Khamis, 20 Januari 2011

Berblogging Dengan Cara Bangsat

Suddenly aku rasa panas hati bila terbaca entri dari satu entri tentang penipuan blogwalking dengan menggunakan aplikasi auto blogwalking...Rasanya isu ni dah agak lama tapi ibarat kanser yang merosakkan budaya blog.
Masa aku mula-mula buat blog dulu,memang salah satu teknik nak memperkenalkan blog kita adalah dengan berblogwalking.Oklah,masa tu aku tak ada Mister Linky Widget lagi.So,aku singgah kat mana-mana blog yang ada widget ni dan menumpang blogwalking dari list yang ada.Manually!Ikut yang termampu,lebih kurang 30-40 blog je dapat aku lawat.Kira banyak dah tu.
Tak lama lepas tu aku berjaya jugak pasang Mister Linky Widget dan alhamdulillah semakin bertambah pelawat yang sudi tinggalkan URL disitu.Macam tu jugak dengan widget Shoutmix.Ada kesempatan memang immediately aku melawat kembali blog yang singgah ke blog aku.Memang ada beberapa blog yang aku perasan singgah 2-3 kali sehari,tapi aku buat tak tau je.
Aku yang amatur ni pun melawat balik,usya-usya entri dan tinggal jejak kat Shoutbox dengan ikhlas.Aku tak tau la kenapa,aku lebih suka blog yang ada Shoutbox sebab aku malas nak bagi komen kalau entri biasa-biasa je walaupun aku baca.Bagi aku Shoutmix lebih cepat.Kadang-kadang susah nak bagi komen,nak tunggu pageload,isi detail,ada Word Verification paling aku menyampah pastu bila post comment,awaiting moderation plak!!Tak payah la moderate,takkan nak ayat puji je baru approve.
Macam tu lah aku berblogging selama lebih kurang 5 bulan ni.Cuma yang aku tak sangka tentang auto blogwalking ni,traffic source langsung takde.Harapkan 'jerit' je yang keluar kat shoutbox.Bangsat sungguh blogger yang macam ni.Patut la blog masyukkk je ya?Follower pun ramai,shoutbox meriah.Aku nak sound sikit la sape-sape yang buat perangai macam tu.Kalau dapat duit dari teknik haramjadah tu,boleh la buat belanja dapur,beli makanan untuk suap anak bini.Amalkan selalu untuk menempatkan diri di neraka jahanam.

Satu lagi teknik blogging yang aku rasa bangsat jugak.Semua entri copy paste Kosmo bulat-bulat.Memang cerita update,tapi yelah owner malas cam sial.Nak update blog hari-hari dengan method bangsat.Weiii!Ape ni...follower beribu-ribu,beriklan dengan Innity.Sure trafik tinggi.Ish,aku tak hingin la nak follow blog copy paste ni.Baik aku baca Kosmo Online je.
Dalam Malaysia ni ada berpuluh ribu blog.Memang susah nak dapatkan pembaca setia,tapi ada segelintir yang tamak,terinspirasi dengan blog-blog hebat yang menjana duit iklan yang banyak.Tapi terinspirasi dengan cara yang salah.Aku akui,dalam blog aku pun ada entri yang diolah dari berbagai sumber.Tapi ingat,diolah.Maknanya aku still kena menaip dan fikirkan ayat aku sendiri.Tak pernah lagi la aku copy paste bulat-bulat.
Mana-mana foto format view 16:9 dalam blog ni yang ada watermark aku,maknanya gambar tu hasil kamera aku,bukan Google yang punya.Dalam entri lama,still kamera henpon 2Mp,ada yang tak ada watermark.Aku izinkan ambil gambar-gambar tu asalkan jangan dipadam/crop watermark aku.Sebabnya aku ada mengesan aktiviti mendownload gambar dari blog aku.
Sekurang-kurangnya tinggalkan pesanan atau komen yang anda mengambil gambar tu.Ingat ya,blogging kena jujur.Betul,bila jujur blog lambat maju,tapi takpe janji halal.Dah masuk kubur nanti tak boleh bawak URL blog yang famous kerana blogwalking palsu atau entri copypaste.Follower beribu-ribu pun tak menjamin kesejahteraan korang dia alam kubur.
Sesiapa yang baru nak berjinak-jinak,ingat pesan makan dalam aku ni.