Isnin, 29 November 2010

Harry Potter & Deathly Hallow(Part One).Mengantukszzzz....



Agak lama aku tak menjengah ke e@Curve sejak menonton filem Takers.Tunangan aku ajak aku tengok cerita Rapunzel Ahad tadi,tapi seat filling fast plak.Session yang berikutnya pukul 5.15pm sedangkan masa tu baru jam 2.00pm.Bosan plak nak menunggu.
Aku suka cerita sains fiksyen,kalau ikutkan ati aku,cerita Skyline la jadi pilihan.Tapi saje nak hepikan tunang aku,kitorang pilih filem Harry Potter & Deathly Hallow.Dia minat sangat,aku tak berape follow kisah Harry Potter ni sebab last Harry Potter yang aku tengok,teramat la mengantukkan mata aku.Asik membebel je,ingatkan ada la lawan-lawan.
Akhirnya jam 2.15pm,dua keping tiket berjaya dibeli untuk tayangan jam 2.45pm.Ada masa setengah jam ni.Now,isi perot dulu.Turun bawah tengok McD..Mak aiiii...ramainya manusia.Kat mana nak menyekik ni?
Teringat ada satu lagi McD kat The Curve.Penat menapak,hasilnya pun sama,pun ramai manusia.Diorang ni takde tempat lain nak makan ke?Huhu!


Last resort,TESCO Damansara sebelah The Curve..Fuuuuuu!!!Lega...KFC nampak clear je.
Tepat 2.45pm,rushing terus masuk Hall 9.Huh!Mujur sempat,Tapi mengah la bjalan lelaju dari TESCO nak ke e@Curve.
Pasal ape aku merepek panjang-panjang?Honestly,ceritanya yang memang panjang tu buat aku miss banyak scene pasal gelap je(mata tpejam,haha!).Yelah,katanya ni la movie Harry Potter yang paling dark skali.Absolutely dark!
Dua reason utama yang bagi aku punca filem ni agak fail di mata aku.
Pertamanya,aku tak ikut sangat perjalanan budak sihir Harry ni.Dat's why aku tak faham beberapa perkara dalam filem terbaru ni.
Keduanya,filem ni banyak bercakap dan masih kurang aksi-aksi mendebarkan.Maybe sebab filem ni Part One.Part Two banyak action kot.

Bagi korang yang dah tengok,ok ke tak?

Ahad, 28 November 2010

Aston Villa 2-4 Arsenal (27 November 2010)

Andrey Arshavin menjaringkan gol pertama Arsenal.
Empat gol diperolehi Arsenal ketika berkunjung ke Villa Park menentang pasukan tuan rumah,Aston Villa.Kemenangan yang 'wajib' untuk Arsenal setelah tewas dua perlawanan berturut-turut iaitu kekalahan kepada Tottenham Hotspur dan yang terbaru dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara ketika menentang Braga.
Gol pertama Arsenal menerusi percubaan leret Andrey Arshavin yang menerjah sudut kiri gol Aston Villa pada minit ke-38.Gol kedua melalui rembatan cantik Samir Nasri yang menyambut bola sepakan sudut pada minit ke-44.Samir Nasri merupakan pemain Arsenal yang mempamerkan peningkatan prestasi yang ketara musim ini.
Selepas rehat,separuh masa kedua menyaksikan pasukan tuan rumah memperolehi gol pertama hasil sepakan kaki kiri Ciaran Clark setelah mendapat bola hantaran Bannan.Gol dijaringkan pada minit ke-51.Arsenal bertindak pantas menjarakkan defisit gol setelah Marouane Chamakh menyempurnakan through ball dari Tomas Rosicky.
Tandukan pemain Aston Villa yang terkena palang dan melepasi garisan gol menjadikan kedudukan 2-3 pada minit ke-70.Sekali lagi hasil usaha keras Ciaran Clark.
Minit ke-84,Arsene Wnger melakukan pertukaran dua pemain,Kieran Gibbs dan Denilson menggantikan Samir Nasri dan Andrey Arshavin diikuti  Johan Djourou yang menggantikan Tomas Rosicky pada minit ke-89.
Di minit-minit terakhir permainan,Marouane Chamakh  melakukan hantaran didepan pntu gol Aston Villa dan ditanduk masuk oleh Jack Wilshere.Gol tersebut merupakan gol pertama Wilshere untuk Arsenal.
Kedudukan pasukan buat masa ini Arsenal mendahului tangga liga dengan 29 mata setelah 15 perlawanan dan bakal dipintas Manchester United yang mencatat jaringan 6-0 menentang Blackburn ketika perlawanan masih berada pada minit ke-68 buat masa ini.

Jaringan:
Aston Villa:Ciaran Clark(51',70')
Arsenal:Andrey Arshavin(38'),Samir Nasri(44'),Marouane Chamakh(55'),Jack Wilshere(90')

Foto dan informasi diolah dari arsenal.com

Jumaat, 26 November 2010

Jiwa Kental:BE Nuffnang Rupanya...

Hati aku ada kembang sikit pagi-pagi ni.Terasa agak cuak jugak nak berselisih dengan bos bila datang kerja.Apa taknya,petang semalam aku lenjan forklift kilang buat jack kereta.
Alang-alang kerja takde,aku memang plan nak tukar minyak enjin.Dah terlebih schedule dah,patutnya bulan lepas dah servis.Sesekali nak manjakan Froggy Myvi aku,aku belikan Castrol Edge Fully Synthetic 5W/40(kopak RM170),dengan filter Perodua,RM8.
Tengah ralit menggodek,time tu la bos aku ni nak meronda.Bos aku ni memang,pantang tengok aku santai sikit.ada je handjob yang dia nak bagi.Nak plak dia tengok aku jek kereta guna forklift kilang...huuuuuu...
Yang peliknya,tak pulak dia sound aku,yang jadi mangsa Chargeman ngan Engineer kilang.Mujur engineer ngan chargeman pun member rapat jugak.
Tapi pagi-pagi ni dia slow talk kat aku..
"Faizal,please jangan gunakan forklift untuk jack you punya kereta.Lagipun I tak mau kilang ni jadi macam bengkel pulak,"ujar beliau sambil tersenyum kelat,haha!

"Ok,macha!Don't worry!"

Bos aku ni India,tapi dia agak sporting la.Kalau compare ngan CTOO aku,lagi gile sempoi.Time-time lepak takde kerja,dia lepak kat belakang basuh basikal la(basikal mahal beb,frame je dah 5K).Last week lagi gila,selamba dia je bawak masuk Mini Cooper dia dalam area production tukar suspension part.aku pun nak buat gila jugak la macam dia,hehe!

Bro,ape tajuk Nuffnang,tapi cerita lain.Ko merepek ape ni bro??

Ehee..Aku memang macam ni,suka melalut.Ok,sebenarnya last week aku ada hantar email ke Nuffnang pasal Buffered Earning.Pastu diorang reply...

"You can\'t request for any campaigns because advertisers are the ones who choose which blogs they want to advertise on."


