Rabu, 5 Jun 2013

Bangga Atau Tak Sengaja?

Apa yang korang fikir bila pertama kali tengok gambar ni?

 

2013-06-05_10-50-17

 

Pagi tadi masa membelek-belek fesbuk,aku terjumpa gambar yang diupload seorang yang aku kenal sebagai gambar profilnya.Aku tak pasti apa didalam fikiran dia,tak perasan atau sengaja mencari perhatian.

Lelaki dalam gambar kat atas ni ialah orang kampung aku.Walaupun sekampung,aku taklah kenal sangat peribadi dia ni,cuma kenal setakat orang sekampung.Yang aku boleh confirmkan,mak ayah dia Muslim dan dia pun Muslim.Umur pun tua setahun je dari aku.Kita ni kalau terjumpa orang sekampung dalam fesbuk,accept ajelah friend request tu.

Macamanapun,pagi tadi aku terpaksa unfriend sebab dia mengupload gambar ni untuk dijadikan gambar profil.Tak perasan atau attention seeker?

Oleh keranan aku ni positive person,aku harap dia tak sengaja dan cepat-cepat ganti gambar yang lebih senonoh sikit.Boh gambar berlatarbelakangkan pokok getah pun tak apa.

JTT Micro Infrared Battle RC Tank

Untuk peminat RC Tank!

 

JTT(Japan Trust Technology) menghasilkan model kereta kebal kawalan jauh yang diberi nama ‘Raji-Combat’ dimana ianya dikawal menggunakan IPhone atau IPad.Pertempuran boleh dilakukan sekiranya ada lebih dari dua unit dimana konsepnya sama seperti IR-Battle pada kereta kebal kawalan jauh skala 1/24 atau 1/16.

Sebanyak empat damage diperlukan untuk menewaskan musuh menggunakan meriam yang dilengkapi pemancar infra merah.Kereta kebal mikro ini mampu mendaki cerun setinggi 30 darjah,seberat 30gram,pengecasan 30-50 minit menggunakan USB dan tempoh permainan selama 5 minit.

Ianya dijual pada harga 2980 yen(RM92) dan 5280 yen(RM163.3) untuk set Tiger 1 & T34.

*Mula-mula nampak macam best sebab cute gila,tapi duration permainan 5 minit je.Tak best.

1

Akihabara News

Akihabara News (2)

Akihabara News (1)

 

Info:akihabaranews

Keretapi Maglev Jepun

Edisi berita kopi pasta kembali lagi.

Pernah dengar teknologi ‘maglev’?’Maglev’ ialah teknologi terkini dalam sistem pengangkutan awam keretapi laju dan masih berkembang pesat.Maglev ialah singkatan perkataan ‘magnetic levitation’(apungan magnet) dimana berat keretapi ditampung oleh kuasa tolakan magnet.

Oleh kerana apungan itu membolehkan keretapi bergerak tanpa menggunakan roda,faedah lain yang didapati ialah tiada lagi geseran dan membenarkan keretapi mencapai kelajuan sehingga 500kmj.

 

article-2335785-1A1F3110000005DC-961_634x417

 

Jepun adalah pioneer dalam pembinaan keretapi laju sejak 1964,tetapi China berjaya mengkomersilkan penggunaannya sebagai pengangkutan awam iaitu Shanghai Maglev pada Januari 2004.Shanghai Maglev bergerak selaju 428.8kmj,dan dibina dengan kos US$1.3 bilion.

Unit pertama dari lima buah yang dibina JR Tokai selamat diuji di trek ujian dan mencapai halaju 497kmj.Penggunaan komersilnya dijangka pada 2027 sehingga landasan yang menghubungkan Tokyo ke Osaka siap pada 2045 dan menelan belanja $45 bilion.

Keretapi laju adalah alternatif terkini untuk bergerak dari bandar-bandar utama dengan cepat dan lebih mesra alam berbanding kapal terbang.

