Ahad, 10 Jun 2018
God of War PS4; Bagai Blade of Chaos Pulang ke Genggaman Kratos
Isnin baru-baru ni permainan video PS4 yang aku beli dah sampai dengan selamatnya. Sebenarnya aku order dari Lazada pada 28/5/2018 (Isnin) bersekali dengan controller DS4, tapi controller sampai dulu. Lebih kurang 3 hari. Game God of War pulak tersangkut entah kat mana, seminggu baru tiba di pejabat.
Ok, aku nak ulaskan sikit game God of War PS4 yang aku beli dengan harga RM219 selepas ditolak 0% GST. Progress permainan setakat ni lebih kurang 68% iaitu chapter ke-11 daripada 16 keseluruhan.
Sikit pengenalan tentang game God of War, game ni berkenaan watak utama Kratos (demigod) yang melalui perjalanan menentang dewa-dewa Greek setelah keluarganya mati akibat diperdaya oleh dewa perang, Ares.
Mula diperkenalkan pada platform PS2 ( God of War & God of War II ), ada beberapa lagi siri lagi yang dikeluarkan untuk platform PS3 dan PSVita. Untuk siri PS3 dan PSVita, aku tak dapat main sebab memang aku takde konsol PS3.
Kalau sebelum ni latarbelakang permainan GoW bertemakan dewa-dewa Greek, GoW terbaru bertemakan dewa-dewa Nordic. Tak tau? Sebut THOR mesti ramai kenal.
Khabarnya Kratos membawa diri jauh dari Greek dan menjalani kehidupan sebagai orang biasa di dunia Midgard. Asas jalan cerita GoW PS4 ialah berkenaan perjalanan Kratos ke puncak gunung untuk menabur abu mayat isterinya bertemankan anak beliau iaitu Atreus.
Disebabkan Kratos sekarang berada di dunia mitologi Norse (Nordic), maka maka watak dan tempat-tempat dalam pengembaraan Kratos ialah seperti didalam filem Thor. Watak-watak mistik juga pelbagai, berbelit lidah nak menyebutnya.
Diawal permainan, Kratos tidak membawa senjata trademarknya iaitu Blade of Chaos, sebaliknya mendapat senjata baru iaitu Leviathan Axe, sejenis kapak yang boleh diupgrade dengan kuasa mistik.
Ada empat mod kesukaran dan tetapan lalai ialah Give Me a Balance Experience, tapi aku boleh katakan perlawanan pertama menentang The Stranger (Baldur) amat sukar dengan Leviathan Axe yang masih 'standard kedai'. Disebabkan aku tak nak tersangkut kat mana-mana boss fight, aku terpaksa merendahkan tahap kesukaran iaitu mod 'Give Me a Story'.
Untuk musuh-musuh biasa, Leviathan Axe sudah memadai, tapi bila pertama kali jumpa Valkyrie, aku mula merindui kepantasan Blade of Chaos. Apapun jangan risau, senjata-senjata anda jyga akan makin kuat. Ada sesetengah musuh kalis senjata tertentu.
Dalam banyak-banyak musuh termasuk naga yang besar, Valkyrie adalah seteru yang paling sukar untuk ditewaskan. Sepanjang permainan khabarnya ada lapan Valkyrie yang berlainan nama. Apa yang agak mengejutkan ialah Valkyrie pertama tu merupakan Valkyrie yang paling 'mudah' ditewaskan. Whatt???
Mujurlah perlawanan dengan Valkyrie tidak wajib. Anda boleh mengelak untuk bertarung dengannya dan tidak menjejaskan jalan cerita. Kelapan-lapan Valkyrie boleh ditemui dalam Secret Chamber of Odin, yang hanya boleh dibuka dengan serpihan chisel. Chisel ni akan diperolehi dipertengahan permainan. Bila senjata dah makin kuat, barulah aku akan cari balik Valkyrie - Valkyrie ni.
