Thursday, December 8, 2011

Arsenal;Tewas Tapi Layak


Last post sebelum ni aku memuji barisan pemain Arsenal yang kerap diturunkan bermain.Perlawanan kumpulan F,antara Arsenal dan Olympiakos berkesudahan dengan kekalahan 1-3.Tapi tak menjejaskan kedudukan Arsenal memandangkan dalam masa yang sama Marseille menewaskan Borussia Dortmund seterusnya melonjakkan Marseille ke tangga kedua.
Barisan pemain pilihan Wenger untuk mengharungi peringkat kumpulan sememangnya dijangka,bak kata orang,'save the best for last'.Cuma yang merisaukan,barisan kedua kelihatannya belum bersedia dan dari tayangan ulangan semalam(malas nak bangun pagi-pagi tonton siaran live),pemain Arsenal dibayangi kepantasan pergerakan dan ketepatan hantaran pemain Olympiakos.
Arsene Wenger menurunkan barisan pemain berikut:

Penjaga gol : Lukasz Fabianski(cedera,25'),Vito Mannone(belum bersedia,sepak bola keluar pun tak kena)
Pertahanan : Thomas Vermaelen,Andre Santos(cedera),Sebastien Squilacci(prestasi merosot sejak musim lepas,Johan Djorou(kurang berkesan)
Tengah : Coquelin,Yossi Benayoun,Emmanuel Frimpong(semberono),Arshavin(makin tumpul)
Serangan : Alex Oxlade Chamberlain,Marouane Chamakh


Selain dari tewas,Arsenal akan kehilangan pertahanan Andre Santos untuk sekurang-kurangnya selama tiga minggu.Pilihan untuk menggantikan  posisi beliau amat terhad memandangkan Sagna masih dalam proses pemulihan,begitu juga Kieran Gibbs yang baru menjalani pembedahan,Frimpong atau Carl Jenkinson masih bergelut dengan prestasi permainan.

Post a Comment