Pepagi ni aku terbaca update dari bloglist aku tentang budak bijak tajaan Bank Negara Malaysia,Nur Amalina.Budak yang pernah memulakan rekod mengumpul sebanyak mungkin A dalam SPM ni khabarnya dah 'tergelincir' dari landasan.Sahih ke tidak aku tak surelah,kita sama-sama siasat.Aku guna istilah tergelincir sebab susah nak describe situasinya.Cerita lanjut pasal budak ni baca kat sini.
So,rasanya tak perlulah kita terperanjat memandangkan sejarah dah menunjukkan berapa ramai genius Melayu Islam dari Malaysia ni yang bermula sebagai seorang prodigy dan kemudian melingkup bila dewasa.Kenapa agaknya ya?
Mengumpul sebanyak mungkin 'A' dalam peperiksaan bagi aku bukanlah sesuatu yang menakjubkan.'A' cuma diatas kertas sahaja.UPSR 6A dan PMR 8A belum menjamin mereka akan menjadi 'orang'.Cabaran sebenar adalah selepas tamat pengajian dan mengharungi dunia berkerjaya.Mungkin kerana nak mengejarkan 'A' yang banyak,anak itu terpaksa meluangkan masa berjam-jam untuk belajar.Tanpa sempat mengenal ibu-bapa mereka,mengenal dunia luar dan seterusnya menjadi anti-sosial.
Of course diorang kenal mak bapak diorang,tapi betul-betul kenal ke?Mak ayah balik kerja lambat,balik rumah anak sibuk belajar.Besok pergi kerja lagi dan seterusnya.Ok,bila sampai SPM,pulun A sampai tak cukup ruang slip.Sambung belajar ke oversea,terus culture shock sebab mengadap buku sekolah terlebih sangat.Salah siapa?
Sebab tu zaman sekarang manusia pelik-pelik.Susah nak dijangka.Ijazah bergulung-gulung pun belum tentu berjaya jadi orang.Pasal tu la zaman sekarang kaki surau pun kuat mencarut.Kopiah atas kepala tu setakat wayang kulit je.Apasal macam lari tajuk je ni?Haha!
Hai...nak cakap lebih pun aku belum ada anak lagi.Entah macamana la anak aku nanti.Harapnya seimbang dan tidak terlalu berat sebelah ilmu agama dan duniawinya.Aku tak harapkan anak aku pandai membaca waktu umur semuda 3 tahun,asalkan dia tau behave di tempat awam,tahu siapa yang mesti dia hormat dan mendengar kata parent dia.Itu yang patut dibanggakan.
Sesekali aku merepek boleh tahan merapu jugak.