Isnin, 15 November 2010

Arsenal 2-1 Everton

Arsenal berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu liga,Chelsea selepas menewaskan Everton yang beraksi di tempat sendiri.Selain dari memintas kedudukan Manchester United,Arsenal merapatkan perbezaan mata dengan Chelsea yang tewas kepada Sunderland 3-0.
Arsenal mengekori rapat jumlah kutipan mata iaitu sebanyak 26 mata dan Chelsea masih menghuni tangga pertama dengan 28 mata.


Gol pertama Arsenal diperolehi hasil percubaan pemain pertahanan,Bacary Sagna pada minit ke-35 dari sudut sukar dan kapten pasukan Cesc Fabregas menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-48.Samir Nasri dan Marouane Chamakh juga berpeluang menambahkan jaringan tapi percubaan Nasri berjaya ditampan penjaga gol Everton,Tim Howard.
Pasukan tuan rumah akhirnya berjaya memperolehi jaringan pada minit ke-88 melalui percubaan Tim Cahill ketika berlaku kekalutan didepan pintu gol.Lukasz Fabianski terpaksa bekerja keras menafikan percubaan-percubaan Jermaine Beckford,Steven Pienaar dan Louis Saha.
3 mata penuh yang amat penting untuk menebus kembali mata yang ketinggalan akibat kekalahan kepada Newcastle minggu lepas.Perlawanan diadili oleh pengadil,Howard Webb.

Ahad, 14 November 2010

Jiwa Kental:Nak Berhenti Merokok!

Sebagai seorang perokok,jauh disudut hati aku,teringinnya nak berhenti merokok.Bila aku tanya kawan-kawan perokok tegar yang lain,semua rasa macam tu.Tapi,bukan senang nak berhenti merokok.


Bagi orang yang bukan perokok,tak kira la lelaki atau perempuan,mesti akan menganggap berhenti merokok ni senang gila.Senang la,sebab tak pernah rasa macamana menggelupur kalau tak dapat rokok.Silap-silap,hujan lebat pun redah jugak pergi kedai beli rokok.
Kebanyakan orang mula berjinak-jinak dengan rokok seawal umur 13-17 tahun,dan sekarang dah makin advance.Sekolah rendah pun dah biasa hisap-hisap rokok ni,tapi bagi aku,aku terjebak agak lewat,dah dekat SPM baru belajar hisap rokok.
Puncanya masa aku sekolah di Sekolah Menengah Teknik Temerloh,aku pandai gunting rambut.Selalunya member aku yang otai-otai bagi upah rokok lepas gunting rambut.Tapi tu pun tak biasa sangat lagi.Nak beli rokok pun takut.Masa tu harga rokok untuk Dunhill 7 batang baru RM1.90.Hisap sebatang pun dah berpinar bijik mata.Dulu rokok punya taste kaw punya,tak macam rokok sekarang.Rasa kosong je,tak puas hisap.

Habis je SPM,terus boleh hisap rokok kat rumah.Aku tak macam orang lain yang terpaksa menyorok dari parent untuk hisap rokok.Arwah bapak aku sangat sporting,rokok pun boleh share.

Bila sambung belajar kat Politeknik Kuantan,bapak aku selalu pesan,jimat-jimat belanja,hisap rokok jangan kuat sangat.Dia tak peduli pun pointer aku berapa,yang penting aku habis belajar.Tapi masa tu harga rokok dah beberapa kali naik,masa tu aku dah switch ke jenama Winston,sampai la sekarang.

Harga terbaru Winston 20's RM8.50 setelah tiap-tiap tahun harga rokok naik.Kadang-kadang 20 batang boleh bertahan dua hari,tapi sejak bekerja di tempat baru yang persekitaran kerja terbuka,makin kuat aku hisap rokok.Kejap-kejap nak cucuh rokok.Rokok kretek Gudang Garam yang heavy pun laju,apatah lagi Winston.

Mujurlah bila tiba bulan Ramadhan,aku boleh tahan nafsu merokok.So,takde masalah untuk berpuasa penuh.

