Ahad, 31 Oktober 2010

Lexus LFA


 Lexus LFA ialah sport coupe,racing prototype dan model produksi yang dihasilkan oleh Lexus.Versi produksinya menampilkan enjin V10 4.8 liter yang dilengkapi Dual VVTI yang mampu menjana 560ps pada 8700rpm.
Manakala 65% material badannya dibina dengan menggunakan CFRP (carbon-fiber reinforced polymer).

Enjin 1LR-GUE
Enjin 1LR-GUE yang digunakan mampu menjanakan 354lb/ft tork maksimum pada 6800rpm.Tahap redline adalah 9000 rpm dan fuel cut-off pada 9500 rpm.Untuk enjin normally aspirated(NA) yang berkuasa tinggi,ia adalah ciri-ciri tipikal untuk mempunyai tahap revving dan nisbah mampatan setinggi 12.0:1 untuk mendapatkan kuasa maksimum.
Pistonnya diperbuat dari aluminium tempaan,rod penghubung(con-rod) titanium tempaan dan injap titanium.Dari keadaan idle,enjin 1LR-GUE boleh mencapai tahap redline hanya dalam masa 0.6 saat dimana tachometer analog tidak dapat menunjukkan bacaan rpm dengan tepat.
Nisbah kuasa kepada berat adalah 5.9lb/hp dan kelajuan maksimum 325km/j.

Technical Spec:

Jenis enjin: V10
Isipadu(c.c): 4,805cc
Nisbah mampatan: 12.0:1
Transmisi: 6 kelajuan ASG(Automated Sequential Gearbox)
Kuasa: 560ps/552hp@8700rpm
Berat kering:1480kg
Agihan berat: Depan=49.8%,Belakang=50.2%
Pecutan(0-60mph): 3.6 saat
Kelajuan Maks: 326km/j


Kereta ini akan mula diproduksi akhir 2010 sebagai model 2011.Hanya 500 unit akan dibuat iaitu 20 unit sebulan.Pembeli akan dipilih oleh Lexus,dan Lexus akan membina LFA mengikut citarasa pelanggan.Harga yang dianggarkan adalah sekitar US$375,000/RM1,137,750.Pembeli boleh memilih warna dalaman dan luaran,warna kaliper brek,seat,kulit pembalut steering dan lain-lain bahagian dalaman.
Setiap unit akan dibina dengan tangan(hand-made) oleh jurutera binaan dan specialist di kilang Toyota Motomachi di Aichi,Jepun.Turut diberikan ialah plak bernombor individu ketika produksinya dijalankan,manakala enjin V10 nya akan ditandatangani oleh specialist yang memasang enjin tersebut.

Khamis, 28 Oktober 2010

Arsenal 4-0 Newcastle United(Carling Cup 2010)

Arsenal menang lagi!!



Momentum dari kemenangan keatas Manchester City baru-baru ni,skuad Arsene Wenger kesayangan aku berjaya membenam Newcastle United di St.James Park dengan empat gol dalam pusingan ke-4 Carling Cup.Sebelum ni,dalam pusingan ke-3 Arsenal menewaskan Tottenham Hotspur 4-1 manakala Newcastle United mengalahkan Chelsea 4-3.
Gol pertama jaringan sendiri Tim Krul,penjaga gol Newcastle,ditambah jaringan Theo Walcott(53',88') dan Nicklas Bendtner(83').
Arsene Wenger menurunkan penjaga gol keempat,Wojciech Szczesny dan juga pemain pertahanan simpanan,Craig Eastmond.
Arsenal akan menyertai Manchester United,Wigan,Ipswich,Birmingham dan West Bromwich Albion ke pusingan suku akhir.Penentuan perlawanan untuk pusingan suku akhir akan ditentukan Sabtu ni.

Selasa, 26 Oktober 2010

Lockheed Martin Exo-Skeleton;HULC

Prototaip terbaru dari firma Lockheed Martin,exo-skeleton yang bernama HULC(Human Universal Load Carrier),untuk meringankan beban yang dibawa tentera,spesifiknya tentera US lah ye.Berat bebanan yang dibawa boleh mencecah 200 paun.Bayangkan nak angkut beban seberat tu di kawasan yang berbukit bukau,padang pasir dan sebagainya.
Exo-skeleton yang dilengkapi bateri ni mampu mengurangkan bebanan,dan membolehkan tentera berjalan lebih jauh dan bertahan lebih lama.Banyak bebanan yang dibawa bermakna banyak bekalan makanan,peluru,dan ubatan untuk diorang berada di medan pertempuran lebih lama.

