Selasa, 19 November 2013

Penyakit Manusia Zaman Sekarang


Tajuk macam tak kena,tapi nilah dia 'sakit' yang aku nak cerita.

Sehari dua ni memacam cerita bangang yang aku baca.Menteri buat perangai budak tadika dalam
parlimen,sukan bolasepak tak boleh ditegur dan yang paling bangang,kisah tahyul Villa Nabila
serta khabar kereta berumur 12 tahun keatas dicadangkan untuk dihapuskan.
Apapun kita rungkai satu persatu terutamanya hal villa tahyul dan juga hal kereta sekolah lama.
Sedar atau tak,suratkhabar dan media elektronik sekarang mudah menonjolkan cerita tahyul
untuk menarik pembaca.Yang pakai Facebook pun satu hal,main hentam je share cerita karut
marut.Ambil masa sikit kaji kredibiliti sesuatu cerita tak boleh ke?Perenggan akhir sekali nanti aku
komen sikit pasal Facebook ni.

Budak Hilang Win,Kita Semua Loserfool
Yang paling baru cerita pasal kononnya budak hilang kat Villa Nabila.Sampai 23 orang lesap
 macam kentut je dalam kawasan villa tu.Padahal sorang je yang betul-betul hilang.Itupun pagi
tadi budak tu dah dijumpai di tempat lain.Cilaka betul,orang susah payah cari dia,dia sedap
beromen dengan makwe.
Bila sebut kisah lokasi angker ni,aku tak nafikan jin akan duduk di rumah yang tak berpenghuni
lebih dari 40 hari.Kalau tak silap lah.Itu rumah yang tak berpenghuni,rumah yang ada penghuni
pun boleh ada banyak jin kalau penghuni rumah tak beribadat.Ada faham?
Paling penting sekali pernah tak korang dengar berita sahih orang kena sorok hantu 10 tahun
kebelakangan ni?Lebih dari tu pun aku rasa tak ada.Come onlah…akal ada sila pakai,jangan
simpan dalam kasut,cerita karut macam tu cepat-cepat tolak ketepi.

Cerita Kereta Sekolah Lama
Ini kisah bangang berulang.Sekali buat silap itu normal,tapi kalau ulang lagi silap yang sama,
terbukti bebal sampai kesudah.Dulu dah timbul kisah ni.Katanya kereta lama punca kemalangan.
Maka terkeluarlah idea karut untuk hapuskan kereta yang berumur budak UPSR.Setahun dua
lepas rasanya heboh jugak cerita macam ni.Lepas tu senyap pasal apa tah.Lega la sekejap
geng-geng yang main barang sekolah lama.

Cun jugak Galant Kuda ni.Kereta arwah abah aku dulu kaler ni la,tapi tak mampu beli rim sport

Tup-tup muncul balik idea dari kepala lutut ni.Siapa la yang ‘genius’ sangat bagi idea ni ye?
Satu benda je aku mintak,tunjukkan statistik peratusan pecahan kemalangan mengikut klasifikasi
umur kereta.Boleh bagi?
Jap aku intai parking area kat rumah aku ni….Daripada 22 bijik kereta yang parking,ada tiga
bijik Proton Iswara Sedan yang aku rasa mungkin umurnya dah cecah 12 tahun.Maknanya
13.6% adalah kereta lama.Walaupun kejiranan aku ni tergolong dalam masyarakat berpendapatan
hampir sederhana,selera berkereta tidak sederhana.Ada Evolution VII(asli ye,bukan Waja jadi-jadian),
Toyota Alphard,Honda Stream RSZ,…errr..Mercedez pun ada.Sumpah tak tipu.Semuanya tak
 berapa nak lama.
Katakan la 13.6% tadi mewakili jumlah kereta tua dijalanraya Malaysia,berapa persen pulak
yang kemalangan?Haaa,jawab le.Sembang kencang aku pun pandai.
Nak implement sesuatu benda tu biarlah sesuai dengan keadaan sekeliling.Tak semua benda
yang negara maju buat,sesuai dengan negara kita yang baru nak bertatih ni.Kaji betul-betul
impaknya pada masyarakat.

