Isnin, 20 Mei 2013

Trip Pertama di Pulau Carey

Semalam,(Ahad,19 Mei 2013) satu trip memancing telah diaturkan oleh Mr.Bantan..Mr.Bantan ni kawan sekampung aku.Walaupun tak sebaya,kami pernah sama-sama mengharung susah payah berkelana di Puchong masa zaman habis persekolahan dulu.

Sekarang Mr.Bantan berkhidmat dengan Sime Darby R&D Pulau Carey,dimana kaki pancing lembah Klang mesti tau yang persekitaran Pulau Carey amat banyak port memancing yang baik,cuma akses terhad menyebabkan hanya segelintir dapat masuk kedalam kawasan hakmilik Sime Darby ni.

Pulau Carey bukanlah seperti pulau yang kita semua faham,iaitu setompok daratan yang berada ditengah-tengah laut.Pulau Carey terbentuk apabila aliran Sungai Langat memisahkan sebahagian daratan menjadi seperti sebuah pulau.Pulau ni cuma ada ladang sawit,kilang pemprosesan sawit,perumahan kakitangan,fasiliti R&D dan juga biodiesel plant.

Disebabkan hampir kesemua permukaan Pulau Carey dimiliki oleh Sime Darby,akses kepada orang luar sangat terhad,melainkan korang adalah orang asli Mah Meri.Orang asli je boleh keluar masuk sesuka hati,sebab diorang adalah penduduk asal Pulau Carey ni.Memandangkan Mr.Bantan adalah kakitangan Sime Darby,dapatlah kami menumpang memancing kat pulau ni.

Berdasarkan jadual pasang surut,air mula pasang lebih kurang jam 7.00am.Maka aku tiga beradik bersama abang ipar mula bergerak dari Kota Damansara lebih kurang jam 6.15am.Mujur barang pancing dah siap packing dan bekalan nasik goreng juga wife aku sempat siapkan.

Agak kelam kabut juga pagi tu sebab masa adik aku sampai,aku masih terbongkang kat katil.Alarm bunyi pukul 5.30am pun aku tak sedar dah.Puncanya malam tu aku tak boleh tidur sebab cuaca panas,walaupun rasa mengantuk lepas balik dari diagnose kereta kat Rawang.

Selepas menghenjut Vios merentas NKVE,ELITE dan SKVE,kami sampai di depan guard post Sime Darby jam 7.02am.

Eksplorasi ke lokasi memancing memerlukan motorsikal untuk meredah ladang sawit,dimana Mr.Bantan sudah uruskan semuanya.Kami cuma parking kereta di kuarters kakitangan,dan motorsikal sudah tersedia untuk dilenjan.Lebih kurang 15 minit masa perjalanan untuk merentas ladang sawit untuk ke lokasi memancing yang terletak di koordinat 2.902075,101.369774.

 

IMAG1034

semua orang hati banyak hepi loo

 

IMAG1036

selipar kena buka sebab wajib randuk lumpur paya bakau

Cabaran seterusnya adalah seperti diatas.Itu baru sikit.Di tempat yang betul-betul lembut,kaki aku terbenam hampir ke paras lutut!Walaupun jarak yang perlu diranduk lebih kurang 30-40 meter saja,terasa pancit jugalah menarik kaki dari lumpur sambil memegang barang pancing.Cuba tengok stokin lumpur kat kaki diorang ni:

 

IMAG1037

 

Lebih kurang jam 7.45am barulah aktiviti memancing bermula.Mr.Bantan menyediakan umpan ikan belanak sebanyak 2kg,dan udang pasar setengah kilo kot.Kata dia umpan lain kurang ampuh.Isi belanak lebih berkesan untuk memancing spesies gelama pisang dan senangin.Tapi macamana pun dah tentu tuan rumah yang score dulu.Mari lihat aksi beliau,saspen gak la tengok beliau mengepam mesin pancing:

 

IMAG1039

Bakal hasil pertama yang membuat kitorang teruja

IMAG1043

Tuuu diaaaa!!ikan belukang!

 

Walaupun ianya ikan belukang,kira oklah daripada membangau.Kemudian ikan tu dilepaskan semula supaya menjadi lebih monster,hehehe!Lagipun sebenarnya reputasi belukang ni agak buruk disebabkan dongengan orang dulukala.Khabarnya ikan ni makan tahi.Mungkin zaman purba dulu orang Melayu berak tepi sungai.La ni Melayu dah berevolusi jadi spesies manusia yang lebih bertamadun,mana ada berak tepi-tepi sungai lagi dah.