Images from Gizmondo


HULC menggunakan bateri lithium polymer seberat 4 paun yang mampu bertahan selama 1 jam!? sekiranya berjalan pada kelajuan 3mp/h.Terdapat juga versi extended-endurance yang dilengkapkan silent generator,dimana generatornya menggunakan bahanapi JP8 jet fuel.Dengan setangki bahanapi penuh,mampu menggerakkan HULC selama 3 hari.


Images from lockheedmartin.com

Dengan binaan titanium yang diperkuatkan,HULC berfungsi dengan kuasa hidraulik anthropomorphic exoskeleton yang fleksibel,membolehkan tentera merangkak,mencangkung dan meniarap dengan mudah.
HULC tidak menggunakan sebarang alat kawalan,sebaliknya sensor pada HULC akan mengesan apa penggunanya mahu lakukan dan kemana arah hendak berjalan dengan bantuan on board micro computer yang akan mengharmonikan pergerakan.
Rekaan modular membolehkan pertukaran komponen untuk sebarang pengubahsuaian.Untuk keupayaan mengangkat bebanan,ia tetap mampu bekerja walaupun tiada bekalan kuasa.

Isnin, 25 Oktober 2010

Kenapa Aku Suka Arsenal



Perkenalan aku dengan dunia sukan paling terkenal di muka bumi ni agak lewat.10 tahun dulu aku sangat la tak faham kenapa la orang suka sangat dengan bola sepak,baca paper pun mula dari belakang.Tu belum lagi tengok statistic chart.Ape benda la yang dimaksudkan dengan P,M,S,K,J,M.
Lepas aku beli PSOne,aku mula berjinak-jinak mengenali dunia bolasepak melalui game Winning Eleven/Pro Evolution Soccer.Masa tu World Cup Korea/Japan tengah rancak.Dari game Winning Eleven la aku kenal apa tu offside,free kick,through ball,1-2,corner kick dan sebagainya.Kalau tak,sikit pun aku tak tau.
Bila dah minat bola,tentu ada pasukan dalam Liga Inggeris yang diminati.Bagi aku plak,aku sangat meminati Arsenal.Alasan utama aku minat Arsenal nak tau pasal apa?


Pasal managernya nama Arsene Wenger.
Bagi aku Arsenal dan Arsene Wenger ada chemistry.A.R.S.E.N.A.L dan A.R.S.E.N.E Wenger sangat serasi.Bagi aku jugak Arsene Wenger sangat bijak mencari bakat-bakat muda yang akan dilatih menjadi Superstar.Selain tu,Arsene Wenger bijak dalam berbelanja dan beberapa pemain berbakat yang dia dapat,just for free!
Berbanding pasukan lain yang berbelanja besar nak beli superstar,itu tak mengkagumkan aku kalau pasukan tu mantap.Yelah,player mahal-mahal takkan nak expect perform hampeh kot.Sebagai contoh perlawanan semalam,Arsenal vs Manchester City yang berkesudahan Arsenal menang 3-0.Betapa pemilik Manchester City melabur kaw-kaw sekalipun belum tentu menjamin kemenangan.
Contoh beberapa player yang telah menjadi superstar dibawah latihan Arsenal seperti Thierry Henry,Nicholas Anelka,Ashley Cole,Robin Van Persie,Theo Walcott dan Cesc Fabregas.Dulu siapa diorang ni?Nama diorang biasa-biasa je sehinggalah menjejakkan kaki ke Arsenal.
Dalam ramai-ramai bakat muda dalam Arsenal,buat masa sekarang ni aku kagum dengan prestasi Samir Nasri.Makin lincah dan berkeyakinan depan pintu gol.Ditambah dengan kehadiran Marouane Chamakh yang berkeupayaan menanduk bola dengan tepat,kepantasan Bacary Sagna di sebelah kanan dan Gael Clichy di sebelah kiri,aku rasa Arsenal berada dalam keadaan yang agak stabil.Cuma ketiadaan Thomas Vermaelen yang aku rasa agak kurang dari segi pertahanan.
Kalau sebelum ni Manuel Almunia sebagai penjaga gol utama,nampaknya Arsene Wenger dah mula bagi peluang kepada penjaga gol kedua,Lukasz Fabianski.Cuma satu je,muka Fabianski ni jambu,penyerang lawan tak gerun,haha!Mujur semalam dia beraksi cemerlang,Man of The Match tu!


