Isnin, 27 April 2015

Pi***id (sambungan)

Hari ni aku rasa nak menulis pasal sejarah pulak lah.Cerita pasal piramid je….Yelah,kalau bukan sebab piramid aku yakin ramai yang tak minat nak baca cerita-cerita sejarah.Sebenarnya aku dah tutup cerita pasal piramid ni sebab bukti fizikal belum ada.Leceh lah nak convincekan orang setakat guna papan kekunci.

Persoalan utama bila melibatkan cerita piramid sudah tentulah dimana terletaknya piramid-piramid ni.Ni aku nak bagitau awal-awal,sampai habis entri ni korang baca pun aku takkan sebut lokasi tepatnya.Bukan pasal aku berahsia,pasal aku tak sure.Tapi dia ada.

408771_421849721207705_923581441_n

Mula-mula kita tengok balik map lama Kepulauan Melayu diatas.Ada beberapa lokasi yang ditandakan sebagai lokasi piramid.Tapi kita akan fokuskan kepada dua lokasi sahaja di Semenanjung.Macam yang aku pernah sebut sebelum ni,radiusnya amat besar dan jangan ada yang cuba-cuba buat lawak nak cari dengan Google Earth.Memang takkan dapat.

Jadi,kaedahnya ialah rujuksilang dengan cerita-cerita hikayat lama,dalam kes ni Sulalatus Salatin.Dipendekkan cerita,perjalanan Raja Suran yang asalnya nak menakluk Empayar China  telah tersesat sampai ke Semenanjung Tanah Melayu dan menyaksikan sekurang-kurangnya dua peperangan besar tercetus iaitu dengan Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Langgiu.

Kedua-dua kerajaan yang tewas ni ditinggalkan begitu sahaja apabila Raja Suran kembali ke Amdan Negara.Dipermudahkan lagi cerita,lokasi piramid di alam Melayu ni ialah di tapak kerajaan-kerajaan lama yang tewas tadi.

Anda dapat pinpoint kat mana pusat kerajaan Gangga Negara dan Langgiu,dapatlah jumpa piramidnya sekali.Nampak macam mudah tapi mencabar sebenarnya.Sebagai pencetus semangat,bacalah petikan novel Bercakap Dengan Jin hasil karya Tamar Jalis.Batch-batch sebaya aku je sempat layan novel angker pakcik Tamar Jalis ni.Paling aku ingat ialah hantu bajang,lidah panjang suka makan telur mentah,haha!Nampak macam tak ada kaitan langsung,cerita hantu bajang dengan sejarah Melayu lama kan?Baca je dulu,tak rugi pun.Baca kat blog abang Merah Silu ni,http://merahsilu.blogspot.com/2008/03/mencari-asal-usul-beruas-gangganegara.html

 

Sedikit petikan novel tersebut,

 

"Puteri itu telah membawa aku ke mari, " kata datuk, "menurutnya Raja Gangga Negara, Shah Johan telah menanam hartanya di sini. Jauh dari pusat kerajaannya, dia melakukan ini, sebelum kepalanya dipancung oleh Raja Suran." Datuk pun berhenti bercerita. Mr.Brown ketawa berdekah-dekah. Barang yang dicari dan dihajati sudah ada didepan matanya.
Kawasan itu segera kami bersihkan. Saya terjumpa patung ular yang dibuat dari tembaga dipuncak tanah tinggi itu. Patung ditegah oleh datuk dari dijamah oleh sesiapapun. Kata datuk di bawah perut patung itulah tempat harta karun Raja Gangga Negara.”

 

Dah habis baca?

 

Rasa-rasa ilmu penuh didada,persiapkan peralatan kembara korang dan silakan cari piramid tu.Tak berminat aku nak berahsia-rahsia sangat.Sebabnya hanya segelintir je yang dapat ‘jumpa’ tempat tu.Itupun tak boleh bawa balik apa-apa.Hehe!So,tunggu ajelah orang yang benar-benar layak untuk cari dan keluarkan semua khazanahnya.

Harus diingatkan juga,angkatan tentera Raja Suran yang menyerang dan menjarah empayar-empayar lama Tanah Melayu ni amat besar.Kemusnahan yang dibawa juga besar.Sebab tu lah sampai sekarang orang tak percaya kewujudan tamadun-tamadun awal Tanah Melayu ni.Macam perumpamaan yang aku tunjuk kat member baik aku Sabtu lepas.

