Ahad, 10 Jun 2018

God of War PS4; Bagai Blade of Chaos Pulang ke Genggaman Kratos


Isnin baru-baru ni permainan video PS4 yang aku beli dah sampai dengan selamatnya. Sebenarnya aku order dari Lazada pada 28/5/2018 (Isnin) bersekali dengan controller DS4, tapi controller sampai dulu. Lebih kurang 3 hari. Game God of War pulak tersangkut entah kat mana, seminggu baru tiba di pejabat.
Ok, aku nak ulaskan sikit game God of War PS4 yang aku beli dengan harga RM219 selepas ditolak 0% GST. Progress permainan setakat ni lebih kurang 68% iaitu chapter ke-11 daripada 16 keseluruhan.
Sikit pengenalan tentang game God of War, game ni berkenaan watak utama Kratos (demigod) yang melalui perjalanan menentang dewa-dewa Greek setelah keluarganya mati akibat diperdaya oleh dewa perang, Ares.
Mula diperkenalkan pada platform PS2 ( God of War & God of War II ), ada beberapa lagi siri lagi yang dikeluarkan untuk platform PS3 dan PSVita. Untuk siri PS3 dan PSVita, aku tak dapat main sebab memang aku takde konsol PS3.
Kalau sebelum ni latarbelakang permainan GoW bertemakan dewa-dewa Greek, GoW terbaru bertemakan dewa-dewa Nordic. Tak tau? Sebut THOR mesti ramai kenal.


Khabarnya Kratos membawa diri jauh dari Greek dan menjalani kehidupan sebagai orang biasa di dunia Midgard. Asas jalan cerita GoW PS4 ialah berkenaan perjalanan Kratos ke puncak gunung untuk menabur abu mayat isterinya bertemankan anak beliau iaitu Atreus.
Disebabkan Kratos sekarang berada di dunia mitologi Norse (Nordic), maka maka watak dan tempat-tempat dalam pengembaraan Kratos ialah seperti didalam filem Thor. Watak-watak mistik juga pelbagai, berbelit lidah nak menyebutnya.

Diawal permainan, Kratos tidak membawa senjata trademarknya iaitu Blade of Chaos, sebaliknya mendapat senjata baru iaitu Leviathan Axe, sejenis kapak yang boleh diupgrade dengan kuasa mistik.
Ada empat mod kesukaran dan tetapan lalai ialah Give Me a Balance Experience, tapi aku boleh katakan perlawanan pertama menentang The Stranger (Baldur) amat sukar dengan Leviathan Axe yang masih 'standard kedai'. Disebabkan aku tak nak tersangkut kat mana-mana boss fight, aku terpaksa merendahkan tahap kesukaran iaitu mod 'Give Me a Story'.

Untuk musuh-musuh biasa, Leviathan Axe sudah memadai, tapi bila pertama kali jumpa Valkyrie, aku mula merindui kepantasan Blade of Chaos. Apapun jangan risau, senjata-senjata anda jyga akan makin kuat. Ada sesetengah musuh kalis senjata tertentu.
Dalam banyak-banyak musuh termasuk naga yang besar, Valkyrie adalah seteru yang paling sukar untuk ditewaskan. Sepanjang permainan khabarnya ada lapan Valkyrie yang berlainan nama. Apa yang agak mengejutkan ialah Valkyrie pertama tu merupakan Valkyrie yang paling 'mudah' ditewaskan. Whatt???
Mujurlah perlawanan dengan Valkyrie tidak wajib. Anda boleh mengelak untuk bertarung dengannya dan tidak menjejaskan jalan cerita. Kelapan-lapan Valkyrie boleh ditemui dalam Secret Chamber of Odin, yang hanya boleh dibuka dengan serpihan chisel. Chisel ni akan diperolehi dipertengahan permainan. Bila senjata dah makin kuat, barulah aku akan cari balik Valkyrie - Valkyrie ni.
Sebelum ni upgrade senjata agak mudah dengan hanya mengumpul Soul dan Experience, kali ni naiktaraf senjata perlu melalui adik-beradik blacksmith. Sepanjang permainan anda akan mengumpul Experience dan Hacksilver.
Hacksilver ni diperolehi samada dari peti-peti ataupun tempayan. Maka bertepatan dengan konsep gamplay 'hack and slash',anda perlu rajin menebas apa juga peti atau tempayan yang bertebaran sepanjang perjalanan.
Sambil-sambil anda mendayung perahu kolek ditengah Lake of Nine pun banyak benda boleh dikutip. Langgar je tong-tong kayu untuk mendapatkan Hacksliver, perhatikan kilauan berkabus dipermukaan air dan anda akan mendapat Aegirs Gold dan perhatikan kilauan putih kebiru-biruan dan petik Dew of Yggdrasil.

Perubahan ketara antara GoW versi Greek vs. Nordic ialah Kratos yang sudah tua ini tidak lagi semberono membunuh apa saja makhluk. Kratos yang ini lebih matang, mungkin kerana sebagai bapa beliau lebih matang dan tenang barangkali kerana perjalanan kali ni ditemani anaknya Atreus.
Macam kita lah, takkan nak tunjuk perangai baran zaman muda depan anak-anak.
Perbezaan lain ialah hanya satu watak wanita yang ditemui setakat ni iaitu Freya,seorang ahli sihir baik dan juga sebenarnya seorang dewa. Pakaian Freya juga lebih bertamadun, tidak seperti era Greek yang amat 'revealing' dan tak sesuai ditonton anak-anak kecil. Maklumlah zaman purba dulu masih jahiliah. Maka fesyen pakaian mereka lebih ringkas.
Penyelesaian puzzle memang banyak, ada yang mudah dan ada yang sukar. Kalau stuck tak boleh solve, buka je Walkthrough yang banyak di internet.Hihihi!
Dunia 9 Realm dalam GoW ni amat luas, banyak tempat yang boleh diteroka bergantung pada tahap 'akses' yang dipunyai Kratos pada masa tersebut. Makin jauh perjalanan Kratos, makin banyak bilik yang boleh diakses.
Setakat ni aku boleh bagi 8.2 bintang untuk GoW terbaru ni. Berbaloi, cuma soundtracknya tidak lagi semantap GoW II. Muzik latarnya agak 'plain', tak rasa macam nak mengamuk sepanjang masa bila jumpa musuh.

*Setakat malam tadi aku dah sampai ke peringkat membunuh Baldur. Bukan main marah mak dia. Maknanya game ni sudah hampir sampai ke penghujung. Khabarnya God of War versi Nordic ni adalah permulaan perjalanan baru untuk Kratos. Walaupun jalan cerita hampir tamat, masih banyak Realm yang belum diteroka.

Sekian, terima kasihhh!




Rabu, 18 April 2018

SYM VF3i

Kelas kapcai super moped nampaknya makin meriah dengan hadirnya SYM VF3i. Apa yang menarik ialah VF3i didatangkan dengan kapasiti enjin terbesar iaitu 183 cc. Selepas ni kategori ini akan berkembang menjadi berapa cc  pula agaknya? 200?

Jujurnya aku tak begitu mengenali jenama SYM, dan secara jujurnya aku masih sedikit skeptikal dengan jenama-jenama 'asing'. Alasannya jenama-jenama baru mungkin kurang lasak. Mungkin la ya? Hanya pengguna SYM yang layak memberi pendapat dari segi ketahanan enjin.

Tapi apa yang aku nampak, motosikal SYM agak banyak berkeliaran di Malaysia. Berapa lama jenama ini boleh bertahan, aku tak tahulah. Teringat akan jenama MZ dengan model skuter Moskito. Laku keras jugak model ni sebab zaman tu zaman hip hop, siapa yang ada sistem audio kiranya dah capai level bangsawan atau bahasa sekarang idola. Aku dengan kawan-kawan aku lebih selesa dengan kapcai 2 lejang. Bingit, laju dan rebel.
Tapi takde sorang ke yang perasan, mat-mat hip hop Amerika pakai skuter ke? Atau aku yang tak tau?
Sebagai model yang sangat popular awal millenium dahulu, secepat ia popular, secepat itu juga jenama ini hilang. Mungkin sokongan alat ganti menjadi masalah utama.

Aih dah berapa perenggan ni bila nak cerita pasal SYM?
Oklah, untuk mencuri kek pasaran super moped yang didominasi Y15ZR dan RS150R, resepi yang SYM gunakan sangat mudah; bina enjin yang lebih besar dah lebih berkuasa.
Enjin VF3i yang bersesaran 183cc menghasilkan kuasa sebesar 17.7hp @ 8500rpm, sedikit tinggi berbanding Y15ZR dan RS150R. Enjin sebesar ini tentunya meneguk bahanapi lebih cepat, maka ia dipasangkan tangki bahanapi 7 liter.
Rata-rata kapcai hanya diberikan tangki 4 liter, sejak puluhan tahun dahulu hinggalah ke era super moped. Entah apa logik diorang guna agaknya. Dah pakai 150cc pun masih lagi kekal tangki kapasiti sama.
Melihat kepada aksara model ini VF3i, angka 3 mungkin merujuk kepada penggunaan tiga palam pencucuh seperti Benelli RFS150i, dan huruf 'i' selalunya memberi maksud injection (pancitan bahanapi elektronik).

