Ahad, 11 Disember 2016

Blogging vs. Facebook

Sesekali bila aku belek-belek list blog kat kolum Blogger Update blog aku ni, nampak benar platform blogging dah semakin hilang sengat. Semua blog yang aku follow dah berbulan-bulan tak ada posting baru. 4-5 tahun dulu nama-nama besar macam Hanis Zalikha dan Fatin Liyana( sekadar menyebut beberapa nama ) tak lagi menulis artikel baru sejak beberapa bulan lepas.
Tu,Fatin Liyana yang follower lebih 40k pun last posting dia Jun 2016. Yang tak berapa nak femes lagi la, terkubur terus.
Busy? Ya, zaman bujang boleh la tulis sampai 3,4 artikel sehari. Bila dah berkeluarga ni, serius susah nak komitmen macam dulu-dulu.
Kecuali blogger lelaki, aku tengok Ben Ashaari dan Ariff Shah masih konsisten menulis. Lelaki tak busy ke macamana?
Sekarang ni kebanyakannya memilih Facebook sebagai platform menulis. Lebih meluas capaiannya. Yang perempuan lebih gemar dengan platform Instagram sebab orang perempuan kan suka bergambar dan berfesyen.
Aku pun dah lama berFacebook,cuma tak ada niat nak buat page macam page viral. Sebabnya niat.
Kebanyakan page-page viral lebih mengutamakan like dan share, tanpa mengambilkira kredibiliti kandungan cerita.
Stail macam ni aku tak gemar, sebab memperbodohkan masyarakat. Korang semua tak perasan ke kalau ada isu-isu hot dalam masyarakat, berjemaah la kita komen maki-makian. Bila dengar cerita sebelah pihak lain, kita dok pakat maki-makian sebelah sana balik.
Tak rasa bodoh ke 'ditendang' sana sini?
Diorang peduli apa berita tak betul,korang baca, komen pastu share pulak lagi la diorang suka. Zaman duit semua jalan.
Instagram pulak lain konsepnya. Kat insta takde posting panjang lebar, cukup sekadar foto dan kapsyen. Aku baru je cuba bermain Instagram.
Game dia sama je, kau cantik, follower ramai, then kau boleh buat duit dengan review produk.
Produk pseudosains pun tak apa janji bayar.
Dari segi peribadi pulak, tak kisah kejap on tudung pastu buka tudung belanja longkang.
Maknanya apa?
Lagi 10 tahun tak tahulah orang peduli lagi ke tidak dengan penulisan berbentuk ilmuan. Ada satu page sejarah tu aku minat betul, masalahnya kena bayar yuran akses. Aih....
Korang-korang yang baca blog aku ni harap-harap masih lagi termasuk dalam golongan suka membaca dan cintakan ilmu. Dalam mencari glamor di fb atau insta, bawa sekali penulisan jujur dan berilmiah.
Tapi itulah, zaman berubah. Banyak page-page Facebook yang bagus, contohnya The Patriot, Root of Science, Pseudoscience Watch, dan beberapa lagi. Pilihlah page yang betul.
Elakkan share sesuatu sebelum buat cross check, apatah lagi kalau artikel tu datang dari laman web yang alamatnya merepek-repek. Aku berani cakap 99% contentnya misleading, tajuk gempak habis, isi jahanam.
Sekian.

Jumaat, 9 Disember 2016

Pasca Myvi 3SZ-VE


Sambungan episode lepas…

Spesifikasi asal K3-VE 1.3 DVVT dibandingkan dengan nadi baru 3SZ-VE 1.5 VVT-i :


K3-VE
3SZ-VE
Isipadu silinder
1298 c.c.
1495 c.c
Gerek x lejang
72 x 79.7mm
72 x 91.8mm
Nisbah mampatan
10.0:1
10.0:1
Kuasa
87hp (64kW)@ 6000 rpm
107hp (80kW)@ 6000 rpm
Kilasan
116Nm @ 3200 rpm
141Nm @ 4400 rpm
Nisbah kuasa/berat (tan)
91hp/tan
112hp/tan

Enjin K3-VE asal yang dipadankan dengan kotak transmisi manual cukup sesuai untuk penggunaan didalam bandar. Bagaimanapun nisbah gear akhir sebesar 0.750 menyebabkan pemanduan cruising pada kelajuan sekitar 110 – 120kmj di lebuhraya agak kurang enak untuk enjin bekerja.

Pada kelajuan tersebut, RPM bermain sekitar 3200-3500 menyebabkan penggunaan bahanapi agak tinggi. Pernah aku tulis dalam entri lepas yang mana kereta aku vs. Vios 1NZ-FE, Vios jauh lebih jimat untuk jarak yang sama. Salah satu rahsianya ialah nisbah gear akhir ni lah. Itu belum bandingkan nozzle fuel injector 4 lubang vs. 12 lubang lagi.
Hasil pemerhatian aku untuk enjin 3SZ-VE transmisi automatik pulak, pada kelajuan 100kmj, putaran enjin berada pada sekitar 2600rpm dan jika ditekan sehingga 3000rpm, speedometer menunjukkan kelajuan 120kmj. Ralat bacaan (+3km/j)

Daripada pemerhatian diatas dan dibandingkan dengan pengalaman memandu Alza manual dan Myvi SE 1.5 automatik, kesimpulan yang aku boleh berikan ialah transmisi automatik lebih jimat berbanding transmisi manual jika menempuh perjalanan jauh melalui lebuhraya. Manakala transmisi manual lebih kepada pemanduan jarak pendek dan banyak hentian. Dulu mitos yang kita biasa dengar ialah kereta automatik kuat makan minyak. Mungkin dulu-dulu agaknya, tapi sekarang teknologi dah matang.

Pasca Myvi 3SZ-VE

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anda berminat untuk menjalankan kerja tingkat taraf macam aku buat ni.

1.Sediakan bajet ekstra
Mungkin ada beberapa komponen yang perlu ditambah / diganti,bergantung kepada pakej mekanik asalkan tak melebihi peruntukan kasar anda.

2.Perubahan sistem gear dan brek tangan
Perubahan ni taklah sukar mana, cuma diperingkat awal memang kekok jugalah.

3.Ketiadaan sensor undur
Yang ni kena beli lain. Kat kedai aksesori harganya dalam RM70-RM100 saja. Kalau mampu, belilah set audio 2-DIN yang lengkap dengan kamera undur.

4.Ketiadaan meter rpm
Bergantung pada bajet dan pakej korang, kalau dashboard tu Passo Racy lengkap meter RPM, harganya mahal sikit.

5.Ketiadaan meter penujuk suhu radiator
Meter Passo hanya menunjukkan simbol suhu sejuk (hijau),normal(tiada lampu menyala) dan merah (panas). Terus terang aku tak berapa gemar sistem lampu-lampu ni sebab tak nampak pergerakan suhu. Caranya adalah dengan menambah meter suhu air aftermarket.

6.Perbezaan alatganti
Walaupun kod enjinnya sama dengan Alza tempatan, tali sawat alternatornya tak sama. Awal-awal dulu aku dah terbeli tali sawat Alza (6PK1930), tapi tak boleh pakai sebab panjang sangat. Saiz sebenar ialah 6PK1580. Harganya ialah RM53. Tapi ni harga Bando sebelum 1 Disember.

Sama juga macam modifikasi Myvi pakai dashboard Passo yang didatangkan dengan EPS. Belting yang perlu digunakan bersaiz 4PK1590. Hah! Cuba la cari kat kedai spare part kalau ada. Ingat,enjin K3VE dengan sistem EPS tak ada kereta lain pakai kat Malaysia ni. Even Myvi Lagi Best 1.3 pakai EPS pun tak sama saiznya. Tapi bukan la tak ada langsung, boleh cari. Salah sorang yang berjaya cari belting rare ni aku le,haha!
Siapa nak sila emel. Kalau boleh order la banyak sikit, berbaloi aku nak pegi order kat supplier. Bermula 1 Disember, semua belting jenama Bando akan dinaikkan harga antara 11-15% kerana kelemahan Ringgit berbanding Yen.
Satu lagi ialah penapis minyak enjin. 3SZVE Jepun pakai sistem filter element. Maksudnya kita cuma perlu tukar elemen penapis. Elemen penapis yang compatible dengan enjin ni ialah elemen penapis minyak enjin Toyota Corolla Altis. Harganya mahal (RM35) berbanding filter Myvi biasa (RM8). Boleh beli 4 bijik filter standard Myvi tu. Tapi ini hal kecik saja, kalau tak mau pakai filter Altis, boleh tukar pakai tapak filter K3VE dan boleh pakai filter Myvi biasa.
Penapis udaranya juga berbeza. Apa yang mekanik aku buat ialah pakai balik air box Myvi dan boleh pakai balik penapis udara Myvi. Selesai masalah. Faedahnya ialah, airbox asal Myvi tu menyembunyikan 'kuasa' sebenar 3SZ dengan penampilan airbox yang tertera tulisan 1.3 DVVT. Kira macam bajet-bajet zuhud lah,kahkah!

7.Tiada pilihan parking pada posisi gear ‘N’
Yang ini paling kritikal kalau duduk rumah yang tak ada parking khas. Myvi 1.3  automatik masih boleh parking pada posisi ‘N’ dan begitu juga Myvi lagi best( letak posisi ‘P’,cabut kunci, tekan SHIFT LOCK sambil tarik tombol ke posisi ‘N’).Ramai tak tau ni.
Sistem gear lever kat column stereng Passo pula tak membenarkan ianya berlaku. Maka, pastikan parking jangan block kereta orang.
Bagaimanapun aku rasa perkara ni tak berlaku pada transformasi Myvi K3VE automatik kepada 3SZVE automatik. Sebab wiring, dashboard dan gear linkage asal masih boleh digunakan.

