Assalamualaikum,
Mohon maaf banyak-banyak sebab amat jarang
update tahun ni.Kekadang
bila jumpa benda menarik untuk ditulis,masa pula tak ada.Ini pun curi-curi sikit
masa waktu petang sementara internet tengah
down.
Tanpa membuangkan masa,aku teruskan kepada
point bebelan aku untuk
kali ni.Dua benda yang aku rasa nak cerita iaitu pasal Terminal Jengka Sentral
dan juga Proton Persona.
Bagi sesiapa yang duduk disekitar Jengka,kampungnya di Jengka atau adik-adik
yang bekajar di UITM Jengka,mesti biasa dengan Terminal Jengka Sentral
ni.Terminal ni adalah bangunan baru yang dibina untuk menggantikan terminal bas
lama yang tidak lagi sesuai menampung keperluan semasa.Secara umumnya Jengka
Sentral menempatkan kaunter tiket bas,premis-premis perniagaan,medan selera dan
sebuah pusat bowling di aras atas.
Selepas bangunan ni siap awal tahun 2015( kalau tak silap ),hujung minggu
lepas merupakan kali pertama aku memasuki bangunan berkenaan.Masa mula-mula
Terminal Sentral ni siap,aku rasa terminal ni memang cantik dan memadai untuk
memenuhi keperluan pengguna.Terutamanya
impression bila dipandang dari
luar.
Bila aku masuk kedalam untuk ke pusat bowling, keadaan dalaman agak
menyedihkan.Lot-lot kedai masih banyak yang kosong,eskalator yang tidak
berfungsi,kebersihan toksah cakaplah,bersepah tahi burung di lantai dan
hand
rail tangga serta medan selera yang kelihatan hidup segan mati tak
mahu.
Persoalan pertama,bangunan Terminal Jengka Sentral ni dibawah pentadbiran
siapa?Majlis Perbandaran?Kalau dibawah Majlis Perbandaran,mohon pihak berkenaan
melantik kontraktor kebersihan dan penyelenggaraan untuk memastikan bangunan
baru ni menjadi petunjuk tahap kebersihan Bandar Jengka.Katakanlah
pelancong/orang luar datang dengan bas,tak malu ke benda pertama yang orang
nampak ialah terminal bas yang selekeh?
Bila kebersihan dan fasiliti terjaga dengan baik,secara perlahan-lahan
peniaga mula memenuhi lot-lot kosong dan terminal Jengka lebih meriah dengan
pengunjung.Sayang sungguh infrastruktur macam ni tidak ditadbir dengan baik.Akan
datang entah macamana pula dengan Stadium Jengka yang bakal siap tak lama
lagi.
Next.
Sudah hampir tiga minggu aku menjaga sebuah Proton Persona 1.6 Manual basic
tahun 2008.
Ownernya siapa tak perlulah aku cerita sebab kereta tu dalam
proses hendak dijual.Sementara menunggu pembeli,ada la beberapa kali aku pandu
dan paling jauh aku
drive balik Pahang.Dengan
mileage sekitar
142k,’usia’ kereta ni sedikit muda berbanding Myvi aku yang didaftarkan tahun
2009,tetapi dah berjalan sejauh 220k kilometer.
Dua perkara sahaja yang aku suka dengan Persona ni iaitu
gear
shifting yang terasa pendek dan juga penyaman udara yang sejuk gila.Yang
lain,maaflah.Samada isu kualiti atau kereta tu memang tak sesuai dengan aku.
1.Interior
Aku mulakan dari
interior dulu.Posisi memandu ok,cuma saiz badan aku
agak menyukarkan aku keluar masuk sebab peha tersangkut stereng.
Wife
aku pun
mention perkara yang sama sebab posisi yang ‘mendap’
menyukarkan proses keluar masuk.Meter bahanapi pulak agak sewel.Bila enjin
dimatikan,meter tak mau naik dah walaupun bahanapi penuh.Dalam keadaan paras
bahanapi kurang ( 1/8 tangki) sebelum dimatikan enjin,esok pagi meter tunjuk ‘E’
dengan lampu amaran menyala.Petrol hilang ke cmana?