Perenggan atas tadi aku ada sebut pasal Facebook kan?
Akaun Facebook aku amat-amat jarang aku log-out.Tapi aku pulak bukan jenis update-update
ni.Sesekali ada la tempek gambar anak.Aku lebih suka membaca status orang di wall dan juga
geleng kepala bila baca cerita tahyul yang orang share.
Dahulu aku rasa bijak betul idea Mark Zuckerberg ni.Boleh cari kengkawan lama.Tapi fungsi
Facebook dah jadi medan luahan perasaan 5 minit sekali,masalah rumahtangga,tayang harta
benda,tayang bini,budak sekolah tayang cemolot,share berita tahyul,fitnah sana sini,FAKE RELAY
(bangang jugak ni,relay tu geganti elektronik la samdol),dan jugak scammer perniagaan.Ni
semua punca masyarakat jadi makin mundur tahu?
Yang baiknya satu-dua benda je,tapi yang buruk kemain banyak.Dari situ buat aku fikir,kejadah
apa lah Facebook ni.Facebook tak salah,tapi orang yang salah guna membuatkan Facebook
serupa tahi.
Semua benda nak tepek kat wall.Gambar or post yang baik-baik takpelah,teruskan berdakwah.
Yang tak berfaedah takpayah la share.Geli nak baca.Mujur takde butang thumbsdown.

Buat masa ni aku masih dalam proses menimbangkan kerelevanan Facebook dalam hidup aku.
Andaikata makin berupa Faecesbook,aku akan tutup akaun.Boleh?

Ahad, 17 November 2013

Galaxy Note 3;Macam Best Jer,Macam Power Jer!


Agak lama aku tak menulis pasal gadget.Bila terkenang balik sematpon aku yang separa cacat ni,mulalah rasa nak cari phone baru.Website GSMArena pun dah agak lama aku tak buka,sampailah beberapa hari lepas member aku bertanyakan apa beza octacore dengan quadcore.
Selamba badak la aku jawab octacore lagi power sebab lapan teras.Pastu aku macam….eh…dah zaman  lapan teras ke??
Kemudian baru aku tanya phone apa yang dia maksudkan tu.Rupanya Galaxy Note 3.
Owhh……..

Di peringkat ni aku tak teruja langsung nak menyiasat menatang apa yang bernama Note 3.Sebenarnya aku tak berapa suka barang Samsung sebab skrin tak cantik dan jugak design yang boring.
Tapi aku akui satu kekuatan Samsung iaitu bateri yang berkapasiti tinggi plus boleh dibuka.Sebelum ni bateri yang ala-ala cukup makan aku boleh tolerate lagi,tapi tidak sekarang.Selepas balik dari outstation,aku perasan phone aku makin cepat kehilangan kuasa.Mungkin sebab masa outstation aritu,phone aku banyak dipakai sambil charging dalam kereta.Ni satu punca bateri cepat kong.Smartphone dengan bateri cepat haus ni tak relevan lagi dah.Serius wehhh.Nak plak korang ada pakej mobile internet yang agak laju.Larat ke nak menggendong powerbank sepanjang masa?
Sebab itulah nama Samsung mula aku pertimbangkan untuk gadget seterusnya.Let see spesifikasi asas Note 3:


Skrin: Super AMOLED 1080 x 1920 piksel,5,7 inci,386 ppi,S-Pen
Berat: 168 gram
SIM: Mikro SIM
Memori: 16/32/64 GB, 3GB RAM,Mikro SD slot sehingga 64GB
Kamera: 13MP
OS: Android Jelly Bean 4.3
Chipset: Snapdragon 800/Exynos 5 Octa 5420
CPU: Quadcore 2.3Ghz Krait 400,Quadcore 1.9Ghz Cortex-A15
Bateri: Li-ion 3200mAh

Baru kejap tadi aku tanya kedai harga dia,sekitar RM21**.** lebih kurang.Skrinnya takdelah cun sangat,tapi faktor kemenangan kat gadget ni aku rasa ialah kelajuan dan ketahanan bateri.Lepas ni,jadikan dua faktor ni sebagai panduan untuk memilih gadget yang berbaloi.
Contohnya MacBook Air yang aku pakai ni.Lama betul bateri dia boleh bertahan.Cuma OS dia ni yang aku tak into langsung.Tak friendly,kekadang bengong semacam bila aku cucuk USB 4GB yang nak penuh.Mujur MacBook pinjam,hehe!Aku tak cukup mereng lagi untuk meleburkan ribuan ringgit untuk sebuah gadget yang susah nak dipakai.