Itu yang buat aku kuciwa sikit.Takpe la,blog aku tak glemer.Tunggu la kau,aku ganbatte! 
Tapi pagi ni aku saje tengok-tengok akaun Nuffnang,dah brape sen pendapatan aku agaknya.Tetiba ternampak sesuatu yang mengujakan.Yeayy!!
Nuffnang dah bagi Buffered Earning campaign kat blog aku.Gambar webpagenya nanti aku upload yek.Hmmm...bersemangat sikit nak meneruskan blogging ni.
Blogging umpama bayi kecil,bermula dari merangkak,berdiri,berjalan dan berlari.Untuk pertama kali Nuffnang bagi satu campaign Celcom Blackberry Bold 3 SS,next time harap-harap banyak lagi.
Thanks Nuffnang,감사합니다!

Rabu, 24 November 2010

Jiwa Kental:100th Special Edition



Setelah beberapa bulan memblogging,sampailah aku ke entri yang ke-100.Actually aku mula menaip entri pertama sekitar bulan Mac 2010 menggunakan URL ridenzo.blogspot.com ,tapi masa tu aku sangat sibuk dengan kelas part time,ada la 4-5 entri agaknya.Itu pun aku sorang yang baca,huhuhu!Maklumla baru nak berjinak-jinak,mana la tau strategi memblogging secara asas.
Habis je final exam semester akhir,aku buat URL baru,yang sekarang ni lah.Posting dari URL lama,aku pindahkan ke URL sekarang.Kat ridenzo.blogspot.com orang tak boleh baca sebab Googlebot xdapat crawl dan indexkan dalam Google search.Satu lagi aku rasa nama ridenzo tu macam pelik,tak catchy langsung.
Akhirnya dapat la idea blog5zal ni.Tak catchy jugak,haha!Tapi oklah,ada jugak sangkut paut dengan nama aku.Betul-betul aku start dengan blog5zal ni lebih kurang hujung bulan Julai 2010.Ada la 4 bulan aku cuba-cuba nak serius dalam blogging.
Sekarang dah pun mencapai entri yang ke 100..Yeayy!!Tengok pada kerajinan jugak la untuk aku mengetuk keyboard buat entri.Bulan paling produktif adalah bulan Ogos 2010 dengan 33 entri.Lepas tu September agak kurang entrinya..cmana tah aku boleh termalas plak..hehe!Insyaallah selagi ada pembaca,aku cuba hidangkan entri yang baik,bermaklumat,halalan toyyiban,produk muslimin dan bacaan gedik santai..Bukan sebarang santai,santai yang ber'isi' beb..

Kecuali,
1.Gambar-gambar porno,separa porno atau melayu porno.Sesiapa yang berminat,silakan berkunjung ke laman web lain.Taiplah melayu seksi ke,awek gedik ke,sure ada.Tapi standard la pornografik or 3gp melayu,buat sakit mata je,gambar tak HD langsung.Haha!

2.Isu-isu politik murahan Malaysia.Bab ni aku tak berminat nak ulaskan dalam blog aku.Kebanyakannya cerita bangang semata-mata,walaupun orang berpolitik itu berpendidikan tinggi.Malangnya,pendidikan tinggi itu tak menjamin mereka mempunyai akal yang genius.Genius putar belit semuanyaPolitik di Malaysia cuma untuk kepentingan peribadi samada Parti A atau Parti B.
Senang cerita macam ni la,"aku tak kata pemerintah sekarang ni terbaik,tapi aku tak sanggup menyerahkan nasib negara aku kat parti lain yang caca marba",ada faham?

3.Gosip artis-artis melayu.Dah muak la dengar cerita artis Malaysia.Tak semua la kaya gosip murahan,tapi fenomena artis Malaysia ni sama je.Selindung hal peribadi,tak mengaku kawin la ape la,still kantoi jugak.Kekadang cerita cam membodohkan orang Melayu je,artis ni pandai buat kuih cekodok,artis tu dihimpit suami orang...What the....
X faham la aku...kenapa sesetengah orang kita suka sangat benda-benda yang macam tu.Bangsa lain sibuk tambah ilmu,kita jugak yang still baca benda-benda yang kurang merangsang sel-sel otak ni.Apepun,ni cuma pendapat dari perspektif aku je.

Aku suka,
1.Blog yang memaparkan isu semasa macam blog abg Syam,ondscene .Blog dia padat dengan isu keselamatan jalanraya.Update pantas,banyak story,gambar dan penceritaan dia ringkas tapi bermaklumat.Bagi aku dia lebih kepada menjalankan tanggungjawab sosial tanpa apa-apa bayaran.Dan abg Syam juga serius memblogging bila menukar domain dan menambah bandwidth untuk kesejahteraan pengunjung blognya.

2.Blog isu pertahanan negara,ulasan dari sudut pandang Shahpaskal,blog militaryofmalaysia .Menarik dengan kisah-kisah yang kita tak dapat baca di media arus perdana.Brader ni jarang update blog,tapi sekali dia update,tak jemu membaca.Ada jugak satu lagi blog military,malaysiamilitarypower.Tapi content dia merepek,banyak imaginasi dia je.Gambar pun photoshop,memula aku baca macam kagum jugak,last -last baru aku perasan yang cerita dia tu cuma imaginasi penulis sahaja.

3.Bacaan santai gaya penulisan Obefiend Weiland dalam blogserius atau F.O.A .Mamat ni memang ada trademark dia sendiri,sape rajin baca blog dia,tau la ape tu meleis,WinRAR dsb..Tapi serius bahasa dia memang santai,straight to the point + photo editing dia yang kadang-kadang lawak kreatif .Bab parodi,dia ada create satu blog lain,Harian Metroll.Spesel untuk parody and trolling.Obe ni cukup benci dengan pengcopy content blog dia,memang akan kena cari sampai ke lubang cacing.Dah 5-6 orang jugak la yang kantoi.

So,berapa banyak pun yang korang mampu tulis sehari,sambil-sambil generate Nuffnang Earnings,selitkan la something yang useful for others.Berblogging pun salah satu cara untuk bantu bangsa kita jadi celik maklumat jugak.Pembaca dan blog umpama kanak-kanak dan Astro.Kalau manjang hidangkan Cartoon Network je,alamatnya anak korang pun jadi kartun la.Bukan tak boleh langsung,cuma kurangkan sikit.Kanak-kanak pun kena lalui life macam kanak-kanak lain jugak.
Biasakan anak-anak tengok rancangan Discovery ke,History ke,paling koman pun Backyard Science la.Ada jugak ilmu yang dia dapat.Ni pun satu tabiat orang-orang tua zaman skarang,biarkan anak menonton TV terlalu lama.

