Rabu, 14 Disember 2011

NST/Maybank Car Of The Year Award 2011 Winner

Sepanjang 2011,sebanyak 44 jenis kenderaan dari 15 kategori dinilai oleh panel juri New Straits Times/Maybank Car of The Year untuk memilih kenderaan terbaik dalam setiap kategori masing-masing.Berikut adalah senarai pemenang NST/Maybank Car of The Year atau COTY 2011.



1.Overall Car of The Year & Coupe of The Year
-Peugeot RCZ

2.Compact Car of The Year
-Hyundai i10 1.25 Kappa (CVVT)

3.Premium Compact Car of The Year
-Volkswagen Polo TSI

4.Executive Car of The Year
-Nissan Teana

5.Premium Executive Car of The Year (above 300k)
-Jaguar XFS 3.0D

6.Family Car of The Year
-KIA Forte 2.0SX 6-Speed


7.Premium Executive car of The Year (below 300k)
-Skoda Superb

8.Performance Car of The Year
-Renault Megane RS250

9.MPV of The Year
-Ford S-Max Ecoboost

10.SUV of The Year (above 150k)
-Hyundai Santa Fe 2.2 VGT Diesel


11.SUV of The Year (below 150k)
-GWM Haval H5

12.Special Mention Award-Eco Innovation Award
-Toyota Prius

13.Limousine of The Year
-Jaguar XJL 3.0D

14.Pick-Up Truck of The Year
-Nissan Navara King Cab

15.People's Choice Award
-Perodua Myvi 1.5 

*Info NST CarBikeTruck 14 Dec 2011

Pasar Malam...

Semalam lepas kerja,isteri aku ajak aku merayap ke pasar malam.Belum sempat aku nak duduk dia ajak jalan-jalan pulak.Lagipun aku kurang minat merayap ke tempat yang ramai orang.Tapi akhirnya aku mengalah.At least boleh juga cari barang dapur,nak masak pun malas pulak.Wife aku memang suka pergi pasar malam,murah katanya.
Mujur lokasinya tak jauh.Lebih kurang lima minit dari rumah aku.So,biasalah keadaan pasar malam,orang ramai(awek pun ramai),suasana agak riuh dengan suara peniaga yang mempromosi barang jualan masing-masing,variasi barangan jualan yang lebih kepada keperluan harian dan mainan kanak-kanak.Sasaran aku cuma makanan dan sedikit buah-buahan.
Memula aku nampak longan(dah beberapa hari nak longan sebenarnya),tapi wife aku dengar mak dia cakap sekilo RM6 mahal.Bagi aku ok je harga tu,sejak zaman awal tahun 2000 pun memang macam tu.Semalam,terjumpalah longan harga RM4 sekilo.Aku sambar 1.5kg.Lepas tu ternampak sate harga secucuk RM0.30.Amacam?Murah macam zaman polis angkasa Gaban.Murah punya pasal,aku beli 30 cucuk.Emmm...apa lagi.Oh,barang dapur.Beli ikan kembung enam ekor,bawang promosi RM2 sepaket,dan tak lupa petai RM2 untuk tiga papan.
Tapi...
Dari pemerhatian aku,harga pasar malam mahal gila sebenarnya walaupun nampak agak fresh.Harga ayam sekilo RM7.50(mahal sikit dari pasaraya),sekilo ikan kembung RM16(enam ekor aku beli dengan harga RM11.80),bawang India RM6 untuk 500gram.
Biasanya aku beli barang makanan basah di Fish Market,sebuah kedai barang keperluan harian yang berhawa dingin.Harganya pun tak setinggi macam tu.Kesimpulannya,pasar malam hanya murah untuk barang makanan siap.Balik terus makan.
Ok,kembali kepada sate harga 30sen secucuk tadi dan longan RM4.Expectation aku taklah tinggi untuk sate semurah tu.Saiz pun comel je kalau nak dibandingkan dengan Sate Kajang Samuri.Sekarang dah naik harga sate kajang ni,RM0.70 secucuk.Sate 30sen tadi agak berbaloi,rasa pun sedap,kuah kacangnya pun membantu menambahkan lagi rasa sedap sate tu.Mana nak jumpa sate harga macam tu,ayam mahal baii..
Kedua,longan RM4 sekilo.Yang ini agak mengecewakan.Banyak yang dah berair dan saiznya besar sikit je dari mata kucing.Rasa pun tak konsisten.Ada yang manis,ada yang rasa apekebenda tah.Patut la murah.Itu pun aku terjumpa longan yang harganya sekilo RM3.Entah macamana rasanya...RM6 sekilo pun tak apa sebenarnya asalkan puas hati.
Korang suka pasar malam?

