Isnin, 19 Disember 2011

LHDN Mahu Borang Original Pulak...

Merujuk kepada entri encik Hanif Idrus dalam entri beliau,aku agak terkejut mengenai kenyataan Timbalan Menteri Kewangan mengenai penggunaan borang asli BR1M dalam permohonan bantuan RM500.Katanya LHDN tidak akan menerima borang fotostat.
Ok,tak boleh fotostat tak apalah.Tapi borang ni boleh dimuat turun secara 'sah' dari sini :

http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf

Aku pun pernah tengok borang tu,di bahagian belakangnya ada dinyatakan borang boleh dimuat turun dari laman web diatas.So,LHDN tak patut merumitkan keadaan dengan meminta permohonan menggunakan borang asli.

Memandangkan borang tu pun PERCUMA,bagi aku tak ada bezanya asli atau fotostat melainkan ada nombor siri.Bantuan macam ni mungkin dipandang remeh sesetengah pihak dan dijadikan modal politik pihak tertentu,tapi kalau kerajaan betul-betul nak membantu,biarlah urusannya dipermudahkan.Bayangkan ibu tunggal yang berada jauh di pedalaman,macamana bantuan ni nak sampai ke kumpulan sasaran?Lepas tu aku dengar,pemohon perlu berdaftar dengan LHDN.Secara tak langsung,kelihatan ada aktiviti serampang dua mata disitu...jeng..jeng..jeng..(saspen)Pendek kata,benda ni leceh.Itu baru proses memohon,layak atau tak belum tau lagi.
Benda ni bukan dilaksanakan zaman kerajaan Majapahit dulu,sekarang zaman internet Malaysia laju *50Mbps.Semua maklumat boleh diakses dengan kerjasama semua agensi kerajaan.Katakan bantuan ni nak diberikan kepada warga Felda,semua warga Felda dalam proses tanam semula automatik layak sebab bantuan sarahidup tahun pertama cuma RM1000 sahaja sebulan.
Semalam mak(ibu tunggal) aku suruh aku isikan form bantuan RM500 ni.Mak guna ajelah bantuan sarahidup Felda tu.Lepas tolak potongan,ada la baki RM650.Cukup la untuk makan minum,beli baju sekolah,beli buku,beli kasut,bla,bla,bla..

Akhirnya benda ni akan jadi bahan jenaka politik oleh pihak yang memang menunggu masa mencari kelemahan kerajaan.

*sarcasm

Jumaat, 16 Disember 2011

Perlawanan EPL Minggu Ini,17&18 Disember 2011

Ahad ini akan berlangsung perlawanan yang penting untuk Arsenal iaitu pertemuan dengan pasukan kendalian Roberto Mancini,Manchester City.Arsenal bernasib baik kerana gol cantik van Persie (again) pada minit ke 69 memastikan Arsenal tidak kehilangan mata ketika menentang Fulham.
Minggu lepas City menerima kekalahan pertama dalam musim ini ketika menentang Chelsea di Stamford Bridge,disamping Gael Clichy dikenakan kad merah.Jurang kutipan mata hanya sebanyak dua mata berbanding Manchester United.
Pertemuan Arsenal dan Manchester City akan memberi kesan kepada United yang mengharapkan Arsenal menang untuk mereka berada di tangga teratas.Arsenal perlu menang walaupun kelihatan agak mustahil,memandangkan 'kuota' kekalahan sudah habis jika mahu menjuarai EPL musim ini.Mungkin juga keajaiban bakal berlaku,sekiranya momentum moral pemain Manchester City sedikit menurun selepas tewas kepada Chelsea,siapa tahu kan.
Rekod pertemuan Arsenal-Manchester City adalah sebanyak 174 perlawanan,Arsenal menang 89,seri 40,dan kalah 45.Satu rekod yang baik untuk Arsenal,tapi pertemuan terakhir mereka ketika perlawanan Carling Cup,Arsenal tewas 0-1.