Yang aku nampak,kebelakangan ni Wenger kerap menurunkan Marouane Chamakh,Samir Nasri,Andrei Arshavin,Lukasz Fabianski dan Alex Song untuk menambahkan pengalaman diorang.
Pemain berbakat lain macam Nicklas Bendtner,Carlos Vela,Theo Walcott,Robin Van Persie,Thomas Vermaelen,Laurent Koscielny dan Eboue disimpan dulu.Go,Gooners!

Sabtu, 23 Oktober 2010

Life As We Know It & Perhatikan Anak Anda

Agak lama jugak aku tak menjejakkan kaki ke panggung favourite aku,Cathay Cineplexes di E@Curve.Kali terakhir aku menonton wayang maybe 3 bulan lepas,filem Shrek:Forever After 3D.
Oleh kerana kompeni aku bermurah hati memastikan pekerjanya tak kebosanan di hujung minggu,gaji pun dah dapat harini.Biasanya 25hb baru dapat,that's mean next Monday baru dapat gaji.Aku pun agak risau,sebab bajet ngam-ngam je tinggal,itu pun kalau tak keluar rumah hujung minggu ni.Bila aku online je semalam,tengok Maybank2u dah ada one day float,Yeahh!!
Macam biasa aku tunggu tunang aku jemput,pegi makan sama-sama then tengok wayang.List movie yang ada plak macam tak bleh blah je.At last ,kitorang ambik je movie Life As We Know It,Lakonan Josh Duhamel & Katherine Heigl sebab malas nak menunggu lama-lama.Aku punya expectation kat movie ni pun tak la tinggi sangat tapi apa salahnya tengok movie yang agak ringan sikit.



Tengok poster pun dah tau macamana plot cerita ni,about parenting.Tapi tanggapan aku mula berubah bila menonton.Perlahan-lahan aku dapat ikut jalan cerita yang tak terlalu rumit ni.Kisah Messer(Josh Duhamel) dan Holly(Katherine Heigl) yang berkawan baik,tapi terpaksa menjaga anak kawan mereka,Sophie selepas ibu-bapa Sophie mati akibat kemalangan.
Walaupun berkawan,Messer dan Holly kerap bertengkar dan kerana Sophie,mereka berubah menjadi penjaga yang baik.
Aku tak pandai nak mengulas filem,tapi filem ni berjaya dari segi penyampaian yang bersahaja,komedi dan serius diadun seimbang.Jalan cerita yang straight forward memudahkan kita memahami matlamat cerita ni dengan cepat.

Annoying Kids
Filem yang baik,cuma konsentrasi aku terganggu dengan beberapa kanak-kanak warga asing barisan depan aku  yang buat bising dan bergurau melampau-lampau.Nak je aku sepak seat depan aku tu.Aku pun hairan macamana bebudak tu boleh tengok movie macam tu.Aku rasa ada beberapa babak ranjang yang tak keterlaluan tapi tak sesuai untuk kanak-kanak.
Pasan aku pada parent,watch out ur kids.Jangan biarkan anak anda bebas berbuat apa sahaja.Kalau masih kecik pun dah perangai macam hantu,bersiap sedia la bila diorang dah besar.Kadang-kadang aku hairan tengok sesetengah parent yang biarkan anak-anak menyepahkan barang,buat bising dan mengganggu orang ramai.Sebab tu la kebanyakan budak-budak sekarang ni makin kurang hormat dengan orang tua.

Khamis, 21 Oktober 2010

Laman Web Rasmi Istana Terengganu Gagal Bahasa Melayu

Asalnya petang ni aku nak buat artikel pasal history Keris Panjang Di-Raja yang digunakan semasa upacara pertabalan Sultan.Entah macamana lain pulak yang aku jumpa.



Sedang aku meneliti keterangan mengenai Keris Panjang Di-Raja kat sini ,ada sesuatu yang buat aku rasa pelik.Tengok gambar kat bawah ni:


Dah siap aku highlight yang mana buat aku sakit mata bila baca.Siapa la yang buat website ni.Website ni website rasmi Istana Terengganu.Aku tak sempat baca semua,maybe ada lagi kesalahan ejaan.Aku harap pihak abytech yang mengendalikan laman web ni dapat mengambil tindakan secepat mungkin untuk memperbaiki ejaan Bahasa Melayu.
Bagi aku,perkara ni serius sebab kesalahan ni berlaku pada laman web rasmi istana.Hilang mood aku nak buat artikel keris,huh!

