Jumaat, 4 November 2011

The Adventure of Tintin:Secret of The Unicorn Trailer

Saya mahu tonton filem ni!

Beberapa kali jugak aku tengok poster teaser filem ni kat Cineplex Damansara.Filem yang berasal dari komik The Adventure of Tintin ni,difilemkan dalam bentuk CGI dan diarahkan oleh Steven Spielberg.Mengisahkan pengembaraan Tintin mencari harta karun kapal karam.



Tayangan bermula 10 November 2011 di Cathay Cineplexes.Ditayangkan juga dalam format 3D.

Fossil Decker Silicone Chronograph Sudah Siap!

Lepas menunggu sehingga sekarang;sejak 17 Ogos 2011 pesanan dibuat tak sampai-sampai,jam Fossil Decker Silicone Chronograph  aku dihantar ke sebuah kedai jam low profile di dalam pasaraya Giant Kota Damansara.Apek tu belek-belek sikit,dia letak harga RM120,satu minggu siap.Ok,beres!Bagi deposit RM10,tunggu sajelah dia call bila siap.Masa hantar tu 1 November 2011.

Malam semalam lebih kurang jam 7.15pm(3/10/2011),dia call bagitau dah siap.Aii!Cepat gila dapat spare part.


Macam ni la baru betul.Servis pantas.Harga tak jadi hal.Order cermin dari butik Fossil One Utama dah dekat 3 bulan,bila call takde orang angkat.Memang la murah dia letak harga,tapi berjanggut tunggu.Bebal betul.

Kesan Penukaran Nofollow Kepada Dofollow

Semalam aku cuba adjust blog aku.Bila check blog orang lain punya pagerank sekurang-kurangnya 1/10,dan ada jugak yang achieve 3/10,rasa nak buat jugak la adjustment ni.
Adjusment tu maksud aku tukarkan 'nofollow' kepada 'dofollow'.Satu lagi kaitannya sebab blog punya default setting adalah dofollow,so bila aku check kat Webmaster sites linking in kat blog aku '0'.Maknanya telur ayam.
Bila aku tukar 'nofollow' kepada 'dofollow',sites linking in menjadi 28.Settle bab sites linking.
Sebelum tukar setting,biasanya pepagi bila aku check blog stat,ada la barang 40-50 pageview,dan hari sebelumya antara 300-400 pageview.Tapi pagi tadi bila aku check........damn!


0 pageview!

Jadah apakah ini?
So,aku peratikan dulu pergerakan pengunjung untuk hari ni.Menjelang petang kalau jumlahnya jauh sangat perbezaan,terpaksalah aku kembalikan settting asal.Lantaklah pagerank 0,janji ada pelawat.