Untuk rakan-rakan seblogging terutamanya yang baru berjinak-jinak,banyakkan bersabar.Standard la kalau 2-3 bulan takde visitor.Banyakkan blogwalking,jangan kedekut jadi follower.Serius aku cakap,kadang-kadang bila follow,aku segan nak bagitau yang aku dah follow.Pandai-pandai la tuan dia tengok sape follower terbaru.Melampau la kan kalau tak visit balik follower kita.Sehari berapa ratus follower korang dapat?Lain la Hanis Zalikha,tak terlayan nak visit kalau dah lebih 12000 follower.
Malam pun dah lewat,aku nak stop kat sini dulu.Selamat berblogging untuk masyarakat,:)

Selasa, 23 November 2010

The Most and Absolutely Unlucky Day Ever!

Dalam hidup korang,pernah tak korang buat kerja bodoh?

Ataupun kerja tu tak bodoh,tapi disebabkan korang tak sabar,korang dah buat satu kesilapan yang sangat besar?

Aku pernah jugak la buat kerja bodoh umpamanya bawak motor laju-laju(dulu motor kapcai SS aku laju,standard pekak pun boleh out meter),meniti jambatan balak licin dalam hutan tebal dimana kat bawahnya sungai mengalir deras.Tu sebahagian jela,sebab aku sedar kerja-kerja macam tu tak ada faedah dan kalau aku tak bernasib baik,nyawa melayang.Bila duduk fikir balik,baru la sedar betapa bodohnya kerja yang aku buat tu.
Benda-benda tu aku buat masa fikiran belum matang...Tak sangka plak bila dah tua dan hari ni aku 'ter'buat kerja bodoh lagiiiii!

Nokia N70-1 standard pasaran
N70 aku punya.
Camtu la rupa handphone aku bila ditanggalkan cover depan dia.
Pasal ape aku ngengada nak bogelkan handphone aku?

Alkisahnya....
Semalam aku malas cas bateri handphone..So,sampai ke petang ni,bateri pun ala-ala Ultraman tengah nazak.Sampai je rumah,terus aku cas.Ehh??Pehal takleh cucuk charger kat charging port dia plak ni?
Aku belek-belek,rupanya ada cebisan kayu dah menyumbat lubang charger.Alamak....dah la halus lubangnya,cmana aku nak korek?
Aku tak fikir panjang,terus buka cover,nak buka board and relaikan satu persatu.Senang sikit nak buang cebisan kayu tu.Memang sebelum ni pun dah puluh-puluh kali handphone aku ni terbarai aku kerjakan.Screwdriver plak takde..Takpe,pakai pengetip kuku pun boleh.
Skru bahagian bawah semua setel..Tinggal skru atas sebelah kiri..Tengah aku kepit skru,ntah macamana boleh tergelincir plak!Arggghhh!!
Aku tengok elok-elok kat board halus(dalam bulatan merah),kot-kot ada yang terkena.

!#@%$&_)(&*#@!DAMNNNN!!!
Ada sebijik komponen halus yang tertanggal!Ah,macamana ni??Boleh idup lagi ke handphone aku?Aku pasang bateri,try on power....Aku menanti dengan berdebar-debar...
Yang berlaku cuma kedengaran bunyi intro Nokia dan nyalaan backlight warna putih.Nothing on screen.
"they got nothing on you babehhh..."Perli aku plak Bruno Mars nih.

Termenung aku kejap..What the hell i'm doing??
Aku belek-belek lubang charger tu.Aku pandang keliling,aku ternampak jarum jahit kat rak TV.Aku cungkil serpihan kayu tu..senang je serpihan yang blocking lubang charger tu terkeluar.

WTF.......

Skarang ni,aku cuma boleh jawab call sahaja,no more SMS..

p/s:Bila menghadapi kesulitan,tarik nafas dalam-dalam,fikirlah jalan penyelesaian yang bijak,Insyaallah,kita akan ketemu jawapannya.Moralnya,jangan menggelabah puyuh tak tentu pasal!

Sejarah Automobil Tanah Melayu

Korang sayang kereta tak?
Pernah fikir macamana kereta korang berfungsi?
Oklah,soalan paling mencabar....

Berapa lama dah agaknya kenderaan beroda empat mula berada di Tanah Melayu?

Haa,tak payah nak selak modul sekolah teknik,memang tak ada punya...Meh baca sama-sama.Aku pun baru je tau ni sebab tetiba terfikir macamana mulanya industri automobil kat Malaysia ni.
Asal-usul bertapaknya kenderaan beroda empat kat Malaysia ni bermula dari Singapura.Sejak bermulanya enjin pertama pada tahun 1886 ciptaan Gottlieb Daimler,industri automobil berkembang pesat ke merata dunia.
Benz Patent Motorenwagen,1886
Ianya bermula di Tanah Melayu pada tahun 1986 apabila Herman Katz dari Katz Brothers,pengimport di Singapura membawa masuk Benz single cylinder belt driven 5 kuasa kuda buatan tahun 1984.Pembelinya adalah Mr.B.Frost,dari Eastern Extension Telegraph Company.Tak lama selepas tu,Charles Burton Buckley membeli kereta tersebut..
Zaman dulu-dulu pun dah ada kelab kereta yang ditubuhkan pada 22 Mac 1907,iaitu Singapore Automobile Club yang dipresidenkan oleh Gabenor Sir John Anderson.Semasa tahun 1913,sudah terdapat 700 kereta berbanding 330,000 penduduk.Pada 1923,kelab kereta ni ada 415 ahli melambangkan kepesatan ekonomi pada zaman tu.
Akhir 1920-an,kereta mula mendapat sambutan dan berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu.Antara pengimport kereta masa tu ialah Eastern Auto dengan jenama Nash and Bayliss-Thomas,Lyons Motor dengan jenama Dodge,Guthrie dengan jenama Buick,Imperial Motor dengan jenama Erskine,General Motor Export Company dengan jenama Chevrolet,Oldsmobile,Oakland dan British Vauxhall,Cycle & Carriage dengan buatan Inggeris,Amerika dan Eropah dan akhir sekali Borneo Motor dengan jenama Austin dan La Salle.
Kartun dari majalah tempatan pada 1939 mengenai iklan Automobile Association of Malaya(AAM)
Sehingga tahun 1935 statistik kerajaan menunjukkan lebih 27,000 kenderaan didaftarkan,dimana 28% berada di Singapura dan 65% daripadanya adalah buatan British.
Pada 7 Disember 1941 perang melanda Tanah Melayu.Sebuah syarikat pembuat enjin dan alatganti,Wearne Brothers mengalami kerugian apabila kilangnya rosak teruk.Akhirnya pada 15 February 1942,Wearne Brothers menutup operasinya di Tanah Melayu.
Peperangan mengakibatkan ekonomi merosot dengan teruk memandangkan Tanah Melayu hanya bergantung pada komoditi getah dan timah.
Kat bawah ni adalah koleksi poster dan foto lama ketika kemuncak sejarah industri automobil di Tanah Melayu sebelum peperangan.
Cycle & Carriage Co.,pengedar pelbagai produk pada awal 1900-an.Iklan dari akhbar Malay Mail pada Jumaat 1 Jun 1906
Iklan dari Malay Mail pada 1906 menunjukkan Cycle & Carriage Co. menjual basikal dan mesin jahit Singer
Pejabat Cycle & Carriage Co. pada 1899 di High Street Kuala Lumpur
Cover majalah Motoring in Malaya terbitan Julai 1939.Majalah ni berharga 25 sen.
Iklan Brinkmann & Co yang memegang francais Mercedes Benz sebelum diambilalih oleh Cycle & Carriage
Iklan pada 1930-an.
Iklan model Ford tahun 1930-an edaran Wearne Brother's Universal Car yang mempunyai pejabat di Penang,Ipoh dan Singapura.
 Isi kandungan diolah dari currypotproductions
Gambar diambil dari currypotproductions

Sabtu, 20 November 2010

Arsenal 2-3 Tottenham Hotspur (20 November 2010)


Arsenal tewas di halaman sendiri apabila kesilapan demi kesilapan berlaku membolehkan pasukan tetamu menjaringkan  tiga gol di separuh masa kedua.