Escape From New York : Metal Gear Series

Sebelum ni memang ada aku dengar cerita yang Hideo Kojima mencipta siri game Metal Gear Solid berdasarkan satu filem Hollywood,Escape from New York.Aku tak pasti plak sebanyak mana Hideo terinspirasi dengan filem ni.
Sehinggalah beberapa malam lepas TV8 menyiarkan filem lakonan Kurt Russell pada tahun 1981 ni.Pada mulanya aku tak berapa perasan sangat persamaan filem ni dengan siri MGS,cuma aku agak teruja bila seseorang panggil Kurt Russell dengan nama Plissken.Pastu Kurt Russell ble plak sound mamat tu,"Call me Snake!".Wuaaa!!
Lagi la aku teruja!

Kurt Russell aka.Snake Plissken
Kurt Russell membawakan watak askar WWII pencen bernama Snake Plissken didalam sebuah filem arahan John Carpenter bertajuk Escape From New York.Antara persamaan yang aku nampak adalah Snake Plissken seorang tentera sama seperti Solid Snake,mata sebelah,infiltrate kedalam kawasan musuh menggunakan drone dan mempunyai gaya bercakap serta suara yang sama.

Escape From New York screenshot


David Hayter : Solid Snake/Iroquois Pliskin(MGS2)

Siapa yang tak kenal Solid Snake.Hero game Metal Gear Solid yang sangat glemer nih.Sememangnya Hideo Kojima terinspirasi dengan filem Escape From New York.
Solid Snake pernah menyamar sebagai Iroquois Pliskin selepas kejadian rampasan Metal Gear Ray dalam siri Metal Gear Solid:Sons of Liberty dan hanya menjadi 'sidekick' Raiden yang meneruskan misi seterusnya.
Mata kanan yang buta sebelah plak sebab terkena tembakan dari pistol Ocelot.



Jalan cerita memang jauh berbeza,cuma adaptasi karekter yang aku rasa sangat ketara.

.

Gemuruh Depan Kamera

Korang rasa korang gemuruh tak bila berdepan kamera?Nak plak bila tau shooting tu untuk live broadcasting.aku belum pernah ada pengalaman shooting 'live',tapi pernah la jugak jadi 'pelakon' masa TV3 buat shooting untuk segmen khas rancangan Nona dulu,haha!
Kira berani gak la aku,tu pun sebab pakai face mask,orang tak boleh cam muka.Letih siot,diorang ni shoot banyak-banyak kali,nak pilih yang mana ok.Berlakon filem sure berganda-ganda penat.
Korang layan la video kat bawah ni,kesian budak ni aku tengok.Gemuruh macam nampak hantu.

Rabu, 13 Oktober 2010

Redefined Bugatti Veyron

Model kereta terpantas didunia,Bugatti Veyron mengukuhkan lagi namanya dengan pelancaran model baru 2011 yang lebih berkuasa iaitu Bugatti Veyron 16.4 Super Sport.


Image from TopSpeed.com
Dengan pembesaran empat unit pengecas turbo dan intercoolernya,kuasa yang dihasilkan oleh enjin 16 silinder ini ialah 1200hp berbanding model asal yang berkuasa 1001hp.
Bahagian chassis dan juga stabilizer juga diperkuatkan serta dilengkapi dengan sistem gantungan terbaru untuk menampung kuasa yang terhasil.
Bahagian luaran juga menerima rekaan baru seperti pembesaran dan rekabentuk semula saluran udara hadapan,diffusser berkembar dan tip ekzos di bahagian tengah bumper.
Kelajuan maksimum purata yang dicatatkan adalah 431km/j(267bs/j) yang juga tercatat didalam rekod baru Guinness Book of Record,dan pecutan pada kadar 1.4G.
Lima unit pertama yang akan dihasilkan adalah limited edition iaitu versi 'World Record Edition'.Manakala kelajuan maksimum akan dihadkan pada 415km/j untuk melindungi tayar dan keselamatan pemandu.

1200hp...



Sama kuasa dengan enjin diesel 12 silinder yang menggerakkan MBT M-95 Degman.

Selasa, 12 Oktober 2010

Super Pedas!;Naga Jolokia


Sepedas manakah cili yang korang pernah makan?
Sampai berpeluh?
Air liur meleleh?
Tahap paling tinggi,sakit perut?


