Khamis, 3 Januari 2013

Leopard Evolution;Bakal Milik TNI-AD

Aku baru je habis baca majalah Perajurit keluaran Januari 2013.Semalam tengok-tengok juga kot-kot ada majalah Tempur,tapi nampaknya tak ada.Tempur memang selalu terganggu keluarannya,aku rasa sebab proses penerbitan majalah tu diusahakan dalam keadaan kekurangan penulis.Menulis artikel militari memang tak banyak isu terutamanya isu ketenteraan tempatan.

Dalam Perajurit isu Januari 2013,dua topik menarik pertamanya tentang ketibaan dua unit pertama helikopter SAR(Search And Rescue) Eurocopter EC725 Cougar TUDM dan juga ekspo Indo Defence 2012.Sebenarnya helikopter(penulis artikel militari suka menulis helikopter sebagai pesawat sayap putar) EC725 ni mencecah bumi Malaysia pada 28 November 2012 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,Subang iaitu diangkut menggunakan pesawat kargo Antonov AN124.

Pembelian yang dimuktamadkan oleh Kerajaan Malaysia pada DSA 2010 dengan nilai RM1.6 bilion ialah untuk perolehan sebanyak 12 unit EC725 lengkap dengan keupayaan SAR,khidmat latihan,alat ganti dan beberapa lagi hal yang berkaitan dengan pengoperasian EC725.Info lebih lanjut,puas baca dan tengok gambar,sila dapatkan majalah Perajurit yang terbaru.Aku tak boleh tulis banyak-banyak,sebab artikel orang.Kena hormat karya dia.

Kedua,khabar-khabar angin tentang penambahan aset baru TNI terjawab dalam liputan ekspo Indo Defence 2012.Sebelum ni mat-mat Indon memang jaki dengan Malaysia bila kita ada membeli aset ketenteraan baru.Kali ni mereka lebih lantang di medan forum internet kerana Indonesia berbelanja agak besar untuk menggantikan aset-aset yang usang.

 

revolution

Antara yang paling menarik perhatian ialah Kerajaan Indonesia membuat keputusan untuk membeli sejumlah MBT(sebelum ni Indonesia tidak memiliki Main Battle Tank) baru dan terpakai iaitu Leopard Revolution,Leopard 2A4(terpakai Jerman),kenderaan sokongan MBT dan Marder IFV(terpakai Jerman).Jumlah kos pembeliannya agak menarik,hanya US$280 juta.Lebih kurang RM840 juta.Nilaian itu adalah untuk pembelian sebanyak 63 unit Revolution,40 2A4,10 MBT support vehicle,dan 50 Marder IFV.IFV adalah bermaksud Infantry Fighting Vehicle.

Di Indonesia pun sama macam di Malaysia,tetap ada pihak pembangkang yang mempersoalkan kesesuaian Leopard untuk beroperasi di mukabumi Indonesia.Walaubagaimanapun pembelian tetap diteruskan,cuma tak tahulah samada unit ujian sudahpun diuji secara ekstensif dengan mukabumi negara seberang.Leopard Revolution seberat 60 tan,berbanding MBT Malaysia PT91-M yang hanya seberat 46.5 tan.Itu baru MBT,khabar tentang TNI-AU bakal dapat helikopter tempur Apache?Sakan Indonesia shopping ya,heeee!

Dari sudut doktrin peperangan TNI,aku tak tahu nak ulas.Maaf,sebab aku bukan pemikir militer apatah lagi ada kawan-kawan dalam bidang tu.Jadi apa yang aku tuliskan lebih sesuai untuk dibaca orang biasa yang berminat dengan dunia ketenteraan terutamanya aspek teknikal.Tidak ada istilah-istilah berat,maklumlah pembaca blog aku mungkin terdiri dari wanita yang secara asasnya kurang tahu tentang dunia militari.

Apa bezanya antara Leopard dan Leopard Revolution?Dari segi nama kita boleh tahu Leopard Revolution adalah versi naiktaraf modular Leopard 2A4.Antara perbezaannya ialah:

-pakej armor komposit AMAP(Advanced Modular Armor Protection) menggunakan teknologi nano seramik,aloi titanium dan steel yang lebih moden.