Sebelum ni upgrade senjata agak mudah dengan hanya mengumpul Soul dan Experience, kali ni naiktaraf senjata perlu melalui adik-beradik blacksmith. Sepanjang permainan anda akan mengumpul Experience dan Hacksilver.
Hacksilver ni diperolehi samada dari peti-peti ataupun tempayan. Maka bertepatan dengan konsep gamplay 'hack and slash',anda perlu rajin menebas apa juga peti atau tempayan yang bertebaran sepanjang perjalanan.
Sambil-sambil anda mendayung perahu kolek ditengah Lake of Nine pun banyak benda boleh dikutip. Langgar je tong-tong kayu untuk mendapatkan Hacksliver, perhatikan kilauan berkabus dipermukaan air dan anda akan mendapat Aegirs Gold dan perhatikan kilauan putih kebiru-biruan dan petik Dew of Yggdrasil.
Perubahan ketara antara GoW versi Greek vs. Nordic ialah Kratos yang sudah tua ini tidak lagi semberono membunuh apa saja makhluk. Kratos yang ini lebih matang, mungkin kerana sebagai bapa beliau lebih matang dan tenang barangkali kerana perjalanan kali ni ditemani anaknya Atreus.
Macam kita lah, takkan nak tunjuk perangai baran zaman muda depan anak-anak.
Perbezaan lain ialah hanya satu watak wanita yang ditemui setakat ni iaitu Freya,seorang ahli sihir baik dan juga sebenarnya seorang dewa. Pakaian Freya juga lebih bertamadun, tidak seperti era Greek yang amat 'revealing' dan tak sesuai ditonton anak-anak kecil. Maklumlah zaman purba dulu masih jahiliah. Maka fesyen pakaian mereka lebih ringkas.
Penyelesaian puzzle memang banyak, ada yang mudah dan ada yang sukar. Kalau stuck tak boleh solve, buka je Walkthrough yang banyak di internet.Hihihi!
Dunia 9 Realm dalam GoW ni amat luas, banyak tempat yang boleh diteroka bergantung pada tahap 'akses' yang dipunyai Kratos pada masa tersebut. Makin jauh perjalanan Kratos, makin banyak bilik yang boleh diakses.
Setakat ni aku boleh bagi 8.2 bintang untuk GoW terbaru ni. Berbaloi, cuma soundtracknya tidak lagi semantap GoW II. Muzik latarnya agak 'plain', tak rasa macam nak mengamuk sepanjang masa bila jumpa musuh.
*Setakat malam tadi aku dah sampai ke peringkat membunuh Baldur. Bukan main marah mak dia. Maknanya game ni sudah hampir sampai ke penghujung. Khabarnya God of War versi Nordic ni adalah permulaan perjalanan baru untuk Kratos. Walaupun jalan cerita hampir tamat, masih banyak Realm yang belum diteroka.
Sekian, terima kasihhh!
Khamis, 5 April 2018
Gadis Muda Penjarah Tanah Kuburan
Game ni aku baru saja main, ya, memang lambat, selepas 3 tahun ketinggalan. Alasan aku beli game lama ni adalah kerana aku suka genre action-adventure. Satu tarikan lagi adalah kerana Lara merupakan seorang penjarah lokasi-lokasi bersejarah. Pendek kata kalau ada kaitan dengan sejarah aku akan beli ( bila ada bajet LOL ).
Sebenarnya aku nak beli game Rise of Tomb Raider, tapi ter'klik' BUY NOW dan bila selesai transaksi baru aku perasan yang aku dah salah beli!Patut la murah.
Tapi tak apalah,janji game untuk PS4. Jangan macam awal-awal dulu, siap terbeli game PS3 ingatkan PS4 ada 'backward compatibality'. Terasa bodoh betul masa tu sebab tak kaji awal-awal.