Manchester City vs Arsenal
Etihad Stadium,23.00pm,Sunday 18 December 2011

Perlawanan lain yang berlangsung hujung minggu ini:

Sabtu,17 Disember 2011

Blackburn Rovers vs WBA
Time : 10.55pm
Channel :-

Everton vs Norwich City
Time : 10.30pm
Channel : 817/831

Fulham vs Bolton
Time : 10.55pm
Channel :-

Newcastle United vs Swansea
Time : 10.55pm
Channel : 812/832

Wolves vs Stoke City
Time : 10.55pm
Channel : 813

Ahad,18 Disember 2011

Wigan vs Chelsea
Time : 1.15am
Channel : 817/831

QPR vs Manchester United
Time : 7.55pm
Channel : 812/832

Aston Villa vs Liverpool
Time : 10.00pm
Channel : 812/832

Tottenham vs Sunderland
Time : 10.55pm
Channel : 813


Khamis, 15 Disember 2011

Proton;Selepas 25 Tahun

Memetik kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir,Khazanah Nasional berhak menjual sahamnya dalam Proton kepada mana-mana pihak yang dapat memajukan syarikat itu.Saham Khazanah Nasional berjumlah 42.7% dalam Proton.
Syarikat yang berminat untuk membeli saham Proton bukan sahaja perlu memajukan dan membangunkan Proton,dan menurut Tun Dr.Mahathir Proton memerlukan suntikan dana 2 bilion ringgit untuk memulihkan keadaan kewangannya.
Sebagai pemain utama industri automotif tempatan selama 25 tahun,Proton pernah mencapai tahap yang membanggakan selain giat menjalankan R&D untuk berdiri diatas kaki sendiri.Niat Tun mengasaskan Proton bukan sahaja untuk melihat Proton sebagai entiti negara yang mampu menjana ekonomi,tetapi disebaliknya mendedahkan anak tempatan kepada ilmu pembuatan kenderaan disamping memberikan peluang pekerjaan.
Sebagaimana matlamat utama setiap syarikat,sasaran sebenar adalah untuk menjana keuntungan.Prinsipnya mudah,tiada keuntungan,syarikat takkan mampu bertahan lama.Atau lebih jelas lagi,kemerosotan angka jualan pastinya menjejaskan syarikat.
Kat sini aku nak fokuskan sedikit kelemahan Proton dalam aspek penjualan kenderaannya.Tidak dinafikan Proton memberikankan apa yang terbaik untuk harga yang dikenakan pada setiap modelnya,disamping menawarkan pelbagai variasi yang memberikan banyak pilihan untuk bakal pengguna.Tapi kita lihat rekod jualan dua model Proton yang paling lemah,iaitu Savvy dan Gen2.

                                                                 September               Oktober            YTD

Statistik diatas adalah rekod jualan model Proton pada bulan September dan Oktober 2011.
Harga Savvy diletakkan antara RM33,549 hingga RM45,841(AMT H-Line) dan Gen2 pada harga antara RM53,488 dan RM60,488(AT,H-Line).
Apakah RM33,549 yang ditawarkan adalah terlalu mahal untuk Savvy 1.2 MT?
Atau Gen2 1.6 IAFM MT berharga RM53,488 tidak berpadanan dengan apa yang bakal pembeli dapat?

Menawarkan pilihan yang banyak kepada pembeli yang berpotensi adalah sesuatu yang baik,tetapi harus berhati-hati dalam menetapkan harga jualan.'Kelemahan' yang aku maksudkan adalah sesetengah model mencetuskan kekeliruan dalam menentukan pilihan pembeli,antara praktikaliti atau kehendak.Contohnya seperti berikut:

Savvy 1.2 MT Lite : RM33,549 vs. Saga FL 1.3 MT :RM37,998

Gen2 1.6 IAFM MT : RM53,488 vs. Persona Elegance 1.6 IAFM MT M-Line : RM52,999

Sebagai pengguna,perbezaan harga sebegini menyebabkan dua model yang aku sebutkan tadi menjadi mangsa keadaan.Katakan bakal pembeli pada asalnya berminat membeli Savvy 1.2 AMT H-Line,dengan harga RM45,841 berkemungkinan perhatiannya akan teralih kepada Satria Neo 1.6 MT Lite yang cuma berharga RM43,900.Apa yang terjadi adalah berlakunya clash pada senarai harga beberapa model yang 'mengganggu' skop pilihan pengguna.
Mungkinkah pembeli lebih tertarik kepada rekabentuk Gen2 sedangkan wujudnya Persona Elegance yang lebih 'elegance' dan pastinya sesuai untuk mereka yang berkeluarga?Jawapannya terletak kepada pengguna yang menentukan kejayaan setiap model yang Proton hasilkan.
Langkah yang mungkin terbaik untuk Proton adalah dengan menamatkan saja pengeluaran model-model yang jualannya lemah,dan menumpukan kepada aspek kualiti model-model yang dapat dijual dengan baik seperti Saga dan Persona.Permintaan tetap ada untuk Savvy dan Gen2,cuma terlalu sedikit untuk diteruskan.Tindakan Perodua menamatkan pengeluaran Kelisa dan Kenari boleh dicontohi walaupun mereka mengambil risiko menghentikan model yang masih mempunyai permintaan baik.Tetapi penting untuk memastikan kelangsungan model Viva dan Myvi dan seterusnya tumpuan dapat diberi kepada usaha meningkatkan kualiti dan kapasiti pengeluaran.
Bukan niat aku nak memuji Perodua,tapi sebagai sebuah syarikat yang memerlukan dana untuk operasi syarikat,R&D dan bonus pekerja,mereka faham betapa perlunya menjual sebanyak mungkin kenderaan.Tak ada untung,tak ada makna.Berbanding Proton yang bernaung dibawah Khazanah Nasional,apakah makna kata-kata Tun Dr Mahathir tentang suntikan dana 2 billion  yang diperlukan Proton?
Wang bukanlah masalah besar untuk Khazanah,aku juga berkerja dibawah naungan Khazanah maka perkara berkenaan kewangan mereka sangatlah aku fahami.Tapi mereka pun ada sasaran tersendiri,mungkin dana akan diberi selama beberapa tahun sahaja dan seterusnya syarikat naungannya perlu berdikari.
Pernah aku terbaca beberapa komen dangkal dan tidak cerdik dari blog automotif popular mengatakan membeli Perodua seperti ditipu,model rebadge yang dijual mahal.Soalnya sekarang adalah kuasa beli ditangan pengguna.Harga yang murah bukan lagi faktor utama menentukan kelangsungan model yang dipasarkan.Pembeli lebih berminat terhadap value added dengan nilai yang dilaburkan termasuklah faktor lain yang tak kurang penting juga iaitu feedback dari pengguna terdahulu.Kuasa beli lebih kepada kaum wanita yang kebanyakannya berpendidikan tinggi(berpendapatan baik) yang mahukan kereta bandar yang mudah dikendalikan dan kurang karenah.Benar,majoritinya wanita tidak tahu apa-apa tentang kereta,tetapi pengguna tetap pengguna yang membayar harga kereta setiap bulan.Berbalik kepada isu jualan kereta,apakah signifikannya kepada pengeluar kenderaan sekiranya menjual kereta kepada pembeli yang pakar tentang kereta berbanding pembeli biasa?


Rabu, 14 Disember 2011

NST/Maybank Car Of The Year Award 2011 Winner

Sepanjang 2011,sebanyak 44 jenis kenderaan dari 15 kategori dinilai oleh panel juri New Straits Times/Maybank Car of The Year untuk memilih kenderaan terbaik dalam setiap kategori masing-masing.Berikut adalah senarai pemenang NST/Maybank Car of The Year atau COTY 2011.