Itu pun baru makan cili padi.Cili padi atau nama inggerisnya Bird's Eye Chilli biasa kita gunakan untuk buat sambal belacan.Nak power lagi,makan mentah-mentah.Confirm meleleh air hidung.
Kepedasan setiap spesies cili diukur dengan skala Scoville Heat Unit.Apa yang menyebabkan cili pedas adalah kandungan capsaicin didalam cili.Makin tinggi nilai angkanya,makin berapi cili tu.Untuk cili padi,nilai kepedasan pada skala Scoville ialah 50,000-100,000.

Hottest Chilli In The World
Anugerah cili terpedas di dunia jatuh kepada..............Naga Jolokia/Bhut Jolokia!


Juga dikenali sebagai Ghost Chilli,cili yang berasal dari India dan terdapat juga di Bangladesh dan Sri Lanka.Tahap kepedasan cili ni ialah 855,000-1,075,000,bermakna 17 kali lebih pedas dari cili padi dan 28.5 kali lebih pedas dari sos Tabasco.Gila pedas!
Saiz cili Naga Jolokia ni adalah sekitar 60-85mm dan berwarna merah atau oren apabila matang.

Kegunaan
Kegunaan lain cili ni di India ialah untuk menghalau binatang liar seperti gajah.Aku pernah tengok dokumentari dimana penduduk kampung menumbuk cili ni untuk dijadikan 'sambal',tapi bukan untuk dimakan.
Diorang sapukan cili ni pada pagar tanaman kontan diorang untuk mengelakkan gajah menceroboh kebun sayur.Selain dari tu capsaicin dari cili ni berkesan untuk dijadikan pepper spray dan bom cili.Bagi peragut amatur dan perogol bersiri yang terbaca fakta ni dimana-mana,tahap kepedasan cili ni mampu menggoyangkan niat serong yang berputik bila ternampak wanita cantik.
Kadang-kadang yang tak cantik,tak seksi pun diorang balun.Tak apa,dapatkan sebotol pepper spray walaupun bukan dari cili Naga Jolokia.Gred pepper spray untuk Law Enforcement ialah 5,000,000-5,300,000 SHU(Scoville Heat Unit).Cukup pedas dah tu.

Isnin, 11 Oktober 2010

Tidur Petang & Portal Masa

Orang tua-tua selalu berpesan,tak baik tidur petang.Masalahnya aku ni jenis degil,walaupun aku jarang tidur petang.Apa-apa pantang larang orang tua-tua yang aku rasa tak ada kaitan dari segi fizik dan sains memang otak logik aku tak boleh terima.Contohnya makan pindah randah nanti isteri banyak(ok what??),tak boleh duduk atas bantal(time nikah boleh plak duduk atas bantal!LOL!),dan sebagainya...
Tidur petang plak aku tak pasti la apa natijahnya,tapi aku rasa mungkin 'penidur petang' akan mengalami mimpi aneh.Itu la yang terjadi kat aku.Mimpi aku sangat aneh,tapi aku rasa sangat amazing sebab berkaitan dengan dimensi keempat.


Susah nak faham apa tu dimensi keempat?Ia berkaitan ruang dan masa yang terbuka,membolehkan kita pergi kemana-mana tempat di dunia ni melalui satu portal ruang.Contoh paling senang,macam pintu ajaib Doraemon.Ia tergolong dalam kategori paranormal phenomena;sesuatu kejadian atau perlakuan yang melanggar hukum normal alam dan juga tidak dapat dihuraikan oleh sains.

Orang Hilang
Biasa jugak kita dengar kes-kes isolated dimana orang hilang secara tiba-tiba.Ada teori yang mengatakan orang hilang ni termasuk ke dimensi keempat.Salah satu kes di Malaysia yang aku pernah baca ialah seorang kanak-kanak hilang bila dia lalu kat sebatang pokok.Kes tu berlaku di sebuah kampung di Mentakab,Pahang.Aku dah lupa nama kampung tu.
Budak tu main kat halaman rumah dan tiba-tiba hilang.Saksi plak seorang budak kecik,umur lebih kurang 4-5 tahun yang tak berapa pandai nak bercakap.Bila mak dia tanya mana budak yang hilang tu,budak tu tunjuk kat satu pokok sambil menangis.
Di luar negara ada juga beberapa kes macam tu,cuma aku tak boleh nak cerita semula.Kang salah fakta.Apa yang aku alami ni cuma mimpi akibat tidur petang.Kalau betul-betul terjadi kat aku dah tentu aku tak boleh dah tulis blog ni.

