Isnin, 10 Oktober 2011

Nissan Juke GT-R

Spesifikasi asal Nissan Juke
-1.6l Turbo DOHC CVTCS(Continuously Variable Valve Timing Control System)
-Kuasa 188bhp @ 5600rpm
-XTronic CVT
-3210kg
+

Kasi kahwin ini kereta...

Hasil hubungan sesama darah daging...

Cuma dihasikan sebijik,one-off road legal yang dibina oleh RML dengan kerjasama Nissan Technology Centre of Europe (NTC-E).Dikuasakan dengan nadi V6 twin turbo 3.8l dari model teragung GT-R,pacuan dan prop shaft GT-R 4WD yang diubahsuai dan rim 20" RAYS.

Nilai Masa


1.Chopard


Ditatahkan tiga berlian berbentuk hati-15 karat berlian pink,12 karat berlian biru dan 11 karat berlian putih.Berlian kecil terdiri dari gabungan berlian putih dan kuning seberat 163 karat menjadikan keseluruhan berat batu-batu berharga berjumlah 201 karat.
Harganya?$25 juta dan merupakan timepiece yang termahal di dunia.



2.Patek Calibre 89

Dibina dengan 1728 bahagian dan seberat 1.1kg,Patek Calibre adalah sebuah jam poket yang paling rumit di dunia.
Disiapkan pada tahun 1989 sempena ulangtahun Patek Philippe yang ke-150,hanya empat unit dihasilkan dengan empat material berbeza.Emas putih,emas merah jambu,emas kuning dan platinum.Jam ini mempunyai 33 fungsi berbeza.
Dilelong dengan harga US$5,002,652.







3.Vacheron Constantin Tour de I'lle

Merupakan jam tangan paling rumit termahal didunia.Terdiri dari 834 bahagian dengan 16 fungsi berbeza.Jam ini juga mempunyai dua belah muka.
Material bahan ialah emas(5N)18K 750 dan kaca sapphire.
Dijual pada harga $1.5 juta dan hanya 7 unit dihasilkan.









4.The Royal Mecca Clock

Dibina diatas sebuah menara hotel Abraj al-Bait setinggi 1972 kaki dan diameter muka jam 43 meter.
Terdapat lebih 90 juta keping mozek kaca berwarna menghiasi empat muka jam.
Dua juta LED mencahayai tulisan Allah dan 21,000 lampu berwarna putih serta hijau menyala setiap kali masuk waktu solat.
Isyarat cahaya setiap kali masuk waktu solat dapat dilihat sejauh 30 kilometer.Royal Mecca Clock adalah jam yang terbesar di dunia.




5.Jaeger -LeCoultre Calibre 101

Mula diperkenalkan pada tahun 1929,ia adalah jam tangan mekanikal terkecil di dunia.Dengan saiz 14mm panjang dan 3.4mm tebal,jam ini hanya seberat 0.9 gram.
Terdiri dari 98 bahagian jam ini dihasilkan sehingga tahun 1953.

                                   

Rabu, 5 Oktober 2011

Otak Tumbuh Lalang



DAH DUA ENTRI AKU TAIP SEPARUH,LEPAS TU AKU DELETE.RASA SERABUT,MACAM SINKI DAPUR TERSUMBAT.
TAPI AKU TAK TAU APA BENDA YANG MENYERABUTKAN MINDA AKU.HAISHH!!