Sabtu, 29 September 2012

Kapal Trimaran Halimunan KRI Klewang Terbakar

Pada 31 Ogos lepas ketika Malaysia sedang menyambut Hari Kemerdekaan dengan tema paling kontroversi,Angkatan Laut Indonesia menerima kapal trimaran halimunan (stealth trimaran) pertama daripada empat unit yang dipesan.
PT Lundin Industry Invest menyerahkan unit pertama yang bernombor 625 di Perairan Selat Bali,Banyuwangi,Jawa Timur. PT Lundin mengklaim bahawa trimaran siluman yang diberi nama KRI KLEWANG ini adalah trimaran kalis radar pertama di dunia.Dibina dengan bahan komposit dan rekabentuk tipikal pengurangan radar cross section,KRI Klewang mampu bergerak selaju 35 knot,melalui perairan cetek,dan dipasang empat peluru berpandu C705 buatan China dengan jarak tembakan 120km.

Tapi harapan tinggi TNI Angkatan Laut berkecai apabila KRI Klewang sepanjang 63 meter yang dibina dengan kos rp114 miliar itu terbakar dan karam pada 28 September 2012.Khabarnya berlaku litar pintas dalam sistem elektrikalnya.

*Pasti ini angkara negara jiran Malingsia,LOL!




Burn it down,yeahh!



Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 28 September 2012

Benarkah Wujud Piramid Melayu di Malaysia?

Semalam aku MC,sakit pinggang.Sesuatu yang sangat jarang aku buat adalah MC sebab aku jarang sakit teruk.Alhamdulillah.Tapi semenjak bekerja dengan environment yang mencabar,badan aku jadi fragile.Contohnya tahun lepas,dalam bulan April aku terpaksa menjalani pembedahan 'slipped disc' seminggu sebelum nikah.Sebelum operate,dua kali aku ke klinik sebab sakit belakang.Tapi sebab muka aku ni cool sangat walaupun sakit pinggang,doktor tak teringin nak menghadiahkan aku sijil MC barang sehari dua.
Oleh kerana aku berehat saja dirumah semalam,agak banyak masa yang dapat diluangkan untuk membaca blog dan tak sangka militaryofmalaysia.net ada entri baru.En.Shah selaku ownernya memang jarang dapat menulis entri terbaru,yelah bukan senang nak kumpul fakta.Tetapi kali ni beliau menulis sesuatu yang diluar kebiasaan,yakni tiada kaitan dengan dunia ketenteraan.

 

PIRAMID DI MALAYSIA?

(Memang ada,terletak di Sunway Pyramid,haha!)

Harap baca sampai habis…


Sebelum ni cuma sekali ada beliau menulis tentang eksplorasinya ke sebuah lokasi rahsia di Malaysia yang menempatkan puing-puing tinggalan penjajah,jauh ditengah hutan.Tetapi entri terbarunya lebih menggemparkan sehingga membuat aku terfikir apa yang aku tahu selama ini mengenai Malaysia adalah cuma sekelumit sejarah dari apa yang pernah berlaku di tanahair kita.
Bagi kebanyakan dari kita yang bersekolah menengah sehingga tingkatan lima,sejarah Malaysia boleh dikatakan hanya bermula sekitar kerajaan Majapahit,kedatangan Parameswara dan sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan.

Kalau nak diikutkan memang tidak lengkap langsung,tapi rasanya bersesuaianlah dengan tahap sekolah menengah.Jika disumbat semua sekali sejarah peradaban manusia dari dulu sampai sekarang alamatnya tak boleh nak belajar subjek lain.

Berbalik kepada entri terbaru En.Shah dalam blog militaryofmalaysia.net tu,aku cuba tunjukkan kepada seorang kawan sekerja aku.Lepas dia baca nampaknya beliau meragui kebenaran cerita En.Shah.Aku akui ada sedikit unsur mistik/mitos yang menyebabkan keseluruhan cerita kelihatan seperti sebuah fiksyen.Salah satu point kawan aku,dia meragui akses En.Shah yang melibatkan unit risik tentera.Pada pendapat kawan aku ni,keanggotaan risik adalah rahsia,sehingga anggota tentera sendiri tidak tahu siapa anggota risik dikalangan mereka.Aku sendiri lagilah tak tahu tentang organisasi tentera ni.Terpulanglah apa yang kawan aku nak fikir.

Pada aku,En.Shah tidak perlu membuang masa menulis blog sejak sekian lama jika hanya untuk menipu.Tetapi entri En.Shah mencetuskan sifat ingin tahu yang sangat kuat untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai piramid di Semenanjung Malaysia ni walaupun klu yang diberi beliau sangat kabur.

Beliau hanya menyebut lokasinya terletak di hutan dara sempadan Pahang dan rupabentuknya tidak lagi berbentuk piramid.Setelah sekian lama,piramid itu diselubungi hutan rimba yang tebal.Masalahnya,Pahang bersempadan dengan Terengganu,Kelantan,Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Johor dan kita semua tahu sebahagian besar Pahang dilitupi hutan tebal dengan rupa mukabumi yang berbanjaran dan berbukit bukau.

image

Dimanakah piramid misteri itu?

 

LOKASI PIRAMID?