Sabtu, 16 November 2013

Kampung Lama


Bak kata pujangga Meleis,jauh perjalanan luas lubang poket,hehe!
Gurau-gurau je ye?Tapi lojik akal bila jauh berjalan,banyak la benda-benda baru yang kita jumpa.Sebelum ni aku tak tau rakyat Pantai Timur suka bedal ubi-ubian dikala musim tengkujuh.
Ramailah orang berniaga ubi,macam-macam jenis ubi yang kebanyakannya aku tak pernah jumpa.Aku cuma tau ubi kentang,ubi keledek,ubi kayu,ubi keladi…..jenis-jenis yang common lah.
Sebelum masuk bab nama-nama kampung,ada satu jenis pemandangan yang buat aku sedikit touching.Sepanjang perjalanan aku menjalankan tugasan ni,banyak kampung-kampung lama di pinggir jalan.
Negeri lain pun ada kampung lama cuma suasananya mungkin berbeza sikit.
Bilamana ada kampung lama,mesti ada rumah-rumah kayu lama yang ditinggalkan.Aku suka tengok bangunan atau rumah lama ni.Cantik berseni sebenarnya walaupun semak dah naik sampai tingkap rumah.Tapi ada satu rumah kampung lama yang buat aku sedih sikit.Nak amik gambar tak sempat sebab driver bawa laju bohh!
Kawasannya sekitar Marang,Terengganu kalau tak silap aku.Rumah kayu lama tu bertiang tinggi dan terletak dalam kebun kelapa.Kebun kelapa tu pulak bersih,tak semak langsung,so boleh nampak jelas rumah tu.Beberapa papan dinding dah lekang,bumbung pun dah tanggal sekeping dua.
Lepas aku nampak rumah tu,aku terfikir mana pergi orang-orangnya.Mana perginya anak-anak yang pernah dibesarkan dirumah tu.Mungkin semuanya sibuk berkelana dibandar,meninggalkan warisan keluarga terurai dimakan anai-anai…Kesibukan kota menjanjikan pekerjaan yang lebih menjamin masa depan barangkali.

sesekali aku sentimental,agak parah bunyinya...

********************************************************

Aku nak cerita pasal nama kampung sebenarnya kan?Di Pantai Timur ni macam-macam nama kampung yang pelik,kekadang terfikir juga mana datang la idea nak bagi nama kampung macam tu.Kat Terengganu ada nama kampung yang macam twin tapi jauh-jauh lokasinya.Berhampiran Kuala Terengganu ada Kampung Pak Katak dan di Hulu Terengganu ada Kampung Pak Kancil.Mungkin pengasas kampung ni adik-beradik.

Satu lagi kampung yang unik ialah kampung ni:
Kampung Teridi (3D??) berhampiran Penjom,Lipis,Pahang

 Memula masuk kampung ni,semua nampak flat jer,lepas pakai spek 3D baru nampak real suasana kampung,heheh!
Banyak lagi nama-nama kampung yang unik,tak berapa nak ingat pulak.

Gambar hiasan

Magic fruit,bersebelahan sekolah Sri Kiambang,Pasir Mas Kelantan
Pokok kat atas ni bukan spesies tempatan.Nama sainsnya malas plak aku nak Google.Pokok ni ditanam depan laman rumah pakcik Guard sekolah Sri Kiambang.Kenapa orang panggil buah ni buah ajaib?
Sebabnya lepas kita makan buah ni,segala benda yang kita makan akan terasa manis.
Aku pernah terbaca satu artikel betapa komersialisasi buah ni amat ditakuti pengeluar gula.Pernah ada usaha untuk menjadikan ekstrak benda ni sebagai pengganti gula,tetapi mendapat tekanan dari pengeluar gula.Bangang bukan?Ada jalan untuk membentuk masyarakat jadi lebih sihat,tapi kuasa wang mengatasi semuanya.
Apa salahnya tauke gula invest buka ladang pokok ni pulak.Itupun tak reti nak fikir ke?Adoiii!!!

