Aku tulis cerita sejarah lagi boleh tak?
Hari ni
tergerak hati nak tulis pasal sejarah Dendiar; satu watak yang tidak dikenali
ramai tetapi kisahnya amat menarik untuk dihayati. Nama sebenar beliau ialah Raden Diar Dhurmakusomo Ki Aji Ningrat. Artikel ni aku dah siapkan sejak minggu lepas lagi, tapi baru hari ni aku boleh publish. Jemput baca ye?
Kisahnya bermula ketika era pemerintahan Kanjeng Ratu Kediri
didalam kerajaan Giri ( Kediri ), sebuah kerajaan kecil di tanah Jawa. Ada dua beradik
berlainan ibu iaitu Raden Kesumowijo dan Raden Manosekoro. Kanjeng Ratu Kediri
melantik Raden Kesumowijo sebagai Pangeran Adipati Agung, iaitu bakal pengganti
tampuk pemerintahan Kanjeng Ratu Kediri.
Kemudian Raden Kesumowijo (Pangeran Adipati Agung)
mengahwini seorang penari bernama Mas Ayu secara senyap-senyap. Ini menyebabkan
isteri Kanjeng Ratu Giri iaitu Radin Ratu Giri berasa marah. Al maklumlah darjat bangsawan tak boleh kahwin dengan orang kebanyakan. Tapi apa boleh buat, Pangeran Adipati Agung tetap berkahwin dengan wanita yang dia suka. Semasa Pangeran
Agung keluar berburu, Radin Ratu Giri berpakat dengan Raden Manosekoro untuk
menghapuskan Mas Ayu semasa ketiadaan Pangeran Agung.
Raden Manosekoro membunuh Mas Ayu dan membakar istana
bersama-sama dengan anak hasil perkahwinan Pangeran Agung dan Mas Ayu iaitu
Raden Mas (juga dikenal sebagai Raden Mas Ayu). Kebetulan ketika itu Pangeran
Agung baru pulang dari berburu ( ada juga kisah yang mengatakan Pangeran Agung sengaja dihantar untuk berperang) lalu melihat istananya terbakar. Raden Mas berjaya
diselamatkan manakala isterinya Mas Ayu mati dipangkuan Pangeran Agung.
Bersama-sama dengan pengikutnya termasuk Dendiar, Pangeran
Agung amuk dan membunuh Raden Manosekoro serta konco-konconya. Kemudian
Pangeran Agung bersumpah bahawa dia tidak akan lagi menjejak tanah Giri.
Dendiar dan enam pengikut setia bersumpah untuk memporak-perandakan tanah Giri
dan kerajaannya sehingga tiada lagi makhluk bernyawa, tetapi dihalang oleh
Pangeran Agung.
Pangeran Agung meminta Dendiar bersumpah untuk melindungi
tanah Giri sepanjang ketiadaan beliau dan Pangeran Agung pun meninggalkan Giri
bersama anak perempuannya Raden Mas untuk selama-lamanya…
Kisah di Singapura Versi 1
Kemudian Pangeran Agung menetap di Singapura, atau lebih
tepat lagi bertani di kaki bukit Mount Faber. Menjejak usia Raden Mas 17 tahun,
beliau menjadi tarikan kerana kecantikannya. Satu ketika Raden Mas diganggu
oleh kerabat Istana Johor, menyebabkan pangeran Agung dihukum kerana
mempertahankan anak perempuannya.
Di hari yang sama, Dendiar belayar ke Singapura mencari
bekalan. Perihal orang dihukum dikhalayak ramai menjadi buah mulut masyarakat
disitu lalu menarik perhatian Dendiar. Dendiar terus ke Teluk Blangah untuk
melihat hukuman tersebut dijalankan dan alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati
orang yang sedang dihukum itu ialah sahabatnya, Pangeran Agung, Putera Raja
Giri.
Dendiar menerpa ke tengah khalayak ramai dengan keris yang
terhunus ditangan lalu memperkenalkan dirinya sebagai Jeneral Perang Kerajaan
Giri. Orang ramai terdiam kerana mereka tahu Kerajaan Karimun pernah dikalahkan
beberapa tahun lalu oleh angkatan perang Kerajaan Giri.
Melihatkan keadaan Pangeran Agung yang agak teruk, Dendiar
mahu amuk tetapi sekali lagi dihalang oleh Pangeran Agung. Melihatkan kejadian
itu, Sultan Abdul Jalil memerintahkan Pangeran Agung dilepaskan dan memohon
maaf.
Tidak lama selepas kejadian tersebut, Sultan Abdul Jalil
mengaturkan perkahwinan adiknya Tunku Khalijah dengan Pangeran Agung sebagai
tanda maaf dan juga sebagai jalinan antara dua kerajaan. Keraian perkahwinan
diadakan di Teluk Blangah dan dihadiri Dendiar serta enam sahabat lain.
Daripada perkahwinan tersebut, Tunku Chik dilahirkan.
Melihatkan keadaan menjadi semakin baik, Dendiar kembali ke Giri sebagai
memegang janji yang pernah dibuat dahulu untuk menjaga tanah Giri.
Raden Mas yang semakin dewasa pula menjadi pujaan ramai
kerana kecantikannya dan keturunan raja yang dimiliki. Bagaimanapun ini
mengundang musibah baru apabila isteri Pangeran Agung, Tunku Khalijah
mencemburui Raden Mas, manakala adik Tunku Khalijah, Tunku Bagus jatuh hati
kepada Raden Mas.