Malangnya nama belukang tetap juga tercemar.Kasihan si belukang…..Agaknya kalau ikan belukang ni sedap macam patin masak tempoyak,sure berebut orang terjah pantai Sekinchan.

Apapun sasaran kami ialah ikan bersisik.Gegaran pancing aku yang pertama rupanya dihenjut sirat-sirat,rupanya lebih kurang belut.Fighting dengan sirat-sirat ni agak best juga sebab berat macam ikan besar.Tapi perambut habis jahanam digulungnya.

Tak lama lepas tu ikan bersisik pertama naik,iaitu gelama pisang yang menjamah umpan isi belanak di kail aku,diikuti Mr.Bantan yang mendapat gelama pisang juga dengan saiz besar sedikit.

IMAG1046

Ikan ni kalau banyak memang syok melayan,tapi teknik ragutannya yang halus menyukarkan kami yang selalu melayan sambaran belukang ni.Banyak yang miss.Tak ada spesies lain berjaya dibawa naik.Sehingga jam 1.30pm,semuanya gelama pisang kecuali ikan penutup yang memakan umpan aku iaitu ikan buntal.

Lepas tu kami terus balik sebab kelaparan.Walaupun hasil tak berapa memberangsangkan,aku yakin port ni berpotensi cuma masa pancingan tak cukup panjang.Arus didasar sungai agak kuat memandangkan batu ladung saiz 8 masih lagi mudah hanyut.Mungkin kena pakai ladung bersegi.

Next trip boleh cuba-cuba bermain casting sebab banyak siakap menyambar berhampiran tebing.Mungkin boleh cuba kaedah casting udang kopek.Cuma kali ni kami semua bawa set pancing agak kasar,tak sesuai langsung untuk casting.

Akan datang diharap ahli forum WhatsApp AFC dapat membawa bekalan makanan secukupnya untuk stay sampai petang.Boleh hayun fasa air pasang dengan surut sekali.Sambil tunggu ikan makan,kita boleh gotong royong bikin dangau tempat berteduh.Rugi woo datang jauh-jauh tapi mancing sekejap je.

Selasa, 14 Mei 2013

Vios J => GT Street Sudah Siap!

Akhirnya hampir lengkap juga projek dugong “J”amban ni.Banyak sangat sambungan sebab banyak fasa.Gila ke apa nak henjut sekaligus,lain la kalau adik aku kerja runner spare part.Daripada spesifikasi versi ‘J' manual,kerja-kerja menyamar sebagai versi yang powiiirrr sikit dahpun siap.
Macam ni la rupa asal dia,umpama tak pakai seluar.

IMG_4584
Gambar pinjam dari carsifu.com
Selepas pakai seluar dan kasut baru,baru la senonoh sikit:
IMAG1019
IMAG1020
IMAG1022
IMAG1023
IMAG1024

Kos yang terlibat:
Bodykit GT Street : RM1000
Emblem GT Street : RM80
Improve Adjustable : RM1650

Sebenarnya ada beberapa lagi penambahbaikan termasuk pemasangan foglamp,piping ekzos lengkap daripada extractor dan juga intake filter K&N.Berapa duit lagi yang keluar aku tak tau.

Kalau mahal pun bukan duit aku,hahaha!

** Vios diatas mengalami kemalangan akibat terbabas di kilometer 121 Lebuhraya Pantai Timur arah Kuantan pada 22 Februari 2015.Faktor kemalangan adalah disebabkan driver mengantuk..bukan disebabkan faktor modifikasi,cuaca atau keadaan jalanraya.
Masa kejadian,cuaca cerah,tapi faham-faham jelah highway LPT ni,boring nak mampus.Asal mata cerah pun boleh jadi layu.Walaupun kereta ni bukan kereta aku,aku sedih juga sebab aku tau macamana tuan dia jaga.Apapun kereta yang rosak boleh diclaim insuran,nyawa lebih penting.
Alhamdulillah semua penumpang selamat...
Lepas dua eksiden minor dan satu eksiden major dalam tempoh dua tahun,mak aku suruh jual kereta ni,cari kereta lain.Dia suruh pakai Altezza.....

Musim Cendawan Busut

Sesetengah orang mungkin kenal cendawan ni,tapi aku yakin sebahagian besar orang bandar tak tau cendawan ni sangat sedap sebenarnya.Bagi sesiapa yang berasal dari Felda,cendawan ni adalah makanan istimewa yang tak boleh didapati sepanjang tahun.Hanya ada musim-musim tertentu je cendawan ni keluar.

