|
N 3 32' 26" E 101 45' 11" |
Sabtu lepas aku n da geng HTC (Mr.KI dan Mr.Timi) menjelajah dan bermalam di Lata Medang Kuala Kubu Baru.Lokasi ni dipilih saat-saat akhir atas cadangan orang rumah aku.Persediaan pun
last minute jugalah,hari Jumaat baru nak cari kasut getah,beli parang baru,khemah baru,seluar trek baru.Serba barulah sebab dah lama tak
camping.Tahun 2014 dulu aku masuk hutan Ulu Sia Raub pakai
jeans dengan
safety boot je untuk
trekking 5 jam.Gila betul.Hasilnya semua kuku jari kaki pecah.
Dalam banyak-banyak barang,kasut getah boleh terlupa beli.Sudahnya aku sarung kasut getah saiz 41 bini aku...dah ini mendatangkan bala di akhir perjalanan.Baca sampai habis ye?
Untuk bermalam satu malam (masuk pagi Sabtu,balik pagi Ahad) aku cuma bawa :
1.dua set baju
2.beras satu kilo
3.sardin satu tin
4.minyak masak sebotol (letak dalam botol budu)
5.garam,kunyit,kicap (simpan dalam
zipper bag)
6.fire starter
7.parang
8.powerbank dua biji (20,000mAh + 5000mAh)
dan
handphone Sony Z2 yang dicas penuh sebelum masuk hutan
9.tali benang segulung (selalu orang kampung guna untuk buat pembinaan rumah)
10
.set basic memancing (ladung,mata kail saiz 10 dan tali 10 paun)
11.khemah untuk 2 orang jenama
Coleman Go!
dan sepasang bebola titanium (tak paham nasiblah,haha!)Beg
simple je,iaitu beg Deuter yang hari-hari aku bawak pergi opis.
Sebenarnya
powerbank sampai dua bijik tu agak melampau sebab Sony Z2 dicas penuh mampu bertahan sampai keesokan hari dengan baki bateri 40%.Itupun malam tu aku layan
game dengan mp3 sekejap.Syaratnya kena pakai
flight mode lah.Tapi tak apa,apa salahnya bersedia dengan kuasa simpanan lebih kan?
Member lagi dua orang aku tak pasti secara
detail barang yang diorang bawa,yang pastinya alatan memasak(
mess tin,kuali,periuk nasi dan
solid fuel)sosej,megi,telur ayam, sayur???! dan jajan adalah antara barang-barang yang ada masa tu.
Untuk ke lokasi,kami bergerak dari Taman Ehsan ke pintu masuk dengan kereta kodok aku.
Wife aku sukarela bawa balik kereta dan jemput balik nanti sebab kitorang fikir tak selamat kot nak tinggal kereta kat situ.Belum betul-betul sampai kat pintu masuk dah nampak bersusun kereta sampai tak boleh
U-turn keluar.Mujur Myvi dicipta untuk situasi macam ni,ditambah pulak dengan kecekapan
driver level 99999(aku la beb),maka nak pusing keluar balik tak jadi masalah.
Kitorang bertiga cepat-cepat
unloading barang sebab tak mau
port camping dipenuhi orang ramai.Mujur ada satu
group yang sampai serentak dengan kitorang nak panjat Gunung Rajah.Hehehe!dah selamat satu kumpulan.
Perjalanan bermula dengan merentas jambatan gantung dan kebun getah lama lebih kurang 500 meter.Masa ni pun dah boleh nampak sungai berair jernih melalui batu-batu besar.Kondisi trek masih tahap biasa-biasa,umpama jalan kebun lah senang cerita.Kesan tayar 4WD pun ada.Lebih kurang 1km,pendakian pertama bermula iaitu selepas simpang terakhir yang mana laluan ke Lata Medang adalah di sebelah kanan.Sudut mendaki taklah ekstrim,lebih kurang 25 darjah kot??Agak panjang juga trek mendaki ni.Untuk seorang perokok yang tak pernah bersukan macam aku ni,pendakian panjang tu agak meletihkan,tapi bila trek kembali rata,degupan jantung kembali normal dan tempo perjalanan kembali macam biasa.
Not bad.
Seterusnya trek semakin sempit dan trek tidak lagi betul-betul rata.Majoriti laluan di peringkat pertengahan ini adalah menaik walaupun sudutnya masih belum ekstrim.Sekiranya laluan betul,dalam tempoh masa satu jam,kita akan jumpa titian kayu bulat yang diikat dengan rantai motorsikal.Tak jauh dari titi ni aku
update lokasi ke
wife aku.
Signal DiGi kat
point ni H+ tau?
Wife aku yang pernah sampai ke Lata Medang sebelum ni,dia cakap lagi sejam sampai lah tu..
.Whatttt ???