1.Overall Car of The Year & Coupe of The Year
-Peugeot RCZ

2.Compact Car of The Year
-Hyundai i10 1.25 Kappa (CVVT)

3.Premium Compact Car of The Year
-Volkswagen Polo TSI

4.Executive Car of The Year
-Nissan Teana

5.Premium Executive Car of The Year (above 300k)
-Jaguar XFS 3.0D

6.Family Car of The Year
-KIA Forte 2.0SX 6-Speed


7.Premium Executive car of The Year (below 300k)
-Skoda Superb

8.Performance Car of The Year
-Renault Megane RS250

9.MPV of The Year
-Ford S-Max Ecoboost

10.SUV of The Year (above 150k)
-Hyundai Santa Fe 2.2 VGT Diesel


11.SUV of The Year (below 150k)
-GWM Haval H5

12.Special Mention Award-Eco Innovation Award
-Toyota Prius

13.Limousine of The Year
-Jaguar XJL 3.0D

14.Pick-Up Truck of The Year
-Nissan Navara King Cab

15.People's Choice Award
-Perodua Myvi 1.5 

*Info NST CarBikeTruck 14 Dec 2011

Pasar Malam...

Semalam lepas kerja,isteri aku ajak aku merayap ke pasar malam.Belum sempat aku nak duduk dia ajak jalan-jalan pulak.Lagipun aku kurang minat merayap ke tempat yang ramai orang.Tapi akhirnya aku mengalah.At least boleh juga cari barang dapur,nak masak pun malas pulak.Wife aku memang suka pergi pasar malam,murah katanya.
Mujur lokasinya tak jauh.Lebih kurang lima minit dari rumah aku.So,biasalah keadaan pasar malam,orang ramai(awek pun ramai),suasana agak riuh dengan suara peniaga yang mempromosi barang jualan masing-masing,variasi barangan jualan yang lebih kepada keperluan harian dan mainan kanak-kanak.Sasaran aku cuma makanan dan sedikit buah-buahan.
Memula aku nampak longan(dah beberapa hari nak longan sebenarnya),tapi wife aku dengar mak dia cakap sekilo RM6 mahal.Bagi aku ok je harga tu,sejak zaman awal tahun 2000 pun memang macam tu.Semalam,terjumpalah longan harga RM4 sekilo.Aku sambar 1.5kg.Lepas tu ternampak sate harga secucuk RM0.30.Amacam?Murah macam zaman polis angkasa Gaban.Murah punya pasal,aku beli 30 cucuk.Emmm...apa lagi.Oh,barang dapur.Beli ikan kembung enam ekor,bawang promosi RM2 sepaket,dan tak lupa petai RM2 untuk tiga papan.
Tapi...
Dari pemerhatian aku,harga pasar malam mahal gila sebenarnya walaupun nampak agak fresh.Harga ayam sekilo RM7.50(mahal sikit dari pasaraya),sekilo ikan kembung RM16(enam ekor aku beli dengan harga RM11.80),bawang India RM6 untuk 500gram.
Biasanya aku beli barang makanan basah di Fish Market,sebuah kedai barang keperluan harian yang berhawa dingin.Harganya pun tak setinggi macam tu.Kesimpulannya,pasar malam hanya murah untuk barang makanan siap.Balik terus makan.
Ok,kembali kepada sate harga 30sen secucuk tadi dan longan RM4.Expectation aku taklah tinggi untuk sate semurah tu.Saiz pun comel je kalau nak dibandingkan dengan Sate Kajang Samuri.Sekarang dah naik harga sate kajang ni,RM0.70 secucuk.Sate 30sen tadi agak berbaloi,rasa pun sedap,kuah kacangnya pun membantu menambahkan lagi rasa sedap sate tu.Mana nak jumpa sate harga macam tu,ayam mahal baii..
Kedua,longan RM4 sekilo.Yang ini agak mengecewakan.Banyak yang dah berair dan saiznya besar sikit je dari mata kucing.Rasa pun tak konsisten.Ada yang manis,ada yang rasa apekebenda tah.Patut la murah.Itu pun aku terjumpa longan yang harganya sekilo RM3.Entah macamana rasanya...RM6 sekilo pun tak apa sebenarnya asalkan puas hati.
Korang suka pasar malam?