Kitorang makan tengahari kat satu kedai makan berhampiran apartment bekas hostel pekerja Perodua.Kebetulan depan kedai tu ada satu projek lot kedai terbengkalai lebih kurang belasan tahun.Cuma sempat naik tiang je.Selepas belasan tahun terbiar,anak-anak pokok kayu sudah sebesar lengan katang(pffftttt!!) aku.

Itu baru belasan tahun,bayangkan pula runtuhan kota-kota lama didalam hutan yang berusia ribuan tahun.Lagi mau cari dengan Google ka?

Isnin, 6 April 2015

Sony Lagi

Sony XPeria Z2

Samsung Galaxy Note 3

HTC One E8

Lenovo Vibe Z2

Xiaomi Mi4

OnePlus One

iPhone 5

Diatas ialah senarai telefon pintar yang disebut-sebut sepanjang 2014 dan sesetengahnya dipasarkan pada harga standard telefon pintar berspesifikasi tinggi iaitu sekitar RM2000++.Xiaomi dan OnePlus One adalah yang paling termurah tetapi nampaknya harganya masih ‘melekat’ sekitar RM1100 – 1300 akibat aktiviti ‘pencatutan’ berlebihan oleh pengimport dan penjual.

Menjelang suku kedua 2015,semua telefon diatas didapati dipasarkan dengan harga dalam lingkungan RM1100 - RM1500 yang mana aku rasa agak berbaloi.

Daripada 7 model yang tersenarai,aku cuma highlightkan tiga model teratas dan bakinya diabaikan atas sebab-sebab tertentu.Contohnya OnePlus One,spesifikasi dan harga dia sangat-sangat bernilai untuk wang,tapi faktor yang menyebabkan ia digugurkan dari calon akhir adalah kerana risau kesukaran mendapatkan alatganti sekiranya berlaku kerosakan.Lagi satu ialah harganya.Barangkali telefon pintar ini dianggap ‘rare’ oleh penjual,harganya seakan tak bergerak sejak ia mula dipasarkan dulu.Mungkin jika syarikat pengeluar mengeluarkan model baru (OnePlus Two barangkali),harganya akan menjunam dengan banyak.

Xiaomi?Dah tak best kot.Lenovo macam fragile je….iPhone? Gila boringggggggg………Oppo memang takde dalam list sebab tak minat.Lagipun jenuh la nak tulis semua champion 2014.

 

Tiga calon terakhir yang tinggal ialah nama-nama biasa dalam dunia telefon pintar Android.

 

HTC

Telefon terakhir aku ialah HTC One X yang mana kalau skrin dia tak retak,kondisinya pasti masih tiptop dan relevan digunakan.Paling aku suka ialah kameranya yang menghasilkan gambar terbaik dari perkakasan 8 MP dan pemprosesan imej yang laju.Aku pernah compare dengan kamera XPeria Z1 adik aku,ternyata kamera One X masih lagi menang.Bagi aku lah.Cuma satu kelemahan ketara iaitu bateri yang amat kecil pada standard sekarang.Bateri bersaiz 1800mAh dan berusia lebih dua tahun dikerah untuk penggunaan hardcore aku rasa hanya boleh bertahan sekitar 2-3 jam sahaja.

 

SAMSUNG

Aku tak pernah menggunakan telefon jenama Samsung sepanjang hayat aku.Walaupun mereka ialah leader dalam pasaran telefon pintar,aku tak pernah ada rasa yang teramat sangat untuk memiliki jenama Samsung.Pernah juga aku godek-godek Note 3 member aku,dan tak dinafikan hardware dia memang terbaik.Cuma aku pernah cakap dulu kot,aku tak berminat dengan jenama yang terlalu mainstream.Sana sini jenama Samsung,rupa tak lawa plak tu.

Barangkali itu point utama aku tak minat Samsung.Rupa dia nampak cheapo dengan material badan yang biasa-biasa.Tapi harga mahal sangat.Bagi aku untuk sebuah syarikat besar yang berkeupayaan menghasilkan produk berskala ekonomi,patut menjual produk dengan harga yang optimum.

 

SONY

Jenama yang kembali menggunakan nama asal dia ni aku pernah guna sekitar hujung tahun 2010.Masa tu zaman peralihan daripada OS Symbian kepada Android.Kira tak berapa batak hot lagi la telefon-telefon Android masa ni.Sony yang aku guna ialah Aino U10i.Spec dia boleh tahan la dengan bateri 900mAh,semi touchscreen,kamera 8MP,GPS dan Wi-Fi.