Dari entri En.Shah,pembacaan aku bersambung ke sebuah lagi blog yang dipautkan oleh seorang pembaca.Blog yang bernama MistisFiles ada menyelitkan sedikit maklumat tentang piramid Melayu dalam entrinya,klik sini.Entri tersebut ditulis pada 1 Oktober 2011.
Secara ringkasnya,penulis menceritakan pertemuannya dengan seorang ‘wakil’ Kementerian (aku terbayangkan Agent Coulson dalam Avengers) yang mahu berjumpa beliau berkenaan satu foto lama bertarikh akhir 1891.Menurut penulisan Cik Srikandi(nama pena beliau),beliau telah ditunjukkan gambar lama hitam putih yang menunjukkan beberapa pegawai British dan tiga orang asli berlatarbelakangkan kota purba serta jauh dibelakang gambar,terlihat puncak piramid.

Pertama kali aku membaca ayat-ayat dalam entri beliau,aku rasa semacam.Aku tak kata beliau juga penulis fiksyen yang baik,cuma aku berharap ianya benar,sama seperti entri En.Shah.

Seperti klu yang diberikan En.Shah,lokasinya ditengah hutan dara sempadan Pahang adalah agak bercanggah dengan kebanyakan civilization yang kita belajar selama ni.Kebanyakan tamadun bermula di pesisir pantai dan kuala-kuala sungai.

Tetapi jawapan yang aku fikirkan hampir sama dengan apa yang ditulis oleh Cik Srikandi.Bukankah Angkor Wat itu dibina ditengah hutan?Bahkan Kota Mayan terletak jauh dalam hutan di Palenque Mexico.Machu Picchu di Peru juga berjarak 358 kilometer dari pantai yang terdekat.

Tak banyak informasi berbahasa Melayu yang dapat membantu di internet.Kebanyakannya yang meninggalkan komen dalam entri-entri En.Shah dan Cik Srikandi lebih terarah ke kisah zaman-zaman Nabi yang pada aku tidak dapat membantu langsung.Mungkin benar dahulukala bangsa Melayu bangsa yang agung setaraf dengan tamadun-tamadun awal,tapi buat masa ini bukti kukuh belum didapati.Ianya masih lagi disimpan kukuh oleh pihak-pihak yang berkenaan atas alasan untuk mengelakkan penjarahan oleh Lara Croft di tapak-tapak bersejarah tersebut.

Aku yakin bila tiba masanya nanti,semua orang layak tahu kebenarannya tentang cerita-cerita ni dan sesiapa yang berminat,bacalah dengan lebih lanjut di laman blog mereka.

Selamat menyiasat.

Selasa, 25 September 2012

Variasi Model Toyota Passo

 

Bermain dengan Passo ni bukanlah benda baru,tapi benda ni kalau tak ada permintaan yang semakin meningkat,takkan runner barang spare part boleh pakai Skyline R34.

Informasi gambar ni entah betul ke tidak tak pasti le teman.Maklumlah dari internet,kalau orang tipu aku,kiranya aku tertipu koranglah.

Model paling barunya secara jujur Myvi Extreme jauh lebih hensem.Pemain-pemain Passo JDM sahaja yang kenal luaran dan isi perutnya.Untuk jenis yang jarang nak amik tau,atau kejap minat kejap tak minat,atau minat tapi takde duit,gambar-gambar ni bolehlah dijadikan rujukan.

 

Passo 2005

Passo 2005 frontPasso 2005 rear

 

Passo 2006

Passo 2006 frontPasso 2006 rear

 

Passo 2007

Passo 2007 frontPasso 2007 rear

 

Passo 2008

Passo 2008 frontPasso 2008 rear

 

Passo 2009

Passo 2009 frontPasso 2009 rear

 

Passo 2010

Passo 2010 frontPasso 2010 rear

 

Passo 2011

Passo 2011 frontPasso 2011 rear

 

*kalau salah tolong betulkan.Trimas!

Isnin, 24 September 2012

Rangka Tertua Di Malaysia

Rangka manusia pertama di Asia Tenggara?

 

Kosmo! Online - Negara-141222

Rangka manusia tertua di Malaysia ialah Bewah Man yang ditemui ahli arkeologi ketika ekskavasi di Gua Bewah,Tasik Kenyir Terengganu.Ditemui pada tahun 2010,usianya adalah 16,000 tahun.Penemuan pertama rangka manusia di Gua Bewah adalah pada tahun 1976,tetapi umur rangka tersebut hanya 2,500 tahun.

Bewah Man win.

Lokasi Percubaan AES Malaysia

Berita kurang enak untuk kaki pecut lebuhraya.

 

Kita semua sedia maklum,JPJ mula menjalankan percubaan sistem AES (Automatic Enforcement System) untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalanraya.Sistem ini diperkenalkan untuk memperbaiki sistem saman ekor yang khabarnya tidak adil kepada pesalah jalanraya.

Aku setuju dan aku pun tak suka sistem saman-saman ekor ni.Aku pernah kena saman hadlaju pada kelajuan 93kmj dikawasan 90kmj.Masalahnya ada sesetengah kawasan lebuhraya kita ni sekejap 90kmj,depan sikit 110kmj,lepas tu 90kmj semula.