Baru-baru ni aku renungkan sampai bila aku nak merokok.Rokok makin mahal,gaji sama je.Teringat iklan Niquitin,macam senang je nak berhenti bila telan pil tu.Akhirnya petang Rabu,10/11/2010 pukul 7.30pm aku habiskan rokok terakhir aku.Aku nekad nak berhenti,balik kerja pun aku tak singgah beli rokok.Biar je nak sangap ke nak ape ke bila kat rumah nanti.

Pergi kerja pagi-pagi lepak dengan kawan-kawan yang merokok pun kuatkan tekad je.Senyum je bila diorang offer rokok,hehe!Alhamdulillah sampai hari ni masih mampu bertahan,tak rasa sangat kekosongan bila tak hisap rokok.Aku sibukkan diri buat blogwalking,buat artikel,main PS2 dan ape-ape jelah supaya kepala otak aku tak memerlukan sokongan rokok.
Ada jugak terasa macam nak merokok lepas makan,tapi aku cakap balik kat diri aku,kenapa nak merokok?Buat la benda lain lepas makan.Setakat ni aku masih bertahan di hari keempat.Aku harap empat hari akan menjadi empat bulan,empat bulan akan jadi empat tahun dan seterusnya.
Gila banyak boleh jimat kalau berhenti merokok.Sebulan aku boleh save RM255.Nati ada rezeki,aku nak rewardkan diri aku dengan PS3 ke,sport rim kereta ke,haha!Contohnya macam tu la.
Teruskan berusaha Encik Faizal!

Jiwa Kental:Lamborghini buatan sendiri

Akibat teruja amat sangat dengan Lamborghini Countach filem Cannonball Run,Ken Imhoff membikin sendiri Lamborghini pujaannya tu.


Beliau mengerjakan 'projek rahsianya' di bahagian basement rumahnya selama 10 tahun!Dengan kepakaran TIG Welding yang beliau ada,beliau mengimpal sendiri chassis dan bodywork untuk projek Lamborghininya.

Ken Imhoff memasang enjin V8 351c.i(5750cc) dan gearbox ZF25 5 kelajuan pada kereta hand made beliau ni.Setelah hampir siap,barulah Ken menyedari kesengalan beliau.Oleh kerana kereta ni dibina dalam bilik bawah tanah,macamana nak ujipandu kalau tak dapat dibawa ke jalanraya?

Akhirnya Ken mengupah kontraktor untuk memecahkan dinding,dan membina tanjakan supaya kereta Lamborghini beliau dapat dibawa keluar.Walaupun ada sedikit kebodohan dalam projek beliau,tapi ketabahan dan semangat untuk menyiapkan kereta idaman sangat-sangat mengkagumkan.Respek!





P/s:Sampai aku sendiri pun teringin nak ada garaj sendiri,kompressor,tools,welding set,chain block,bla..bla..
      D.I.Y memang best!

Jumaat, 12 November 2010

Arsenal 2-0 Wolves


Setelah tewas kepada Newcastle United,Arsenal kembali ke landasan untuk mengurangkan jurang mata dengan pendahulu,Man.Utd dan Chelsea.
Terbaru,Arsenal menewaskan penghuni tangga kedua tercorot Liga Inggeris,Wolves dengan dua jaringan dari penyerang baru Arsenal,Marouane Chamakh.Masa jaringan yang menarik oleh Marouane Chamakh iaitu pada saat ke 39 permainan bermula untuk dia menjaringkan gol pertama,dan gol kedua diperolehi pada minit ke-90 permainan.
Jaringan pertama melalui tandukan yang menjangkaui penjaga gol Wolves,Marcus Hahnemann hasil hantaran lintang oleh Alex Song.Di saat-saat akhir permainan,Chamakh dengan tenang menjaringkan gol kedua untuk memastikan Arsenal mendapat tiga mata penuh untuk merapatkan jurang mata dengan penghuni tempat kedua,Man.Utd iaitu dengan 23 mata melalui 12 perlawanan setakat ini.
Perlawanan seterusnya Arsenal akan bertemu Everton di Goodison Park pada 14 November ni.Pada perlawanan sebelum ni,Everton seri 2-2 dengan Blackpool dan Arsenal tewas kepada Newcastle United 1-0.

