Isnin, 2 Februari 2015

Kasi Hadamkan Sikit…

Hari ni macam tergerak hati nak menulis lepas baca posting dari satu page Facebook yang memberikan reaksi berkenaan saranan sorang Menteri supaya memboikot peniaga Cina.

Sekali baca pun kita dah tau saranan tersebut berbunyi rasis.Soal rasis atau tak bergantung kepada terjemahan memasing,aku taknak masuk campur.Ada baiknya meh fahamkan dulu akar umbi permasalahan harga barang yang nampak mustahil untuk turun hanya semata-mata kerana petrol murah sikit.

Semuanya berpunca dari ketidakstabilan harga bahanapi.Orang ramai sebut harga minyak.Tolong perbetulkan yang ini dulu.Yang dok turun naik dan paling buat rakyat Malaysia marah ialah harga bahanapi,bukan harga minyak.Minyak ada banyak jenis,minyak wangi,minyak afiat,minyak belacak,minyak hitam…ahhh..macam-macam jenis lah.Tapi minyak-minyak yang banyak ni orang tak bising kalau harga dia mahal sekalipun.Cuba tengok minyak lintah,orang jual dalam Facebook sebotol 30ml RM50 pun ramai yang dok suruh PM..PM..Padahal minyak lintah tu tah apa yang lintahnya,minyak kelapa yang lebih.

Aku bukan nak membongak,ceritanya aku pernah buat benda ni masa aku kerja kompeni kosmetik dulu.Aku tau la dilution ratio dia berapa.Betul-betul pure punya minyak lintah,bau dia macam taik tau tak?Korang sure tak sanggup nak letak kat ‘adik’ korang.Bini terbau pun silap-silap mintak cerai.Pokoknya orang tak kisah pasal minyak lintah mahal sebab nak sedap,tapi bising bila bahanapi naik harga.

Aku cakap macam tu bukan sebab aku sokong harga bahanapi mahal,tak…aku pun sama tak setuju sangat tindakan kebudak-budakan main harga bahanapi ni.Impak dia macam sekarang kita rasa ni lah.Barang maintain mahal walaupun harga petrol RON95 dah RM1.70 seliter bermula tengah malam semalam.Ingat senang nak control peniaga?

Kita tengok contoh mudah,kuih.Harga standard kuih-muih sekarang sebijik 40 sen.Jarang orang beli dua-tiga bijik.Biasanya orang akan beli lima bijik pada harga RM2.Padahal nak makan 3 ketul je.Rasa toksah cakaplah,sekadar melepas batuk ditangga.Nak tambah majal lagi,karipap lima ketul semua inti angin.

Kebetulan pula kebanyakan yang jual kuih dan semua bangsa dalam Malaysia ni makan ialah kuih buatan orang Melayu.Orang Cina beli kuih Melayu,India beli kuih Melayu,Serani pun beli kuih Melayu.Sebabnya orang Melayu punya kuih je semua bangsa boleh makan.Orang Cina nak makan kuih orang India buat?Orang Melayu nak makan kuih Cina buat?

Bila harga kuih tak turun lagi sedangkan harga bahanapi dah murah,semua pihak nampak peniaga kuih Melayu makan untung lebih.Yelah sebab orang Melayu yang jual kan?Lepas tu pulak ada menteri tambah nasik, suruh boikot peniaga Cina.Haaa…kat sini la punca satu bangsa lain panas punggung.Racism katanya.Diorang counter balik statement dengan ambil contoh kuih mahal tadi.

Sekilas pandang memang,peniaga kuih Melayu pasal apa jual kuih mahal sangat.Ikutkan jiwa pahlawan tadi aku rasa macam nak komen je kat page tu.Tapi,aku selalu akan delete semula komen aku sebelum post bila emosi dah stabil dan kembali waras.Kat sini ramai yang fail kawal emosi.Semua ikut kepala lutut.

Sebabnya kena fikir balik,sebelum jadi kuih banyak bahan mentah yang perlu digunakan.Ambik contoh karipap angin.Bahan yang perlu ada ialah kentang,bawang,ikan bilis,cili kering,serbuk kari,minyak masak,tepung gandum dan marjerin.Banyak kan?Belum kira tenaga dengan gas lagi.

