Khamis, 26 September 2013

Projek Mega Apa Ni?

Aku terbaca tulisan Misi Terahsia di Facebook berkenaan satu projek mega di Gambang,Pahang dan seterusnya membawa aku ke satu laman web iaitu,http://enchant1mst.com/Projects.html.

Apakah yang dinamakan Enchant 1Malaysia Spiritual Tourism ni?

Sedikit informasi berkenaan projek diatas:
-Projek ini terbahagi kepada dua zon;Zon 1:Ibadah pelbagai agama,Zon 2: Resort & Rekreasi,diasaskan oleh Mr.Tony Lim berdasarkan mimpi beliau pada tahun 1986.Tanah seluas 250 ekar telah diperuntukkan untuk pembangunan projek di Bukit Gambang,Pahang.



Baca dulu informasi di laman web tersebut kemudian tonton video yang ada dalam website tu.Aku nak attach kat sini ada problem pulak.

Persoalan aku,apa objektif sebenar pembangunan tersebut?Kongsikan pendapat korang diruang komen.

Khamis, 12 September 2013

Anon.....


Komen ni berasal dari sebuah entri lama sebuah blog yang terkenal mengenai kehidupan pemungut barang di sebuah tapak pelupusan sampah berhampiran Jakarta.Walaupun hidup mereka susah,ibadah tidak dilupakan.
Tapi tengoklah komen Anonymous diatas.
Kalau non Muslim memanglah dia tak faham,tapi andaikata komen tu datang dari seorang yang dilahirkan Muslim,berat benar akidahnya.Hati-hati dalam mengeluarkan kata-kata.

Pulau North Sentinel Yang Misteri


Ni bukan entri pasal berita terkini,aku cuma nak share satu 'dunia' baru yang menolak kemodenan dengan ekstrem.Informasi asal aku jumpa dari satu page Facebook iaitu Amazing Things In The World.
Tajuknya mengisahkan sebuah pulau di laut Andaman iaitu Pulau Sentinel Utara.Buruk benar kalau translate direct ke bahasa Melayu.Nama rasmi pulau ni ialah The North Sentinel Island.

Sedikit informasi tentang pulau North Sentinel:

-Salah satu pulau diantara 572 gugusan Kepulauan Andaman dan Nicobar yang terletak di Teluk Bengal
-Sebahagian dari India
-Berkeluasan 75km persegi dan diliputi hutan tebal
-Jumlah penduduk kurang dari 400 iaitu puak Sentinel

Apa yang unik tentang pulau ni ialah puak Sentinel menolak sebarang kehadiran orang luar sejak ribuan tahun.Tak kiralah atas apa reason sekalipun,wartawan ke,nelayan ke,ahli sains ke,semua dia halau dengan senjata tombak dan panah.Kalau halau saja macam halau ayam tak apalah,kebanyakannya mati disembelih atau ditembusi panah.Tak ada istilah diplomasi bagi puak Sentinel.Ganas macam Sentinel The Matrix atau Sentinel Prime.Sebab itulah tak ada sebarang hubungan dengan orang luar.
Banyak usaha dibuat untuk mengenali puak Sentinel ni,tapi memandangkan diorang ni orang purba,cara diorang amat keras dalam melayani tetamu tak diundang.Salah satu kisah yang menarik ialah tentang kapal kargo MV Primrose.
Kapal kargo yang didaftarkan di Hong Kong ni tersangkut di kawasan berbatu karang di pantai pulau Sentinel pada 2 Ogos 1981.Beberapa hari selepas tu kru kapal ternampak beberapa manusia berkulit hitam dan bersenjatakan tombak serta panah cuba mendekati kapal.Mujur keadaan laut yang bergelora menghalang usaha puak Sentinel.
http://excitingearth.files.wordpress.com/2013/03/nsisland33.png

Seminggu kemudian kru kapal diselamatkan oleh helikopter dari syarikat Indian Oil and Natural Gas Commission.Bangkai kapal masih boleh dilihat dengan menggunakan Google Earth.Ni gambar yang aku capture dari phone.



Banyak lagi insiden yang melibatkan orang luar dan puak Sentinel ni boleh dibaca di sini.Boleh jadi ada lagi pulau-pulau semacam ini yang barangkali didiami suku kaum yang jauh lebih rare.


