Rabu, 26 Januari 2011

Waiting For 100th Follower

6 bulan berblogging dan 98 follower.Ok,sebenarnya angka tu sangat perlahan.Aku pernah terjumpa blog yang baru sebulan berblogging dan followernya hampir 200.Amazing kan?How he did that?Follow setiap blog yang dia jumpa?Entahlah,strategi masing-masing la yek?
Dari pemerhatian aku,most of the reader blog ni sebenarnya orang baru,atau pembaca artikel biasa kat internet.Angka follower bukan jaminan untuk kelangsungan satu-satu blog tu.Kecuali,blog yang dah establish.Am  i rite?Tapi,ia tetap diperlukan sebab followerlah yang akan tau apa entri terbaru kita.Syaratnya,keyword entri yang menarik dan menimbulkan curiousity.
Jauh lagi nak kejar Fatin Liyana punya follower,perlukan 12392 orang pengikut tegar.Hanis Zalikha lagi lerrr.......
Ape yang aku nak buat dengan follower ke 100?
Aku plan nak buat review blog orang yang bertuah tu.Baikkk punya!Nak bagi hadiah pun,belum ada sen.Duit Nuffnang ada RM6.08sen,'banyak' sangat.Amacam korang,setuju?


*Apehal entri aku berbau serius?

Selasa, 25 Januari 2011

Nampak Mewah Dengan BMW

Apa yang terlintas dalam fikiran korang bila nampak seorang lelaki muda memandu BMW?

Anak orang kaya?
Eleh,pinjam kereta bapak dia la tu..
Gaji 10K sebulan boleh la pakai..
Jual dadah kot?Haha!


Still nampak mahal?Ok lah,yang ni pulak,murah sikit:


Percaya tak kalau aku cakap,BMW model 318i kat atas ni harganya serendah 30K?Model yang kat atas sekali harganya serendah 80K je.Betul,kereta ni model lama,tapi disebabkan ia adalah BMW,memandunya akan kelihatan mewah,sedangkan sebenarnya tak mahal pun.
Untuk harga 30K,aku rasa kereta ni sangat berbaloi dan ramai yang terlepas pandang sebab fikirkan mesti kereta ni mahal gila.Maintenancenya aku tak pastilah harga spare partnya dan upah servis.Maybe ada kawan-kawan korang kat luar sana yang pakai kereta ni,boleh korek-korek info.Harga yang berpatutan untuk German machine.

*BMW untuk orang muda,pakai Merc nampak macam pakcik-pakcik,hehe!

Sabtu, 22 Januari 2011

PASKAL Malaysia Tumpaskan Lanun Somalia di Teluk Aden

Tahniah untuk kejayaan Pasukan Khas Laut (PASKAL) Malaysia yang berjaya menewaskan lanun-lanun Somalia.Misi terbaru itu adalah misi menyelamatkan kapal tangki bahan kimia MT Bunga Laurel yang sedang dalam perjalanan ke Singapura.
Bagaimanapun kejayaan ini dibayangi oleh satu lagi operasi menumpaskan lanun oleh komando Korea Selatan yang menyelamatkan kapal pengangkut bahan kimia,Samho Jewelry pada 15 Januari.Dalam misi tersebut komando Korea Selatan berjaya membebaskan 21 tebusan dan membunuh 8 lanun,manakala kapten kapal Samho Jewelry cedera di perut.
Tetapi,kejayaan pasukan Paskal Malaysia pada 20 Januari lalu adalah lebih membanggakan kerana tiada sebarang kematian,samada dari pihak Paskal mahupun musuh.Seramai 18 lanun menyerah diri,7 diatas kapal MT Bunga Laurel dan 11 lagi berada diatas kapal induk mereka.
Kapal tangki tersebut yang sarat dengan minyak pelincir dan ethylene dichloride diserang lanun kira-kira 300 batu nautika dari timur Oman pada jam 11.45pm.Kapal tersebut disewa MISC yang membawa kargo bernilai kira-kira RM30 juta dan membawa 23 anak kapal.Semasa diserang lanun,anak kapal bersembunyi di bilik enjin dan semua lampu dimatikan.
MT Bunga Laurel diiringi oleh kapal Bunga Mas 5 yang membawa komando Paskal dimaklumkan oleh MISC Emergency Report Center(ERC) bahawa kapal MT Bunga Laurel telah diserang dan cuba dirampas lanun pada jam 11.40pm.

Sejata yang dirampas dari lanun Somalia
Gambar dari The Star Online
Dua bot Paskal yang diketuai oleh Lt.Komander Maznan Said dan Lt.Noor Asri Roslan berlepas dari Bunga Mas 5 yang berada 14 batu nautika dari MT Bunga Laurel.Bunga Mas 5 turut mengejar MT Bunga Laurel untuk memberi bantuan tembakan yang turut dibantu helikopter Fennec TLDM.
Kapal induk lanun cuba melancarkan serangan namun terpaksa mengalah kerana menerima tentangan hebat dari kapal Bunga Mas 5 dan tembakan sniper dari helikopter Fennec.Akhirnya mereka menyerah diri melalui radio dan serangan tersebut ditamatkan.Tiga lanun Somalia cedera,namun tiada kecederaan pada anak kapal dan pasukan penyelamat.
Kejayaan tersebut adalah lebih besar ertinya jika dibandingkan dengan kejayaan komando Korea Selatan.Tahap kejayaan sesuatu misi adalah diukur dari bilangan casualties dan dari misi ini,ternyata keupayaan Paskal Malaysia adalah setaraf dengan pasukan elit terkemuka dunia.Sewajarnya Paskal Malaysia menerima pengiktirafan tersebut dan keupayan Paskal harus disegani oleh pasukan khas negara lain.