Khamis, 11 November 2010

Mitsu,Kenapa Lancer Yang Kau Bagi??


Sehari dua ni ramai blogger yang mengupdate pasal model terbaru Proton,Proton Inspira.Ramai yang memuji rupabentuknya yang cantik,dan harganya jauh lebih murah dari Lancer terbaru buatan Mitsubishi.Sebelum ni peminat tegar Proton amat-amat memandang rendah kepada Perodua kerana merebadge kereta Daihatsu.Dikatakan rakyat Malaysia yang membeli Perodua sebagai taksub barangan berunsur Jepun,Toyota wannabe,ah beng racer dan sewaktu dengannya.Sedangkan formula itulah yang membolehkan Perodua mengungguli pasaran tempatan untuk tahun ke-5 berturut-turut.

Tapi kali ni diorang kena telan apa yang dah dikatakan sebab Proton mula mempraktikkan amalan rebadging.Perodua melakukan sebegitu sekurang-kurangnya untuk model yang tak dijual di Malaysia.

Dan untuk kes istimewa Proton ni,bagi aku faedahnya dah tentu untuk pengguna.Berbanding harga Lancer 2.0GT iaitu sekitar RM123,000,model Inspira 2.0 CVT 'hanya' berharga RM91,999**.Banyak sangat beza harganya tu.Siapa yang nak keluarkan modal lebih untuk benda yang hampir sama?Betul tak?

Bagi pihak Proton,diorang dapat jimatkan separuh dari kos R&D yang biasanya sekitar RM700 juta.Kalau tak silap aku lah.Sebabnya volume market untuk sedan kelas 'C' agak kecik,so tak berbaloi untuk Proton menginvest terlalu banyak duit kat situ.

Kelas 'C' adalah sedan bersaiz besar sikit dari sedan biasa(Kelas 'B').Ok,direct competitor untuk model Inspira/Lancer ni adalah Honda Accord dan Toyota Camry.So,tak boleh buat comparison antara Inspira vs.Vios atau Inspira vs. City.
Di awal-awal penubuhan Proton,Mitsubishi lah rakan teknikal yang meminjamkan teknologinya dari model Saga sehingga model Perdana.Bila Proton mula membina Waja,perlahan-lahan pergantungan kepada Mitsubishi mula dikurangkan.Sehinggalah Proton mula berdikari dan membina reputasi sendiri dengan bantuan Lotus.
Tapi apa yang berlaku selepas 25 tahun penubuhan Proton adalah agak mengejutkan.Kenapa tiba-tiba Proton kembali merebadge model Mitsubishi?
Persoalan saya,kalau market untuk segmen kelas 'C' sangat kecil atau dan margin keuntungan kurang meyakinkan,kenapa perlu mengambil risiko melabur kearah itu?Berapa agihan keuntungan untuk Proton dan Mitsubishi untuk model Inspira?Sebelum ni Mitsubishi cuma memberikan teknologi lama kepada Proton,kenapa kali ni mereka memberikan model terbaru?Apakah ada udang pasar disebalik mi goreng sekolah agama?
Cuba letakkan diri kita di pihak Mitsubishi.Sanggup ke diorang sacrifice model sedan terlaris diorang untuk direbadge tanpa mendapat keuntungan besar?Adakah diorang tak fikir yang mostly pembeli Mitsubishi adalah follower yang setia dengan buatan Mitsubishi.Bayangkan korang membeli Lancer yang korang yakin dengan ketahanan,kualiti dan prestij pada nama Mitsubishi,suddenly kereta yang sama,dan murah dibuat oleh syarikat lain.Tak ke korang akan kecewa kat Mitsubishi.So,atas dasar bisnes,Mitsubishi sacrifice semua tu sebab mungkin pembahagian keuntungan memihak kepada Mitsubishi.Thats why diorang tak kisah share teknologi walaupun ianya terbaru.

Macam sejarah Proton sebelum ni,Proton Wira berasal dari Lancer GSR.Asasnya iaitu chassis yang dijadikan asas binaan.Kenapa agaknya Mitsubishi tak bagi je chassis CE9A/CN9A je untuk model baru Proton?

