Selasa, 17 Mac 2015

Online Scammer Upgraded!

Satu benda yang common dalam dunia internet sekarang ni ialah peniagaan online.Perniagaan online ni simple.Ada barang nak dijual,ada nombor akaun dan ada pembeli,maka cukuplah syarat berniaga.Tak perlu lesen perniagaan atau premis.Barang dihantar melalui pos atau tunai semasa serahan (cash on delivery).

Seiring dengan kerancakan perniagaan online,muncul segelintir manusia yang membuat penipuan online.Yang ni bisnes gak,tapi haramjadah punya orang.Penipuan online ni ada beberapa kategori ya tuan puan.Kalau dulu peniaga yang menipu,sekarang wujud pula pembeli penipu.Ini juga tergolong dalam penipuan online.

 

Pertama:

Diorang iklankan ‘barang’,tapi bila ada pembeli dah bank in kan duit,barang tak sampai-sampai.Sebabnya barang memang tak ada.Ini adalah BASIC penipuan online.Penipu online ni biasanya guna akaun bank orang lain,adik dia lah,makcik dia lah,sepupu lah…yelah,orang nak menipu.Konon-konon tak dapat tangkap la.Biasanya ‘barang’ yang dijual penipu macam ni harga dia jauh murah dari harga purata pasaran.Manusia amnya cukup mudah tergoda dengan tawaran harga murah.Ini kelemahan kita yang dimanfaatkan oleh si penipu-penipu ni.

 

Kedua:

Barang dijual tak sepertimana yang diiklankan.Dalam gambar bukan main cantik lagi.Bila dah dapat kat tangan pembeli,indah khabar dari rupa.Lebih malang lagi kalau dapat barang fake.Yang ni pun sama je M.O dia sepertimana diatas,harga murah gila.Contohnya kita beli IPhone 6 dengan harga RM1500,tapi yang sampai IPhone mainan buatan China.Pernah dengar tak kisah orang beli alat membesarkan bebird tapi dapat kanta pembesar?Haaa..macam tu lah.

 

Ketiga:

Kategori ni terbalik pulak,penjual yang kena kencing.Teknik mudahnya ialah memalsukan resit transaksi pindahan wang.Aku tak pasti macamana kaedah membuatnya tapi aku pernah jumpa dua-tiga kes macam ni.Dalam kes pembeli menipu peniaga,ini adalah kaedah paling tadika sekali.Bagi peniaga yang berhati-hati,diorang akan confirmkan dulu wang betul-betul telah dipindah masuk dalam akaun diorang.

Kebelakangan ni kaedah ni dah tak dibuat orang sebab nampak bodo sangat.Tetapi penipu sentiasa berevolusi untuk mencari kaedah penipuan yang berupaya menjerat mana-mana pihak yang terlalai.Contohnya adalah kaedah penipuan terbaru yang dikongsikan dalam page Facebook Group Niaga Pancing 88 (GNP88).

 

Keempat:

Kaedah ni melibatkan 3 orang (tripartite) dimana hanya satu pihak yang untung besar.Advance betul kaedah ni bilamana kaedah-kaedah diatas tak lagi berkesan untuk aktiviti pengencingan.Aku baru je dapat dari post hebahan dalam page Facebook jualbeli barang-barang pancing,GNP88.Contohnya macam kat bawah ni.Aku guna watak asal iaitu Izuan,Malik dan Yusry.Kalau tak silap,macam tu lah nama diorang.

 

Izuan : Penjual gewang

Malik : Pembeli telefon

Yusry : Pembeli gewang dan penjual telefon (penipu)

 

1.Izuan iklankan gewang untuk dijual dengan harga RM100

 

2.Yusry berpura-pura berminat untuk membeli gewang tersebut dan dalam masa yang sama mengiklankan telefon yang tak wujud di laman web Mudah.my dengan harga RM1000.

 

3.Untuk meneruskan transaksi pembelian gewang,Izuan memberikan nombor akaun bank kepada Yusry,dan Yusry memberikan alamat kepada Izuan untuk tujuan pengeposan barang.Yusry meyakinkan Izuan wang RM100 dikirim kepadanya dengan menggunakan wang sahabatnya.