Journey To Pantai Timur


As salam semua.
Rasanya lebih dua minggu aku tak mengupdate apa-apa dalam blog ni.Sebenarnya dua minggu lepas aku ada tugasan luar selama seminggu dan lepas tu sibuk menguruskan hasil tugasan.
Dari 4hb November sampai 9 November,aku berlegar-legar di sekitar kampung dan belakang rumah orang di Pantai Timur untuk tugasan projek germplasma pokok Patawali.
50 sampel perlu dikumpulkan dan kali ni sampel dari tiga negeri mempunyai jumlah yang agak samarata.

CABARAN MENTAL
Walaupun pokok ni boleh dikatakan agak popular ditanam di kawasan kampung,tapi nak mencarinya boleh tahan mencabar juga.

1.Kenderaan 4WD tak boleh dipandu perlahan sepanjang masa.Orang marah beb.Walaupun menggunakan kenderaan rasmi kerajaan.Masa tugasan zon tengah dulu aku terpaksa menyalakan lampu hazard.Mungkin lepas ni kena tampal stiker bertulis,"PENYELIDIKAN SEDANG DIJALANKAN.KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI".
Bila kenderaan dipandu agak laju,macamana nak nampak helaian daun hijau muda bersaiz sekitar 10-15cm dari celah-celah pokok belakang rumah orang kampung?Mujur kami semua bermata helang.Driver pun memainkan peranan jugak,terutamanya yang berpengalaman.Diorang tau laluan mana yang banyak kampung lama.

2.Keadaan lokasi sampel kadang-kadang amat ekstrem.Disebabkan pokok ni banyak dibelakang rumah orang dan selalunya berhampiran tangki septik atau perigi buta,faham-faham sajalah macamana keadaannya tu.Kebetulan sekarang musim hujan,ambik kau!Kalau bukan kerana kerja,jangan harap la aku nak masuk tempat-tempat macam tu weii..

3.Pokok tinggi.Yang ni memang kerap kami jumpa.Agak banyak sampel yang terpaksa kami tinggalkan sebab tak dapat nak ambil.Pokok ni sifatnya memanjat dan kalau pokok yang dipanjatnya tinggi,tinggilah naiknya.Tak mau turun lagi dah.

4.Ragam orang kampung.Yang ni memang terpaksa kena hadap,terutamanya bila sampel dibela cantik dan tumbuh elok depan rumah orang.Antaranya ada yang sungguh-sungguh cakap tak ada pokok tu padahal dari jauh kami dah nampak pokok tu rimbun belakang rumah dia.Satu lagi jenis orang kampung yang berniat baik,tapi tak faham kerja-kerja kajian.
Sampel yang kitorang nak biasanya keratan matang yang tak terlalu tua da tak muda sangat.Diorang terlebih rajin tolong kutipkan sampel,tapi sampel tua.Boleh hidup jugak katanya.Tapi kitorang lebih mudah dengan bersetuju je apa orang kampung cakap.Yelah,dah mintak barang dia,takkan nak banyak songeh pulak.

Pemetik kelapa di Kampung Mahkota,Kuantan Pahang

LOKASI MEMBUTA
Sepanjang seminggu aku buat kerja luar,tempat tidur asal boleh je sudah.tapi taklah tido kat masjid.Maksud aku hotel murah yang harganya sekitar RM60-70 semalam.

1.Hotel Vista-Kemaman(RM70)
2.Hotel Sri Tanjung-Kuala Terengganu(RM70)
3.Hotel Selesa-Kota Bharu (RM65)
4.Hotel Gua Idaman-Gua Musang(RM60)

Yang terbaik Hotel Vista,boleh diharap hotel ni punya servis.Paling fail sekali Hotel Gua Idaman.Patut harga dia 30 ringgit je satu malam.Lodging kat politeknik Shah Alam lagi best.Panjang sangat dah plak entri ni ye?Aku sambung kemudian lah sebab nak cerita pasal nama-nama kampung yang unik aku jumpa.
Overall,Pantai Timur memang ohsem terutamanya makanan!