Berat kering 124kg, satu kilogram lebih berat berbanding RS150R. Bagaimanapun dengan kuasa enjin yang ada, sepatutnya VF3i mampu memecut lancar tanpa masalah.
Dan yang lebih penting, harganya hampir sama saja dengan pesaing utama. Itu kalau ikut harga yang dicadangkan pengeluar. Kalau jenama Yamaha toksah mimpilah boleh dapat harga cadangan, asal keluar je siri khas (bukan limited unit pun) harga confirm kena markup.

Lantak koranglah, siapa suruh beli benda murah dengan harga mahal. Daripada motor, sampai la ke hotwheels. Asal benda boleh jadi duit, muncullah spekulator-spekulator pasaran dan idola barang rare.
Padahal barang kat market semua dia borong supaya berlaku permintaan melebihi penawaran. Jijik betul aku dengar. Bila kita jual murah, kita pula yang kena kecam. Bunuh peniaga Melayu katanya. Hmmm...kepala bana betul.
Nasib baik hobi aku kumpul penutup injap tayar. Takde la saingan sangat, kalau ada pun bebudak basikal lajak dalam taman perumahan aku ni ha.

*imej dari paultan.org

Selasa, 17 April 2018

Kawasaki Ninja 400 2018

Asalnya aku ada tulis dua entri berbaur politik, tapi mengenangkan ilmu politik aku amat rendah, ada baiknya aku peram saja entri tu. Kang tak pasal-pasal ramai yang maki aku secara berjemaah.
Orang kita ni lain macam sikit, benda fitnah memang seronok dibualkan.

Okaylah, aku kembali kepada fitrah penulisan aku iaitu penulisan berbentuk teknikal. Kali ni aku nak tulis sikit pasal motorsikal kelas pertengahan yang tak berapa nak tengah. Tapi agak menarik bila aku baca review matsaleh.

Ini dia, Kawasaki Ninja 400 2018! Tepuk tangan sikit.

Sebelum ni Kawasaki pernah menjual Ninja 250 dan 300 tapi khabarnya maklumbalas pengguna menyatakan kapasiti 300 mematangkan mereka terlalu cepat. Maksud lainnya pengguna baru cepat bosan agaknya dan memerlukan mereka menaiktaraf motorsikal kepada yang lebih berkuasa.
Oleh kerana Kawasaki ZX-6R 636 berada pada kelas harga yang jauh berbeza dari kategori entry level, maka Kawasaki membina motorsikal kelas baru yang seronok ditunggang, dan dalam masa yang sama dijual pada tanda harga dalam lingkungan mampu milik.
Kawasaki Ninja 400 dibina daripada '0',maksudnya bukan upgrade dari model terdahulu. Rekabentuk badan hampir menyerupai abangnya ZX10-R.
Enjin 399 c.c dua silinder parallel empat lejang mampu menjana 33.4kW @ 10,000rpm (45hp).

Saiz bore 70mm x  stroke 51.8mm membayangkan enjinnya dibina untuk capaian kuasa pada rpm tinggi. Dipadankan dengan transmisi 7 kelajuan, brek cakera hadapan tunggal 310mm, dan berat 168kg, khabarnya motorsikal ini amat lincah dan seronok ditunggang. Isipadu enjin lebih besar, tapi 9kg lebih ringan daripada adiknya, Ninja 300.

Satu maklumat menarik yang aku dapat ialah posisi tunggangan sedikit menegak, maksudnya tidak membongkok sebagaimana 'abang-abang'nya dari kelas supersport. Bagi aku baguslah untuk warga pertengahan yang sakit tulang belakang tapi masih mahukan motorsikal dengan potongan badan ala-ala superbike.

Tangki bahanapi memuatkan 14 liter petrol dan tahap penggunaan bahanapi adalah dianggarkan
27.6km/liter. Dengan setangki penuh dapat meliputi jarak 386km. Anggaplah jarak maksimum 300km dan bakinya sebagai reserve. Maksudnya kalau aku balik kampung, baki dalam tangki boleh buat ronda-ronda pusing kampung 10 round.

Mengikut lama web pandulaju.my, harga yang ditawarkan ialah antara RM20,401.00 hingga RM22,422.00. Seriously!?
Ini lingkungan harga Ninja 250 masa mula-mula dijual sekitar 2008/2009 dulu.
Jangkaan aku ianya diberikan tanda harga sekitar RM30,000.00. Nampak lebih masuk akal.

Masalahnya Ninja 400 2018 bila nak jual kat Malaysia ni?




Khamis, 5 April 2018

Jam

Hari ni aku nak kongsi cerita pasal jam.

Sebelum wujudnya zaman gadget elekronik yakni sekitar 20 tahun lepas, jam tangan adalah satu aset yang boleh dibanggakan. Jangan compare dengan zaman sekarang ya, zaman dulu beli jam tangan canggih umpama beli iPhone tau? Kami yang lahir era 80’an je mengerti situasi macam ni. Adik-adik 90'an semua kenal tak bengkel makhluk asing (Alien Workshop) tu apa?

Jam pertama aku ialah jam Boy London. Arwah bapak aku belikan kat pekan Sekinchan kalau tak silap aku. Masa tu aku tingkatan satu, sekitar tahun 1995. Jam ni tidaklah canggih, yang menariknya cuma faceplate dia mampu bertukar warna mengikut suhu sekeliling. Kalau kat kampung aku, waktu pagi-pagi pergi sekolah tu boleh la tengok warna dia berubah.
Tak lama lepas tu jam ni viral satu sekolah. Haha! Masa tu aku dah tak berkenan nak layan jam jarum sebab jumpa jam yang nampak lagi best.

Jam kedua aku ialah Casio Illuminator model W87H-1V yang aku beli dengan harga RM 180 sekitar pertengahan tahun 1996. Dulu – dulu pengiklanan jam adalah melalui majalah. Salah satunya adalah majalah URTV. Dalam majalah punya la cantik jam G-Shock dengan Baby-G. Tapi tak mampu lah pulak nak beli G-Shock.

Dengan bermodalkan duit biasiswa, aku beli la jam ni. Walaupun tak sehebat G-Shock, illuminator backlight yang ada pada jam ni boleh dibanggakan jugalah. Jam ni amat-amat tahan lasak, aku pakai hampir sepanjang masa dari tingkatan dua sampailah habis pengajian sijil Politeknik tahun 2002. Bawa mandi tu biasalah, terjun sungai (siap main lampu dalam air),dan berlumur minyak hitam enjin. Jam ni tetap gagah berkhidmat. Alarmnya cukup kuat untuk membangunkan aku tiap pagi.
Di penghujung hayatnya, kejituan masa yang ditunjukkan semakin lemah. Waktu yang ditunjukkan semakin ‘lari’ walaupun ditukar bateri baru. Mungkin disebabkan oleh crystal oscillatornya yang semakin uzur.
Jam ni masih boleh didapati dipasaran dengan harga sekitar RM127 (USD28.3).

Lepas jam tu rosak, aku dah tak pakai jam tangan dalam tempoh yang agak lama. Walaupun terasa janggal, perasaan tu sekejap saja sebab zaman tu dah memasuki era telefon bimbit. Apa-apa hal tengok jam telefon je.
Kemudian bila hampir menjelangnya alam perkahwinan sekitar pertengahan 2010, aku dihadiahkan jam Fossil Decker Silicone Chronograph. Jam ni aku pilih sebab nak merasa pakai jam yang nampak matang sikit. Harganya aku tak ingat berapa, tapi harga pasaran sekarang sekitar RM400++. Jam ni walaupun nampak best, ianya tak sesuai dengan kondisi pekerjaan aku yang lasak.
Kalau diperhatikan baik-baik, cerminnya sedikit timbul dari bezel menyebabkannya mudah tercalar dan sompek kalau terjatuh. Alat ganti boleh dapat dari cawangan Fossil One Utama, tapi nak tunggu cermin tu sampai berbulan-bulan lamanya.
Talinya walaupun diperbuat dari silikon, lenturannya tidak mengikut kontur pergelangan tangan menyebabkan pergelangan tangan rasa macam tersepit. Penggunaan bateri juga agak kuat. Kali terakhir aku tukar bateri, jam ni bertahan beberapa bulan sahaja.
Pendapat aku jam ni tak sesuai dengan aku. Mungkin orang lain pakai ok,so aku tak boleh salahkan kualiti Fossil juga.

Jam ketiga aku beli ialah jam Casio G-Shock GD200-2DR. Harganya sekitar RM340 pada pertengahan tahun 2012. Jam ni aku rasa berada dalam kategori G-Shock entry level sebab masa tu aku baru tau ada jam G-Shock yang harganya ribuan ringgit.