Sayangnya rekabentuk dia kurang lasak.Cukup setahun skrin dia diluncur-luncurkan untuk memaparkan keypad fizikal,fungsi touchscreennya gagal berfungsi lagi.Agak lama juga aku banned jenama ni sehinggalah Sony kembali mencuri perhatian dengan siri Xperia Z.

 

Selepas setahun lebih ‘menderita’ dengan Gorilla Glass retak,akhirnya pengganti yang ditunggu-tunggu muncul juga.Memperkenalkan…………………

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 

IMAG1661

 

Sony Xperia Z2!

Tapi…kenapa Sony???

Memang,sebelum ni pengalaman aku dengan Sony tak berapa baik.Hubungan kami putus selepas setahun bersama,huhu!Tapi bila aku tengok dan pantau telefon adik aku (XPeria Z1),keadaan telefon tu masih cantik,bateri tahan lama dan bertugas dengan cemerlang tanpa masalah.Mula-mula dulu aku agak skeptikal dengan kemasan kaca yang nampak tidak lasak dan cepat comot.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tak pilih saja flagship Sony 2015 iaitu Z3?Jawapannya adalah kerana bezanya tak banyak berbanding Z2.Harganya pun lebih berpatutan untuk spec yang masih relevan.

Tapi semua tu tidak menjadi masalah besar kerana ada beberapa faktor penting yang menjadikan successor kepada Z1 ini menjadi pilihan.

 

1.Aku memang cari smartphone yang besar sikit dari One X,tapi tak terlalu besar.

2.Skrin Full HD 5.2 inci dengan ketumpatan piksel 400 keatas

3.Speaker stereo

4.Butang khas untuk shutter kamera

5.Slot MicroSD Class 10

6.Keupayaan kalis air dan debu

7.Rupa dan material premium tanpa bonjolan lensa kamera.

8.Bateri berkapasiti besar dengan endurance rating GSMArena 80jam keatas.Hari pertama di tempat kerja,bateri dicas 80% tanpa Stamina mode mampu bertahan sehingga balik kerja dengan baki 23%.Penggunaan pulak sederhana berat.

9.RAM 3GB

 

Selepas dibanding-bandingkan,ternyata Xperia Z2 paling menonjol diantara ketiganya.

Kenapa aku tak pilih HTC walaupun aku suka pembuat telefon Taiwan ni?

Jawapannya ialah kerana HTC tiada ciri-ciri perlindungan air dan debu.

Bagaimana dengan Samsung Note 3?

Aku akan beli smartphone dari Samsung jika Sony dan HTC tidak wujud dalam dunia ni,heeeee!

Masalah aku sekarang ialah,kenapa bajet aku jauh tersasar dari perancangan asal?Kalau diikutkan aku nak yang harganya bawah RM1500 sahaja.Pendapat aku ialah,harga yang disurvey dalam internet mungkin too good to be true.AP set barangkali.Total damage aku selepas mengepow pelindung skrin tempered glass dan MicroSD Class 10 32GB ialah RM1XXX.XX…haha!Kira la sendiri,GST dia RM102,jilaka betul!!

 

Z2 tidak sempurna 100%.Aku memang dah prepare untuk terima satu kekurangan yang aku jangkakan.Selepas beberapa jam ditangan aku,aku akur yang kameranya tidak sebagus HTC walaupun dengan 20.7MP.Pemprosesan imej juga agak lag sikit.Split second jer,tak banyak.

Apapun imej yang dihasilkan tidaklah kelaut sangat.Masih baik untuk mata kasar.Agak hairan ya?Sony bukan ‘orang baru’ dalam dunia fotografi digital,DSLR pun ada.Kamera dengan lensa 20.7MP sepatutnya menjanjikan imej yang jelas dan tulen.

Overall score untuk beberapa hari penggunaan aku bagi 9.5/10.Yeaayyy!!

* Berkenaan kualiti still photo Z2,ada sedikit kesilapan dalam respon awal.Tetapan default kamera rupanya pada 8MP (16:9),patut la kurenggg….Belum full throttle lagi rupanya.Kamera depan walaupun 2.2MP,mampu menghasilkan imej selfie yang baik asalkan cahaya mencukupi.

 

IMAG1662

IMAG1663

IMAG1665

Rabu, 1 April 2015

One M9

Salam jumpa lagi.

