Khamis, 3 November 2011

Koleksi Gambar Selama Empat Tahun,Asalkan Lawa

Ini adalah gila tapi kreatif!Realitinya kalau nak buat dunia kagum dengan korang,memang kena ada sikit crazy effort.Tak kurang jugak yang gagal,habuannya kutukan-kutukan 'semangat' harus ditelan.
Sorang gadis yang mengupload videonya di YouTube dan menggunakan nickname Madandcrazychild,merakam ratusan gambar sejak empat setengah tahun lepas.Bermula 29 Mei 2006 hingga 12 Mei 2011,gambarnya dijadikan video time-lapse sepanjang 41 saat.DailyMail tersilap sikit menyatakan video tu sepanjang 41 minit.


Berhijab,huhu!


Videonya:



Pening aku,mana satu yang betul ni.Empat tahun setengah ke,tiga tahun setengah ke...Ahhh!Korang tengok la sendiri.Website dia http://clickflashwhirr.blogspot.com .Awek ni agak sweet dengan rambut pendek,cam Natalie Portman pun ada.Ngeee!Eh,macamana dia amik gambar centre je muka dia ek?

Tagged dari letseemyworld.blogspot.com

Banyak jugak sebelum ni orang pelawa aku main 'tag' soalan ni tapi tak reti pulak aku nak join,hee!Ok,ni first time aku nak cuba.Tag kali ni datang dari cewek Pantai Timur,namanya nadya chew .Memula kena baca dan copy rules dulu macam kat bawah ni.BI okeh?
*"Left click" dah dienablekan,so just copy n paste saje.:)

1.Must post this rules.
2.Post 11 things about themselves in their post
3.Answer the questions that those tagger set you in their post and create new question for the people you're tagging to answer
4.Have to choose 11 people to tag in your post
5.Don't forget to tell them that they were tagged
6.No tag backs!
7.No stuff in the tagging section stating something like "you are tagged if you are reading this".By reading this rules you are trusted to have legitimately tagged 11 people.

Omak aii!!Ponat bonar menaip rules nih.Nak copy paste tak boleh,(sama la ngan blog aku pun),huhu!First,They ask me to list 11 things about myself.Bahaso Melayu buleh la kot yek?

1)Aku tak suka jawab panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali
2)Seorang yang sangat mementingkan ketepatan masa
3)Tak suka tempat yang crowded dengan manusia
4)Suka belajar benda-benda baru.Sebab tu pengajian aku macam-macam kursus.
5)Pantang jumpa kedai mainan,mesti singgah punya
6)Orang tak kenal aku mesti nampak aku cam kerek sebab kurang ramah,tapi try tegur dulu,gerenti beres!
7)Selalu jadi orang tengah bila kengkawan berbalah.
8)Rimas tidor pakai baju.Rasa macam geli-geli kat tengkuk dan kena ada kipas
9)Suka apa juga jenis mesin,benda-benda bersejarah dan juga senjata api
10)Tak berapa teruja sangat dengan durian.Tak makan pun takdak hal punya
11)Suka bercakap dengan berbagai slang rakyat Malaysia.Apa-apa pun jadi.

Cukup la gamaknya tu.Separuh jalan dah selesai.Ada 11 soalan dari Nadya nak jawab pulak ni.Meh baco jawapan pandai den.Ehehe!

1)Do you have a secret talent and what is it?
-Ada.Menjahit dan memasak(sikit-sikit sajalah,haha!)

2)Give me the name of people you love most?
-Tulis Nur Fathia kang marah bini aku.Dah tentu lah Zamzurina(peace honey,:)

3)Can you remember your last dream?
-Tak ingat ape-apa

4)Give me 3 places you would like to go on a vacation?
-Sabah(again),Jepun dan juga US

5)Tell me about the worst punishment you had when you were a child.
-Masa darjah satu,bontot aku lebam-lebam dipalu dengan kayu 1x2 inci,sebab taknak pergi sekolah.Abah,you are the best father in the world!

6)What is your favourite word?
-Damn.

7)What is your zodiac sign?
-Sagittarius

8)Do you have any phobias?
-Yes.Phobia tengok al-Arqam.

9)If you were born again,what would you like to be?
-Mark Zuckerberg

10)If you could write a book about anything,what would it be?
-Entahlah.Aku ni suka banyak topik.Tak spesifik.