Ada baiknya diseragamkan hadlajunya disepanjang lebuhraya dan kalau faktor mukabumi jadi penyebab kenapa disatu-satu tempat ada yang 90kmj,itu salah pemaju lebuhraya.Siapa suruh buat lebuhraya bengkang-bengkok macam litar Sepang.Hadlaju 110kmj +-10kmj sudah sesuai dengan bentuk lebuhraya Malaysia,cuma pengguna lebuhraya yang kekadang bebal bawak 70kmj kat lorong kanan sekali.

Dengan adanya perangkap laju AES,ianya bukanlah perangkap laju yang sebenar.Dari berita kat TV semalam,khabarnya akan ada papan tanda peringatan kawasan tersebut diletakkan AES.Baguslah kalau macam tu,sistem yang diwujudkan untuk mendidik pengguna jalanraya,bukan semata-mata menjana pendapatan dengan saman trafik.

Untuk fasa percubaan (pilot stage),pihak JPJ menyenaraikan lokasi-lokasi AES di laman web mereka,klik sini.Lokasi-lokasinya adalah seperti berikut:

 

 

image

image

 

Lebih banyak lagi lokasi AES akan diletakkan terutamanya dikawasan ‘maut’ seluruh Malaysia.Sila ambil perhatian jangan nanti kata tak tahu pulak kenapa tiba-tiba kena speedtrap.

 

*sumber jpj.gov.my

Mesin Pengumpul Sperma China

China mengamalkan polisi satu anak untuk pasangan yang tinggal di bandar.Tetapi ada beberapa keadaan dimana peraturan itu tidak perlu diikuti terutamanya untuk keluarga yang tingal di pedalaman,etnik minoriti atau kelahiran kembar.

Di sebuah hospital di Nanjing dalam wilayah Jiangsu,disediakan sebuah mesin ‘sperm extractor’ automatik untuk mengumpul sperma daripada penderma.Mesin tersebut dilengkapkan dengan lubang paip pengurut boleh dilaras mengikut ketinggian penderma.Kelajuan,frekuensi,amplitud dan suhunya juga boleh disesuaikan mengikut keselesaan pengguna.

Satu lagi fungsi ekstranya ialah,terdapat skrin kecil yang menayangkan filem x-rated untuk ‘membantu’ mempercepatkan proses ‘pendermaan’ sperma.Haha!Mesin tersebut dijual pada harga $2800.

Mungkin pengenalan mesin itu adalah serampang dua mata dalam usaha mengawal populasi penduduk bandar China.Selain dari tujuan menderma,boleh juga dijadikan stesen melepaskan ‘hajat’.Jadi tidaklah sperma dibazirkan begitu sahaja.

Kalau mesin ni diletakkan di tempat terbuka ada ke yang sudi menderma?

 

Sperm Extractor machine

Jumaat, 21 September 2012

Jaguar F-Type

Jaguar F Type camo

Jaguar F-Type dengan stiker camouflage

 

Sebelum ni aku tak pernah rasa kereta-kereta Jaguar tu cun sehinggalah muncul Jaguar F-Type.Rekabentuk Jaguar kebanyakannya bercitarasa Eropah+orang veteran yang amat sangat.Itu pada pandangan aku sebab tinggal di Malaysia ni kebanyakan mesin empat roda buatan Jepun.

Jaguar F-Type berlainan citarasanya,ewahhh!Kereta yang lahir di Birmingham,England ini kelihatannya disasarkan untuk memancing peminat-peminat kereta sport dengan skop yang lebih luas.Dasat tak gua punya halusinasi?

Ditawarkan dalam dua varian enjin iaitu 3000cc V6 (340ps & 380ps)atau itu pun belum cukup G-Force,boleh dapatkan versi 5000cc V8 (495ps) dengan transmisi lapan kelajuan.Kelajuan maksimum mencapai 190mph untuk versi paling berkuasa.

Open top roadster akan mula dijual tidak lama lagi dan versi hard top coupe bakal menyusul akhir musim panas 2014.

 

Spesifikasi:

Enjin: Supercharged 3.0 V6 (340ps & 380ps)

          Supercharged 5.0 V8 (495ps)

Tempat Duduk: 2

Berat: 1600kg

0-60mph: kurang 5 saat

Harga : GBP 55,000

jaguar-f-type-04

jaguar-f-type-05

jaguar-f-type-gt3-1

 

Sumber :DailyMail

Bila Nak Kaya Kalau Macam Ni?

Kenapa tak boleh kaya dengan berblogging?

 

Kaya atau tak bergantung pada bagaimana kita mendefinisikan terma 'kaya' tu sendiri.Pada aku tak mungkin boleh kaya dengan hanya berblogging di Malaysia ni.Kalau nak dapat duit sampingan tu bolehlah,tapi berapa banyak kita mampu dapat?
Pengiklan akan membayar secara cost per click atau buffer earning yang mana ianya berkait rapat dengan berapa banyak jumlah pengunjung blog kita.Dalam hal ni,jumlah blogger yang mampu menjana pendapatan melalui berblogging sangat sedikit.Sebabnya bukan senang untuk blog kita jadi terkenal.
Pendapatan melalui blog datang dari tiga peyedia iklan blog utama iaitu Advertlet,Nuffnang dan Innity.Antara ketiga-tiganya Innity paling susah lepas kelayakan sebab pageview minima 100k sebulan kalau tak salah.Bagi yang berjaya beriklan dengan Innity,tahniah.

