Jumaat, 27 Januari 2012

Kamal Ashnawi ; Melayu Terkaya Di Dunia?

Dalam akhbar The Star semalam aku tertarik dengan artikel tulisan Philip Golingai
(pgolingai@thestar.com.my) mengenai 'trillionaire' bernama Kamal Ashnawi yang mendakwa beliau adalah pewaris Maharaja China dan juga seorang raja di Indonesia dengan gelaran Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijiyo.Satu baris kata-kata dari beliau yang agak mengejutkan adalah ,"this mean that 86.7% of the worlds money belongs to me". Wow!Menarik ceritanya kan?
Aku harap Philip Golingai tak marah aku tulis semula sebahagian ceritanya dalam bahasa Melayu. Aku cerita sikit-sikit sajalah, kalau nak baca penuh, cari paper The Star semalam, 26 Januari 2012.
En.Kamal Ashnawi dilahirkan pada 1 Januari 1964 di Tanjung Malim Perak. Menurut beliau, dia juga adalah warganegara Belanda dan juga pewaris Maharaja China yang suatu masa dulu melarikan diri dari China ke Kedah. Beliau membesar di Tanjung Malim dan satu masa dulu neneknya memberitahu, dia adalah seorang yang istimewa.
Akhir tahun 1980-an, Kamal bertemu seorang keluarga diraja Indonesia di Belanda menyatakan dia adalah berketurunan raja. Sekali lagi di London pada awal 1990-an, peguam memaklumkan kepadanya tentang kekayaan keluarga dirajanya. En.Kamal tidak mempercayai kata-kata peguam tersebut dan mereka terbang ke Hong Kong untuk bertemu 'penjaga khazanah diraja'.


Dari Hong Kong,En.Kamal dan penjaga harta tadi ke Kunming untuk melihat harta yang disimpan didalam gua yang terletak di puncak gunung. Gua tersebut dikawal oleh sepasang pegawal yang kebal. Tanpa kebenaran pengawal,sesiapa yang masuk tanpa izin akan muntah darah dan mati. Kedengaran agak fiksyen di zaman moden ni,tapi teruskan membaca.
Di dalam gua tadi terdapat gold bar,jade dan wang tunai US yang menurut beliau sangat banyak jika dibandingkan dengan harta karun dalam filem National Treasure lakonan Nicholas Cage. Selain dari itu,keluarga diraja membuat keputusan supaya beliau menjadi pentadbir tunggal kekayaan keluarganya yang terdapat di seribu buah bank seluruh dunia.
En.Kamal juga menunjukkan bukti gambar bersaiz A4 gambar harta karun,penjaga harta dan surat akuan dari HSBC yang menyatakan beliau mempunyai akaun simpanan berjumlah lima trillion euro!
Yup.
Mata korang tidak bermasalah dan aku tidak typo. Cerita ni aku ringkaskan dari tulisan wartawan The Star yang aku nyatakan kat atas tadi.
So,apa pendapat korang?Harta karun Cibola dalam filem fiksyen National Treasure:Book of Secret yang aku tonton sudah cukup banyak jumlahnya. Kota kecil yang diperbuat dari blok-blok emas,dan En.Kamal cakap jumlah itu masih lagi sedikit. Maksudnya jauh lebih banyak dari harta Philosopher's Legacy dalam fiksyen permainan konsol MGS3,iaitu sejumlah wang yang dikatakan mampu membiayai perang dunia sebanyak lima kali?
Susah untuk aku percaya wujudnya harta sebegitu banyak dibawah kawalan seorang individu. Akaun simpanannya saja lima trillion Euro,mustahil dalam hayatnya sekarang tak wujud sebarang niat untuk menikmati sedikit kenikmatan hidup mewah.Duit banyak kalau tengok je tak jadi ape bang!
Atau sekurang-kurangnya beliau buktikan kemampuan kewangan beliau dengan mengepam bajet barang beberapa K dalam akaun Maybank untuk aku selesaikan hutang belajar,huhuhu!!

Isnin, 23 Januari 2012

Apa Difikiranmu Wenger...


Arsenal 1-2 Manchester United,
Emirates Stadium,22 Januari 2012

Aku masih tak faham kenapa Wenger kerap memilih untuk menurunkan pemain seperti Arshavin dan Johan Djourou yang gagal bermain dengan baik setiap kali perlawanan.Kombinasi bahagian serangan diperingkat awal agak baik dengan bantuan pemain lincah Alex Oxlade-Chamberlain yang banyak membuka ruang serangan.
Separuh masa kedua Johan Djourou dikeluarkan dan digantikan dengan Nico Yennaris yang kelihatan agak berkesan di posisinya.Minit ke-72 Arshavin masuk dan Chamberlain keluar.Apa yang Wenger fikir?Kedudukan masih terikat 1-1,kalau dah leading 10-0 tak apalah jugak.Masukkan Benayoun pun tak apa.Wenger oh Wenger.......

Ahad, 22 Januari 2012

Arsenal vs Manchester United 22 Januari 2012

Sunday 22 January 2012
Emirates Stadium

Boleh menang ke?
Malam ni tengok Astro ESPN HD jam 11.55 malam.