Tomb Raider Definitive Edition (TR:DE) ni aku baru main lebih kurang 60% tapi aku rasa boleh la listkan point-point yang aku dapat dalam perjalanan game ni.
1. Game ni bergenre 'action-adventure' atau senang cerita sebijik macam siri game Uncharted. Siapa biasa main Uncharted tentu tak ada masalah. Kita mudah serasi dengan kawalan karekter utama. Tapi kalau boleh aku kategorikan dia dalam kategori 'horror action-adventure' sebab ada unsur-unsur cult pada musuh Lara.
2. Jalan cerita predictable, puzzle-puzzle juga agak mudah untuk diselesaikan (Normal Mode).
3. Grafik boleh la. Sebab versi remastered. Bukan dibangunkan khas untuk PS4.
4. Disebabkan yang aku main ni adalah Definitive Edition, ada banyak extra antaranya pilihan pakaian, Galeri, Komik Digital Video Kredit dan entah apa lagi aku dah lupa.
5. Aku menjangkakan banyak bangunan-bangunan purba yang cantik macam dalam Uncharted tapi setakat ni hanya tinggalan era WW2 sahaja. Begitu juga dengan kerajaan purba Yamatai, tidak nampak 'gah' struktur senibinanya. Agak tidak kena dengan tema Tomb Raider sebenarnya. Mungkin ini kerana Lara Croft yang ini adalah Lara Croft muda, jadi mungkin pengembaraannya belum sampai lagi ke lokasi-lokasi purba yang lebih ohsem.
6. Lara Croft baru ni susuknya lebih sesuai sebagai sorang pengembara, tidak seperti Lara Croft lama yang pernah dipotretkan oleh Angelina Jolie. Lara yang lama lebih seksi, tapi kelihatan agak tidak sesuai melakukan aksi lasak dengan boobs yang besar. Dari segi pembawaan emosi dan karekter individu, aku lebih suka Chloe Frazer ( Uncharted:The Lost Legacy). Lara Croft agak kaku.
7. Penggunaan senjata juga mudah. Kawalan macam ni serius senang. Aku tak paham kenapa game Last of Us susah betul nak gunakan item-item dia. Sampai sekarang aku masih rasa ralat sebab orang cakap game tu best giler.
8. Jalan cerita game agak panjang, kira berbaloi jugak la kau beli. Hujung tahun lepas aku ada beli Call of Duty: WW2, tapi rasa kerugian sebab gamenya pendek. Developer lebih fokus pada permainan online.
Secara amnya untuk masa ini aku bagi rating 6/10.
Jumaat, 23 Jun 2017
Game Lagi
7 tahun bukan masa yang singkat tau. Cuba kau buat satu blog pastu kau maintain selama 7 tahun tengok cemana boleh tahan ke tidak? Tak payah maintain ranking la, maintain konsistensi kerajinan menulis pun cukup dah.
Di tahap ni aku boleh katakan yang aku bangga dengan pencapaian peribadi aku. Dikala sahabat-sahabat maya hilang satu persatu akibat komitmen lain dan penurunan populariti platform blogging, aku masih tegar menulis di wadah yang tak seberapa ni. Dengan keadaan sekarang ni blog aku bukan lagi 'laman' rujukan/bacaan orang, dah jadi macam diari aku je sebenarnya. Sebab tak ramai orang baca pun. Mungkin untuk bacaan anak aku bila dia dah besar nanti.
Ok, ni aku rasa macam nak tulis pasal game, sebab bermain game ni benda yang aku baru sambung balik selepas lama memeram konsol.Kali terakhir aku tengok konsol permainan aku, ianya masih berupa PS2 slim dan bahagian atasnya telah ditebuk dan dipasang kipas CPU komputer untuk penyejukan yang efisien.