Weird Dream
Ok,aku mimpikan yang aku berada kat luar negara sebab bahasa diorang aku tak faham.Senang citer macam kat negara orang putih,Tempatnya aman,nak lintas jalan pun tak banyak kereta.Yang aku tau aku datang kesitu dengan tunang aku.Entah macamana tetiba tunang aku hilang.Aku call ngan SMS tak dapat.Dalam mimpi tu sempat lagi aku fikir,tak dapat call sebab belum roaming ke operator telefon oversea macam O2 atau Vodafone kot.
Aku berjalan-jalan sampai kat satu pagar,sebelah luar pagar aku nampak macam satu jalan yang aku sangat kenal.sedangkan tempat yang aku berdiri tu tempat yang sangat asing.Lama aku berdiri perhatikan manusia berjalan kat sebelah pagar,tapi diorang buat bodoh je macam tak nampak aku.
Tetiba ada sorang lelaki muda tepuk bahu aku dari belakang.Dia cakap,"Jangan bagitau orang,tak ramai orang tau pasal benda ni".
Aikk???Cmana dia tau yang aku tengah hairan dengan apa yang aku nampak.Dunia yang aku berpijak sangat berbeza dengan dunia yang aku kenal di luar pagar.Maknanya aku termasuk ke ruang masa yang terbuka.Fuhh!

Reality
Then aku dengar suara adik aku,"Oit!Bangun!Nasik dah siap!...Dengan selambanya aku bangun,terus hadap nasik yang kurang air dan berlaukkan kari ayam.End of Story.

Rabu, 6 Oktober 2010

Beruntungnya Budak-budak Zaman Sekarang

Dah hampir 23 tahun keluarga aku menetap di sebuah Felda di Jerantut,Pahang.Sepanjang tempoh itu juga,berbagai rintangan dan ranjau yang keluarga aku harungi sehinggalah berada pada tahap yang agak selesa.
Sebelum ini mak ayah aku bekerja sebagai petani sawah di Sekinchan,Selangor.Keputusan drastik ayah aku memohon untuk menyertai program Felda mengubah keseluruhan perjalanan hidup keluarga aku.Ayah aku pernah bagitau aku,seseorang yang dia tak kenal langsung yang beritahu dia tentang tawaran Felda.Ayah aku pergi pejabat Felda kat Jalan Semarak,KL dan memohon untuk menjadi peneroka Felda.
Aku dapat rasa yang sangat kuat azam dan tekad ayah aku untuk memperbaiki taraf hidup.Bayangkan sebelum ni kami tinggal berhampiran pekan Sekinchan,lengkap dengan fasiliti asas api,air dan telefon.Sedangkan tempat yang kami akan berpindah entah macamana rupanya nanti.Kalau aku sendiri yang berada pada kedudukan ayah aku,aku sendiri tak berani ambil risiko macam tu.
Masa aku berumur 5 tahun lebih,kalau aku tak silap,kami pun berpindah ke lokasi si sebuah pedalaman Pahang.Walaupun aku masih kecik,tapi semuanya aku ingat dengan jelas.Kami sekeluarga naik sebuah lori yang penuh dengan barang-barang rumah.Barangnya tak banyak tapi lorinya kecik je.
Mak,ayah,kakak,aku,dan sorang adik lelaki aku duduk kat belakang.Atuk aku pun ikut teman sekali.Aku tak fikir apa-apa pun pasal tempat yang bakal jadi kampung halaman aku.Maklumlah budak-budak lagi.Makin jauh perjalanan dalam negeri Pahang,makin tebal hutan-hutannya.Jalan rata makin kurang dan diganti jalan tanah merah.Yang aku ingat,lori bergoyang-goyang bila lalu lopak.Waktu pun dah melepasi maghrib(aku agak-agak je),dalam hutan plak tu.Rupanya kami melalui jalan balak.