Sebelum waktu rehat,Arsenal mendahului dengan dua gol hasil jaringan Samir Nasri (12")dan Marouane Chamakh(27").Malangnya kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Tottenham menggandakan asakan di separuh masa kedua dan mendapat gol pertama hasil jaringan Gareth Bale.

Akibat ke'nakal'an Cesc Fabregas menahan bola menggunakan tangan,Tottenham mendapat penalti yang disempurnakan oleh Rafael Van Der Vaart menjadikan kedudukan 2-2.Arsene Wenger cuba menukar percaturan dengan memasukkan Robin Van Persie menggantikan Marouane Chamakh.

Tottenham menambah jaringan menjadikan kedudukan 3-2 apabila bola lambung hasil sepakan percuma Rafael Van Der Vaart kedalam kotak penalti Arsenal berjaya ditanduk kebelakang oleh Kaboul.

Arsenal cuba menyamakan kedudukan apabila Laurent Koscielny berjaya menanduk masuk hantaran sepakan percuma Van Persie,tetapi gol tersebut dibatalkan kerana kedudukan offsaid.

Disaat-saat akhir Arsene Wenger melakukan pertukaran pemain kali kedua dengan memasukkan Theo Walcott dan Tomas Rosicky untuk menggantikan Andrey Arshavin dan Samir Nasri.Tapi pasukan pelawat bertahan dengan baik hingga ke masa penamat.Cuma satu rembatan dari Tomas Rosicky berjaya dilakukan,dan ditangkap kemas oleh penjaga gol Tottenham,Gomes.

Tottenham akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan di halaman Arsenal selama 17 tahun.Perlawanan seterusnya Arsenal akan bertemu Aston Villa.

DiGi BlackBerry Torch 9800 – Hot New Features

Ok,zaman sekarang dah tak macam 10 tahun dulu.Handphone dikira sebagai barang mewah,tak semua orang mampu dan memerlukan handphone.Berbeza dengan sekarang ni,semua orang wajib ada handphone,seperti pentingnya ada IC.
Eh,pelik sangat la kalau zaman sekarang tak ada handphone.Apa tak peliknya,macam tak penah hidup bermasyarakat pulak.Paling asas pun ada handphone biasa-biasa,dapat call dan SMS pun kira ok la.Yelah,mudah nak dihubungi,kalau ada apa-apa masalah,nak tanya khabar pun senang ye tak?

Handphone pertama aku,Motorola Talkabout.

Masa tu tahun 2000.Lambat gila aku pakai handphone.Zaman tu aku pakai operator Celcom.Top Up value yang paling murah masa tu aku rasa RM60,kalau tak salah la.Charge untuk satu SMS RM0.30.Mahal gila!Tapi tu charge 10 tahun dulu.Sekarang dah murah sangat-sangat.Budak-budak sebaya aku paling suka handphone Nokia 3310,kira dah habis trendy la masa tu,hehe!Tukar LED backlight kaler putih la,biru la.
Paling gempak masa tu ringtone 'monofonik'.Monofonik ni istilah aku je,haha!Tapi tak tau la kenapa aku pilih Motorola.













Handphone kedua,Nokia 3610


Handphone kedua aku,Nokia 3610.Aku tukar ke handphone ni pun pasal Motorola tu dah teruk sangat rosaknya.Antennanya dah patah.Aku pun beli la Nokia ni,2nd hand je beb.Tapi boleh tahan la aku pakai untuk beberapa tahun.Masa ni tahun 2004,aku dah bertukar ke operator Maxis.Kos panggilan ngan SMS pun dah murah.
Aku tak ingat la apa plannya,plan Activ5 kot.5 nombor Maxis yang didaftar,kadar SMSnya 1sen je.Kos panggilan untuk Activ5 aku dah lupa.Malangnya handphone ni pun mendapat status pencen lepas antennanya rosak jugak.Itu pun ada jugak kutu mana tah yang rembat!Lantak ko lah,mujur aku dah beli Nokia N70.





Handphone ketiga,Nokia N70
Bila dah mampu sikit,aku beli la handphone baru.Itupun lepas buat keputusan sukar,nak beli handphone or PS2.Akhirnya aku pilih handphone,susah plak kalau takde handphone.PS2 next time pun boleh beli.
Masa ni aku pakai DiGi dah.Saja suka-suka nak try,sebab tengok member asyik dapat bonus je.Alhamdulillah kekal sampai sekarang.Cukup puashati dengan apa yang ditawarkan oleh DiGi buat masa ni.



Handphone keempat,Blackberry Torch 9800



Ooopss!!Acah je.Aku belum beli handphone lain lagi,walaupun teringin nak tukar handphone lain.Tengok pakej DiGi BlackBerry Torch 9800 ni macam best jugak.
DiGi menawarkan pakej DG Smart Plan dimana harga pakej yang ditawarkan adalah RM1,499 je,berbanding recomended retail price ialah RM2,299.
Terdapat empat pakej menarik yang ditawarkan oleh DiGi:

Surf SMART – Monthly Internet Unlimited plan for only RM 68
Call SMART – No minimum call usage
Save SMART – 100% rebate on the Internet Unlimited plan (terms & conditions apply)
Roam SMART – Unlimited data roaming for only RM 36 a day


Spesifikasi Blackbery Torch 9800


Berat:161.1gram
Masa bercakap:5.5 jam
Standby : 18jam
Memori:512Mb+4Gb eMMC+4Gb Media Card
Kamera: 5 Megapiksel,2x digital zoom,autofocus,image stabilization,flash & video recording
Skrin:3.2 inci HVGA+ 480x360 piksel,light sensing dan font size boleh ubah
Audio support:MP3,AMR-NB,AAC-LC,AAC+,eAAC+,WMA,WMV,Flac & Ogg Vorbis
Video support:MPEG4,H.263,H.264,& WMV3
O/I:3.5mm audio jack,built in speakerphone M3/T3(open position)
-Built in GPS termasuk Blackberry Maps
-Touch screen keyboard,QWERTY slider keyboard,keyboard backlight
-802.11 b/g/n
-WPA,WP2 Personal dan Enterprise
-Cisco CCX certified
-WiFi Access to Blackberry Enterprise server
-WiFi Access to Blackberry Internet Bundle
-Menyokong UMA


Huh!Tak cukup mantap lagi?Untuk aku yang tak boleh tinggalkan internet,Blackberry Torch 9800 la paling sesuai,ditambah dengan pakej DG Smart Plan.Lagipun aku dah lama pakai DiGi.Nak update blog,Facebook,Twitter,pendek kata bersosial di alam maya ni.Update status seberapa pantas,tak payah aku rushing balik rumah mengadap laptop,hehe!