Okay, walaupun agak banyak point yang mungkin nampak negatif, percayalah padanan enjin 3SZVE dengan casis ringan Myvi serta kawalan stereng EPS, kualiti pemanduannya memang jauh berbeza. Lebih tork untuk digunakan pada mana-mana julat rpm dan yang penting stabil pada kelajuan tinggi.
Adatlah kan bermain kereta, hal-hal remeh ni kena pandai-pandai sesuaikan dalam kehidupan seharian. Nak sedap terus ambik GTR lah.

Posting akan datang aku akan cuba kumpulkan informasi pasal tingkat taraf 3SZVE ke tahap lebih tinggi.

Rabu, 2 November 2016

Projek Auto : Phase #2



Sambungan dari entri lepas…

Petang Sabtu aku jemput En.Naruto aka. Is Drummer ( aku memang selalu petik member aku ni kalau ada job kereta,tq so much bro! ) di Bukit Sentosa untuk follow aku ambik kereta spare Toyota AE110 kat Teluk Panglima Garang. Kereta spare tu nampak je kondisinya macam nak runtuh, tapi setakat nak acah-acah EJ menyamar EK dengan VTEC single cam takde hal lah. Larian nadi 4AGE 20V Silvertopnya masih kencang, cuma bunyi-bunyian casis old skool saja yang kurang enak. Nama pun sekolah lama. Bila tah owner dia nak cat baru.

Lebih kurang jam 8.30pm, kitorang pass kunci kereta aku kat boss Jembo JDMGarage ( Mr. Jemey) dan balik ke Bukit Sentosa.

Walaupun ada kereta spare, wife aku tak yakin nak pandu AE110 tu sebab kereta panjang katanya. 

Aduyaiiii…

Tak guna jugalah aku pinjam kalau tak boleh drive. Sudahnya aku hantar balik AE110 ke tuannya (adik lelaki aku), dan pinjam Myvi SE pak mertua aku. Selesai masalah pengangkutan untuk tempoh pembaikan kereta yang aku jangkakan paling lama memakan masa seminggu.

Aku belum cerita lagi kan projek apa sebenarnya yang aku nak buat kat kereta aku ni? Selepas berkira-kira untuk membuat full overhaul atau pertukaran enjin, aku rujuk pula pandangan beberapa bengkel. Kebanyakan dari mereka mencadangkan jalan pintas iaitu swap enjin, Lebih mudah dan murah berbanding full overhaul.
Katakan aku pilih opsyen overhaul, benda-benda yang aku wajib tukar ialah full set overhaul kit (gasket, piston ring,valve seal,crankshaft bearing, main bearing),clutch plate dan timing chain. 

Masalah selesai? Belum.
Dengan kondisi enjin asal aku, aku yakin alternator, water pump, power steering pump (dah memang bocor), dan sistem penuh pendingin hawa perlu ditukar. Bayangkan full system aircond punya harga sudah. Paling kurang dekat 2k juga kalau pakai kompressor baru. Anggaran kasar modalnya senang cerita kasar jugalah.
Modal dah kasar,then kira balik berbaloi tak. Aku akan dapat paling tidak hampir-hampir menyamai kondisi kereta aku masa baru beli, K3VE 89hp (claimed), stereng kuasa, transmisi manual dan aircond yang sejuk macam asal.
Walaubagaimanapun, aku selalu ada backup plan supaya modal besar yang dilaburkan tidak sia-sia. Untuk projek macam ni bukan modal je besar, planning pun kena baik juga sebab kereta aku itu jela sebijik.

Selepas aku sediakan dana yang bersesuaian, aku minta nasihat En.Naruto dari segi kombinasi bajet dan setup yang dikehendaki. Beliau juga ada beberapa rekomendasi bengkel yang bersesuaian. Dipendekkan cerita, kami bersetuju dengan cadangan Jembo JDMGarage yang sesuai dengan bajet yang aku tetapkan.

















Nah, akhirnya aku pilih untuk memasukkan nadi Toyota 3SZ-VE 1.5 liter bertransmisi automatik dari Toyota bB dan dilengkapkan dengan dashboard Toyota Passo 2006. Kenapa kena masuk dashboard kejap lagi aku cerita.
Kereta aku asalnya Myvi facelift 2008 asas, maksudnya tiada ABS,airbag dan juga nilai tambah lain yang best. Pekak habis. Mujur Perodua bagi power window, takde la segan kayuh tombol kat pondok tol.
Enjin pilihan pula ialah 3SZ-VE yang boleh didapati dalam banyak body antaranya Toyota Passo Sette, bB, Rush , Materia, Daihatsu Boon Luminas dan tak lupa Perodua Alza. Yang aku dapat ialah dari badan Toyota bB, berdasarkan design airbox dia. Mileage tak tau sebab aku beli enjin lantai, tapi alhamdulillah nampak cantik kecuali pengoksidaan normal pada permukaan head aluminium.
Halfcut dari Jepun ni payah nak dapat yang bertransmisi manual sebenarnya, dan kalau ada pun harganya jekpot. Mahal! Takkan nak cari gearbox manual Alza pulak. Lagipun aku pernah drive Alza manual, ratio final gear dia tak cantik lah.
Bila dah tak ada pilihan transmisi, mekanik mencadangkan pemasangan sistem pendawaian penuh dan dashboard Toyota Passo automatik untuk memudahkan proses penyesuaian enjin kedalam badan Myvi. Setakat ni yang kita cuma nampak ialah enjin dan dashboard. Sebenarnya banyak lagi peralatan tambahan yang termasuk dalam pakej :

1.       Sistem EPS ( Electric Power Steering ). Dulu aku tak suka sebab tang korner mcm hampeh, tapi high speed cruising atas highway memang terbaik!

2.       Dashboard Toyota Passo 2006 dengan speedometer lampu kuning. Tombol gear di kolum steering dan parking brake kaki.

3.       Sistem aircond lengkap Passo dengan kompressor dan kondenser 3SZ-VE. Sejuk dia pun terbaik!

4.       Full set mounting baru.

5.       Set kunci Passo.

6.       Pendawaian lengkap Toyota Passo termasuk suis tingkap utama sebelah driver full auto UP/DOWN

7.       Sistem ABS termasuk knuckle dan wheel sensor.

8.       Sistem airbag ( inflator je takde,kena beli asing).

9.       Entri lepas aku cerita pasal belting baru. Silap saiz tu. Yang aku tulis tu saiz Alza, memang tak ngam sebab panjang. Alza ada pam power steering. Saiz sebenar untuk 3SZ-VE Japan mari ialah 6PK1580. Boleh tahan bercinta nak carik.

10. ECU 3SZ (89560-B1560,G25),TCU(Transmission Control Unit) aku taktau TCU apa. Kalau ikut spec sheet Toyota bB,transmission dia ada pakai program Super ECT.

Setelah bersabar menunggu, akhirnya petang Selasa lepas kereta aku siap. Walaupun excited, ada satu benda yang membunuh keterujaan aku iaitu lampu check enjin menyala. Aku trauma betul dengan lampu ni. Sebabnya aku hantar kereta aku masuk woksyop pasal lampu ni la. Kali ni diagnos error code (21) menunjukkan kegagalan sensor ekzos atas.
Hari Sabtu, mekanik repair balik apa yang bermasalah. Sepatutnya mudah je kerjanya, cuma tukar sensor. Malangnya sensor melekat kuat dan mekanik terpaksa menukar satu unit exhaust header. Bukan baru pun, cari kat belakang woksyop pun boleh dapat. Masuk sensor baru dan tadaaa! Masalah selesai. Sensor ni bila problem power ada loss sikit dan penggunaan bahanapi masyaAllah, rabak betul.
Selesai part enjin, tinggal lagi meter RPM dan reverse sensor. Untuk makluman, reverse sensor asal Myvi tak boleh pakai, aku tak tau kenapa sebab aku bukan pomen wiring. Untuk benda-benda ni aku dah standby beli barang aftermarket tapi belum berkesempatan nak pasang.
Kecuali meter RPM, aku gagahkan juga pasang sendiri sebab nak tengok final drive dia berapa RPM @ 100kmj. Mujur sekitar 2600rpm.Aku memang tak gemar final ratio jejak 3000rpm takat speed 100kmj. Nak henjut 140kmj pun jenuh mintak gear.

Meter RPM aku tak pakai RPM Passo ya sebab mahal. Memang comel tapi itulah, hanya purist JDM sanggup pakai. Yang orang panggil RPM senyum tu biasa je kot cecah RM 1k orang jual. Aku cuma pakaikan meter RPM GReddy Multi D/A Gauge. Kaler boleh tukar-tukar dan ada bacaan volt sekali. Murah dan praktikal.

Pendapat aku, gear automatik jimat untuk highway cruising dan manual bagus untuk perjalanan pendek dan kerap berhenti. Terpulang selera masing-masing. Duit banyak beli la dua jenis kereta lain-lain transmisi.
Jumpa lagi di artikel seterusnya.

* gambar aku upload kemudian.

Sabtu, 15 Oktober 2016

Projek Auto : Phase #1

Salam semua, maaf lama tak update blog. Dalam dua-tiga minggu akan datang aku akan tuliskan beberapa artikel major berkaitan automotif untuk perkongsian.
Ada satu projek penambahbaikan akan dijalankan keatas teman setia aku sekeluarga yakni Myvi 1.3 manual pekak yang baru-baru ni mula menunjukkan tanda-tanda nazak.

Sebagai persediaan sampingan, pagi tadi aku standby beli beberapa alatganti komponen yang aku rasa perlu ditukar serentak dengan penambahbaikan tu.

