Nampaknya Solid Snake dah pencen dari siri Metal Gear Solid(MGS),tapi takpe,mamat jambu dalam siri Metal Gear,semakin matang dan Raiden kembali dengan armor suit dan dia sendiri dah jadi cyborg!
Kemunculan pertama Raiden dalam MGS 2:Sons of Liberty
Raiden sebagai sidekick Solid Snake dalam MGS 4:Guns of The Patriots
Dalam siri Metal Gear Solid 4,Raiden cedera parah setelah bertarung dengan Vamp.Dia diselamatkan dan menjadi watak utama penyambung Metal Gear saga selepas Solid Snake dipencenkan.Bagi pengarah asal,Hideo Kojima,Metal Gear Solid 4 ialah siri terakhir dalam senarai panjang game Metal Gear.Bagi peminat Metal Gear,berita tu sangat mengejutkan.Game ni dah terlalu lama tiada kesudahan dan Kojima menamatkan persoalan-persoalan dari siri sebelumnya dalam siri MGS 4.
Hideo Kojima tak lagi mengarah game ni dan diambilalih oleh Mineshi Kimura dan creative producernya Shigenobu Matsuyama.Untuk siri terbaru akan datang ni,tagline asal MGS iaitu 'Tactical Espionage Action' digantikan dengan tagline baru,'Lightning Bolt Action'.Sebabnya adalah kerana Raiden merupakan protagonis baru siri terbaru ni dan dalam bahasa Jepun,Raiden bermaksud,'thunder and lightning'.
Jalan cerita adalah diantara Siri MGS 2:Son of Liberty dan juga MGS 4:Guns of Patriot.
Dalam siri ni,Raiden banyak menggunakan pedang dan konsepnya ialah Zan-datsu,iaitu Cut and Take.Primary weapon untuk Raiden ialah pedang HF(High Frequency) untuk mencantas musuh-musuh cyborg atau musuh biasa.Dalam boxart diatas,Raiden berdiri sambil memegang sesuatu yang diambil dari musuh,iaitu Energy Spine.Energy Spine ni berguna untuk recharge semula tenaga Raiden.Cool beb!Cantas cyborg,pastu korek perut,hehe!
Sebelum ni MGS Series hanya special untuk platform PlayStation je.Tapi yang terbaru ni akan datang ke platform PS3,XBox 360 dan PC.
Screenshot dari siri MGS:Rising
MGS:Rising trailer
Lawak potong tembikai!