Rasanya agak lama juga aku tak tuliskan sesuatu pasal gadget yang paling penting dalam kehidupan seharian apalagi kalau bukan telefon pintar.Sebabnya aku cuma suka menulis berkenaan HTC.Lain-lain brand ikut nasiblah,asalkan pakejnya bagus.

Untuk tahun 2015;tepatnya setahun selepas pelancaran HTC M8,HTC mempertaruhkan model terbarunya iaitu One M9.Ianya bukanlah baru dari meja lakaran,tapi sebenarnya lebih kepada penambahbaikan daripada model terdahulu.Design masih lagi sama dengan siri One yang lain-lain.Aku rasa lah,diorang ni dah jumpa identiti design diorang dan tak mau main test-test market dengan rupabentuk baru.Bukan HTC saja,brand-brand lain pun nampaknya dah kurang bereksperimentasi buat rekabentuk yang pelik-pelik.Setiap kali model baru htc-one-m9-global-sketchfab-gunmetaldilancarkan,rupabentuk cuma dikemaskini secara minimal dari segi material binaan.Spesifikasi dalaman yang jauh lebih penting.

Secara jujur dan biasnya,rupa HTC sentiasa nampak cantik.Bak kata pengulas GSMArena,we are not tired repeating it in every review - it’s simply a gorgeous phone.Walaupun berat dan saiz fizikalnya besar berbanding pesaing,ianya tetap dimaafkan sebab kombinasi stereo speakernya yang bagus.Pada M9,kualiti audio jauh lebih baik dari generasi sebelumnya.Apapun skrin yang digunakan masih lagi dari generasi sebelumnya.

 

 

Jadi,apa perubahan yang ditampilkan pada HTC M9?

 

1. Butang kuasa - Akhirnya HTC memindahkan lokasi butang kuasa ke bahagian sisi.Lebih mudah dicapai pengguna apatah lagi pada telefon pintar yang bersaiz 5 inci keatas.

2. Gorilla Glass – Dipertingkatkan kepada Gorilla Glass 4 daripada Gorilla Glass 3 pada M8

3. HTC Sense UI 7.0

4. Hardware – menggunakan Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810.Lapan teras (Quad Core CPU 1.5 A-53 & Quad Core 2 GHz Cortex A-57 dan GPU Adreno 430).

5. Memori – cuma satu pilihan iaitu 32GB,slot Micro SD sehingga 128GB tetapi RAM dipertingkatkan ke 3 GB.

6. Kamera – 20MP (tiada OIS),kamera hadapan 4MP dan rakaman 4K

7. Bateri – 2840 mAh berbanding 2600 mAh pada M8

8. Lain-lain – Pengecasan pantas Quick Charge 2.0 (60%/30min)

 

Pendapat aku?Not bad tapi tak lah impresif sangat.Masih ada beberapa perkara yang perlu ditingkatkan.

Pertamanya dari segi bateri.Endurance rating sekitar 62 jam tidak begitu baik sedangkan M8 yang baterinya hanya 2600 MAh boleh mencapai angka 77 jam.Kemudian perlindungan dari debu dan air.Tiada.Screen to body ratio juga tak begitu menggiurkan.Ruangan bawah banyak dibazirkan dengan on screen button.

Synthetic benchmark sedikit kureng walaupun menggunakan Snapdragon 810.Tapi kenapa agaknya ya?Macam ni,Snapdragon 810 cukup berkuasa,tapi cepat kepanasan.Jurutera HTC terpaksa tune down untuk mengelakkan masalah panas lampau.Pulak dah.Baik maintain je cip 805 dengan RAM 3GB.

Selepas dipertimbangkan,aku cuma boleh bagi 2.5/5 bintang sebab…..

 

Harga anggaran dia sekitar *RM3,037.Whatttt?????!!!

*sumber

Selasa, 17 Mac 2015

Kualiti Tidur vs. Pemanduan Jauh

Apa yang aku nak tuliskan berlaku masa cuti raya Cina baru-baru ni.Adik aku,(tuan punya Vios yang aku selalu cerita dalam blog ni) mengalami kemalangan.Alhamdulillah semua yang ada dalam kereta tu selamat.Bagaimanapun ada sedikit pengajaran yang kita boleh pelajari terutamanya yang kerap memandu untuk perjalanan jauh.