-bersifat modular,boleh disesuaikan untuk keperluan samada hentaman RPG atau IED.Kelebihan modular adalah kebolehan untuk ditukar-ganti jika rosak.

-Dilengkapi smoke grenade launcher baru iaitu Rheinmetall ROSY

-remote controlled 12.7mm machine gun

-Revolution mendapat sistem kawalan tembakan terbaru,periskop 360 darjah dan sistem pengurusan medan tempur

-dibekalkan auxiliary power unit untuk menjalankan operasi MBT ketika enjin dimatikan.

 

Agak cemburu juga Indonesia dapat MBT canggih,tapi tak apa.Malaysia tak suka mewujudkan suasana perlumbaan senjata di Asia Tenggara.Kita pakai apa yang sesuai dengan negara kita.Baru-baru ni aku terbaca dalam buku,lupa tajuknya,kos melatih seorang pilot Apache adalah sebanyak 4 juta pound.Hanya 2-3% layak menerbangkan Apache,contohnya pilot perlu menghafal fungsi 227 butang pada kokpit yang menghasilkan ribuan kombinasi.Malaysia takkan bazir duit beli Apache punya…

 

revolution_l3

revolution_l2

revolution_l1

Info & gambar:majalah Tempur,military-today.com

Smartphone?Tak Bermakna Tanpa Internet…Yang Laju!

Semalam dua entri aku padam semula sebab tengah menaip tetiba lost,hilang arah tuju.Sebelum aku merepek yang bukan-bukan,terpaksalah aku delete semula.

Hari ni aku terbaca dalam Kosmo! Online tentang kelonggaran syarat skim rebat RM200 telefon pintar untuk belia.Sebelum ni salah satu syaratnya ialah had harga telefon pintar yang layak mendapat rebat adalah maksimum RM500.Nampaknya gomen terpaksa akur dengan desakan belia bahawasanya telefon pintar pada harga RM500 adalah tidak cukup pintar.Maka,tiada lagi had harga telefon pintar yang boleh dibeli.Bolehlah teruskan niat untuk mendapatkan iPhone 5,Galaxy S3 dan sebagainya.

Aku malas nak sentuh dari sudut pandangan politik sebab banyak sangat spekulasi nak pulak dekat-dekat PRU ke-13 Mac nanti.

 

no-signal-400x288

Tapi macamanapun perlu dipertimbangkan juga syarat lain iaitu ianya hanya untuk pelanggan baru atau sedia ada pakej data mobile.Yang ni berat sikitlah.Siapa yang memang melanggan pakej data tak jadi masalah.Untuk pelanggan baru,hati-hati sebab anda bakal diikat dengan kontrak selama satu atau dua tahun.Dek kerana nak mendapatkan rebat RM200,tak pasal-pasal kena tambah beban tanggungan bulanan.

Contohnya macam pakej data 3Gb mobile internet yang aku pakai sekarang.Komitmen bulanan boleh dikatakan purata RM100,termasuk caj tetap RM68 dan juga caj panggilan & SMS.Operator lain macam Celcom/Maxis aku tak taulah.Dengarnya lebih lagi.

Sebab itulah had pendapatan belianya diletakkan agak tinggi iaitu RM3000 supaya hanya yang benar-benar mampu memberi komitmen layak memohon skim rebat ni.Yang gaji kurang dari tu bukan tak boleh,cuma kena fikir masak-masak.Walaupun komitmen RM100 mungkin nampak macam tak besar mana,tapi sebenarnya agak beban jugalah.Tiap bulan nak bayar kereta,rumah sewa,loan belajar,makan minum,dan sebagainya.

Walaupun mampu memiliki telefon pintar + mobile internet,tapi poket kering aku tak rasa itu pintar.Utamakan perkara wajib dulu.Rasa down dikelilingi kawan-kawan yang semuanya bertelefon pintar?Apa nak downnya,sebelum ni boleh hidup tanpa telefon pintar,kenapa sekarang tak boleh ye tak?