Lancer GSR/RS (Evo I) :CD9A
Evo II,Evo III : CE9A
Evo IV : CN9A
Evo V,Evo VI : CP9A
Evo VII,Evo VIII,Evo IX : CT9A
Evo X : CZ4A

Dari senarai model Evo I sampailah ke Evo X,terdapat enam siri varian Lancer,dan kesudian Mitsubishi membuat perkongsian pintar ni buat aku fikir,apa yang diminta Mitsubishi dari Proton untuk menjadikan situasi perkongsian ni win-win.Of coz la both party nakkan benefit yang sama kan?

Dan..dengarnya Mitsubishi akan membawa Exora dan Persona(correct me if i'm wrong) ke Jepun dan akan dijual kesana sebagai model Mitsubishi.Persoalan aku ialah,Mitsubishi adalah pembuat kereta sejak model pertama pada 1917 dan pengalaman luas dalam rali,yang aku pasti pengalaman tu cukup untuk membuktikan Mitsubishi adalah pembuat kereta yang berprestij.
Diorang tak yakin ke dengan model MPV Grandis?Kenapa diorang begitu sangap sekali kepada  MPV Exora??Baguskah Persona yang mana ECU nya rosak tak sampai 3 bulan selepas dibeli?Bukan semua Persona,tapi nasib malang kawan saya yang membeli Persona Elegan.


Satu perkara lagi,aku terbaca brochure Inspira tentang handling yang sudah di tune up oleh Proton.Tidak lagi dengan perkataan Lotus Ride & Handling,kali ni Proton Ride & Handling.Soo...khabarnya ada dilakukan improvement kat situ.Then,adakah improvement tu betul-betul mengatasi teknologi rali Mitsubishi dan sememangnya berlaku improvement pada tune-up tu?Hmm...sekurang-kurangnya pihak Proton kena bekalkan sedikit data sebagai bukti contohnya ujian masa di litar atau grafik yang menunjukkan peningkatan kawalan dan cengkaman kereta.Tapi secara logiknya kawalan Lancer dah tentu lebih melekat dengan rim 18" dan tayar 215/45/18 jika dibandingkan dengan rim 16" dan tayar Continental 205/60/R16 Inspira.
Misteri betul keputusan Mitsubishi ni...Sebagai peminat,aku sedikit kecewa dengan tindakan Mitsubishi,walaupun sebenarnya mungkin ada rancangan lain yang tersirat.Bagi pihak Proton,mungkin ada karenah dalaman yang menyukarkan pembangunan model baru.Sebagai sebuah syarikat GLC,aku yakin pihak pengurusan Proton tentu sedikit sebanyak ada masalah dalaman.Bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan ni tak ada masalah pasal duit,cuma kecenderungan melantik badan pengurusan terlalu ramai menyebabkan hala tuju syarikat tak jelas.Sebagai contoh bayangkan sebuah kereta,ada lapan stereng.Semua orang ada agenda masing-masing.Kalaulah Proton ni sebuah syarikat swasta,dah tentu tak wujud lagi nama Proton.
Aku menulis panjang lebar ni bukan aku benci Proton,sebagai syarikat yang dah berusia 25 tahun,dah tentu aku mengharapkan kematangan Proton dalam membina kereta yang bersesuaian dengan pengalaman yang ditimba salama ni.Umpama ibu bapa yang memarahi anak melakukan kesilapan,tujuannya untuk membentuk anak menjadi manusia berguna.Kalau takut dikritik,jangan buat kereta,buat kerepek pisang.
Kepada pembeli yang berminat,tempahlah awal-awal sementara banyak komponennya masih diimport dari Jepun.Dah agak lama sikit nanti sure Proton akan reduce cost dengan 60% part dari vendor tempatan.Mana tau enjin Campro plak masuk dalam engine bay Inspira.Pandanglah sesuatu benda baru tu dengan pandangan menjangkaui batasan penglihatan,boleh faham tak maksud saya?Apa-apa pun,ni adalah pendapat peribadi saya yang ditujukan kepada Mitsubishi..Salam untuk semua...