 

20/2/2015 (Jumaat)

- Adik aku masih berada di kampung(rumah mak aku) sebab cuti CNY.Sepatutnya diorang dah boleh bergerak ke Sekinchan untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu aku,tapi wife dia seorang kakitangan Hospital Jengka perlu bertugas malam.

- Aku dengan abang ipar aku pulak dah selamat check in hotel di Sungai Besar tengahari tu.Semenjak kahwin,aku dengan abang ipar aku biasa memilih untuk bermalam di hotel sebab rumah saudara-mara confirm sesak.Nak mandi pun kena queue panjang.Untuk aku pulak pilihan tidur di hotel adalah kerana wife aku masih menyusukan anak.Biarlah selesa sikit kot-kot anak terbangun nak menyusu malam-malam.Takdelah terselak sana-sini tanpa disengajakan.

- Kitorang terpaksa book hotel jauh ke Sungai Besar sebab hotel-hotel di Sekinchan semuanya dah full booked.Maklumlah pekan Cina.Lagipun raya diorang kan..

- Sorang lagi adik lelaki aku yang masih bujang pun sama menge’check-in’ hotel di Sekinchan lepas dia tau yang kitorang pakat tidur hotel.Rezeki dia baik sebab dapat bilik kat Hotel Golden Harvest Sekinchan.Maybe bilik single banyak yang available lagi untuk walk in registration.Hotel ni best sebab hotelnya baru.Fasiliti pun padan dengan harga.

- Lepas Isyak ada aktiviti akad nikah di surau Tali Air 8 dan makan-makan.Itu saja.Agaknya dah lama aku tak makan menu kenduri kampung,sedap betul sup tulang diorang.

 

21/2/2015 (Sabtu)

- Hari kenduri.Mak aku dah sampai dengan adik aku dari kampung.Pukul 8 katanya gerak dari Bandar Jengka.Biasalah kenduri,aktiviti makan-makan,borak-borak dan menembak gambar.Lebih kurang pukul 12.00 tengahari,aku drive Vios ke pekan Sekinchan cari rokok.Bila keluar ke jalan besar,aku perasan kereta dia bergegar agak kuat.Aku suspek rim bengkok.Siap berenti tepi jalan tengok semua tayar.

- Dekat pekan pun aku check lagi sekali,tak nampak apa-apa pun.Sampai kat halaman rumah jiran makcik aku,baru la aku nampak tayar belakang sebelah kanan dah bengkak.Sebenarnya tayar tu asalnya dari rim kereta aku.Saiznya nipis sangat.Agaknya ada terlanggar lubang,dawai kat dalam putus lah tu.

- Jam 1 kitorang ke worksyop tayar(mujur ada yang buka).Asalnya nak tukar dua bijik tapi adik aku cakap kalau harga sekitar dua ratus,tukar je empat bijik.Sebabnya Isnin nanti dia nak ke Pekan,Pahang pulak.Wife dia ada kursus.

- Selesai tukar,petang tu kitorang memancing kat jeti kuala Sungai Bernam.Ingatkan best,tak best rupanya.Air serupa sungai Mekong.Bluesgang(belukang) banyak la kalau air camni.

-Lepas Maghrib aku balik hotel,adik aku yang Vios tadi balik rumah makcik sebelah mak aku kat Sekinchan.Dia tak check in hotel.

- Pukul 9 aku keluar pergi makan kat pekan Sungai Besar pekena nasi keras dengan sup daging kat gerai  medan selera depan padang majlis bandaran.Punya la lemau gerai tu,jilaka betul.Dekat sejam aku buang masa kat situ.

 

22/2/2015 (Ahad)

- Aktiviti pagi Ahad cuma berziarah ke rumah sepupu aku yang kahwin semalamnya.Kitorang dah nak balik dah,sebab tu round satu kali lagi sebelum balik.Selain tu,ada la kutipan lauk kenduri dan jajan-jajan goodie bag yang lebih,hihihi!

- Pagi tu aku cuma sempat hirup teh tarik secawan.Drive balik dari Sekinchan pulak ‘bercinta’ sakan sebab kereta banyak.Mujur la destinasi aku cuma Kota Damansara.Adik aku yang Vios tu la naya,jauh lagi nak sampai kampung aku kat Pahang tu.

- Lebih kurang pukul 3.00 petang aku sampai rumah.Terus masak nasik sebab perut dah menggelegak.Lepas makan baru aku plan nak hantar adik aku balik hostel UIA.Aku ingat lebih kurang 15 minit lepas tu abang ipar aku call bagitau adik aku eksiden.Haaaaaa!!!???