11)If you could start a restaurant,what would it be?
-Rest-to-Run.Apa punya jawapan da,haha!Aku suka buka bengkel sebenarnya...

Giliran aku pulak buat soalan.Jawab dengan tenang dan masa yang diberikan adalah 30 minit,dan cuba gunakan pengetahuan korang.Google bukanlah jalan penyelesaiannya.Tidak dibenarkan ke tandas sama sekali.

1)Tahap pendidikan tertinggi?
2)Pernah tengok buah tampoi?
3)Pandangan korang tentang politik Malaysia?
4)Umur berapakah baru korang dapat lesen memandu?
5)Namakan dua model senjata api yang korang tahu.
6)Nama kedai,menu dan lokasi tempat makan feveret korang.
7)Jenama handphone kegemaran korang dan kenapa?
8)Pernah kena saman?
9)Berapa banyak resit bank ada dalam handbag/dompet korang?
10)Korang rasa rakyat Malaysia ni bertuah tak?
11)Filem terkini yang korang tonton dipanggung/DVD.

Hahaha!Amacam?Random betul soalan gua.Harapnya jawablah semua ya?So,kat sini aku tagged kan 11 orang yang aku rasa boleh menjawab soalan ujian IQ gua ni.

1)Erleena
2)Niena
3)Cik Ziela
4)Alynmalynna
5)Acong Eduardo
6)Adib Yusof
7)diarialeesya
8)shamdisini
9)Liyza
10)sitinurfariha
11)mymekar



Rabu, 2 November 2011

Mentaliti Kita;Statistik Kemalangan dan Jumlah Kenderaan

Data tentang statistik kemalangan jalanraya ni aku dapat dari laman web MIROS.Aku ambik data dari tahun 2006-2010 sahaja.

Tahun     Jumlah Kenderaan Berdaftar         Jumlah Kemalangan    

2006      15,790,732                                   341,252
2007      16,813,943                                   363,319
2008      17,971,901                                   373,071
2009      19,016,782                                   397,330
2010      20,188,565                                   414,421

Meh tengok nisbah peratusan kemalangan berbanding jumlah kenderaan.Kalau kita rujuk angka jumlah kemalangan,memang setiap tahun meningkat.Lepas dikira:

Tahun           Peratusan         Kematian           Peratusan
2006               2.15%            6,287                 1.842%
2007               2.14%            6,282                 1.729%
2008               2.05%            6,527                 1.749%
2009               2.045%          6,745                 1.697%
2010               2.03%            6,872                 1.658%

Dah nampak sekarang?Peratusan kematian adalah berdasarkan nisbah antara jumlah kemalangan yang direkodkan  dan jumlah kemalangan maut.Jelas kat sini sebenarnya kemalangan berkurangan,tapi di'serap' oleh kuantiti kenderaan yang semakin meningkat.Logik akal tak benda-benda ni?
Bukan apa,kekadang aku rasa macam mustahil kita dapat kurangkan kemalangan dengan keadaan jalanraya dan pertambahan kenderaan kat Malaysia ni.Sambil-sambil driving/menunggang,kita perhatikan sekeliling.Berapa ramai pemandu yang tak reti guna signal,tengok side mirror,guna lorong kecemasan?Pasni jangan sebut la pasal ops sikap ke,enforcement ke,sebenarnya mentaliti pemandu-pemandu kita yang kena diubah.Malangnya part tulah yang paling impossible,walaupun mungkin makan masa puluhan tahun.
Paling bebal,kemalangan dikaitkan dengan jenis kereta tertentu.Bukan semua orang cakaplah,tapi ada.Tak caya,baca komen dalam blog PaulTan.Asal keluar model baru,sibuk tanya crash test video la,konon-konon selalu jumpa kereta yang sama eksiden la.
Kalau aku kerja dengan Miros,dah lama aku buat statistik jenama-jenama kereta yang terlibat dalam kemalangan.Sambil-sambil aku tunggang motor pun aku kira kereta jenis apa yang suka potong emergency lane.Pendek kata dari pemerhatian aku,pemandu bangang tak mengira jenis kereta.Kereta jenama lain-lain,tahap bebal sama saja.
Korang setuju tak?