Saturday, December 3, 2011

Ombak Rindu;Antara Novel dan Layar Perak

Tipikal seorang lelaki sukakan aktiviti lasak,permotoran,mengumpul figura tapi kalu membaca novel macamana pulak?Aku taklah katakan diri aku suka baca novel,cuma kalau ada novel yang menarik,aku baca jugak.Lelaki memang kurang sangat membaca novel agaknya,terutamanya novel tempatan kebanyakannya kisah cinta.Pernah adik ipar aku menegur aku,dia cakap payah nak jumpa lelaki yang baca novel.Masa tu aku tengah baca novel Tombiruo karya Ramlee Awang Murshid.(padahal masa tu aku tengah bosan tak tau nak buat apa kat rumah mertua aku).
Tapi itu bukanlah novel pertama yang aku baca.Novel cinta pun aku bedal jugak contohnya novel Ayat-Ayat Cinta.Akan datang(atau dah pun ditayangkan dipanggung),filem yang diadaptasi dari novel Ombak Rindu diterjemahkan ke layar perak.
Filem terjemahan karya novel atau komik(filem antarabangsa),kebanyakannya kurang menjadi.Bukan semua,tapi kebanyakan.Sama la macam adaptasi game ke filem.Untuk filem Ombak Rindu ni,masih belum tau lagilah macamana penerimaannya.Tahun ni jugak kalau tak salah,satu filem yang diangkat dari karya novel Karipap-Karipap Cinta.Khabarnya novel terlaris(maaf,aku tak pernah dengar pun tajuk novel tu sebelum ni),sebab aku bukanlah pembaca novel hardcore.
Hasil kutipan filem ni cuma RM190,000 dengan modal hampir 2 juta ringgit...Tajuknya mungkin kurang menarik?Macamana kalau ada filem bertajuk Cinta Roti Sardin?


Berbalik kepada filem dan novel Ombak Rindu,apa yang buat aku tertarik nak menaip panjang-panjang kat sini?Ceritanya macam ni...
Awal zaman remaja aku,jiwa aku agak lembut.Bukan awwww beb,tapi berjiwa taman mungkin.Rakan sebaya aku mendengar muzik OAG atau SubCulture,aku memilih untuk mendengar nyanyian merdu Siti Nurhaliza.Benar,suara Siti Nurhaliza zaman bujang yang paling sedap.Cuma masa berubah,album Siti Nurhaliza aku beli sampai album Adiwarna sahaja.Itulah sikit sebanyak intro macamana aku senang menerima novel sebagai bahan bacaan santai.
Bila aku melanjutkan pelajaran ke Politeknik,aku mula membaca majalah Remaja.Ingat budak perempuan sekolah je baca Remaja ke?Haha!Majalah Remaja pertama yang aku beli muka depannya calon pertama Dewi Remaja 2000/2001,Annahita Bakavoli.Kalau tak salah tahunlah.Sejak dari tu aku tak pernah miss beli Majalah Remaja,dua kali sebulan.Bertahun jugak aku terus membaca Remaja,sampai habis belajar.
Sebab apa aku kumpul Majalah Remaja?Pertamanya majalah tu berkualiti tinggi,susah rosak.Bila simpan buat koleksi nampak cantik je.Kedua,novel bersiri didalamnya,novel Ombak Rindu.Walaupun dah agak lama,sikit-sikit aku masih ingat jalan ceritanya.Novel tu memang bagus pada pendapat aku,sebab aku tak banyak baca novel cinta.So,tak boleh nak compare dengan mana-mana novel lain.Harapnya pengarah filem Ombak Rindu dapat menzahirkan imaginasi penulis ke layar perak dengan baik.
Novel terakhir yang aku baca,Rayyan Fantasi juga karya Ramlee Awang Murshid dan jugak buku terbitan Dawama,Koko dan Coklat;Sumber,Pemprosesan,Nilai Pemakanan.Jadah apa belajar mekanikal baca buku pasal coklat???
Prinsip aku,ilmu ada dimana-mana.Input maklumat berguna,atau ilmu umpama nasi yang perlu dihadam setiap hari.Tak kisah ilmu tentang apa sekalipun.Pasti suatu hari ada gunanya...Trimas!

*Bila la agaknya filem Jibam nak keluar?


Post a Comment