Secara asas lojiknya,harga kuih dikira berdasarkan kos modal + upah buat kuih.Bahan mentah untuk kuih tadi beli kat mana?kedai runcit?Pasaraya?

Tak kira kedai atau pasaraya,diorang cuma penjual barangan.Diorang pun nak upah juga,upah menjual dan kos operasi.Balik kebelakang lagi kita jumpa pengedar.Pengedar-pengedar ni pulak bukan kerja free bang.Anak bini pun nak kena suap nasik.

Kemudian barulah kita jumpa pengeluar.Sama juga macam penjual kuih nak buat kuih,pengeluar pun memerlukan bahan mentah.Kalau nak diikutkan rantaian bekalan ni masih belum sampai ke penghujung tapi cukup la kalau kita faham setakat pengeluar bahan mentah.

Ok,sekarang buat sikit kajian.Sambil-sambil pilih barang kat pasaraya,cuba baca sikit label kat bungkusan dia.Syarikat apa/mana pengeluar barang tu.Kemudian kaji bangsa mana punya.Jangan tak tau,nama kompeni Melayu Islamik tak semestinya dimiliki orang Melayu Islam.Alahhh…tak payah fikir susah la ye?Soalan paling senang aku bagi.Bangsa apa yang banyak jadi tauke?

 

Tulah jawapan kepada persoalan kenapa kuih seketul 40 sen.Bai.

Rabu, 28 Januari 2015

Istikharoh Cinta La Romantika De Amore

Siapa yang layan drama ni?

 

Aku takde la into sangat dengan cerita-cerita macam ni,cuma bila wife menonton,aku terpaksa la menghadap sama.Itupun pasal aku nak tengok Nonny Nadirah je,huuuuuu…Istikharah Cinta

Wife aku tu pulak suka sangat dia menengok Zul Ripin belakon.Schuwiiiiittt sangat katanya.

 

Jeles?

Haha!Tidak sekali-kali.

Sebabnya dia puji-puji Zul Ripin pun,tetap dia kawin dengan aku jugak.Means,aku punya level on par dengan Zul Ripin lah,tak gitu?kahkah!

Ok ok,aku bukan nak citer pasal Zul Ripin.

Aku cuma nak komplen pasal jalan cerita adaptasi novel yang perasan best ni.Bukan citer ni jelah,termasuk jugak drama-drama lain yang semazhab dengan dia.

Agaknya tipikal perangai Melayu kot kalau buat cerita,lain plot takde.Kisah orang kaya-kaya,life yang tak realistik punya sweet,kacau bini orang,tunang orang,lepas tu dengki khianat level 9999.

Eh,aku nak tanya sikit.Memang perangai Melayu macam tu eh?Ambik contoh cerita Istikharoh Cinta ni lah,ape ke banganggggggggg dok himpit makwe lama yang dah jadi bini orang?Desperado bebenor ke?Yang si makwe lama pulak ape ke bangannggggggg tak reti-reti nak elak diri dari dikejar ex dia?Tetap dok bersemuka jugak walaupun marah-marah kononnya pertahankan diri yang dah jadi isteri orang.Kasi tapak kasut jelah kat kelangkang ex kau,tu pun aku nak ajar?

Dulu cerita apa tah aku dah lupa,sama jugak adaptasi dari novel.Dah tau perempuan yang dia suka tu tunang orang,dok kejor juga lahai…Bingai betul….

Persoalannya kat sini,nampak sangat syarikat TV lebih pikir nak naikkan rating daripada memikir impak moral yang tertanam kat kepala-kepala penonton.Takde ke cerita nelayan ke,pesawah ke penternak puyuh ke….takpun cerita sejarah.Ini tak,balik-balik tunjuk watak hero kerja mantap,bawak BMW duduk banglo.Makcik-makcik dengan adik-adik yang duduk rumah separa nak runtuh pun menganga la nengoknye…

Dalam kes ni aku tak salahkan pelakon,itu dah kerja diorang.Apa jugak watak yang diorang nak bawak terpulang la,ada juga payment lepas settle kerja.Tinggal lagi pengkarya-pengkarya yang ada kat Malaysia ni kena la kreatif sikit.Eh,memang tak kreatif la kalau plot cerita sama je dengan cerita lain.Tajuk je yang tak sama.