Tetiba aku terus jump beli PS4 slim sebab Lazada jual murah.Terpaksalah mem aku belanja..hihihi
------------------------------------------
Aku agak kecewa dengan game The Last of Us; Remastered sebenarnya. Game yang diwar-warkan menang banyak anugerah ni tak berapa kena dengan selera aku. Bukan maksud aku game ni tak bagus. Majoriti gamer diluar mungkin dapat feel game tu dengan baik, kecuali aku.
Awal-awal dulu beria jugak la aku nak beli game ni sampai wife aku yang belanja sebab aku yakinkan dia game ni bagus, tentang relation anak perempuan dengan pengorbanan seorang bapa. Mujur tak berapa mahal sebab remastered je, so kos pembangunan tak macam buat game baru.
Antara sebab yang aku hilang minat nak teruskan game tu buat masa ni ialah:
1. Kawalan pemain yang 'lag'. Lembab nak mampos.
- Aku tak reti nak describe macamana sebenarnya. Movement watak utama dia sangat 'lembab' bagi aku. Untuk genre game lawan-lawan zombie macam ni patutnya pergerakan dia kena tangkas. Baru la seimbang dengan AI. Nak buat benda-benda basic macam menembak musuh pun susah sebenarnya.
2. Mabuk
- Aku rasa macam mabuk sebenarnya bila main game ni pasal point kat atas ni lah. Sayang betul. Premis cerita dia baik, tapi tu lah....tak kena dengan gaya aku main. Game Uncharted: The Thiefs End jauh lebih cemerlang walaupun gameplay dan developernya sama. Kalau sistem game tu dipolish lagi sampai tahap macam Uncharted aku rasa jauh lebih sukses game ni.
Metal Gear Solid: The Phantom Pain pulak bagi aku ok la...takde la teruk sangat. Mungkin aku masih mengharapkan konsep permainan dia sama macam siri-siri MGS yang lepas.
1. Sistem perjalanan cerita dia yang ada episod ni agaknya tak berapa nak kena agaknya. Dengan ratusan side ops yang tak habis-habis ulang misi sama, fan tegar pun boleh bosan wehh!
2. Sistem GMP satu idea menarik, tapi makin tinggi gred senjata, deployment cost jadi merepek betul. Tak balik modal kalau deployment cost sampai 63k untuk 'job' yang payment dia cuma 30k. Rasa bodo je accept mission camtu. Tapi kalau tak accept bila game ni nak siap?GMP tetap perlu dikumpul untuk pembangunan Mother Base. Sudahnya aku jalan kaki je pergi dari satu area ke satu mission area yang lain.
Satu kaedah nak jimatkan deployment cost ialah equip sortie prep yang gred rendah. Tu pun rasa bodo jugak la. Apa guna bagi option upgrade senjata kalau tak boleh pakai senjata yang gred tinggi.
3. Charm Venom Snake tak berapa best la dalam MGS:TPP ni. Rasa macam dia seorang yang sentiasa dalam kemurungan terutamanya bila kita tau dia kurang bercakap. Aku ingat lagi Hideo Kojima pernah cakap dia buat banyak elemen-elemen yang tak terlalu rigid dalam MGS yang lepas-lepas supaya pemain tak stress. Kojima dah lupa ke apa nak apply benda tu dalam MGS:TPP? Venom Snake ni dah la tak kelakar, pendiam pulak tu.
4. Tak ada pertarungan dengan Big Boss. Benda yang agak susah dalam MGS:TPP ni bila lawan unit Skull, misi Persistence dan juga tugasan menewaskan Sahelanthropus. Itu saja. Kredit yang aku boleh bagi cuma tang grafik, relation Snake+Quiet, OST nyanyian Donna Burke dan Sahelanthropus yang awesome.
Buat masa ni aku tengah main game Horizon Zero Dawn. Orang kabor game ni sedap...lepas main sikit semalam aku yakin game ni betul-betul sedap. Stail kawalan pemain lebih kurang kawal Nathan Drake dalam Uncharted 4.