Anggaran baki 1/3 perjalanan adalah mendaki dengan beberapa tempat sudutnya hampir 70 darjah mungkin.Di peringkat ni Mr.Timi agak barai sebab dia pun sama macam aku,tak pernah bersukan.Aku tak barai sangat (ceh!) sebab aku rasa trek ke Lata Medang ni cuma 1/5 je
level sukar dia
compare dengan trip Ulu Sia Raub.Mr.KI lain,dia memang pendaki gunung berpengalaman.Dengan
backpack besar pun,dia mampu berlari-lari panjat bukit sambil menyanyi dengan lirik lagu ikut suka hati dia.
Dipendekkan cerita,kami sampai ke air terjun Lata Medang jam 11.30 pagi.Rupanya ramai betul manusia kat situ,
campsite pun dah hampir penuh.
Ni yang tak syok ni....Kitorang tinjau-tinjau sikit,jumpa la satu tempat lapang berdekatan rumpun buluh.Baru nak buat
port,tetiba nampak lipan besar.Tak pasal-pasal lipan tu merasa pakukan parang bau kedai aku.Kemudian muncul sorang pakcik berbaju celoreng PLKN menunjukkan jarinya ke puncak bukit.Ooooo...bisu pakcik ni.
Apa yang kami faham,pakcik tu cakap kat atas lagi ada tempat berkhemah yang lebih baik.Mr.KI pun ikut pakcik tu tinjau diatas bukit,manakala aku dengan Mr.Timi melepak kat bawah.Sempat la aku pekena Winston sebatang sementara nak tunggu diorang turun.
Kemudian Mr.KI turun dan bagitau,kat atas
campsitenya agak luas.Tak ada khemah orang lain kat situ.Memandangkan kami mengutamakan privasi dalam berlibur,kami buat keputusan untuk naik setingkat lagi.Dia punya naik,mak aiiiii!!macam panjat dinding dia punya tegak.Tapi tak apalah,asalkan boleh bercamping tanpa gangguan orang ramai.Pakcik bisu tadi kami bayar RM5,upah tunjuk
port baekkk.
|
Cukuplah untuk kami bertiga,huhuhu! |
Settle set up khemah dan Mr.KI punya
hammock,kitorang masak
lunch dulu.Mr.Timi dan KI pilih untuk mandi-manda lepas makan,aku macam biasalah...bikin pancing
1st.Dapatlah seekor tengas kecik.Saiz-saiz nakal camni padan dengan pistol ikan je ni.Petang tu juga ada satu
group set up tali dari tempat kitorang mandi-manda sebab diorang nak main
waterfall rappelling.Betul ke eja ni.
|
Mata tengok ikan ye,abaikan abdomen tu |
Settle mandi, memancing dan solat,kitorang masak makan malam dulu sebelum hari gelap.Kat sini susah nak buat unggun api sebab kayu-kayu susah dapat.Yang ada pun buluh kering.Belum pukul 10.30 malam lagi kayu-kayu yang aku kumpul dah habis dibakar.
Malam tu kami tidur awal sebab tak ada aktiviti.Rugi tak bawak
playing card.Jam 4 pagi ada satu
group dari mana tah sembang-sembang luar khemah kitorang.Aku perasan diorang sampai cuma malas nak amik
port.Lantak koranglah,jadi la kau sentri kat luar tu.Pukul 6.40 pagi baru aku keluar khemah.Rupanya geng ni masuk jam 2 pagi nak naik puncak bukit tapi tak tau jalan.Selesai solat subuh,diorang patah balik keluar.Ape ke bijak sangat masuk hutan tengah malam?Ekstrim?Haha!Nak ekstrim lagi cer
try trekking guna siku.Haaaa,
power.Sebenarnya
safety paling penting.Contohnya dah panjat air terjun tu toksah la nak ber
selfie sampai ke hujung tebing,tergelincir karang,selamatlah kamu terbang 70 meter kebawah.
Lepas
breakfast,kami mandi-manda kejap,
pack barang,dan kemas
campsite,kami bergerak keluar jam 10.40 pagi.Lebih kurang 30 minit berjalan keluar aku tukar pakai selipar jamban je sebab jari sakit kasut ketat punya pasal.Ingat lega la pakai selipar,rupanya pakai selipar jamban bijik-bijik tu hazab juga.Melecet tapak kaki siot.Dalam sakit-sakit tu,kitorang sampai ke pintu masuk dalam masa kurang 2 jam.Hari Ahad lagi gila ramai manusia.
Ingatkan ekstrim dah aktiviti pembukaan kami 2016 ni,sekali
mainstream daaa..huhu!
Ni lah dia kalau pergi tempat-tempat mudah.Ramai boleh buat aktiviti sama.Pergi tempat-tempat ganas kang,bahayanya banyak.Adoiiiii....Apapun Lata Medang tempatnya cantik,akses pun mudah dan selamat.Kebersihan masih baik.Sampah kitorang bawa balik dan sisa makanan ditanam.Mujur ada Mr.KI yang berpengalaman dalam liburan hutan tanpa mencemarkan alam.
|
1.Lokasi tengas 2.Tempat public mandi kat bawah sana,kami mandi kat atas,hahahaha! |
Lata Medang
ohsemness level,3.5/5 bintang,yayyyy!