Inilah jalan utama ke kampung aku semasa tahun akhir 1980-an.Sanggupkah korang
meninggalkan keselesaan hidup di bandar untuk mencuba nasib disini.Gambar seorang guru
menolak motosikal untuk ke bandar.
*Gambar dari galeri Facebook SKLU8
Bila sampai kat rumah yang dah ditetapkan Felda.........mak aiii!Budak-budak Felda je yang mengerti.Rumah papan kecik yang dikelilingi rumput ekor kucing dan bersebelahan beberapa unit rumah.Bekalan air pun tak ada,apatah lagi elektrik.Kami sekeluarga mandi air dari anak sungai berdekatan rumah,waktu malam diterangi lampu minyak tanah.Bunyi-bunyi menyeramkam toksah cakap la.Dalam hutan tebal,aku rasa harimau pun berkeliaran je bawah rumah agaknya. Masa tu mak aku memasak guna dapur kayu.Kawasan belakang rumah yang banyak anak-anak kayu,mak aku tebang(iye,mak aku yang tebang),dipotong kecik-kecik dan aku adik beradik susun tepi rumah untuk dikeringkan.Bila musim hujan,kami beramai-ramai kutip cendawan.Walaupun kehidupan masa tu aku masih belum faham erti susah,yang aku ingat masa tu aku enjoy life kanak-kanak aku.Sarapan pisang rebus dan bubur nasi dah biasa bagi aku.
Setahun dua aku tinggal kat tempat baru,aku dah lupa keindahan sawah,kemanisan mempelam,keterujaan melihat mesin menuai padi dan makan malam diluar bersama keluarga aku.Yang ada disekeliling aku cuma jalan tanah merah,kesejukan air sungai,bauan kayu yang dibelah dan jelaga lampu minyak tanah dalam lubang hidung.Hiburan yang ada cuma TV Samsung hitam putih yang dikuasakan oleh bateri kereta.Masa kat rumah nenek aku,dah ada TV warna dan wajah yang aku paling ingat ialah Ezzah Aziz Fawzy di TV3 yang baru wujud tahun 1985.Zaman tu lesen TV kena bayar.Tak semua keluarga ada TV.
Masa berlalu dan kehidupan semakin baik bila jalan raya mula diturap,generator ayah aku berganti elektrik TNB dan bekalan air dari JBA Pahang mula disalurkan.Talian telefon mula dipasang kat rumah aku pada tahun 2000.Masa tu orang bandar dah mula gilakan telefon bimbit Nokia 3310,kampung aku baru nak dapat telefon.Ketinggalannya kitorang masa tu tuan-tuan...
Rumah asal Felda yang sempit pun dah ditambah baik memandangkan ahli keluarga yang semakin ramai.Mujurlah ayah aku ada bakat sebagai tukang kayu.Selain buat rumah sendiri,banyak rumah orang kampung yang ayah aku buatkan.Dek kerana kesibukan menyiapkan rumah orang,rumah kami sendiri tak berapa nak siap.Ayah aku meninggal dunia pada tahun 2005 kerana stroke ketika aku baru setahun belajar berdikari di bandar.
Dengan sijil Politeknik yang aku ada,aku merantau ke Puchong,berbekalkan dengan motorsikal Yamaha SS110 pemberian ayah aku.



Motor pemberian ayah aku.Sekarang dah tersadai kat Damansara
  Duduk menumpang di rumah flat bapa saudara kawan aku,aku tidur dalam stor.Kawan-kawan aku berhimpit tidur kat ruang tamu.Takpe la,ada jugak tempat berteduh.
Mula-mula aku bekerja di sebuah gudang simpanan skru.Bukan skru kecik-kecik,saiz skru jambatan pun ada.Kerja penat,dengan gaji RM650,kerja aku angkat guni-guni skru dan susun kat rak.Petang je mesti menung,aku belajar kat Politeknik,takkan kerja sama-sama dengan Bangladesh.Bukan aku nak menghina kerja tu atau nak kata sijil Politeknik ni bagus,cuma aku rasa aku bleh dapatkan yang jauh lebih baik.
Selepas tahun baru 2005,aku dapat kerja yang selesa di sebuah syarikat kosmetik Clara International.Gaji tak la best mana pun,RM750 je.Tapi banyak benda yang aku dapat belajar.
Dalam masa setahun lapan bulan,aku dah merasa jadi kelindan,operator packaging sampai la ke assistant production.dalam tempoh tu jugak gaji aku dah mencapai RM950.Masa tu la aku beli harta pertama aku,TV LG Flat CRT 29 inci.Masa tu TV LCD mahal gila.TV tu aku pakai beberapa bulan je sebelum aku hantar ke kampung.Kesian mak aku tengok TV 14 inci,kecik sangat.Sakit mata nak tengok Hindustan.
Bulan Ogos 2006,aku dapat tawaran sebagai Supervisor dari Ex-Manager aku dulu semasa bekerja di Clara International.Masa tu dia dah jadi Manager di syarikat BioHerbs Laboratories,anak syarikat Putri Binari dari Indonesia.Tawaran gaji sebanyak RM1200 dah aku rasa agak lumayan masa tu.Lepas setahun lebih aku kerja kat situ,aku sambung buat Diploma atas galakan dari Miss Pucca(http:/zamorange.blogspot.com),yang sekarang menjadi tunang aku.
Atas kepercayaan manager dan CEO,tak jadi masalah untuk aku bawa adik-adik aku bekerja sekali dengan Putri Binari.Memandangkan masa tu syarikat Putri Binari agak kurang stabil,aku terpaksa mencari pekerjaan lain kerana tanggungan yuran kuliah yang agak tinggi.
Perancangan aku sebenarnya aku akan bertukar kerja bila habis study,tapi rezeki aku lebih awal.Aku mendapat tawaran dari sebuah syarikat bioteknologi yang dinaungi oleh anak syarikat Khazanah Nasional Berhad.Tinggallah dua orang adik aku masih bekerja di Putri Binari.Bagi aku perjalanan mereka tak sesukar sepertimana aku dulu.Diorang tak perlu merayau mencari kerja,rumah disediakan dan lengkap.Pernah syarikat memberikan kami tinggal di sebuah kondominium di Damansara Perdana.
Dengan bertukarnya aku ke syarikat baru,alhamdulillah ada perubahan positif pada taraf kehidupan aku.Selepas aku dilanggar kereta Waja dari belakang,aku dah trauma nak bawa motorsikal.Sebulan lepas tu aku terus beli kereta baru.Selain lebih selamat,mudah aku nak menjenguk mak aku kat kampung.Kalau naik motor SS aku dulu,sakit pinggang nak sampai kampung.