Screenshot_2012-09-20-22-07-03

Blog aku beriklan dengan Nufnang sebab senang.Tak lama lepas beriklan,dapat status Gliterrati.Aku tak pasti apa kelebihan status Gliterrati sebab sejak aku beriklan,tak ada apa-apa beza pun.Diawal-awal Nuffnang menyediakan iklan untuk blog aku,ada beberapa kali aku dapat buffer earning(sekarang namanya CPUV-Cost Per Unique Visit) antara Oktober 2010-Mac 2011.Lepas tu dah tak ada sedangkan masa tu pageview purata jauh lagi rendah dari sekarang.
Memandangkan dah lama aku tak tengok berapa 'ribu' duit Nuffnang aku,semalam aku check berapa jumlah terkumpul.Baru ada RM2817 sedangkan nak cashout paling kurang RM5000(sengaja aku tak letak titik perpuluhan).Takpelah,ada la jugak walaupun tak banyak.Tapi yang agak mengecewakan aku kenapa status Gliterrati aku bertukar jadi Non-gliterrati?Atas alasan apa?

 

Gliterrati
-Bermaksud Nuffnager Eksklusif yang TIDAK ada menyelitkan iklan,menyebut atau pautan kepada rangkaian iklan dari Asia Tenggara atau apa juga rangkaian iklan yang pihak Nuffnang rasakan sebagai pesaingnya didalam blog
-Gliterrati tidak perlu dipohon,sekiranya blog kita TIDAK melakukan apa yang dinyatakan diatas,welcome to Gliterrati club.
-Sekiranya ada perlanggaran terma kelayakan Gliterrati,crawler Nuffnang akan mengesannya dalam masa 4 hari dan secara automatik blog kita ditendang dari kelab Gliterrati

 

So,dimana letaknya pesaing Nuffnang dalam blog aku?
Walaupun blog ni blog aku dan aku menggodeknya sejak Mei 2008,rasanya tak pernah pulak aku promote iklan lain kat blog aku.Tapi kenapa Nuffnang tiba-tiba menendang blog aku dari kelab Nuffnagers Ekslusif.
Kali ni aku tak mau hantar ticket bertanyakan hal ni.Sebab pada diorang,'crawler' tu jauh lagi bijak dari manusia.Apa yang dah berlaku,biarkan saja dan ada baiknya aku 'ringankan' pageload time blog aku dengan mengremove beberapa widget*.Siapa faham SEO akan faham.

Kenapa aku cerita pasal Nuffnang panjang lebar sedangkan tajuknya lain?Inilah salah satu sebab kenapa tak boleh kaya dengan blogging.

 

*Gue serius ni pakkk!

Originaliti Dalam Penulisan

100-original-guaranteed

Semalam aku baca satu entri pilihan dari satu website ping yang popular sekarang ni.Sebagai seorang blogger,tuah datang kepada anda bila entri anda terpilih sebagai entri pilihan.Promosi free beb.Aku pun tumpang sekaki baca dan tinggalkan komen kat entri dia.
Hari ni aku cuba nak baca entri beliau sekali lagi tapi aku lupa pulak URLnya.So,aku search kat Google tajuk entri yang beliau tulis(tajuk entrinya memang aku ingat).Walaupun tajuk yang aku taip tu lebih 90% tepat dengan entri beliau,aku rasa agak pelik kenapa Google tak listkan di page pertama carian.Kemudian aku cuba klik satu laman blog lain yang tajuknya hampir serupa.
Bila aku baca satu persatu,sah entri yang aku baca semalam hampir sama dengan blog yang aku baru jumpa ni,cuma ayatnya diolah sedikit.Blog yang aku baru jumpa ni poskan entri tu 15 March 2012 dengan 29 komen.Entri yang jadi pilihan laman ping blog tersebut mengepos entri pada 18 September 2012 dan mendapat 49 komen.
Adakah pemilik dua blog ni adalah orang yang sama?
Aku rasa korang semua tentu dapat agak apa yang berlaku.Maaf,aku tak ada niat nak melagakan sesiapa.Cuma aku rasa macam kesian kat penulis asal entri tu.Perkara macam ni memang biasa berlaku dalam dunia blogging.Kita cuba bersangka baik sajalah.
Bukan sikit yang repost balik berita dari Kosmo Online,myMetro,DailyMail,Gizmodo dan macam-macam sumber lagi.Apa yang membezakan cuma olahan ayat kita sendiri,gaya dan identiti penulisan kita.Artikel macam tu bukan satu isu besar untuk dikongsikan sebab benda open source,kalau takut kita tulis berita salah,letakkan link asal.Dalam ertikata lain,memberi kredit kepada sumbernya.In case kalau kena blame pasal berita palsu,link asal la kena bertanggungjawab,haha!
Aku pun banyak ambik news dari berita-berita online,dan sesekali tu miss jugak nak letak link asal.Tapi setakat ni belum lagi share penulisan orang kat blog aku tanpa pengetahuan penulis asalnya.

