Jumaat, 19 Mac 2010

Nak Sambung Belajar/Cukup La Setakat Ini........

Lagi 2 bulan habis la pengajian Diploma part-time aku.Lega rasanya bila dah nak habis.Tak sangka boleh jugak aku survive walaupun tahap diploma je.Dulu muda2 malas skolah,dah tua ni baru cam nyesal tak blajar tinggi2.hehehe!
Yang mana muda lagi n ada peluang untuk blajar,baik teruskan je.Kang dah tua jadi malas,masa pun takde.Tapi nak gaji besar,cmana tu??
Aku ni pun kalau tak kena paksa,malas jugak nak selak buku smula.Tapi gagahkan jugak la sbb pikir masa depan.Nak jadi kaya tu tak la,hidup sederhana pun ok dah.Belajar part-time ni penat.Ujung minggu orang lain boleh rehat,kita plak pagi2 buta dah pegi kelas.Buatnya schedule sampai tengah malam,barai jugak la nak sambung kelas pagi besoknya.
Dah badan penat payah la nak dapat ape yang diajar.Macamanapun aku kena habiskan jugak semester akhir ni.Malas dah nak ngadap buku.Nak menikmati hujung minggu macam orang lain,bersama keluarga&kawan2.
Dah dua tahun lebih aku takde hujung minggu,kenduri kengkawan kawin pun banyak tak dapat pegi,ponteng kelas kang x ble masuk exam.Nak sambung blajar pun cam malas jugak.Rasanya aku ni x cukup preparation
nak survive kat U,maklumla dari poli pegi U seksa banyak.Aku ni kalau subjek teori mmg takde masalah,tapi kalau calculation,cukup aku benci,haha!Amik mekanikal plak mmg xble nak lari.Padahal benda yang diblajar tu x implement kat kehidupan seharian pun,hatta kat tempat kerja.(alasan orang malas nak blajar,:P)Dengar lecturer aku  aku cerita,27 orang yang masuk dari diploma poli,2 orang je grad.Huh!X mau aku.Taun 2013 nanti poli aku skang ni akan diupgrade ke level Universiti.Tengok la nanti,kot2 ada mud nak sambung lagi..

Khamis, 18 Mac 2010

Plasma atau LCD??

Antara dua jenis tv yang banyak kat market sekarang ni,jenis ape yang jadi pilihan?Kadang2 kita keliru dengan penjelasan salesman jenis apa yang bagus dan sesuai dengan bajet kita.Sekarang ni dah start zaman High Defination(HD).X lama lagi zaman 3D pulak.Huh!Tak larat nak kejar gajet2 ni,baru tv belum benda lain lagi.Macamana pun terpulang kat bajet masing2.Xkan dah beli PS3 ngan langgan Astro Beyond nak pakai TV CRT(TV kotak) kot?Nak cucuk kabel HDMI kat mana,kat idung?haha!Tiap2 jenis ada kelebihan,so check it out!

PLASMA TV

Kelebihan TV Plasma
-Saiz besar,paling besar aku pernah tengok besar gol futsal.
-Nisbah kontras yang lebih baik,tengok pada manufacturer la.
-Kejituan warna yang lebih baik.Warna warni kehidupan je xboleh display,heheh!
-Fast moving image yang lebih baik,takde atau kurang 'lag'.Maksudnya kalau tengok sukan gambar lagi cun la.Tu pun kalau channel HD,kalau takat RTM xde beza tengok sukan atau rancangan Agrotek.

Kekurangan TV Plasma
-Tak boleh display static image dalam masa yang panjang,ada efek burn kat skrin.Macam ada shadow kalau pause gambar lama2.
-Haba masa operasi lebih tinggi dari LCD
-Tak boleh beroperasi dengan baik pada altitud tinggi.Tapi nak buat apa panjat gunung bawak tv ni sekali,apekejadahnye ye tak?hee!
-Jangkahayat pendek sikit dari LCD,depend pada manufacturer lah.



LCD TV



















Kelebihan LCD TV
-Tak ada masalah burning image,layan je movie korang
-Haba yang diproduce pun kurang,pasang 12 jam sehari pun ok kot,heee!
-Takde masalah altitud macam Plasma.
-Kecerahan imej boleh up lagi  ikut selera korang.
-Lebih ringan kalau compare ngan Plasma yang sama saiz.
-Jangka hayat panjang sikit,tengok cara pakai jugak.


Kekurangan LCD TV
-Nisbah kontras yang kurang sikit dari Plasma
-Fast moving image tak brape cun sangat.Tapi latest punya model dah tinggi MHz.Depend pada input brape FPS(frame per second).
-Walaupun takde masalah burn image,LCD mungkin ada masalah individual piksel mati.Ada bintik2 halus kaler itam kat skrin.
-Harga mahal sikt la,beza kalau compare HDTV LCD dengan EDTV Plasma.

Sekarang ni terpulang pada keperluan dan bajet masing2.Macam aku,aku prefer LCD.Harga saiz 32" untuk HD Ready (1024x768 piksel) lebih kurang RM1500-1800 je.Full HD(1200x1800piksel)plak untuk saiz sama lebih kurang RM2000-3000.Nak pilih tv jangan nak yang murah je,ambil kira resolusi,nisbah kontras,input n output port yang ada,kadang2 ada yang boleh cucuk USB/MMC Card.Brand pun main peranan,ikut pengalaman la pakai satu2 jenama.Dan yang paling penting banyak bertanya n tetapkan matlamat korang.Survey dulu,cari harga yang paling murah untuk model sama dan pastikan kedai ada stok.Pastu blah.Besok datang semula bawak duit,terus angkat je ape yang dah disurvey.Jangan dengar sangat cakap salesman,kadang2 diorang nak habiskan stok yang xbrape nak blah,xpun komisyen tinggi.Pendapat korang pulak dialu-alukan.