 

*Info DailyMail

Selasa, 4 Jun 2013

Susahnya Nak Dapat Duit Semula…

Entri yang lepas aku ada ceritakan macamana duit didalam akaun aku disedut secara haram.Hari ni dah lebih seminggu kejadian tu berlaku dan masih belum ada apa-apa perkembangan positif dari pihak bank.

Disebabkan transaksi tu melibatkan Google Play Apps,maka banyak pihak terlibat dan setelah beberapa hari sibuk mengemail mereka,inilah catatan sebahagian perjalanan proses untuk mendapatkan duit aku semula.

Aku -> Maybank -> VISA -> Google Play/Wallet Team -> Games Developer(Kiloo Games)

1.Kiloo Games

-Geng Kiloo Games cuba membantu tapi tiada sebarang transaksi diterima dari Google yang melibatkan identiti aku.

-Berpuluh-puluh email dihantar dan diterima beserta dengan bukti debit dan akhirnya siasatan menemui jalan buntu.

 

2.Google Play/Wallet Team

-Diorang pun bagi respon tapi selepas mengemukakan semua bukti termasuk printscreen profil Google Wallet dan list transaksi yang berjaya,siasatan mereka terhenti atas beberapa sebab.

-katanya diorang tak boleh siasat sebarang pengecajan yang tidak dilaporkan melalui login ID Google Wallet atas dasar keselamatan dan privasi.

-Cadangan diorang ialah menghubungi pihak bank yang mengeluarkan kad debit tersebut untuk refund.

-Kesimpulan;tolak masalah kepada orang lain.

 

3.VISA

-Aku baru je mengemail bahagian credit dan debit VISA Malaysia.Setakat ni belum ada respon lagi.Kemudian aku cuba baca ruangan FAQ (Frequently Asked Question) berkenaan VISA Debit.

-Ini adalah soalan yang menarik perhatian aku:

How can I dispute a charge on my Visa Card?

Visa banks issue cards and are responsible for all billing and account management issues.Visa has no access to or jurisdiction over accounts.Accounts are confidential and propetiary information between the bank and the cardholder.

-Visa ni lagi aku tak faham.Kalau ada masalah,contohnya macam yang aku hadapi baru-baru ni,Visa sepatutnya bertanggungjawab sama.Memang Visa memudahkan urusan transaksi tanpa tunai,tapi diorang sepatutnya ada mekanisma verification semasa transaksi tu diadakan.

-Diorang cuma menyediakan perkhidmatan debit,tapi taknak bertanggungjawab dan semua masalah ditolak ke bank?Servis apa macam ni?

 

4.Maybank

-Aku dah replace kad dan menghubungi nombor branch Maybank Intan Millenium.Pihak sana agak terkejut macamana aku boleh tau transaksi haram tu dilakukan dari dalam branch.Tapi diorang tak usaha nak siasat sendiri,katanya investigation adalah kerja HQ.Aku diminta membuat laporan ke HQ untuk sebarang complaint.

-Maybank ada memberi respon dari email aku dan aku diminta melengkapkan borang Dispute Form dan fakskan kepada mereka untuk siasatan lanjut.Tetapi…

-Tempoh siasatan adalah teramat panjang,iaitu 45 hari.Itupun mungkin lebih kalau diambilkira 45 hari bekerja.Agaknya sebab aku bukan Lisa Surihani yang hilang RM50k.Duit aku hilang RM355 je.

-Tak apa,lepas aku serahkan semua bukti kat encik polis,baru laju sikit siasat kot.

Rabu, 29 Mei 2013

Hati-Hati Dengan Akaun Google Wallet Anda

Sekarang ni pengguna Android makin bertambah.Sokongan dari segi aplikasi percuma dan berbayar juga makin meningkat,dah mencecah 1/2 juta aplikasi yang boleh dimuatturun dari Google Play.

Kebanyakan dari aplikasi tersebut adalah percuma tapi barang percuma ni ada hadnya.Contohnya aplikasi permainan.Versi percuma mungkin hanya boleh dimainkan sehingga level 3,manakala versi berbayar mungkin sampai level 10.