1. Palam pencucuh Platinum G-Power DCPR7EGP
2. Absorber mounting Alza
3. Belting BANDO 6PK1630
4. Pad brek belakang Myvi TRW

Keempat-empat item diatas dibeli dengan kos RM250. Mahal? Aku rasa tak kot. Murah sangat pun tidak. Sedang-sedang je la. Buat masa ni kedai spare part kegemaran aku ialah Kumuru Autopart. Bunyi macam kedai macha, tapi sebenarnya kedai spare part yang terletak kat Taman Daya Kepong ni dimiliki seorang tauke Cina yang peramah.

Esok ( Sabtu,16 Oktober 2016 ) aku akan hantar kereta ke bengkel #JemboJDMgarage untuk kerja-kerja seterusnya.

Nantikan artikel akan datang.

Isnin, 18 Julai 2016

Perodua Bezza, Nyata Berbeza!

Seawal sebelum Ramadan lagi 'gambar curi' Perodua sedan baharu sudah mula viral di laman sosial. Kemudian hari ini, beberapa laman web automotif tempatan mula menyiarkan artikel ujipandu ringkas model tersebut. Khabarnya ada perjanjian antara wartawan dan Perodua sendiri dimana artikel berkaitan hanya boleh disiarkan hari ini.
Itupun dengan syarat tiada gambar penuh sehinggalah pelancaran rasmi.

Aku dah baca dua artikel berbahasa Inggeris dari Paultan dan bahasa Melayu di careta.my. Daripada artikel tu, aku rumuskan dahulu bahawa Perodua sedan yang diberi nama Bezza ini hampir melengkapi keperluan ( ya, bukan nafsu) majoriti rakyat Malaysia.
Selain dari itu, faktor keselamatan yang dikatakan tidak menjadi keutamaan Perodua sudah dipenuhi pada Perodua Bezza ini. Buktinya? Perodua Bezza sarat dengan gadget-gadget yang setaraf dengan pesaingnya.Nanti kita go through satu persatu.

1. Perodua sedan ini bukanlah model 'fotostat' sepertimana model-model terdahulu. Berasaskan platform Axia, Perodua Bezza dibangunkan 100% menggunakan bakat tempatan. Pelik kan? Bila masa Perodua pandai R&D? Itu strategi syarikat. Bukan setakat R&D, kerahsiaannya pun terjaga. Tau- tau je dah nak launching.

2. Enjin yang digunakan adalah enjin BARU yang dibina di kilang enjin Perodua Sendayan, Negeri Sembilan. Varian 1 liternya tidak sama dengan enjin Axia. Enjin 1KR-VE dilengkapi dengan VVT-i, manakala varian 1.3 dengan dual VVT-i suntikan terus. Ini menyangkal persepsi haters yang dulu gemar menggunakan alasan Perodua menggunakan enjin berteknologi purbakala.
Penggunaan roller pada camshaft dan salutan teflon pada piston bukanlah purba sangat ya adik-adik.

3. Sekiranya kelengkapan beg udara dan ABS itu biasa-biasa, Perodua menambahbaik aspek keselamatan pasif dengan VSC. Tanyalah pakar-pakar Facebook diluar sana apa itu VSC. Ya, sekali lagi ketiadaan VSC pada model-model terdahulu menjadi modal buah mulut orang. Sistem VSC ditemani dengan sistem HSA (Hill Start Assist), Regenerative Braking, EBD ( Electronic Brake Distribution), Eco-Idle, dan kamera undur.

4. Sistem audio pada varian tertinggi dipasangkan dengan pemain 2-DIN dengan sambungan Bluetooth dan Smart Link. Smart Link ni macam Mirror Link/ MHL. Senang nak duplicate screen smartphone ke display lain yang support fungsi Mirroring/ MHL ni. Boleh faham tak ni?

5. Boot sebesar 508 liter lebih besar dari Vios dan jauh lebih besar dari Saga dan mampu memuatkan tayar gantian bersaiz penuh. Kalau tak cukup juga, seat belakang boleh dilipat 60/40. Ada komentar sinis yang tanya, 'boot besar-besar ni larat ke enjin nye nak bawak beban?"
Ok, dulu kereta-kereta Perodua ni serba kecik bootnya. Ni dah bagi besar, keluar soalan bebal pulak. Guna otak la sikit, ni kereta kegunaan harian, bukan kontena 40 kaki untuk angkut barang hari-hari.

6. Last but not least, lampu brek belakang menggunakan teknologi Light Guide macam kereta- kereta conti dan KPOP. Pakai mentol kang kedekut sangat. LED pun dah biasa-biasa.

Jumaat, 15 Julai 2016

Menukar Motor Kipas Radiator Myvi

Salam Syawal dan berjumpa lagi dalam siri berpomen kereta sendiri. Posting-posting sebegini agak jarang sebab bila kereta rosak baru ada story. Kalau boleh jangan la rosak manjang, tapi yelah kereta dah tua banyak la part yang dah mula uzur.
Baru-baru ni kereta aku ada masalah waktu nak pergi kerja. Sambil-sambil tunggu traffic light hijau, aku perasan ekon tak berapa nak sejuk. Aku pusing tombol sampai nak habis pun tetap sama. Aishhh...apesal pulak ni?
Kemudian aku perasan temperature enjin makin meningkat.Ah,ni kipas buat hal la ni. Kipas radiator aku tu memang aku dah mark akan kong bila-bila masa. Almaklumlah dia dah berjalan keliling bumi 6.2 kali. (250,000km).
Step pertama,jangan gelabah puyuh. Buat-buat cool macam takde pape. Kalau sangkut tengah jem kereta tak bergerak, matikan ekon, turunkan cermin dan tutup enjin. Nak bergerak baru start. Dalam kes aku, area rumah aku tu je jem sikit sebab ada construction MRT. Lepas area Pelangi Damansara, baru la line clear sampai Taman Daya Kepong.
Motifnya adalah kerana waktu kereta tak bergerak, haba enjin tak dapat dibuang dengan bantuan kipas. So kalau dah nampak jarum temperature tu perlahan-lahan naik, tutup je enjin sebelum jarum sampai garis merah. Lebih garisan merah ni, kebarangkalian untuk head bengkok sangat tinggi.

Bila kereta bergerak, ada bantuan aliran udara dari depan, so tak ada masalah sepatutnya. Aku buat macam tu sampai la selamat parking kat opis. Bila enjin dah sejuk sikit, bolehlah buat kerja-kerja penukaran motor kipas. Problem benda-benda yang bernama motor ni biasanya carbon brush habis je, jarang rosak sebab isu lain. Kalau kipas angin rumah selalu jem tu pasal takde grease kat shaft dia. Selalunya kipas rumah cap ayam la yang tak pakai bearing. Diorang ganti dengan benda serupa tembaga tah apa nama dia.

Cara-cara nak DIY motor kipas Myvi ni kacang je. Org lelaki wajib kena tau, yang perempuan tak apalah, takkan nak baring-baring bawah kereta dengan baju kurung pulak. Ikut step kat bawah ni, sori ya gambar tak ada.

1. Sediakan tools seperti ratchet sekali dengan extension dia. Tak perlu yang panjang-panjang, yang 3 inci pun cukup sebab ruang kerja tak banyak, soket saiz 8 dan 10mm, pemutar skru Philips dan playar.

2. Apa-apahal pun sebelum mulakan kerja, tanggalkan terminal -ve bateri. Safety ni, jangan tanya kenapa. Lepas tu buka kotak penapis udara. Ini senang je, buka klip lepas tu buka dua bolt 10mm. Angkat keatas untuk lepaskan kotak penapis udara dari throttle body.

3. Cabut hos getah radiator. Sebelum cabut tu pastikan enjin dah sejuk ye. Kang ada yang kena kukus. Cabut bahagian hos yang melekat pada radiator. Yang ni pakai playar je. Kepit klip dia bagi longgar dan bolehlah tarik hos.

4. Tanggalkan soket kipas. Pandai-pandailah buat macamana asalkan tertanggal tanpa merosakkan dia.

5. Persiapkan ratchet tadi dengan extension dan soket 10mm. Buka empat bolt di kesemua sudut housing kipas. Bahagian yang paling sukar ialah bolt di bahagian bawah yang paling hampir dengan foglamp. Boltnya agak kedalam dan ruang yang ada sempit. Aku baring terus, senang buat kerja. Usaha lah sikit ye?

6. Selesai buka semua bolt, tarik keatas housing kipas tu. Nampak macam susah nak lepas, tapi memang boleh keluar. Kreativiti tu penting.

7. Buka nat saiz 8 yang mengikat kipas kepada syaf motor dan dua skru Philips untuk menanggalkan kipas dari housing.

8. Bawak part pegi kedai sparepart. Sebut je nak motor kipas radiator Myvi 1.3. Kalau diorang tak kenal, baru tunjuk sampel part. Memang ada pesen kedai spare part yang suka minta nak tengok sampel, takut tak sama. Tapi jarang la tokey tak kenal, lagipun bukan kereta modified.

9. Brand asal yang ada pada Myvi 1.3 facelift 2009 ialah Denso dan Made Indonesia. Aku beli brand yang sama cuma printing atas motor tu tulis Made In Japan dengan harga RM120. Tak tau la ori ke tidak. Harganya oklah pada aku.

10. Yang terakhir, pasang balik ikut reverse order, atau bahasa ibundanya undur balik. Lagi tak paham,haha! Senang je kan? Topup balik air radiator then free to go.

Semalam masa balik kerja wife aku ada bagitau satu cerita yang boleh dijadikan teladan. Berkait dengan cerita motor kipas radiator ni jugak.
Kawan dia menghadapi problem yang sama macam kes aku ni lah. Kawan dia pun call la husband dia. Dalam dok menunggu tu datang la pomen macha yang offer bantuan. Kawan wife aku ni pun cakap tunggu husband dia sampai.
Lepas 3 jam tunggu, husband dia sampai dan bagi approval untuk pomen tu repair. Masalah bemula disini.