Ni lah yang aku maksudkan dengan budak-budak sekarang beruntung.Kecik-kecik dah kenal komputer,DVD,PS2,TV LCD,laptop dsb.Ni gambar adik bongsu aku masa tadika.Dah boleh ON PC,cari folder dan Shut Down.Kira ok la,walaupun sekadar nak main game Flash je,hehe!
Berbanding dengan zaman aku,nak main Brick Game pun pinjam kawan-kawan punya.Paling hebat pun dapat menumpang main Famicom jiran.

Pengajian aku dah tamat,syarikat aku pun sedang membangun dan adik-adik aku dah jadi Production Executive dan Supervisor di Putri Binari.Sebagai anak sulung lelaki,aku gembira melihat mereka mempunyai pekerjaan dan kehidupan yang memadai dengan tahap pelajaran mereka.Tapi bagi aku,setinggi manapun pengorbanan kami,masih belum mampu mengatasi pengorbanan ayah aku,dan ketabahan mak aku mengharung kehidupan susah.

Isnin, 4 Oktober 2010

JetPack Selesaikan Masalah Trafik Sesak

Akhirnya,jetpack yang aku pernah tengok dalam game PS2 Metal Gear Solid 3:Snake Eater menjadi realiti.Dalam game tu,jetpack digunakan oleh salah seorang ahli Cobra Unit,iaitu The Fury.Dalam ramai-ramai ahli Cobra Unit,bagi aku The Fury paling leceh nak kalahkan.
Selain terbang,dia punya jetpack dilengkapi flamethrower.Tapi biasalah,kalau dah hero namanya,mestilah menang.Tengah The Fury dok terhendap-hendap,tembak jetpack dia dengan RPG.Huhuhu!

Cobra Unit:The Fury
Tapi The Fury dan jetpacknya hanyalah imaginasi pengarah game MGS terkenal,Hideo Kojima.Dalam Yahoo News hari ni,Martin Aircraft Company memperkenalkan Martin Jetpack.Buat masa ini,Martin Aircraft sedang menyiapkan tempahan sebanyak 500 unit Martin Jetpack untuk kegunaan kecemasan dan empat syarikat pertahanan yang dirahsiakan namanya.


Image from Yahoo News
Buat masa ni Martin Aircraft menumpukan perhatian pada pembelian daripada kerajaan,tapi sedang mencari dana untuk membangunkan sekurang-kurangnya satu kilang untuk memenuhi tempahan dari golongan kaya-raya Haji. Jarak penerbangan adalah sekitar 50.4km pada kelajuan 100km/j.Ketinggian penerbangan adalah kurang dari 8000 kaki.Nak buat apa tinggi-tinggi,minyak habis kang mati terhempas pulak.Tujuan asal nak elak trafik jem dan bahaya kemalangan jalanraya.Sementara harga mahal ni ok la lagi,ruang udara tak jem.Mana la tau dah murah nanti,bersepah mat rempit pakai jetpack.