Game ni aku tengok kat kedai kelmarin harga dia RM210. Tapi tauke kedai offer aku beli bundle pack (yang sepatutnya datang dengan konsol ). Horizon Zero Dawn ( BD disc ) + Driveclub ( BD disc ) + Ratchet & Clank ( baucer ) dia jual kat aku RM259. Ok la kot ye.
Game Driveclub tu aku ada la try sikit. Grafik cantik, handling kereta sikit senang la kalau nak dibandingkan dengan Gran Turismo, tapi yang bodonya scene lumba selalu sangat time Maghrib. Bongok gila, dah la jalan kampung. lampu malap pulak tu.
Next game yang aku cadang nak beli ialah Call of Duty WWII dengan Gran Turismo Sport.
Tudia sampai lelap aku nak mengabihkan artikel ni. Ape benda aku nak cakap lagi ni eh? Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017, selamat memandu dan selamat bertemu keluarga. Sekian terima kasih!
Khamis, 25 Mei 2017
Shirimasen Metaru Gia' Soriddo?
Aku bukanlah seorang gamer hardcore. Aku lebih suka letakkan kategori aku sebagai gamer kasual. Pegang controller pun jarang-jarang kecuali kalau aku ada beli tajuk game baru kegemaran aku. Apa yang pasti aku jenis yang suka main game pelbagai genre, asalkan game tu menarik.
Sejak berkecimpung dalam arena permainan konsol, hanya tiga jenis konsol yang pernah aku pakai. Yang pertama PSOne, kedua PS2 dan yang terbaru PS4. Itupun aku baru beli sebulan lepas. Pasal apa tak ada PS3? Pasal aku tunda pembelian sejak tahun launching 2006 sampai la PS4 Slim keluar. Tu yang aku terus beli PS4 je. Itupun pasal tetiba Lazada buat sale. Dapat harga RM1082.00 spec Slim 500GB.
Semalam aku nampak ada offer dalam Lazada juga, harga turun sikit lagi sekitar RM 1032.00 sempena hari Raya barangkali. Boleh la makan PS4 ramai-ramai dengan jiran tetangga.
Oklah, sejak awal aku terjebak dengan konsol Playstation ni, satu tajuk game yang aku sentiasa suka ialah siri Metal Gear walaupun ada beberapa tajuk yang aku skip contohnya MGS4:Guns of the Patriot dan MGS: Ground Zero. Selain dari tu hampir semua tajuk aku pernah main berulang-ulang.
Semalam wife aku belikan game The Last of Us: Remastered. dia pergi beli dengan adik ipar aku (lelaki). Budak lelaki biasalah, serba sikit mesti tau hal-hal game ni. Tapi sedikit yang buat aku terkejut ialah bila adik ipar aku cakap game Metal Gear tak glamour (tak femes la kot pada dia). Aku terdiam sekejap bila wife aku bagitau aku macam tu.
Hey, ni abang nak cerita sikit pasal Metal Gear, Snake dan orang kuatnya Hideo Kojima. Siri Metal Gear tak masuk kategori glamour okay? Metal Gear is LEGEND! Setakat game-game baru yang glemer ni dik, alahai celah gigi je.
Timeline siri Metal Gear ni sangat panjang dengan twisted plot yang kalau nak dihuraikan dalam bentuk peta minda confirm minda hang stuck.
Ok, abang bagi contoh game berasaskan perang yang abang pernah main, Call of Duty dengan Medal of Honor. Siri game-game ni boleh dikatakan berterusan juga sejak zaman PSOne. Banyak tajuk dia. Tapi pembinaan legasi karekter dia jauh beza dengan watak Snake dalam siri Metal Gear. Sejak hujung tahun 80'an Snake dah wujud dik oii!!! kalau ikut timeline siri Metal Gear, Snake dah wujud sejak era Perang Dingin.