Lepas bagi approval husband dia terus blah tinggalkan bini dengan pomen. Pomen pulak jenis nak mengencing je kerjanya, dikaborkan la yang ada benda lain rosak juga. Si isteri ni tentu-tentu lah tak tau apa, terpaksa agree sajalah dengan kos pembaikan yang berganda-ganda.
Pomen macha ni charge lebih RM500 untuk problem kipas rosak ni saja. Kesian campur marah bila aku dengar cerita wife aku.
Harga mahal tu nombor dua. Yang paling penting apesal tinggalkan bini macam tu saja? Eh, rasa nak mencarut pulak dalam bulan Syawal ni. Dibuatnya bini dia kena culik ke, rogol ke cemana??
Haiii la manusia macam ni pun ada. Nak cari ilmu berpomen jauh sekali, tunggu dan jaga keselamatan isteri pun tak boleh? Tak payah kawin la cam tu bang. Toksah bagi alasan sibuk kerja, jadi apa-apa karang menyesal pun tak guna dah.
So, suami-suami sekalian, jadilah jantan yang bertanggungjawab. Jangan tau nak sedap je. Belajar sikit-sikit asas membaiki kereta. Aku pun bukan lahir-lahir pandai terus, dah tentu la belajar. Duit dah tentu jimat, hasil kerja puashati. Lagipun macho apa lelaki main minyak, kotor-kotor tangan.
Sekian.

Selasa, 12 Julai 2016

Comment Box Is Back!

Salah satu faktor yang aku rasa punca penurunan pembaca ialah kehilangan kotak komen.
Selepas try n error bermain HTML code, akhirnya kotak komen berjaya dikembalikan seperti dulu.

Jemput-jemput la berkomen ye? Nak berhujah pun boleh. Kita sembang secara ilmiah. Satu dua artikel akan menyusul dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Selasa, 7 Jun 2016

Honda Wave Victory 150?

Masa ura-ura Honda Sonic 150 bakal dilancarkan di Indonesia tak lama dulu,aku tak berapa teruja sangat sebab lebih tertarik dengan spesifikasi Satria FI 150. Sebabnya adalah aku yakin canggih mana pun, mesti tak masuk Malaysia.
Tinggallah Yamaha Y15ZR bermaharajalela di pasaran tempatan tanpa pesaing. Ini bukan benda baru. Sejak Yamaha LC135 keluar, Honda dan Suzuki tak serius langsung nak compete dengan model ni sepertimana negara jiran.Ada ke patut keluarkan Wave S rupa orang tua? Bila keluarkan Wave Ultimo, semuanya dah terlambat. Suzuki pulak bukan tak cuba langsung, diorang pernah try kategori moped ni jauh lebih awal dari Yamaha LC dengan menjual Suzuki FX125. Masalah dia masa tu mat motor Malaysia masih lagi obses dengan 2 lejang yang mudah sangat nak bagi laju.
Bagaimanapun era kapcai empat lejang ni menyaksikan Yamaha bakal menerima tekanan apabila dijangka Honda Sonic bakal dibawa masuk ke Malaysia didalam rupa bentuk moped sepertimana yang telah dilancarkan di Vietnam iaitu Honda Winner 150. Nama yang dikatakan akan digunakan untuk model terbaru ni adalah sama seperti tajuk entri ni, Honda Wave Victory. Bagi aku tak payah nak victory bagai, pakai nama Wave 150FI (fuel injection) sudah.
Persaingan kategori 150 akan menjadi lebih seimbang jika Suzuki juga membawa masuk Satria FI iaitu 'adik' kepada Belang yang ditambah baik dengan sistem pancitan bahanapi dan piawaian Euro yang lebih tinggi. Berdasarkan sejarah sebelum ni, Suzuki tidak keberatan membawa Suzuki Belang yang terang-terang bukan selera tempatan, namun ada peminat 'niche' tersendiri.
Terus terang aku cakap, dominasi dan demand menyebabkan harga Yamaha semakin merepek. Contohnya 125ZR dah cecah harga RM10,000.00 diikuti Y15ZR sekitar RM9,400.00. Kegilaan apakah ini? Itupun ada yang sanggup bayar 9.4k untuk sebuah moped tanpa kick starter.SOHC pulak tu.
Bilamana Honda mempamerkan Winner 150, tak syak lagi model ini mampu mengugat jualan Y15ZR jika dilancarkan pada harga yang tepat iaitu sekitar 8-9 ribu. Lagi murah, lagi bagus.

Pertama sekali tengok rupa dia. Siapa kata tak cantik? Eh, ada aku baca kat Facebook haritu, ada yang kata lawa lagi Y15ZR, yang ini serupa SYM je. Ya, betul. Y15ZR pun sebuah motorsikal yang cantik,tapi yang ini juga cantik woii!

Macam ni, dulu zaman aku mula mengenal motorsikal, Yamaha adalah motorsikal tunggangan aku sejak 1995 - 2009. Lepas tu aku pakai Honda. Suzuki ada la pakai sekejap. Nak ceritanya, jenama yang paling lama aku pakai adalah Yamaha. Aku tau jugak la kualiti Yamaha, Honda dan Suzuki. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Semua aku pernah rasa. Aku akui coverset Honda terutamanya Wave memang teruk, tapi korang berani tak buat macam aku; last tukar minyak hitam pertengahan 2014? Dua tahun dah steady je beb,haha!
Macam ulasan aku pasal Satria FI hari tu, aku lebih suka menyentuh bab enjin Honda ni. Ada beberapa advantage yang aku kira baik sedikit berbanding Y15ZR terutamanya gabungan gerek dan lejang yang hampir square,nisbah mampatan lebih tinggi, penggunaan aci sesondol berkembar dan transmisi 6 kelajuan. Cuma berat kering agak mengecewakan iaitu lebih 7kg berbanding Y15ZR yang gemok.
Dari segi prestasi,hasil tinjauan aku kat laman-laman web negara jiran menunjukkan Honda Winner/ Supra GTR berupaya mengatasi Satria FU( bukan Satria FI) dalam acara pecut.
Ujian *dyno Dynomite EddyCurrent USA juga menunjukkan prestasi Honda Winner/ Supra GTR lebih baik berbanding pesaingnya iaitu Yamaha Jupiter MX King dan Suzuki Satria FI.

1. Honda Sonic 150 ( asasnya sama saja dengan Winner )
Peak power : 12.99whp@9300 rpm
Max torque : 11.3 Nm@6900 rpm

2. Suzuki Satria FU Injection (FI)
Peak power : 12.88whp@11,500 rpm
Max torque : 9 Nm@9,100 rpm

3. Yamaha MX King ( Y15ZR)
Peak power : 11.76whp@8,500 rpm
Max torque : 11 Nm@6,600 rpm

*sumber
** (whp) wheel horsepower ya,bukan angka horsepower atas brochure yang diklaim pengeluar

Dijangka bakal dibawa masuk dalam masa terdekat, aku harap harga jualan berada di julat yang berpatutan.Kesian la kami ni, dah la tak ada pilihan, harga pulak mahal, signal capang!

# UPDATE 01
- Dikhabarkan nama rasmi model ini di pasaran Malaysia ialah Honda RS150R. Aku lebih suka nama yang ringkas macam ni kecuali penambahan aksara "R". Huruf tambahan "R" patut digunakan untuk model khas versi upgrade / tambahan aksesori perlumbaan.
- Signal capang yang diwajibkan pihak berkuasa memang confirm, masalahnya apa kejadah signal depan pun capang jugak??? Nokhoromm buruk woiii!!

# UPDATE 02
- Dari page Facebook Yrt Shahrol Yuzy, ujian dyno Honda RS150R standard menunjukkan angka 16.37hp dan tork 15.15Nm
- Selepas penukaran ECU API (APITech barangkali),kuasa yang dihasilkan melonjak kepada 19.20hp dan tork 17.72Nm.Peningkatan kuasa sebanyak 17.3% dan tork 17.1%!


Jumaat, 3 Jun 2016

Abang Man Dalam Kenangan

Entri lepas dah cerita bab memancing, tapi tahukah kalian siapa yang bertanggungjawab memperkenalkan kami adik-beradik ni kepada dunia sukan ekstrim memancing lautan dalam Atlantik??

Ni aku nak cerita ni.

Dalam ramai-ramai sepupu, aku ada sorang sepupu yang agak rapat berbanding yang lain. Kami panggil di abang Man. Zaman aku kecik-kecik dulu, aku membesar di kampung. Rumah keluarga aku pun dekat sangat dengan rumah nenek sebelah abah aku. Masa tu sepupu aku ni tiga beradik duduk dengan nenek aku. Dia lelaki dengan satu kakak dan satu adik. Aku tak pernah kenal mak ayah diorang, yang aku tau diorang duduk dengan nenek aku sejak aku lahir lagi.
Disebabkan diorang masa tu dah remaja dan aku dengan kakak aku masih lagi kecik, diorang ni la teman kitorang bermain. Abang Man ni rajin bawa aku bonceng basikal keliling kampung dan mandi parit. Walaupun masa tu umur aku sekitar tiga ke empat tahun,aku masih ingat suasana aku peluk belakang dia masa berenang kat parit, kaki aku tersepit celah jejari rim basikal dan masa kepala aku terhantuk rasuk rumah nenek aku.
 Impak trauma berenang kat parit dan sakit yang pernah aku rasa menyebabkan memori-memori tersebut sangat kuat sampai aku dewasa.
Lebih kurang umur aku lima tahun, kami sekeluarga berpindah ke Felda. Maka kami berjauhan dan membesar dalam dunia baru  yang jauh berbeza. Kami balik kampung pun dah jarang, maklumlah masa tu mana ada kereta. Sepupu-sepupu kitorang pun dah masuk zaman sekolah menengah. Sesekali bila kami balik kampung, diorang memang excited macam tunggu family sendiri.
Masa tunggu result SPM, abang Man ni duduk dengan kitorang di Felda. Banyak la dia bantu renovate rumah papan asal kitorang dan juga bantu arwah abah aku kat ladang sawit.Masa tu tahun 1989 kalau tak salah. Cuma ada satu gambar beliau tengah main badminton dengan jiran-jiran aku. Nanti aku selongkar album gambar cari balik gambar dia. Legend betul gambar tu sebab court badminton ditengah jalanraya tanah merah berlatarbelakangkan deretan rumah-rumah kayu felda yang masih standard belaka.