- Speechless aku beberapa saat.Kemudian baru aku tanya orang ok ke tak.Aku sarung baju semula dan terus gerak sorang-sorang ke lokasi kilometer 121 Lebuhraya Pantai Timur.Abang ipar aku gerak dulu dari Greenwood.Masa ni lapar aku tadi terus hilang,tak rasa apa dah.Sempat juga aku sambar dua goodie bag buat kudapan kalau keadaan mendesak.

- Kat highway Karak aliran trafik menghala ke Kuala Lumpur dah makin sesak.Nama je cuti CNY,Melayu yang sakan cuti balik kampung.Walaupun aliran trafik menghala ke Pahang tak heavy,aku terpaksa jugalah ON lampu hazard untuk maintain speed minimum 130kmj.Atas highway LPT laju sikit,150kmj.IMG-20150226-WA0005

- Sampai kat lokasi,kereta tengah ditarik naik towing truck

- Semua orang dalam kereta tu termasuk mak aku nampak tenang cuma wife adik aku agak trauma.

IMG-20150226-WA0001

IMG-20150226-WA0008

- Selesai urusan report di Balai Polis Temerloh,aku drive balik ke Lepar Utara bawa mak aku kat depan,adik bongsu perempuan aku kat belakang dengan wife adik lelaki aku pangku anak kecik dia.Adik lelaki aku naik dengan abang ipar aku.

- Sambil on the way tu kitorang sembang-sembang pasal punca eksiden tu..Mak aku cakap,adik lelaki aku terlelap dan kereta terbabas.Selepas menghentam pengadang tepi jalan,kereta melantun ke tengah dan hentam pembahagi jalan.Mujur kereta dibelakang agak jauh.

- Adik aku ni agak tahan driving jauh,tapi kali ni dia tewas pulak.Aku tau apa puncanya.

Kemudian aku bagitau wife adik aku,akan datang cuba dapatkan juga hotel untuk berehat.Peruntukan hotel aku yakin diorang berdua tak ada masalah.Bukan kita berlagak sombong taknak tidur rumah saudara-mara,tapi tengoklah apa dah jadi.Mak aku diam je tanpa bantahan…

- Sebabnya malam Sabtu tu lepas makan nasi keras,aku gerak ke rumah makcik aku sebab nak sembang-sembang dengan mak aku.Kat rumah tu ramai orang termasuk makcik-makcik aku yang lain pun ada balik bercuti.

- Dengan ambient yang agak panas,orang ramai,ditambah lagi dengan nyamuk(rumah dekat dengan sawah),aku amat-amat yakin tidur dia tak berkualiti.Sedangkan awal pagi Sabtu dia dah drive dari Lepar Utara ke Sekinchan yang makan masa tak kurang 4 jam setengah.Awal pagi Ahad anak kecik dia pulak meragam.Pagi Ahad dah berkemas nak balik Pahang.Kalau ikut rancangan asal,pagi Isnin nak ke Pekan pulak.Padat la jadual dia.

- Kemudian dalam kelesuan tu,driving pulak atas LPT waktu awal petang…fuhhhhhh!!!gila mengantuk!LPT lah highway paling membosankan,tak caya boleh try.Kereta rosak boleh claim insuran,nyawa hilang boleh claim?Sekali lagi aku tekankan kat sini,dapatkan TIDUR yang berKUALITI sekiranya aktiviti harian terlalu padat.

- Jam 7.15 petang aku sampai ke Lepar Utara.Lepas rehat,solat dan makan sikit(baru jumpa nasik sejak malam Sabtu!),pukul 8.30 aku dengan abang ipar aku balik KL semula.Jalan tengah jem teruk,badan barai gila,hahahaha!

- Kitorang cruising 130kmj kat LPT kemudian exit Lanchang.Abang ipar aku membebel minyak dia tinggal setakuk sebab cruise laju katanya.Lepas refuelling kat tengah-tengah jalan lama Lanchang-Karak,abang ipar aku pulak buat perangai pelesit dia.Dah la masa tu hujan,kereta awak tu ekon pun rosak.Adoiiiii!Aku rilek follow kat belakang.Bagi je dia lead,kang masuk sikit Highway Karak tetap nak kena hadap jem sikit  sebelum exit Bentong.