Kadang-kadang aku terbaca juga status kat wall laman sosial tentang niat orang untuk berblogging.Bila timbul je minat,terus cari kat internet macamana nak mula berblog.Jalan paling mudah adalah dengan blogspot.Tapi,fikirkan baik-baik apa yang nak kita tuliskan dalam blog kita.Banyak topik yang popular untuk kita tulis,dan harus diingat apa yang glamour tu lah banyak saingannya.Kita baru,orang lain pagerank dan cecah 3/4,boleh beat ka?
Oleh yang demikian,tetapkan dalam hati matlamat kita blogging bukan nak cari glamour jalan singkat.Ia akan memakan masa sangat panjang,mungkin dua-tiga tahun untuk stabil.Kalau sanggup konsisten selama tempoh itu,selamat datang ke dunia blogging.Tak perlu kejar jumlah follower yang banyak,kita bukan Neelofa.Orang tak pernah kenal kita.Tawan hati pembaca dengan tulisan yang baik,teratur,dan original.InsyaAllah blog kita akan berada diparas yang baik.Kalau lebih rajin buat blogwalking,komen setiap blog yang dilawati,makin baik blog kita.
Aku boleh bagi contoh jumlah follower yang banyak tak penting sebenarnya.Yang paling penting di kedudukan mana blog kita dalam carian Google.Berapa pagerank,berapa sites linking in dan jugak ranking Alexa.Perhatikan blog ni,follower ada 170 je.Most of them bukanlah blogger pun,tapi dengan sokongan diorang dan pembaca diluar sana yang sudi membaca blog5zal ni,statistik yang dicatat agak baik sebenarnya.Itupun berlaku penurunan pageview,ranking Alexa dan sites linking in yang agak ketara lepas aku terminate broadband.
Sejak Mei 2008,dengan 170 follower(korang memang baik bangat),jumlah pageview melebihi 200,000 dan pageview semalam sahaja 483.Aku sangat berpuashati sebab kebanyakan topik entri yang aku tulis bukan ramai peminat pun,contohnya isu militari dan action figure.Orang lebih suka cerita hiburan/artis sebenarnya.Terpulang pada kita sendiri,blog kita menjurus kearah mana.Jadi diri sendiri,rajin-rajinkan menulis,berfikir diluar kotak dan jangan give up.Blogging tak boleh jadi kaya pun.Kejap lagi aku tulis entri lain,pasal apa tak boleh kaya dengan blogging.

Khamis, 20 September 2012

Oh My English #3 : Dalam Kilang

Xrxrxrxrxrxrxrrrrr!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sony Playstation 3 2012

Sudah menjadi kelaziman,setiap model PlayStation akan mengalami perubahan dimensi daripada gemuk menjadi kurus.Yang bagusnya,harga akan turut sama ‘kurus’ memandangkan Sony sentiasa mencari jalan mengurangkan kos produksi untuk menjamin kedudukan PlayStation dalam persaingan industri konsol permainan.

 

art-PS3-a-620x349

Terbaru,Sony mengumumkan keluarga baru PS3 semasa press conference Tokyo Game Show (TGS)yang akan berada di pasaran Jepun pada 4 Oktober.Warna putih akan mula dijual pada 22 November.Model terbaru PS3 ini 25% lebih kecil dan 20% lebih ringan daripada model sebelumnya.

Memori dalaman yang dibekalkan adalah sebesar 250GB dan 500GB.Untuk pasaran US,model 250GB akan mula dipasarkan 25 September pada harga $270 beserta permainan Uncharted 3 dan baucar $30 ‘digital content’ DUST 514.Juga ditawarkan bundle package 500GB beserta Assasin Creed III pada 30 Oktober,tetapi harganya belum diumumkan.Untuk harga konsol sahaja,set 250GB $US249,500GB $US299,lebih kurang RM773 dan RM928.

 

Sumber Kotaku,smh.com

Koleksi Kereta Simon Cowell

Simon Cowell adalah seorang mogul dunia hiburan yang berpendapatan tidak masuk akal,contohnya beliau dibayar $75 juta untuk rancangan X-Factor sahaja.So,bagaimana seorang lelaki menghabiskan wang yang menimbun?

Kereta!

Baru-baru ni Simon Cowel membeli sebijik lagi Ferrari 458 Italia berwarna silver,sebagai tambahan kepada sebijik lagi model yang sama berwarna hitam dalam garaj beliau.Orang banyak duit beli kereta yang sama,warna lain-lain pun apa ada hal.

Berapa banyak kereta Simon Cowell ni sebenarnya?