Masa aku tingkatan 1, kitorang satu keluarga beraya dikampung. Salah satu aktiviti selain beraya ialah memancing pantai. Abang Man ni la bawa aku dengan adik aku memancing ikan duri dan sembilang. Umpan yang kitorang pakai ialah larva kumbang badak yang banyak dalam batang kelapa reput. Dengar je dia nak cari umpan memancing, teruja betul nak ikut sebab aku suka tengok laut. Yang peliknya masa tu la aku baru tau kat kampung aku ni ada pantai. Pasal apa tah abah aku tak pernah bawak aku jalan-jalan tepi pantai masa kecik-kecik dulu. Selalu tengok kubota dengan mesin padi kat bendang je.
Sebelum kami balik ke Pahang semula sebaik habis cuti raya, abang Man belikan dua set joran asas untuk aku dengan adik aku. Murah je set pancing tu, tapi keseronokannya macam dapat Shimano Stella free!
Abang Man cakap untuk permulaan guna la dulu set pancing asas ni, nanti dah mampu beli yang elok, beli la yang tahan lasak sikit. Aku peduli apa masa tu, janji dapat set joran yang real,boleh dicasting dan dikarau; maksud aku bukan joran pakai tangsi ikat kat batang bemban.
Bertitik tolak dari situ, macam-macam set rod dan kekili kami beli.Tak adalah mahal-mahal sangat,agak-agak mampu dibeli dengan duit biasiswa. Yang aku ingat cuma kekili D.A.M Quick dan Okuma. Ada la beberapa lagi yang dipinjam kawan tapi tak pulang balik.
Aktiviti memancing ni dah jadi macam aktiviti wajib bila kami balik Sekinchan, joran mesti kami angkut sekali. Bezanya cuma abang Man dah jarang kami jumpa sebab dia dah berkahwin, dah tentu la dia fokus dengan family dia...
Selepas bertahun-tahun, kitorang sesekali ada berhubung melalui telefon bertanyakan khabar. Dalam ramai-ramai sepupu kitorang baik sebelah abah atau mak, rasanya dia sorang je yang rajin call kami. Mungkin bonding masih kuat sebab dia pun dah biasa sangat dengan kitorang. Selalu dia jemput datang kerumah dia di Kajang, tapi aku tak pernah berkesempatan.
Bulan Februari lepas aku jumpa dia, kaki dia sakit sebab jatuh terduduk di tandas. Entah baik ke tidak sakitnya masa tu kami tak tahu. Kenduri adik aku kahwin awal Mac pun dia tak hadir. Selalunya dia tak pernah miss kalau ada kenduri kahwin kat Pahang walaupun jarak dari Kajang ke Lepar Utara 3 boleh tahan jauhnya.
Hujung Mac barulah abang Man maklumkan yang dia dimasukkan ke hospital sebab sakit pinggangnya bertambah teruk. 10 April baru kami dapat melawat dia beramai-ramai di HUKM.Masa ni abang Man nampak masih berisi dan ceria bersembang dengan kami. Tapi bila dia tanya mak aku tau tak dia sakit, aku agak keberatan nak jawab. Sebabnya masa tu kami adik beradik yang berkelana kat Selangor ni ada krisis sikit dengan mak kitorang.
Punca sakit masih didalam siasatan doktor. Dia cakap dari kesan retakan tulang pinggul, doktor dapat kesan satu kelainan dalam teras tulang dia.Macam ada lubang-lubang. Kitorang agak, osteoporosis kot.
8 Mei 2016 kami sekali lagi kami melawat abang Man bila dapat berita yang keadaan kesihatan dia merosot dengan teruk. Badan makin kurus dan  percakapan dia dah perlahan sedikit sebab kesukaran bernafas, cuma belum dipakaikan alat sokongan oksigen. Masa ni aku dah rasa sesuatu yang tak enak sebab dalam masa yang singkat, keadaan dia makin teruk.
Selang beberapa hari, mak aku bergegas melawat abang Man. Dari Pahang, mak aku berkesempatan jenguk dia tapi keadaan semakin kritikal. Abang Man dah tak sedar keadaan sekeliling. Mak aku cuma mampu menangis tengok dia.
18 Mei 2016 jam 5.00 pagi aku dapat mesej WhatsApp yang memaklumkan Abang Man dah meninggal dunia...Aku ambil cuti kecemasan hari tu. Aku dapat tahu yang penyakitnya adalah berasal dari kanser hati yang dah merebak ke tulang. Aihhh...tak taulah macamana nak describe rasa kehilangan seseorang yang kami anggap macam abang sendiri.
Selepas beliau tiada barulah aku sampai kerumah abang man untuk pertama kali.Ralat sungguh sebab tak pernah serius untuk menziarahi dia.

Beberapa hari lepas tu, kakak aku ada cerita kenapa mak aku tiba-tiba nak pergi jenguk abang Man kat hospital. Katanya mak aku ada bermimpikan abang Man. Dalam mimpi tu abang Man cakap kat mak aku yang dia seronok nak jumpa arwah abah aku. Mungkin itu yang mak aku rasakan sebagai hint, bahawa beliau akan pergi selama-lamanya....

Gambar kat atas tu gambar abang Man dengan anak-anaknya.Ada lagi sepasang sebenarnya.
Beliau meninggal dunia di usia 43 tahun. Semoga Allah S.W.T mengampuni dosa-dosa Abdul Rahman bin Jelani dan meletakkan abang Man dikalangan orang-orang yang beriman....

Al Fatihah...


Sijangkang Monster Fish

Aku fikir hari ni hari yang sesuai untuk tuliskan sesuatu untuk pembaca blog aku yang 'ramai' kat luar tu.Macam biasalah, cerita pasal hobi aku la, apa lagi.
Kali terakhir joran puaka aku mencecah air kalau tak salah lebih setahun lepas. Bukan aku tak minat lagi nak memancing, sebenarnya susah betul nak buat trip yang betul-betul jadi. Bulan Oktober 2015 cadangnya nak memancing kat benteng pemecah ombak Kuala Terengganu, tak jadi sebab tak cukup masa.
Lepas tu bulan Mac 2016, konon-konon nak mancing pantai kat Pantai Sepat. Pun tak jadi sebab jadual penuh.Sampailah plan ad-hoc yang terbaru hujung minggu lepas. Hajat aku nak memancing tertunai juga akhirnya di Sungai Langat, Sijangkang.

Puncanya pasal gambar ni lah:

Brader dalam gambar ni aku tak kenal,tapi abang dia satu tempat kerja dengan adik aku kat Teluk Panglima Garang nun.

Adik aku setkan satu trip ke lokasi brader ni pagi Ahad berbekalkan 50 ekor udang hidup.Kalau tak silaplah. Tapi nak ceritanya memang banyak standby udang. Mana la tahu ada serangan gerombolan siakap.

Malam sebelum tu aku siap-siapkan perambut dawai 40 paun setengah depa sebagai persediaan menghadapi tentangan monster Sungai Langat,kahkah! Tudiaaa...semangat baq hang.

Teknik yang digunakan macam biasa,pelampung tapi yang aku tak gemar dengan kaedah pelampung ni bila port air laju.Sungai Langat tu aku rasa tak pernah air tak laju kot?

Port pertama aku tak reti nak describe lokasinya macamana. Ada tebing yang agak sempit dan dipayungi pokok-pokok kecik.Boleh la buat tempat berteduh untuk 3-4 orang. Lepas setengah jam,aku dengan adik aku berpindah port.Tak jauh mana pun dari port asal, cuma port tu terbuka sikit, senang nak buat balingan tapi bersedialah dengan sunburn.
Spek aku plak transition lens, rasa macam redup je padahal cuaca panas terik. Kat port ni aku dapat sambaran pertama bila pelampung aku hilang sekejap.Bila pelampung timbul semula, tak ada lagi tanda-tanda aktiviti ikan dibawah. Pelik juga ni.
Bila aku check umpan, udang yang dicangkuk ekor dah hampir putus. Telahan aku mungkin ikan terasa sesuatu yang tidak natural kat mata kail tu. Samada mata kail terlalu besar,atau perambut kasar sangat. Ah, lantakkan. Namanya pun trip target monster, takkan pakai mata kail saiz 8.

Jam bergerak menjelang tengahari, cuaca makin panas, air Sungai Langat semakin perlahan dan menyurut. Tanda-tanda kehadiran ikan cuma sekali, yang aku cerita kat perenggan atas tu. Time ni la perut sakit,adoiiiyaii......part berak tak payah ceritalah ye,ke hangpa nak tau jugak?haha!
 Sekitar jam 2 petang, ikan kembali menyentuh umpan, cuma petandanya terlalu kecil. Hanya getuan-getuan disusuli kehilangan umpan.
Tiap kali labuh umpan tak lama lepas tu mesti pelampung tenggelam timbul, umpama digetu ikan kecik. Macam tu lah keadaannya sampai jam 4.00 petang. Daripada 50 ekor udang, baki yang tinggal kurang dari 15 ekor, kebanyakannya habis disesah buntal. Aku suspek je ni sebab lengkuk gigitan kecik, pastu clean cut. Buntal punya gigi kan macam razor blade. Buntal punya gigi ni dia punya kuat, mata kail saiz #1 pun boleh berlekuk dia gigit.
Lebih kurang jam 4.30pm, kami tapau baliklah. Belum sampai rezeki lagi nampaknya. Mesti korang kecewa, cerita panjang-panjang last-last bawak balik telur je,hihi!
Tak apalah, tak dapat ikan, dapat kawan baru dan jugak sunburn.

