Tagline makanan ringan terbaik!
*Kredit Facebook Fateha Arsad
Tahun 2013 dipercayai tahun yang mencabar untuk pemain utama pasaran telefon pintar iaitu Samsung dan Apple.Sebagai contoh,pengeksportan telefon pintar dari China-Huawei sebenarnya mengalami pertumbuhan lebih pantas dari Samsung,dan syarikat ZTE serta Sony juga menokok dengan cepat berbanding Apple.
Apakah persamaan ketiga-tiga syarikat yang meningkat naik ini?
Sistem Operasi Android.
Berikut adalah tujuh jenama yang bakal memberi saingan hebat kepada Apple dan Samsung bermula tahun ini:
1.NOKIA
-Nokia menumpukan usaha terhadap pembangunan telefon pintar berasaskan sistem operasi Windows Phone.Setelah mengalami penyusutan penguasaan pasaran selama beberapa tahun berturut-turut,Nokia kembali dengan produk berkualiti dan harga yang kompetitif.
2.Huawei
-Percaya atau tidak,Huawei berada di tempat ke-3 dalam senarai pembuat telefon pintar.Antara produk yang mendapat perhatian pengguna ialah Ascend Mate Phablet dan Ascend P2.Syarikat ini pastinya mampu mendapat peminat tersendiri tak lama lagi.
3.Blackberry
-Secara peribadi,aku tak pernah suka dengan produk Blackberry.Rupa telefon hampir sama setiap kali model baru dilancarkan dan keyboard fizikal yang kelihatan ‘menyemakkan’ permukaan telefon.Tapi bila Blackberry Z10 dilancarkan,ternyata pereka-pereka Blackberry akur dengan kehendak pasaran.Tak mustahil Blackberry akan kembali popular seperti sedikit masa dahulu.
4.SONY
-Sony merupakan pemain industri telefon bimbit sudah agak lama,tetapi tidak pernah benar-benar mencapai status seperti Samsung kerana dominasi NOKIA ketika itu.Puncanya kerana telefon Sony(Sony Ericsson) sangat mudah rosak walaupun spesifkasinya bagus.Selepas tenggelam beberapa ketika,Sony muncul dengan Xperia dan terbaru Xperia Z yang kalis air,satu inovasi baru dalam penghasilan telefon pintar.
5.LG
-Di negara ini LG lebih popular dengan barangan elektrik rumah.Masih ramai yang sangsi dengan keupayaan LG menghasilkan telefon yang bagus,termasuklah aku sendiri.Sejak kebelakangan ini,LG mula membuka mata peminat-peminat gadget telefon pintar apabila menghasilkan Optimus G,telefon pintar berkuasa tinggi.(macam superbike pulak).Pendek kata,pesaing yang serius untuk jenama-jenama besar lain.
6.ZTE
-Secara serius,aku tak tahu apa-apa tentang syarikat ini mahupun telefon pintarnya.Agak mengejutkan,ZTE menduduki tangga ke-5 pasaran telefon pintar pada suku keempat tahun lepas.Khabarnya ZTE menghasilkan peranti Android murah dan bakal muncul dengan strategi baru;telefon yang menggunakan sistem operasi Firefox.Sama seperti Huawei,ZTE perlu mempromosikan jenamanya dengan lebih agresif.
7.HTC
-Jenama telefon pintar pertama yang aku miliki ni semakin lama semakin mantap dengan produk berspesifikasi hebat dan cantik dipandang.Walaupun sering dikritik kerana tidak menyediakan slot memori dan bateri boleh dibuka pada peranti-perantinya,beberapa kelebihan lain menutup kelemahan ini.Terbaru,HTC One hadir dengan kemasan premium yang dimesin dari seketul aluminium,inovasi unik Ultrapiksel dan semestinya cip yang lebih berkuasa.