Selasa, 10 September 2013

Awesome Job by Profess Rim Kepong


Sesiapa yang rajin membaca tulisan buruk aku dalam blog ni sure ada terbaca berkenaan cabaran aku merepair rim yang jahanam baru-baru ni.Pesan aku,berhati-hati dalam urusniaga sekiranya melibatkan lokasi yang jauh.Teramat banyak scammer mula menjangkiti laman Mudah.my.Peniaga jujur mesti tak ada masalah untuk COD.Kalau liat nak bagi address pastu laju je bagi nombor akaun untuk pos,sah tahi scam.
Ok,tenunglah rim aku yang herot dikerjakan bini aku,hehehe!Jap lagi aku cerita magika yang dah dikenakan oleh sebuah worksyop untuk membaiki rim aku ni.





Gambar close up kat atas ni memang nampak tak cantik sebab catnya terbakar semasa proses pembaikan.Tapi itu tak penting langsung.Yang penting rim aku kembali cun imbangannya.Aku tak pasti berapa banyak man hour dah digunapakai,tapi satu yang paling aku salute;kedai lain suruh jual besi buruk,tapi kedai ni rilek je bikin rim aku.Memang power.
Kos pembaikan RM110 dan mengambil masa seminggu sebab aku taknak diorang buat kerja rushing.
Maybe ada yang kata RM110 mahal.

Betul.Tempat lain boleh repair rim kemik RM40 saja,paling mahal pun aku pernah kena ketuk sebijik rim RM80.Tapi itu cerita kalau rim kemik sikit.Rim aku ni kemik sampai kedai kat Sunway dan Cheras pun surrender sebab rim dah twist.
Aku bagi contoh masa aku repair rim kat Batu Caves,sebiji rim RM80.Bila siap lekukan rim still visible walaupun dah banyak reduce vibration.Kira senang nak balancing la.
Woksyop yang ni aku takmau bagi ayat panjang-panjang.Superb metalurgy.Tak ada langsung lekukan yang visible.TAK ADA.Lagi satu bila aku pasang tayar dan buat balancing,cuma kena tambah timah 5 & 10 gram.Lepas tu cun 0,0.
Cerita lebih pun tak guna,siapa yang give up mencari mekanik berbakat untuk merepair rim yang heavy damage,sila ke Profess Rim yang terletak di Kepong.Tauke dan bebudak dia memang friendly.Ada lagi yang tertinggal.Kos yang aku bayar tu adalah kos membaiki rim yang rosak teruk.Kalau setakat dent sikit-sikit,kosnya kalau tak salah sekitar RM40-50.Satu dua jam boleh siap.

Buah Hutan Jenis Apa Ni Ya?


Hujung minggu lepas berlangsung majlis nikah adik aku dan kenduri sebelah pihak perempuan di Felda Lepar Utara 1.Majlis bernikah dilangsungkan selepas Asar pada hari Sabtu dan kendurinya hari Ahad.Tapi aku bukan nak cerita pasal kenduri kendara ni,sama je mana-mana kenduri kahwin pun.
Selesai majlis nikah,mak aku ajak ke rumah saudara yang tak jauh dari rumah mentua adik aku untuk menghantar jemputan ke kenduri sebelah lelaki.Sebelum masuk ke rumah dia,aku ternampak sebiji buah yang aku tak pernah jumpa sebelum ni.



Buah ni dari pokok hutan yang tak dikenal pasti apa spesiesnya.Saudara aku cakap,dia nampak buah ni tergantung kat pokok durian dia.Dia pun curious juga,so dia kait buah ni.Pokok asal buah ni adalah jenis menjalar(vine).Walaupun buahnya tak betul-betul bulat,tapi berat.Lebih kurang 4-5kg juga dan lebar sekitar 1 kaki.
Rupanya macam pod kekacang gergasi.Buah ni kalau kering confirm keras macam batu.


Ni tangan aku untuk menampakkan saiz buah ni.Ada yang kata dari spesies Uncaria spp.Tapi bila di Google tak sama rupa buahnya.Macam tu juga dengan satu sumber lain dimana aku berpeluang melihat sampel buah kering yang menyerupai buah ni tapi dengan saiz yang jauh lebih kecil iaitu Enterolobium cyclocarpum atau nama lain buah dari pokok Rain Tree.
Masalahnya kat sini rain tree tu pokok berkayu,sedangkan asal buah ni dari pokok menjalar.Dah macamana pulak ni?
Cuma ada satu sumber yang menunjukkan buah yang sama,tapi tak ada informasi pasal buah ni.Tengok kat sini,http://dqfarm.blogspirit.com/archive/2011/04/11/oddity-in-the-forest.html.Ada sesiapa yang boleh share maklumat,harap tinggalkan komen ya?

*Patutnya aku letak tajuk,"Gempar!Buah Aneh Ditemui Di Hutan Pahang!",barulah macam Harian Metrololol.