Isnin, 12 Disember 2011

Syiling Lama



Duit syiling ni milik bapa mertua aku yang merupakan seorang pesara tentera.Pak mentua aku cakap,syiling ni dia jumpa dalam tanah,aku pulak tak la tanya lebih-lebih.Aku survey kat mudah.com,harga orang nak jual dengan condition huduh karat kaw-kaw menghampiri RM20k.
Aku tak tertarik dengan nilai jualan syiling ni,cuma aku nak tau nilai sejarah dan asal-usulnya.Ada siapa-siapa tau?

Layakkah Mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia?

Contoh borang BR1M
Dilema bila aku tengok borang ni.Aku seorang ketua keluarga,tapi belum ada anak.Kalau ikutkan gaji tu memanglah layak,tapi bila ada ruangan Maklumat Isi Rumah saspen pulak aku nak isi.Syarat-syaratnya:

-Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 dan kebawah


Aku tak rasa kelayakannya sekadar gaji ketua rumah sebab ada ruangan Maklumat Isi Rumah,Pendapatan Kasar dan nombor kad pengenalan.Maklumat isi rumah dah tentu kena letak nama isteri dan gaji isteri.Untuk apa kena letak gaji isteri?Dah tentu untuk kiraan pendapatan isi rumah.

LHDN 
Dari kefahaman aku lah,RM3000 tu adalah jumlah pendapatan kasar isi rumah,bukan pendapatan individu tunggal yang jadi ketua rumah.Barang harus diingat,dalam ruangan tu,jumlah pendapatan suami dan isteri perlu diisi.Nak tipu memang boleh,letak je gaji bini RM600,tapi jangan lupa LHDN ni agensi kerajaan.Dengan no ic pun dah cukup untuk diorang investigate.Setakat disapprove tu takpe lagi.Kalau kena penjara 3 tahun sebab menipu macamana?Yang pentingnya,menipu itu berdosa...
Apapun,itu cuma kefahaman aku je.Untuk lebih kefahaman tentang permohonan yang pasti LULUS,sila hubungi talian Khidmat Pelanggan LHDN 1-300-88-3010.Aku cuba klik pautan emel untuk pertanyaan,tapi:
Chaitt!

Terapi Minda Dikala Sunyi


Terapi minda dikala bini kuat tidor...

Almaklumlah,perut makin besar,buat kerja rumah sikit dah penat.Biarlah,aku boleh layan ikan-ikan kecik ni.Seronok tengok diorang(boleh pakai ke perkataan ni),berenang.
Ada lima ekor metallic guppy dan tiga lagi dah lupa namanya.Orang kampung panggil guppy ni sempilai.Semalam terkejut mak aku bila aku cakap harga sempilai ni RM4.90 seekor.Aku pun tertipu sebenarnya,memula nampak harga RM1.90.Aku bantai la beli lima,memula nak beli 10 ekor.Dengan pam udara,batu,pokok hiasan,betta food,nyahklorin solution,lebih RM70 jugak la dihabiskan.
Botol kaca 10 liter ni asalnya botol kaca untuk simpan virgin coconut oil.Bila jatuh ke tangan orang kreatif macam aku,nilah hasilnya,heeeee!