Selasa, 18 Januari 2011

Tinggal Blogging Pergi Kursus Kahwin Daa...

Maaf kepada pembaca dan pelawat blog ni sebab agak lama tak update.Risau pun ada tapi nak buat macamana,nak kahwin kena la pergi kursus dulu.



Kursus selama dua hari yang menarik untuk bakal-bakal pengantin ni aku sertai di Bangunan Sultan Idris Shah,Seksyen 5,Shah Alam kendalian Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS).Sesi pendaftaran bermula jam 7.30-8.30am pada hari Sabtu dan ceramah bermula jam 8.30am.Hari pertama memang best,diisi dengan empat sesi ceramah pelbagai topik.Dua topik sebelah pagi dan dua topik lagi waktu petang.Penceramah memnag kelakar,tak mengantuk dengar ceramah diorang,cuma air-cond teramat sejuk.Jadi tak selesa plak,asik menggigil je.Jenuh la menahan sejuk sampai jam 5.00pm.
Hari Ahad ceramah bermula jam 8.00am dan berakhir jam 4.00pm.Aku dah standby dengan jaket MacBeth.Tapi ceramahnya boring plak.Yang aku nampak cuma gelap.......(tido..)Sijil terus diberikan kepada peserta sebaik tamat kursus.
Makanan dan kelengkapan disediakan,cuma makanannya sempoi jelah.Bayar pun RM80 je.Boleh la buat alas perut.Sebaiknya ada sarapan pagi,memang tak sempat nak sarapan kat rumah kalau dah keluar rumah jam 7.00am.
Cuma ada sesuatu yang agak kurang sopan bila aku tengok sesetengah peserta kursus,tak boleh nak berpisah sekejap dengan tunang masing-masing.Minum pagi berkepit,makan tengahari pun berkepit,minum petang pun berkepit lagi??!!
Tak hormat kat pejabat agama,walaupun dah diberitahu dalam tentatif kursus.Kalau boleh jangan la berdua-duaan.Baru  kursus 8 jam,tak boleh nak berenggang langsung.Rilek la,pergi kursus sama-sama,balik pun sama-sama.Apa nak risau kat tunang.
Jangan waktu kursus kahwin je beria nak berkepit,dah kawin nanti jalan pun jauh-jauh.Tak percaya?Tunggu lepas kahwin,anak dua orang,hehe!

Nak Hias Kereta Biarlah Betul Stickernya...

Aku cukup lemah bila jumpa kereta yang macam ni.Inisiatif nak make-up kereta tu ada,cuma kurang tepat.Hasilnya,kereta jadi caca-marba.



Akak-akak,dan makcik-makcik semua,Myvi SE tak ada yang Type-R tau.Model paling baru pun Myvi Limited Edition(LE) je.Type-R ni trademark Honda je.Sticker Type-R memang cantik,tapi kalau pakai kat kereta lain selain dari Honda,stiker tu jadi huduh plak.
Cam budak kampung aku,pakai Wira siap convert enjin MIVEC(dia kata la,betul ke tak aku tak pasti),tapi  kat windscreen,bubuh stiker Type-R bapak besar.Fail yang amat!

Selasa, 11 Januari 2011

Oooo...Nak Curi Duit Aku Ye?

What a lame tactic betulla penipu-penipu alam maya ni.Kan Maybank dah pesan,jangan reply apa-apa SMS atau e-mail.Apatah lagi klik link yang disertakan kat e-mail penipu ni.

Klik untuk zoom
Klik untuk zoom

Notification to update Maybank2u.com Account

Dear Valued Customer,
Your account have been flagged by our security experts.You are therefore required to verify your details to avoid service suspension.

Click here to Continue

Important Notice:

Ensure you Request a TAC.Transaction Authorisation Code (TAC) is required to complete this update.Failure to provide a TAC will lead to account suspension.

Thank you for Your Undersatanding and support

Maybank Berhad

UNDERSATANDING???

SATAN??Sah!Setan internet yang hantar e-mail ni,hahahah!

*Korang sume jangan respon kat e-mail-e-mail bodo macam ni ye?Pesanan khidmat masyarakat dari saya.