Wednesday, April 6, 2011

Menjentik Isu Politik Tempatan

Assalamualaikum...

Agak lama aku tinggalkan blog ni kerana kesibukan menguruskan hal perkahwinan.Dah sampai masa untuk aku melangkah setapak kehadapan dalam menjalani hidup di dunia ni.Akibatnya statistik blog ni merudum teruk dalam masa 5 hari.
Dalam beberapa hari ni jugak kepenatan membuatkan aku kehilangan idea untuk membuat entri baru.Cuma aku teringat 'perbincangan' aku dengan teman sekerja tentang isu politik yang hangat diperdebatkan di media cetak mahupun elektronik.



Ramai dah tau dan mungkin dah tengok pun video rakaman aksi ranjang yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi pembangkang.Sebenarnya aku belum tengok lagi.Cuma dapat tengok screenshot dalam akhbar.Mengenai kesahihan video tu aku tak berminat nak ulas.Zaman serba High Definition ni pun masih ada video blur,black and white pulak tu.Aku rasa kualiti rakaman 3gp Nokia sabun pun lagi cantik.
Sebelum ni aku dah cakap yang aku tak suka politik,apatah lagi nak membicarakannya di blog aku.Silap-silap kang tak pasal-pasal aku kena ISA.
Aku cuma tertarik dengan kenyataan kawan aku tentang isu video tu.Dari kenyataan dia,apa yang aku faham ialah,kualiti gambar video tu akan cuba di'jelaskan' lagi untuk mengecam siapa pelakunya.Dan dengarnya kepakaran tempatan akan digunakan.
Kawan aku punya statement,"hantar la video tu pergi US,buat macam dalam drama CSI,gambar CCTV yang blur pun jadi jelas'.
Aku diam je,malas nak komen masa tu.Ni pulak pendapat aku,hantar pergi US pun aku rasa belum dapat bagi clear.Sebab apa?Ingat lagi tak kisah arwah adik Nurin Jazlin?Ingat lagi tentang rakaman CCTV yang merakamkan gambar penjenayah,tapi kualiti rakaman sangat bullshit.Akibatnya sampai sekarang penjenayah tu masih bebas.Kalau tak salah rakaman CCTV tu pun dihantar ke luar negara(US mungkin),tapi hasilnya tetap gagal untuk pengecaman.
Imej terhasil dari bintik-bintik piksel warna.Bergantung pada resolusi kamera,jumlah bintik pada setiap imej adalah sangat berbeza.Katakan gambar yang kurang 'sharp' imejnya beresolusi 360 x 360 piksel.Maknanya akan ada 129,600 bintik piksel.Berbanding kamera yang beresolusi tinggi,katakan 1024 x 768 piksel,akan ada 786,432 bintik piksel.
Jika kedua-dua kamera tadi mengambil gambar objek yang sama,pastilah kamera beresolusi tinggi akan menghasilkan imej yang 'tajam' kerana kuantiti pikselnya yang lebih banyak.

Berbalik kepada kenyataan kawan aku tadi....
Untuk meningkatkan kejelasan gambar,sudah tentulah jumlah bintik piksel akan ditingkatkan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.Jika gambar asal diambil pada resolusi 360 x 360 piksel,dapatkah gambar tadi ditingkatkan resolusinya?Jika hendak ditingkatkan juga,adakah bermakna perlu ditambah piksel 'tambahan' pada gambar asal?
Disini akan timbul sedikit keraguan.Bagaimanakah gambar itu akan diclearkan?Bukankah akan berlaku editing disitu?Boleh jadi gambar itu akan menjadi sesuatu yang sangat berbeza dari keadaan asal.Kalau tak salah akulah untuk dijadikan bahan bukti,evidence mestilah berkeadaan asal atau original.Katakan rakaman asal guna tape,tape itulah bahan bukti.Bukan salinan format mp4,3gp,mpeg atau apa-apa saja format digital.Tujuannya adalah untuk mengelakkan bahan bukti dimanipulasi.Setiap fail digital akan ada propertiesnya yang tak boleh diubah untuk menunjukkan ketulenannya.(perenggan ni bukanlah fakta sebenar,cuma pendapat dan sekelumit pengetahuan yang aku sendiri tak pasti benar atau tidak)


Bagi aku,kita janganlah menggelabah.Relax....Jangan cepat melenting.Bila marah,akal dah tak boleh fikir dengan waras.Masalah ni aku rasa simple je,kalau aku tak buat kenapa aku nak takut.Am i rite?Apapun sesiapa jugak yang bernama manusia,mana mampu bertahan jika dihentam selama berbelas-belas tahun..

Post a Comment