*Diolah dari artikel Gizmodo
As salam semua…
Maaf sebab lama sangat tak update blog ni disebabkan kesibukan kerja.Dalam masa yang sama negara kita masih lagi panas dengan isu pencerobohan Lahad Datu oleh “waris” Kesultanan Sulu.
Terlalu banyak cerita yang berlegar di internet dan sesetengahnya palsu semata-mata.Kadang-kadang jadi panas hati bila baca komen akal cacat di Facebook.
Dalam tempoh tegang ni aku harap sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mendokong sebarang usaha untuk mempertahankan negara.
Tak kurang juga ‘usikan’ nakal dari negara jiran terutamanya Indonesia yang mentertawakan kemampuan PDRM dan ATM.Jadi,biarkan sahaja mereka berkata apa yang mereka mahu,yang penting hanya kita yang tahu keupayaan pasukan keselamatan kita.
Buat masa ini biarlah pasukan keselamatan menyelesaikan tugas mereka mencari dan menghapuskan saki baki tentera Kesultanan Sulu yang tidak menghormati pelawaan penyelesaian konflik tanpa pertumpahan darah.
Bukan setakat saki-baki tentera Sulu,malahan sesiapa juga yang terlibat berkomplot dengan penceroboh akan dibersihkan.Sewajarnya mereka tidak diberi muka lagi memandangkan kekejaman mereka menganiaya mayat anggota keselamatan yang terkorban dalam serangan hendap di Simunul,Samporna,Sabah.Khabarnya serangan hendap itu juga didalangi talibarut mereka yang mendedahkan maklumat operasi.Aku tak berani nak mengesahkan kesahihan khabar tersebut.Rujuklah mana-mana sumber yang kredibel.
Berlakunya pencerobohan bersenjata di Sabah ni membuka mata ramai rakyat Malaysia yang sebahagiannya selesa dengan menganggap Malaysia tiada musuh.Tak kurang juga beberapa orang yang tidak layak menjadi warga Malaysia apabila menghina dan mengeji anggota keselamatan yang bertugas.
Kita yang berada di luar kawasan red zone dengan mudah memandang remeh tugas anggota keselamatan.Bayangkan situasi pencerobohan bersenjata berlaku di Kuala Lumpur,Ipoh,Kuantan atau Kota Bharu.Siapa yang bakal memegang senjata berhadapan dengan penceroboh-penceroboh ini?
Yang pastinya kita orang awam hanya terfikirkan satu perkara;mencari tempat perlindungan.Itupun nasib baik kalau penceroboh memahami undang-undang.Rasanya orang awam pun bakal jadi mangsa penceroboh yang dahagakan darah sesama Islam.Tolong hormati kerjaya mereka yang sentiasa menggadai nyawa.
Pertikaian
1.Tak kurang juga ada pihak yang mempersoalkan prosedur menangani konflik,dimana diperingkat awal PDRM dipertanggungjawabkan,kenapa bukan ATM.Jawapannya boleh ditemui di internet.Ada pihak yang prihatin telahpun mengulas SOP yang digunakan dengan panjang lebar,tak perlulah soalan yang sama diulangtanya sampai dua minggu.
2.Kelonggaran kawalan sempadan juga menjadi persoalan.Ini diakui kelemahan pihak kita yang kekurangan anggota dan kelengkapan.Ditambah lagi warga Filipina memang ramai di Sabah,mereka mudah sahaja menyamar sebagai nelayan ataupun sebagai penduduk Sabah.Kerajaan telahpun mengambil langkah segera dengan menambahkan kekuatan anggota dan kejadian ini mengukuhkan lagi jawapan kepada keperluan untuk mengetatkan tahap keselamatan di Malaysia Timur.
3.Isu kepakaran pasukan VAT69.VAT69 adalah pasukan khas terlatih yang telahpun diajar pelbagai teknik pertempuran urban mahupun gerila.Usah dipertikaikan lagi soal dua anggota VAT 69 yang gugur terkena tembakan sniper,kerana pihak penceroboh menggunakan kaedah paling keji dalam peperangan dengan berpura-pura menyerah diri.Salam takziah dan Al-Fatihah untuk semua wira-wira negara yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air.