Nama saintifik cendawan ni aku tak tau,kebanyakan orang panggil cendawan busut.Info lengkapnya boleh dibaca kat sini.Brader owner blog tu adalah orang yang selayaknya untuk berbicara perihal botani.

 

IMAG1013

Yang macam ni sesuai buat goreng

Kebiasaannya cendawan ni tumbuh di ladang-ladang sawit dan mungkin juga di ladang-ladang getah.Masa family aku baru pindah Felda dulu,cendawan ni tumbuh dengan sangat banyak di belakang rumah.Kadang-kadang bawah rumah pun dia boleh tumbuh walaupun tanahnya keras.Sekali tuai boleh dapat satu bakul saiz besar yang selalu orang letak baju nak basuh tu.Tapi itu dulu,zaman awal 90-an.

Sekarang ni cendawan ni masih banyak,cuma kena rajin meronda ladang sawit dan juga masa yang sesuai untuk kutip cendawan ni.Kalau dah kembang sangat,cendawan ni mula mereput atau kat bawah payung cendawan tu banyak kumbang warna hitam.

Minggu lepas aku balik kampung dan kebetulan musim cendawan tu tengah banyak.Wife aku yang tak pernah tengok cendawan ni pun sibuk nak follow.Terpaksa angkut anak kecik aku sekali meronda ladang.

Walaupun banyak jumpa kelompok cendawan,tapi yang sesuai dibawa balik cuma satu plastik besar.Selebihnya dah reput atau penyek dipijak lembu.

Menu yang paling sedap untuk cendawan ni simple je sebenarnya.Cukup sekadar digoreng dengan garam dan kunyit.Tak payah penat-penat nak goreng dengan tepung.Resepi kedua yang popular ialah dimasak sup lada hitam.Serius sedap kalau nak dibandingkan dengan cendawan-cendawan komersil kat market tu.So far tak ada lagi aku dengar orang berjaya tanam cendawan ni macam tanam cendawan tiram.Kalau terjumpa kat pasar tani,cuba beli.Bukan selalu boleh dapat cendawan ni,raritynya maybe sama macam cendawan truffle,hahahah!

 

IMAG1015

Yang berkeadaan baik biasanya terselit macam ni.Pastu imagine berapa luas ladang sawit

IMAG1018

Selasa, 7 Mei 2013

Pahat Aku Pun Nak Berbunyi Juga

Malas juga nak menyentuh soal politik dalam blog aku ni,tapi tak cerita pun tak boleh.Aku taknaklah dikatakan biased ke mana-mana pihak.Bila cenderung ke mana-mana parti,maka ulasan pun tak jauh beza dengan penganut politik tegar yang lain.

PRU 13 dah pun selesai dengan diwarnai bermacam-macam isu,warna-warni bagi pihak yang menang dan kelabu asap untuk yang kalah.Jumlah peratusan keluar mengundi sebanyak 80% telahpun menentukan keputusan dimana BN memenangi 133 kerusi,manakala Pakatan Rakyat sebanyak 89 kerusi parlimen.Tahniah kepada kedua-dua pihak yang masih menerajui dan pihak yang meningkatkan penguasaan kerusi.

Seperti biasa setiap kali selesai PRU,fenomena “rumah siap pahat berbunyi” pasti ada.Adat pertandingan ada yang menang dan kalah.Yang kalah akan menyuarakan ketidakpuasan hati dan begitulah sebaliknya.Di bandar-bandar besar,pengundi cenderung memilih aspirasi Pakatan Rakyat,manakala di kampung-kampung dan luar bandar masih lagi dengan undian membalas budi.

Sesetengah kawan-kawan aku cakap orang bandar pandai belaka,informasi banyak,berbanding orang kampung yang mudah direward dengan benda-benda one off.Pada aku statement ni kurang tepat.Nak kata tak betul,tidak juga.So,kurang tepat adalah perkataan yang paling sesuai.Sebenarnya macam ni,lain tempat lain keperluannya.

Di bandar,contohnya isu-isu seperti tol,bahanapi dan PTPTN memberi impak yang kuat sebab perkara ni mereka hadapi setiap hari.PTPTN kena bayar tiap bulan.Rasional,method perlaksanaannya atau kesan jangka panjang kepada kewangan negara jatuh nombor dua.

