Selasa, 12 Mac 2013

2013;Saingan Hebat Jenama Telefon Pintar

smartphones_rect

Tahun 2013 dipercayai tahun yang mencabar untuk pemain utama pasaran telefon pintar iaitu Samsung dan Apple.Sebagai contoh,pengeksportan telefon pintar dari China-Huawei sebenarnya mengalami pertumbuhan lebih pantas dari Samsung,dan syarikat ZTE serta Sony juga menokok dengan cepat berbanding Apple.

Apakah persamaan ketiga-tiga syarikat yang meningkat naik ini?

 

Sistem Operasi Android.

 

Berikut adalah tujuh jenama yang bakal memberi saingan hebat kepada Apple dan Samsung bermula tahun ini:

 

1.NOKIA

-Nokia menumpukan usaha terhadap pembangunan telefon pintar berasaskan sistem operasi Windows Phone.Setelah mengalami penyusutan penguasaan pasaran selama beberapa tahun berturut-turut,Nokia kembali dengan produk berkualiti dan harga yang kompetitif.

 

2.Huawei

-Percaya atau tidak,Huawei berada di tempat ke-3 dalam senarai pembuat telefon pintar.Antara produk yang mendapat perhatian pengguna ialah Ascend Mate Phablet dan Ascend P2.Syarikat ini pastinya mampu mendapat peminat tersendiri tak lama lagi.

 

3.Blackberry

-Secara peribadi,aku tak pernah suka dengan produk Blackberry.Rupa telefon hampir sama setiap kali model baru dilancarkan dan keyboard fizikal yang kelihatan ‘menyemakkan’ permukaan telefon.Tapi bila Blackberry Z10 dilancarkan,ternyata pereka-pereka Blackberry akur dengan kehendak pasaran.Tak mustahil Blackberry akan kembali popular seperti sedikit masa dahulu.

 

4.SONY

-Sony merupakan pemain industri telefon bimbit sudah agak lama,tetapi tidak pernah benar-benar mencapai status seperti Samsung kerana dominasi NOKIA ketika itu.Puncanya kerana telefon Sony(Sony Ericsson) sangat mudah rosak walaupun spesifkasinya bagus.Selepas tenggelam beberapa ketika,Sony muncul dengan Xperia dan terbaru Xperia Z yang kalis air,satu inovasi baru dalam penghasilan telefon pintar.

 

5.LG

-Di negara ini LG lebih popular dengan barangan elektrik rumah.Masih ramai yang sangsi dengan keupayaan LG menghasilkan telefon yang bagus,termasuklah aku sendiri.Sejak kebelakangan ini,LG mula membuka mata peminat-peminat gadget telefon pintar apabila menghasilkan Optimus G,telefon pintar berkuasa tinggi.(macam superbike pulak).Pendek kata,pesaing yang serius untuk jenama-jenama besar lain.

 

6.ZTE

-Secara serius,aku tak tahu apa-apa tentang syarikat ini mahupun telefon pintarnya.Agak mengejutkan,ZTE menduduki tangga ke-5 pasaran telefon pintar pada suku keempat tahun lepas.Khabarnya ZTE menghasilkan peranti Android murah dan bakal muncul dengan strategi baru;telefon yang menggunakan sistem operasi Firefox.Sama seperti Huawei,ZTE perlu mempromosikan jenamanya dengan lebih agresif.

 

7.HTC

-Jenama telefon pintar pertama yang aku miliki ni semakin lama semakin mantap dengan produk berspesifikasi hebat dan cantik dipandang.Walaupun sering dikritik kerana tidak menyediakan slot memori dan bateri boleh dibuka pada peranti-perantinya,beberapa kelebihan lain menutup kelemahan ini.Terbaru,HTC One hadir dengan kemasan premium yang dimesin dari seketul aluminium,inovasi unik Ultrapiksel dan semestinya cip yang lebih berkuasa.

 

*Diolah dari artikel Gizmodo