 

1.Ferrari 360

2.Mercedez SL55 AMG

Mercedes-SL55-AMG

3.Range Rover

4.Bentley Azure

Bentley-Azure

5.Aston Martin DB7

6.Ferrari 430

7.Audi R8

8.Bugatti Veyron

Bugatti-Veyron

9.Mini Cooper S

10.AC Cobra Mk IV

11.Jaguar XK120

12.Aston Martin DB9 Volante

13.Ferrari California

14.Bentley Continental GT

15.Lamborghini Gallardo Spyder

16.Rolls Royce Phantom

17.Audi A8

18.Porsche 911

19.Mitsubishi EVO

Mitsubishi-Evo

20.Jaguar XK

21.Bentley Arnage

 

Sumber :therichest.org

HTC 8X Windows Phone 8

HTC 8X

 

HTC_Multi_Phones_nt_120918_wg

 

Aku rasa smartphone ni gorgeous.Menggunakan operating system Windows Phone 8,HTC 8X adalah lawan yang adil kepada Nokia Lumia 920.Pertama kali aku mencuba peranti dengan OS Windows masa adik aku beli Garmin Asus M10.Masa tu interface Windows Mobile 6.5.3 Professional agak boring dan kekurangan pilihan aplikasi untuk disedut.

Tapi Windows Phone ditambah baik dan menjadi semakin cantik pulak sekarang ni.Meh tengok spesifikasi smartphone yang tidak se’gah’ iPhone 5 yang baru dilancarkan tu.

 

Operating System:Windows Phone 8

Dimensi:132.3x66.2x10.1mm

Berat:130g

Paparan: S-LCD2 720x1280 piksel,4.3inci (342ppi)+Corning Gorilla Glass 2

Memori: 16Gb,1Gb RAM

Kamera: 8MP,aperture f2.0

Chipset:Qualcomm MSM8960 Snapdragon

CPU: Dualcore 1.5Ghz Krait

GPU:Adreno 225

Bateri:1800mAh

 

 

Ada beberapa blog gadget cakap,HTC 8X ni dilengkapkan dengan dedicated camera button,ada juga yang kata tak ada.Begitu juga slot memori.Dari laman web HTC,nampaknya tidak ada slot memori tambahan dan berita baiknya,ada butang kamera.Diatas kertas HTC 8X ada sedikit sahaja perbezaan berbanding Nokia Lumia 920 yang juga sedikit berat iaitu 180g.Secara amnya,kedua-dua peranti Windows Phone 8 dari dua jenama ini boleh dikatakan setaraf.

Selasa, 18 September 2012

Christina Aguilera Bambam

Aiyoh!

 

Dulu-dulu…(gambar paling mematuhi syariah yang aku jumpa kat Google Images)

 

christina aguilera_wallpaper 02

 

Christina Aguidele,

 

Christina Aguilera Gemok

The Raid Redemption;Iko Uwais=”Donnie Yen” Indonesia

The Raid redemption

Aku baru je selesai menonton filem The Raid Redemption yang member aku bagi minggu lepas.Katanya filem Indonesia,best fighting artnya.Aku pun simpan dalam phone dan semalam baru tergerak nak tengok filem ni.

Di Malaysia aku tak pasti dah masuk panggung ke belum,tapi yang aku perasan ada iklannya dalam Astro.Mungkin untuk langganan Astro First/Best.Entah mana satu pun aku tak pasti.

Filem ni mengisahkan sekumpulan pasukan khas polis Indonesia (DENSUS 88 barangkali)yang menyerbu premis berupa sebuah apartment yang dikawal oleh seorang druglord.Pendukung watak utama adalah Iko Uwais yang sememangnya mahir dalam seni beladiri dan filem ini diarahkan oleh pengarah Gareth Evans.

Jalan ceritanya agak mudah,sepasukan polis khas menyerbu sebuah apartment dan seorang-demi seorang anggota pasukan polis tewas ditangan musuh.Filem ni agak sarat dengan aksi martial art yang kemas,efek khas yang sangat baik,staraf filem-filem aksi Hong Kong/Hollywood.

Kalau kita cuma memberi perhatian pada aksi filem tu memang tak perasa beberapa perkara yang dirasakan agak janggal.

Pasukan khas tersebut umpama menempah maut kerana tiada sokongan lengkap komunikasi dengan pusat kawalan,tiada sniper team diluar bangunan,dan jumlah manpower yang tidak mencukupi.Akibatnya ramai anggota kena sembelih.Tapi nak dijadikan cerita,kekurangan itulah yang menggerakkan plot cerita ni.Kalau betul-betul punya raid,setengah jam dah selesai.Misi macam ni biasanya pasukan khas akan buat mock up dulu untuk memastikan misi berjalan lancar tanpa mengorbankan nyawa anggota keselamatan.

Dari sudut hiburan,filem ni masih menghiburkan untuk sesiapa yang gemarkan filem aksi.Cuma rating filem ni rasanya tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.Bila la Malaysia nak buat filem aksi anggota pasukan keselamatan setaraf macam ni.Gerak Khas??Errrr………

 

*Satu lagi M4 Carbine + supressor agak kurang sesuai untuk serbuan dalam bangunan kot.Panjang sangat.

Jumaat, 14 September 2012

Perang Telefon Pintar

Perang antara jenama dan spesifikasi telefon pintar.

 

iPhone5 vs Lumia 920

 

Menurut laman web GSMArena,RBC Capital Markets menjangkakan IPhone 5 yang akan dilancarkan 21 September nanti akan mencapai angka jualan 8-10 juta unit dalam bulan ini sahaja.Tetapi adakah flagship terbaru Apple ini benar-benar satu lonjakan paradigma untuk syarikat Apple?