Biasanya penunjuk simbol pam petrol kat panel meter ada anak panah kan yang
tunjuk kat sebelah mana posisi untuk mengepam bahanapi.Kiri atau kanan.Agak
pelik bila anak panahnya tak ada.
1st time memandu memang agak kalut
sikit.
Bunyi
reverse sensor sangat perlahan.Mula-mula aku ingat
rosak,rupanya ada berbunyi tapi halus benar bunyinya.Seram aku tiap kali nak
reverse kereta ni.
2.Sistem audio
Pada trim pintu depan kelihatan
grill speaker,tapi tak bunyi
langsung.
Faulty atau memang standard
tuningnya macam tu aku
tak pasti.
3.Handling
Bila sebut soal
ride and
handling,ramai yang akan puji
Proton.Barangkali benar.Kali terakhir aku memandu Proton dengan sedikit gila di
Lebuhraya Karak ialah dengan menggunakan Satria.Memang melekat.Tapi masa tu
belum zaman Lotus.Sekali lagi aku agak pelik dengan
behaviour Persona
yang aku pandu ni.Cengkaman di selekoh agak baik,tapi sedikit liar dan kurang
accuracy.Ditambah lagi dengan suspensi yang lembut,olengannya agak
terasa.Bila dalam keadaan macam ni,agak sukar untuk menjangka
limit
yang boleh diterima oleh tayar.Pendek kata boleh berlaku overkonfiden
disitu.Buat pertama kalinya
wife aku mengadu agak mabuk dengan suspensi
lembut.
Macamanapun aku tak meletakkan sepenuhnya pada kesalahan
teknologi.Memandangkan kereta tu agak berusia,mungkin ada mana-mana
wear
& tear yang menyebabkan kejituan pemanduan terjejas.
4.Enjin/Ruang enjin
Pertama kali aku belek enjin Campro,pada aku enjin tersebut
‘bulky’
untuk sesaran sebesar 1.6 liter.Respon dan
tork pertengahan bagus cuma
final ratio gearnya bagi aku agak besar.Pada 100kmj,meter rpm
menunjukkan bacaan 3000rpm.Untuk kereta bersesaran 1.5 liter keatas,sepatutnya
rpm berada sekitar 2600-2700 rpm.Bayangkan pengurangan 300-400 rpm ni boleh
menjimatkan berapa banyak petrol.
Di perenggan kedua tadi aku ada sebut pasal
shifting gear yang
pendek.Agak seronok bermain gear sebab pertukaran gear terasa
solid,malangnya menurunkan gear tidak seronok langsung.Maksud aku feel
solid tu sedap,tapi
gear susah untuk dimasukkan.Rugi 1/2
second kat situ macam klac terlalu pendek sedangkan klac cukup
panjang.Entah dimana silapnya tak tahulah.1/2
second kalau
speed
120kmj,dah masuk selekoh lewat sangat dah tu.
Satu pemandangan yang menarik perhatian aku ialah susunan
pulley-pulley
alternator,pam
power steering,kompressor air cond dan pam air.Unik
sungguh.Sehelai
belting menjalankan empat kerja tu aku tak hairan.Yang
aku rasa pelik sikit ialah posisi
tensioner.Posisinya menyebabkan
belting dipaksa untuk ‘
bend’keluar dan kedalam dengan maksimum.Mungkin
untuk mencapai
surface contact maksimum pada kesemua
pulley.Dalam keadaan tekanan kerja semacam ni satu saja tekaan
aku,jangkahayatnya tidak panjang.
Untuk yang terakhir,aku perasan saluran tabung air untuk
wiper dan
berbalut plastik dan diikat getah.Jangkaan aku mungkin tudungnya
hilang.Rupa-rupanya dah reput dan patah.Aduhai….Aku rujuk kat member yang pernah
pakai Gen2,memang cepat reput benda tu.
Kesimpulannya macam nilah,mungkin kereta ni memang tak sesuai dengan
aku.Orang lain pakai mungkin ok,aku pakai plak yang dah berusia,so agak tak adil
kalau aku menyalahkan kualitinya…
Sekian,jumpa lagi tahun depan,:) (Dah 18 hari di tahun 2016)