Selasa, 7 Mei 2013

Pahat Aku Pun Nak Berbunyi Juga

Malas juga nak menyentuh soal politik dalam blog aku ni,tapi tak cerita pun tak boleh.Aku taknaklah dikatakan biased ke mana-mana pihak.Bila cenderung ke mana-mana parti,maka ulasan pun tak jauh beza dengan penganut politik tegar yang lain.

PRU 13 dah pun selesai dengan diwarnai bermacam-macam isu,warna-warni bagi pihak yang menang dan kelabu asap untuk yang kalah.Jumlah peratusan keluar mengundi sebanyak 80% telahpun menentukan keputusan dimana BN memenangi 133 kerusi,manakala Pakatan Rakyat sebanyak 89 kerusi parlimen.Tahniah kepada kedua-dua pihak yang masih menerajui dan pihak yang meningkatkan penguasaan kerusi.

Seperti biasa setiap kali selesai PRU,fenomena “rumah siap pahat berbunyi” pasti ada.Adat pertandingan ada yang menang dan kalah.Yang kalah akan menyuarakan ketidakpuasan hati dan begitulah sebaliknya.Di bandar-bandar besar,pengundi cenderung memilih aspirasi Pakatan Rakyat,manakala di kampung-kampung dan luar bandar masih lagi dengan undian membalas budi.

Sesetengah kawan-kawan aku cakap orang bandar pandai belaka,informasi banyak,berbanding orang kampung yang mudah direward dengan benda-benda one off.Pada aku statement ni kurang tepat.Nak kata tak betul,tidak juga.So,kurang tepat adalah perkataan yang paling sesuai.Sebenarnya macam ni,lain tempat lain keperluannya.

Di bandar,contohnya isu-isu seperti tol,bahanapi dan PTPTN memberi impak yang kuat sebab perkara ni mereka hadapi setiap hari.PTPTN kena bayar tiap bulan.Rasional,method perlaksanaannya atau kesan jangka panjang kepada kewangan negara jatuh nombor dua.

Di kampung perjalanan kehidupan seharian lebih ringkas.Tak perlu memikirkan kesesakan jalanraya,tol,dan sebagainya.Jadi isu-isu kritikal dibandar bukanlah keutamaan mereka.Aku bagi contoh perkampungan Felda.

Siapa berani cakap masuk je Felda semua kemudahan asas dah ada?Confirm tak pernah duduk Felda.Bermula dari rumah asas yang dikelilingi semak samun,ketiadaan jalan bertar,air bersih dan elektrik sehinggalah semuanya lengkap disediakan.Tak hairanlah sentimen “membalas budi” ni sangat kuat di Felda.Jangan salahkan mereka,kita generasi muda tak merasa perit jerih masa mula-mula meneroka tanah Felda.

Berbeza pula suasananya dibandar,segalanya serba lengkap tetapi ada cabarannya yang tersendiri.Isu-isu yang diberi keutamaan adalah sesuatu yang rapat dengan kehidupan seharian yang kosnya semakin tinggi.Bandar atau kampung kedua-duanya memerlukan perhatian yang berbeza.Kedua-dua parti samada BN atau Pakatan Rakyat perlu memperhalusi manifesto dimasa akan datang supaya golongan bandar dan kampung memperoleh faedah yang seimbang.Biar perkara yang baik itu berlangsung secara berterusan,bukan dalam tempoh sepenggal sahaja.

 

Sedikit teguran untuk SPR,

1.Kendalikanlah urusan pengundian dengan lancar dan lebih baik dimasa depan.Isu dakwat kekal yang tak kekal tu memang betul.Lepas ni tandakan kuku dengan permanent marker pen kalau perlu.Semua orang puas hati.

2.Bersihkan senarai pengundi.Aku pun taklah percaya sangat hal-hal pengundi Bangla ni,setakat empat-lima orang satu pusat mengundi apalah sangat kesannya.TAPI kalau dah obvious sangat muka Bangladesh,asas kewarganegaraan pun tak tau,itu melampaulah namanya.

3.Isu blackout.Yang ni aku tak pasti walaupun heboh diperkatakan.Bukti kukuh tak ada sorang pun tunjuk.PRU14 nanti harap semua pemantau kiraan undi menyediakan lampu suluh LED.Jangan timbul cerita tiba-tiba kotak undi bertambah.

4.BN menang,PR tak puas hati.Next election katakan PR menang,BN boleh redha tanpa bantahan?Of coz tak.Kalau macam tu sampai PRU50 pun tak habis perang fitnah dan tuduhan membuta tuli.

5.Buka lebih banyak saluran untuk pusat mengundi yang ramai pengundi berdaftar.Kesian orang tua beratur lama.

 

Aku harap dengan peratusan kerusi di Parlimen sekarang akan menghasilkan sebuah negara yang lebih baik dari sebelumnya.Sekiranya pihak pemerintah hampir terbabas,pembangkang boleh betulkan.Terlalu dominasi pun tak baik juga,ramai yang lalai.Bersungguh sangat nak duduk Putrajaya pun janganlah sampai abaikan orang kampung.Untuk kedua-dua parti,gula banyak sangat pun tak baik untuk kesihatan.Nanti dapat sakit kencing manis.

Untuk kawan-kawan yang masih lagi meluahkan rasa tidak puas hati tu,sudah-sudahlah.Kehidupan mesti diteruskan macam biasa.Apa-apapun usaha lebih lagi untuk penggal akan datang.InsyaAllah rezeki tetap ada untuk orang yang ikhlas berusaha.