Rabu, 4 Januari 2012

UPSI,MLM,Filem Nabil=Membebel

Bosan juga kalau buntu tak ada idea.Bila check dalam blog updates pun pusing-pusing cerita sama jugak.Cerita  pasal bebudak UPSI agak hangat seminggu dua ni.Aku malas nak ulas sebab haram tak tau apa benda yang dirusuhkan tu.Dengar dari sebelah pihak je tak cukup.Tapi itulah,sejak zaman aku di IPTA lagi memang aku tak berkenan tengok bebudak berkempen.
Yang jadi ahli MPP pun belum tentu result exam bagus.Sama la macam geng AJK kampus.Semak mata aku menengok.Dua-tiga semester diorang bedal duduk hostel,result exam hancur jugak.Aku semester satu,dia pun semester satu.Aku dah semester tiga,diorang dok mengulang semester satu lagi.Sibuk nak jadi AJK sangat,kalau bebal tak guna juga.Entahlah,IPTA aku yang cap ayam kot.
Ok,cukuplah.Lebih-lebih kang tak elok juga.Kritik sikit-sikit bolehlah.Sebut pasal kritik ni,teringat isu Maharaja Lawak Mega (MLM) yang boleh dikatakan 'rumah siap pahat berbunyi'.Bukan bunyi apa,kan semua tau tentang isu suam kuku antara Adlin,Afdlin dengan juri MLM,Datuk Chef Wan.Benda ni dah selesai rasanya.Itulah yang berlaku bila bekas pengkritik berada dipentas untuk melakukan persembahan.
Dua-dua pihak aku rasa ada betulnya.Cuma kita ni manusia biasa,ada kelemahan.Sebagai juri,kritikan biarlah sederhana dan berlapik.'Jujur' sangat pun tak bagus,moral peserta jatuh.Peserta kena terima apa juga komen juri dan buat persembahan dengan idea-idea fresh.Susah buat lawak ni,kalau penonton tak gelak kena fahamlah.Tapi memang ada sesetengah idea diorang memang amazing,cuma penonton yang 'slowpoke',lambat paham.

Switch cerita lain pulak.
Semalam sekali lagi aku menonton filem lakonan Nabil,Lu Pikirlah Sendiri di saluran Astro Ria.Agak banyak kali juga aku tengok cerita ni.Filem yang dikategorikan agak biasa-biasa(berdasarkan kutipan hampir RM2 juta) ni sebenarnya menarik kalau dibuat dengan lebih teliti.Jalan cerita filem ni agak menarik sebenarnya,cuma kerja-kerja membuat storyboard kena lebih teliti supaya hasil akhirnya setiap syot dapat memberi impak kepada mood cerita.Peh!Sembang macam pro je.
Kalau kita perhatikan drama Hollywood,scene sembang dengan awek dalam kafe pun banyak syot,maksudnya kamera tak statik.Itu mengikut kefahaman akulah.Sebabnya nak timbukan mood.Kalau pelakon tengah marah,takkan wide angle kot.Tak nampak la air muka marah tu,macamana penonton nak rasa mood cerita.Dah tentu la kena close up sampai parut jerawat pun nampak clear.
Filem memang berkait rapat dengan mood.Kalau tengok filem seram tapi rasa macam tengok dokumentari zombie buat apa.Baik tengok kartun Oggy and The Cockroaches.Keyword here is mood.Macam semalam yang aku cerita pasal lagu Set Fire To The Rain nyanyian Adele.Bagaimana nyanyian dia menimbulkan mood bila dilantunkan perkataan weak atau strong.Kena ada perbezaan antara dua perkataan yang berbeza langit dan bumi maknanya.Faham sudah.
Aku tak ada idea nak merepek hari ni,tapi dapat jugak tujuh perenggan.Ada orang baca ke?Haha!

Selasa, 3 Januari 2012

Murah Ke Kereta Di Indonesia?

Dulu aku tunjuk beza harga kereta Jepun dan Malaysia,skang meh tengok jiran seberang kita pulak.

Accord 2.4 VTi-L (A)
Indonesia :Rp 481,500,000 (OTR) /RM144,450
Malaysia  : RM172,800 (OTR)

Civic 2.0 (A)
Indonesia :Rp 404,000,000 (OTR) /RM121,200
Malaysia  : RM130,980 (OTR)

Jazz RS (A)
Indonesia : Rp 224,000,000 (OTR) /RM67,200
Malaysia  : RM109,800 (OTR)
(Punca Jazz kat Indonesia berlambak macam Myvi kat sini)

Perbezaan?


Ambil contoh Honda Jazz RS
Untuk Jazz di Malaysia,katakan interest rate 2.55%,dan bayaran muka RM36,706.14(33.43%) dengan pinjaman selama 4 tahun,bayaran bulanan adalah RM1,678.11sen.
(Menggunakan Hong Leong Loan Calculator)
TOTAL : RM1678.11x48 bulan + RM36,706.14 =RM117,255.42#
RM117,255.42 - RM109,800 = RM7,455.42

Di Indonesia,bayaran muka sebanyak Rp 74,881,862/RM22,464.56 (33.43%) dengan pinjaman selama 4 tahun,bayaran bulanan adalah Rp 5,319,062/RM1,595.72sen.
(Menggunakan Adira Car Financing Simulation)
TOTAL : RM1595.72x48 bulan + RM22,464.56 =RM99,059.12#
RM99,059.12 - RM67,200 = RM31,859.12

Di Indonesia interestnya memang tinggi,mujur harga asalnya murah,so still boleh beat harga kat Malaysia.