Yang penting pastikan kewangan stabil dulu sebelum membuat keputusan untuk berkomitmen dengan bil bulanan.Lagipun kat Semenanjung Malaysia ni coverage HSDPA HANYA di kawasan berpopulasi tinggi je,bandar besarlah tu.Setakat bandar kecik-kecik ni buat rugi je langgan pakej data.Sebabnya speed internet di bandar kecik dan diluar bandar sangat sampah.Apa guna ada smartphone kalau coverage tahap 3G je.Serius tak laju.Kalau korang puas hati aku tak taulah,macam baru-baru ni DiGi upgrade pemancar dia.Speed internet kat area rumah aku turun ke tahap 3G daripada sebelum ni HSDPA.Rasa macam tersumbat pun ada sebab dah biasa internet laju.Tapi sekarang dah oklah.

Ingat ya?Point penting tu.Semak dulu kelajuan internet di kawasan korang tinggal/kerja.Aku ingat lagi betapa pahitnya pengalaman menggunakan internet berkelajuan sampah.Pernah aku pakai broadband,pakej data 5Gb@RM99 sebulan.

Duduk Shah Alam dapat signal 3G(kawasan TTDI Jaya) dengan purata kelajuan data transfer 30-60kbps.Sebulan aku hanya mampu pakai 3Gb,rugi bayar RM99 tapi tak dapat guna 5Gb.Kelajuan internet tahap purba macam tu hanya sesuai zaman Nokia 3310 saja.Bila aku nak terminate,ada hati diorang nak bagi diskaun 50% kat bil aku.Ceh!

Oklah,akhir kata belia luar bandar tak payah la berangan pakai smartphone.Apa guna ada smartphone kalau tak diperkasakan dengan pakej data,dan apa makna pakej data kalau coverage tak ada,hehehehe!Kesian orang kampung!

 

*Image from MalaysianWireless.com

Isnin, 24 Disember 2012

Bebelan Akhir Tahun

Salam…

Sekejap je kita dah menghampiri penghujung 2012.Macam-macam peristiwa berlaku sekeliling kita dan juga pelbagai cabaran dah kita lalui sepanjang tahun.Perkara yang paling ketara sekali dalam tahun 2012 ni adalah berkenaan ramalan puak Mayan tentang Doomsday yang berlaku pada 21 Disember 2012(damn,tu hari jadi aku).

Well,hari tu dah pun berlalu seperti hari-hari lain,dan masyarakat Islam terutamanya tak ambil kisah pun sebab kenapa doomsday nak berlaku pada hari tersebut.Sebab nombornya 21122012?Kenapa tak 20122012?Sebab angkanya cantik?Tiap tahun kita akan jumpa nombor cantik,contohnya 11/11/2011,atau 10/10/2010.Angka tetap angka,seperti odometer.Bila dah reach angka 9999999,ianya kembali kepada 0000000 dan segalanya bermula semula.Ok,biarkan soal tu,segalanya kerja Allah S.W.T.

Apa update yang aku nak tulis hari ni pun aku tak tau.Rasa agak malas nak mencari berita-berita semasa sebab benda-benda macam tu berlambak orang tulis kat luar sana,copy paste je.So,apa yang bakal aku tuliskan ni adalah mengikut apa yang terlintas di fikiran aku buat masa ni.

Sebenarnya aku teringat satu kejadian di stesen minyak beberapa bulan lepas.Kita semua sedia maklum kat stesen minyak kita sewajarnya tahu untuk mematikan enjin semasa mengisi minyak.Satu hari aku ternampak sorang akak(rasanya tua dua-tiga tahun dari aku) kat pam minyak Shell dengan Alza putihnya.Lepas buat bayaran di kaunter,dia berjalan ke kereta,buka pintu sebelah pemandu dan start enjin.Aku ingat dia nak blah,rupanya tak.Dia pergi angkat nozzle pam dan mengisi bahanapi macam takde apa-apa yang tak betul.

 

kemalangan-di-pam-minyak

Aku dah pelik semacam,kaedah isi minyak apa yang akak tu praktikkan?Husband dia ajar macam tu ke?Padahal kemain besar tulisan amaran matikan enjin,jangan merokok,dan juga matikan telefon.Matikan telefon tu memang tak ade orang praktik la,sekurang-kurangnya tak bergayut sambil isi minyak.

Kalau nak difikirkan lojik,memang agak susah api nak menyambar walaupun enjin running,cuma apa salahnya amalkan kaedah yang betul.Sekurang-kurangnya kita  dah berusaha untuk elakkan bencana.Kalau terbakorrrr kat situ bukan diri sendiri je susah,orang lain pun terlibat sama.Kisah akak yang isi minyak tu pernah aku ceritakan kat wife aku,then dia jawab bos dia tak pernah matikan enjin bila isi minyak…Owh…macam tu ke?