Bagi sesiapa yang teringin jugak,semak di laman web DiGi



Jumaat, 19 November 2010

Third Reich Secret Military Project

Dalam kolum Kosmo hari ni ada cerita tentang Germany flying disc zaman sebelum WWI,tapi infonya sikit sangat.Sebelum ni ada jugak berita yang aku dengar tentang pembinaan pesawat stealth oleh pihak Germany,seawal 40 tahun mendahului pesawat stealth pertama ciptaan US.
Masa zaman peperangan,kreativiti dan tahap intellligent pencipta-pencipta dan ahli sains kat sana meningkat dengan mendadak.Walaupun perlumbaan senjata tu tujuannya untuk peperangan,tapi teknologi yang terhasil sebenarnya banyak manfaat untuk kehidupan masa sekarang ni.Itu la yang dinamakan ada hikmah disebalik sesuatu,hehe!
Sebenarnya aku nak kongsikan fakta-fakta tentang inovasi flying disc/piring terbang & pesawat stealth Jerman ni.

RFZ/Round Aircraft
Sebuah alat terbang kecil yang dibina pada 1922 oleh VRIL Society
Asalnya technician-technician Jerman nak tambahkan persenjataan kat flying disc ni dengan meletakkan Panzer tank cannon
 -Gambar diatas dipercayai projek pertama mesin penerbangan inter-dimension di Jerman yang dibina oleh Thule-Vril Society pada 1922.

-Apabila Adolf Hitler bersama-sama pegawai-pegawai atasan Nazi menjadi chancellor di Jerman dan ditambah dengan pengetahuan 11 tahun sains metafizik oleh Thule-Vril Society,kerajaan Jerman memberi sokongan untuk diorang meneruskan projek 'Round Aircraft' atau RFZ(RundFlugZeug).RFZ yang dicipta ni memanfaatkan teknologi levitator yang dibangunkan oleh WA Schumann dari Technical University of Munich.

-1934,RFZ pertama berjaya dicipta iaitu Haunebu yang projeknya dipantau oleh SS Himmlers,(cabang teknikal unit E-IV(Entwicklungsstelle 4) yakni cabang khusus yang diwujudkan untuk mengkaji dan membangunkan sumber tenaga alternatif.

-Haunebu RFZ digerakkan oleh sistem electromagnetic-gravitic pertama di dunia,iaitu Vril-Thule Triebwerks.Sistem ini adalah gabungan penukar tenaga bebas,Hans Coler Konverter,penjana Van De Graaf dan Marconi Vortex Dynamo(tangki bebola besar yang mengandungi merkuri).Gabungan tiga teknologi ni membolehkan medan elektromagnetik yang sangat kuat terhasil dan mampu memberi kesan kepada tarikan graviti.

HO-IX Ver-2 Stealth Aircraft

Pesawat stealth pertama Jerman




-Awal 1940an Jerman berjaya membina sebuah pesawat prototaip yang tidak mampu dikesan oleh radar.Pesawat HO-IX Ver-2 mampu terbang pada kelajuan hampir 1000km/j.Perkara yang amazing tentang pesawat ni ialah bahan binaan utamanya adalah kayu!

-Selain untuk meningkatkan ciri-ciri stealth,kayu dipilih kerana material duralumin memerlukan jumlah masa yang banyak untuk dihasilkan memandangkan masa kontrak yang diberikan kerajaan cuma 6 bulan.

-'Kulit' pesawat dibina dengan menggunakan plywood setebal 17mm,iaitu lapisan plywood nipis 1.5mm dan diantaranya ialah campuran habuk kayu,arang dan gam setebal 14mm sebagai penyerap gelombang radar.

-Penerbangan pertama ialah pada 2 Februari 1945 oleh juruterbang bernama Leftenan Erwin Ziller.

-Setelah berpuashati melihat kejayaan penerbangan pertama,kerajaan Jerman mengarahkan Waggonfabrik Goettha membina 40 unit pesawat HO-IX dibawah peruntukan HO-229.

-Malangnya pada 18 Februari setelah beberapa kali penerbangan,HO-IX menalami kegagalan pada salah satu enjinnya.Setelah salah satu enjinnya mati,Lt.Ziller memandu pesawat kembali ke Oranjenburg.

-Apabila hendak mendarat,gear pendaratan tak dapat dikeluarkan kerana pam hidraulik terletak pada enjin yang mati tadi.Pesawat HO-IX Ver-2 terhempas ke landasan dan mengorbankan Lt.Ziller.

 -Data teknikal HO-IX V2

Kegunaan = Fighter
Binaan fiuslaj = Steel tubing
Binaan sayap = Plywood
Kapasiti = 1 pilot
Enjin = 2X Junkers 004 Jet Turbine
Kuasa = 2000lb/ft setiap satu
Lebar sayap = 16.8 meter
Berat kering = 4844kg
Bahanapi = 1700kg
Cruise speed = 900km/j
Max. speed = 1000km/j

Isnin, 15 November 2010

Adakah TTDI Jaya akan banjir lagi?

Sebelum ni TTDI  Jaya pernah dilanda banjir kilat pada 26 Februari 2006.Aku belum bekerja kat Shah Alam lagi masa tu.Tapi ni lah di gambar banjir di TTDI Jaya yang aku jumpa di internet:

Pinjam gambar dari republicofttdijaya

Guard post tu macam kenal je???
Huhu!Ni lah dia apartment tempat aku tinggal sekarang.Apartment Ilham yang berada kira-kira
250 meter je dari Sungai Damansara.Tak sangka banjirnya sangat teruk walaupun hanyalah kategori banjir kilat.
Ni plak gambar yang aku ambik dari dalam kereta masa on the way balik rumah tadi.


Ni kawasan perumahan yang paling hampir dengan jambatan yang menyeberangi sungai Damansara.Hujan lebat bermula lebih kurang jam 3.30pm tadi.Tengok!Dah paras skirting Myvi putih tu dah.
Masa aku menyeberang jambatan,aku tengok paras air sungai dah pun melebihi tebing.Mujur dah dibina tembok disepanjang tebing sungai.Kalau tak ada,aku rasa dah banjir dah taman perumahan tu.Harap-harap tembok tu mampu menahan tekanan berpuluh ribu liter air sesaat yang mengalir deras.
Gambarnya tak sempat aku nak capture masa drive.Memang tabiat aku bila hujan lebat je,aku akan pandang paras air sungai sebab aku tau history tempat ni.
Sekarang ni hujan masih renyai-renyai diluar.Kalau hujan makin lebat,aku dah set evacuate plan.Tak kira la pukul berapa,aku akan bungkus baju,keluar rumah dan tido kat kilang je.Macamana pun,aku harap hujan berhenti sekejap lagi...

