Hari ni aku nak kongsi cerita pasal jam.
Sebelum wujudnya
zaman gadget elekronik yakni sekitar 20 tahun lepas, jam tangan adalah satu aset yang
boleh dibanggakan. Jangan compare dengan
zaman sekarang ya, zaman dulu beli jam tangan canggih umpama beli iPhone tau? Kami yang lahir era 80’an je mengerti situasi macam ni. Adik-adik 90'an semua
kenal tak bengkel makhluk asing (Alien Workshop) tu apa?
Jam pertama aku ialah jam Boy London. Arwah bapak aku belikan kat pekan Sekinchan kalau tak silap aku. Masa tu aku
tingkatan satu, sekitar tahun 1995. Jam ni tidaklah canggih, yang menariknya cuma
faceplate dia mampu bertukar warna
mengikut suhu sekeliling. Kalau kat kampung aku, waktu pagi-pagi pergi sekolah
tu boleh la tengok warna dia berubah.
Tak lama lepas tu jam ni viral satu sekolah. Haha! Masa tu
aku dah tak berkenan nak layan jam jarum sebab jumpa jam yang nampak lagi best.
Jam kedua aku ialah Casio Illuminator model W87H-1V yang aku beli dengan harga RM
180 sekitar pertengahan tahun 1996. Dulu – dulu pengiklanan jam adalah melalui
majalah. Salah satunya adalah majalah URTV. Dalam majalah punya la cantik jam
G-Shock dengan Baby-G. Tapi tak mampu lah pulak nak beli G-Shock.
Dengan bermodalkan duit biasiswa, aku beli la jam ni.
Walaupun tak sehebat G-Shock, illuminator
backlight yang ada pada jam ni boleh dibanggakan jugalah. Jam ni amat-amat
tahan lasak, aku pakai hampir sepanjang masa dari tingkatan dua sampailah habis
pengajian sijil Politeknik tahun 2002. Bawa mandi tu biasalah, terjun sungai
(siap main lampu dalam air),dan berlumur minyak hitam enjin. Jam ni tetap gagah
berkhidmat. Alarmnya cukup kuat untuk
membangunkan aku tiap pagi.
Di penghujung hayatnya, kejituan masa yang ditunjukkan
semakin lemah. Waktu yang ditunjukkan semakin ‘lari’ walaupun ditukar bateri
baru. Mungkin disebabkan oleh crystal
oscillatornya yang semakin uzur.
Jam ni masih boleh didapati dipasaran dengan harga sekitar
RM127 (USD28.3).
Lepas jam tu rosak, aku dah tak pakai jam tangan dalam
tempoh yang agak lama. Walaupun terasa janggal, perasaan tu sekejap saja sebab
zaman tu dah memasuki era telefon bimbit. Apa-apa hal tengok jam telefon je.
Kemudian bila hampir menjelangnya alam perkahwinan sekitar pertengahan 2010, aku dihadiahkan jam Fossil Decker Silicone Chronograph.
Jam ni aku pilih sebab nak merasa pakai jam yang nampak matang sikit. Harganya
aku tak ingat berapa, tapi harga pasaran sekarang sekitar RM400++. Jam ni
walaupun nampak best, ianya tak
sesuai dengan kondisi pekerjaan aku yang lasak.
Kalau diperhatikan baik-baik, cerminnya sedikit timbul dari
bezel menyebabkannya mudah tercalar dan sompek kalau terjatuh. Alat ganti boleh
dapat dari cawangan Fossil One Utama, tapi nak tunggu cermin tu sampai
berbulan-bulan lamanya.
Talinya walaupun diperbuat dari silikon, lenturannya tidak
mengikut kontur pergelangan tangan menyebabkan pergelangan tangan rasa macam
tersepit. Penggunaan bateri juga agak kuat. Kali terakhir aku tukar bateri,
jam ni bertahan beberapa bulan sahaja.
Pendapat aku jam ni tak sesuai dengan aku. Mungkin orang lain
pakai ok,so aku tak boleh salahkan
kualiti Fossil juga.
Jam ketiga aku beli ialah jam Casio G-Shock GD200-2DR.
Harganya sekitar RM340 pada pertengahan tahun 2012. Jam ni aku rasa berada
dalam kategori G-Shock entry level
sebab masa tu aku baru tau ada jam G-Shock yang harganya ribuan ringgit.
Spesifikasi jam ni biasa-biasa saja, bersesuaian dengan ranking entry level. Ada world time, carbon fiber insert band dan autolight
…itu saja. Walaupun jam ni dari keluarga G-Shock, aku tak bawa melasak
langsung, hatta waktu mandi pun aku tak pakai. Cukup setahun, jam ni gagal berfungsi.
Aku bawa untuk diperbaiki, malangnya waranti baru saja tamat beberapa hari dan
kos pembaikan lebih kurang sama dengan beli baru.
Kesudahannya aku simpan saja dalam kotak, temankan Fossil
Decker Silicone Chronograph. Aku pernah menghubungi syarikat Casio melalui emel supaya
mengkaji balik samada modul jam 3267 layak memakai title G-Shock.
Semalam aku survey
keyword GD200 di Facebook, nampaknya jam ni dah mula dijual secara bidaan dalam page Facebook G-Shock vintage. Kondisi terpakai 9/10 boleh
capai harga minima RM200 jugak la.
Jam keempat dari jenama Casio juga tapi betul-betul yang
murah punya iaitu Casio Illuminator AE 1000W. Aku beli online bulan puasa tahun lepas dengan harga RM120 kot sebab nampak
cantik dalam gambar. Pastu spesifikasi dia tulis bateri tahan 10 tahun.
Bila jam tu sampai, aku godek-godek lampu dia, nah haiiii….setompok
nyalaan oren dibelakang LCD. Kecewa sungguh. Kat bezel tulis illuminator, apa barang ni tahun 2015
pakai mentol… Jam ni aku pakai agak jarang dan akhirnya selepas beberapa bulan,
jam ni lesap entah kemana. Mungkin jam tu membawa diri sebab tak dihargai kot.
Kemudian pertengahan November 2016, aku belek-belek
GD200 yang terperuk dalam kotak. Kebetulan aku ada beli set screwdriver kecik untuk tukar bateri remote alarm kereta. Memang jadi
kebiasaan aku untuk membaraikan harta benda yang dah diisytiharkan rosak.
Lepas aku buka cover belakang
jam, aku cuba buka baterinya. Masa tu hujung screwdriver tersentuh sesuatu dan backlight jam tiba-tiba menyala,tapi kosong tak ada display. Mungkin ada litar pintas kot,
Yela jam dah diisytiharkan rosak kan, macam-macam boleh jadi. Kemudian timbul garisan ----
kat paparan jam disusuli kemunculan angka 12.00am. Lebih kurang macam boot system la gayanya.
Lepas aku tutup cover belakang
dan laraskan waktu, nampak ada piksel mati di ruangan tarikh. Itu sahaja yang
nampak kurang sempurna, lain-lain fungsi masih ok. Selepas bertahun-tahun dia ‘koma’,
tiba-tiba dia hidup balik, terpaksalah pakai semula. Hihiiii…Rasa macam Illuminati pun ada kalau korang ingat cerita Lara Croft.
Perancangan masa depan aku nak beli model GA-1100GB
Gravity Master untuk menggantikan GD200, tiba-tiba terserempak pulak
dengan model Mudman GG-1000-1A3. Dengan tali warna military olive green dia…fuhhhh! Bergegar tulang rusuk.
Tahun depan siap kau!