebab ada pengalaman main reel murah. Purposenya sama je untuk memancing, tapi reel murah takde bearing line roller tu harga dia cuma RM50, suku dari harga Lite Pro SW. Baca link story lama yang aku tulis dulu.
Korang yang beli reel dikedai, tak kiralah brand apa pun, harga macamana sekalipun check dulu part penting ni.Bukan kena buka pun reel tu, just check diagramnya. Kalau tak ada tak payah beli. Tak kira la reel tu berjenama besar atau lawa sekalipun. Korang pam ikan nanti korang menyesal.
Seahawk, tolong perbaiki reel korang ni.Pegi ambil satu sampel dan test pam beban,sedap ke tidak kayuhannya. Bandingkan dengan Lite Pro 800 lama. Aku suka barang Seahawk ni terutamanya rod pancing dia. Ni first time aku beli reel Seahawk dan nampaknya trauma la jumpa reel macam ni. Dah la aku target nak beli reel BC Barricade SW.
Admit your mistake and fix it.