Arsenal 2-1 Everton

Arsenal berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu liga,Chelsea selepas menewaskan Everton yang beraksi di tempat sendiri.Selain dari memintas kedudukan Manchester United,Arsenal merapatkan perbezaan mata dengan Chelsea yang tewas kepada Sunderland 3-0.
Arsenal mengekori rapat jumlah kutipan mata iaitu sebanyak 26 mata dan Chelsea masih menghuni tangga pertama dengan 28 mata.


Gol pertama Arsenal diperolehi hasil percubaan pemain pertahanan,Bacary Sagna pada minit ke-35 dari sudut sukar dan kapten pasukan Cesc Fabregas menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-48.Samir Nasri dan Marouane Chamakh juga berpeluang menambahkan jaringan tapi percubaan Nasri berjaya ditampan penjaga gol Everton,Tim Howard.
Pasukan tuan rumah akhirnya berjaya memperolehi jaringan pada minit ke-88 melalui percubaan Tim Cahill ketika berlaku kekalutan didepan pintu gol.Lukasz Fabianski terpaksa bekerja keras menafikan percubaan-percubaan Jermaine Beckford,Steven Pienaar dan Louis Saha.
3 mata penuh yang amat penting untuk menebus kembali mata yang ketinggalan akibat kekalahan kepada Newcastle minggu lepas.Perlawanan diadili oleh pengadil,Howard Webb.

Ahad, 14 November 2010

Jiwa Kental:Nak Berhenti Merokok!

Sebagai seorang perokok,jauh disudut hati aku,teringinnya nak berhenti merokok.Bila aku tanya kawan-kawan perokok tegar yang lain,semua rasa macam tu.Tapi,bukan senang nak berhenti merokok.


Bagi orang yang bukan perokok,tak kira la lelaki atau perempuan,mesti akan menganggap berhenti merokok ni senang gila.Senang la,sebab tak pernah rasa macamana menggelupur kalau tak dapat rokok.Silap-silap,hujan lebat pun redah jugak pergi kedai beli rokok.
Kebanyakan orang mula berjinak-jinak dengan rokok seawal umur 13-17 tahun,dan sekarang dah makin advance.Sekolah rendah pun dah biasa hisap-hisap rokok ni,tapi bagi aku,aku terjebak agak lewat,dah dekat SPM baru belajar hisap rokok.
Puncanya masa aku sekolah di Sekolah Menengah Teknik Temerloh,aku pandai gunting rambut.Selalunya member aku yang otai-otai bagi upah rokok lepas gunting rambut.Tapi tu pun tak biasa sangat lagi.Nak beli rokok pun takut.Masa tu harga rokok untuk Dunhill 7 batang baru RM1.90.Hisap sebatang pun dah berpinar bijik mata.Dulu rokok punya taste kaw punya,tak macam rokok sekarang.Rasa kosong je,tak puas hisap.

Habis je SPM,terus boleh hisap rokok kat rumah.Aku tak macam orang lain yang terpaksa menyorok dari parent untuk hisap rokok.Arwah bapak aku sangat sporting,rokok pun boleh share.

Bila sambung belajar kat Politeknik Kuantan,bapak aku selalu pesan,jimat-jimat belanja,hisap rokok jangan kuat sangat.Dia tak peduli pun pointer aku berapa,yang penting aku habis belajar.Tapi masa tu harga rokok dah beberapa kali naik,masa tu aku dah switch ke jenama Winston,sampai la sekarang.

Harga terbaru Winston 20's RM8.50 setelah tiap-tiap tahun harga rokok naik.Kadang-kadang 20 batang boleh bertahan dua hari,tapi sejak bekerja di tempat baru yang persekitaran kerja terbuka,makin kuat aku hisap rokok.Kejap-kejap nak cucuh rokok.Rokok kretek Gudang Garam yang heavy pun laju,apatah lagi Winston.

Mujurlah bila tiba bulan Ramadhan,aku boleh tahan nafsu merokok.So,takde masalah untuk berpuasa penuh.

Baru-baru ni aku renungkan sampai bila aku nak merokok.Rokok makin mahal,gaji sama je.Teringat iklan Niquitin,macam senang je nak berhenti bila telan pil tu.Akhirnya petang Rabu,10/11/2010 pukul 7.30pm aku habiskan rokok terakhir aku.Aku nekad nak berhenti,balik kerja pun aku tak singgah beli rokok.Biar je nak sangap ke nak ape ke bila kat rumah nanti.

Pergi kerja pagi-pagi lepak dengan kawan-kawan yang merokok pun kuatkan tekad je.Senyum je bila diorang offer rokok,hehe!Alhamdulillah sampai hari ni masih mampu bertahan,tak rasa sangat kekosongan bila tak hisap rokok.Aku sibukkan diri buat blogwalking,buat artikel,main PS2 dan ape-ape jelah supaya kepala otak aku tak memerlukan sokongan rokok.
Ada jugak terasa macam nak merokok lepas makan,tapi aku cakap balik kat diri aku,kenapa nak merokok?Buat la benda lain lepas makan.Setakat ni aku masih bertahan di hari keempat.Aku harap empat hari akan menjadi empat bulan,empat bulan akan jadi empat tahun dan seterusnya.
Gila banyak boleh jimat kalau berhenti merokok.Sebulan aku boleh save RM255.Nati ada rezeki,aku nak rewardkan diri aku dengan PS3 ke,sport rim kereta ke,haha!Contohnya macam tu la.
Teruskan berusaha Encik Faizal!

Jiwa Kental:Lamborghini buatan sendiri

Akibat teruja amat sangat dengan Lamborghini Countach filem Cannonball Run,Ken Imhoff membikin sendiri Lamborghini pujaannya tu.


Beliau mengerjakan 'projek rahsianya' di bahagian basement rumahnya selama 10 tahun!Dengan kepakaran TIG Welding yang beliau ada,beliau mengimpal sendiri chassis dan bodywork untuk projek Lamborghininya.

Ken Imhoff memasang enjin V8 351c.i(5750cc) dan gearbox ZF25 5 kelajuan pada kereta hand made beliau ni.Setelah hampir siap,barulah Ken menyedari kesengalan beliau.Oleh kerana kereta ni dibina dalam bilik bawah tanah,macamana nak ujipandu kalau tak dapat dibawa ke jalanraya?

Akhirnya Ken mengupah kontraktor untuk memecahkan dinding,dan membina tanjakan supaya kereta Lamborghini beliau dapat dibawa keluar.Walaupun ada sedikit kebodohan dalam projek beliau,tapi ketabahan dan semangat untuk menyiapkan kereta idaman sangat-sangat mengkagumkan.Respek!





P/s:Sampai aku sendiri pun teringin nak ada garaj sendiri,kompressor,tools,welding set,chain block,bla..bla..
      D.I.Y memang best!