Bagi yang tak kisah mengeluarkan sedikit bajet,apalah sangat kalau membeli satu game dengan harga RM5-6.lagipun kita membantu developer aplikasi untuk membangunkan lebih banyak aplikasi yang bagus untuk kegunaan seharian.Setakat ni empat aplikasi dalam smartphone aku adalah versi berbayar.

 

1.Sygic Navigation :US$29.99

2.N.O.V.A 2 :RM6

3.Air Attack HD :US$2.76

4.Fishing Times : US$2.13

 

Sebelum ni semua transaksi melalui Maybank VISA Debit tidak bermasalah sehinggalah hujung minggu lepas.Apa yang bakal aku ceritakan ni mungkin membuatkan korang semua takut nak guna kad debit dalam pembelian aplikasi Google Play.

Isnin lepas aku log in Maybank2u untuk bayar bil.Tetiba aku perasan kenapa baki duit aku terlalu sikit.Bila aku semak transaction history,ada dua PRE AUTH DEBIT berlaku pada 25 dan 26 Mei yang berjumlah US$57.09 setiap satu.Aku agak hairan bila masa pulak aku guna kad debit tu hari Sabtu dan Ahad.Kemudian aku semak debit card history.Terpampang dua PREAUTH SALE GOOGLE*Kiloo Games.Tapi,ketahian apa satu game berharga sampai 57USD???(Kiloo Games adalah developer permainan Subway Surfer yang FREE tu)

 

2013-05-28_11-03-16

Dengan sepantas kilat aku membuat panggilan ke Maybank Customer Care untuk menyekat pergerakan duit aku.Dalam pembelian menggunakan kad debit,memang normal setiap transaksi akan berada pada status PREAUTH sebelum bertukar kepada status SALE.

Sebagai contoh bila kita isi minyak.Walaupun kita isi minyak RM50,PREAUTH DEBIT akan menolak RM200.Selepas 2-3 hari,PREAUTH tadi akan bertukar menjadi REV PREAUTH,dimana duit kita dipulangkan semula sebanyak RM150 selepas ditolak RM50 (SALE DEBIT) isi minyak tadi.

Macam kes aku ni pulak,dua PREAUTH awal yang berjumlah RM355.88 telahpun ditolak terlebih dulu dari akaun aku.Walaupun sepatutnya aku tak perlu risau sebab akan masuk ke fasa REV PREAUTH sekiranya tiada pembelian(duit dikredit semula kedalam akaun),pada 27 & 28 Mei PREAUTH tadi dahpun bertukar menjadi SALE DEBIT!Bermakna duit aku telah dipotong secara sahnya untuk sesuatu transaksi yang aku tak buat langsung.

Sejak dua hari lepas aku sibuk berbalas email dengan pembangun Kiloo Games dan juga Google Wallet berkenaan masalah ni.Mungkin ada kebocoran maklumat tentang profil aku di Google Wallet.So far diorang masih menyiasat “komplen”an aku.Di pihak aku juga,aku dahpun membuat kad baru Maybank yang tak ada fungsi VISA lagi sebab dah serik.Kemudian aku minta kakitangan Maybank yang uruskan kad baru tu untuk menyiasat status transaksi haramjadah tersebut.

Agak mengejutkan sebab mula-mula aku suspek ni angkara hackers/sindiket kad klon luar negara.Rupa-rupanya dua transaksi tersebut dilakukan dari dalam branch Maybank yang terletak di Shah Alam dan Intan Millenium Klang.Semua proof aku dah minta di printout dan brader Maybank tu siap bagi contact number kedua-dua branch tadi.Lupa nak tanya nama staff Maybank The Curve Damansara yang kelihatan otai tetapi sangat helpful tu.

Fasa seterusnya ialah menghubungi branch yang terlibat tadi dan kalau diorang tak membantu siasatan,aku akan lodge police report.Nantikan cerita seterusnya untuk mengetahui samada branch Shah Alam & Intan Millenium memberi kerjasama,apa jawapan siasatan Google dan mampukah aku mendapatkan semula duit aku yang dirompak secara professional….