4.Rasanya pertikaian ini yang paling tidak berfaedah.Agak ramai yang mempersoalkan kewajaran anggota tentera menaiki pesawat tambang murah Air Asia.Agak menyedihkan ianya juga menjadi bahan jenaka pihak tertentu yang menangguk di air keruh.Pesawat pengangkut C130 Malaysia hanya sesuai membawa kargo dan mempunyai bilangan kerusi yang sedikit,sedangkan tujuh batalion perlu dibawa ke Sabah dengan kadar segera.Satu batalion bersaiz lebih kurang 720 anggota.Naik helikopter?Kapal?Air Asia paling sesuai dan selesa.Diulangi,sesuai dan selesa.
5.Aset pasukan keselamatan Malaysia.Setakat ni belum ada kedengaran secara serius,mana-mana parti politik mempertikaikan aset ketenteraan negara kita lapuk atau sebagainya.Sebabnya mereka baru sedar dari mimpi siang hari bahawasanya pembelian aset-aset baru angkatan tentera adalah relevan untuk menghadapi ancaman yang tidak terduga seperti ini.Sebelum ini masih ramai yang alpa dengan keamanan Malaysia sehingga mengatakan Malaysia tiada musuh.Apa juga pembelian dianggap pembaziran wang rakyat.harapan aku,barang siapa juga yang menjadi pemerintah,janganlah soal pertahanan diletakkan di tempat bawah.Aset pertahanan adalah ‘insurans’ negara.
Tak lama lagi LIMA akan berlangsung,dan topik calon pesawat MRCA Malaysia akan kembali hangat.Dari beberapa sumber pembacaan,hanya tiga calon yang sedang diperhatikan dengan teliti iaitu Dassault Rafale(Perancis),Eurofighter Typhoon(Eurofighter GmbH) dan F/A 18 Super Hornet(USA).
Tidak lupa juga pihak Malaysia memerhatikan perolehan Rafale sebanyak 126 unit oleh India Air Force sebagai sandaran.Apapun pilihan Malaysia nanti,pastinya yang terbaik dari segi keupayaan dan program offset yang ditawarkan.
Sebagai orang awam,aku sentiasa yakin dengan keupayaan anggota keselamatan kita.Sama-samalah kita doakan segalanya berjalan lancar,dan hargailah keamanan hidup berbilang bangsa di bumi bertuah ini.
Kontaminasi air tahap mughallazah.
Sebanyak lebih kurang 900 bangkai babi terapung-apung di Sungai Huangpu Shanghai mencemari sumber air minuman di China.Punca bagaimana babi sebanyak itu mati tidak diketahui.Barangkali berlaku banjir di kawasan hulu sungai yang menenggelamkan ladang ternakan babi.
Yang anehnya,dengan bangkai babi sebanyak itu,biro bekalan air menyatakan sumber bekalan air tidak tercemar.China ternyata memandang remeh unsur-unsur kebersihan.
*Jumlah keseluruhan bangkai menghampiri 6000 ekor,dipercayai mati akibat penyakit.Beberapa sampel ujian mendapati babi tersebut dijangkiti porcine circovirus.
*info china.org.cn
Watde heckkk?
Sanele Masilela berumur lapan tahun berkahwin dengan wanita berusia 61 tahun,Helen Shabangu kerana “roh” moyangnya menyuruh beliau kahwin.Sedangkan Helen Shabangu merupakan isteri orang dan sudah mempunya lima anak.
Walaubagaimanapun ianya hanya ritual perkahwinan,dan tiada ikatan yang sebenar.
Damn,lepas ni ramai Afrika yang guna alasan dapat petunjuk dari mimpi untuk kahwin bini orang.
*Info dailymail