Lepas mandi-mandi kat rumah adik aku, kitorang pergi pekena kambing bakar kat Pak Tam Kambing Bakar. Malangnya menu kambing bakar+nasi putih tu cuma ada waktu tengahari. Nak kambing punya pasal kami order je lamb chop dengan nasi putih.

Berasap-asap masa menu ni sampai. Sizzling style lamb chop dia ni.

Hmmm.... nampak menarik. Cer bagitau rasa dia?
.
.
.
.

Ni nak habaq kat hangpa, ni la lamb chop terSEDAP yang aku pernah rasa. Kalau hangpa rasa penilaian aku tak betul, pergi rasa sendiri kat sana.Serius tidak membohongi kalian.
Malam-malam aku rasa ada menu lain yang disediakan gerai-gerai kecik tepi restoran tu umpamanya Yong Tau Fu dan jugak Sate.


Alamat dia:
Pak Tam Kambing Bakar,
B130 Jalan Kebun Baru Batu 10, Telok Panglima Garang

Search guna Waze je, InsyaAllah sampai. Sedikit kekurangan ialah ada sedikit gangguan lalat. Tak adalah terlalu banyak cuma sedikit mengganggu. Diharap restoran Pak Tam menambahbaik dengan memasang perangkap lalat UV kat restoran dia dimasa akan datang.

Jumpa lagi di entri seterusnya. Baiii!



Isnin, 9 Mei 2016

Notifikasi Umum

Assalamualaikum salam sejahtera semua,

Harap maaf atas kesulitan pembaca mencapai laman ni sejak bulan Mac kalau tak salah aku.Ada sedikit kesulitan berkenaan verifikasi domain yang aku pakai sebelum ni.
Dalam tempoh waktu kesulitan tersebut,aku buat blog baru dalam blogspot dan import content blog5zal.com ke blog5zal.blogspot.my.
Buat masa ni carian Google amat menyedihkan berbanding zaman pakai domain sendiri.Tapi tak apalah,asalkan content lama masih boleh diakses dari blog baru.

Itu saja aku nak cakap buat masa ni.Jumpa lagi nanti.:)


Isnin, 7 Mac 2016

Edited Persona R

Ini ialah model ujian Persona R yang tersebar di media internet kebelakangan ni. Memandangkan ujian jalanraya sedang rancak dijalankan, kekerapan model ini dilihat berkeliaran dijalanraya agak tinggi, dan kebarangkalian ianya di'spyshot' oleh peminat juga tinggi.


Takpayah letak kredit pun tau dah gambar ni dirembat dari mana.Sorry ya funtasticko.

Pertama sekali, Persona R dibina berasaskan platform Iriz.Kalau diikutkan sepatutnya model yg diuji ni dibina sebagai Iriz variasi sedan.Entah macamana Proton punya matematik ekonomi, diorang sedankan Iriz lalu diberi nama Persona. Pada pendapat aku, ini tidak betul. Apa platform Persona tak ok kah? Selain dari jawapan nak berjimat, aku tak rasa ada jawapan lain yang sesuai.
Kemudian langkah meng'sedan'kan sebuah kereta kontot amat berisiko untuk nampak hodoh.Tengok la Fiesta sedan,jahanam punggung dia.Sebabnya kereta kontot cenderung berbumbung tinggi dan bahagian sisi agak tegak.
Secara jujurnya ada beberapa bahagian yang aku tak berkenan dengan 'Iriz' panjang ni.Yang paling ketara ialah tayar yang nampak kecik amat.Ada sesetengah komen cakap ni testing unit,production unit maybe pakai rim besar sikit.Yeke macam tu cara orang buat ujian?

Ujian untuk model baru macam ni adalah ujian keseluruhan kereta yang bermaksud serba serbi bahagian kenderaan diuji.Berkenaan dengan tayar,aku tak rasa saiz tayar akan berubah bila memasuki fasa produksi.
Sebabnya daripada perubahan radius tayar sahaja,data berkenaan fuel consumption, pecutan, tork, penentuan nisbah gear dan kalibrasi meter halaju akan berbeza.Jadi,semestinya unit yang diuji wajib menyamai model produksi.Takkan la pulak test mule pakai CVT, sampai kat market gearbox auto tradisional plak.
Rekabentuk adalah sesuatu yang amat-amat kritikal terutamanya dalam industri automotif.Jangan cuba-cuba buat kelainan yang tak pernah dibuat orang.Mengambil risiko itu bagus, tapi buat penilaian risiko dulu ( baca sebagai market study).
Jarang sangat pengeluar mainstream cuba-cuba buat design yg terlalu radikal untuk mass produce.

Perhatikan gambar asal diatas dan badingkan dengan yang dibawah.
Aku dah buat sedikit perubahan pada rekabentuk Persona R supaya nampak lebih sesuai di mata aku.Hangpa tak suka lantak hangpa lah.


Toksah pertikai skil Photoshop aku tu ye?Aku usik-usik Photoshop dalam laptop ni setahun dua tiga kali je.Nampak rompong ruang tayar dia kan? Haha! Ni baru la arch roda yang seimbang dengan body. Nama pun Persona R,apa barang model 'R' pakai rim 14 kilang. Tak apa, dah beli nanti cari rim besar sikit.


Ni bahagian-bahagian Persona R yang aku ubah sikit ikut selera aku.
1. Arch roda di'dalam'kan beberapa cm depan dan belakang.
2. Garisan 'bahu' aku naikkan sikit bermula dari fender depan sampai ke pertengahan pintu belakang supaya selari dengan aras garisan lampu depan.
3. Door handle depan aku naikkan sikit untuk selarikan dengan garis bahu yang aku naikkan tu.
4. Bahagian bontot aku tak usik walaupun bumper tu nampak aneh juga.Mungkin berbeza pada model produksi.Berlainan dengan bahagian yang aku edit. Bahagian-bahagian ni kalau nak ubah last minute memang kos besar.

Lepas ni Proton tolonglah buat arch yang sesuai dengan badan.Pleaseeeeeee!!!! Sejak dari Saga BLM,macam itu la pesennya.Cetek benar arch diorang ni.
 Satu lagi berkenaan huruf R. Huruf  'R' pada model-model kereta tertentu bukan boleh suka-suka letak. Ingat Honda letak Type - R tu saja-saja nak bagi nama kereta dia sedap ke?
Walaupun nama kereta diatas belum rasmi, peminat dah memandai-mandai tambah aksara. Rasa-rasanya takde kot model Proton yg pakai aksara tambahan ni. Bayangkan betapa tak kena nama ada R tapi pakai rim kompang dengan suspensi jinjang. Lain la versi R3.
Serupa emblem TURBO lah. Macam tahun 80-an plak.Sorry to say....mana ada dah orang tepek emblem turbo sebab nak bagitau yang kereta diorang pakai turbo. Paling- paling pun letak huruf 'T' je. CONTOH; Exora T-BOLD. Tak ke ganas bunyinya.

Korang setuju atau tak sila respon dengan berhemah.Ok bai.

Isnin, 29 Februari 2016

Speedometer Passo Merah Edisi Bajet

As requested by Mr. Eastone, aku tuliskan satu artikel untuk beliau sempena menyambut speedometer Passo backlight merah. Serius aku tak tau apa-apa langsung pasal barang-barang Passo ni. Selain dari aksesori yang berbagai-bagai spec,harga juga sangat varian daripada kategori mampu milik,sampailah jajan-jajan mahal yang super rare.
Barang-barang rare aku tak pandai nak cerita lah,yang aku tau meter bertenggek atas kolum stereng tu maknanya dah swap dashboard Passo. Main body dengan dashboard ni kira naiktaraf dari kelas main stiker zaman 2008 dulu. Itupun berapa ribu dah lebur akibat racunan kengkawan. Sebab tu la aku maintain body facelift 2009 rim patbelas,haha!

Ok, ada satu hari Sabtu tu wife aku dengan anak-anak nak tidur kat Taman Pinggiran,so aku macam biasalah,merdeka macam orang bujang. Cepat-cepat aku rojer Mr. Eastone kot-kot la dia tak balik kampung jenguk bini.
Kebetulan pulak dia pun tengah melapok kat rumah mengerjakan barang kereta dia. Memang cantik sangatlah buat port melepak sampai malam.Dia tanya aku,
"pandai main solder tak?"
Aku jawab "ada barang,on je.takdak hal."

Sampai kat rumah dia @ "bengkel", rupanya dia tengah kaizen suis foglamp kot.Bulbnya dah terbakar. Masalah dengan lampu-lampu suis/meter ni,pengeluar gunakan mini bulb. Susah siot nak cari. Jalan Pasar mungkin la ada kot.

Dalam gambar kat sebelah ni ialah bulb asal yang terbakar. Kakinya cukup panjang untuk dimasukkan kedalam casing.
Disebabkan alatganti tak ada,Mr. Eastone rembat bulb dari radio mana tah,tapi masalahnya kaki dah pendek.
Sebab tu yang dia tanya aku pandai solder ke tidak. Aku gamble jelah sambung kaki sampai jadi. Boleh la menyala warna merah butang suis tu.

