Rabu, 14 Julai 2010

Satu Pagi Di Hari Rabu

NO.1
Pagi ni masa aku drive nak pegi keje,aku ternampak kereta ni:


Sebuah Alza yang cantik,tapi No pletnya yang unik tu.Satu je yang aku tak boleh blah,stiker body terpampang perkataan "R3"(Race,Rally,Research).Adussssss........Potong stim btol!

NO.2

Tak jauh dari tempat pertama,ada eksiden la berhampiran Wisma Rozali Seksyen 13,Shah Alam.sape lak yang malang pagi-pagi nih.Sebijik Kelisa eksiden sorang-sorang.Laju sangat kot??


No plet Johor.Harap-harap orangnya selamat..

Isnin, 12 Julai 2010

New Perodua Model?


Toyota baru je launch model baru Passo(nampak agak feminin!?) kat Jepun.Dibina dalam dua versi,regular dan +Hana.Enjin plak dua varian,1.0(1KR-FE) & 1.3(1NR-FE) DVVT.Tengok antenna dia,sbelah kiri macam Alza.
Untuk versi 1.0L,kuasa yang dijanakan sekitar 69hp,dan versi 1.3L mampu menghasilkan 95hp.Lebih 6hp dari K3-VE yang ada pada Myvi.
Dengarnya Perodua tengah R&D kan satu model baru kereta kompak yang mungkin berdasarkan model ni.dan satu lagi khabar aku dengar enjinnya 1.5L.Uish!Best sangat la kalau macam tu.
Enjin K3-VE yang ada kat Myvi pun dah agak boleh tahan la walaupun 89hp je.Pernah aku tekan sampai 160km/j,(tak la laju mana pun,compare ngan orang lain,bawak BLM je tapi driving baik sikit je dari setan) dengan bawak 4 orang dewasa,air-cond pun tak tutup.Tu belum sumbat K3-VET lagi,hehe!
Kalau dah kuar nanti jangan lak cam JDM punya model,rasa cam tak macho la lelaki pakai,hehe!.Kasi garangkan skit macam Alza.

Holland vs.Spain(Final 2010 South Africa World Cup)



World Cup baru je habis.Pasni sure boring takde topik nak diforumkan ngan member-member.Nak plak Spain yang menang.Bukannya apa,aku support Holland.Asalnya aku support France,tapi ape ke hampeh sangat permainan taun ni,group Stage pun corot.Tpaksa la aku berpaling tadah support Robben,Sneijder ngan Van Persie.Sian diorang...

Sebelum diorang lawan,biasanya aku buat prediction guna Playstation 2 aku,hehe!Setakat ni,dari peringkat quarter final sampai la final,ramalan aku tepat.Cam En.Paul Sotong Jerman tu.Aku amik team Holland vs. Spain guna difficulty Top Player.Tapi xboleh menang la lawan AI PS2.Mungkin orang yang lagi terer main Winning Eleven boleh skor gol banyak,10-0 pun boleh.Cuma tak logik la plak.

Dari atas kertas memang Spain banyak advantage.Sepanjang kempen World Cup ni rasanya Casillas baru lepaskan satu gol masa lawan Chile dalam Group Stage.So,boleh dijangkakan Spain akan menang walaupun Holland dah bagi saingan yang sangat kuat.Dah rezeki pasukan Spain tahun ni.

Tetapi...
Yang aku tak puas hati pasal referee Howard Webb yang bagi aku nampak sangat x fair.Memang agak keras permainan malam tadi,tapi ada beberapa situasi yang bila Spanish player tackle player Holland,takat kena warning je.Free kick Sneijder kena bahu pertahanan Spain pun tak dapat corner kick.Iniesta banyak pura-pura jatuhkan badan,hampeh btol.Player Holland dah ramai kena booked,sape-sape jatuhkan badan ngan sengaja pun sure kena 2nd Yellow Card.Ati pun panas je sampai habis match kul 5am,mata pun xbleh lelap,haha!

Tpaksa la puas ati jadi naib Juara je.Tahun 2014 kang cuba lagi yee..


South Africa 2010 World Cup Champion


Hambik kauuu!!