Game Playstation2 Favourite aku

1.METAL GEAR SERIES-Walaupun PS3 dah lama keluar,versi slim pun dah ada kat pasaran,tapi bagi aku game2 PS2 masih relevan lagi kalau nak main.Lagipun korang survey sendiri la brape harga Blu ray PS3.Orang cam aku memang tak mampu lagi,hehe!Ni la game Playstation yang paling aku suka dan main berulang-ulang kali.Dari zaman PS1 sampai la yang terakhir dalam platform PS2.Kekuatan game ni terletak pada jalan cerita,sinematografi n banyak la benda2 yang diluar jangkaan.Hideo Kojima memang kreatif dan bagi aku fikiran dia sangat advance.Sape2 yang belum pernah main cuba la mana tau suka kat karektor Snake(David Hayter) yang serius,konon2 malu ngan pempuan(kadang2 pervert jugak) dan terer(hero mestila terer) guna unsur persekitaran untuk menyorok dari musuh.Keseluruhan game memang best,ada selit unsur2 lawak jugak bagi player tak tension.Mission senang,selamatkan tebusan je.Tapi banyak Boss la kena lawan.kalau dapat main dari siri awal Metal Gear Solid:VR Mission lagi bagus.MGS4 je yang belum dapat main,huhuhu...



2.GOD OF WAR-Salah satu sebab aku suka game ni adalah kerana senang nak control player.Nak terbang ke,cantas kepala orang ke,memang senang.grafik cantik,jalan cerita pun padat,in game movie pun HD.God of War 2 ni sambungan yang pertama,Kratos nak kembali ke masa silam untuk bunuh ayah dia,Zeus.Anak derhaka la ni.Haha!jalan cerita panjang tapi x bosan sebab musuh besar2 bagak.Starting game je dah kena lawan patung besar.Ending cerita,Kratos dengan Titan Gaia pegi pulau untuk fight ngan abah dia.Bersambung plak kat PS3,huhuuu..nangis lagi.
                                                       3.WINNING ELEVEN/PES 2010-Sebenarnya aku ni dulu x minat langsung pasal bola ni.Masa memula beli PS1 dulu aku heran tengok ape la yang kengkawan aku gila sangat hadap game bola ni.Sampai xnak main game lain.Habis je final exam,aku bosan dok kat umah.Sesaje la try main game bola.Dulu aku tak tau pun law game bola ni,offside ke,corner kick ke,tau sepakkkk je.Bila dah tau,syok pulak.Agak lama aku jarang2 main,sampai la keluar game 2010 ni.Adik aku lagi terer main,tahap difficulty Superstar pun selamber je tapau.Dia ajar aku,jangan lawan team yang senang.Lawan yang susah je,baru la cepat pandai.Sekarang ni boleh la tahap Top Player punya difficulty.Yang menarik pasal Winning Eleven 2010 ni ada extra league,Champion League.Sebijik intro macam real punya Champion League,lagu latar pun sama.Grafik ok la,GPU PS2 punya level.Dalam banyak2 team,aku paling tak suka team Manchester United,Haha!MU fan jangan marah,:P.

4.MEDAL OF HONOR:VANGUARD-Game perang2 ni gunanya untuk lepas geram,hee!Dalam banyak-banyak siri Medal of Honor,aku paling suka siri Vanguard ni.Senang nak kawal player dan guna senjata.Yang lain aku dah try jugak,tapi x brape teruja la plak.Game ni pun ada jugak kaitan dengan minat aku tentang teknologi senjata dari zaman WWI sampai la sekarang.Kadang2 aku buka wikipedia untuk tengok spec senjata.Tak kira la peluru ke,sniper ke,bom,misil sampai la formulation C4.Memang menarik,macam sejarah senjata paling glamour,AK47.Ada cerita disebalik penciptaan AK47.Asalnya pencipta AK ni marah sangat dengan Nazi,dia pun cipta satu senjata yang lasak,n accuracy tinggi.Kira macam ultimate weapon la kot masa tu.Tapi sekarang banyak militan,puak pemberontak ngan penjenayah yang pakai AK47 ni,sebab simple nak operate.Niat murni pencipta senjata ni nak mempertahankan negara dia dah disalahgunakan.Tapi dalam game ni takde AK,yang paling sedap pakai M1 Garand attach ngan scope.Memang dari awal aku jadi sniper je,haha!Macam Thompson,MP40,StG44 kira ok la nak pakai.Papepun game ni berbaloi.
Banyak lagi game2 PS2 yang menarik cuma aku tak dapat nak cerita semua.Dari segi platform plak,sebenarnya aku terkenang keunikan game2 dalam PS1.Bagi aku game2 dalam PS1 lebih berkualiti dari banyak segi(kecuali grafik).Game2 macam Metal Gear Solid:VR Mission,Dino Crisis 2,Resident Evil 3,Parasite Eve 2 boleh ulang2 banyak kali main.Game2 PS2 ni cam boring sikit la nak repeat main.Contohnya game Onimusha,lepas habis main aku xde feeling nak ulang main semula.Harap2 game dalam PS3 best2 la.Teringin sangat nak main MGS4 ngan Drake Fortune.