Spesifikasi jam ni biasa-biasa saja, bersesuaian dengan ranking entry level. Ada world time, carbon fiber insert band dan autolight …itu saja. Walaupun jam ni dari keluarga G-Shock, aku tak bawa melasak langsung, hatta waktu mandi pun aku tak pakai. Cukup setahun, jam ni gagal berfungsi. Aku bawa untuk diperbaiki, malangnya waranti baru saja tamat beberapa hari dan kos pembaikan lebih kurang sama dengan beli baru.
Kesudahannya aku simpan saja dalam kotak, temankan Fossil Decker Silicone Chronograph. Aku pernah menghubungi syarikat Casio melalui emel supaya mengkaji balik samada modul jam 3267 layak memakai title G-Shock.

Semalam aku survey keyword GD200 di Facebook, nampaknya jam ni dah mula dijual secara bidaan dalam page Facebook G-Shock vintage. Kondisi terpakai 9/10 boleh capai harga minima RM200 jugak la.

Jam keempat dari jenama Casio juga tapi betul-betul yang murah punya iaitu Casio Illuminator AE 1000W. Aku beli online bulan puasa tahun lepas dengan harga RM120 kot sebab nampak cantik dalam gambar. Pastu spesifikasi dia tulis bateri tahan 10 tahun.
Bila jam tu sampai, aku godek-godek lampu dia, nah haiiii….setompok nyalaan oren dibelakang LCD. Kecewa sungguh. Kat bezel tulis illuminator, apa barang ni tahun 2015 pakai mentol… Jam ni aku pakai agak jarang dan akhirnya selepas beberapa bulan, jam ni lesap entah kemana. Mungkin jam tu membawa diri sebab tak dihargai kot.

Kemudian pertengahan November 2016, aku belek-belek GD200 yang terperuk dalam kotak. Kebetulan aku ada beli set screwdriver kecik untuk tukar bateri remote alarm kereta. Memang jadi kebiasaan aku untuk membaraikan harta benda yang dah diisytiharkan rosak.
Lepas aku buka cover belakang jam, aku cuba buka baterinya. Masa tu hujung screwdriver tersentuh sesuatu dan backlight jam tiba-tiba menyala,tapi kosong tak ada display. Mungkin ada litar pintas kot, 

Yela jam dah diisytiharkan rosak kan, macam-macam boleh jadi. Kemudian timbul garisan ---- kat paparan jam disusuli kemunculan angka 12.00am. Lebih kurang macam boot system la gayanya.
Lepas aku tutup cover belakang dan laraskan waktu, nampak ada piksel mati di ruangan tarikh. Itu sahaja yang nampak kurang sempurna, lain-lain fungsi masih ok. Selepas bertahun-tahun dia ‘koma’, tiba-tiba dia hidup balik, terpaksalah pakai semula. Hihiiii…Rasa macam Illuminati pun ada kalau korang ingat cerita Lara Croft.

Perancangan masa depan aku nak beli model GA-1100GB Gravity Master untuk menggantikan GD200, tiba-tiba terserempak pulak dengan model Mudman GG-1000-1A3. Dengan tali warna military olive green dia…fuhhhh! Bergegar tulang rusuk.

Tahun depan siap kau!

Gadis Muda Penjarah Tanah Kuburan

Ok, ini bukanlah game baru. Tomb Raider versi 'reboot' Lara Croft ni direlease untuk platform PS3 pada Mac 2013 dan dikemaskini untuk platform PS4 pada Januari 2014.

Game ni aku baru saja main, ya, memang lambat, selepas 3 tahun ketinggalan. Alasan aku beli game lama ni adalah kerana aku suka genre action-adventure. Satu tarikan lagi adalah kerana Lara merupakan seorang penjarah lokasi-lokasi bersejarah. Pendek kata kalau ada kaitan dengan sejarah aku akan beli ( bila ada bajet LOL ).

Sebenarnya aku nak beli game Rise of Tomb Raider, tapi ter'klik' BUY NOW dan bila selesai transaksi baru aku perasan yang aku dah salah beli!Patut la murah.
Tapi tak apalah,janji game untuk PS4. Jangan macam awal-awal dulu, siap terbeli game PS3 ingatkan PS4 ada 'backward compatibality'. Terasa bodoh betul masa tu sebab tak kaji awal-awal.

Tomb Raider Definitive Edition (TR:DE) ni aku baru main lebih kurang 60% tapi aku rasa boleh la listkan point-point yang aku dapat dalam perjalanan game ni.

1. Game ni bergenre 'action-adventure' atau senang cerita sebijik macam siri game Uncharted. Siapa biasa main Uncharted tentu tak ada masalah. Kita mudah serasi dengan kawalan karekter utama. Tapi kalau boleh aku kategorikan dia dalam kategori 'horror action-adventure' sebab ada unsur-unsur cult pada musuh Lara.

2. Jalan cerita predictable, puzzle-puzzle juga agak mudah untuk diselesaikan (Normal Mode).

3. Grafik boleh la. Sebab versi remastered. Bukan dibangunkan khas untuk PS4.

4. Disebabkan yang aku main ni adalah Definitive Edition, ada banyak extra antaranya pilihan pakaian, Galeri, Komik Digital Video Kredit dan entah apa lagi aku dah lupa.

5. Aku menjangkakan banyak bangunan-bangunan purba yang cantik macam dalam Uncharted tapi setakat ni hanya tinggalan era WW2 sahaja. Begitu juga dengan kerajaan purba Yamatai, tidak nampak 'gah' struktur senibinanya. Agak tidak kena dengan tema Tomb Raider sebenarnya. Mungkin ini kerana Lara Croft yang ini adalah Lara Croft muda, jadi mungkin pengembaraannya belum sampai lagi ke lokasi-lokasi purba yang lebih ohsem.

6. Lara Croft baru ni susuknya lebih sesuai sebagai sorang pengembara, tidak seperti Lara Croft lama yang pernah dipotretkan oleh Angelina Jolie. Lara yang lama lebih seksi, tapi kelihatan agak tidak sesuai melakukan aksi lasak dengan boobs yang besar. Dari segi pembawaan emosi dan karekter individu, aku lebih suka Chloe Frazer ( Uncharted:The Lost Legacy). Lara Croft agak kaku.

7. Penggunaan senjata juga mudah. Kawalan macam ni serius senang. Aku tak paham kenapa game Last of Us susah betul nak gunakan item-item dia. Sampai sekarang aku masih rasa ralat sebab orang cakap game tu best giler.

8. Jalan cerita game agak panjang, kira berbaloi jugak la kau beli. Hujung tahun lepas aku ada beli Call of Duty: WW2, tapi rasa kerugian sebab gamenya pendek. Developer lebih fokus pada permainan online.

Secara amnya untuk masa ini aku bagi rating 6/10.

Rabu, 14 Mac 2018

Bebelan Dunia Automotif Tempatan




Beberapa minggu lepas kalau tak salah, aku ada terima satu mesej Whatsapp berkenaan transplan enjin 3SZ pada sebuah Myvi. Rupa-rupanya beliau adalah pembaca blog aku dan katanya dari blog ni lah beliau terispirasi untuk menukar enjin.

Terima kasih banyak-banyak ya? Aku harap penulisan aku sebelum ni dapat memberi manfaat berterusan kepada sesiapa saja selagi blog ni wujud. Maaf sebab semakin kurang menulis kebelakangan ni.

Ada sedikit tambahan untuk cerita Myvi 3SZ tu dan aku rasa agak penting juga. Pertamanya sistem suspensi dan tayar. Enjin 3SZ dibina dengan asas blok besi tuang, jadi ianya agak berat berbanding enjin K3VE. Sebaiknya dapatkan sistem suspensi yang mampu menampung berat enjin baharu. 

Berkenaan dengan tayar, aku  perhatikan tayar bersaiz standard (175/65/R14) tak sesuai digunakan. Set up tayar asal kilang kalau kita perhatikan pada Myvi standard pun menyebabkan tayar kelihatan seperti kurang tekanan angin sekalipun kita pamkan mengikut rekomendasi pegeluar (220kPa).

Satu sebabnya ialah tayar berketebalan 65 tidak mempunyai sidewall yang kuat sepertimana tayar berprofil rendah. Kalau dipam setinggi 240kPa, tak selesa pula. Habis bergegar dashboard. Aku rasa saiz rim yang sesuai ialah antara 15 atau 16 inci sahaja. Kalau nak sumbat rim 17 pun boleh, tapi laburlah modal yang besar sikit untuk membeli set suspensi bolehlaras yang ada reputasi cemerlang.
Lagipun dengan saiz minima rim 15 inci, korang boleh pasang sekali rotor brek bersaiz 11 inci. Tak perlu la sampai berdiri bila tekan brek kecemasan.



------------------------------------------------------------


Kebelakangan ni juga banyak perkembangan automotif yang kita dapat tengok. Paling ketara sekali ialah kemunculan supercar-supercar elektrik yang senang-senang je boleh mengatasi kelajuan supercar berenjin petrol. Pernah dengar tak jenama Rimac Automobili? Model Concept S dia boleh sprint 0 - 100km/j dalam masa 2.5 saat je gila. Top speed 365km/j sahaja. Rimac ni jenama dari negara Croatia. Ya, negara yang aku rasa takde jenama kereta nasional yang boleh dibanggakan pun sebelum ni.