Suatu malam, Tunku bagus meletakkan satu bahan untuk
memabukkan dalam makanan Pangeran Agung lalu Pangeran Agung dikurung dalam
perigi di belakang istana. Raden Mas pula dipaksa berkahwin dengan Tunku Bagus.
------------------
Beberapa bulan kemudian Dendiar datang ke Teluk Blangah
untuk melawat sahabatnya, Pangeran Agung. Berita ini sampai ke istana lalu satu
perancangan dibuat supaya Dendiar tidak dapat berjumpa Pangeran Agung yang dikurung.
Pihak istana memaklumkan bahawa Pangeran Agung pergi ‘bersuluk’ atau istilah
lainnya bertapa.
Bagaimanapun kebenaran tidak dapat disorok apabila Tunku
Chik memberitahu bahawa bapanya dikurung dibelakang istana. Maka segeralah
Dendiar pergi mendapatkan Pangeran Agung. Melihatkan keadaan bakal menjadi
lebih buruk, Tunku Bagus cuba membunuh Pangeran Agung, tetapi dihalang oleh
Raden Mas. Keris yang ditikam kearah Pangeran Agung mengenai Raden Mas dan
Raden Mas menemui ajal. Akibat terlalu kecewa Pangeran Agung turut
menghembuskan nafas terakhir.
Marah dengan peristiwa itu, tujuh pendekar Jawa ini amuk
buat sekian kalinya selama tujuh hari tujuh malam. Ribuan penduduk kampung
dibunuh dan kampung-kampung dibakar. Seisi istana melarikan diri menaiki kapal.
Akhirnya Sultan menghantar Tunku Chik, anak Pangeran Agung ke pantai. Maka
berkatalah Tunku Chik kepada Dendiar “ Raden Diar, sekiranya kamu bunuh semua
orang, siapa lagi yang tinggal untuk
menjaga saya?”
Dendiar terdiam dan kemudiannya berkata,
“Aku..Raden Diar
Dhurmakusomo Ki Aji Ningrat akan berkhidmat dan patuh kepada Tunku Chik dan
keturunannya sepertimana aku berkhidmat kepada Pangeran Agung sebagai tanda
kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap Pangeran Agung.”
Artikel asal ditulis dalam bahasa Inggeris lebih panjang mencakupi
peristiwa-peristiwa kemunculan Dendiar selepas ratusan tahun peristiwa diatas
berlaku. Nanti bacalah di link asal sebab gaya penceritaannya lebih dramatik.
Gaya aku tulis pulak biasa-biasa je tanpa pengisian emosi. Tapi aku harap terjemahan
ke Bahasa Melayu ni tidak lari jauh dari maksud asal penulis.
Kisah di Singapura Versi 2
Suatu ketika semasa Pangeran Agung menjalani kehidupan
sebagai petani bersama anaknya Raden Mas Ayu, teluk Blangah diserang lanun.
Oleh kerana kehebatan Pangeran Agung bertarung, lanun berjaya ditewaskan.
Kebolehan Pangeran Agung amat dikagumi Sultan dan satu rombongan dari Jawa
mengesahkan ‘petani’ itu adalah Pangeran Agung, maka Sultan mengaturkan
perkahwinan dengan puterinya dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang
diberi nama Tunku Chik.
Raden Mas pula semakin cantik dan amat dicemburui ibu tirinya.
Satu hari kaki Tunku Chik terluka kerana terkena serpihan pinggan yang
dijatuhkan oleh Raden Mas. Ibu tirinya amat marah dan berpakat dengan
adiknya Tun Bagus ( Tunku Bagus ). Tun Bagus pula menaruh dendam kerana Raden
Mas pernah menolak lamarannya.
Tun Bagus meracun Pangeran Agung lalu mengurungnya didalam
perigi buta, manakala Raden Mas dipaksa kahwin sekiranya mahu mengelakkan dari
bapanya dibunuh. Semasa majlis pernikahan, Raden Mas ditanya samada bapanya mengizinkan
beliau berkahwin, Raden Mas terpaksa menipu dengan menyatakan bapanya sudah meninggal
dunia sewaktu melawat tanah Jawa.
Tiba-tiba Tunku Chik mencelah,
”bapakku masih hidup dalam
perigi buta!”
Maka komplot itu terbongkar, dan Pangeran Agung dapat diselamatkan.
Khuatir Pangeran Agung membalas dendam, Tun Bagus cuba menikam Pangeran Agung
tetapi dihalang oleh Raden Mas lalu keris tertusuk ke jantungnya. Dikatakan
juga ketika berlaku kakalutan itu cuaca bertukar mendung dan isteri Pangeran
Agung cuba melarikan diri tetapi dipanah petir.
Sepertimana yang
diketahui melalui penceritaan orang-orang dahulu, Dendiar dikatakan wujud
sehingga era pemerintahan Sultan Ismail iaitu sekitar tahun 70’an. Dikatakan umurnya sangat panjang sehingga ratusan tahun.
Sebuah kampung kecil di kaki Mount Faber Teluk Blangah dinamakan
Kampung Radin Mas dimana terletaknya rumah Pangeran Agung sewaktu tinggal di
Singapura dan tempat bersemadinya jasad Raden Mas Ayu….
Bayangkan pula kalau kisah ni jadi sebuah filem dan Iko Uwais jadi
Dendiar…perghhhh!!