- Keluar jalan lama Bentong-Gombak,abang ipar aku kembali mempelesit.Tau la power touge dengan 1.5 way LSD.Aku bawak Myvi nak touge kejadahnya.Braking pun dah rasa faded, plus mounting absorber kong.Sampai naik mabuk aku ikut belakang dia,terutamanya bila dah makin dekat dengan area Gombak.Sharp betul selekoh kat situ.

- Pukul 1.15 pagi aku sampai Kota Damansara.Ok,dah habis.Korang paham dak cerita aku ni?

Online Scammer Upgraded!

Satu benda yang common dalam dunia internet sekarang ni ialah peniagaan online.Perniagaan online ni simple.Ada barang nak dijual,ada nombor akaun dan ada pembeli,maka cukuplah syarat berniaga.Tak perlu lesen perniagaan atau premis.Barang dihantar melalui pos atau tunai semasa serahan (cash on delivery).

Seiring dengan kerancakan perniagaan online,muncul segelintir manusia yang membuat penipuan online.Yang ni bisnes gak,tapi haramjadah punya orang.Penipuan online ni ada beberapa kategori ya tuan puan.Kalau dulu peniaga yang menipu,sekarang wujud pula pembeli penipu.Ini juga tergolong dalam penipuan online.

 

Pertama:

Diorang iklankan ‘barang’,tapi bila ada pembeli dah bank in kan duit,barang tak sampai-sampai.Sebabnya barang memang tak ada.Ini adalah BASIC penipuan online.Penipu online ni biasanya guna akaun bank orang lain,adik dia lah,makcik dia lah,sepupu lah…yelah,orang nak menipu.Konon-konon tak dapat tangkap la.Biasanya ‘barang’ yang dijual penipu macam ni harga dia jauh murah dari harga purata pasaran.Manusia amnya cukup mudah tergoda dengan tawaran harga murah.Ini kelemahan kita yang dimanfaatkan oleh si penipu-penipu ni.

 

Kedua:

Barang dijual tak sepertimana yang diiklankan.Dalam gambar bukan main cantik lagi.Bila dah dapat kat tangan pembeli,indah khabar dari rupa.Lebih malang lagi kalau dapat barang fake.Yang ni pun sama je M.O dia sepertimana diatas,harga murah gila.Contohnya kita beli IPhone 6 dengan harga RM1500,tapi yang sampai IPhone mainan buatan China.Pernah dengar tak kisah orang beli alat membesarkan bebird tapi dapat kanta pembesar?Haaa..macam tu lah.

 

Ketiga:

Kategori ni terbalik pulak,penjual yang kena kencing.Teknik mudahnya ialah memalsukan resit transaksi pindahan wang.Aku tak pasti macamana kaedah membuatnya tapi aku pernah jumpa dua-tiga kes macam ni.Dalam kes pembeli menipu peniaga,ini adalah kaedah paling tadika sekali.Bagi peniaga yang berhati-hati,diorang akan confirmkan dulu wang betul-betul telah dipindah masuk dalam akaun diorang.

Kebelakangan ni kaedah ni dah tak dibuat orang sebab nampak bodo sangat.Tetapi penipu sentiasa berevolusi untuk mencari kaedah penipuan yang berupaya menjerat mana-mana pihak yang terlalai.Contohnya adalah kaedah penipuan terbaru yang dikongsikan dalam page Facebook Group Niaga Pancing 88 (GNP88).

 

Keempat:

Kaedah ni melibatkan 3 orang (tripartite) dimana hanya satu pihak yang untung besar.Advance betul kaedah ni bilamana kaedah-kaedah diatas tak lagi berkesan untuk aktiviti pengencingan.Aku baru je dapat dari post hebahan dalam page Facebook jualbeli barang-barang pancing,GNP88.Contohnya macam kat bawah ni.Aku guna watak asal iaitu Izuan,Malik dan Yusry.Kalau tak silap,macam tu lah nama diorang.

 

Izuan : Penjual gewang

Malik : Pembeli telefon

Yusry : Pembeli gewang dan penjual telefon (penipu)

 

1.Izuan iklankan gewang untuk dijual dengan harga RM100

 

2.Yusry berpura-pura berminat untuk membeli gewang tersebut dan dalam masa yang sama mengiklankan telefon yang tak wujud di laman web Mudah.my dengan harga RM1000.

 

3.Untuk meneruskan transaksi pembelian gewang,Izuan memberikan nombor akaun bank kepada Yusry,dan Yusry memberikan alamat kepada Izuan untuk tujuan pengeposan barang.Yusry meyakinkan Izuan wang RM100 dikirim kepadanya dengan menggunakan wang sahabatnya.