Tak ramai yang ambil serius rupanya.Malu kot nak praktik,macam skema pulak rasanya ye tak?Oklah,harapnya takde yang terbakar walaupun tidak skema di pam minyak.

Masa zaman aku berkelana cari kerja dulu,biasalah konvoi ramai-ramai naik motor.Apa yang bagusnya bila konvoi ni kita boleh tolong kengkawan kalau motor ada problem bila jalan jauh.Tapi yang aku herannya,pantang jumpa pam minyak mesti nak singgah pam rokok.Takde tempat lain ke nak pam rokok?Aku pun smoker jugak,tapi takkan la sejam tak dapat rokok boleh pitam kot.

Lepas pada tu aku memang tak berminat nak berkonvoi ni.Balik kampung memang aku lebih suka layan solo dengan Yamaha SS110 buruk aku.Kalau dari Puchong isi penuh,sampai Shell sebelum Lebuhraya Karak refill balik bagi penuh walaupun minyak banyak lagi.Hentian berikutnya Petronas Pekan Karak.Kat situ pun kadang-kadang aku berhenti minum/breakfast kalau awal lagi.Refill semula then non stop sampai Bandar Jengka.Sepanjang Lebuhraya Pantai Timur ada dua hentian,R&R Lanchang dan R&R Temerloh,tak payah berhenti pun tak apa.Semua R&R nak berenti bila nak sampai rumah?Kalau berkonvoi dah tentu ada yang gatai nak mengepam rokok,padahal baru setengah jam menunggang.

Dari Bandar Jengka,ada lebih kurang 40 minit lagi perjalanan sebelum sampai kampung aku.Kekadang geng-geng konvoi ni nak masuk bandar ronda-ronda dulu.Memang aku tak faham betul.Dari sudut pemikiran diorang mungkin aku ni tak fun,lurus,dan tak berjiwa remaja.Haha!Sebenarnya aku dah puas dengan zaman permotoran sejak aku belajar kat Politeknik dulu.

Perjalanan dua jam setengah dari KL ke kampung aku kekadang boleh jadi empat jam,konvoi punya pasal.Baru dua jam setengah beb.Masa aku ulang alik zaman belajar kat Poli Kuantan dulu,LPT tak siap lagi.Empat jam naik motor ikut jalan lama,masuk kampung,kebun getah bagai.Solo je.Alhamdulillah tak pernah motor buat perangai ataupun tayar pancit.

Konvoi tak salah,tapi rancang perjalanan.Bila singgah isi minyak,semua isi.Bawak motor bebaik,maintain halaju.Konvoi dua tiga motor cukup,tak payah banyak.Lebih dari tu memang merapu je lebih.Maksud aku kat sini motor kapcai,konvoi motor besar ni biasanya dirancang dengan baik.

Oh ya,persepsi masyarakat tentang rider motor besar agak terjejas.Bebaru ni kan agak panas dengan istilah pelesit lebuhraya.Wartawan pun sengal,tak mention lakonan semula.Ada baiknya diorang beli superbike,dapat 600cc punya pun jadi la.Pastu tunggang kat lorong motor sesama dengan geng kapcai,amacam?Aku tak kisah langsung pun gomen nak pasang AES ke,dari sudut positifnya dapat juga kurangkan kemalangan,tapi janganlah sampai keluar idea bangang dok tayang rider pelesit lakonan semula.

Aku teringat pasal kemalangan konvoi motor besar kat NKVE bebaru ni.Ada yang komen,kenapa tak tunggang kat lorong motorsikal ?Watdehek,celah mana NKVE tu ada lorong motorsikal?Padahal punca kemalangan sebab ada kereta yang tukar lorong secara tiba-tiba.Masing-masing ada tanggungjawab bila di jalanraya.Kesiapsiagaan paling penting,deria kena peka dengan apa yang ada di sekeliling.Aku ni Isnin-Jumaat rider kapcai,hujung minggu jadi driver.Dua-dua aku rasa…

In b4,maaf kalau entri ni agak memeningkan kepala korang,heee!