 

4.Dalam masa yang sama,umpanan berhasil bila muncul Malik yang berminat untuk membeli telefon dari Yusry.

 

5.Yusry memberikan nombor akaun Izuan kepada Malik untuk di ‘bank in’kan sebanyak RM1000.Kononnya itu adalah nombor akaun kawan baik dia.

 

6.Selesai transaksi dari Malik kepada Izuan,Yusry menghubungi Izuan berkenaan urusan pembelian gewang yang berharga RM100 tadi.

 

7.Yusry memberitahu Izuan bahawa ‘sahabatnya’(Malik) yang konon-konon bank in duit bagi pihaknya telah terlebih bank in dengan jumlah RM1000.Harga gewang cuma RM100.

 

8.Yusry meminta Izuan memulangkan wang baki sebanyak RM900 dengan kaedah mengirimkan sekali dalam penghantaran gewang.Kiranya Yusry nanti akan dapat gewang dan wang ‘baki’ RM900 dari Izuan.Masa ni Yusry akan push Izuan supaya memulangkan baki ‘wang’nya secepat mungkin melalui pos.Akaun bank penipu tak akan digunakan sebab takut dikesan.

Di pihak Izuan sudah tentu tak keberatan untuk pulangkan balik sekiranya beliau jujur berniaga.Yelah,RM100 dia dah dapat dari Yusry untuk penjualan gewang.

 

9.Ultimatum kepada keseluruhan game ni adalah di peringkat ini.Sekiranya Izuan dengan ‘lurus’nya memulangkan ‘wang’ Yusry sebanyak RM900 melalui kiriman PosLaju(wang tunai dibungkus sekali beserta dengan barang yang dipesan),maka Yusry telah berjaya.

 

10.Malik melopong.Handphone tak dapat,duit pulak pergi ke akaun Izuan yang tak tahu menahu urusan jual beli handphone.Malik akan terus mengejar Izuan untuk mendapatkan duit dia semula.

 

11.Yusry bergumbira dengan gewang dan wang tambahan RM900.Paling koman call/mesej dah tentu tak berjawab.Off terusss!

 

 

Paham tak game-atas-game ni?

 

Yang jadi mangsa ialah Malik dan Izuan.Dari segi kewangan,Izuan tak rugi apa-apa,tapi akaun bank dia dimanipulasi oleh si Yusry untuk mendapatkan wang.Jadi satu masalah besar untuk Izuan bila dikejar Malik.Hidup tak senang beb.Kot-kot kena belasah ke hapa,tak ke naya.

So,be extra cautious dengan perniagaan online tak kira anda penjual atau pembeli.Dengan hanya satu nombor akaun,dua orang telah teraniaya.Dulu ada aku dengar ura-ura perniagaan online perlu didaftarkan.Masa tu ramai orang marah,aku pun sama.Banyak prosedur yang bagi aku menyusahkan peniaga online kecil-kecilan.

Biasalah,kita selalu nampak benda negatif dulu.Tapi kalau difikirkan balik,ada baiknya semua perniagaan online didaftarkan dalam satu portal khas.Lengkap dengan segala macam detail.Tapi tak payah la beryuran-yuran pulak.Free sudah.

Inisiatif contoh yang dipraktikkan dalam GNP88 ialah pihak admin menyimpan rekod penjual dan mengesahkan akaun penjual sebelum meluluskan sesuatu posting jualan.Aku bukanlah pembeli atau pengomen dikenali dalam page tu.Aku cuma pemerhati yang suka tengok kepelbagaian ragam manusia.Apapun,good job GNP88!

*Hari ni aku terjumpa lagi satu kes yang sama tapi melibatkan alatganti kenderaan.Aku rasa urusniaga jual beli online ni kena ada verifikasi dari kedua-dua pihak pembeli dan penjual,terutamanya pemilikan akaun bank.

Pastikan duit itu pergi ke akaun orang yang betul,dan duit masuk juga perlu datang dari orang yang betul bererta amaun yang tepat.Tak boleh berlebihan apatah lagi dengan jumlah yang tak masuk akal.

Sekiranya perlu,dapatkan foto ic kedua-dua pihak yang berurusniaga.Prosedurnya memang leceh,tapi jauh lebih baik daripada sengsara ditipu atau akaun disalahguna.