Dulu aku skeptikal juga dengan kereta elektrik ni. Apa barang kereta laju takde bunyi perang. Tapi itulah, kita kena move on juga bila sampai masanya. Bila kereta elektrik makin laju,kos makin murah, tempoh pengecasan pantas dan jarak pemanduan sekali cas 1000km misalnya, itulah masa yang sesuai untuk kita berubah kearah dunia yang lebih bersih.

Satu perkembangan yang menarik lagi di Malaysia ialah Honda Malaysia mencatat rekod sebagai pembuat kereta bukan nasional yang mengungguli jualan untuk tahun ketiga berturut-turut. Dulu Toyota pegang title market leader non nasional ni. Tapi Honda nampaknya bijak membaca selera orang tempatan. Aku rasa sebabnya satu je, Honda Malaysia sangat agresif dalam menawarkan model jualan dan effort mereka untuk mengatasi skandal airbag Takata juga harus dipuji.

Berbanding Honda Malaysia, UMW Toyota kelihatan ‘lembab’ dari sudut ini. Korang tengok ajelah senarai model-model jualan UMW. Boleh dikatakan jauh ketinggalan. Design orang tua, spec pulak agak basic sedangkan bukan tak ada langsung model-model Toyota yang canggih. HR-V dah naik jemu kita nampak atas jalan, UMW baru nak mula jual CH-R. Nampak tak lembabnya mereka disitu.

Selain dari tu UMW cuma ada Vios, Altis, Camry bla…bla…bla…bosan. Kalau spesifikasi sedap pun, harga dah masuk kategori meninggal untuk rakyat marhaen. Dalam hal ni nampak Perodua pula lebih kedepan dari segi spesifikasi passive safety dan jualan. Itu pasal la UMW cuba beli pegangan saham yang lebih besar dalam Perodua. Easy money kot.

Tentang Proton tidak ada apa-apa yang menarik selepas pembelian saham oleh Geely. Barangkali selepas mereka melancarkan SUV. Adakah Proton terlambat mengejar trend? Atau kali ni sekali lagi mereka tersilap percaturan harga. 

Aku ada terbaca kat mana tah, SUV Proton ni kategori Premium. Premium dari spesifikasi atau harga premium tak pasti la pula. Premium spesifikasi harga masuk akal insyaAllah orang terima. Jangan harga premium tak tentu hala sudahlah. 

Aku memang tunggu Proton jual kereta baru sebab masa ni ramai yang excited lebih. Berlambak screenshot muka-muka dan statement over confident yang aku jadikan khazanah. Lepas dua tiga tahun aku baca balik komen sorang-sorang sebagai hiburan masa tengah berak. Dulu aku suka betul baca komen Fauzan dalam blog Funtasticko. Gila positif sampai aku rasa nak hantuk kepala kat bucu meja pejabat. Entah mana la brader tu sekarang...lama dah aku tak menyibuk dalam blog tu.

Nak positif tak salah, tapi biar realistik dan ada point-point yang menyokong statement hangpa. Banyak kali aku tulis dalam blog ni, sebagai sebuah jenama kereta, wajiblah anda mampu menjual dengan banyak supaya ekonomi syarikat sihat untuk mengharungi cabaran industri.
Tu, Preve dengan Exora bila lagi nak buat major facelift? Kalau bajet rendah pun sekurang-kurangnya buat sikit refreshment untuk naikkan balik momentum jualan.
Sekarang ni nampak Proton macam idle sikit mungkin sebab peralihan organisasi. Korang ingat mesti aku tak suka Proton kan? No. Sebenarnya aku suka dengan Suprima, agak cantik sebenarnya.Nampak bold gitu.


Tadi ada sorang mamat komen pasal satu post paultan.org tentang pilihan kereta bandar samada Picanto, Myvi atau Iriz.

Pilih la apa-apa pun tak kisah sebenarnya tapi hujah dia guna point Iriz masuk rally, Myvi tak masuk rally bagi aku hujah yang diluar konteks. Hei, kereta bandar kot? Kau nak rally pergi mana? 

Dia kabor body Iriz kuat, sebab tu digunakan dalam rally. Eh, nampak macam kaki motorsport siap mention ada bengkel kereta conti, takkan tak tau kot banyak lagi penambahbaikan pada casis walaupun platform tu bagus. Bukannya keluar kilang masuk tayar offroad terus ready untuk rally. Orang cerita pasal KERETA BANDAR, dia pegi bawak hujah rali dia. Agak-agak tak boleh blah, keluar pulak peluru HPF. Ape-ape jelah asal kau boleh menang.

Dia ingatkan aku juga tentang gearbox automatik kuno Perodua sedangkan orang lain dah move on pakai CVT. Part ni aku separa setuju, ya betul memang kuno tapi CVT belum cukup lasak setara transmisi automatik konvensional. Itu je sebabnya. Bila CVT dah boleh dilenjan dalam rally, masa tu aku orang pertama akan pakai CVT. Setuju?

Selasa, 18 Julai 2017

Komentar Axia:Selepas 3 Tahun

Sekitar September 2014 dulu aku pernah tulis satu artikel berkenaan Axia (http://blog5zal.blogspot.my/2014/09/komentar-axia.html?m=1).
Di perenggan akhir aku ada tulis kebarangkalian untuk Iriz merebut pasaran kereta kompak amat tinggi.Sebabnya aku yakin dengan spesifikasi Iriz dan harga yang berpatutan,sepatutnya Iriz laku keras dengan mudah.
Hampir 3 tahun berlalu, baru-baru ni aku terbaca laporan jualan suku kedua Perodua dimana semua modelnya (Myvi,Alza,Axia,Bezza) mendahului carta jualan untuk kelas masing-masing.
Apa sudah jadi dengan Iriz?
Sentimen sejarah sekali lagi menghantui Proton. Isu kualiti, alatganti dan masalah-masalah remeh masih lagi belum berjaya diatasi. Gamechanger yang diwar-warkan masih belum menampakkan hasil.

Kita tinggalkan Proton dan masalahnya untuk diselesaikan pakar-pakar automotif tempatan. Aku cuma nak cerita sikit pasal Axia facelift yang aku beli bulan puasa hari tu.
Rasa macam dah ada tulis, tapi ulasan dari segi teknikal belum ada.

Ok,Axia yang aku beli adalah versi G Auto. Senang cerita versi pertengahan. Axia versi facelift ni diberikan enjin baru yang hanya lebih 1hp berbanding versi awal.Dari segi kuasa, cukup seadanya untuk bergerak lancar dan agak lincah di kawasan bandar.

Tapi Axia menghadapi sedikit masalah kekurangan kuasa yang ketara untuk perjalanan yang banyak mendaki, terutamanya kalau salah strategi. Aku biasa pakai kereta enjin kecik, dan sedia maklum kalau enjin kecik ni torknya pun ciput je. Selalunya aku gunakan momentum, yakni sedia dengan kelajuan yang agak tinggi semasa permulaan mendaki dan cepat-cepat menukar gear rendah sebelum banjaran tork menurun.

Kadang-kadang skil ni tak menjadi juga kalau ikut belakang kereta yang lembab mendaki bukit. Masa ni la rasa betapa beratnya Axia untuk diperah tenaganya.

Aku rasa talaan nisbah gear Axia disusun untuk kesesuaian dibandar dan lebuhraya.

Ya,lebuhraya atau bahasa Banjarnya highway. Macam tak betul je kan? Itulah realitinya. Sebenarnya Axia sedap dipandu dilebuhraya sebab nisbah akhir dia kecik. Pandu jauh memang puashati lah, enjin pun tak barai diteran, bahanapi pun jimat. 

Dari segi interior, unit audio Axia dilengkapi port USB yang dah jadi asas wajib untuk kereta sekarang. Walaupun bunyinya tak la padu mana tapi ok lah. Satu lagi kalau kita lupa tutup lampu bila matikan enjin, automatik lampu akan tertutup sendiri. Tak ada lagi isu bateri kong sebab tak tutup lampu.

Apa yang tak bestnya pulak ialah tuil untuk penutup tangki minyak agak jauh tersorok. Tangan aku yang besar ni memang tak lepas nak seluk. Walaupun secara lojiknya pengguna akan buka pintu untuk isi bahanapi, bagi aku ada baiknya tuil tu diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Satu lagi bahagian tengah stereng dia agak tajam sikit. Aku kalau genggam stereng, ibu jari aku sangkutkan kat spoke stereng. Kalau permukaan dia agak smooth, tentu lebih baik.

Lain-lain ok, terbaik untuk wang. Cukup sifat untuk dijadikan kenderaan harian setakat ni. 
Ok,bai.

Jumaat, 23 Jun 2017

Game Lagi

blog5zal dan berusia 7 tahun rupanya.