 

4.Dalam masa yang sama,umpanan berhasil bila muncul Malik yang berminat untuk membeli telefon dari Yusry.

 

5.Yusry memberikan nombor akaun Izuan kepada Malik untuk di ‘bank in’kan sebanyak RM1000.Kononnya itu adalah nombor akaun kawan baik dia.

 

6.Selesai transaksi dari Malik kepada Izuan,Yusry menghubungi Izuan berkenaan urusan pembelian gewang yang berharga RM100 tadi.

 

7.Yusry memberitahu Izuan bahawa ‘sahabatnya’(Malik) yang konon-konon bank in duit bagi pihaknya telah terlebih bank in dengan jumlah RM1000.Harga gewang cuma RM100.

 

8.Yusry meminta Izuan memulangkan wang baki sebanyak RM900 dengan kaedah mengirimkan sekali dalam penghantaran gewang.Kiranya Yusry nanti akan dapat gewang dan wang ‘baki’ RM900 dari Izuan.Masa ni Yusry akan push Izuan supaya memulangkan baki ‘wang’nya secepat mungkin melalui pos.Akaun bank penipu tak akan digunakan sebab takut dikesan.

Di pihak Izuan sudah tentu tak keberatan untuk pulangkan balik sekiranya beliau jujur berniaga.Yelah,RM100 dia dah dapat dari Yusry untuk penjualan gewang.

 

9.Ultimatum kepada keseluruhan game ni adalah di peringkat ini.Sekiranya Izuan dengan ‘lurus’nya memulangkan ‘wang’ Yusry sebanyak RM900 melalui kiriman PosLaju(wang tunai dibungkus sekali beserta dengan barang yang dipesan),maka Yusry telah berjaya.

 

10.Malik melopong.Handphone tak dapat,duit pulak pergi ke akaun Izuan yang tak tahu menahu urusan jual beli handphone.Malik akan terus mengejar Izuan untuk mendapatkan duit dia semula.

 

11.Yusry bergumbira dengan gewang dan wang tambahan RM900.Paling koman call/mesej dah tentu tak berjawab.Off terusss!

 

 

Paham tak game-atas-game ni?

 

Yang jadi mangsa ialah Malik dan Izuan.Dari segi kewangan,Izuan tak rugi apa-apa,tapi akaun bank dia dimanipulasi oleh si Yusry untuk mendapatkan wang.Jadi satu masalah besar untuk Izuan bila dikejar Malik.Hidup tak senang beb.Kot-kot kena belasah ke hapa,tak ke naya.

So,be extra cautious dengan perniagaan online tak kira anda penjual atau pembeli.Dengan hanya satu nombor akaun,dua orang telah teraniaya.Dulu ada aku dengar ura-ura perniagaan online perlu didaftarkan.Masa tu ramai orang marah,aku pun sama.Banyak prosedur yang bagi aku menyusahkan peniaga online kecil-kecilan.

Biasalah,kita selalu nampak benda negatif dulu.Tapi kalau difikirkan balik,ada baiknya semua perniagaan online didaftarkan dalam satu portal khas.Lengkap dengan segala macam detail.Tapi tak payah la beryuran-yuran pulak.Free sudah.

Inisiatif contoh yang dipraktikkan dalam GNP88 ialah pihak admin menyimpan rekod penjual dan mengesahkan akaun penjual sebelum meluluskan sesuatu posting jualan.Aku bukanlah pembeli atau pengomen dikenali dalam page tu.Aku cuma pemerhati yang suka tengok kepelbagaian ragam manusia.Apapun,good job GNP88!

*Hari ni aku terjumpa lagi satu kes yang sama tapi melibatkan alatganti kenderaan.Aku rasa urusniaga jual beli online ni kena ada verifikasi dari kedua-dua pihak pembeli dan penjual,terutamanya pemilikan akaun bank.

Pastikan duit itu pergi ke akaun orang yang betul,dan duit masuk juga perlu datang dari orang yang betul bererta amaun yang tepat.Tak boleh berlebihan apatah lagi dengan jumlah yang tak masuk akal.

Sekiranya perlu,dapatkan foto ic kedua-dua pihak yang berurusniaga.Prosedurnya memang leceh,tapi jauh lebih baik daripada sengsara ditipu atau akaun disalahguna.