Kali terakhir pertemuan Arsenal-Manchester United di laman sendiri adalah 1 Mei 2011,Arsenal menang 1-0.Lepas tu Arsenal dikalahkan dengan teruk 8-2 di Old Trafford.Macamana dengan malam ni?Sekiranya permainan Arsenal tidak menjadi lebih baik,redhakan sajalah kalau kalah.Sebagai pengajaran kerana tak bermain cantik macam Swansea minggu lepas.Diharap Thomas Vermaelen dapat turun bermain untuk menguatkan pertahanan.
Arsene Wenger,tolonglah cari pemain pertahanan dan pemain tengah yang lebih baik lagi.Tiba-tiba je teringat kat Emmanuel Eboue(yang bermain untuk Galatasaray buat masa ni),Eduardo da Silva,Nasri,Clichy dan Fabregas...

Jumaat, 20 Januari 2012

Bergadai Nyawa Tuntut Ilmu

Macam nilah kalau betul-betul nak tuntut ilmu.Dahlah berjalan kaki,menyeberang sungai pun kena bergadai nyawa.Lokasi adalah di Lebak,Indonesia.Jambatan gantung yang menyeberangi Sungai Ciberang rosak akibat banjir.Ini sajalah yang tinggal.Jambatan lain yang terdekat kena berjalan sejauh satu jam setengah.Kat pedalaman Malaysia pun ada sebenarnya macam ni,cuma jarang diberi perhatian.
Tak macam di kawasan perumahan aku.Sekolah depan mata pun,pukul 8.00 masih ada lagi yang melepak hisap rokok,baju serabai,kasut kaler belacan dan beg pun macam takde isi je aku tengok.Nak jadi apa la bebudak ni.Lintas jalan pun tak reti guna jejantas,sanggup panjat pagar pengadang.Dilanggar dek kereta kang,sia-sia je mati.Aku pun musykil sebenarnya kelas start pukul berapa?Bukan 7.45 ke?



Sumber: Daily Mail

Kembali Bermain Game Lama

Apa nak dituliskan hari ni ya?Minggu ni agak meletihkan dengan kerja-kerja housekeeping.Hujung minggu ni ramai la yang bersesak balik kampung walaupun tak menyambut CNY.Tumpang semangkuk apa salahnya.Cuti ni aku takde mood nak kemana-mana walaupun tadi receptionist cakap gaji masuk hari ni atau besok.Malas nak keluarkan duit awal-awal,nanti nak tunggu 25 haribulan depan lambat lagi.
Memandangkan isteri aku pun semakin sarat,kebelakangan ni dia tidur awal.Mujurlah PS2 dah siap repair tanpa extra cost.Takdelah aku bosan kat kat rumah.Bajet awal yang tauke kedai tu bagitau aku RM180.Tak kisahlah asalkan dia tak memandai-mandai tukar part yang tak rosak.Bila try kat rumah,aku dah saspen sebab DVD tak boleh detect.Kena tipu ke?Rupanya kedai tu punya DVD tak bagus,sebab bila aku masukkan DVD lama yang dah calar balar,loadingnya cantik je.Punya la lama tak main PS2,bila dah elok ni terujanya macam dapat PS3 pulak.Macam biasalah game favourite aku,Metal Gear Solid:Snake Eater.Ulang main kali ni aku dapat beberapa tips untuk tewaskan boss-boss dalam game ni.Saja eksperimen sendiri.

Tips Menewaskan The End dan The Fury,MGS3:Snake Eater
Pertamanya macamana nak skip pertarungan sniper dengan The End.Sniping battle tu agak meletihkan sebab masa perlawanan panjang.Sebelum jumpa dengan The End,aku dah bunuh dia awal-awal.Lokasinya di warehouse dimana kita kena meranduk paya selepas keluar dari Chyornaya Peschera Cave.Standby dengan PSG-1,pastikan perut kenyang untuk elakkan tangan goyang dan masuk simpang kekiri pertama sebelum sampai ke warehouse.Tonton sampai habis movie dimana The End duduk atas wheelchair.Bila tamat je movie tu,terus tembak The End yang sedang ditolak wheelchairnya sampai berlaku letupan.Roda wheelchair akan terpelanting kena kepala korang(kepala Snake),tapi takpelah walaupun injured sikit,The End dah mati.Di lokasi yang sepatutnya berlaku battle dengan The End akan digantikan dengan beberapa sentri askar GRU.Senang je nak beat diorang tu.Pintu ke underground tunnel pun dah sedia terbuka.

Kedua,pertarungan dengan The Fury.Memang leceh lawan dengan mamat api cosmonaut ni.Pakai RPG-7 pun lambat nak mampus.Secara tak sengaja aku terjumpa teknik yang mudah dan cepat,tapi kena sacrifice sikitlah.Sebelum battle,tukar kepada camouflage Black dan face paint Black.Buang senjata berat dan standby pisau,sonar,AK47 dan XM16E1.Itu dah cukup.Bila battle start,main nyorok-nyorok dan hendap The Fury dari belakang.Pakai pisau je dan tekan butang square banyak kali.Damage pada The Fury  lebih kurang 1/3 dari keseluruhan health bar dia.Tiga kali dapat attack macam tu dah cukup,confirm arwah.Tapi kena bersedialah dengan semburan flamethrowernya.Berbanding serangan dengan RPG-7 dari belakang,lebih kurang 7-8 kali jugak la baru The Fury tewas.
Siapa yang minat siri MGS boleh fahamlah apa yang aku merepek panjang-panjang ni.Sumber lain pun ada,pergi je kat mana-mana game cheat site,download walkthrough terus.Tapi takde thrilllah.Game ni pun dah lama,orang lain aku tak taulah.Aku still seronok main game-game lama ni.Ni ayat orang takde duit nak beli PS3,haha!