Kerja-kerja mengkaizen belum selesai lagi sebenarnya. Mr. Eastone minta tolong aku solderkan LED strip warna merah untuk diletakkan belakang muka speedometer. Meter Passo yang dia pakai sekarang warna kuning,tak Racy kata dia. Entah,aku pun tak faham lagi permainan Passo ni.
Aku pun sambungkan la tiga gugusan LED merah yang mengandungi 3 LED setiap satu. Plan asalnya nak selitkan gugusan strip LED tu belakang muka meter je sebab jarum tak boleh cabut. Agak lawak method tu sebab hasil kerja barang pasti caca marba dengan wiring yang berserabut. Mana nak tap power source lagi.
Dipendekkan cerita entah macamana Mr. Eastone berjaya mencabut jarum speedometer yang menjadi penghalang proses pembaraian meter Passo. Hah! Dah senang kerja la ini macam.
Rupa papan litar speedometer Passo yang dibaraikan termasuk LCD display ditanggalkan sekali

Bila aku perhatikan betul-betul, LED speedometer ni sebijik sama dengan LED strip yang kami dah modified awal-awal tadi. Aku bagitau dia,kalau ada bran,buang LED lama ( kuning ),letak LED baru la. Kemas skit. Boleh pulak dia tanya aku balik,"kalau hang,bran tak?"
Bran tak bran la kan,dah buat pantang mundur kecuali bini call.

Lastly kitorang try sebijik dulu. Nak menanggalkan LED dari strip dah satu hal,nak solder pulak benda-benda saiz mikro ni tangan tak boleh goyang. Mamat ni punya solder pun satu macam,hujung tip dia tak berapa panas.
Walaupun susah sikit, akhirnya satu LED berjaya dipasang. Apa-apahal pun test dulu.Yess!! Berjaya.
Untuk LED seterusnya,kerja-kerja berjalan agak pantas sebab dah cekap sikit. Gila kau,aku dah berbelas tahun tak pegang soldering iron.
Menjelang Maghrib, lima LED untuk latar belakang angka-angka halaju, tiga untuk jarum speedometer dan satu untuk backlight LCD siap dipasang.Hasilnya seperti dibawah:
Semua menyala dengan terang.Glaring sebab belum pasang muka meter
Proses menenyeh paparan LCD kedalam slot
Tadaaaa!!! Dalam gambar ni je nampak warna dia macam oren-oren sikit dan tak sekata,keadaan sebenarnya jauh lebih cantik
Settle pasang semua barang,kitorang mencekik kat Restoran Rodong,Adenium Bukit Beruntung. Ni port wajib geng-geng dia melayan WiFi ceroi. Sampai Restoran tutup la biasanya baru reti nak angkat bontot.
OTW balik rumah dia untuk ambik kereta aku,aku try drive kereta dia yang dah swap pakai EPS. Sedap juga merembat K3-VE injektor Vios (ke Yaris tah,lupa plak), cuma sayang jalan beralun-alun+ spring keras kung membuatkan kendalian huru-hara jugak la. Alignment tayar kiri plak lari teruk sebab langgar pagar rumah berhantu. Next time setting cantik-cantik ye boss,boleh test run lagi sekali.Hehe!

Rabu, 17 Februari 2016

Spesifikasi Satria F150 Indonesia


Secara rasminya Suzuki 'Belang' terbaru iaitu Suzuki Satria F150 injection telahpun dilancarkan di Litar Antarabangsa Sentul,Bogor.Seronok ya dunia permotoran Indonesia,meriah dengan pelbagai variasi motorsikal.Kat Malaysia cuma ada kelas skuter,kapcai dan moped untuk kelas berisipadu kecik.Kategori antara 200 - 300cc kelas apa pun taktau.
Berita baiknya ialah model tambahbaik Belang ini bakal dipasarkan ke Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi.Antara ciri-ciri terbaru yang tak dapat dipastikan dalam entri Kelibat Satria FU Injection di Indonesia lepas akan aku kongsikan dibawah:

1. Enjin baru DOHC 4 Valve 150cc
2. Speedometer Digital penuh
3. Ruang kompartmen
4. Lampu LED
5. Sistem kunci shuttered key

1. - Sistem penyampaian bahanapi menggunakan dual spray injector yang dikawal oleh ECM (                 Electronic Control Module) yang disokong enam sensor
    - Susunan injap direka semula dengan lebih rapat dan menggunakan muka injap yang lebih besar
    - Blok baharu disejukkan menggunakan sistem sejukan bendalir dilengkapi dengan radiator                   terbesar dalam kelasnya
    - Dinding silinder blok disaluti dengan SCEM ( Suzuki Composite Electrochemical Material )
    - Throttle body kini berukuran 32mm
    - Airbox lebih besar untuk pertambahan suapan udara lebih 24%
    - Piston short-skirted ringan

2. - Paparan meter kini digital sepenuhnya meliputi meter kelajuan, RPM, posisi gear, FI ready, suhu       bendalir penyejuk, twin trip, dan oil change interval.
    - Sistem 1-push electric starter.Sistem ini berfungsi menghidupkan enjin hanya dengan sekali  
      sentuhan.Maksudnya pengguna tidak perlu menekan butang penghidup enjin beberapa saat untuk       cranking sepertimana sistem penghidup elektrik konvensional.Pertama dalam kelas 150cc.

3. - Lampu utama menggunakan full LED untuk cahaya yang lebih terang demi kenyamanan
      visibilitas kendara dimalam hari,kahkahkah copy terus bahasa diorang.Syok gak bahasa rojak
      Indonesia ni.
4. - Shutter key sebagai tambahan keselamatan.

5. - Lain lain:
     a) footstep hadapan boleh lipat dengan bank sensor.Apebenda pun aku tak tau bank sensor ni.Besi         kecik yang terkeluar sikit dekat pedal kaki tu kot untuk tau limit kecondongan motor semasa  
        mengambil selekoh.
     b) ruang kompartmen yang terletak diantara handle dan tempat duduk.Senang cerita celah
        kangkang.Boleh la untuk simpan phone agaknya.

Bagaimana dari segi prestasi?

Set up overbore lama masih dikekalkan tetapi nisbah mampatan ditingkatkan kepada 11.5 : 1 dan ditala semula sehingga menghasilkan 13.6kW(18.5 hp) pada 10,000 rpm dan tork sebanyak 13.8Nm/8,500 rpm.Hangpa peduli apa nombor-nombor ni,berapa laju boleh pergi ni?

142km/j.Angkanya nampak kecil saja,tapi zaman aku pakai 2 stroke dulu laju macam ni boleh keluar air mata dah kalau tak pakai helmet.Untuk motorsikal 4 stroke moden yang ada dipasaran Malaysia sekarang,aku rasa yang ini memang laju.Meter Belang lama pun dah jauh berat dari meter motor-motor kapcai lain.
Harga di Indonesia ialah Rp.21,950,000.00 atau lebih kurang RM6,733.00 untuk versi standard dan RM6,827.00 untuk varian tertinggi.Bebaru ni member aku beli Yamaha F150ZR RM9,800.00,mak aiiiii!!!Itu cash tahu?Belum hutang AEON lagi.Marilah kita berhuhu secara berjemaah.
 

Jumaat, 12 Februari 2016

Kabel Bukan Sebarang Kabel

Buat masa ni aku dan isteri ada dua power bank:

1. Pineng 20,000mAh
2. e-tric 5,000mAh

Power bank jenama Pineng dibeli sekitar pertengahan tahun lepas pada harga RM95 kalau tak silap aku dan power bank e-tric dapat percuma dengan pembelian telefon awal tahun baru-baru ni.
Walaupun power bank ni dibeli untuk menghadapi saat-saat kecemasan ketiadaan punca bekalan elektrik untuk pengecasan,kami agak jarang menggunakannya kebelakangan ni sebab kapasiti bateri telefon mencukupi untuk penggunaan seharian diluar rumah.
Selepas menggunakan power bank ni beberapa lama, barulah aku dapat memahami beberapa isu penting dalam penggunaan power bank terutamanya kepantasan pengecasan, kapasiti pengecasan dan juga keupayaan mengecas gadget.

Semenjak popularnya power bank,kapasiti simpanan power bank meningkat dengan mendadak daripada sekecil 2000mAh sampailah aku terbaca satu iklan tu, power bank dia berkapasiti 50,000mAh!!Kalau tengok figure dia memang dahsyat la kan, tapi kaji dulu sebelum membeli.Bukan apa,kebanyakan power bank kapasiti besar melebihi 25,000mAh ni kebanyakannya hancing dengan serius.Terutamanya cap ayam China. Tulis 50,000mAh,yang betulnya cuma 5,000mAh,baki 45,000 lagi batu,kayu,tanah,simen dan sebagainya.
Diperingkat awal penggunaan power bank Pineng, aku rasa brand ni pun lebih kurang je dengan brand lain; kapasiti yang digembar-gemburkan tak memadai dengan keupayaan pengecasan dia. Masa dibeli baru,power bank ni tidak dibekalkan dengan kabel mini USB,tercicir atau memang tak termasuk sekali dalam pakej tak taulah.

Sebelum guna mestilah kena cas dulu kan? Wife aku dapat kabel mini USB dari mana entah, jenama PISEN yang kitorang gunakan untuk mengecas power bank ni dan mengecas gajet.Kami tak guna sumber kuasa dari mobile charger sebaliknya power bank tu kami cas guna port USB dekoder Astro.
Durasi pengecasan dari malam sampai ke pagi biasanya hanya mampu mengecas sebanyak 45%- 50%.Kalau nak penuh kena biarkan sekurang- kurangnya sehari atau lebih.
Keupayaan pengecasan pulak biasa -biasa saja.Tak laju mana dan anggaran pengecasan dari power bank Pineng ni ke Xperia Z2 lebih kurang 2.5 kali.Maksudnya kapasiti 20,000mAh power bank ni hanya mampu mengecas penuh phone aku sekitar 2 kali setengah sebelum simpanan tenaga habis digunakan.