Pertamanya dari segi spesifikasi.Majoriti laman web membandingkan dengan beberapa jenama yang sudah pun berada dipasaran dan bakal dikeluarkan tahun ini peperti Samsung Galaxy S III,Galaxy Note 2,HTC One X,Sony Xperia S,LG Optimus GE973 dan tidak ketinggalan Nokia Lumia 920.Rata-rata pesaing Apple menggunakan cip dua dan empat teras,Android 4.0+/Windows 8 dengan ketumpatan piksel setinggi 300++.Sony Xperia S contohnya menampilkan skrin LCD dengan ppi setinggi 342.

Apakah kekuatan Apple untuk mengatasi pesaing-pesaingnya?

Jawapannya adalah sokongan peminat produk Apple.Spesifikasi dan harga yang menjadi faktor penting kejayaan sesuatu produk bukanlah kelebihan IPhone 5 dalam peperangan peranti telefon pintar tahun ini.

Bagi peminat Apple,sistem operasi iOS sangat mudah digunakan,tapi berapa ramai yang tak tahu guna Android?Secara jujurnya dalam banyak-banyak peranti telefon pintar yang dilancarkan tahun ni,aku undi model Nokia Lumia 920 dan Sony Xperia S.Berbaloi untuk wang.Anda bagaimana?

Oh My English #1:Helmet

Oh My English!

IMAG0353
IMAG0354

Rabu, 12 September 2012

Taman Tema Resident Evil

Resident Evil(Biohazard) adalah sebuah game Capcom yang boleh dikatakan legendary dengan mencapai siri keenam tahun ini,dan filem RE kelima,Retribution bakal ditayangkan 13 September nanti.

Sesiapa yang mampu melancong ke New York US,sila singgah ke Gramercy Park kerana Universal Studios Japan akan ‘menukar’ taman ini menjadi seperti Racoon City dari 14 September hingga 11 November nanti.Jill Valentine,Claire Redfield,Lickers,Nemesis T-Type dan semestinya zombie akan menyambut kunjungan anda.

 

7875017276_5bf426b847

 

Sila bawa lampu suluh,Magnum .45,dan Green Herbs yang mencukupi.

 

*sumber :Siliconera

Aku Tak Marah ‘Peminat” Aku Ni

No.1

Senarai Perpindahan Pemain EPL musim 2012 2013   KISAH SEORANG HERO-135251

 

No.2

Perpindahan Pemain EPL Musim 2012 2013   Laman Fakta vs Tahyul-135349

Dalam banyak-banyak entri aku,yang paling banyak dapat pageview adalah entri Senarai Perpindahan Pemain EPL Terkini 2011/2012 ,dan untuk tahun ni Perpindahan Pemain EPL 2012/2013 mendapat sambutan yang agak menggalakkan.

Gambar diatas menunjukkan dua buah entri yang hampir sama.Gambar No.2 adalah screenshot dari blog aku dan gambar No.1 adalah screenshot dari blog yang aku temui secara tidak sengaja.Boleh tahan juga budak tu edit ayat aku.Kelakar pulak bila baca.

Am I mad?

Tidak sama sekali.Aku anggap ini adalah satu penghormatan secara halus,ikhlas dan mampu mengangkat karya ini ke peringkat antarabangsa.Apa aku cakap ni.Sebelum ni aku pernah pasang widget untuk disable left click,tak lama lepas tu aku remove sebab aku nak tengok ada tak pihak yang ‘menghargai’ hasil tulisan aku.

Buat masa ni dah jumpa sorang.Terima kasih banyak-banyak la ye untuk Mr.John Doe.Harapnya andai ada yang berminat dengan sebarang penulisan aku,taiplah sumber :blog5zal.Beberapa huruf saja sudah memadai.

Masa;Penentu Kejayaan Blog Korang Semua

Semalam aku baca satu entri pilihan dalam laman web ping busuk hasil nukilan Ikaa di dalam blognya http://bakul2011.blogspot.com/ yang bertajuk "Kenapa entry anda tiada pengomen".Antara puncanya yang Ikaa highlightkan ialah loading berat,terlalu banyak entri peribadi,font kecil/warna/warni,word verification(yang ni aku tak berapa faham),kurang rajin buat entri,kurang blogwalking dan malas komen entri orang.
Di awal pembabitan aku dalam dunia penulisan blog dulu ada beberapa peraturan yang ditekankan oleh pemblogger terkenal tentang bagaimana kaedah untuk menjadi blogger yang baik dan seterusnya terkenal.Kebanyakan kaedah tu aku dah cuba aplikasikan di laman blog aku sendiri dan alhamdulillah,tahun kedua berblog,jumlah unique visitor dan pageview berganda-ganda lebih kurang 10x.Seperti apa yang Ikaa highlightkan tu,kebanyakannya aku cuba elakkan dengan mengurangkan jumlah entri dalam homepage(default 10 kalau tak salah),aku dah limitkan kepada 3 entri.Saiz gambar yang aku upload pun biasanya aku resize supaya loading time dapat dikurangkan.
Seterusnya font huru-hara memang aku tak amalkan.Aku sendiri nak baca pun sakit mata.Pendek kata 'rupa' blog kena kemas,tak terlalu semak dengan memacam widget.Satu perkara lagi yang ditekankan adalah penggunaan bahasa yang tepat.Sikit-sikit tu biasalah untuk mengurangkan ketegangan.Tension pulak pembaca kalau mengadap benda-benda serius dari awal sampai habis entri.