Adele;Set Fire To The Rain

Minah yang dulu gemok bernama Adele Laure Blue Adkins makin power pulak suara dia.La ni dah kurus  sikit sejak mengamalkan set pelangsing Sendayu Tinggi.First lagu dia yang aku dengar,'Rolling In The Deep' dalam MTV.Sehari-dua ni suka pulak aku dengar lagu 'Set Fire To The Rain'.Serius meremang bulu tengkuk gua.Ala-ala bunyi VTEC dengan peredam bunyi Skunk2 MegaPower R.


Suara orang badan besar selalunya sedap,ye dak?

021 Adele - Set Fire to the Rain

Powered by mp3skull.com

Mahu Anak Genius Atau Jadi 'Manusia'?

Pepagi ni aku terbaca update dari bloglist aku tentang budak bijak tajaan Bank Negara Malaysia,Nur Amalina.Budak yang pernah memulakan rekod mengumpul sebanyak mungkin A dalam SPM ni khabarnya dah 'tergelincir' dari landasan.Sahih ke tidak aku tak surelah,kita sama-sama siasat.Aku guna istilah tergelincir sebab susah nak describe situasinya.Cerita lanjut pasal budak ni baca kat sini.
So,rasanya tak perlulah kita terperanjat memandangkan sejarah dah menunjukkan berapa ramai genius Melayu Islam dari Malaysia ni yang bermula sebagai seorang prodigy dan kemudian melingkup bila dewasa.Kenapa agaknya ya?
Mengumpul sebanyak mungkin 'A' dalam peperiksaan bagi aku bukanlah sesuatu yang menakjubkan.'A' cuma diatas kertas sahaja.UPSR 6A dan PMR 8A belum menjamin mereka akan menjadi 'orang'.Cabaran sebenar adalah selepas tamat pengajian dan mengharungi dunia berkerjaya.Mungkin kerana nak mengejarkan 'A' yang banyak,anak itu terpaksa meluangkan masa berjam-jam untuk belajar.Tanpa sempat mengenal ibu-bapa mereka,mengenal dunia luar dan seterusnya menjadi anti-sosial.
Of course diorang kenal mak bapak diorang,tapi betul-betul kenal ke?Mak ayah balik kerja lambat,balik rumah anak sibuk belajar.Besok pergi kerja lagi dan seterusnya.Ok,bila sampai SPM,pulun A sampai tak cukup ruang slip.Sambung belajar ke oversea,terus culture shock sebab mengadap buku sekolah terlebih sangat.Salah siapa?
Sebab tu zaman sekarang manusia pelik-pelik.Susah nak dijangka.Ijazah bergulung-gulung pun belum tentu berjaya jadi orang.Pasal tu la zaman sekarang kaki surau pun kuat mencarut.Kopiah atas kepala tu setakat wayang kulit je.Apasal macam lari tajuk je ni?Haha!
Hai...nak cakap lebih pun aku belum ada anak lagi.Entah macamana la anak aku nanti.Harapnya seimbang dan tidak terlalu berat sebelah ilmu agama dan duniawinya.Aku tak harapkan anak aku pandai membaca waktu umur semuda 3 tahun,asalkan dia tau behave di tempat awam,tahu siapa yang mesti dia hormat dan mendengar kata parent dia.Itu yang patut dibanggakan.

Sesekali aku merepek boleh tahan merapu jugak.

Jualan Gudang CSL


Ok,sesiapa yang kaki shopping sini ada satu berita baik.
CSL akan mengadakan jualan gudang di wismanya pada 5-7 Januari 2012.Maklumat lanjutnya adalah seperti berikut.
Lokasi : Wisma CSL,
             No.10,Jalan Jurunilai U1/20,
             Hicom-Glenmarie Industrial park,
             Shah Alam,
Masa : 10.00am-6.00pm
Tarikh : 5-7 Januari 2012

Antara jenama lain yang menyertai jualan gudang ni adalah I-gate,HTC,Samsung, Blackberry, NOKIA, SonyEriccsson,Canon,Olympus,Panasonic,Kodak dan GrandVision.Untuk siapa-siapa yang kaki gadget,boleh la jengah ke jualan gudang ni.Mana la tau ada yang berkenan.
Bagi yang tak tau kat mana letaknya Hicom Glenmarie Industrial Park,lokasinya adalah dibelakang Politeknik Shah Alam.Susah apa ye dak,GPS kan ada.paling koman pun cari je kat Google Earth.Kalau boleh datang ramai-ramai dalam satu kereta,tak la sesak sangat area ni nanti.Tahun lepas Padini buat warehouse sale,lumpuh terus trafik kat sini.Memang ramai manusia borong baju.
Ni cadangan aku la ya,untuk jualan-jualan gudang ni,baik sewa tempat macam Stadium Melawati Shah Alam tu.Parking banyak,tempat pun luas apa.