Ini yang gamer otai suka. Main game bukan sekadar layan grafik dengan letup sana sini. Straight forward bosan dik. Metal Gear ni lain, dunia dia terperinci. Ada kau terfikir macamana cara Kojima buat untuk kalahkan Psycho Mantis yang boleh predict pergerakan korang dan baca fikiran player? Tahu tak kalau kau tenung muka Meryl Silverburgh lama-lama pipi dia akan jadi merah? Ni sikit contoh je abang bagi. banyak lagi keunikan Metal Gear yang korang sendiri tak sangka.
Lagi abang nak tanya, game mana yang ada soundtrack paling sedap kat muka bumi? Takpelah abang jawab sendiri.
Takde dik!
The one and only Metal Gear sahaja ada runut bunyi dan lagu tema yang superb awesome. Dari segi keseluruhan kualiti permainan so far tak pernah lagi siri Metal Gear dapat rating bawah dari 9.0/ 10.0 dari pengulas game terkenal.
True Big Boss |
"That made us blend into the character, feel the same suffer and pain in the battlefield..."
-Hideo Faizal
Fahamkan ayat abang ni. Tak banyak game yang ada karekter kuat macam Snake. Dia bukan sekadar watak tentera yang menjalankan tugas negara. Snake ni satu sifat dia adalah dia seorang yang kelakar sinis dan sedikit pervert. Bergantung pada cara korang main lah. Tapi watak Phantom Snake dalam MGS: TPP je aku rasa dia serius gila.
Sebabnya beliau bukanlah darah daging Snake sebenar. Beliau diberi 'wajah' dan terapi supaya beliau percaya yang beliau adalah Snake. Boss sebenar tak ada tanduk diamond kat kepala.
Celaka kena tipu dengan Kojima.
#foxdie
#lalilulelo
#12wisemen
#bipedalrobot
#revolverocelot
#TheBigBoss
#XOF
Khamis, 20 September 2012
Sony Playstation 3 2012
Sudah menjadi kelaziman,setiap model PlayStation akan mengalami perubahan dimensi daripada gemuk menjadi kurus.Yang bagusnya,harga akan turut sama ‘kurus’ memandangkan Sony sentiasa mencari jalan mengurangkan kos produksi untuk menjamin kedudukan PlayStation dalam persaingan industri konsol permainan.
Terbaru,Sony mengumumkan keluarga baru PS3 semasa press conference Tokyo Game Show (TGS)yang akan berada di pasaran Jepun pada 4 Oktober.Warna putih akan mula dijual pada 22 November.Model terbaru PS3 ini 25% lebih kecil dan 20% lebih ringan daripada model sebelumnya.
Memori dalaman yang dibekalkan adalah sebesar 250GB dan 500GB.Untuk pasaran US,model 250GB akan mula dipasarkan 25 September pada harga $270 beserta permainan Uncharted 3 dan baucar $30 ‘digital content’ DUST 514.Juga ditawarkan bundle package 500GB beserta Assasin Creed III pada 30 Oktober,tetapi harganya belum diumumkan.Untuk harga konsol sahaja,set 250GB $US249,500GB $US299,lebih kurang RM773 dan RM928.
Rabu, 12 September 2012
Taman Tema Resident Evil
Resident Evil(Biohazard) adalah sebuah game Capcom yang boleh dikatakan legendary dengan mencapai siri keenam tahun ini,dan filem RE kelima,Retribution bakal ditayangkan 13 September nanti.
Sesiapa yang mampu melancong ke New York US,sila singgah ke Gramercy Park kerana Universal Studios Japan akan ‘menukar’ taman ini menjadi seperti Racoon City dari 14 September hingga 11 November nanti.Jill Valentine,Claire Redfield,Lickers,Nemesis T-Type dan semestinya zombie akan menyambut kunjungan anda.
Sila bawa lampu suluh,Magnum .45,dan Green Herbs yang mencukupi.
*sumber :Siliconera