blogger

 

Tetapi....
Ada beberapa perkara yang rasanya aku tak mampu buat untuk achieve tahap mendapat banyak komen dalam setiap entri.Pertamanya,kekerapan membuat entri.Masa aku pakai broadband dulu yes,aku ada kelapangan masa yang banyak untuk menulis apa je yang terlintas di fikiran.Kadang-kadang idea datang tak kira masa,contohnya entri ni lah.Sambil bawa motor boleh datang idea nak menulis apa hari ni.
Aktiviti bekerja yang agak padat sedikit menyukarkan aku untuk menumpang komputer pejabat untuk menulis,apatah lagi untuk blogwalking.Takkan masa yang ada diluangkan untuk blogwalking sedangkan last entri dah berminggu-minggu dipost.Haruslah entri baru yang diutamakan.Disini,kaedah rajin berblogwalking tak sesuai diamalkan untuk sesetengah blogger.
Begitu juga dengan kurangnya kerajinan membuat entri dan malas mengomen entri orang lain.Semuanya bergantung kepada berapa banyak MASA yang dapat anda peruntukkan untuk berblogging.Contohnya siang buat/post entri dan di rumah dapat buat blogwalking serta meninggalkan komen di entri rakan-rakan.Serius tu memang serius berblogging,cuma kekangan masa menjadi halangan besar untuk mempraktikkan beberapa kaedah yang disebutkan diatas tadi.Salah satu tanda aku serius menulis adalah aku akan cuba memastikan tiada spelling error dan setiap entri aku akan dibaca beberapa kali sebelum dipostkan.
Satu perkara lagi ialah berkenaan isu penulisan kisah peribadi yang banyak didalam blog.Aku rasa normal untuk setiap pemilik blog untuk menyelitkan beberapa kisah peribadi didalam blognya sekiranya itu yang penulis ingin kongsikan bersama pembaca.Sesetengahnya memang blog yang bersifat peribadi pun,tetapi itu bukanlah penghalang untuk blog tersebut mendapat pengikut yang ramai dan setiap entri mendapat puluhan komen.Sesiapa yang terjebak dalam dunia blogging ni pasti tahu,siapa blogger yang aku maksudkan,bukan satu,ramai sebenarnya.
Jadi,selagi entri itu ditulis dengan menarik(walaupun kisahnya tentang membeli selipar baru),ia tidak menjadi halangan langsung untuk mendapat komen.Apa yang dapat aku simpulkan ialah,kunci kejayaan seorang penulis blog adalah masa.Aku pernah tengok dalam Rancangan Nona kalau tak salah,topiknya bertajuk 'surirumah lelaki' yang menampilkan blogger Ben Ashaari.No wonder beliau dapat create entri dengan sangat kerap sebab beliau mempunyai kelapangan masa,dan gadget yang cukup untuk mengupdate blog beliau tidak kira tempat.
So,sesetengah blog mungkin ditakdirkan akan kekal sebegitu rupa dengan update yang seadanya bergantung pada kelapangan penulis.Bukti nyata kaitan masa dan prestasi blog adalah dari blog aku sendiri.Masa aku pakai broadband,entri sebulan sekitar 20-30,pageview 300-400 dalam sehari dan ranking Alexa berada pada 980,000++(bawah 1 juta).Selepas aku tamatkan langganan broadband maha lembab tersebut,entri bulanan hanya sekitar 10-15,pageview berlegar di dalam lingkungan 150-250 dan ranking Alexa merudum teruk ke posisi 1,613,417 setakat ini.
Sebenarnya banyak lagi faktor lain yang menjadi tembok batu dalam perjalanan berblogging ni.Antara lain ialah bakat menulis,tapi itu akan aku ulaskan nanti,bila ada MASA ya?Haha!Bagi sesiapa yang bercita-cita menjadi blogger terkenal,pastikan masa anda mencukupi atau lebih baik jadilah blogger sepenuh masa.Selamat maju jaya!

Selasa, 11 September 2012

Sambungan Koleksi Combat Tanks

Lama dah aku tak upload gambar koleksi kereta kebal aku.Sekarang dah menjangkau 11 unit dan sepatutnya minggu ni siri ke-12 akan berada di rak buku.

 

No 6 : Panzerjager Tiger Elefant,Anzio-Italy 1944

No 7 : Pz.Kpfw IV Ausf.G,Sgfonovo (USSR) 1942

No 8 : Panzerjager Tiger Ausf.B,Heidelberg(Germany) 1945

No 9 : T54,Vitava River Sector,(Czechoslovakia) 1978

No 10 : Churchill Mk VII,Normandia (France) 1944

 

IMAG0348

 

No 11 kecik je.Tak puas hati betul aku,harga patut kena murah sikit,hehe!

 

No 11 : Sd.Kfz.250/5 Afrikakorps,Tobruk(Libya) 1942

 

IMAG0349