Khamis, 20 Disember 2012

Alpha Dog LS3 Dengan Voice Command

Tahun 2011 dulu aku ada buat satu entri tentang projek DARPA dan Boston Dynamic untuk menghasilkan robot Alpha Dog LS3,tapi masa tu ujian masih lagi dijalankan didalam makmal mengunakan bekalan kuasa dari luar.

Kali ni Alpha Dog dibawa mengharungi permukaan bumi yang sebenar tapi dengan tambahan fungsi arahan suara.”Pemandu’ Alpha Dog boleh menghidupkan dan memberi arahan supaya Alpha Dog mengikut laluan yang dilalui ‘pemandu’.

Sistem komputer Alpha Dog akan mengesan laluan pemandu dan keadaan sekeliling seperti permukaan laluan,halangan pokok,sungai dan sebagainya.Alpha Dog LS3 jauh lebih senyap tapi aku rasa movement dia terlalu perlahan.Cukup menyusahkan kalau berada di medan tempur.

Macamanapun,Alpha Dog tetap satu pencapaian membanggakan dalam bidang robotik cuma kalau sekali nampak memang saspen gak tengok menatang ni punya pergerakan.

Tujuan ia dibina adalah untuk mengangkut keperluan infantri di medan perang,tapi persoalannya pakai keldai kan senang?Murah dan lebih tangkas.Takdelah terkial-kial nak bangun macam Alpha Dog ni bila tersembam.

 

Isnin, 17 Disember 2012

Pesta Jualan Buku Big Bad Wolf

Sabtu lepas aku diajak wife aku pergi pesta buku Big Bad Wolf kat MIECC,katanya nak bawa adik-adik dia berjalan sempena cuti sekolah ni.Asalnya aku malas sebab aku ni tak suka harung jalan sesak,tapi memandangkan aku ada Waze Navigation,perjalanan menjadi sangat lancar walaupun jalan masuk ke Mine’s sesak yang amat.

Tapi Waze memang smart.Aku tak masuk jalan masuk utama,aku sengaja menyesatkan diri lalu celah-celah taman perumahan.Hasilnya parking senang dapat (RM5 per entry) walaupun agak kena menapak sikit.Yang masuk ikut main entry aku rasa mau setengah jam buang masa kat situ je.Parking dalam Mine’s pun dah tentu full.

Pesta buku Big Bad Wolf memang besar,ada lebih 3 juta buku(mengikut website diorang la) dengan diskaun antara 75%-95%.Rata-rata yang datang kesitu memang borong sakan aku tengok.Semua pakai kotak.

Genre yang menarik perhatian aku sudah tentu genre sejarah/military tapi apakan daya dana sangat terhad.Banyak buku-buku yang aku rasa nak beli tapi kekangan bajet yang menjadi penghalang.Apa yang aku perhatikan,ada empat meja yang menyediakan buku-buku berkaitan sejarah/military tapi tak berapa nak lengkap sebenarnya.

Aku cadang nak cari buku lengkap tentang tanks tapi tak ada.Maka,aku memilih buku Weapons of World War II yang agak lengkap berkenaan senjata infantri,APV,tanks,kapal terbang dan kapal perang.Harganya cuma RM10 selepas diskaun.

Buku kedua yang aku beli ialah The Art of Beowulf dengan harga RM8.Memang berlambak buku ni,kat memana meja pun ada.Sebenarnya hati aku berkenan kat buku Lost Treasure,tapi duit memang tak cukup langsung.Pandai diorang ni,buat pesta buku time gaji aku dah nak kering.

Selebihnya aku cuma cuci mata dengan adik ipar aku,meronda ke semua meja.Ada bajet dalam RM300 memang serius puas hati memborong.Kalau taknak semak kepala harung jalan sesak,sila pergi pukul 2-3 pagi sebab ada hari-hari tertentu diorang buka 24hrs.Sampai 23 Disember je tau.

Semak informasi di sini.

Ni antara gambar-gambar suasana di MIECC Sabtu lepas:

 

IMAG0570

 

Tak tau apa motif dua bijik Lamborghini ni.Cabutan bertuah kot,haha!

IMAG0571

IMAG0575

IMAG0576_BURST001

 

Enter frame sikit ibu dan Dhia Fatheeya,heee!

IMAG0577

IMAG0579

IMAG0580