Untuk power bank jenama e-tric pulak,pembeliannya disertakan kabel mini USB yang agak kontot.Dengan kabel yang dibekalkan,power bank kecik ni cepat dicas walaupun hanya menggunakan dekoder Astro. Keupayaan pengecasannya pulak agak pantas,tapi pantas juga simpanan tenaganya habis.Kapasiti 5,000mAh hanya mampu mengecas Z2 sekali sahaja dan tenaga berbaki sekitar 25%.

Satu hari aku gunakan kabel USB dari power bank e-tric pada power bank Pineng untuk dicas sebelum tidur.Bila aku tengok waktu pagi,kapasiti pengecasan melebihi 75%.Wow! Laju pulak. Sama juga bila power bank tu digunakan untuk mengecas gadget. Keupayaan pengecasan dari port 2.1A jauh lebih pantas dari sebelum ni dan kapasiti tenaga yang digunakan tak lebih 30% untuk sekali cas Xperia Z2.

Nah,sekarang kami dah tau apa puncanya. Segala kekurangan diperingkat awal yang aku cerita tadi berpunca dari kabel PISEN!

Secara teorinya kami beranggapan macam ni:

Ambil nilai maksimum selamat sekitar 75% - 80% sahaja kapasiti simpanan tenaga power bank berbanding dengan angka yang dipaparkan.Jika 20,000mAh,simpanan tenaga bersih cuma sekitar 15,000mAh (75%) dan baki 25% dianggap 'lost' dimana-mana.
Dengan simpanan tenaga bersih sebesar 15,000mAh, dan gajet berbateri sebesar 3000mAh, keupayaan pengecasan sepatutnya lima kali. Tapi kita tak boleh ambil lima kali tu sebagai keupayaan sebenar. Paling tidak pun ianya hanya mampu mengecas sebanyak empat kali.Bakinya sekali lagi dikira 'lost' iaitu terbazir sepanjang proses pengecasan.
Itupun dengan syarat anda menggunakan kabel yang baik. Dapat yang pendek lagi bagus.

Sepanjang aku menggunakan gadget terutamanya telefon pintar, faktor paling kritikal yang aku utamakan sekarang ialah kabel mini USB yang baik. Kabel yang terbaik datangnya daripada kilang, iaitu yang disertakan sekali dengan pembelian telefon. Usahakanlah supaya kabel ini berkeadaan baik untuk jangkamasa panjang. Jangan jadi macam Xperia Z2 aku. Dia sempat merasa charger quickcharge Sony original cuma beberapa bulan sebelum ianya hilang akibat tercicir.Hilang sekali dengan earphone original pulak tu..sedih....
Sekarang ni aku ada spare satu kabel magnetik pogo-pin yang dipadankan dengan kepala charger tulen dari HTC.Walaupun outputnya hanya 1.0A berbanding 1.5A Sony,kelajuan pengecasan cuma terjejas sikit sahaja asalkan dipadankan dengan kabel yang baik,sekurang-kurangnya jenama REMAX.

Aku pernah guna kabel mini USB dari kedai DIY.Harganya cuma RM3,panjang pulak tu kabelnya.
Rupa-rupanya rintangan dalaman kabel tu sangat tinggi menyebabkan kuasa yang sampai ke telefon amat sedikit untuk pengecasan. Pendek kata tak boleh usik langsung lah masa phone dicas,dah la phone jadi panas .Patut la murah. Kualiti pun murahan.

Akhir kata,kerana kabel murahan,hidup anda akan merana.
Ok bai.

Jumaat, 5 Februari 2016

Air Terjun Sungai Pisang; Liburan Santai Ver.2 2016

Selesai misi Ver.1 Lata Medang,Mr.KI bercadang nak pergi trekking lagi hujung minggu ni.Kali ni tempatnya tak jauh dan agak popular iaitu sungai Pisang,Gombak.Berdasarkan beberapa artikel yang kami baca,kami semua bersetuju sebab nampaknya perjalanan ke Sungai Pisang jauh lebih mudah dari Lata Medang.Kali ni kami tak bercadang nak bermalam,gerak masuk pagi,mandi-manda pastu makan then balik.Simple.
Seawal jam 7.30 pagi (awal la tuuuu),aku bergerak dari rumah untuk menjemput Mr.KI dan Mr.Timi di Kepong.Baru nak susur masuk ke LDP dari Ikano Power Center  tetiba aku rasa kekurangan sesuatu……eh..mana henpon aku???Jilakeeeeeee!Tertinggal pulak dah.Dari situ jam 7.37 pagi,aku  pusing balik masuk Mutiara Damansara untuk balik ke Sek.4 Kota Damansara.Semuanya berlaku dengan pantas bila jam 8.07 pagi aku dah sampai ke Restoran Abas.
Lama jugak kitorang melepak kat situ membincangkan masalah negara,masalah MLM,penjual agama dan sebagainya sampai pukul 9.00 kot.Makanan tengahari,bekal air semua takde lagi ni.Aku sekupang habuk duit pun takde,tak sempat jumpa ATM.Urusan membeli nasik goreng Kak Pura depan FRIM,beli minuman dan sebagainya mengambil masa agak lama.Rasanya pukul 10.30 pagi baru kitorang sampai ke lokasi permulaan iaitu muka sauk Syabas Sungai Gombak.
Selepas membayar RM3 duit parking dan RM1/kepala kat satu mamat yang katanya ‘penjaga’ tempat tu,kami terus ke lokasi.(satu jilake lagi ni,pagi-pagi dah tunggu mangsa)Sampai di tebing highway,kami mengambil keputusan untuk menyeberang sungai dan menyusur Sungai Gombak.Di point tersebut ada satu lorong menghala ke longkang/anak tangga saliran dari lebuhraya,tapi takkan nak naik ke highway kot.Kitorang pilih untuk menyeberang walaupun Mr.Yatimi mengalami masalah gayat akibat ‘sensor gyro’nya bermasalah.Kelakar juga Mr.Timi ni sebab jarak antara batu yang nak dilompat tu tak sampai dua meter pun.

Perjalanan diteruskan dengan meredah tebing kanan Sungai Gombak,meranduk lalang setinggi kepala di kebun buah-buahan dan sekali-sekala kami berjalan dalam air.Lebih setengah jam juga rasanya tapi mana kolong/terowong nak melintas highway Karak tu?Tak jauh dari situ akhirnya kami jumpa pondok-pondok.Ada satu brader tengah collect air sungai untuk buat breakfast.Jadah apa breakfast dah pukul 11 lebih.
Kitorang tanya dia,tapi dia tak tau kat mana Sungai Pisang.Dia panggil kawan dia,laaa….rupa-rupanya kawan dia ni budak si pengutip duit parking tadi.
Budak tu pun cakap kitorang dah sesat ni.Cabang jalan ke Sungai Pisang dah terlepas awal-awal lagi.Rupanya point yang Mr.Timi gayat tu la simpang nak ke Sungai Pisang.Kami berpatah balik ikut trek yang agak lebar dan baik kondisinya sebab banyak kereta masuk.Kereta pemilik-pemilik pondok tu lah.Tak tau la diorang ni penduduk tempatan ke haram.Lebih kurang 15 minit menapak,kami sampai ke jalan utama kira-kira 100 meter sebelum sampai ke penghalang jalan untuk memasuki bangunan muka sauk Syabas.
Perjalanan terpaksa dimulakan semula selepas membuang masa kira-kira satu jam.Baru kami faham rupanya Sungai Pisang dan Sungai Gombak tak sama.Ingatkan naik menghulu Sungai Gombak,sampailah kami ke air terjun tu.Di simpang pertama,kami memanjat longkang saliran untuk ke tembok lebuhraya Karak,kemudian baru berjumpa kolong berkembar untuk menyeberangi lebuhraya ke sebelah sana.

Sampai ke seberang,kami meneruskan perjalanan menyusur tebing sungai sejauh kira-kira 150 meter.Keadaan laluan makin sukar dan lorong semakin sempit.Lain macam betul trek tempat mainstream ni.Tambahan lagi tiada tanda-tanda manusia baru melalui tempat tu,sedangkan ada satu group budak sekolah belakang kitorang masa mula-mula sesat tu.Kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke kolong/terowong dan menyemak semula laluan.
Rupanya sekali lagi kami terlepas lorong sebenar iaitu di sebelah kanan terowong yang merupakan tangga saliran air dari longkang lebuhraya.Ha,ini baru betul.

Memanjat tangga tu pun satu hal juga.Penuh dengan dahan-dahan patah.Entah macamana muncul satu macha celah semak tak berbaju.Sah drebar lori tengah cari port nak berak.Sampai kat atas memang betul ada satu treler berhenti tepi jalan.Dari kilometer 28.2,kami perlu menapak sejauh 500 meter hingga ke kilometer 28.7.Dari situ terus boleh nampak lorong kekiri memasuki semak samun.


Ada beberapa motorsikal dan sebijik kereta Hyundai Matrix diparkir tepi lebuhraya masa tu.Siapa nak mudah,buat la macam diorang ni.Tapi aku tengok ada sekeping saman terselit kat celah wiper Hyundai tu.
Dari lebuhraya,perjalanan dan tak jauh,lebih kurang 10 minit dah boleh sampai ke air terjun.Bila kami sampai,masyaAllah ramainya manusiaaaa…Yang berendamnya,yang flying foxnya,yang rappelling lagi..adoiiii…terbantut selera nak mandi-manda.Akhirnya kami memilih kolam kecik di puncak air terjun untuk berendam.Kami panggil kolam VIP,takde orang kacau.
Kitorang suka jugak la aktiviti mandi-manda ni,tapi priority no.1 ialah privasi.Tak syok betul la mandi-manda beramai-ramai ni.Macam kat Lata Medang hari tu,bahagia betul conquer puncak air terjun.
Orang ramai mandi kat bawah,tak nampak dalam gambar

Kolam VIP,hihi


Settle makan dan mandi,lebih kurang pukul 1.00 petang,kami pun balik…huhu