7 tahun bukan masa yang singkat tau. Cuba kau buat satu blog pastu kau maintain selama 7 tahun tengok cemana boleh tahan ke tidak? Tak payah maintain ranking la, maintain konsistensi kerajinan menulis pun cukup dah.
Di tahap ni aku boleh katakan yang aku bangga dengan pencapaian peribadi aku. Dikala sahabat-sahabat maya hilang satu persatu akibat komitmen lain dan penurunan populariti platform blogging, aku masih tegar menulis di wadah yang tak seberapa ni. Dengan keadaan sekarang ni blog aku bukan lagi 'laman' rujukan/bacaan orang, dah jadi macam diari aku je sebenarnya. Sebab tak ramai orang baca pun. Mungkin untuk bacaan anak aku bila dia dah besar nanti.

Ok, ni aku rasa macam nak tulis pasal game, sebab bermain game ni benda yang aku baru sambung balik selepas lama memeram konsol.Kali terakhir aku tengok konsol permainan aku, ianya masih berupa PS2 slim dan bahagian atasnya telah ditebuk dan dipasang kipas CPU komputer untuk penyejukan yang efisien.
Tetiba aku terus jump beli PS4 slim sebab Lazada jual murah.Terpaksalah mem aku belanja..hihihi


------------------------------------------

Aku agak kecewa dengan game The Last of Us; Remastered sebenarnya. Game yang diwar-warkan menang banyak anugerah ni tak berapa kena dengan selera aku. Bukan maksud aku game ni tak bagus. Majoriti gamer diluar mungkin dapat feel game tu dengan baik, kecuali aku.
Awal-awal dulu beria jugak la aku nak beli game ni sampai wife aku yang belanja sebab aku yakinkan dia game ni bagus, tentang relation anak perempuan dengan pengorbanan seorang bapa. Mujur tak berapa mahal sebab remastered je, so kos pembangunan tak macam buat game baru.

Antara sebab yang aku hilang minat nak teruskan game tu buat masa ni ialah:
1. Kawalan pemain yang 'lag'. Lembab nak mampos.
- Aku tak reti nak describe macamana sebenarnya. Movement watak utama dia sangat 'lembab' bagi aku. Untuk genre game lawan-lawan zombie macam ni patutnya pergerakan dia kena tangkas. Baru la seimbang dengan AI. Nak buat benda-benda basic macam menembak musuh pun susah sebenarnya.
2. Mabuk
- Aku rasa macam mabuk sebenarnya bila main game ni pasal point kat atas ni lah. Sayang betul. Premis cerita dia baik, tapi tu lah....tak kena dengan gaya aku main. Game Uncharted: The Thiefs End jauh lebih cemerlang walaupun gameplay dan developernya sama. Kalau sistem game tu dipolish lagi sampai tahap macam Uncharted aku rasa jauh lebih sukses game ni.

Metal Gear Solid: The Phantom Pain pulak bagi aku ok la...takde la teruk sangat. Mungkin aku masih mengharapkan konsep permainan dia sama macam siri-siri MGS yang lepas.
1. Sistem perjalanan cerita dia yang ada episod ni agaknya tak berapa nak kena agaknya. Dengan ratusan side ops yang tak habis-habis ulang misi sama, fan tegar pun boleh bosan wehh!
2. Sistem GMP satu idea menarik, tapi makin tinggi gred senjata, deployment cost jadi merepek betul. Tak balik modal kalau deployment cost sampai 63k untuk 'job' yang payment dia cuma 30k. Rasa bodo je accept mission camtu. Tapi kalau tak accept bila game ni nak siap?GMP tetap perlu dikumpul untuk pembangunan Mother Base. Sudahnya aku jalan kaki je pergi dari satu area ke satu mission area yang lain.
Satu kaedah nak jimatkan deployment cost ialah equip sortie prep yang gred rendah. Tu pun rasa bodo jugak la. Apa guna bagi option upgrade senjata kalau tak boleh pakai senjata yang gred tinggi.
3. Charm Venom Snake tak berapa best la dalam MGS:TPP ni. Rasa macam dia seorang yang sentiasa dalam kemurungan terutamanya bila kita tau dia kurang bercakap. Aku ingat lagi Hideo Kojima pernah cakap dia buat banyak elemen-elemen yang tak terlalu rigid dalam MGS yang lepas-lepas supaya pemain tak stress. Kojima dah lupa ke apa nak apply benda tu dalam MGS:TPP? Venom Snake ni dah la tak kelakar, pendiam pulak tu.
4. Tak ada pertarungan dengan Big Boss. Benda yang agak susah dalam MGS:TPP ni bila lawan unit Skull, misi Persistence dan juga tugasan menewaskan Sahelanthropus. Itu saja. Kredit yang aku boleh bagi cuma tang grafik, relation Snake+Quiet, OST nyanyian Donna Burke dan Sahelanthropus yang awesome.

Buat masa ni aku tengah main game Horizon Zero Dawn. Orang kabor game ni sedap...lepas main sikit semalam aku yakin game ni betul-betul sedap. Stail kawalan pemain lebih kurang kawal Nathan Drake dalam Uncharted 4.
Game ni aku tengok kat kedai kelmarin harga dia RM210. Tapi tauke kedai offer aku beli bundle pack (yang sepatutnya datang dengan konsol ). Horizon Zero Dawn ( BD disc ) + Driveclub ( BD disc ) + Ratchet & Clank ( baucer ) dia jual kat aku RM259. Ok la kot ye.
Game Driveclub tu aku ada la try sikit. Grafik cantik, handling kereta sikit senang la kalau nak dibandingkan dengan Gran Turismo, tapi yang bodonya scene lumba selalu sangat time Maghrib. Bongok gila, dah la jalan kampung. lampu malap pulak tu.
Next game yang aku cadang nak beli ialah Call of Duty WWII dengan Gran Turismo Sport.
 Tudia sampai lelap aku nak mengabihkan artikel ni. Ape benda aku nak cakap lagi ni eh? Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017, selamat memandu dan selamat bertemu keluarga. Sekian terima kasih!









Khamis, 25 Mei 2017

Shirimasen Metaru Gia' Soriddo?

Malam semalam aku baru je selesaikan misi menewaskan bipedal robot Sahelanthropus selepas total jam bermain melebihi 90 jam. Satu rekod yang teruk sebenarnya dan ada beberapa chapter lagi perlu dihabiskan Apa benda Sahelanthropus ni kejap lagi abang cerita. Aku nak adik ipar aku baca karangan aku ni.

Aku bukanlah seorang gamer hardcore. Aku lebih suka letakkan kategori aku sebagai gamer kasual. Pegang controller pun jarang-jarang kecuali kalau aku ada beli tajuk game baru kegemaran aku. Apa yang pasti aku jenis yang suka main game pelbagai genre, asalkan game tu menarik.
Sejak berkecimpung dalam arena permainan konsol, hanya tiga jenis konsol yang pernah aku pakai. Yang pertama PSOne, kedua PS2 dan yang terbaru PS4. Itupun aku baru beli sebulan lepas. Pasal apa tak ada PS3? Pasal aku tunda pembelian sejak tahun launching 2006 sampai la PS4 Slim keluar. Tu yang aku terus beli PS4 je. Itupun pasal tetiba Lazada buat sale. Dapat harga RM1082.00 spec Slim 500GB.
Semalam aku nampak ada offer dalam Lazada juga, harga turun sikit lagi sekitar RM 1032.00 sempena hari Raya barangkali. Boleh la makan PS4 ramai-ramai dengan jiran tetangga.

Oklah, sejak awal aku terjebak dengan konsol Playstation ni, satu tajuk game yang aku sentiasa suka ialah siri Metal Gear walaupun ada beberapa tajuk yang aku skip contohnya MGS4:Guns of the Patriot dan MGS: Ground Zero. Selain dari tu hampir semua tajuk aku pernah main berulang-ulang.
Semalam wife aku belikan game The Last of Us: Remastered. dia pergi beli dengan adik ipar aku (lelaki). Budak lelaki biasalah, serba sikit mesti tau hal-hal game ni. Tapi sedikit yang buat aku terkejut ialah bila adik ipar aku cakap game Metal Gear tak glamour (tak femes la kot pada dia). Aku terdiam sekejap bila wife aku bagitau aku macam tu.

Hey, ni abang nak cerita sikit pasal Metal Gear, Snake dan orang kuatnya Hideo Kojima. Siri Metal Gear tak masuk kategori glamour okay? Metal Gear is LEGEND! Setakat game-game baru yang glemer ni dik, alahai celah gigi je. 
Timeline siri Metal Gear ni sangat panjang dengan twisted plot yang kalau nak dihuraikan dalam bentuk peta minda confirm minda hang stuck.
Ok, abang bagi contoh game berasaskan perang yang abang pernah main, Call of Duty dengan Medal of Honor. Siri game-game ni boleh dikatakan berterusan juga sejak zaman PSOne. Banyak tajuk dia. Tapi pembinaan legasi karekter dia jauh beza dengan watak Snake dalam siri Metal Gear. Sejak hujung tahun 80'an Snake dah wujud dik oii!!! kalau ikut timeline siri Metal Gear, Snake dah wujud sejak era Perang Dingin.
Ini yang gamer otai suka. Main game bukan sekadar layan grafik dengan letup sana sini. Straight forward bosan dik. Metal Gear ni lain, dunia dia terperinci. Ada kau terfikir macamana cara Kojima buat untuk kalahkan Psycho Mantis yang boleh predict pergerakan korang dan baca fikiran player? Tahu tak kalau kau tenung muka Meryl Silverburgh lama-lama pipi dia akan jadi merah? Ni sikit contoh je abang bagi. banyak lagi keunikan Metal Gear yang korang sendiri tak sangka.

