Selasa, 3 Ogos 2010

Apa Kejadahnya Roadtax Nih?

Petang  tadi member aku pegi la pejabat pos kat Giant Seksyen 13 nak renew roadtax.Dia pun heran tengok roadtax dia.
Camni la rupa roadtax baru dia:

Kalau koyak stiker roadtax tu nanti,kosong la date expirednya.Aku cadangkan kat dia,print date baru,letak tarikh mati 2 Ogos 2020,bleh?Hehe!

Khamis, 29 Julai 2010

Inventor

Senarai pencipta alatan yang digunakan dalam kehidupan seharian kita,benda-benda yang memudahkan urusan harian,dan juga peperangan,hehe!

Peralatan Rumah
1.Nicolas Appert ,1749-1841,Perancis: Tin makanan kedap udara
2.Edwin H.Armstrong, 1890-1954,U.S: Radio FM
3.Neil Arnott,1788-1874,United Kingdom: Tilam Air
4.Joseph Aspdin,1788-1855,England: Simen Portland
5.John Logie Baird,1888-1946,Scotland: Televisyen
6.Karl Benz,1844-1929,Germany: Kereta berkuasa petrol
7.Laszlo Biro,1899-1985,Hungary: Pen mata bola
8.

Selasa, 27 Julai 2010

Extinct Species

Pertambahan populasi dan evolusi manusia di mukabumi ni seiring dengan kepupusan beberapa jenis haiwan akibat tiada kesedaran tentang kepentingan ekologi alam.Zaman dahulu belum wujud istilah pemuliharaan atau kawalan terhadap aktiviti pemburuan.Manusia semakin sedar kepentingannya namun sudah terlambat..

Antara haiwan yang tak wujud lagi di dunia ni:

Dodo(Raphus Cucullatus),burung prasejarah yang dah pupus.Bila sebut pasal binatang yang dah pupus,burung ni la yang pertama orang akan sebut sebab burung ni la makhluk pertama yang pupus disebabkan oleh manusia(bukan kerana perubahan alam semulajadi).
Model burung Dodo di Muzium Universiti Oxford

Burung Dodo ni berasal dari kepulauan Mauritius dan telah pupus pada abad ke-17.Kapten kapal Belanda,Wybrand van Warwijck menjumpai pulau Mauritius dan burung Dodo pada 1598.Burung Dodo bersaiz kira-kira 50lb(23kg),bulu berwarna kelabu dan kaki berwarna kuning.Burung ni tak boleh terbang dan makanannya buah-buahan,biji-bijian dan kekacang.

Pelayar Portugis mengatakan burung ni turut memakan ikan dan kadangkala memakan batu-batu kecil mungkin untuk membantu penghadaman.

Punca kepupusan adalah kerana burung ni tidak takut dengan kehadiran manusia,menyebabkan burung ni mudah diburu.Kehadiran kucing,anjing dan tikus bersama-sama pelayar turut menyumbang kepada kepupusan kerana burung ini bertelur diatas tanah dan dimakan oleh haiwan-haiwan tadi.

Sehingga 1681,tiada lagi terdapat burung Dodo di kepulauan Mauritius.Hanya terdapat satu sampel tulang burung Dodo yang lengkap di Natural History Museum,Mauritius.

(Sumber,Wikipedia)


Harimau Bali

Harimau Bali atau Balinese Tiger(Panthera Tigris Balica) ialah salah satu dari tiga sub-spesies harimau yang telah pupus.Harimau ini pupus pada 1937,dan sub-spesies harimau pertama yang pupus.spesies harimau ini merupakan sub-spesies harimau yang terkecil.Spesies terdekat dengan Harimau Bali ni ialah Harimau Jawa dan Harimau Caspian yang pun dah pupus sama.
Pada asalnya Harimau Bali dan Harimau Jawa adalah sama,tapi pada Zaman Ais,kepulauan Bali terpisah dari Tanah Jawa oleh Selat Bali.Pembunuhan Harimau Bali terakhir ialah di Sumbar Kima,bahagian barat Bali pada 27 September 1937.