Jumaat, 12 November 2010

Arsenal 2-0 Wolves


Setelah tewas kepada Newcastle United,Arsenal kembali ke landasan untuk mengurangkan jurang mata dengan pendahulu,Man.Utd dan Chelsea.
Terbaru,Arsenal menewaskan penghuni tangga kedua tercorot Liga Inggeris,Wolves dengan dua jaringan dari penyerang baru Arsenal,Marouane Chamakh.Masa jaringan yang menarik oleh Marouane Chamakh iaitu pada saat ke 39 permainan bermula untuk dia menjaringkan gol pertama,dan gol kedua diperolehi pada minit ke-90 permainan.
Jaringan pertama melalui tandukan yang menjangkaui penjaga gol Wolves,Marcus Hahnemann hasil hantaran lintang oleh Alex Song.Di saat-saat akhir permainan,Chamakh dengan tenang menjaringkan gol kedua untuk memastikan Arsenal mendapat tiga mata penuh untuk merapatkan jurang mata dengan penghuni tempat kedua,Man.Utd iaitu dengan 23 mata melalui 12 perlawanan setakat ini.
Perlawanan seterusnya Arsenal akan bertemu Everton di Goodison Park pada 14 November ni.Pada perlawanan sebelum ni,Everton seri 2-2 dengan Blackpool dan Arsenal tewas kepada Newcastle United 1-0.

Khamis, 11 November 2010

Mitsu,Kenapa Lancer Yang Kau Bagi??


Sehari dua ni ramai blogger yang mengupdate pasal model terbaru Proton,Proton Inspira.Ramai yang memuji rupabentuknya yang cantik,dan harganya jauh lebih murah dari Lancer terbaru buatan Mitsubishi.Sebelum ni peminat tegar Proton amat-amat memandang rendah kepada Perodua kerana merebadge kereta Daihatsu.Dikatakan rakyat Malaysia yang membeli Perodua sebagai taksub barangan berunsur Jepun,Toyota wannabe,ah beng racer dan sewaktu dengannya.Sedangkan formula itulah yang membolehkan Perodua mengungguli pasaran tempatan untuk tahun ke-5 berturut-turut.

Tapi kali ni diorang kena telan apa yang dah dikatakan sebab Proton mula mempraktikkan amalan rebadging.Perodua melakukan sebegitu sekurang-kurangnya untuk model yang tak dijual di Malaysia.

Dan untuk kes istimewa Proton ni,bagi aku faedahnya dah tentu untuk pengguna.Berbanding harga Lancer 2.0GT iaitu sekitar RM123,000,model Inspira 2.0 CVT 'hanya' berharga RM91,999**.Banyak sangat beza harganya tu.Siapa yang nak keluarkan modal lebih untuk benda yang hampir sama?Betul tak?

Bagi pihak Proton,diorang dapat jimatkan separuh dari kos R&D yang biasanya sekitar RM700 juta.Kalau tak silap aku lah.Sebabnya volume market untuk sedan kelas 'C' agak kecik,so tak berbaloi untuk Proton menginvest terlalu banyak duit kat situ.

Kelas 'C' adalah sedan bersaiz besar sikit dari sedan biasa(Kelas 'B').Ok,direct competitor untuk model Inspira/Lancer ni adalah Honda Accord dan Toyota Camry.So,tak boleh buat comparison antara Inspira vs.Vios atau Inspira vs. City.
Di awal-awal penubuhan Proton,Mitsubishi lah rakan teknikal yang meminjamkan teknologinya dari model Saga sehingga model Perdana.Bila Proton mula membina Waja,perlahan-lahan pergantungan kepada Mitsubishi mula dikurangkan.Sehinggalah Proton mula berdikari dan membina reputasi sendiri dengan bantuan Lotus.
Tapi apa yang berlaku selepas 25 tahun penubuhan Proton adalah agak mengejutkan.Kenapa tiba-tiba Proton kembali merebadge model Mitsubishi?
Persoalan saya,kalau market untuk segmen kelas 'C' sangat kecil atau dan margin keuntungan kurang meyakinkan,kenapa perlu mengambil risiko melabur kearah itu?Berapa agihan keuntungan untuk Proton dan Mitsubishi untuk model Inspira?Sebelum ni Mitsubishi cuma memberikan teknologi lama kepada Proton,kenapa kali ni mereka memberikan model terbaru?Apakah ada udang pasar disebalik mi goreng sekolah agama?
Cuba letakkan diri kita di pihak Mitsubishi.Sanggup ke diorang sacrifice model sedan terlaris diorang untuk direbadge tanpa mendapat keuntungan besar?Adakah diorang tak fikir yang mostly pembeli Mitsubishi adalah follower yang setia dengan buatan Mitsubishi.Bayangkan korang membeli Lancer yang korang yakin dengan ketahanan,kualiti dan prestij pada nama Mitsubishi,suddenly kereta yang sama,dan murah dibuat oleh syarikat lain.Tak ke korang akan kecewa kat Mitsubishi.So,atas dasar bisnes,Mitsubishi sacrifice semua tu sebab mungkin pembahagian keuntungan memihak kepada Mitsubishi.Thats why diorang tak kisah share teknologi walaupun ianya terbaru.

Macam sejarah Proton sebelum ni,Proton Wira berasal dari Lancer GSR.Asasnya iaitu chassis yang dijadikan asas binaan.Kenapa agaknya Mitsubishi tak bagi je chassis CE9A/CN9A je untuk model baru Proton?

Lancer GSR/RS (Evo I) :CD9A
Evo II,Evo III : CE9A
Evo IV : CN9A
Evo V,Evo VI : CP9A
Evo VII,Evo VIII,Evo IX : CT9A
Evo X : CZ4A

Dari senarai model Evo I sampailah ke Evo X,terdapat enam siri varian Lancer,dan kesudian Mitsubishi membuat perkongsian pintar ni buat aku fikir,apa yang diminta Mitsubishi dari Proton untuk menjadikan situasi perkongsian ni win-win.Of coz la both party nakkan benefit yang sama kan?

Dan..dengarnya Mitsubishi akan membawa Exora dan Persona(correct me if i'm wrong) ke Jepun dan akan dijual kesana sebagai model Mitsubishi.Persoalan aku ialah,Mitsubishi adalah pembuat kereta sejak model pertama pada 1917 dan pengalaman luas dalam rali,yang aku pasti pengalaman tu cukup untuk membuktikan Mitsubishi adalah pembuat kereta yang berprestij.
Diorang tak yakin ke dengan model MPV Grandis?Kenapa diorang begitu sangap sekali kepada  MPV Exora??Baguskah Persona yang mana ECU nya rosak tak sampai 3 bulan selepas dibeli?Bukan semua Persona,tapi nasib malang kawan saya yang membeli Persona Elegan.