Lagi abang nak tanya, game mana yang ada soundtrack paling sedap kat muka bumi? Takpelah abang jawab sendiri.

Takde dik!

The one and only Metal Gear sahaja ada runut bunyi dan lagu tema yang superb awesome. Dari segi keseluruhan kualiti permainan so far tak pernah lagi siri Metal Gear dapat rating bawah dari 9.0/ 10.0 dari pengulas game terkenal.


True Big Boss

"That made us blend into the character, feel the same suffer and pain in the battlefield..."
                                                                                                                       -Hideo Faizal

Fahamkan ayat abang ni. Tak banyak game yang ada karekter kuat macam Snake. Dia bukan sekadar watak tentera yang menjalankan tugas negara. Snake ni satu sifat dia adalah dia seorang yang kelakar sinis dan sedikit pervert. Bergantung pada cara korang main lah. Tapi watak Phantom Snake dalam MGS: TPP je aku rasa dia serius gila.
Sebabnya beliau bukanlah darah daging Snake sebenar. Beliau diberi 'wajah' dan terapi supaya beliau percaya yang beliau adalah Snake. Boss sebenar tak ada tanduk diamond kat kepala.

Celaka kena tipu dengan Kojima.

#foxdie
#lalilulelo
#12wisemen
#bipedalrobot
#revolverocelot
#TheBigBoss
#XOF





#utogarage, brek dan loan


Ni ha member aku si #utogarage tiap-tiap kali jumpa mesti tanya, ‘ada update blog tak?’. Terkesima aku dibuatnya. Nah, baca la apa yang aku terfikir nak tulis sekarang ni.
Tulis blog ni kekadang boleh jadi bengong dibuatnya. Kena pulak time tu idea memang takde. So, aku merapu jelah hari ni pasal kereta.


Sikit update kat Myvi kesayangan aku sejak kali terakhir aku tulis entri ialah penukaran kaliper dan rotor brek 3SZ menggantikan set brek depan asal Myvi. Setelah berkhidmat hampir 300k km, rotor asal haus dengan kronik menyebabkan ‘muncul’ tebing disisi rotor. Bila keadaan macam ni berlaku, pad brek yang tebal pun tak ada guna lagi sebab tebing tu akan menyentuh besi pad brek lalu menghasilkan bunyi yang annoying.
Zaman aku berpomen-pomenan dulu, biasanya aku akan grind tebing tu tiap kali customer minta tukar pad brek. Sekarang buat sendiri kat rumah mana ada grinder. Bila dah teruk macam ni baik tukar saja lagi senang.


Alasan lainnya ialah brek asal Myvi dah tak mampu nak memberhentikan momentum kereta aku pada jarak efektif. Antara rotor kegemaran pengguna Myvi ialah rotor 11 inci dari Honda Odyssey dan rotor 10 inci dari 3SZ. Aku tak tau apesal diorang pakai nama 3SZ bila jual set brek ni. Kan lagi senang kalau sebut model keretanya. Brek Odyssey boleh pulak pakai nama betul. Awat tak pakai kod enjin Odyssey?
Ok, pilihan aku ialah set brek dari 3SZ (tak tau dari 3SZ Alza, Sette, Luminas, Bb atau Avanza?) Saiz rotornya besar sikit saja dari rotor Myvi yang bersaiz 9.2 inci. Tapi contact surface area lebih lebar.
Untuk part pad brek, saiznya masih sama dengan pad brek Myvi generasi pertama (2005- 2011)


TAPI,


Barang sesiapa yang berhajat nak memakai set brek 3SZ ni baik cari siap-siap pad brek Suzuki ERV* atau Daihatsu YRV. Brek pad untuk dua model kereta ni lebih sesuai sebab ‘pad’nya lebar, ngam cantik dengan rotor 3SZ. Nak pakai pad brek Myvi pun boleh saja, tapi rugilah. Potensi sebenar tak boleh dimanfaatkan.
Nak beli kat kedai jangan kabor nak pad brek 3SZ,kang sesia kena maki dengan tokey kedai. Biasanya kedai akan tanya, nak brek pad kereta apa. Hah, kereta apa korang nak sebut? Myvi? Tunjuk sampel pad brek dan dengan tenang bisik kat tokey kedai tu saya nak pad brek SUZUKI ERV…..


---------------------------------------------------------------------------


Sejak sebulan lepas sebenarnya aku ada memohon pembiayaan sewa beli kenderaan dari Ambank. Aku berhajat nak beli Toyota Vios G tahun 2014. Tapi itulah nak ceritanya, tak pernah lagi dalam sajarah hidup aku yang nama aku susah buat pinjaman. Yang peliknya si Ambank ni haram tak call interview ke, bagitau loan gagal ke….
Senyap sunyi sampai kesudah.


Adik aku cakap banker Ambank bagitau aku ada rekod CCRIS yang kurang cantik. Ambank mintak aku pergi Bank Negara dan clearkan rekod CCRIS.
Masalahnya aku takde hutang yang major. Myvi aku pun dah settle lump sump awal April lepas. Entah rekod apa dia cakap aku pun tak tau. Sudahnya aku pergi juga Bank Negara dan print out CCRIS statement. Nampak cantik dan tak ada masalah. Aku rujuk pulak kat pegawai Bank Negara dan ceritakan masalah loan aku yang tak lepas sebab CCRIS ni.


As expected dia cakap rekod aku baik, tak ada masalah kalau apply loan baru. Dia cakap attach report CCRIS ni dalam permohonan pinjaman. Ok, Ambank suruh aku update rekod kat Bank Negara, bank Negara pulak suruh aku pass je report CCRIS kepada Ambank.
Nak tambah nasik lagi bila emel aku ke bank Negara tentang hal ni sebelum aku dapatkan printout CCRIS dibalas macam ni:


‘”Kami mendapati pihak tuan telahpun mendapatkan laporan CCRIS pada 17/5/2017. Tuan perlu menghubungi bank tersebut jika mereka masih belum mengemaskini rekod pembiayaan tuan.”


Bank tersebut tu bank apa? Aku syak Maybank sebab loan Myvi aku dulu kat situ. Masalahnya pihak Maybank dah keluarkan surat pengesahan penyelesaian pinjaman dan aku dah pun attach sekali masa apply loan Ambank. So, apa masalahnya kat siapa ni?
Sampai saat aku menaip ni Ambank masih hold permohonan aku. Macamananpun benda ni aku dah bincang dengan wife aku petang semalam masa on da way balik kerja. Aku cakap agaknya aku takde jodoh dengan Vios kot. Kita ambil Axia baru jelah. Lagipun untuk ulang alik pergi kerja je. Bayaran bulanan murah, petrol pun hirup sikit-sikit,heeee!

Asalnya dulu aku cadang nak pakai Vios sebab sedap sikit cruising highway. Minyak pun jimat. Tapi Myvi aku sekarang pun dah sedap sangat cruising dengan RPM yang sesedap rasa. Nak henjut 180kmj  pun tak jadi masalah, wife aku pernah try tau tak?


Awal bulan Mei haritu aku pergi Perlis. Dari Serendah sampai Hotel Seri Malaysia Perlis, konsumsi petrol lebih kurang 5 out of 8 bar saja. Power betul 3SZVE auto. Seriously recommended. Kalau nak pakai manual pun boleh tapi aku tak pasti final ratio manual Jepun berapa,itupun kalau ada lah. Alza punya gear 5 tak syok jugak rojak dengan 3SZ sebab 100kmj @3000 rpm.
Perancangan seterusnya ialah mencantikkan Myvi untuk wife aku pakai dan aku layan Axia untuk angkut anak pergi sekolah. Yeahhhh!


#kcarlife


*rujukan blog tacradiy.com (keyword brek pad ERV)

Isnin, 27 Mac 2017

Dendiar

Aku tulis cerita sejarah lagi boleh tak?

Hari ni tergerak hati nak tulis pasal sejarah Dendiar; satu watak yang tidak dikenali ramai tetapi kisahnya amat menarik untuk dihayati. Nama sebenar beliau  ialah Raden Diar Dhurmakusomo Ki Aji Ningrat. Artikel ni aku dah siapkan sejak minggu lepas lagi, tapi baru hari ni aku boleh publish. Jemput baca ye? 