Harimau Bali yang terakhir di mukabumi

(Sumber,Wikipedia)

Moa
Moa ialah sejenis burung bersaiz besar dan menyerupai burung unta dan hidup di New Zealand.Burung ini berketinggian 3.7m(12ft) dan beratnya kira-kira 230kg.Telurnya berukuran 10 inci panjang dan 7 inci lebar.Burung ini mengalami kepupusan setelah ketibaan orang Maori walaupun ianya adalah sumber makanan utama bagi sejenis burung helang besar yang juga telah pupus iaitu Helang Haast.


 Helang Haast

Helang Haast(Harpagornis Moorei) atau panggilan orang New Zealand,Pouakai,adalah satu spesies helang besar yang pernah hidup di South Island,New Zealand.Spesies ini dipercayai spesies helang tebesar yang pernah wujud.Sumber makanannya ialah burung yang tidak boleh terbang dimana ia mudah menjadikan burung tersebut mangsanya.Ini adalah kerana burung helang Haast sangat kuat dan mepunyai kelajuan tinggi ketika menyerang mangsa,iaitu kira-kira 80km/j.


Helang ini bersaiz besar dimana burung betina lebih besar dari burung jantan,mampu mencapai berat sehingga 13kg dan lebar bukaan sayap sehingga 3 meter.Penemuan tulang spesies burung ini adalah pada 1871 ketika penggalian tulang-tulang burung Moa di sebuah paya Glenmark di Canterbury.Burung ini digambarkan pada tahun 1872 oleh Dr Julius von Haast,pengarah pertama Muzium Canterbury.
Punca kepupusannya ialah kerana pertambahan koloni Polynesia dan juga kepupusan sumber makanan utamanya iaitu Burung Moa.Selain itu ia juga diburu oleh kaum Maori yang menjadikan anggota tertentu burung helang ini sebagai senjata.

Sumber:(Wikipedia,nzbirds.com)

Isnin, 19 Julai 2010

Games >>>> Live Action Movie

Kebelakangan ni banyak filem yang diadaptasi dari game-game konsol.antara movie yang bakal menyusul selepas ni:

TEKKEN THE MOVIE


RESIDENT EVIL:AFTERLIFE


KING OF FIGHTERS



SILENT HILL



MORTAL KOMBAT



BIOSHOCK


Yang bakal jadi movie jugak,Metal Gear Solid.Tapi tak pasti stakat ni progressnya macamana.Cuma Hideo Kojima tak melibatkan diri secara langsung dalam filem ni.kalau dia sendiri yang jadi director sure tiptop punya!

Satu lagi game yang aku rasa best kalau jadi movie,God of War.Aku ada calon yang layak bawak watak Kratos.Badan sasa,muka dah match,haha!Pelakon Melayu,Jobot nama dia.banyak drama melayu dia blakon,slalu jadi samseng taik minyak la.Dia ni memang ngam ngan minyak-minyak ni.Sebab tu dia jadi orang minyak dalam filem Orang Minyak.Tak jumpa lak gambo dia.




Predator 2010(Action Sleepy Movie)

Bebaru ni aku pegi E@Curve atau dulu nama dia Cineleisure nak nonton pape muvee yang ada.Tapi tengah-tengah taun ni cam takde cite best la.Malas nak tengok cite Melayu.Ah!Bedal la cite ape pun.Aku pun amik la muvee Predator.
Dalam filem ni just human and makhluk huduh berambut dreadlock ni je yang ada.Agak-agak ptengahan muvee rasa makin bosan lak cite ni.Jalan cite ntahapehape.banyak action pun still buat aku nguap banyak kali.

Nyesal tak tengok cite Inception.(Leonardo DiCaprio,betul ke aku eja nih??)