Satu perkara lagi,aku terbaca brochure Inspira tentang handling yang sudah di tune up oleh Proton.Tidak lagi dengan perkataan Lotus Ride & Handling,kali ni Proton Ride & Handling.Soo...khabarnya ada dilakukan improvement kat situ.Then,adakah improvement tu betul-betul mengatasi teknologi rali Mitsubishi dan sememangnya berlaku improvement pada tune-up tu?Hmm...sekurang-kurangnya pihak Proton kena bekalkan sedikit data sebagai bukti contohnya ujian masa di litar atau grafik yang menunjukkan peningkatan kawalan dan cengkaman kereta.Tapi secara logiknya kawalan Lancer dah tentu lebih melekat dengan rim 18" dan tayar 215/45/18 jika dibandingkan dengan rim 16" dan tayar Continental 205/60/R16 Inspira.
Misteri betul keputusan Mitsubishi ni...Sebagai peminat,aku sedikit kecewa dengan tindakan Mitsubishi,walaupun sebenarnya mungkin ada rancangan lain yang tersirat.Bagi pihak Proton,mungkin ada karenah dalaman yang menyukarkan pembangunan model baru.Sebagai sebuah syarikat GLC,aku yakin pihak pengurusan Proton tentu sedikit sebanyak ada masalah dalaman.Bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan ni tak ada masalah pasal duit,cuma kecenderungan melantik badan pengurusan terlalu ramai menyebabkan hala tuju syarikat tak jelas.Sebagai contoh bayangkan sebuah kereta,ada lapan stereng.Semua orang ada agenda masing-masing.Kalaulah Proton ni sebuah syarikat swasta,dah tentu tak wujud lagi nama Proton.
Aku menulis panjang lebar ni bukan aku benci Proton,sebagai syarikat yang dah berusia 25 tahun,dah tentu aku mengharapkan kematangan Proton dalam membina kereta yang bersesuaian dengan pengalaman yang ditimba salama ni.Umpama ibu bapa yang memarahi anak melakukan kesilapan,tujuannya untuk membentuk anak menjadi manusia berguna.Kalau takut dikritik,jangan buat kereta,buat kerepek pisang.
Kepada pembeli yang berminat,tempahlah awal-awal sementara banyak komponennya masih diimport dari Jepun.Dah agak lama sikit nanti sure Proton akan reduce cost dengan 60% part dari vendor tempatan.Mana tau enjin Campro plak masuk dalam engine bay Inspira.Pandanglah sesuatu benda baru tu dengan pandangan menjangkaui batasan penglihatan,boleh faham tak maksud saya?Apa-apa pun,ni adalah pendapat peribadi saya yang ditujukan kepada Mitsubishi..Salam untuk semua...

Rabu, 10 November 2010

Tapak Warisan UNESCO:China Danxia

Negara China banyak rupabentuk mukabumi yang cantik.Sebelum ni pun aku ada highlight satu tempat menarik di China iaitu Wulingyuan National Park yang juga tapak warisan UNESCO.
Satu lagi keindahan alam di negara China,Danxia.Danxia terkenal dengan keindahan rangkaian pergunungan dan lanskap yang terbentuk dari batuan pasir (sandstone) berwarna kemerahan.
Terdapat tujuh landskap yang paling menarik di daerah Danxia.

No.1:Danxia Mountain


Pertama sekali,minta maaf la ye.maybe ada yang perasan bentuk batu tu menyerupai *****.Terletak di Guangdong Province,juga dikenali sebagai China Red Stone Park.Actually "benda" yang macam tuuuut tu ada namanya sendiri.Namanya Yangyuan Stone,maksudnya batu jantan.Batu ni pun ada pasangannya jugak,Yinyuan Hole,maksudnya lubang betina(betul ke aku translate ni??).Gambarnya aku taknak letak la,hehe!

No.2:Wuyi Mountain


Terletak di utara Fujian Province,gabungan Huangshan Mountain dan kecantikan Hangzhou Wast Lake.Berkeluasan 70 kilometer persegi dan dikelilingi oleh 9.5 kilometer anak sungai Jiuqu(Nine Zigzag).

No.3:Dajin Lake


Tasik Dajin meliputi kawasan seluas 461.8 kilometer.Terdapat empat kawasan didalam Danxia yang cantik kat sini,anak sungai Shanxing,tasik Jinhu,gua Dragon King dan Eight Immortal Cliff.

No.4:Longhu Mountain


Teletak di Yingtan,Jiangxi Province dan berkeluasan 80 kilometer persegi.Kawasan dimana paling banyak kepelbagaian bentuk mukabumi akibat luluhawa yang membentuk formasi batuan yang sangat cantik.

No.5:Langshan Mountain


Terletak di tengah-tengah pergunungan Yuecheng dimana wilayah Hunan dan Guangxi bertemu,disinilah Pergunungan Langshan.Pergunungan ni jugak adalah punca aliran sungai Zhijiang .

No.6:Zhangye Danxia Landform


No.7:Chisui Danxia Landform


Usia kawasan ni dianggarkan bermula ketika zaman Jurassic dan Cretaceous,kira-kira 100 juta tahun dulu.Merangkumi kawasan seluas 1000 kilometer persegi,terdiri dari lembah-lembah,landskap yang unik,dan air-air terjun.Ia adalah kawasan berkelembapan tinggi dan diliputi tumbuhan yang agak padat.

Selasa, 9 November 2010

Superb Cosplayers!

Aku cukup suka tengok cosplay,bukan setakat pakaian yang menyerupai karekter game/komik/anime,nak main cosplay pun kena ikut gaya karekter yang dibawa.Salah satu aktiviti bebudak(mostly Chinese) kat Malaysia ni yang aku rasa macam nak join,tapi xboleh join,haha!

Selalunya kat Mid Valley ada event ni,tapi yang terbaru aku tengok kat e@Curve,tajaan coklat Nips! dengan kerjasama TV3 untuk rancangan Remaja beberapa bulan lepas.Aku rasa macam nak buat posting pasal event tu,tapi gambar blur sangat-sangat.Stakat 2MP je handphone aku....Huhu!Segan je ngan orang lain yang bawak DSLR.

Karekter ape tah ni!

Kebanyakan karekter yang dicosplaykan dari anime Bleach dan Naruto.Sebab senang nak cari kostum kot.Lagipun cosplay kat Malaysia ni belum advance sangat,mostly equipment nak kena custom made.Satu lagi equipment macam senjata,katakan replika senapang,takkan nak pakai M16 yang jual kat Giant kot?Beli replika yang real macam yang banyak jual kat Thailand tu kang,tak pasal-pasal kena tahan polis.

Tapi berbeza sangat dengan scene cosplay kat luar negara.Jom tengok gambar-gambar cosplay kat bawah ni.

Metal Gear Solid 3:Snake Eater,Solid Snake dengan Alligator Head dan The Boss yang memegang microfilm
Senjata The Boss,Patriot pun ada,complete! 

Gears of War
Raiden dari game Metal Gear Solid 4,perempuan bawa karekter lelaki!


HALO

Sam Fisher dari game Splinter Cell

Sephiroth dari Final Fantasy VII

Vincent Valentine dari Final Fantasy VII