Kisahnya bermula ketika era pemerintahan Kanjeng Ratu Kediri didalam kerajaan Giri ( Kediri ), sebuah kerajaan kecil di tanah Jawa. Ada dua beradik berlainan ibu iaitu Raden Kesumowijo dan Raden Manosekoro. Kanjeng Ratu Kediri melantik Raden Kesumowijo sebagai Pangeran Adipati Agung, iaitu bakal pengganti tampuk pemerintahan Kanjeng Ratu Kediri.
Kemudian Raden Kesumowijo (Pangeran Adipati Agung) mengahwini seorang penari bernama Mas Ayu secara senyap-senyap. Ini menyebabkan isteri Kanjeng Ratu Giri iaitu Radin Ratu Giri berasa marah. Al maklumlah darjat bangsawan tak boleh kahwin dengan orang kebanyakan. Tapi apa boleh buat, Pangeran Adipati Agung tetap berkahwin dengan wanita yang dia suka. Semasa Pangeran Agung keluar berburu, Radin Ratu Giri berpakat dengan Raden Manosekoro untuk menghapuskan Mas Ayu semasa ketiadaan Pangeran Agung.
Raden Manosekoro membunuh Mas Ayu dan membakar istana bersama-sama dengan anak hasil perkahwinan Pangeran Agung dan Mas Ayu iaitu Raden Mas (juga dikenal sebagai Raden Mas Ayu). Kebetulan ketika itu Pangeran Agung baru pulang dari berburu ( ada juga kisah yang mengatakan Pangeran Agung sengaja dihantar untuk berperang) lalu melihat istananya terbakar. Raden Mas berjaya diselamatkan manakala isterinya Mas Ayu mati dipangkuan Pangeran Agung.
Bersama-sama dengan pengikutnya termasuk Dendiar, Pangeran Agung amuk dan membunuh Raden Manosekoro serta konco-konconya. Kemudian Pangeran Agung bersumpah bahawa dia tidak akan lagi menjejak tanah Giri. Dendiar dan enam pengikut setia bersumpah untuk memporak-perandakan tanah Giri dan kerajaannya sehingga tiada lagi makhluk bernyawa, tetapi dihalang oleh Pangeran Agung.
Pangeran Agung meminta Dendiar bersumpah untuk melindungi tanah Giri sepanjang ketiadaan beliau dan Pangeran Agung pun meninggalkan Giri bersama anak perempuannya Raden Mas untuk selama-lamanya…


Kisah di Singapura Versi 1

Kemudian Pangeran Agung menetap di Singapura, atau lebih tepat lagi bertani di kaki bukit Mount Faber. Menjejak usia Raden Mas 17 tahun, beliau menjadi tarikan kerana kecantikannya. Satu ketika Raden Mas diganggu oleh kerabat Istana Johor, menyebabkan pangeran Agung dihukum kerana mempertahankan anak perempuannya.
Di hari yang sama, Dendiar belayar ke Singapura mencari bekalan. Perihal orang dihukum dikhalayak ramai menjadi buah mulut masyarakat disitu lalu menarik perhatian Dendiar. Dendiar terus ke Teluk Blangah untuk melihat hukuman tersebut dijalankan dan alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati orang yang sedang dihukum itu ialah sahabatnya, Pangeran Agung, Putera Raja Giri.
Dendiar menerpa ke tengah khalayak ramai dengan keris yang terhunus ditangan lalu memperkenalkan dirinya sebagai Jeneral Perang Kerajaan Giri. Orang ramai terdiam kerana mereka tahu Kerajaan Karimun pernah dikalahkan beberapa tahun lalu oleh angkatan perang Kerajaan Giri.
Melihatkan keadaan Pangeran Agung yang agak teruk, Dendiar mahu amuk tetapi sekali lagi dihalang oleh Pangeran Agung. Melihatkan kejadian itu, Sultan Abdul Jalil memerintahkan Pangeran Agung dilepaskan dan memohon maaf.
Tidak lama selepas kejadian tersebut, Sultan Abdul Jalil mengaturkan perkahwinan adiknya Tunku Khalijah dengan Pangeran Agung sebagai tanda maaf dan juga sebagai jalinan antara dua kerajaan. Keraian perkahwinan diadakan di Teluk Blangah dan dihadiri Dendiar serta enam sahabat lain.
Daripada perkahwinan tersebut, Tunku Chik dilahirkan. Melihatkan keadaan menjadi semakin baik, Dendiar kembali ke Giri sebagai memegang janji yang pernah dibuat dahulu untuk menjaga tanah Giri.
Raden Mas yang semakin dewasa pula menjadi pujaan ramai kerana kecantikannya dan keturunan raja yang dimiliki. Bagaimanapun ini mengundang musibah baru apabila isteri Pangeran Agung, Tunku Khalijah mencemburui Raden Mas, manakala adik Tunku Khalijah, Tunku Bagus jatuh hati kepada Raden Mas.
Suatu malam, Tunku bagus meletakkan satu bahan untuk memabukkan dalam makanan Pangeran Agung lalu Pangeran Agung dikurung dalam perigi di belakang istana. Raden Mas pula dipaksa berkahwin dengan Tunku Bagus.
------------------
Beberapa bulan kemudian Dendiar datang ke Teluk Blangah untuk melawat sahabatnya, Pangeran Agung. Berita ini sampai ke istana lalu satu perancangan dibuat supaya Dendiar tidak dapat berjumpa Pangeran Agung yang dikurung. Pihak istana memaklumkan bahawa Pangeran Agung pergi ‘bersuluk’ atau istilah lainnya bertapa.
Bagaimanapun kebenaran tidak dapat disorok apabila Tunku Chik memberitahu bahawa bapanya dikurung dibelakang istana. Maka segeralah Dendiar pergi mendapatkan Pangeran Agung. Melihatkan keadaan bakal menjadi lebih buruk, Tunku Bagus cuba membunuh Pangeran Agung, tetapi dihalang oleh Raden Mas. Keris yang ditikam kearah Pangeran Agung mengenai Raden Mas dan Raden Mas menemui ajal. Akibat terlalu kecewa Pangeran Agung turut menghembuskan nafas terakhir.
Marah dengan peristiwa itu, tujuh pendekar Jawa ini amuk buat sekian kalinya selama tujuh hari tujuh malam. Ribuan penduduk kampung dibunuh dan kampung-kampung dibakar. Seisi istana melarikan diri menaiki kapal. 
Akhirnya Sultan menghantar Tunku Chik, anak Pangeran Agung ke pantai. Maka berkatalah Tunku Chik kepada Dendiar “ Raden Diar, sekiranya kamu bunuh semua orang, siapa lagi yang  tinggal untuk menjaga saya?”

Dendiar terdiam dan kemudiannya berkata, 
“Aku..Raden Diar Dhurmakusomo Ki Aji Ningrat akan berkhidmat dan patuh kepada Tunku Chik dan keturunannya sepertimana aku berkhidmat kepada Pangeran Agung sebagai tanda kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap Pangeran Agung.”

Artikel asal ditulis dalam bahasa Inggeris lebih panjang mencakupi peristiwa-peristiwa kemunculan Dendiar selepas ratusan tahun peristiwa diatas berlaku. Nanti bacalah di link asal sebab gaya penceritaannya lebih dramatik. Gaya aku tulis pulak biasa-biasa je tanpa pengisian emosi. Tapi aku harap terjemahan ke Bahasa Melayu ni tidak lari jauh dari maksud asal penulis.



Kisah di Singapura Versi 2

Suatu ketika semasa Pangeran Agung menjalani kehidupan sebagai petani bersama anaknya Raden Mas Ayu, teluk Blangah diserang lanun. Oleh kerana kehebatan Pangeran Agung bertarung, lanun berjaya ditewaskan. 
Kebolehan Pangeran Agung amat dikagumi Sultan dan satu rombongan dari Jawa mengesahkan ‘petani’ itu adalah Pangeran Agung, maka Sultan mengaturkan perkahwinan dengan puterinya dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Tunku Chik.
Raden Mas pula semakin cantik dan amat dicemburui ibu tirinya. Satu hari kaki Tunku Chik terluka kerana terkena serpihan pinggan yang dijatuhkan oleh Raden Mas. Ibu tirinya amat marah dan berpakat dengan adiknya Tun Bagus ( Tunku Bagus ). Tun Bagus pula menaruh dendam kerana Raden Mas pernah menolak lamarannya.
Tun Bagus meracun Pangeran Agung lalu mengurungnya didalam perigi buta, manakala Raden Mas dipaksa kahwin sekiranya mahu mengelakkan dari bapanya dibunuh. Semasa majlis pernikahan, Raden Mas ditanya samada bapanya mengizinkan beliau berkahwin, Raden Mas terpaksa menipu dengan menyatakan bapanya sudah meninggal dunia sewaktu melawat tanah Jawa.

Tiba-tiba Tunku Chik mencelah,

”bapakku masih hidup dalam perigi buta!”

Maka komplot itu terbongkar, dan Pangeran Agung dapat diselamatkan. Khuatir Pangeran Agung membalas dendam, Tun Bagus cuba menikam Pangeran Agung tetapi dihalang oleh Raden Mas lalu keris tertusuk ke jantungnya. Dikatakan juga ketika berlaku kakalutan itu cuaca bertukar mendung dan isteri Pangeran Agung cuba melarikan diri tetapi dipanah petir.