Di kampung perjalanan kehidupan seharian lebih ringkas.Tak perlu memikirkan kesesakan jalanraya,tol,dan sebagainya.Jadi isu-isu kritikal dibandar bukanlah keutamaan mereka.Aku bagi contoh perkampungan Felda.

Siapa berani cakap masuk je Felda semua kemudahan asas dah ada?Confirm tak pernah duduk Felda.Bermula dari rumah asas yang dikelilingi semak samun,ketiadaan jalan bertar,air bersih dan elektrik sehinggalah semuanya lengkap disediakan.Tak hairanlah sentimen “membalas budi” ni sangat kuat di Felda.Jangan salahkan mereka,kita generasi muda tak merasa perit jerih masa mula-mula meneroka tanah Felda.

Berbeza pula suasananya dibandar,segalanya serba lengkap tetapi ada cabarannya yang tersendiri.Isu-isu yang diberi keutamaan adalah sesuatu yang rapat dengan kehidupan seharian yang kosnya semakin tinggi.Bandar atau kampung kedua-duanya memerlukan perhatian yang berbeza.Kedua-dua parti samada BN atau Pakatan Rakyat perlu memperhalusi manifesto dimasa akan datang supaya golongan bandar dan kampung memperoleh faedah yang seimbang.Biar perkara yang baik itu berlangsung secara berterusan,bukan dalam tempoh sepenggal sahaja.

 

Sedikit teguran untuk SPR,

1.Kendalikanlah urusan pengundian dengan lancar dan lebih baik dimasa depan.Isu dakwat kekal yang tak kekal tu memang betul.Lepas ni tandakan kuku dengan permanent marker pen kalau perlu.Semua orang puas hati.

2.Bersihkan senarai pengundi.Aku pun taklah percaya sangat hal-hal pengundi Bangla ni,setakat empat-lima orang satu pusat mengundi apalah sangat kesannya.TAPI kalau dah obvious sangat muka Bangladesh,asas kewarganegaraan pun tak tau,itu melampaulah namanya.

3.Isu blackout.Yang ni aku tak pasti walaupun heboh diperkatakan.Bukti kukuh tak ada sorang pun tunjuk.PRU14 nanti harap semua pemantau kiraan undi menyediakan lampu suluh LED.Jangan timbul cerita tiba-tiba kotak undi bertambah.

4.BN menang,PR tak puas hati.Next election katakan PR menang,BN boleh redha tanpa bantahan?Of coz tak.Kalau macam tu sampai PRU50 pun tak habis perang fitnah dan tuduhan membuta tuli.

5.Buka lebih banyak saluran untuk pusat mengundi yang ramai pengundi berdaftar.Kesian orang tua beratur lama.

 

Aku harap dengan peratusan kerusi di Parlimen sekarang akan menghasilkan sebuah negara yang lebih baik dari sebelumnya.Sekiranya pihak pemerintah hampir terbabas,pembangkang boleh betulkan.Terlalu dominasi pun tak baik juga,ramai yang lalai.Bersungguh sangat nak duduk Putrajaya pun janganlah sampai abaikan orang kampung.Untuk kedua-dua parti,gula banyak sangat pun tak baik untuk kesihatan.Nanti dapat sakit kencing manis.

Untuk kawan-kawan yang masih lagi meluahkan rasa tidak puas hati tu,sudah-sudahlah.Kehidupan mesti diteruskan macam biasa.Apa-apapun usaha lebih lagi untuk penggal akan datang.InsyaAllah rezeki tetap ada untuk orang yang ikhlas berusaha.

Supercar Peronda Dubai

Kereta peronda polis Dubai ketika pameran Arabian Travel Market.Antaranya ialah Mercedes SLS AMG,Aston Martin One-77,Ferrari FF,Chevy Camaro dan Bentley.

 

Polisi Dubai Dibekali Sejumlah Mobil Mewah 1   foto   Tempo.co

Polisi Dubai Dibekali Sejumlah Mobil Mewah 2   foto   Tempo.co

Polisi Dubai Dibekali Sejumlah Mobil Mewah 3   foto   Tempo.co

Polisi Dubai Dibekali Sejumlah Mobil Mewah 4   foto   Tempo.co

Polisi Dubai Dibekali Sejumlah Mobil Mewah 5   foto   Tempo.co

Polisi Dubai Dibekali Sejumlah Mobil Mewah 6   foto   Tempo.co

 

Info & Gambar:tempo