Selasa, 29 Oktober 2013

Jangan Poyo Ketika Study

Hujung minggu lepas aku sempat bersembang dengan adik perempuan aku yang tengah belajar kat UMT.Kebetulan dapat jumpa sebab urusan pampasan tanah (cerita dalam entri lepas),dan juga nak bawa dia pergi berurut sebab sakit belakang.
Dia didiagnosis mengalami masalah 'scoliosis',iaitu tulang belakang bengkok seperti huruf 'S'.Punca dia jadi macam ni sebab jatuh motor kena sondol dengan kereta.Dalam dok bersembang tu,termasuklah topik perbelanjaan masa zaman belajar.Sebelum tu dok melayan mak aku sembang pasal saudara aku yang juga pelajar UMT.Dari kisah saudara aku tadi,aku teringat kisah yang aku baca dalam Facebook pasal student mengencing mak ayah konon nak duit untuk belajar,tapi rupanya nak pergi melancong dengan boyfriend.Padahal mak ayah bercatu makan ikan kering kat kampung.
Pernah baca tak kisah tu?Bila boyfriend tanya "amacam,mak u bagi duit tak?"Pempuan tu jawab,"mak i busy,dia kat oversea..."Dafuq.

Saudara aku tadi takdelah sampai tahap macam tu,cuma cerita pasal dia mentrigger ingatan aku kat kisah sadis tu.Adik aku cerita la pasal spending dia duduk rumah sewa yang sebenarnya lagi jimat daripada duduk hostel.Memandangkan aku pun pernah jadi pelajar,aku pun ada kisah aku sendiri.
Masa aku study SAD(bukan sedih ya,Sijil Automotif Diesel) pinjaman Kementerian Pelajaran Malaysia diberi sebanyak RM4000.Aku dah lupa semester berapa baru dapat,semester 3 atau 4 macam tu lah.Masa semester satu,aku duduk hostel.Agak memudahkan tapi letih nak menapak pergi kelas.Semester dua aku duduk menyewa dengan kengkawan di kawasan perumahan Semambu Baru,Kuantan.Duduk luar tanpa transport sendiri amatlah sadis.Mujur ada kengkawan yang sama berkongsi kesadisan menaiki bas ke kelas.
Bas pulak lalu sekitar jam 7.15am,dah lah awal pagi,bas penuh dengan bebudak perempuan.Fuuuu!!Kitorang spesies alien,xble dekat dengan perempuan.Meremang bulu roma.Mujur di penghujung semester member aku bawa motor.Dapatla aku menumpang sekaki sampai habis semester.Tapi itu tak bermakna aku boleh berasa lega dan mengharap tumpangan sampai habis study.
Semester 3 adalah semester latihan industri(LI).Member-member serumah aku banyak cabut buat LI kat kampung.Aku dapat LI di sebuah bengkel di Jalan Teluk Sisek iaitu Kernol Industries Sdn.Bhd dengan elaun RM250 sebulan.Lepas la buat belanja bulanan.Masalah kat sini ialah transport untuk berulang alik.Masak la aku kalau nak panjat bas awam tiap hari.
Akhirnya aku dapat juga motor Yamaha SS buruk arwah bapak aku.Buruk luaran tak penting,yang penting aku senang nak pergi bengkel.Lepas tu loan pun masuk,RM2000 untuk pembayaran pertama.Dengan loan tu lah aku restore balik motor buruk warisan arwah abah aku sehingga menjadi champion kategori NA.
Bakinya aku huhahuha dengan member-member,selesai.Sikit je RM2000 ye dak?
Tapi aku masa umur tu tak pandai lagi spend duit kearah yang terlalu sesat.Zaman tu aku tak pandai main snuker,melantak fast food,melancong,bergaya dengan pakaian branded bagai.Enjoy life zaman student aku cukup dengan rokok,makan,ada duit isi minyak motor (masa tu petrol RON92 RM1.32sen seliter) dan kekadang layan game arked.Itu saja..Serius aku cakap zaman study dulu aku tak pernah beli makanan kat fast food.Apesal?Nampak cool ke makan fast food pakai duit mak ayah?
Sesak tahap ikat perut sekali pun aku tak pernah sampai kencing abah aku kekonon untuk duit belajar.Ingat ye para pelajar-pelajar sekalian,zaman study tak payahlah nak hidup macam orang dah berkerjaya.Study bebaik dapatkan result yang bagus,lepas tu dapatkan kerja yang bagus,kemudian kamu nak makan fast food duabelas baldi pun boleh.

*pembayaran loan kedua aku beli PSOne,dengan buat lesen kereta,amacam?haha!