Sepertimana  yang diketahui melalui penceritaan orang-orang dahulu, Dendiar dikatakan wujud sehingga era pemerintahan Sultan Ismail iaitu sekitar tahun 70’an. Dikatakan umurnya sangat panjang sehingga ratusan tahun.

Sebuah kampung kecil di kaki Mount Faber Teluk Blangah dinamakan Kampung Radin Mas dimana terletaknya rumah Pangeran Agung sewaktu tinggal di Singapura dan tempat bersemadinya jasad Raden Mas Ayu….

Bayangkan pula kalau kisah ni jadi sebuah filem dan Iko Uwais jadi Dendiar…perghhhh!!


Isnin, 6 Mac 2017

ATF 3SZ-VE + Cooling Coil Passo

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersua kembali di laman blog yang semakin terpinggir. Tak apalah, bagi aku platform blogspot ni masih lagi medan yang sesuai untuk menulis panjang lebar.
Hari ni aku nak tulis sikit pasal kereta. Pertama sekali tentang transmisi automatik 3SZ-VE, dan kedua berkenaan pendingin hawa kereta aku.

Lepas kereta aku siap menjalani proses transplan nadi penggerak, ada satu kelainan yang aku rasa tak patut berlaku iaitu 'lag' semasa penukaran posisi gear daripada 'N' kepada 'D'. Lag yang aku maksudkan ialah sistem transmisi mengambil masa sekitar 0.5 - 1 saat untuk enggage.
Siapa yang biasa bawa kereta automatik baru mesti dapat rasa 'lag' ni kalau bawa kereta aku. Apatah lagi kalau lepas switch dari 'N' kepada 'D',terus tekan pedal. Alamatnya kereta akan bergerak dengan mengejut. Macam kereta gear manual lepas klac tiba-tiba dalam gear 1.
Minggu lepas aku tukar minyak ATF. Kalau ikut spesifikasi yang disyorkan, transmisi automatik Aisin-Warner 3SZ-VE Toyota bB menggunakan minyak ATF Toyota T-IV. So, aku pun beli minyak yang sama.
Kuantiti penuh yang diperlukan ialah 5 liter, tapi kalau drain minyak ATF lama melalui drain plug, hanya 2 liter dapat dikeluarkan. Minyak asal yang ada dalam gearbox aku taktau lah spesifikasinya bagaimana, tapi lepas masuk minyak T-IV, respon gearbox bertambah baik.
Apapun ikutlah spesifikasi yang disyorkan pengilang, sebab enjin 3SZ-VE yang digunakan Perodua menggunakan ATF SP-III kalau tak salah. Namanya mungkin berbeza, barangkali sifat-sifat teknikalnya ada persamaan.

Ok, cerita bab aircond pulak.
Sejak lebih sebulan lepas sistem aircond aku mengalami masalah kebocoran kecil. Mekanik cakap mungkin cooling coil yang bocor sebab tiada kesan kebocoran pada piping dan kompressor.
Bila aku rujuk balik mekanik yang swap enjin aku haritu, barang pulak tak ada. Tunggu punya tunggu akhirnya aku cari sendiri sajalah lagi senang.
Mujur saudara Azizi Zain respon posting aku kat Facebook bagitau yang dia ada simpan cooling coil Passo. Walaupun lokasi beliau di Bandar Baru Bangi, tak kisahlah travel 1 jam 40 minit dari Serendah asalkan dapat barang yang tepat.
Terima kasih Azizi Zain kerana menjual barang yang baik dengan harga berpatutan. Siap test bocor dua kali dan percuma kotak angin aircond. Entah apa nama betul housing cooling coil tu aku tak tau.
Kerja-kerja membaraikan dashboard dikepalai oleh En. Is Drummer di rumah beliau yang merangkap #utocustomgarage.
Part membaraikan dashboard ni agak panjang kalau nak ditulis, pendek kata agak sukar sebab terpaksa buka batang besi yang menjadi tulang dashboard.
Didapati kotak saluran angin yang ada kat kereta aku sedikit berbeza dari kotak angin yang dibeli dari saudara Azizi Zain.
Kotak asal tiada slot filter kabin tetapi ada slot untuk cooling coil temperature probe, manakala kotak yang dibeli ada slot filter kabin tetapi tiada lubang slot temperature probe. Sistem asal Myvi pula probe sensor temperaturenya dicucuk pada fin cooling coil. Tapi tak apa, boleh mix and match saja, no problem.
Kemudian timbul satu masalah lain iaitu cooling coil tak dapat duduk dengan kemas di tempatnya. Rupa-rupanya kotak angin yang mempunyai slot temperature probe mempunyai saiz cooling coil yang kecil sedikit. Lebih kurang sama saiz dengan cooling coil standard Myvi. Cooling coil Passo pulak lebih panjang sekitar 1 inci. Secara teorinya surface area lebih luas mestilah lebih sejuk ye tak?
Soal cooling coil tak dapat duduk kemas tadi senang saja solusinya. Potong sikit dah siap.
Start kerja jam 11.00 pagi,kerja-kerja pemasangan semula selesai sekitar jam 8.00 malam. Ya, agak lama sebab kami buat kerja santai-santai.
Semasa pengujian fungsi-fungsi butang kawalan setelah selesai kerja-kerja pemasangan semula, didapati klac magnetik kompressor tidak enggage selepas suis aircond ditekan. Mujur aku teringat, ada sesetengah sistem aircond yang cut-off bila sensor mendapati tiada tekanan gas didalam sistem untuk mengelakkan kompressor rosak. Sebelum buka sistem, mesti la kita recovery dan buang semua gas dari dalam sistem awal-awal tadi kan? Jangan panik dan teruskan kehidupan macam biasa.

Walaupun dah siap pasang, masih ada kerja yang masih perlu dibuat iaitu refill gas dan tambah minyak kompressor. Part ni aku serahkan kat kedai ekon je. Alhamdulillah sistem berjalan dengan baik. Kos yang terlibat RM60( gas + minyak kompressor ) + RM100 ( cooling coil + kotak angin ). Total belanja kasar lebih kurang RM250 termasuk kos-kos sampingan.
Untuk pengetahuan harga cooling coil Myvi baru ialah RM350. Belum upah buka dashboard lagi. Senang cerita tak kurang dari RM600. Sesiapa yang berkemampuan untuk buat sendiri, belajarlah. Banyak boleh jimat ooo....


Rabu, 11 Januari 2017

Samsung Galaxy A7 2016

Lebih kurang 27 atau 28 Disember lepas, berlaku satu kejadian dimana Samsung Galaxy A7 2015 wife aku jatuh dan skrinnya rosak. Ketinggian jatuhan takde la tinggi mana pun, lebih kurang setengah meter.Malangnya permukaan jatuhan adalah jalan tar, sebahagian permukaan skrin rosak dan tidak boleh diunlock menggunakan pattern.
Apa yang mengecewakan ialah pelindung skrin tempered glass dan Gorilla Glass tak pecah pun, tapi LCD boleh pecah pulak. Memandangkan tak ada apa yang boleh dibuat, simpan sajalah dalam kotak. Kos penggantian skrin aku tengok kat internet macam haram, mahal nak mampos. Lebih RM450 kot,belum campur upah.
Bila dah jadi macam tu, susahlah wife aku nak buat kerja sebab zaman sekarang semua komunikasi pakai phone. Apatah lagi kalau berlaku kecemasan, phone dah jadi benda wajib dalam hidup.
Akhirnya kami beli jenama Samsung juga sebab siri Galaxy A baterinya bagus. Model A7 2016 menjadi pilihan sebab bateri juga. Model 2016 dibekalkan bateri sebesar 3300mAh berbanding A7 2015 2600mAh.
Untuk wife aku kriteria-kriteria seperti RAM,CPU,resolusi skrin dan sebagainya tak penting sangat. Yang penting bateri, bateri dan bateri.
Perbezaan antara A7 2015 dengan 2016 tak banyak sangat, tapi agak signifikan juga.
1. Kemasan
- Bahagian belakang dipasangkan Gorilla Glass 4 yang cantik (juga bermaksud lebih fragile).Bezelnya rapat di pinggir skrin, dan lens kamera utama tidak terlalu menonjol seperti model 2015.
2. Bateri
- Penambahan 700mAh daripada model 2015. Sepatutnya mampu bertahan dengan 100% diwaktu pagi sehingga habis ditengah malam.
3. Bunyi
- Speaker dialihkan ke bahagian bawah telefon bersebelahan USB port. Bunyi cukup kuat.
4. RAM
- Penambahan RAM.Dulu cuma 2GB, sekarang 3GB. Prestasi bertambah baik.
5. Keselamatan
- Butang tengah skrin bertindak sebagai fingerprint scanner.
6. Pengecasan pantas
- Dibekalkan charger Quickcharge 1.65A. Model 2015 menggunakan charger 1.55A.

Sekian.