Maybe pihak pengkarya pulak cakap,dah ini je jalan cerita yang ada market.Buat cerita hero berniaga air tebu kang takde stesen TV nak beli pulak.Ye ke macam tu?Apesal cerita Tanah Kubur dah bermusim-musim kat TV?

Kesimpulannya,baik pengkarya atau stesen TV,imbang-imbangkan la apa yang patut.Banyak sangat dah rancangan TV yang takde faedah.Susah kot buat drama ilmiah ni ye?

Rabu, 21 Januari 2015

Pelan Kecemasan Banjir Jangka Panjang

Baru-baru ni banjir besar melanda negeri-negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Pahang.Kali ni kesannya sangat teruk,sampai hari ni pun masih ada lagi yang terpaksa menumpang di pusat pemindahan banjir.Bukan sebab rumah diorang masih lagi ditenggelami air,kebanyakannya kerana kehilangan rumah.Cuba korang bayangkan rumah tak ada beb…gila sadis..

Aku dengar-dengar khabar kawasan yang mengalami banjir teruk memang biasa banjir,cuma tak seteruk kali ni.Kebanyakan penduduk malas nak pindah rumah bila paras air naik.Terpaksalah pasukan penyelamat memujuk dan meyakinkan diorang untuk berpindah.Tapi itu bukan cerita yang aku nak ulas.

Apa yang dah berlaku,biarlah berlalu.Kehidupan mesti diteruskan walau apa cara sekalipun.Persoalan penting kat sini ialah apa perancangan hakiki untuk menghadapi bencana banjir di masa depan.

Kita tak mampu mengawal bencana alam,tapi kita dikurniakan akal untuk mempelajari kaedah meramal cuaca.Walaupun tak banyak membantu dari segi menyelamatkan harta-benda,ramalan cuaca membolehkan kita menyediakan pelan kecemasan macam yang aku tulis dalam entri lepas.Sekurang-kurangnya ahli keluarga dan dokumen penting selamat.Boleh juga survive untuk seminggu dua.

Tapi macamana pulak dengan rumah dan harta-benda?

Takkan nak stay dalam khemah/pusat pemindahan lama-lama pulak ye tak?

Berdasarkan informasi yang mengatakan kampung diorang ni memang kerap banjir,ada baiknya satu idea perlu difikirkan untuk menghadapi masalah banjir ni.Hidup dengan air,bukan lari daripada air.Rumah boleh terapung?Macam mustahil pulak nak buat ye tak?

Apa kata rumah kabin?

 

Ala,macam kontena barang 40 kaki tu.

Memang rumah kabin takkan selamat 100% sebenarnya.Kalau terapung pun,tapi hanyut ke tempat lain apa faedahnya.

901886-500x333

Idea aku sebenarnya macam ni.Tak payah la duduk dalam kabin tu,panas kot.Kabin tu digunakan untuk memuatkan harta benda disaat kecemasan sahaja.Masuk je musim hujan,bersedialah pindahkan barang-barang elektrik,perabot,pakaian dan sebagainya kedalam kabin tu.Kemudian sewa treler,dan pindahkan kabin tu ke tempat tinggi.

Bagi yang berkemampuan,buatlah macam tu.Kalau tak semua dapat simpan dalam kabin pun,sekurang-kurangnya kerugian dapat dikurangkan.Cuma idea ni tak lah bijak mana sebab kos permulaan dia agak tinggi.Kalau di Selangor,harga sebuah kontena 40 kaki terpakai berharga sekitar RM7,200 hingga RM8,200.

Tapi untuk jangkamasa panjang tak rugi sebenarnya.Ruang 40 kaki tu cukup luas untuk simpan harta benda,silap-silap kereta pun boleh masuk.Kalau rajin modified la dia bagi boleh terapung,tapi jangan tak tambat pulak.

Kekadang aku suka imagine aku ada caravan.Stail macam orang putih tu.Ataupun bas yang diubahsuai jadi macam rumah.Complete dengan tempat tidur,bekalan air,tempat memasak,stor bekalan makanan,generator elektrik,sistem hiburan,telekomunikasi…..Best kot macam tu?Ikut suka hati nak duduk mana.Agak-agak kawasan tu tak selamat,pindah sajalah.

 

Sekarang ni aku tengah dok fikir idea dan modus operandi sama tapi khas untuk golongan keluarga yang kurang berkemampuan pulak…