Isnin, 16 Ogos 2010

Amazing Numbers About Your Brain!

Hari ni kita mengenali betapa amazingnya anggota badan kita,iaitu otak manusia,hehe!Otak manusia ialah organ yang sangat unik dan complicated.



Ada beberapa angka menarik yang semestinya dilakukan oleh otak korang,macam apa yang disenaraikan kat bawah ni:

1.3 paun ialah berat otak manusia.

2.4-6 minit ialah tempoh otak manusia mampu bertahan tanpa oksigen sebelum ia mula mati.

3.10-23 watt tenaga dihasilkan oleh otak manusia semasa terjaga dari tidur.

4.20% darah dan oksigen disalurkan ke otak.

5.100,000 batu ialah jumlah panjang kapilari darah dalam otak manusia.

6.1,000-10,000 jumlah sinaps untuk setiap neuron didalam otak.

7.100,000,000,000 jumlah neuron di dalam otak manusia.

Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni,jagalah otak korang dengan memperbanyakkan ibadah,santapan rohani,menjamah kurma dan sebagainya.Selamat menjalani bulan Ramadhan,hehe!

Ahad, 15 Ogos 2010

Amazing Facts About Facebook

Beberapa bulan dulu aku memang addict melampau kat Facebook.Kejap-kejap nak log in.Masa tu sebenarnya banyak main game Premier Football.Ntah mcmana developer Premier Footbal tukar-tukar format sampai dah tak menarik langsung game tu.Skarang ni still log in Facebook jugak,cuma dah kurang.2-3 kali je seminggu.

Hampir semua orang ada akaun Facebook,dari golongan professional sampai ke drebar lori pun ada akaun Facebook.Macam pelik plak kalau takde akaun Facebook.Tu la dia penangan program ciptaan Mark Zuckerberg.
Here's an amazing numbers about Facebook:

1.60+% pengguna online menggunakan Facebook adalah untuk stalk ex diorang!Korang pun macam tu tak?

2.Hampir berbillion foto diupload ke Facebook setiap bulan.Sure korang pernah amik gambar semata-mata nak upload dalam Facebook,hee!!

3.Lebih dari 500 juta pengguna aktif Facebook.

4.Lebih 30 juta profile akan mengupdate statusnya sekurang-kurangnya sekali sehari.

5.70% pelajar kolej akan online di Facebook sekali sehari.

6.Facebook akan memadam akaun ibu atau sesiapa sahaja yang meletakkan gambar breastfeeding.

7.Facebook akan memadam akaun yang mempunyai nama-nama pemilik akaun yang aneh,kerana Facebook akan menganggap akaun tu palsu.

8.Ada istilah yang bernama Facebook Addiction Disorder(FAD).Brape ramai yang ada 'masalah' ni,hehe!

9.Facebook founder,Mark Zuckerberg adalah billionaire termuda.(Tengok pada populariti Facebook,of courselah dia jadi bilionaire).

10.Negara Syria telah mengharamkan Facebook.

11.Facebook jugak dah men'jahanam'kan karier banyak politician.(Banyak sangat main politik tak bagus untuk kesihatan!)

Makhluk Hidup Tertua di Dunia

Walaupun binatang ni adalah spesies kerang semata-mata,fakta menarik tentang makhluk bercangkerang ni ialah umurnya yang sangat panjang!




Namanya ialah Quahog Clam yang didapati dari Lautan Artik yang sejuk.Penyelidik dari Bangor University United Kingdom mengira terdapat 405 gegelang pertumbuhan tahunan pada kulit kerang ni.Bermakna umurnya 405 tahun!

Pasukan penyelidik mengutip makhluk moluska ni pada kedalaman 262 kaki(80 meter) di utara Iceland.Tujuan asalnya dalah untuk mengkaji kesan perubahan cuaca yang terdapat dalam setiap gegelang tahunan moluska ni.

Rekod Dunia Guiness untuk moluska ni berumur 220 tahun di Amerika.

Strategi Untuk Menang Main 'Osom'

Orang Melayu panggil 'Osom',kalau nama internationalnya plak,Rock-Paper-Scissors(RPS).Korang sure penah main 'Osom' ni time kecik-kecik bila nak main sorok-sorok atau bila berebut mainan dengan adik korang,hehe!Kaedah yang sangat berkesan untuk wat decision dengan pantas/menentukan giliran.Ramai orang anggap main 'Osom' ni based on luck.

Korang silap!Sebenarnya ada strategi untuk sentiasa menang main 'Osom'.Check this out.




Selamat mencuba!

Sabtu, 14 Ogos 2010

Upcoming New Metal Gear:Rising

Nampaknya Solid Snake dah pencen dari siri Metal Gear Solid(MGS),tapi takpe,mamat jambu dalam siri Metal Gear,semakin matang dan Raiden kembali dengan armor suit dan dia sendiri dah jadi cyborg!
















Kemunculan pertama Raiden dalam MGS 2:Sons of Liberty


Raiden sebagai sidekick Solid Snake dalam MGS 4:Guns of The Patriots


Dalam siri Metal Gear Solid 4,Raiden cedera parah setelah bertarung dengan Vamp.Dia diselamatkan dan menjadi watak utama penyambung Metal Gear saga selepas Solid Snake dipencenkan.Bagi pengarah asal,Hideo Kojima,Metal Gear Solid 4 ialah siri terakhir dalam senarai panjang game Metal Gear.Bagi peminat Metal Gear,berita tu sangat mengejutkan.Game ni dah terlalu lama tiada kesudahan dan Kojima menamatkan persoalan-persoalan dari siri sebelumnya dalam siri MGS 4.

Hideo Kojima tak lagi mengarah game ni dan diambilalih oleh Mineshi Kimura dan creative producernya Shigenobu Matsuyama.Untuk siri terbaru akan datang ni,tagline asal MGS iaitu 'Tactical Espionage Action' digantikan dengan tagline baru,'Lightning Bolt Action'.Sebabnya adalah kerana Raiden merupakan protagonis baru siri terbaru ni dan dalam bahasa Jepun,Raiden bermaksud,'thunder and lightning'.

Jalan cerita adalah diantara Siri MGS 2:Son of Liberty dan juga MGS 4:Guns of Patriot.


Dalam siri ni,Raiden banyak menggunakan pedang dan konsepnya ialah Zan-datsu,iaitu Cut and Take.Primary weapon untuk Raiden ialah pedang HF(High Frequency) untuk mencantas musuh-musuh cyborg atau musuh biasa.Dalam boxart diatas,Raiden berdiri sambil memegang sesuatu yang diambil dari musuh,iaitu Energy Spine.Energy Spine ni berguna untuk recharge semula tenaga Raiden.Cool beb!Cantas cyborg,pastu korek perut,hehe!

Sebelum ni MGS Series hanya special untuk platform PlayStation je.Tapi yang terbaru ni akan datang ke platform PS3,XBox 360 dan PC.




Screenshot dari siri MGS:Rising









MGS:Rising trailer

Lawak potong tembikai!